klk

9
Tugasan 1: Kaedah Pengeringan Kayu 1.Konsep Dasar Pengeringan Kayu Pengeringan kayu adalah suatu proses pengeluaran air dari dalam kayu hingga mencapai kadar air yang seimbang dengan lingkungan di mana kayu akan digunakan tanpa menurunkan kualitas kayu tersebut. 2.Syarat-syarat utama yang harus dipenuhi dalam mengeringkan kayu, iaitu: Cukup energi panas Energi panas digunakan untuk memanaskan/menguapkan air dari dalam kayu, terutama pada kayu yang kadar airnya sudah mencapai 30%. Untuk mengeringkan kayu tersebut hingga ke kadar air di bawah 15% memerlukan penambahan panas. Cukup kelembaban Kelembaban ini disesuaikan dengan tingkat kadar air kayu. Sirkulasi udara Sirkulasi udara yang baik dapat menghantarkan panas secara merata mengenai seluruh permukaan kayu dari setiap tumpukan. Makin cepat peredaran udara semakin cepat kayu mengering dan semakin merata tingkat kekeringannya. Sirkulasi udara yang normal untuk pengeringan adalah 2 m/detik. 3. Tatacara Pengeringan Kayu

Upload: ah-heng

Post on 08-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kjj

TRANSCRIPT

Tugasan 1: Kaedah Pengeringan Kayu1.Konsep Dasar Pengeringan Kayu

Pengeringan kayu adalah suatu proses pengeluaran air dari dalam kayu hingga mencapai kadar air yang seimbang dengan lingkungan di mana kayu akan digunakan tanpa menurunkan kualitas kayu tersebut. 2.Syarat-syarat utama yang harus dipenuhi dalam mengeringkan kayu, iaitu:

Cukup energi panas

Energi panas digunakan untuk memanaskan/menguapkan air dari dalam kayu, terutama pada kayu yang kadar airnya sudah mencapai 30%. Untuk mengeringkan kayu tersebut hingga ke kadar air di bawah 15% memerlukan penambahan panas.

Cukup kelembaban

Kelembaban ini disesuaikan dengan tingkat kadar air kayu.

Sirkulasi udara

Sirkulasi udara yang baik dapat menghantarkan panas secara merata mengenai seluruh permukaan kayu dari setiap tumpukan. Makin cepat peredaran udara semakin cepat kayu mengering dan semakin merata tingkat kekeringannya. Sirkulasi udara yang normal untuk pengeringan adalah 2 m/detik.3. Tatacara Pengeringan KayuKayu perlu dikeringkan sehingga kandungan lembapannya kurang daripada 15% barulah sesuai digunakan dalam kerja pembinaan, jika kandungan lembapan berlebihan kayu akan mengecut dan mengakibatkan kecacatan pada kerja yang dihasilkan. Oleh sebab itu proses pengeringan kayu merupakan satu langkah yang mesti dilakukan sebelum kayu boleh digunakan. Pengeringan mempunyai tujuan berikut :

menambahkan kekuatan, tahan lasakan dan kesenangan kerja.

mengurangkan kemungkinan kayu pecah, mengecut dan menggeleding.

mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.

mengurangkan berat, menjimatkan kos penghantarannya.

untuk kemudahan kerja-kerja mengawet, mengecat dan menggilap.

menjadikannya lebih mudah membakar, jika dijadikan sebagai kayu api.

PENGERINGAN SEMULAJADI Kaedah semulajadi merupakan satu kaedah biasa yang digunakan secara meluas di dalam penghasilan kayu. Ramai orang telah menggunakan cara pengeringan seperti ini tetapi proses ini merupakan proses yang sangat perlahan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menggunakan kaedah ini.

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang menjimatkan kerana tiada wang perludilaburkan untuk mengeringkan kayu, namun akibat dari pengeringan semulajadi ialahakan ada kayu yang tidak kering secara seragam terutama di tempat yang kurang pengaliran udara.

Pengeringan dengan cara semulajadi juga boleh dilaksanakan jika penggunaan kayu itu tidak cepat dan boleh dikeringkan semasa menunggu untuk menggunakannya.

