kitab ruqyah

Upload: nur-dria

Post on 20-Feb-2018

321 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    1/32

    11

    Kandungan

    1) Ruqyah Syariah .................................................................................................................................. 2

    2) Surah Al-Fatihah (1 7) ..................................................................................................................... 3

    3) Surah Al-Baqarah (1 5) .................................................................................................................... 3

    4) Surah Al-Baqarah (102) ...................................................................................................................... 4

    5) Surah Al-Baqarah (163 164) ............................................................................................................ 5

    6) Surah Al-Baqarah (255) ...................................................................................................................... 5

    7) Surah Al-Baqarah (284) ...................................................................................................................... 6

    8) Surah Al-Baqarah (285 286) ............................................................................................................ 6

    9) Surah Al-Imran (18 19) ................................................................................................................... 7

    10) Surah Al-Imran (26 27) ................................................................................................................... 7

    11) Surah Al-Araf (54 56) ..................................................................................................................... 8

    12) Surah Al-Araf (117 122) .................................................................................................................. 8

    13) Surah Yunus (81 82) ....................................................................................................................... 9

    14) Surah Toha (69) ................................................................................................................................ 9

    15) Surah Al-Isra (110 111) .................................................................................................................. 9

    16) Surah Al-Mukminun (115 118) ....................................................................................................... 10

    17) Surah As-Soffat (1 10) ................................................................................................................... 10

    18) Surah Al-Ahqaf (29 32) .................................................................................................................. 11

    19) Surah Ar-Rahman (33 36) .............................................................................................................. 11

    20) Surah Al-Hasyr (21 24) .................................................................................................................. 12

    21) Surah Al-Jin (1 9) .......................................................................................................................... 13

    22) Surah Al-Ikhlas (1 4) ..................................................................................................................... 14

    23) Surah Al-Falaq (1 5) ...................................................................................................................... 14

    24) Surah An-Nas (1 6) ....................................................................................................................... 14

    25) Azan ............................................................................................................................................... 15

    26) Surah Al-Zalzalah (1 8) .................................................................................................................. 15

    27) Amalan Wirid Harian Berasaskan Asmaul Husna ................................................................................ 16

    28) Amalan Perubatan Berasaskan Ayat-Ayat Syifa .................................................................................. 17

    29) Amalan Wirid Harian Sebagai Pendinding Diri .................................................................................... 19

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    2/32

    22

    1) Ruqyah Syariah

    Ruqyah adalah suatu perubatan dengan membacakan jampi-jampi dan sebenarnya sudah wujud semenjak

    zaman Jahilliah lagi. Kemudian setelah ajaran Islam datang, Rasulullah s.a.w telah menetapkan Ruqyah yangdibolehkan adalah Ruqyah yang mengikut Syariah Islam sahaja. Ruqyah Syariah adalah suatu perubatandengan cara membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Ruqyah Syariah dilakukan oleh seorang muslim, baik untuktujuan penjagaan dan perlindungan diri sendiri atau orang lain, daripada pengaruh buruk, pandangan matamanusia dan jin, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, dan berbagai penyakit fizikal, kebatinan serta hati.Ruqyah adalah perubatan yang sudah ada di zaman Jahilliah dan ketika Muhammad s.a.w. diutus menjadiRasulullah, maka telah ditetapkanlah Ruqyah yang dibolehkan di dalam Islam. Allah telah menurunkan Surah

    Al-Falaq dan An-Naas, dan salah satu fungsinya adalah sebagai pencegahan dan terapi bagi orang berimanyang terkena sihir. Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca kedua surah tersebutdan meniupkannya pada kedua tapak tangannya, mengusapkan pada kepala dan wajah serta anggotabadannya.

    Hukum RuqyahPara ulama berpendapat bahawa pada dasarnya Ruqyah secara umum dilarang, kecuali yang berasaskanSyariah Islam sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Sesungguhnya ruqyah (mantera), tamimah dan tiwalah adalah kemusyrikan.(Hadis Riwayat Ahmad,Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Hakim).

