kid's idol

Upload: raynold-raphael

Post on 06-Mar-2016

248 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

form

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU GAYA

KERTAS KERJA CADANGAN

PERTANDINGAN KIDS IDOLSK PULAU GAYA 2015

ANJURANPANITIA PENDIDIKAN MUZIK

1. PENDAHULUANSeni muzik adalah satu cabang kesenian yang membentuk kehalusan jiwa demi mewujudkan insan yang seimbang. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, pihak sekolah berhasrat agar generasi muda mengenali, menghargai dan menghayati kesenian warisan budaya dan menampilkan jati diri bangsa.

2. OBJEKTIF Meningkatkan kompetensi murid dalam nyanyian Menggiatkan aktiviti kesenian di sekolah Mengenal pasti murid-murid yang berbakat dalam bidang nyanyian Membentuk insan seimbang yang mempunyai kewibawaan fungsian minda kiri (logikal) dan minda kanan (seni).

3. TEMA LET THE MUSIC SPEAK

4. ANJURAN

Panitia Pendidikan Muzik

5. TARIKH

27 Mei 2015 (10.00 pagi)

6. TEMPAT

Dataran Wawasan SK Pulau Gaya

7. KATEGORI

Kategori Murid - Semua kategori adalah individu (duet tidak diterima)

8. YURAN PENYERTAAN

Percuma

9. KERJASAMA

Unit KokurikulumUnit Kaunseling dan Bimbingan (UKB)Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM)

Syarat syarat pertandingan 1. Setiap peserta hanya diperuntukkan 5 minit untuk mempersembahkan lagu mereka. Mana-mana persembahan yang melebihi 5 minit akan ditolak markah.2. Peserta perlu memilih lagu sendiri dan menyediakan minus one/versi instrumental bagi lagu yang dipilih3. Lagu yang dipilih haruslah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, atau Bahasa Ibunda.4. Lirik lagu yang dipilih haruslah berunsur sihat dan positif.5. Peserta boleh membawa VCD, DVD, dan mp3 karaoke masing- masing pada hari pertandingan.6. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan ialah 22 Mei 2015 (Jumaat).7. Ketika menghantar borang penyertaan, peserta mestilah menghantar perkara-perkara berikut kepada pihak penganjur: i) Lirik laguii) VCD, DVD, atau minus one (WMV, WMA, mp3, mp4)iii) Borang Penyertaan8. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati mana-mana syarat pertandingan.9. Kriteria permarkahan:i) Vokal 25%ii) Gaya Persembahan 25%iii) Sebutan 25%iv) Tempo/rentak 25%10. Keputusan barisan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan.

Syarat Kemenangan Peserta yang memperoleh markah tertinggi akan memenangi pertandingan

Hadiah Hadiah Utama:Tempat PertamaTempat Kedua Tempat KetigaTempat Keempat Tempat Kelima Tempat KeenamTempat KetujuhTempat KelapanTempat KesembilanTempat Kesepuluh

Hadiah Khas:Hadiah Persembahan TerbaikHadiah Vokal TerbaikHadiah Peserta Paling Popular

Penyampaian Hadiah Pada akhir pertandingan

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penaung: En. Jasmen bin Elahan (Guru Besar Cemerlang SK Pulau Gaya)

Pengerusi:En. Shamsul Nazri bin Hashim Pn Halina Bt Khamsan (Penolong Kanan Kurikulum)

Penyelaras: En. Raynold Raphael (Ketua Panitia Pendidikan Muzik)

Setiausaha: Cik Debora Duris Baga

Penolong Setiausaha: Pn Rudiana Hashim

Teknikal/peralatan: En Salman Hj. Salleh

Penyelia peserta: En. Norbert J. JiniloPn. Cornelia Penghakiman: En. Gedion Hilarius

Juri Penghakiman1.Pn. Siti Noorhani bte Rashid 2.En. Zuraimie [email protected]. Irene Waith

Persiapan Dewan:En. Ahmad Syukri

Persiapan Pentas:Pn. Ruslin Juking

Buku Program: En. Raynold Raphael

Juruacara:Cik Debora Duris Baga

Dokumentasi dan Fotografi: En. Faisal bin Matzin

Hadiah dan sijil: Pn. Ruslin JukingPn. Norlida bte Mohd. Zaini

Banner: En. Zulanizam bin Daud

Disiplin:En. Kamaruzzaman Bahrum

Tugas-tugas Khas: En. Nordin bin Mustafa

Pelan Susunan Dewan

Murid dan peserta perlu membawa kerusi masing-masing. Murid sebaik-baiknya duduk mengikut susunan yang telah ditetapkan. Persediaan dewan hendaklah siap selewat-lewatnya pada pukul 7 pagi pada hari pertandingan untuk mengelakkan keadaan kelam kabut dan untuk mengurangkan risiko berlaku masalah lain.

