kkp titas waj3101

Upload: roslan-sulaiman

Post on 05-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    1/18

    1

    Tajuk : Hak-Hak Orang Bukan Islam Dari Aspek Politik Dan Ekonomi Dalam Negara

    Islam

    1.0 PENDAHULUAN

    Dalam sistem Islam orang bukan Islam yang hidup dalam negara Islam secara damai

    dan tidak mengganggu Sistem Islam dan Agama Islam di panggil "Ahli Dzimmi".

    Mengikut Dr.Yusuf Al-Qardawi,mereka diberi kebebasan untuk menjawat jawatan

    dalam kerajaan Islam.Kecuali jawatan penting yang melibatkan kepentingan Agama

    Islam seperti Ketua Negara atau Perdana Menteri ,Ketua Tentera,Ketua Hakim serta

    termasukalah Menteri keewangan yang menguruskan sumber keewangan.

    Ketua negara dan jawatan-jawatan menteri yang penting adalah Fardu kifayah dalam

    Islam.Maka adalah tidak munasabah jika jawatan tersebut dipegang oleh orang

    bukan Islam.Begitu juga dengan Menteri pertahanan juga merupakan ibadah dalam

    islam kerana mempertahankan negara Islam adalah wajib bagi setiap ummat islam .

    Tetapi dalam sistem Islam orang Ahli Dzimmi tidak diwajibkan untuk berperangapabila sudah membayar jizyah(cukai).Inilah menunjukkan keadilan dalam sistem

    Islam.Begitu pula dalam bidang kehakiman juga merupakan tugas orang Islam untuk

    melaksanakan undang-undang sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam

    Al-Quran.Maka tentu sahaja Ketua Hakim mestilah dilantik dari kalangan orang

    Islam.Selain dari kementerian tersebut Ahli Dzimmi dibolehkan memegang

    sebarang jawatan hata menteri sekalipun.

    Dalam Negara Islam,Undang-undang Islam adalah merupakan undang-undang dan

    hukum tertinggi dalam sistem pemerintahan.Walaupun begitu, orang bukan Islam

    diberi pilihan sama ada hendak dibicarakan mengikut hukum Islam atau hukuman

    sedia ada.Jadi tidak timbul sama sekali soal paksaan kepada orang bukan Islam

    supaya menguna pakai undang-undang Islam.Undang-undang Islam hanya untuk

    orangIslam.

    Ahli Dzimmi hanya dikenakan membayar cukai jizyah.dan mereka terlepas dari

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    2/18

    2

    membayar sebarang cukai selepas itu termasuk tol,cukai rumah,cukai tanahdan lain-

    lain lagi.Mereka juga wajib dilindungi oleh pemerintah Islam dari segi

    nyawa,maruah,harta dan rumah ibadat mereka tidak akan di ganggu.Jika sekiranya

    ada berlaku demikian dinegara-negara Islam itu adalah kelemahan pihak pemerintah

    bukan kelemahan Islam.Jika sistem Islam di laksanakan sepenuhnya sesuai dengan

    ajaran Rasulullah,masyarakat Islam dan bukan Islam akan hidup aman damai tanpa

    sebarang sengketa.

    2.0 Asas asas Sistem Politik Islam

    Asas asas sistem politik Islam ialah:

    2.1 Hakimiyyah Ilahiyyah

    Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum

    tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah. Tidak mungkin

    ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang

    memiliki suatu bahagian daripadanya. Fir man Allah yang mafhumnya:

    "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya." (Al Furqan: 2)

    "Bagi Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan

    (hokum) dan kepada Nya kamu dikembalikan." (A1 Qasas: 70)

    "Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." (A1 An'am: 57)

    Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:

    i.

    Bahawasanya Allah adalah Pemelihara 'alam semesta yang pada hakikatnyaadalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi

    manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa

    ii. Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecualiAllah. Oleh kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya dan ber'ibadatkepadaNya

    http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#top
  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    3/18

    3

    iii. Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkanhukum sebab Dialah satu satu Nya Pencipta.

    iv. Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturanperaturan, sebab Dialah satu satu Nya Pemilik.

    v. Bahawasanya hukum Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Diasahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja

    penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.

    Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik

    Islam ialah tauhid kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.

