kisah imam empat mazhab muktabar

Upload: sherul-rul

Post on 14-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    1/27

    KISAH IMAM EMPAT MAZHAB MUKTABAR.Mereka adalah Imam Mazhab Fiqah dalam Mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang utama...

    Bermula denganImam Abu Hanifah (Mazhab Hanaffi)

    Pada zaman Bani Umaiyah Hebat dalam berdebat dan menentang fahaman Muktazilah.

    KemudianImam Malik bin Anas ( Mazhab Maliki)

    Mengarang kitab Muwatta'

    Diikuti denganImam Muhammad bin Idris As Syafie (Mazhab Syafie)

    Mengarang kitab Ar Risalah dalam bidang Usul Fiqh Kitab Al Um dalam bidang Fiqah Pada zaman Bani Abbasiyah semasa

    pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid

    TerakhirImam Ahmad bin Hambal (Mazhab Hambali)

    Menentang golongan Muktazilah

    Seorang al Hakim dalam gelaran ahli hadis kerana menghafal lebih 700 000 hadis.

    Mempunyai anak murid yang hebat seperti Imam Bukhari.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    2/27

    IMAM SYAFI'I

    PENGENALAN

    Nama dan Keturunan Imam Al-Shafii

    Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Uthman bin Shafi bin Al-Saib bin Ubaid bin Yazid bin Hashim bin Abd al-

    Muttalib bin Abd Manaf bin Man bin Kilab bin Murrah bin Lui bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin

    Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Mad bin Adnan bin Ud bin Udad.

    Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada Abd Manaf. Ibunya berasal dari Kabilah Al -Azd, satu kabilah

    Yaman yang masyhur.

    Penghijrahan ke Palestine

    Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestine kerana beberapa keperluan dan bapanya terlibat di dalam

    angkatan tentera yang ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.Kelahiran dan Kehidupannya

    Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah Palestine pada tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan

    bapanya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan

    serba kekurangan dan kesulitan.PENGEMBARAAN IMAM AL-SHAFIIHidup Imam As-Shafii (150H 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan

    amat berkesan terhadap pembentukan kriteria ilmiah dan popularitinya.Al-Shafii di Makkah ( 152H 164H )

    Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliau dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat

    http://islam.blogsome.com/2006/01/26/riwayat-hidup-imam-syafii/http://islam.blogsome.com/2006/01/26/riwayat-hidup-imam-syafii/
  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    3/27

    kelahirannya iaitu dari Ghazzah, Palestine ke Kota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana.

    Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika

    itu bahawa penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari

    sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara

    lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini

    mengambil masa dua belas tahun ( 152 164H ).

    Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di samping ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran

    dan Al-Hadith. Selepas pulang dari perkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa mahaguru di Kota

    Makkah sehingga beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik perhatian seorang

    mahagurunya iaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi di peringkat

    remaja iaitu lima belas tahun.Al-Shafii di Madinah ( 164H 179H )

    Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau berdamping dengan Imam Malik di samping mempelajari

    ilmunya sehinggalah Imam Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama lima belas tahun.

    Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain yang menetap di kota itu dan juga yang datang dari luar

    berjalan dengan baik dan berfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah telah dapat mewarisi ilmu bukan

    saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-ulama lain yang terkenal di kota itu.Al-Shafii di Yaman ( 179H 184H )

    Apabila Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh Gabenor Yaman. Beliau telah dicadangkan oleh sebahagian

    orang-orang Qurasyh Al-Madinah supaya mencari pekerjaan bagi Al-Shafii. Lalu beliau melantiknya menjalankan satu pekerjaan di

    wilayah Najran.

    Sejak itu Al-Shafii terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaran Gabenor wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu

    fitnah ditimbulkan terhadap diri Al-Shafii sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid di Baghdad atas tuduhan Gabenor

    baru itu yang sering menerima kecaman Al-Shafii kerana kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata bahawa beliau tidak bersalah

    dan kemudiannya beliau dibebaskan.Al-Shafii di Baghdad ( 184H 186H )

    Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa erti yang amat besar kepada Al-Shafii kerana pertamanya, ia berpeluang

    menziarahi kota Baghdad yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu. Keduanya, ia berpeluang

    bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan lain-

    lain tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ray.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    4/27

    Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak

    tiga kali sebelum beliau berpindah ke Mesir.