    "Barangsiapa menggantungkan sesuatu, maka dirinya akan diserahkan kepadanya." (Hadis RiwayatAhmad, Tirmidzi, Abu Dawud dan Al-Hakim)

    Dari Imran berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Akan masuk syurga dari umatku 70 ribu dengantanpa hisab. Sahabat bertanya, Siapa mereka wahai Rasulullah ? Rasul s.a.w. bersabda, Mereka

    adalah orang yang tidak berubat dengan besi, tidak minta diruqyah dan mereka bertawakal padaAllah.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Para ulama juga bersepakat membolehkan Ruqyah Syariah, iaitu pembacaan Al-Quran untuk penjagaan danpenyembuhan penyakit.

    Adab-Adab Untuk Perubatan Secara Ruqyah Syariah

    Bacaan Ruqyah yang merupakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa atau wirid dari Rasulullah s.a.w.

    Doa yang dibacakanjelas dan diketahui maknanya

    Berkeyakinan bahawa Ruqyah tidak berpengaruh atau berkesan dengan sendirinya, melainkan dengantakdir dan izin Allah SWT sahaja

    Tidak meminta tolong kepada jin atau yang lainnya selain Allah

    Tidak menggunakan benda-benda yang menimbulkan syirik, syubahah atau perasaan was-was

    Cara perubatan harus sesuai dengan nilai-nilai Syariah

    Orang yang melakukan perubatan harus memiliki kebersihan aqidah, akhlak yang terpuji dan istiqomahdalam ibadah

    Di Antara Penyembuhan Daripada Ruqyah Syariah, InsyaAllah:

    Pengusiran jin dan syaitan serta pembatalan sihir

    Pelindungan dan pembersihan diri serta rumah kediaman daripada makhluk halus

    Penambat kasih sayang di dalam rumahtangga

    Ketenangan jiwa

    Penenang dan pemulihan anak-anak degil dan nakal

    Penyembuhan sakit-sakit fizikal mengikut niat

    Semoga ibadat dan ikhtiar kita diberkati dan diterima oleh Allah. Jika terdapat sebarang kesilapan, ia adalah diatas kelemahan penyusun sendiri dan harap dapat diperbetulkan untuk kebaikan bersama serta dimaklumkankepada penyusun di talian 019-3839 777.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    3/32

    33

    2) Surah Al-Fatihah (1 7)

    Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kamisembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yanglurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yangdimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

    3) Surah Al-Baqarah (1 5)

    Alif Lam Mim. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (Iaitu)mereka yang beriman dengan yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezekiyang Kami berikan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu(Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin adanya akhirat.Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    4/32

    44

    4) Surah Al-Baqarah (102)

    Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidakkafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yangditurunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di negeri Babilonia. Padahal keduanya tidak mengajarkansesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu

    janganlah kafir. Maka mereka mempelajari dari keduanya apa yang (dapat) memisahkan antara seorang(suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat memudaratkan seseorang dengan sihirnyakecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaatkepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa yang membeli (menggunakan sihir) itu,nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yangmenjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    5/32

    55

    5) Surah Al-Baqarah (163 164)

    Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Pengasih, MahaPenyayang. Sesunguhnya pada penciptaan langit dan bumi, penggantian malam dan siang, kapal yang berlayardi laut dengan (muatan) yang bermanfaat kepada manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupaair, lalu dengan itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu)sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.