    2.2 Risalah

    Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan jalan

    hidayah. Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang

    diturunkan daripada Allah untuk diri mereka dan juga untuk umat umat mereka. Para

    rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at Nya

    kepada manusia.

    Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak

    Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting

    dalam sistem politik Islam. Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili

    kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.

    Para rasul menyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah

    dengan ucapan dan perbuatan mereka.

    Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia menerima

    segala perintah dan larangan Rasulullah s.a.w. Manusia diwajibkan tunduk kepada

    perintah perintah Rasulullah s.a.w dan tidak mengambil selain daripada Rasulullah

    s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara mereka.

    Firman Allah yang mafhumnya:

    http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#top
  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    4/18

    4

    "Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang

    dilarangnya bagi kamu, maka tinggatkanlah." (Al Hasyr: 7)

    "Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin

    Allah." (An Nisa': 64)

    "Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan

    mengikuti jalan yang bukan jalan orang orang mu'min, akan Kami biarkan mereka

    bergelimang daiam kesesatan yang telah mereka datangi, dan Kami masukkan ia ke

    dalam jahannam dan jahannam itu adalah seburuk buruk tempat kembali." (An

    Nisa: 115)

    "Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka

    menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian

    mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang

    kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An Nisa': 65)

    2.3 Khalifah

    Khilafah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa

    kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah. Ini juga

    bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh

    Allah, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang undang Allah dalam batas

    batas yang ditetapkan.

    Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia

    hanyalah khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik yang sebenarnya.

    Firman Allah yang mafhumnya:

    "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan

    menjadikan seorang khalifah di muka bumi... " (Al Baqarah: 30)

    "Kemudian Kami jadikan kamu khalifah khalifah di muka bumi sesudah mereka

    supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat." (Yunus: 14)

    http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#top
  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    5/18

    5

    Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar benar

    mengikuti hukum hukum Allah. Oleh itu khilafah sebagai asas ketiga dalam sistem

    politik Islam menuntut agar tugas tersebut dipegang oleh orang orang yang

    memenuhi syarat syarat berikut:

    i. Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang benar benar menerimadan mendukung prinsip prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam pengertian

    khilafah

    ii. Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim, fasiq, fajir dan lalaiterhadap Allah serta bertindak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh Nya

    iii. Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang ber'ilmu, berakal sihat,memiliki kecerdasan, kea'rifan serta kemampuan intelek dan fizikal

    iv. Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang amanah sehingga dapatdipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa keraguan

    3.0 Prinsip prinsip Utama Sistem Politik Islam

    Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara di antaranya:

    3.1 Musyawarah

    Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. Asas musyawarah

    yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang

    orang yang akan menjawat tugas tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas

    musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara

    perlaksanaan undangundang yang telah dimaktubkan di dalam al gur'an dan al

    Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan jalan

    menentukan perkara perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses

    ijtihad.

    http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#top
  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    6/18

    6

    3.2 Ke'adilan

    Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut

    dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam.

    Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa

    wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

    Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip ke'adilan yang terkandung dalam

    sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku

    di dalam kehidupan manusia, termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di

    antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan

    suami isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak anaknya.

    Oleh sebab kewajiban berlaku 'adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan

    di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem

    politik Islam untuk memelihara asas tersebut.

    Pemeliharaan terhadap ke'adilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama

    kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

    3.3 Kebebasan

    Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang

    dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf

    dan kebajikan.

    Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuantujuan

    terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang

    undang perlembagaan negara Islam.

    3.4 Persamaan

    Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah.

    Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak

    hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang

    http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#top
  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    7/18

    7

    ditetapkan oleh undang undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah

    taklukan kekuasaan undang undang.

    3.5 Hak Menghisab Pihak Pemerintah

    Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak

    pemeriritah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini

    berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah

    dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.

    Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam

    masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Hak ini

    dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindaktanduk dan keputusankeputusan pihak pemerintah.

    Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

    "Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan

    kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah

    tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)

    "..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu

    mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah.

    Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab

    yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)

    4.0 Tujuan Politik Menurut Islam

    Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahandan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at

    Islam. Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul

    Islam.

    Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al

    Din dan berterusanlah segala urusan manusia.menurut tuntutan tuntutan al Din

    tersebut.

    http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#tophttp://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/3j.htm#top
  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    8/18

    8

    Para fuqaha Islam telah menggariskan tujuh perkara penting sebagai tujuan kepada

    sistem politik dan pemerintahan Islam.

    i. Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam

    ii. Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikanmasalah di kalangan orang orang yang berselisih

    iii. Menjaga keamanan daerah daerah Islam agar manusia dapat hidup dalamkeadaan aman dan damai

    iv. Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungihak hak manusia

    v. Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapikemungkinan serangan daripada pihak luar

    vi. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam

    vii. Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai manayang ditetapkan oleh syara'

    5.0 Hak-Hak Bukan Islam Dalam Politik

    5.1 Perlindungan daripada ancaman luar

    Adalah menjadi tanggungjwab pemenrintah islam memberi perlindungan

    keselamatan kepada orang-orang dzimmi seperti mana diperolehi oleh orang-orang

    islam memandangkan pemenrintah memiliki kuasa perundangan dan kekuatan

    tentera yang membolehkan perlindungan tersebut diberikan kepada mereka selama

    mana mereka berada dalam negara walaupun terpencil dalam sebuah

    kampung.Memandangkan mereka tertakluk kepada undang-undang islam dan akad

    dzimah mereka dalah bersifat kekal justeru itu , mereka berhak mendapat

    perlindungan tersebut seperti yang diperoleh oleh orang-orang islam.

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    9/18

    9

    5.2 Pembelaan daripada kezaliman dalam negara

    Pembelaan daripada kezaliman ke atas mereka dari dalam negara adalah merupakan

    satu perkara yang sangat dituntut oleh islam.Orang-orang islam diberi amaran

    supaya tidak mmenyakiti orang-orang dzimmi dengan tangan atau perkataan

    mereka.Allah tidak suka kepada orang zalim dan tidak memberi petunjuk kepada

    mereka malah disegerakan balasan azab dunia dan dilipat gandakan balasan di

    akhirat.

    Terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis yang mengharamkan kezaliman

    dan menjelaskan kesan buruk di dunia dan akhirat.Terdapat hadis yang khusus

    melarang menzalimi orang-orang bukan islam dari kalangan ahli dzimmah.SabdaRasullah SAW yang bermaksud:

    Barang siapa menzalimi orang-orang dzimmi atau mengurangkan haknya atau

    membebankannya di luar kemampuannya atau mengambil sesuatu tanpa relanya

    maka Aku akan berhajat dengannya pada hari kiamat

    Sesiapa yang menyakiti orang-orang dzimmi beerti dia menyakitiKu dan sesiapa

    meyakitiKu dia adalah menyakiti Allah

    Oleh kerana itu umat islam sejak zaman khalifah ar-Rasyidin terlalu mengambil

    berat melindungi orang-orang dzimmi dari sebarang kezaliman dan penderaan serta

    memberi perhatian terhadap segala pengaduan yang diterima daripada mereka.

    Saidina Umar Al-Khattab sentiasa bertanya khabar keadaan orang-orang dzimmi

    kepada rombongan yang datang berjumpanya dari daerah-daerah dan wilayah-

    wilayah negara kerana bimbang takut ada dari kalangan orang islam yang

    melakukan sesuatu yang menyakiti orang dzimmi.

    5.3 Memegang Jawatan Kerajaan

    Orang Dzimmi berhak memegang jawatan-jawatan dalam negra islam sama seperti

    orang-orang islam sendiri kecuali beberpa jawatan yang mempunyai ciri-ciri

    keagamaan seperti Ketua Negara , Ketua Tentera , Kehakiman untuk orang-orang

    islam , agansi-agansi zakat .

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    10/18

    10

    Dalam bidang kepimpinan negara ianya merupakan lanjutan dari kepimpinan Nabi

    SAW , Maka tidak harus diamanahkan kepada orang bukan islam kerana tidak

    munasabah orang bukan islam akan melaksanakan hukum-hukum islam dan

    memeliharanya seperti yang dilakukan oleh orang islam yang beriman.

    Kepimpinan tentera pula bukan bersifat keduniaan semata-mata malah ianya juga

    termasuk dalam ibadah mengikut islam kerana jihad adalah merupakan kemuncak

    ibadat dala islam.