ANGGARAN PERBELANJAAN BilPerkaraBil x harga seunitJumlah

1. Hamper Nombor 1- 10

Johan - Hamper RM 50 + sijilPeralatan alat- tulis 1 x RM 50 1 x RM 10.00 RM 50.00RM 10.00

Naib Johan- Hamper RM 40 + sijilPeralatan alat - tulis1 x RM 40 1x RM 8.00 RM 40.00RM 8.00

Ketiga- Hamper RM 30 + sijilPeralatan alat - tulis 1 x RM 30 1 x RM 5.00 RM 30.00RM 5.00

Saguhati- tempat ke 4 hingga ke 10Hamper RM 20 + sijilPeralatan alat tulis 7 x RM 207 x RM 5.00 RM 140.00RM 35.00

2.Hamper Persembahan TerbaikVokal TerbaikPeserta Paling Popular

Persembahan Terbaik Hamper RM 50 + sijil1 x RM 50

RM 50.00

Vokal Terbaik- Hamper RM40 + sijil1 x RM 40

RM 40.00

Peserta Paling Popular- Hamper RM40 + sijil1 x RM 30

RM 30.00

3.Peralatan

Air Mineral (untuk juri dan peserta)

3 kotak x RM 10RM 30.00

Kertas Pembalut Hadiah

13 x RM 5.00RM 65.00

Selotape

10 x RM 3.00RM 30.00

Sticker (untuk pelekat pada hadiah dan hamper)13 x RM 3.00RM 39.00

Kertas A4 (Untuk Pamphlet, borang penyertaan, borang pemarkahan)2 rim x 15.00RM 30.00

Ink Printer (Untuk Pamphlet, borang penyertaan, borang pemarkahan)1x RM 90.00RM 90.00

JUMLAHRM 722.00

ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN: RM 722.00

Proses Kertas KerjaTarikhButiran / Aktiviti / Proses

28 April 2015Pembentukan AJK pertandinganPerbincangan awal draf kertas kerja di kalangan AJK

6 Mei 2015Menghantar kertas kerja kepada Guru Besar untuk kelulusan

11 Mei 2015Hebahan kepada murid di sekolah

22 Mei 2015Tarikh tutup penyertaanPenyediaan hadiah

25 Mei 2015Saringan / Cabut undi untuk menentukan giliran pertandinganTaklimat kepada para peserta Taklimat kepada MC Taklimat kepada AJK Hadiah Taklimat kepada Juri

27 Mei 2015Pertandingan

29 Mei 2015Penghantaran laporan aktiviti kepada PK Kokum untuk difailkan

Atur Cara Pada Hari Pertandingan

MasaPenyediaan / Proses / Aktiviti

7.00 pagi Penyediaan dewan pertandinganP.A. SystemMeja juriBorang permarkahanMeja pialaKerusi guruBersihkan dewan

8.00 pagi Peserta melaporkan diri dan menghantar CD/VCD/DVD/mp3 kepadaP.A. SystemTaklimat juri

10.00 pagi Pertandingan berlangsung

12.30 p.m. Penyampaian hadiah oleh Guru Besar

Kriteria Permarkahan & Deskripsinya

KriteriaDeskripsi

Vokal (25%)18% - 25%-Suara jelas kedengaran-Nada/Pitch tepat-Suara stabil-Yakin dan tenang

8% - 17%-Suara kedengaran kabur dan tidak jelas-Nada/pitch tidak tepat-Suara tidak stabil-Tidak yakin dan tidak tenang

Tempo (25%)18% - 25%-Nyanyian peserta sesuai dengan rentak muzik-Nyanyian peserta sesuai dengan kelajuan muzik-Masuk lagu pada point yang tepat-Point henti yang tepat

8% - 17%-Rentak peserta lari daripada rentak lagu-Nyanyian peserta laju atau perlahan daripada muzik-Gagal masuk lagu dengan tepat-Gagal henti di point yang betul

Gaya Persembahan (25%)18% - 25%-Menimbulkan mood / emosi / imej yang sesuai dengan lagu-Budi bahasa / kesopanan

8% - 17%-Bosan-Gagal menggambarkan imej / mesej / emosi lagu-Tiada interkasi sosial (e.g terima kasih)

Sebutan (25%)18% - 25%-Lirik jelas kedengaran-Lirik dipersembahkan tanpa sebarang kesilapan dan ketinggalan

8% - 17%-Lirik kedengaran kabur / tidak jelas-Lupa lirik-Silap lirik

Kriteria Pemenang Anugerah Khas

Hadiah Vokal Terbaik

-Markah vokal paling tinggi-Jika ada 2 (atau lebih) markah tertinggi, pilih yang markah Sebutan paling tinggi.

Hadiah Persembahan Terbaik

-Markah Gaya Persembahan paling tinggi-Jika ada 2 (atau lebih) markah tertinggi, pilih yang markah Sebutan paling tinggi

Hadiah Peserta Paling Popular

-Peserta yang paling mendapat perhatian di kalangan penonton-Pilih berdasarkan respon ramai (sorakan, tepukan, dsb)

PENUTUP

Dengan perlaksanaan program ini adalah diharapkan dapat memupuk budaya dan kesenian menyanyi di kalangan warga sekolah menerusi persaingan yang sihat melahirkan pelajar yang berjiwa seni serta berbakat di samping itu juga seimbang daripada segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek sejajar dengan matlamat negara dalam membangunkan modal insan yang boleh menyumbangkan kepada pembangunan negara.

Disediakan oleh :

_____________________(DEBORA DURIS BAGA)

Disemak oleh ,

............................................(En. Raynold Raphael)Ketua Panitia Pendidikan MuzikSK Pulau Gaya

Diluluskan oleh,

..............................................(En. Jasmen bin Elahan)Guru Besar CemerlangSK Pulau GayaKota Kinabalu, Sabah