    Dalam pengembaraan pertama ini Al-Shafii tinggal di kota Baghdad sehingga tahun 186H. Selama masa ini (184 186H) beliau sempat

    membaca kitab-kitab Mazhab Ahl al-Ray dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, di

    samping membincanginya di dalam beberapa perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.Al-Shafii di Makkah ( 186H 195H )

    Pada tahun 186H, Al-Shafii pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil usahanya di Yaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan

    dirinya di bidang pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang langit Makkah membawa satu nafas baru

    di bidang fiqah, satu nafas yang bukan Hijazi, dan bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke semua aliran itu.

    Sejak itu menurut pendapat setengah ulama, lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali dengan Mazhab Al-

    Shafii.

    Selama sembilan tahun (186 195H) Al-Shafii menghabiskan masanya di kota suci Makkah bersama-sama para ilmuan lainnya,

    membahas, mengajar, mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering

    bertentangan yang beliau temui selama masa itu.Al-Shafii di Baghdad ( 195H 197H )

    Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Al-Shafii berangkat ke kota Baghdad. Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang

    yang tertuduh, tetapi sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personaliti dan aliran fiqah yang tersendiri. Catatan

    perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau telah menetap di negara itu selama dua tahun (195 197H).

    Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan Method Usuli yang berbeza dari apa yang dikenali pada ketika itu.

    Penyebaran ini sudah tentu menimbulkan satu respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan yang kebanyakannya adalah

    terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, iaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.

    Kata Al-Karabisi : Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al -Kitab, Al- Sunnah dan Al-Ijma, sehinggalah datangnya Al-Shafii,

    beliaulah yang menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma.

    Kata Abu Thaur : Kata Al-Shafii : Sesungguhnya Allah Taala telah menyebut (di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang

    umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendaki

    maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau

    Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan Abd ul Rahman bin Mahdi, dan juga

    beberapa penulisan lain dalam bidang fiqah dan lain-lain.Al-Shafii di Makkah dan Mesir ( 197H 204H )

    Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun 198H, beliau keluar semula ke Baghdad dan

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    5/27

    tinggal di sana hanya beberapa bulan sahaja. Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara itu dalam tahun

    itu juga. Di negara baru ini beliau menetap sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFIIPerpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan perubahan ini melibatkan banyak fatwanya

    semasa beliau di Baghdad turut sama berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliau hasilkan di Baghdad disemak semula

    dan diubah. Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafii, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala fatwa yang

    diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau

    berada di Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan

    dengan Mazhab barunya atau Qaul Jadid.

    Di sini harus kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa lamanya dan tidak pula kesemua fatwa lamanya

    dibatalkannya, malahan ada di antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan dengan yang lama.

    Kata Imam Al-Nawawi : Sebenarnya sebab dikatakan kesemua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah

    berdasarkan kepada ghalibnya sahaja.

    Imam As-Shafii pulang ke pangkuan Ilahi pada tahun 204H, tetapi kepulangannya itu tidaklah mengakibatkan sebarang penjejasan

    terhadap perkembangan aliran Fiqhi dan Usuli yang diasaskannya. Malahan asas itu disebar dan diusaha-kembangkan oleh para

    sahabatnya yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan Mesir.PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFII

    Di antara para sahabat Imam Al-Shafii yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-Madinah) ialah :-1. Abu Bakar Al-Hamidi, Abdullah bun Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun 219H.

    2. Abu Wahid Musa bin Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab Al-Shafii. Tidak diketahui tarikh wafatnya.

    3. Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Al- Abbasi bin Uthman bin Shafi Al-Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.

    4. Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.Sementara di Iraq pula kita menemui ramai para sahabat Imam Al-Shafii yang terkenal, di antara mereka ialah :-1. Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat pada tahun 241H.

    2. Abu Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Zafarani yang wafat pada tahun 249H.

    3. Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    6/27

    4. Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu Umar. Beliau wafat pada tahun 236H.

    5. Abu Ali Al-Husain bin Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.

    6. Abu Abdul RahmanAhmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh wafatnya.

    7. Abu Zaid Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.

    8. Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.