    Demikianlah juga dalam bidang kehakiman Islam bertujuan untuk melaksanakan

    hukum-hukum islam dan tidak dituntut kepada orang bukan islam untuk

    menghukum dengan perkara yang tidak diimani oleh orang-orang bukanislam.Begitu juga urusan harta zakat dan sebagainya yang bersangkutan jawatan-

    jawatan keagamaan.Selain dari bidang-bidang tersebut haruslah bagi negara islam

    memberi ruang kepada orang-orang dzimmi sekiranya mematuhi syarat,kelayakan

    serta jujur kepada negara.

    Sebaliknya tidak harus diberi peluang kepada mereka memendam rasa benci dan

    hasad dengki kepada orang islam seperti mereka yang disebut oleh Allah dalam

    kitab suci Al-Quran maksudnya :

    Hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu ambil menjadi teman

    kepercayaanmu orang-orang yang diluar lakangna kamu (kerana) mereka tidak

    henti-henti menimbulkan kemudaratan bagimu,mereka menyukai apa yang

    menyusahkan kamu.Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang

    dusembuyikan oleh hati mereka dalah lebih besar lagi sungguh telah kami terangkan

    kepadamu jika kamu memahaminya.

    5.4 Perlindungan Kehormatan darah dan tubuh badan

    Perlindungan keselamatan yang ditetapkan oleh orang-orang dzimmi termasukalah

    pemeliharaan kehormatan darah dan jiwaraga serta herta benda dan maruah

    mereka.Oleh itu kerana itu membunuh mereka adalah haram.

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    11/18

    11

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;Barang siapa membunuh seoarang

    dzimmi dia tidak berbau syurga walaupun baunya walaupun baunya didapati dari

    permulaan jarak 40 tahun perjalanan.

    Sebagaimana islam memelihara keselamatan nyawa orang dzimmi daripada

    dibunuh,demikian juga ia memelihara tubuh badan mereka daripada dipukul atau

    didera sekalipun mereka lambat atau enggan menunaikan tanggungjawab mereka

    membayar jizyah atau kharaj,sedangkan tindakan keras dikenakan ke atas orang

    islam yang enggan menunaikan zakat.

    5.5 Mematuhi undang-undang Islam

    Sebagai warganegara ,orang dzimmi bertanggungjawab mematuhi undang-

    undang Islam yang dilaksanakan ke atas orang-orang islam selama mana undang-

    undang itu tidak menuntut akidah dan kebebasan beragama.

    Undang-undang islam tidak dikuatkuasakan ke atas mereka di dalam

    perkara-perkara seperti zakat yang merupakan cukai dan ibadag ke atas orang-orang

    islam.

    Di dalam bidang undang-undang keluarga dan masyarakat mereka tidak

    dituntut untuk berkorban. Mengharamkan benda yang diharamkan oleh islam ke ata

    orang islam sedangkan benda itu halal dalam agama meraka seperti nikah cerai ,

    memakan babi dan minum arak.

    5.6 Kewarganegaraan

    Apabila mereka sudah melakukan aqad dengan pemerintah islam, maka wajib pada pihak

    pemerintah memberi hak kewarganegaraan kepada bukan muslim tersebut.

    Ini jelas dengan tindakan Nabi SAW membina negara Madinah. Semasa membina negara

    Islam Madinah, tidak semua orang-orang Madinah menganut Islam, bahkan wujud juga

    sebilangan mereka yang tidak memeluk Islam seperti sebahagian kecil dari kaum Aus dan

    Yahudi.

    Dalam keadaan demikian itu pun, Nabi SAW tidak pernah menafikan hak kewarganegaraan

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    12/18

    12

    mereka sehingga Baginda SAW telah membuat satu piagam perjanjian antara Kaum

    Muhajirin dan Ansar dengan Kaum yahudi[1].

    Apabila bukan muslim itu telah diberikan hak kewarganegaraan, maka menjadi kewajipan

    kepada pemerintah Islam menjaga hak dan keamanan mereka.

    Kezaliman tidak boleh dilakukan terhadap mereka disamping hukuman hendaklah dikenakan

    kepada mana-mana orang islam yang melakukan kezaliman terhadap non muslim tersebut.

