khidmat bantu pss

Download Khidmat Bantu Pss

If you can't read please download the document

Upload: azlan-azmi

Post on 11-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KHIDMAT BANTU PSS

TRANSCRIPT

PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Program Khidmat Bantu PSS merupakan satu wahana bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Ia merupakan inisiatif dan tindakan proaktif BTP dan rangkaiannya untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan dan pemprosesan bahan sumber pendidikan serta urusan pengendalian PSS yang lebih berkesan.Pemantauan terhadap PSS merupakan sebahagian bidang pengurusan sekolah yang perlu diberikan perhatian khusus dari semasa ke semasa.

PSS mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh yang demikian, PSS perlu diurus dengan baik agar penggunaan media cetak dan bukan cetak tersebut dapat dimanfaat oleh semua guru dan semua murid di sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan kemudahan disediakan itu dimanfaatkan sepenuhnya.PSS sepatutnya dianggap sebagai tempat yang penting bagi pemupukan tabiat dan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid.

Program ini diharap akan dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan

pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan. Di samping itu juga diharap agar objektif-objektif berikut dapat dicapai:

Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbiran.

Meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.

Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju program NILAM.

Kerjasama semua pihak yang berkepentingan terutamanya warga sekolah adalah perlu dalam

memajukan kualiti pendidikan murid.

Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 bertarikh 20 April 2000, telah menyatakan bahawa semua pihak perlu mempertingkatkan usaha bagi menaik taraf PSS ke arah pengurusan PSS yang cemerlang

1

dari segi kemudahan fizikal, alatan, bahan serta penggunaan PSS dalam pengajaran dan pembelajaran.

Khidmat Bantu PSS mula dilaksanakan pada tahun 2000 oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) selaku urus setia. Khidmat Bantu PSS di Sarawak telah dilaksanakan pada tahun 2003 dengan melibatkan 3 buah sekolah seperti berikut:

BIL.

NAMA SEKOLAH

1.

SMK Riam, Miri

2.

SMK Kampung Baru, Miri

3.

SK Agama (MIS) Miri

4.

SK Temenggung Datuk Muip

Walau bagaimanapun, mulai tahun 2007, kajian semula ke atas pelaksanaan Khidmat Bantu PSS telah dibuat agar lebih banyak PSS diberi Khidmat Bantu. Justeru, modus operandi program ini diubah melalui penglibatan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) secara aktif. BTP bertindak sebagai penyelaras program di samping membuat pemantauan dan verifikasi ke atas program yang dilaksanakan di peringkat negeri.

Pengurusan Khidmat Bantu PSS telah didaftarkan di bawah MS ISO 9000:2001 mulai tahun 2006 bagi mewujudkan sistem pengurusan berkualiti dalam usaha menunjukkan keseriusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program ini. Pindaan telah dibuat pada tahun 2007 agar penyelarasan dalam pengurusan Khidmat Bantu PSS dibuat di peringkat BTPN dan rangkaian.

Kaedah:

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan untuk Khidmat Bantu PSS ialah: 1. Taklimat dan ceramah:

i.Pengurusan Pusat Sumber Sekolah; ii.Literasi Maklumat;

iii.Penggunaan Bahan-bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

2. Melaksanakan kerja secara hands on

i.Pengurusan Bahan (pengelasan dan pengkatalogan); ii.Susun atur dan keceriaan;

iii.Urusan Pentadbiran Sumber Sekolah

iv.Pengurusan Program NILAM / Literasi Maklumat

2

3. Sesi perbincangan dan rumusan.

Sekolah yang telah melaksana Khidmat Bantu:

BIL.

TAHUN

NAMA SEKOLAH

1.

2007

1. SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Samarahan

2.

2. SK Mata Parang, Samarahan

3.

2008

1. SMK Bau, Bau

4

2. SJK Chung Hua, Bau

5.

2009

1.SMK Lundu, Lundu

6.

2.SK Siar Campuran, Lundu

7.

3.SMK Tebakang, Serian

8.

4.SK St.Dominic Pichin, Serian

Sorotan Aktiviti Sepanjang Khidmat Bantu:

SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD, SAMARAHAN

sebelumsemasaselepas

SJK CHUNG HUA, BAU

3

SK ST.DOMINIC PICHIN, SERIAN

Sebelumsemasaselepas

SMK TEBAKANG, SERIAN

SK SIAR CAMPURAN, LUNDU

4