    9. Abdul Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240H.

    10. Ali bin Abdullah Al-Mudaiyini.Di Mesir pula terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah sahabat Imam Al-Shafii, seperti :-1. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya bin Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada tahun 264H.

    2. Abu Muhammad Al-Rabi bin Sulaiman Al-Muradi yang wafat pada tahun 270H.

    3. Abu Yakub Yusuf bin Yahya Al-Misri Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.

    4. Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243H.

    5. Abu Musa Yunus bin Abdul Ala Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.

    6. Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam Al-Misri yang wafat pada tahun 268H.

    7. Al-Rabi bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 256H.Dari usaha gigih mereka, Mazhab Al-Shafii tersebar dan berkembang luas di seluruh rantau Islam di zaman-zaman berikutnya.PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFIIMenurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-ShafiI telah berkembang dan menjalar pengaruhnya di merata-rata tempat, di kota dan di

    desa, di seluruh rantau negara Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan sekitarnya, di Naisabur, Khurasan,

    Muru, Syria, Mesir, Yaman, Hijaz, Iran dan di negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China. Penyebaran

    yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita sejauh mana kewibawaan peribadi Imam Al-Shafii sebagai seorang

    tokoh ulama dan keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar aliran zamannya. IMAM AL-SHAFII DAN

    PENULISANNYAPermulaan Mazhabnya

    Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafii secara umumnya mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut

    Muhammad Abu Zahrah bahawa pwmbentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari kunjungan ke Baghdad pada tahun

    186H. Sebelum itu Al-Shafii adalah salah seorang pengikut Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya dan juga pendapat

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    7/27

    fuqaha Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha Ahl Al-Ray. Sikapnya yang sebegini meyebabkan beliau terkenal dengan

    panggilan Nasir Al-Hadith.

    Detik terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat pengajarannya (halqah) di Masjid Al-Haram. Usaha beliau dalam

    memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah dibahagikan kepada tiga peringkat :-1. Peringkat Makkah (186 195H)

    2. Peringkat Baghdad (195 197H)

    3. Peringkat Mesir (199 204H)Dalam setiap peringkat diatas beliau mempunyai ramai murid dan para pengikut yang telah menerima dan menyebar segala pendapat

    ijtihad dan juga hasil kajiannya.Penulisan PertamanyaMemang agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafii dan di mana dan selanjutnya apakah kitab

    pertama yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah dan di mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari tidak adanya keterangan yang jelas

    mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengembaraannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan pulangnya semula ke tempat

    awalnya tambah menyulitkan lagi untuk kita menentukan di tempat mana beliau mulakan usaha penulisannya.

    Apa yang kita temui sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan baru yang menyentuh sejarah hidupnya, hanya beberapa

    tanda yang menunjukkan bahawa kitabnya Al-Risalah adalah ditulis atas permintaanAbdul Rahman bin Mahdi, iaitu sebuah kitab di

    dalam Ilmu Usul, pun keterangan ini tidak juga menyebut apakah kitab ini merupakan hasil penulisannya yang pertama atau sebelumnya

    sudah ada kitab lain yang dihasilkannya. Di samping adanya pertelingkahan pendapat di kalangan ulama berhubung dengan tempat di

    mana beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada di

    Makkah dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika berada di Iraq.

    Kata Ahmad Muhammad Shakir : Al-ShafiI telah mengarang beberapa buah kitab yang jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau

    sendiri yang menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja kepada para

    sahabatnya. Untuk mengira bilangan kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itu

    telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di Mesir.

    Kalaulah keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita membuat satu kesimpulan bahawa Al-Shafii telah

    memulakan siri penulisannya sewaktu beliau di Makkah lagi, dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang dihasilkannya ialah kitab Al-

    Risalah.Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    8/27

    Di samping Al-Risalah terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandungi

    fatwa Mazhab Qadimnya iaitu Al-Hujjah. Pun keterangan mengenai kitab ini tidak menunjukkan bahawa ia adalah kitab pertama yang

    di tulis di dala bidang Ilmu Fiqah semasa beliau berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu jelas. Menurut beberapa

    keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau berpindah ke negara itu pada kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195

    197H.