    Sabda Nabi SAW:

    Maksudnya;

    Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang kafir yang ada perjanjian dengan

    pemerintah islam, atau membatalkan haknya, memberatkan kepadanya lebih dari kadar

    kemampuannya, mengambil daripadanya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan

    mempertahankanya di hari Kiamat[2]

    Dan juga hadis;

    Maksudnya;

    Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka

    sesungguhnya dia telah menyakiti Allah[3]

    Nyawa kafir zimmi hendaklah dijaga oleh pemerintah Islam. membunuh kafir zimmi dengan

    tiada hak merupakan salah satu dosa besar.

    Sabda Nabi SAW:

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    13/18

    13

    Maksudnya;

    Barangsiapa yang membunuh kafir yang ada perjanjian, maka dia tidak akan dapat membau

    bauan syurga, padahal bau syurga itu didapati walaupun jarak perjalanan itu mengambil masa

    40 tahun sekalipun[4]

    Sekiranya orang Islam telah membunuh orang kafir zimmi, maka dalam hal ini, ulama

    berselisih pendapat. Ada ulama menyatakan, tidak boleh membunuh balas (laksanakan hukum

    qisas) terhadap orang islam tersebut.

    Walaubagaimanapun, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mentarjih pendapat bahawa, hendaklah orang

    islam itu dikenakan hukuman bunuh balas apabila dia membunuh orang, samada orang yang

    dibunuh itu muslim atau kafir zimmi[5].

    Beliau berdalilkan dengan maksud umum dari firman Allah;

    Maksudnya;

    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-

    orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan

    wanita dengan wanita

    (Surah Al-Baqarah : 178)

    6.0 Hak Hak Orang Bukan Islam Dari Aspek Ekonomi

    6.1 Pemeliharaan Harta Benda

    Hak orang-orang dzimmi untuk mendapat perlindungan undang-undang bagi

    memelihara harta benda mereka dari pemerintah islam dalah diakui dari semua

    mazhab dan semua negeri di sepanjang zaman.

    Saidina Umar Al-Khattab pernah berpesan kepada Abu Ubaidah Al-Jarrah ,

    katanya Halang orang islam daripada mengkhianati mereka (orang dzimmi)dan

    menyusahkan mereka serta memakan harta mereka kecuali secara halal

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    14/18

    14

    Islam menjaga harta benda orang dzimmi sampai ke peringkat menggangap

    ada nilai pada barang yang dianggap bernilai pada orang dzimmi menurut agama

    mereka,walaupun barang itu tidak dianngap bernilai pada orang-orang islam.

    Arak dan babi tidak dianggap bernilai pada pandangan orang-orang

    islam.Oleh yang demikian sesiapa yang memusnahkan arak dan babi yang dimiliki

    oleh orang-orang islam ,tidak dikenakan apa-apa tindakan kepada pemusnah malah

    diberi ganjaran baik kerana tidak layak bagi orang-orang islam memiliki kedua-

    duanya itu.

    Adapun arak dan babi sekiranya dimiliki oleh orang bukan islam kedua-

    duanya dianggap harta bernilai disisinya.Sesiapa yang memusnahkan kedua-duabenda tersebut yang dimiliki oleh orang-orang dzimmi dikenakan ganti rugi

    hartanya.

    6.2 Kebebasan Bekerja

    Para Fuqaha ; Menegasakan bahawa orang bukan islam diberi kebebasan

    bekerja dalam apa pun bidang yang yang dipilih oleh mereka.Mereka berhak

    menjlankan aktiviti berjual beli ,menguruskan berbagai-bagai perniagaan dan

    mengamalkan kewangan tanpa sebarang sekatan dan mereka tidak dikecualikan

    daripada larangan meamalat yang mengandungi riba seperti mana yang dilarang ke

    atas orang-orang islam.

    Demikian juga dzimmi dilarang menjual arak dan babi di bandar-bandar

    orang islam secara terbuka walauoun untuk kepentingan mereka senduru demi untuk

    mengelak fitnah.

