khutbah 3 april 2015

40
1 DARI MIMBAR MASJID MUKIM BUNUT SARANG BURUNG

Upload: emaskhayra

Post on 30-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

khutbah

TRANSCRIPT

  • *DARI MIMBAR MASJID MUKIM BUNUT SARANG BURUNG

  • Pujian Kepada Allah S.W.TSegala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T.*

  • Syahadah 3*

  • SelawatYa Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kamiNabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabatnya.*

  • Pesanan Takwa*

  • Seruan :6*

  • *Tajuk khutbah hari ini: MUHASABAH DIRI ASAS KEKUATAN

  • *Kita lafazkan kesyukuran Seorang muslim pasti memahami kehidupan ini untuk mengabdikan diri kepada Allah

  • *

  • *

  • Perilaku menilai untuk memperelokkan diri yang terbentuk dalam jiwa seseorang manusia menurut kacamata agama.

    Mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

    Mengikut Ibn Qudamah : Melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama : perkara yang difardukanKeuntungan : perkara sunatKerugian : maksiat *MAKSUD MUHASABAH

  • Ibn Qayyim : Membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah musafir yang tidak akan kembali.*MAKSUD MUHASABAH

  • Maksudnya : Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).*RASULULLAH MEMUJI SIKAP MUHASABAH MELALUI HADIS

  • Tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara yang batil dan mungkar.Menyibukkan diri dengan ketaatan. Akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukan terhadap Allah SWT kerana takutnya diri kepada kekuasaan-Nya.

    *SESIAPA YANG BERMUHASABAH TENTANG DIRINYA

  • Syed Ahmad ar-Rifai : Daripada perasaan takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah, timbulnya muraqabah (kebersamaan dengan Allah). Daripada muraqabah, hati akan sentiasa sibuk bersama Allah SWT.

    Syed Ahmad Zaruq: Lalai daripada bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan akan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada sifat redha nafsu atau berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkannya menjadi pahlawan. Oleh itu, lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang betul tanpa bertolak ansur terhadap perkara-perkara yang salah.*

  • Marilah kita sama-sama menghitung setiap tindakan kita selama ini, sejauh mana kita telah melaksanakan amanah sebagai hamba Allah SWT.

    Apakah kita telah benar-benar melaksanakannya mengikut lunas Islam.

    Sejauh manakah tugas kita sebagai manusia yang dilahirkan oleh Allah SWT untuk melaksanakan tugas benar-benar tercapai?*

  • Marilah kita mulai setiap hari kita dengan menghisab diri samada tugas kita selama ini telah kita lakukan demi menjalankan amanah sebagai khalifah Allah SWT dan sebagai hamba-Nya yang beriman

    atau

    kita masih berada di dalam lembah kemaksiatan dan noda semata-mata menurut hawa nafsu yang bersarang di jiwa.*

  • Rebutlah peluang dan masa yang diberikan Allah SWT kepada kita agar dapat dimanfaatkan kepada perkara berfaedah serta amal soleh.

    Allah mengingatkan kita tentang penjagaan masa seperti dalam surah al-Asr ayat 1-3 bermaksud:

    Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.*

  • Marilah kita menjana kembali semangat Islam dengan mata hati kita.

    Kita jalani kehidupan dengan jiwa tawaduk, berusaha mempertingkatkan kualiti diri untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

    Dengan bermuhasabah, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua.*

  • Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.*PESAN UMAR AL-KHATTAB

  • Ertinya : Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasiq*MARI SAMA-SAMA KITA MERENUNG FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 110

  • * .

  • *

  • *

  • .*

  • Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan bersama-samalah dengan orang-orang yang benar*

  • *

  • *

  • . *

  • Ya Allah, ampunkanlah dosa golongan muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup atau yang telah mati. Doa :*

  • Ya Allah anugerahkanlah rahmat ke atas Raja-raja kami dan pemimpin-pemimpin kami yang melaksanakan kebenaran dan menegakkan keadilan.Doa :*

  • *

  • Ya Allah jadikanlah Malaysia dan seluruh negara kaum Muslimin dalam keadaan aman dan damai.Doa :*

  • Ya Tuhan kami, janganlah engkau mengubah hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami dan kurniakanlah kami rahmat di sisiMu sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi. Doa :*

  • Ya Allah, Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami dengan kebaikan di dunia dan di akhirat, serta jauhilah kami daripada azab api neraka.Doa :*

  • * ..

  • Sesungguhnya ALLAH Menyuruh Berlaku Adil, Dan Berbuat Kebaikan, serta Memberi Bantuan Kepada Kaum Kerabat; dan Melarang Daripada Melakukan Perbuatan-perbuatan Keji Dan Mungkar Serta Kezaliman. Ia Mengajar Kamu (Dengan Suruhan Dan Larangannya Ini) supaya Kamu Mengambil Peringatan Mematuhinya.

    WAHAI HAMBA-HAMBA ALLAH

  • *

  • Maka Ingatlah Allah Yang Maha Agung Nescaya Dia Akan Mengingatimu Dan Bersyukurlah Di Atas Nikmat-nikmatnya Nescaya Dia Akan Menambahkan Lagi Nikmat Itu Kepadamu, dan Pohonlah Dari Kelebihannya, Nescaya Akan Diberikannya Kepadamu. Dan Sesungguhnya Mengingati Allah Itu Lebih Besar (Faedah Dan Kesannya) Dan (Ingatlah) Allah Mengetahui Apa Yang Kamu Kerjakan.

  • Lurus dan rapatkan saf anda kerana saf yang sempurna termasuk dalam kesempurnaan solat.

    .....MARILAH DIRIKAN SOLAT..

    ************