    6) Surah Al-Baqarah (255)

    Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, Yang terus-menerus mengurus (maklukNya), tidakmengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yangdapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka danapa yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNyamelainkan apa yang Dia kehendaki. KursiNya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa beratmemelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    6/32

    66

    7) Surah Al-Baqarah (284)

    Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalamhatimu atau kamu sembunyikan, nescaya Allah memperhitungkannya (tentang perbuatan itu) bagimu. Diamengampuni siapa yang Dia kehendaki dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha Kuasa atas segala

    sesuatu

    8) Surah Al-Baqarah (285 286)

    Rasul (Muhammad) beriman dengan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) dari Tuhannya,demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNyadan rasul-rasulNya. (Mereka berkata), Kami tidak membeza-bezakan seorang pun dari rasul-rasulNya. Danmereka berkata, Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepadaMu tempat (kami)kembali. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Diamendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang

    diperbuatnya. (Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kamimelakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimanaEngkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kamiapa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kamimenghadapi orang-orang kafir.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    7/32

    77

    9) Surah Al-Imran (18 19)

    Allah menyatakan bahawa tidak ada tuhan selain Dia; (demikian pula) para malaikat dan orang berilmu yangmenegakkan keadilan, tidak ada tuhan selain Dia, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. Sesungguhnyaagama di sisi Allah adalah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelahmereka memperoleh ilmu, kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa engkar terhadap ayat-ayat

    Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat perhitunganNya.

    10) Surah Al-Imran (26 27)

    Katakanlah (Muhammad), Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa punyang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari sesiapa pun yang Engkau kehendaki. Engkaumuliakan sesiapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa pun yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkanmalam ke dalam siang dan siang ke dalam malam. Dan Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, danEngkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkaukehendaki tanpa perhitungan.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    8/32

    88

    11) Surah Al-Araf (54 56)

    Sungguh, Tuhanmu (adalah) Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayamdi atas Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat. (Dia ciptakan) matahari,bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintahNya. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadihaknya. Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yanglembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuatkerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuhharap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.

    12) Surah Al-Araf (117 122)

    Dan Kami wahyukan kepada Musa, Lemparkanlah tongkatmu! Maka tiba-tiba ia menelan (habis) segalakepalsuan mereka. Maka terbuktilah kebenaran, dan segala yang mereka kerjakan jadi sia-sia. Maka merekadikalahkan di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan para pesihir itu serta mertamenjatuhkan diri dengan bersujud. Mereka berkata, Kami beriman kepada Tuhan seluruh alam, (iaitu)Tuhannya Musa dan Harun.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    9/32

    99

    13) Surah Yunus (81 82)

    Setelah mereka melemparkan, Musa berkata, Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnyaAllah akan menampakkan kepalsuan sihir itu. Sungguh, Allah tidak akan membiarkan terusberlangsungnya pekerjaan orang yang berbuat kerosakan. Dan Allah akan mengukuhkan yang benar denganketetapanNya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya.

    14) Surah Toha (69)

    Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka buat. Apayang mereka buat itu adalah tipu daya pesihir (belaka). Dan tidak akan menang pesihir itu, darimana pun ia datang.

    15) Surah Al-Isra (110 111)

    Katakanlah (Muhammad), Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu dapat

    menyeru, kerana Dia mempunyai nama-nama yang terbaik (Asma ul Husna) dan janganlah engkaumengeraskan suaramu dalam solat dan janganlah (pula) merendahkannya dan usahakan jalan tengah diantara kedua itu. Dan katakanlah, Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak (pula)mempunyai sekutu dalam kerajaanNya dan Dia tidak memerlukan penolong dari kehinaan dan agungkanlahDia seagung-agungnya.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    10/32

    1100

    16) Surah Al-Mukminun (115 118)

    Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud)

    dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya; tidakada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Tuhan (yang memiliki) Arsy yang mulia. Dan barang siapa yangmenyembah tuhan yang lain selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, makaperhitungannya hanya pada tuhannya. Sungguh orang-orang kafir itu tidak akan beruntung. Dankatakanlah (Muhammad), Ya Tuhanku, berilah ampunan dan (berilah) rahmat, Engkaulah pemberi rahmatyang terbaik.