    6.3 Jizyah dan Kharaj

    Jizyah ialah cukai kepala (tahunan) pada kadar yang kecil daripada harta

    benda yang dikenakan ke atas lelaki yang baligh atau ammpu mengikut keupayaan

    harta benda mereka.Golongan fakir miskin dikecualikan langsung daripada

    tanggungjawab ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    15/18

    15

    Allah tidak memikul beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang yang

    Allah berikan kepadanya

    Kadar yang dikenakan itutidak ditetapkan.Hanya terpulang kepada pihak

    pemerintah dengan mengambil kira kepentingan pembayai cukai dan juga

    kepentingan negara.

    Kewajipan cukai jizyah ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud

    Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak pula kepada

    hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh

    Allah dan RasuiNya dan tidak beragama dengan agama yang benar iaitu orang-orang

    yang diberikan kitab kepada mereka sampai mereka membayar jizyah dengan patuhsedang mereka dalam keadaan tunduk.

    Kharaj pula merupakan cukai tanah sekiranya kekal milik mereka dan kadar

    cukai itu terserah kepada ketentuan pemerintah.

    Perbezaan antara jizyah dan kharaj ialah jizyah akan gugur apabila orang

    dzimmi menganut islam sedangkan kharaj tidak gugur.

    Kewajipan cukai kepada(jizyah) yang dikenakan ke atas orang dzimmi dapat

    difahamkan bahawa Islam mewajipkan ke atas orang-orang islam perkhidmatan

    tentera secara fardhu kifayah atau fardhu ain bagi mempertahankan negara yang

    bukan islam dikecualikan daripada perkhidmatan ini awalaupun mereka hidup

    sebagai warganenaga dalam pemerintahan islam.

    Jizyah selain daripada tanda kepatuhan orang-orang dzimmi kepada undang-

    undang islam ianya juga sebagai ganti perkhidmatan tenter yang diwajibkan ke atas

    orang-orang islam.

    6.4 Perlindungan Takaful ketika Tua Dan Miskin

    Islam di bawah nauangan pemerintahan memberi jaminan perlindungan

    hidup melalui skim takaful kepada orang bukan islam dan tanggungan mereka

    kerana meraka adalah rakyat negara islam dan negara bertanggungjawab ke atas

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    16/18

    16

    rakyatnya.Perlindungan tersebut terus dilaksanakan di zaman pemerintahan Khalifah

    Ar-Rasyidin dan selepas meraka.

    Dalam perjanjian akah dzimmah yang ditulis oleh Saidina Khalid Al-Walid

    bagi penduduk Al-Hirah di Iraq yang terdiri dari golongan Nasrani,Saidina Khalid

    menyebut: Mana-mana orang orang sudah tua dan tidak mampu untuk

    menjalankan pekerjaan atau ditimpa bencana ataupun dulunya kaya tetapi sekarang

    bergantung hidup kepada sedekah maka aku lepaskan mereka dari tanggungan

    memberi jizyah dan diperuntukkan sara hidup mereka dan anak-anak mereka

    daripada Baitulmal

    Saidina Khalid menulis perkara ini kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dandisaksikan oleh sebilangan daripada sahabat tanpa mendapat bantahan daripada

    mereka.Maka perkara ini dianggap satu keputusan ijmak.

    Dari apa yang disebutkan dapatlah diambil kesimpulan betapa islam

    memberi jaminan sosial terhadap anggota masyarakat tidak kira sama ada Islam atau

    bukan islam di mana tidak harus wujud dalam masyarakat seseorang yang tidak

    mendapat habuannya daripada makanan,pakaian,tempat tinggal atau rawatan.

    Menolak kemudaratan itu adalah suatu tuntutan agama sama ada ianya muslim atau

    dzimmi.

    7.0 Refleksi Keseluruhan

    Syukur Alhamdullilah dengan izin dan hidayah serta pertolongan daripada Allah SWT

    dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan baik.Di kesempatan ini saya

    ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang dihormati En.Shubki bin

    Hussin kerana memberi panduan dan bantuan kepada saya dalam usaha menyiapkan kerja

    kursus pendek Tamadun Islam ( WAJ 3101 ).

    Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya Puan Isniza bt. Suhadak

    ,Guru Besar SK Kampong Endah , rakan-rakan disekolah dan rakan-rakan sekuliah saya yang

    secara langsung atau tidak langsung membantu saya dalam memberi idea ,pendapat ,semangat

    dan lain-lain demi menyempurnakan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang ditetapkan

    oleh pensyarah.