    Bersama-sama Al-Hujjah itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu Fiqah yang beliau hasilkan sendiri penulisannya atau

    beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :-1. Al-Amali

    2. Majma al-Kafi

    3. Uyun al-Masail

    4. Al-Bahr al-Muhit

    5. Kitab al-Sunan

    6. Kitab al-Taharah

    7. Kitab al-Solah

    8. Kitab al-Zakah

    9. Kitab al-Siam

    10. Kitab al-Haj

    11. Bitab al-Itikaf

    12. Kitab al-Buyu

    13. Kitab al-Rahn

    14. Kitab al-Ijarah

    15. Kitab al-Nikah

    16. Kitab al-Talaq

    17. Kitab al-Sadaq

    18. Kitab al-Zihar

    19. Kitab al-Ila

    20. Kitab al-Lian

    21. Kitab al-Jirahat

    22. Kitab al-Hudud

    23. Kitab al-Siyar

    24. Kitab al-Qadaya

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    9/27

    25. Kitab Qital ahl al-Baghyi

    26. Kitab al-Itq dan lain-lainSetengah perawi pula telah menyebut bahawa kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafii adalah di dalam bentuk jawapan dan

    perdebatan, iaitu satu penulisan yang dituju khas kepada fuqaha ahl al -Ray sebagai menjawab kecaman-kecaman mereka terhadap

    Malik dan fuqaha Al-Madinah. Kenyataan mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : Kata Al-Shafii : Ashab Al-Hadith

    (pengikut Imam Malik) telah berhimpun bersama-sama saya. Mereka telah meminta saya menulis satu jawapan terhadap kitab Abu

    Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui pendapat mereka, berilah peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab

    mereka. Lantas saya meminta supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan untuk (bacaan) saya.

    Saya membacanya selama setahun sehingga saya dapat menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis kitab saya di

    Baghdad.

    Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kita pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafii semasa beliau di Iraq ialah sebuah

    kitab dalam bentuk jawapan dan perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan ahl al-Ray. Ini juga

    menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih awal dari masa penulisan kitab Al -Risalah, iaitu di antara tahun-tahun 184 186H.Method Penulisan Kitab-Kitab QadimBerhubung dengan method penulisan kitab Al-Hujjah dan lain-lain belum dapat kita pastikan dengan yakin kerana sikap asalnya tida

    kita temui, kemungkinan masih lagi ada naskah asalnya dan kemungkinan juga ianya sudah hilang atau rosak dimakan zaman.

    Walaubagaimanapun ia tidak terkeluar ini hanya satu kemungkinan sahaja dari method penulisan zamannya yang dipengaruhi dengan

    aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha di dalam beberapa masalah, umpamanya pertentangan yang berlaku d i antara mazhab

    beliau dengan Mazhab Hanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan kitab Al -Um yang pada asalnya

    adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiap kitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri,

    kemudian kita itu pula dipecahkan kepada bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk yang tersendiri. Di dalam setiap bab ini

    dimuatkan dengan segala macam masalah fiqah yang tunduk kepada tajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab Al-

    Taharah, ia mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab -bab itu ada kaitannya dengan Kitab Al-Taharah.Perawi Mazhab Qadim

    Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di antara mereka yang termasyhur hanya empat orang sahaja

    :1. Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H.

    2. Al-Zafarani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun 260H.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    10/27

    3. Al-Karabisi, Al-Husain bin Ali bin Yazid, Abu Ali yang wafat pada tahun 245H.

    4. Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.Menurut Al-Asnawi, Al-Shafii adalah ulama pertama yang hasil penulisannya meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqah.Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim

    Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu rombakan besar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini

    adalah berpunca dari penemuan beliau dengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapati hadis-

    hadis yang sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu

    terbukti sahihnya sewaktu beliau berada di Mesir sesudah kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliau

    telah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada prinsipnya : Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih

    maka itulah Mazhab saya.

    Di dalam kitab Manaqib Al-Shafii, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang disemak semula

    oleh Al-Shafii dan diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-1. Al-Risalah

    2. Kitab al-Siyam

    3. Kitab al-Sadaq

    4. Kitab al-Hudud

    5. Kitab al-Rahn al-Saghir

    6. Kitab al-Ijarah

    7. Kitab al-JanaizMenurut Al-Baihaqi lagi Al-shafii telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah.

    Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafii melarang para sahabatnya meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak

    kepada orang ramai. Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk di sana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha

    mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis fuqaha yang terdahulu atau pun fuqaha yang terkemudian. Kemungkinan hal ini berlaku

    dengan kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Zafarani, Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di

    Iraq dan diketahui umum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapat-pendapatnya itu tidak mengetahui

    larangan beliau itu.

