khutbah ahlan ramadhan 2010

Upload: aisyah-fadhillah

Post on 06-Jul-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Khutbah Ahlan RAMADHAN 2010

    1/7

      1

    RAMADAN: KEHADIRAN MU DINANTI

                                                                                              

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelma, saya

    ingin mengajak saudara sekelian untuk kita menjadikan bulan Ramadan

    sebagai bulan takwa dengan cara kita mengukuhkan sifat takwa yang ada

    dalam diri kita disamping melaksanakan ibadah puasa dengan cara yang

    terbaik serta melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan

    segala laranganNya dengan penuh kesungguhan dan Istiqamah. Semoga

    kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beroleh kejayaan didunia dan di akhirat.

    Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

                                                                                             

    “Wahai orang -orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa

    sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,

    supaya kamu bertaqwa.”  

    Sesungguhnya Allah subhaanahu wata‟ala  menyatakan bahawa dengan

    melaksanakan ibadah puasa dengan kesungguhan, kita akan memperolehi

    darjat ketakwaaan di sisi Allah subhaanahu wata‟ala. Menjadi suatu yang

    lumrah kepada insan, saban tahun apabila hadirnya Ramadan, kita

  • 8/17/2019 Khutbah Ahlan RAMADHAN 2010

    2/7

      2

    diperingatkan secara berulang-ulang kalimah “La’al lakum Tattaqun ”

    (supaya kamu bertakwa). Namun, yang menjadi persolaannya, sudahkah

    kita mencapai ke tahap takwa itu setiap kali datang dan berakhirnya

    Ramadan?

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah subhaanahu wata‟ala 

    atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua khususnya

    nikmat Islam dan kehidupan. Maka dengan nikmat tersebut dapt kita

    meneruskan usaha dan tenaga kita menyediakn bekalan-bekalan yang

    sepatutnya untuk dibawa ke alam Akhirat. Ingatlah, sesungguhnya segala

    nikmat kurniaan Allah ini merupakan amanah Allah yang akan

    dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

    Di antara nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-

    hambaNya ialah nikmat ketika berada di bulan Ramadan. Inilah bulan yang

     Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rahamat, keampunana,

    pembebasan dari azab neraka dan hidayah, istimewa untuk hamba-

    hambaNya yang ingin melakukan perubahan dalm kehidupan hidup dan

    bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

    Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185:

                                                                   …

      “(M asa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan

    yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian

    manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk

    dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”  

    Di dalam bulan Ramadan  juga Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali

    ganda kepada hambanya yang tekun melaksanakan kebaikan. Ini

  • 8/17/2019 Khutbah Ahlan RAMADHAN 2010

    3/7

      3

    berdasarkan sebuah Hadis daripada Salman r.a katanya, Nabi SAW

    bersabda yang bermaksud:

    “Barangsiapa mendampingkan diri   kepada Allah dalam bulan

    Ramadan dengan sesuatu dari perkara kebajikan samalah seperti diamengerjakan suatu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang

    lain. Dan barang siapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan

     Allah pada bulan Ramadan, samalah seperti dia menunaikan tujuh puluh

     perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain.”  

    Bahkan Allah SWT juga menjanjikan pengampunan terhadap segala dosa

    yang pernah dilakukan oleh hambaNya berdasarkan kepada sebuah Hadis

    dairpada Abu Hurairah r.a , Nabi SAW telah bersabda:

    “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadan

     penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya

    diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”  

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Sebagai hamba Allah yang beriman, wajib bagi setiap dari kita menjadikan

    bulan Ramadan sebagai medan untuk kita mengislahkan dan

    memuhasabahkan diri supaya menjadi seorang hamba Allah yang benar-

    benar beriman dan muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sejarah

    kegemilangan Islam yang lalu menunjukkan, melalui madrasah Ramadan

    yang disediakan oleh Allah subhaanahu wata‟ala, telah melahirkan para

    sahabat Nabi dan juga muslim yang bertakwa, berakhlak mulia, memiliki

    iman yang kental dan berhati luhur.

    Melalui ibadah puasa yang dilakukan dengan kesungguhan dihiasi pula

    dengan amalan-amalan ibadah yang lain seperti menyantuni golongan

    fakir, miskin dan anak-anak yatim dengan amalan bersedekah,

    memperbanyakkan membaca Al-Qur‟an, berzikir, bertarawih, berqiamullail

    dan lain-lain, sebenarnya ia merupakan ubatan yang paling mujarab untuk

  • 8/17/2019 Khutbah Ahlan RAMADHAN 2010

    4/7

      4

    membersihkan jiwa kita daripada kuman-kuman Mazmumah disamping

    mendorong kita kepada kehidupan yang bahagia dan diredhai Allah

    subhaanahu wata‟ala.

    Dari Abd. Rahman bin Auf telah berkata, bahawa Nabi SAW telahbersabda yang bermaksud:

    “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan puasa Ramadan dan

    sunat bagi kamu menghidupkan malamnya, maka sesiapa yang berpuasa

    dan melakukan ibadah Qiam (ibadah malam) disertakan dengan keimanan

    dan kerna menuntut keredhaan Allah, nescaya keluar dosa-dosanya (yakni

    ibadah-ibadah tersebut membersihkan dirinya daripada dosa-dosanya

    sehingga menjadi) seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.”  