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    17/18

    17

    Untuk menyiapkan kerja kursus ini banyak cabaran yang saya lalui.Cabaran yang

    pertama adalah dalam menyiapkan kerja kursus ini saya juga menjalankan tugas sebagai

    Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Majlis Sukan sekolah Daerah Kuala Langat.Saya

    perlu menjayakan Kejohanan Bola Sepak (R )MSSD Kuala Langat dan menjadi Ketua

    Jurulatih untuk ke Peringkat MSS Selangor dipertandingankan di daerah Hulu

    Langat.Cabaran yang seterusnya kekangan masa dan tugasan di sekolah yang semangkin

    bertambah dari masa ke semasa menyebabkan saya perlu pandai membahagikan masa untuk

    menyiapkan kerja kursus ini.Saya juga mengajar murid tahun 6 yang akan menduduki

    peperiksaan UPSR pada awal bulan September nanti.Disamping itu juga saya juga kurang

    berkemahiran dalam bidang ICT.Walau bagaimana pun ini semua bukan halangan yang besar

    bagi saya, sebagai seorang pelajar saya perlu menyiapkan tugasan ini yang diamanahkan oleh

    pensyarah.

    Dalam menyiapkan kerja kursus ini saya telah berbincangkan dengan rakan-rakan

    sekuliah dan rakan-rakan di sekolah.Perbincangan ini telah dapat membantu saya untuk

    menyiapkan tugasan ini.Saya juga banyak memperolehi bahan kerja kursus melalui buku

    rujukan dan melayari internet.Dalam menyiapkan tugasan ini,banyak pengetahuan baru yang

    saya dapat tentang hak-hak orang bukan islam dalam negara islam.Dalam aspek negara islam

    orang bukan islam tidak akan ditindas malah akan diberikan keutamaan dalam hak-hakmereka.Pemerintah yang melaksanakan sistem pemerintahan secara islam tidak akan

    menindas orang bukan islam yang tinggal dalam negara islam.Dalam negara kita Malaysia

    kedudukan orang bukan islam adalah sangat istimewa.Ini kerana mereka boleh melibatkan

    diri dalam sistem politik negara,kebebasan untuk belajar dan juga membuat perniagaan secara

    besar-besaran atau kecilan tanpa gangguan daripada pemerintah islam dalam negara kita.

    Mereka diberi hak untuk belajar disekolah aliran biasa (SK) dan juga aliran mereka sendiri

    seperti SJK(C) atau SJK (T) dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Setiap

    agama mempunyai nilai-nilai pokok yang tersendiri dan keistimewaan yang khusus yang

    masing-masing perlu menjaganya. Untuk itu, maka perlu kepada semangat toleransi. Oleh itu

    tidaklah harus diabaikan hal-hal demikian bagi mewujudkan suatu suasana yang benar-benar

    harmoni.Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu

    datangnya dari siri kita sendiri.Wassalam.

  • 7/31/2019 Kkp Titas Waj3101

    18/18

    18

    Rujukan

    Contributed by YB USTAZ HAJI AHMAD ALISunday, 07 January 2007

    http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2827-sn261-hak-dan-tanggungjawab-non-

    muslim-dalam-negara-khilafah

    (Rujuk buku Non Muslim Under Shari'ah (Islmic Law) oleh A. Rahman. D.)

    http://sinaronline.tripod.com/Edisi9/Fokus3.htm

    http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-235884.html

    Dr. Yusuf Al-Qardhawi edisi Bahasa Malaysia oleh Prof.Madya Doktor Mat Saad Abdul

    Rahman, berjudul Kedudukan Non-Muslim Dalam Masyarakat Islam.

    http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2827-sn261-hak-dan-tanggungjawab-non-muslim-dalam-negara-khilafahhttp://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2827-sn261-hak-dan-tanggungjawab-non-muslim-dalam-negara-khilafahhttp://sinaronline.tripod.com/Edisi9/Fokus3.htmhttp://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-235884.htmlhttp://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-235884.htmlhttp://sinaronline.tripod.com/Edisi9/Fokus3.htmhttp://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2827-sn261-hak-dan-tanggungjawab-non-muslim-dalam-negara-khilafahhttp://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2827-sn261-hak-dan-tanggungjawab-non-muslim-dalam-negara-khilafah