    Para fuqaha itu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di

    antara mereka yang berani mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong oleh hadis-hadis yang sahih.

    Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafii, malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    11/27

    kepada prinsipnya : Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah mazhab saya.

    Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha

    Mazhab Al-Shafii :-

    Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid Mazhab Al-Shafii atas dasar ia adalah pendapat Al-

    Shafii yang tidak dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtah id (seperti Al-Shafii) apabila ia mengeluarkan pendapat barumya

    yang bercanggah dengan pendapat lamanya tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam masalah

    itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.

    Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur fuqaha Mazhab Al-Shafii kerana pendapat lama dan baru

    adalah dua pendapatnya yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya.Kitab-kitab Mazhab JadidDi antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau berpeindah ke Mesir.

    ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu yang terkandung di dalam kitab Al-Um, seperti :-a) Di dalam bab Taharah :

    1. Kitab al-Wudu

    2. Kitab al-Tayammum

    3. Kitab al-Taharah

    4. Kitab Masalah al-Mani

    5. Kitab al-Haid

    B) Di dalam bab Solah :

    6. Kitab Istiqbal al-Qiblah

    7. Kitab al-Imamah

    8. Kitab al-Jumah

    9. Kitab Solat al-Khauf

    10. Kitab Solat al-Aidain

    11. Kitab al-Khusuf

    12. Kitab al-Istisqa

    13. Kitab Solat al-Tatawu

    14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    12/27

    15. Kitab al-Janaiz

    16. Kitab Ghasl al-Mayyit

    c) Di dalam bab Zakat :

    17. Kitab al-Zakah

    18. Kitab Zakat Mal al-Yatim

    19. Kitab Zakat al-Fitr

    20. Kitab Fard al-Zakah

    21. Kitab Qasm al-Sadaqat

    d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :

    22. Kitab al-Siyam al-Kabir

    23. Kitab Saum al-Tatawu

    24. Kitab al-Itikaf

    e) Di dalam bab Haji :

    25. Kitab al-Manasik al-Kabir

    26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir

    27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir

    f) Di dalam bab Muamalat :

    28. Kitab al-Buyu

    29. Kitab al-Sarf

    30. Kitab al-Salam

    31. Kitab al-Rahn al-Kabir

    32. Kitab al-Rahn al-Saghir

    33. Kitab al-Taflis

    34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir

    35. Kitab al-Sulh

    36. Kitab al-Istihqaq

    37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah

    38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah

    39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib

    40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir

    41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi

    42. Kitab al-Ariah

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    13/27

    43. Kitab al-Ghasb

    44. Kitab al-Shafah

    g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :

    45. Kitab al-Ijarah

    46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah

    47. Kitab al-Kara wa al-Ijarat

    48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Mustajir

    49. Kitab Kara al-Ard

    50. Kara al-Dawab

    51. Kitab al-Muzaraah

    52. Kitab al-Musaqah

    53. Kitab al-Qirad

    54. Kitab Imarat al-Aradin wa Ihya al-Mawat

    h) Di dalam bab Ataya (Hadiah-menghadiah) :

    55. Kitab al-Mawahib

    56. Kitab al-Ahbas

    57. Kitab al-Umra wa al-Ruqba

    i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :

    58. Kitab al-Wasiat li al-Warith

    59. Kitab al-Wasaya fi al-Itq

    60. Kitab Taghyir al-Wasiah

    61. Kitab Sadaqat al-Hayan al-Mayyit

    62. Kitab Wasiyat al-Hamil

    j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :

    63. Kitab al-Mawarith

    64. Kitab al-Wadiah

    65. Kitab al-Luqatah

    66. Kitab al-Laqit

    k) Di dalam bab Nikah :