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Demi memastikan ibadah puasa Ramadhan tahun ini benar-benar memberi

    reformasi yang besar dalam diri kita. Persediaan dan persiapan yang

    cukup rapi mesti kita lakukan demi mencapai hasrat tersebut. Antaranya

    ialah:

    1. Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kefahaman yang mendalamterhadap ibadat puasa yang akan kita lakukan. Ini boleh dilakukan

    dengan kita menghadiri kuliah-kuliah ilmu di Masjid dan Surau.

    Penyertaan kita di dalam majlis ilmu akan meningkatkan

    pengetahuan kita berkaitan perkara-perkara yang boleh

    membatalkan puasa dan menghilangkan pahala puasa. Sekiranya

    seseorang itu berpuasa dalam keadaan mengetahui dan memahami

    batas-batasnya maka ibadah pusanya akan lebih bermakna dan

    memperolehi ganjaran pahala. Rasulullah SAW telah bersabda yang

    bermaksud:

    “Barang siapa yang   mengerjakan puasa bulan Ramadhan

    sedang ia mengetahui batas-batas larangannya dan berusaha

    dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan

  • 8/17/2019 Khutbah Ahlan RAMADHAN 2010

    5/7

      5

    sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu akan

    dimapunkan dosa yang lalu).”  

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

     Ada di kalangan masyarakat kita yang cukup menjaga diri daripada

    melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dengan

    mengelakkan diri daripad makan dan minum namun, dalam masa yang

    sama mereka masih melakukan maksiat kepada Allah subhaanahu

    wata‟ala. Sebagai contoh, terdapat sesetengah individu yang rajin

    berpuasa teteapi tidak menunaikan solat, berjudi dan mendedahkan aurat.

     Akibatnya ibadah puasanya menjadi sia-sia, hanya sekadar berlapar dan

    dahga sahaj, tetapi tiada pahal yang diperolehi kerana masih lagi

    melakukan larangan Allah subhaanahu wata‟ala. Ingatlah amaran Nabi

    SAW melalui sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya, nabi SAW

    telah bersabda:

    “Berapa ramai orang yang berpuasa, sedang puasanya tidak diterima

     Allah melainkan hanya lapar dan dahaga semata-mata.”  

    (Ad-Darami)

    2. Persediaan yang rapi mestilah kita lakukan sebelum kedatangan

    bulan Ramadan itu sendiri. Ini dapat kita lihat apabila Nabi sallAllahu

    „alayhi wasallam melakukan persediaan yang terbaik dengan

    melakukan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis secar tetap bahkan

    baginda akn lebih kerap berpuasa sunat apabila datng sahaj bulan

    Sya‟ban. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan

    Muslim, Saidatina Aishah r.a pernah menyatakan dengan

    maksudnya:

    “Aku tidak pernah mel ihat Rasulullah sallAllahu „alayhi

    wasallam menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan

    Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih

    banyak dari bulan Sya‟ban.”  

  • 8/17/2019 Khutbah Ahlan RAMADHAN 2010

    6/7

      6

    3. Menghidupkan rasa rindu, cinta dan seronok dengan kehadiran

    Ramadan yang semakin hampir dengan memperbanyakkan doa dan

    pengharapan terhadap Allah subhaanahu wata‟ala. Nabi sallAllahu

    „alayhi wasallam apabila masuk sahaja bulan Rejab, maka para

    sahabat kerap mendengar Nabi berdoa dengan penuh pengharapansemoga bertemu Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat At-

    Tibrani, dari Anans bin Malek r.a berkata, Nabi Muhammad SAW

    biasanya berdoa semasa melihat anak bulan Rejab dan Sya‟ban

    secar khusus seperti berikut:

    “ Ya Allah, Ya Tuhan kami, limpahkanlah berkat kepada kami

     pada bul an Rejab dan Sya‟ban dan sempurnakanlah kami (dengan

    selamat) ke bulan Ramadan” .

    Marilah kita memastikan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik

    berbanding Ramadan yang lalu dengan kita melakukan perkara yang

    dinyatakan tadi. Jadikanlah Ramadan sebagai bulan pesta ibadah dengan

    kita melakukan persiapan yang terbaik untuk merebut ganjaran-ganjaran

    yang amat banyak yang Allah janjikan sepanjang bulan berkat ini.

    Janganlah jadikan Ramadan sebagai pesta judi, hanya sibuk memilih

    minuman dan juadah berbuka puasa sepanjang sebulan berpuasa.

     ن الشيطن الرجيم ب ذوع

                                                                                           

                                                                                        

                                                                                                    

  • 8/17/2019 Khutbah Ahlan RAMADHAN 2010

    7/7

      7

    “Wahai orang -orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa

    sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,

    supaya kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari

    yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam

    musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak(hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang

    yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar

    fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan

    sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka

    itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu

    lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  

    (Al-Baqarah ayat 183 - 184)