Kaedah pengeringan semulajadi juga dapat dikelaskan kepada tiga cara iaitu:

Menjemur terus kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang

Menjemur kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang tetapi berpeneduh Pengeringan semulajadi dengan menjemur di bawah cahaya matahari

Antara yang biasa digunakan ialah dengan menjemur terus kayu di bawah cahayamatahari. Cara ini kurang berkesan kerana kayu hanya akan kering jika cuaca adalah panas setiap hari atau kemarau. Apabila datangnya hari hujan, kayu akan kembali basah seperti asal.Jika kayu dibiarkan berada dalam keadaan panas-hujan dalam keadaan yang agak lama, kayu juga akan menjadi rosak iaitu merekah dengan sendiri, melending, berpiuh dan juga tidak boleh digunakan

Contoh gambar kaedah pengeringan kayu secara semulajadiKebaikan Pengeringan Kayu secara Semulajadi: Menjimatkan kos.

Boleh dilakukan dalam jumlah yang banyak.

Tidak memerlukan pembinaan untuk pengeringan.Keburukan Pengeringan Kayu secara Semulajadi: Proses pengeringan kayu sangat lambat.

Kayu yang dikeringkan tidak seragam.

Kayu akan mudah rosak akibat pertukaran cuaca.

PENGERINGAN TANUR

Kaedah ini merupakan pilihan bagi syarikat pengeluar kayu, kilang-kilang membuat perabot dan banyak lagi kerana proses ini lebih cepat

Biasanya pengeringan tanur menjadi pilihan kerana kayu yang dihasilkan daripada proses pengeringan ini adalah seragam dah kilang dapat mengeluarkan produk yang lebih bermutu pada masa pengeluaran.

Untuk menjadikan proses lebih cepat, kilang perlu mempunyai tanur atau relau yang dapat mengawal suhu dan pengaliran udara di dalam relau agar proses pengeringan berlaku lebih cepat. Oleh yang demikian, tanur biasanya agak mahal dan mempunyai pembinaan, berbeza dengan pengeringan semulajadi yang percuma dan tiada pembinaan.

Masa pengeringan juga dapat dipercepatkan atau dilambatkan dengan hanya meninggikan suhu di dalam tanur dan mengawal peredaran udara di dalam relau. Pada akhir proses, stim akan dimasukkan untuk mengurangkan keretakan dan kerosakan serta mengawal kecacatan kayu sambil mempercepatkan proses.

Contoh gambar kaedah pengeringan kayu secara tanur

PENGERINGAN TANUR BERJADUAL

Pengeringan tanur yang berhasil biasanya dapat dicapai dengan penyesuaian suhu dan kelembapan udara yang mengalir di dalam tanur sepadan dengan kayu balak dalam jangka masa terbabit.

Syarat ini dapat dicapai dengan penggunaan pengeringan tanur berjadual.

Dengan menggunakan jadual yang betul, objektif yang diinginkan iaitumengeringkan kayu dengan masa yang paling cepat tanpa merosakkan kayu dapatdicapai. Berikut adalah faktor yang diambil kira semasa pengeringan tanurberjadual:

1. Spesis balak: oleh kerana keadaan fizikal yang berbeza, keadaan mekanikal dan ciri-ciri yang berbeza setiap spesis.2. Ketebalan kulit balak: kepantasan pengeringan bergantung kepada ketebalan kulit balak, yakni jika kulit semakin tebal, semakin panjang masa pengeringan.

3. Pengeringan penurunan gred: jadual pengeringan yang agresif dan agak cepat menyebabkan kayu melending, berpiuh, dan rosakKebaikan Pengeringan Tanur: Masa dapat dipercepatkan

Hasil kayu adalah seragam

Boleh dihasilkan dalam jumlah yang banyak

Kecacatan kayu dapat dikawal.

Keburukan Pengeringan Tanur: Kos tanur ang mahal

Memerlukan seseorang untuk sentiasa mengawal tanur.

Memerlukan pembinaa tanur yang besar.

Jika terdapat kesalahan dalam pengawalan suhu,kayu akan rosak.4.Kecacatan pengeringan:Kecacatan pengeringan merupakan suatu masaah umum yang dihadapi ketika

pengeringan kayu, disamping masalah-masalah alam.

Terdapat dua kategori umum kecacatan pengeringan (beberapa kecacatan melibatkan kedua-dua sebab) :

Kecacatan yang disebabkan pengecutan anisotropi: hal ini menyebabkan kayu melending, berpiuh dan rosak. Kecacatan akibat pengeringan tidak sekata: ini merujuk kepada kayu menjadi pecah.

Kaedah Pengeringan kayu

Pengeringan Tanur

Pengeringan Semula Jadi