    67. Kitab al-Tarid bi al-Khitbah

    68. Kitab Tahrim al-Jami

    69. Kitab al-Shighar

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    14/27

    70. Kitab al-Sadaq

    71. Kitab al-Walimah

    72. Kitab al-Qism

    73. Kitab Ibahat al-Talaq

    74. Kitab al-Rajah

    75. Kitab al-Khulu wa al-Nushuz

    76. Kitab al-Ila

    77. Kitab al-Zihar

    78. Kitab al-Lian

    79. Kitab al-Adad

    80. Kitab al-Istibra

    81. Kitab al-Rada

    82. Kitab al-Nafaqat

    l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :

    83. Kitab Jirah al-Amd

    84. Kitab Jirah al-Khata wa al-Diyat

    85. Kitab Istidam al-Safinatain

    86. Al-Jinayat ala al-Janin

    87. Al-Jinayat ala al-Walad

    88. Khata al-Tabib

    89. Jinayat al-Muallim

    90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam

    91. Kitab al-Qasamah

    92. Saul al-Fuhl

    m) Di dalam bab Hudud :

    93. Kitab al-Hudud

    94. Kitab al-Qatu fi al-Sariqah

    95. Qutta al-Tariq

    96. Sifat al-Nafy

    97. Kitab al-Murtad al-Kabir

    98. Kitab al-Murtad al-Saghir

    99. Al-Hukm fi al-Sahir

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    15/27

    100. Kitab Qital ahl al-Baghy

    n) Di dalam bab Siar dan Jihad :

    101. Kitab al-Jizyah

    102. Kitab al-Rad ala Siyar al-Auzai

    103. Kitab al-Rad ala Siyar al-Waqidi

    104. Kitab Qital al-Mushrikin

    105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul

    106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy

    107. Kitab Qasm al-Fai wa al-Ghanimah

    o) Di dalam bab Atimah (Makan-makanan) :

    108. Kitab al-Taam wa al-Sharab

    109. Kitab al-Dahaya al-Kabir

    110. Kitab al-Dahaya al-Saghir

    111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih

    112. Kitab Dhabaih Bani Israil

    113. Kitab al-Ashribah

    p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :

    114. Kitab Adab al-Qadi

    115. Kitab al-Shahadat

    116. Kitab al-Qada bi al-Yamin maa al-Shahid

    117. Kitab al-Dawa wa al-Bayyinat

    118. Kitab al-Aqdiah

    119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur

    q) Di dalam bab Itq (Pembebasan) dan lain-lain :

    120. Kitab al-Itq

    121. Kitab al-Qurah

    122. Kitab al-Bahirah wa al-Saibah

    123. Kitab al-Wala wa al-Half

    124. Kitab al-Wala al-Saghir

    125. Kitab al-Mudabbir

    126. Kitab al-Mukatab

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    16/27

    127. Kitab Itq Ummahat al-Aulad

    128. Kitab al-ShurutDi samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga

    mengandungi hukum-hukum furu, seperti :-1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith

    2. Kitab Jima al-Ilm

    3. Kitab Ibtal al-Istihsan

    4. Kitan Ahkam al-Quran

    5. Kitab Bayan Fard al-Lah, Azza wa Jalla

    6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy

    7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafii

    8. Kitab Ikhtilaf al-Iraqiyin

    9. Kitab al-Rad ala Muhammad bin al-Hasan

    10. Kitab Ali wa Abdullah

    11. Kitab Fadail QurayshAda sebuah lagi kitab al-Shafii yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu al-Mabsut. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan

    beliau menamakannya dengan al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat, tetapi pada pendapat setengah ulama kemungkinan ia adalah

    kitab al-Um.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    17/27

    Imam Malik bin Anas

    a.Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah.b.Namanya yang sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi.

    c.Imam Malik rahimahullah adalah pengasas "Mazhab Maliki".

    d.Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat.

    e.Beliau telah meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan

    tiga orang putera dan seorang puteri.

    Peribadi

    a.Imam Malik rahimahullah mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau hafaz Al-Quran

    ketika usianya masih muda.

    b.Beliau mempunyai akhlak yang sangat mulia, bersopan santun, suka memakai pakaian yang bersih dan

    mahal, serta bau-bauan yang harum.

    c.Beliau bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci kepada perbuatan mencela

    sesama manusia.

    d.Beliau merupakan seorang hartawan yang sangat dermawan dan menggunakan hartanya untuk

    menolong golongan yang susah.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    18/27

    e.Beliau sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

    f.Beliau sangat tabah menghadapi sebarang ujian yang menimpanya. Beliau pernah disebat dengan

    cemeti (sejenis rotan) sehingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak

    disukai oleh khalifah.

    g.Beliau adalah seorang ulama yang warak, taat dan patuh kepada Allah S.W.T. Beliau juga kuat

    beribadat terutama sekali pada waktu malam.