    17) Surah As-Soffat (1 10)

    Demi (rombongan malaikat) yang berbaris bersaf-saf. Demi (rombongan) yang mencegah dengan bersungguh-sungguh. Demi (rombongan) yang membacakan peringatan. Sungguh, Tuhanmu benar-benar esa. Tuhanlangit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat terbitnya matahari.Sesungguhnya Kami telah menghias langit dunia (yang terdekat), dengan hiasan bintang-bintang. Dan

    (Kami) telah menjaganya dari setiap syaitan yang derhaka. Mereka (syaitan-syaitan itu) tidak dapatmendengar (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusirmereka; dan mereka akan mendapat azab yang kekal. Kecuali (syaitan) yang mencuri(pembicaraan); maka ia dikejar oleh bintang yang menyala.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    11/32

    1111

    18) Surah Al-Ahqaf (29 32)

    Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan kepadamu (Muhammad) serombongan jin yang mendengarkan (bacaan)Al-Quran, maka ketika mereka menghadirinya (pembacaan) mereka berkata, Diamlah kamu! (untukmendengarkannya). Maka ketika telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.Mereka berkata, Wahai kaum kami! Sungguh, kami telah mendengarkan Kitab (Al-Quran) yang diturunkansetelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang sebelumnya, membimbing kepada kebenaran,dan kepada jalan yang lurus. Wahai kaum kami! Terimalah (seruan) orang (Muhammad) yangmenyeru kepada Allah. Dan berimanlah kepadaNya, nescaya dia akan mengampuni dosa-dosamu, danmelepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan barangsiapa tidak menerima (seruan) orang(Muhammad) yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri dariseksaan Allah di bumi, padahal tidak ada pelindung baginya selain Allah. Mereka berada dalam kesesatanyang nyata.

    19) Surah Ar-Rahman (33 36)

    Wahai golongan jin dan manusia! Jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, makatembuslah. Kamu tidak akan dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah). Makanikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu (jin dan manusia), akan dikirimnyala api dan cairan tembaga (panas) sehingga kamu tidak dapat menyelamatkan diri (darinya) .Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    12/32

    1122

    20) Surah Al-Hasyr (21 24)

    Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tundukterpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untukmanusia agar mereka berfikir. Dialah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaibdan yangnyata. Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dialah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Raja yang

    Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Menjaga Keamanan, Pemelihara Keselamatan, yang Maha Perkasa,yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yangindah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    13/32

    1133

    21) Surah Al-Jin (1 9)

    Katakanlah (Muhammad), Telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah mendengarkan(bacaan), lalu mereka berkata, Kami telah mendengarkan bacaan yang menakjubkan (Al-Quran), (yang)memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akanmempersekutukan sesuatu pun dengan Tuhan kami. Dan sesungguhnya Maha Tinggi Keagungan Tuhan kami,Dia tidak beristeri dan tidak beranak. Dan sesungguhnya orang yang bodoh di antara kami dahulu selalumengucapkan (perkataan) yang melampaui batas terhadap Allah. Dan sesungguhnya kami mengira, bahawamanusia dan jin itu tidak akan mengatakan perkataan yang dusta terhadap Allah. Dan sesungguhnya adabeberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin,tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat.Dan sesungguhnya mereka (jin)mengira seperti kamu (orang musyrik Mekah) yang juga mengira bahawa Allah tidak akan membangkitkankembali sesiapa pun (pada hari Kiamat). Dan sesungguhnya kami (jin) telah mencuba mengetahui (rahsia)langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api . Dansesungguhnya kami (jin) dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mencuri dengar (berita-beritanya). Tetapi sekarang sesiapa (mencuba) mencuri dengar (seperti itu) pasti akan menjumpaipanah-panah api yang mengintai (untuk membakarnya).

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    14/32

    1144

    22) Surah Al-Ikhlas (1 4)

    Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah, yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah)tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.

    23) Surah Al-Falaq (1 5)

    Katakanlah, Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar). Dari kejahatan (makhluk yang)Dia ciptakan. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada buhul-buhul (talinya). Dan dari kejahatan orang yangdengki apabila dia dengki.

    24) Surah An-Nas (1 6)

    Katakanlah, Aku berlindung kepada Tuhannya manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan(bisikan) syaitan yang bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari(golongan) jin dan manusia.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    15/32

    1155

    25) Azan

    4x Allah Maha Besar

    2x Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah

    2x Aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah

    2x Marilah mendirikan solat

    2x Marilah menuju kejayaan

    2x Allah Maha Besar

    1x Tiada Tuhan melainkan Allah

    26) Surah Al-Zalzalah (1 8)

    Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dasyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-bebanberatnya (yang dikandungnya). Dan manusia bertanya, Apa yang terjadi pada bumi ini? Pada hari itu bumimenyampaikan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya.Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepadamereka (balasan) semua perbuatannya. Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya diaakan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akanmelihat (balasan)nya.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    16/32

    1166

    Amalan Tambahan Sebagai Wirid Harian

    27) Amalan Wirid Harian Berasaskan Asmaul Husna

    Di bawah adalah beberapa amalan pilihan yang mudah yang boleh digunakan sebagai Ruqyah Syariyyah

    dengan membacakan sebahagian daripada 99 Nama-Nama Allah:

    A) Ya Allah Ya Hayyu Allah Maha Hidup

    Dibaca sebanyak 100 kalisebelum solat fardhu Jumaat

    InsyaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkannya

    B) Ya Salam Maha Menyelamatkan

    Dibaca sebanyak 160 kalidi hadapan orang yang sakit

    InsyaAllah akan sembuh penyakitnya (selagi belum sampai ajal) atau bertambah ringan sakitnya

    C) Ya Mumin Maha Pemelihara KeamananDijadikan wirid harian oleh orang beriman

    InsyaAllah akan bertambah imannya

    D)Ya Bari Maha Pembuat

    Dibaca sebanyak 100 kalisetiap malam selama 7 malamberturut-turut

    InsyaAllah disembuhkan segala penyakit yang dihadapinya

    E) Ya Qahhar Maha Perkasa

    Dibaca sebanyak 100 kali dan menadahkan tangan dan mengangkat kepala lalu memohon hajat

    kepada AllahInsyaAllah ditunaikan hajatnya

    F) Ya Wahhab Maha Pemberi

    Dibaca sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah

    InsyaAllah permohonannya akan dikabulkan

    G)Ya Basith Maha Meluaskan

    Dibacakan sebanyak 10 kaliselepas solat sunat Dhuha

    InsyaAllah akan diluaskan rezeki dan ilmunya

    H)Ya Latif Maha Halus

    Dibaca sebanyak 100 kali

    InsyaAllah usaha, pekerjaan atau perniagaannya akan maju

    I) Ya Syakur Maha Pembalas

    Dibaca sebanyak 41 kali, diikuti dengan menghembus nafas di dalam gelas berisi air dan membasuhmuka dengan air tersebut

    InsyaAllah sesiapa yang sesak nafas atau lelah akan merasa lapang dan lega

    J) Ya Raqib Maha MengawasiDibaca sebanyak 312 kalisetiap selepas solat fardhu lima waktu

    InsyaAllah barang yang hilang akan dijumpai semula atau akan diganti oleh Allah

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    17/32

    1177

    K)Ya Mujib Maha Mengabulkan

    Dibaca sebanyak 55 kalisetiap hari selepas solat fardhu subuh

    InsyaAllah semua hajatnya akan terkabul

    L) Ya Hakim Maha Bijaksana

    Dibaca sebanyak 300 kalisetiap hariInsyaAllah fikiran menjadi cerdas dan mudah menerima dan mengingati pelajaran

    M)Ya Muhyi Maha Menghidupkan

    Dibaca sebanyak 68 kalisetiap selepas solat fardhu lima waktu

    InsyaAllah dikeluarkan dari badannya segala jenis penyakit

    N)Ya Muqsith Maha Mengadili

    Dijadikan amalan wirid harian

    InsyaAllah akan terpelihara daripada gangguan syaitan atau perasaan was-was

    O)Ya Dhar Maha Memudaratkan

    Dibaca sebanyak 1001 kali

    InsyaAllah penyakitnya akan hilang dan sembuh

    28) Amalan Perubatan Berasaskan Ayat-Ayat Syifa

    Amalkan ayat-ayat ini bagi tujuan perubatan dan disertakan dengan niat untuk menyembuhkan penyakit yangdinyatakan secara spesifik