    Pendidikan

    a.Imam Malik sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan. Sejak kecil beliau hafaz Al-Quran dan hadis.

    b.Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang luar biasa. Suatu hari beliau mendengar gurunya

    menyampaikan 30 buah hadis secara lisan, beliau dapat mengingati 29 buah hadis daripadanya.

    2

    c.Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru. Sebahagian daripadanya terdiri daripada ulama

    tabiin.

    d.Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di kota Madinah kerana pada waktu itu kota

    Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama. Ramai para sahabat dan ulama tabiin

    berdakwah di Madinah.

    e.Berkat kerajinan dan usaha gigih beliau dalam menuntut ilmu pengetahuan, akhirnya Imam Malik

    muncul sebagai ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    19/27

    Sumbangan

    a.Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis. Beliau sangat berhati-hati dalam

    menyelidik sanad dan perawi (periwayat) hadis untuk memastikan kesahihannya.

    b.Kerana kemashyuran Imam Malik dalam bidang ilmu hadis, ramai ulama dari luar Madinah datang

    untuk mendapatkan ilmu daripada beliau.

    c.Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam Malik juga menganalisa hadis-hadis tersebut untuk

    merumus hukum-hukum agama.

    d.Menurut satu riwayat, Imam Malik telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk

    menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya.

    e.Imam Malik telah menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis. Walau bagaimanapun tidak semua

    hadis-hadis tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum. Setelah ditapis, hanya 10,000 buah

    hadis sahaja yang diakui sah.

    f.Daripada 10,000 buah hadis yang telah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran, akhirnya hanya

    5,000 buah hadis saja yang benar-benar diterima sebagai hadis Rasulullah s.a.w. yang sah.

    g.Hadis-hadis tersebut disusun dalam sebuah kitab yang diberi nama "Al-Muattok".

    h.Beliau sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebelum setiap hukum yang

    dikeluarkan, terlebih dahulu merujuk kepada Al-Quran dan hadis. Jika tidak terdapat di dalam

    kedua-dua sumber tersebut, barulah beliau merujuk kepada Ijmak ulama, Qias dan akhir sekali

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    20/27

    Masolih Al-Mursalah.

    i.Peninggalan Al-Imam Malik yang terbesar ialah kitab Al-Muattok yang menjadi bahan rujukan

    kepada seluruh umat Islam sehingga sekarang.

    j.Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Libya dan Palestin.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    21/27

    IMAM HAMBALIImam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat

    yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama

    datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.

    Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau

    terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan

    kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak

    senang menerima hadiah-hadiah.

    Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam

    menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani

    berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan kebenaran itu. Kerana Allah memang

    telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang tidak

    pernah lepas dari berbagai ujian dan cubaan.

    Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi

    orang yang menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya dalam

    berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari

    kawan-kawan yang merasa iri dengan kebolehan seseorang.

    Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu

    kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat

    seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat

    bahawa Quran itu adalah makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang

    berpendapat demikian akan diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari Baghdad. Sultan Harun Al-Rasyid

    pernah berkata: Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum

    pernah aku lakukan terhadap yang lain? Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan.

    Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari

    persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    22/27

    ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap orang yang mengatakan Quran itu makhluk.

    Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat

    tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada suatu kali oleh

    Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa Al-

    Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima orang ramai.

    Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa Al-Quran itu bukan makhluk? Hanyalah Imam Hambali. Secara

    terus terang ia berkata di hadapan Sultan:Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah Kalamullah.

    Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia

    ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad

    Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama menjawab dan membenarkan

    pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah

    makhluk. Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara datang surat dari Tharsus yang meminta

    supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai.

    Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke

    Tharsus, sesampainya di sana keduanya dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar bernama Ahmad bin

    Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah dalam pendirian.

    Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan

    tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya

    bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari pendiriannya itu.

    Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: Atas

    nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan apa yang

    telah saya benarkan, atau mengatakan seperti yang saya kata? Kerana Imam Hambali masih tetap dengan pendiriannya, maka baginda

    memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul Imam Hambali.

    Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan Bismillah. Ketika cambuk yang kedua, beliau

    mengucapkan La haula walaa quwwataillaa billah (tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    23/27

    kalinya beliau mengucapkan Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk (Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan ketika pada

    pukulan yang keempat, beliau membaca surah At-Taubah ayat 51. Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang

    ditetapkan oleh Allah bagi kami.Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah. Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara

    kembali. Pada suatu hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu

    Jafar Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: Hai Abu Jafar apakah engkau susah melihat keadaanku?

    Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab

    bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu

    menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang

    lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka.

    Mendengar kata-kata Jafar itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau

    pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: Wahai Imam, saya ini seorang

    pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa

    saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran.

    Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau

    ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-

    Makmun meninggal dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran itu makhluk harus

    dipertahankan.

    Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama

    kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun bahawa

    jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang

    berat.

    Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan

    ini cuba mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan

    alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam penjara.

    Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: Al-Quran itu adalah baru,

    bagaimana pendapat anda. Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan

    hadith tidak disuruh membahas soal tersebut. Jawab beliau. Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    24/27

    Baginda berkata: Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al -Quran itu makhluk, supaya

    kamu selamat.

    Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah.

    Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau

    mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku. Ketika itu pula seluar beliau yang akan

    jatuh itu naik ke atas kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai.

    Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di

    hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan saja tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah seterusnya, pada hari yang

    kedua pun beliau masih tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga

    pengsan.

    Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap

    para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuzai. Kepala Ahmad bin

    Naser digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: Inilah kepala Ahmad bin Naser yang tidak mahu mengakui bahawa Al -Quran itu

    makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan

    dirinya dari kiblat. Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser.

    Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah

    dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal.

    Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun hadiah tersebut beliau tolak.

    Kerana dipaksa untuk menerimanya, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

    Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun.

    Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang

    muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai

    seksaan dan penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya

    dan keredhaanNya.

    Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.

    Firman Allah ertinya:

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    25/27

    Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan

    sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar

    dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

    (Al-Ankabut: 2-3)Imam Abu Hanifah

    Riwayat Hidup

    a.Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 Masihi di Kufah semasa

    pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

    b.Nama sebenarnya ialah An-Nukman bin Thabit.

    c.Imam Abu Hanifah rahimullah berasal daripada bangsa Parsi.

    d.Beliau digelar "Abu Hanifah" kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat ilmu

    pengetahuan yang dipelajarinya.

    e.Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di dalam penjara

    ketika berumur 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

    f.Beliau adalah pengasas "Mazhab Hanafi".

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    26/27

    Sifat2 Peribadi

    a.Imam Abu Hanifah mempunyai ilmu pengetahuan yang amat tinggi.

    b.Beliau berani menghadapi segala bentuk cabaran untuk menegakkan kebenaran.

    c.Beliau juga suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan tanpa

    mengira usia, pangkat dan darjat.

    d.Imam Abu Hanifah seorang yang rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya.

    e.Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah S.W.T., warak, qanaah dan tidak tamak pada harta

    kekayaan.

    f.Beliau juga seorang abid yang kuat beribadat dan berpegang teguh pada ajaran Islam.

    Pendidikan

    a.Sejak kecil, Imam Abu Hanifah berminat mempelajari ilmu pengetahuan.

    b.Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas bin

    Malik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.

    2

    c.Beliau juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in.

    d.Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Beliau juga mahir

    dalam bidang sastera.

    e.Imam Abu Hanifah telah berguru dengan seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun.

  • 7/27/2019 Kisah Imam Empat Mazhab Muktabar

    27/27

    Selepas gurunya meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu

    kepada orang ramai.

    Sumbangan dan Jasa

    a.Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.

    b.Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan

    antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.

    c.Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal

    fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran

    atau hadis nabi.

    d.Berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun

    ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun

    kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.

    e.Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah:

    i.Fikah Akbar.

    ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim.

    iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.

    e.Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India,

    Pakistan China, Khurasan, Turki dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.