    Surah At-Taubah (Ayat 14)

    Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akanmenghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

    Surah Yunus (Ayat 57)

    Wahai Manusia! Sungguh, telah datang kepada kamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagipenyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    18/32

    1188

    Surah An-Nahl (Ayat 69)

    Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telahdimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macamwarnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yangdemikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

    Surah Al-Isra (Ayat 82)

    Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orangyang berimandan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

    Surah Asy-Syuara (Ayat 80)

    Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.

    Surah Fussilat (Ayat 44)

    Dan jikalau Kami jadikan Al-Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah merekamengatakan: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Apakah (patut Al-Quran) dalam bahasa asing sedang(rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada kesumbatan, sedang Al-Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempatyang jauh.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    19/32

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    20/32

    2200

    Surah Al-Araf (Ayat 17) Pendinding Diri

    Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. DanEngkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.

    Surah Soffat (Ayat 7) Pendinding Diri

    Dan (Kami) telah menjaganya dari setiap syaitan yang derhaka.

    Surah Al-Isra (Ayat 88) Doa Penutup (Pengunci Ruqyah)

    Katakanlah, Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Quranini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling bantu-membantu satu sama lain.

    Surah Al-Anam (Ayat 61) Pendinding

    Dan Dialah Penguasa mutlak atas semua hambaNya, dan diutusNya kepadamu malaikat-malaikat penjaga,sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang di antara kamu, malaikat-malaikat Kami mencabut

    nyawanya, dan mereka tidak melalaikan tugasnya.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    21/32

    2211

    Surah Fussilat (Ayat 29 30) Penunduk Jin & Memohon Allah Mengirimkan Bantuan Melalui Malaikat

    Ya Tuhan kami, perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami iaitu (golongan) jindan manusia, agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami agar kedua golongan itumenjadi yang paling bawah (hina). Sesungguhnya orang-orang yang berkata, Tuhan kami adalah Allahkemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepadamereka (dengan berkata), Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; danbergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.

    Surah Thahaa (Ayat 124) Pembakar Jin Kafir

    Dan barang siapa berpaling dari peringatanKu, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupanyang sempit,dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.

    Doa Rasulullah Pendinding & Menghalau Syaitan

    Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa sahaja yang tidak dikehendakiNya pasti tidak akanterjadi. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah, Yang Maha Tinggi lagi Maha

    Agung.

    Doa Rasulullah Menghalau Syaitan

    Dengan nama Allah, Aku hamba Allah, berambus kau musuh Allah.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    22/32

    2222

    Surah at-Taubah (Ayat 129) Memohon Pertolongan Allah

    Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang

    kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayangterhadap orang-orang yang beriman. Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah(Muhammad), Cukuplah Allah sebagai penolongku, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya jua akuberserah dan Dialah yang memelihara Arasy yang agung.

    Doa Nabi Ibrahim a.s. Pendinding

    Cukuplah Allah sebagai penolongku dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

    Doa Rasulullah Pendinding

    Dengan nama Allah, yang dengan berkat namaNya, tiada sesuatu pun yang boleh memberi mudarat kepadakudi bumi dan juga di langit, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Doa Rasulullah Pendinding

    Tiada Tuhan selain Allah. Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya. KepunyaanNya segala kerajaan dan bagiNyasegala pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

    Doa Rasulullah Pendinding

    Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang telah diciptakan.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    23/32

    2233

    Ruqyah Jibril a.s. Pendinding

    Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna, yang tidak dapat dikalahkan oleh mereka yang jahatdan melakukan maksiat, dan daripada kejahatan yang menyusup dalam bumi, dan yang keluar darinya, dandaripada yang turun dari langit, dan kejahatan yang naik padanya, juga daripada fitnah-fitnah siang danmalam, kecuali ketukan-ketukan malam dan siang yang datang membawa kebaikan, Ya Allah yang Maha

    Penyayang.

    Surah Maryam (Ayat 1) & Surah Asy-Syura (Ayat 1 & 2) Pendinding & Penahan Sakit

    *Hanya Allah yang mengetahui maksudnya

    Doa Rasulullah Pendinding

    Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui segala perkara ghaib dan nyata, Tuhan yang Maha Pencipta langit dan

    bumi. Tuhan kepada semua makhluk dan kerajaannya, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhakdiabadikan melainkan Engkau sahaja. Aku memohon perlindungan daripada Engkau dari kejahatan dirikusendiri dan dari kejahatan syaitan serta sekutunya.

    Doa Rasulullah Memohon Keselamatan

    Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulahkembalinya sejahtera itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kamike syurga, segar dan aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya

    Allah Tuhan yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    24/32

    2244

    Doa Penyembuhan Jampi Oleh Malaikat Jibril a.s. Ke Atas Rasulullah Ketika Baginda Sakit

    Dengan nama Allah aku menjampimu, daripada segala sesuatu yang mengganggumu, daripada segala jiwadan mata yang mendengkimu. Allah yang akan menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku menjampimu.

    Doa Penyembuhan & Pendinding

    Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah. Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dankekuasaanNya daripada kejahatan yang aku alami dan yang aku takuti.

    Doa Penyembuhan

    Dengan nama Allah yang sebaik-baik nama.Dengan nama Allah, Tuhan empunya bumi dan langit.Dengan nama Allah yang dengan namaNya memberi berkat dan mengubati penyakit.Dengan nama Allah yang dengan kekuasaanNya menyembuhkan penyakit.Dengan nama Allah yang dengan namaNya tidak memberi mudarat racun dan penyakit.Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tiada sesuatu pun yang boleh memberi mudarat di bumi dan jugadi langit, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    25/32

    2255

    Selawat Syifa Penyembuhan

    Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w. yang dengan berkat berselawat keatas baginda, (dengan izin Allah) akan menyembuhkan hati-hati kami, menjadi penawar dan menyihatkantubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlahrahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.

    Selawat Tafrijiyyah Memohon hajat

    Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammads.a.w. yang dengan berkat berselawat ke atasnya, (dengan izin Allah) terhurai apa yang tersimpul, terlepasdaripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yangbaik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yangsempurna. Engkau anugerahkan juga Ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipanmata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    26/32

    2266

    Tasbih Kaffarah Amalan Menghapuskan Dosa

    Maha Suci Engkau Ya Tuhan Kami dengan memuji Engkau, aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan yangdisembah melainkan Engkau, aku memohon ampun kepadaMu dan bertaubat kepadaMu.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    27/32

    2277

    Surah Yasin (Ayat 1 83) Penyembuhan & Pembakar Jin

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    28/32

    2288

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    29/32

    2299

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    30/32

    3300

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    31/32

    3311

    Surah Al-Baqarah (Ayat 22) Penyembuhan

    (Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan dialah yangmenurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu.Kerana itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui.

    Surah Al-Anam (Ayat 17) Penyembuhan

    Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan

    jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

    Surah Al-Anbiya (Ayat 83) Penyembuhan

    Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, (Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpapenyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.

  • 7/24/2019 Kitab Ruqyah

    32/32

    3322

    Surah At-Tariq (Ayat 4) Pendinding & Pemisah

    Tidak ada setiap jiwa/diri melainkan atasnya ada penjaga.

    Surah Hud (Ayat 57) Pendinding

    Sesungguhnya Tuhanku Maha Pemelihara atas segala sesuatu.

    Surah Yusuf (Ayat 64) Pendinding

    Maka Allah adalah penjaga yang sebaik-baiknya dan Dia Maha Penyayang di antara para penyayang.