khas untuk salihin

8
950605065878 4.0 METODOLOGI KAJIAN Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data, dan cara menganalisa data. 4.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kaedah tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan ekserimental yang paling popular, yang digunakan dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang sains sosial. Kaedah tinjauan ini mewakili semua kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul data secara terus daripada sekumpulan subjek ( Chua Yan Piaw, 2006 ). Kaedah tinjauan ini meliputi dua aspek iaitu kuatitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif adalah data yang berupa bilangan, nilainya boleh berubah-ubah atau bersifat variatif. Manakala kaedah kualitatif adalah data yang bukan merupakan bilangan, tetapi berupa ciri- ciri, sifat-sifat, keadaan, atau gambaran dari kualiti objek yang diteliti ( Irmawan Hadi Saputra, 2013 ). Kajian ini bermatlamat untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti tahap perpaduan dalam kalangan belia di Kampung Sungai Ular melalui sukan bola sepak. 4.2 SAMPEL KAJIAN 1

Upload: muhdnoorazizi

Post on 21-May-2015

168 views

Category:

Sports


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khas untuk salihin

950605065878

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara

pengumpulan data, dan cara menganalisa data.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kaedah tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan

bukan ekserimental yang paling popular, yang digunakan dalam pelbagai bidang, terutamanya

dalam bidang sains sosial. Kaedah tinjauan ini mewakili semua kaedah kajian yang dilakukan

untuk mengumpul data secara terus daripada sekumpulan subjek ( Chua Yan Piaw, 2006 ).

Kaedah tinjauan ini meliputi dua aspek iaitu kuatitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif adalah

data yang berupa bilangan, nilainya boleh berubah-ubah atau bersifat variatif. Manakala kaedah

kualitatif adalah data yang bukan merupakan bilangan, tetapi berupa ciri-ciri, sifat-sifat, keadaan,

atau gambaran dari kualiti objek yang diteliti ( Irmawan Hadi Saputra, 2013 ). Kajian ini

bermatlamat untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti tahap perpaduan dalam kalangan

belia di Kampung Sungai Ular melalui sukan bola sepak.

4.2 SAMPEL KAJIAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti. Pensampelan ini hanya memberi

peluang kepada responden tertentu sahaja untuk dijadikan subjek dalam kajian ini. Di bawah

prosedur pensampelan, pengkaji memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Ini

menyebabkan subjek-subjek lain tidak mempunyai peluang untuk dipilih secara rawak oleh

pengkaji.

4.2.1 Persampelan bertujuan (purposive sampling)

Teknik pensampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan untuk menjawab objektif yang

diutarakan oleh pengkaji. Pensampelan ini merujuk kepada prosedur pensampelan di mana

sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian dan

1

Page 2: Khas untuk salihin

950605065878

sampel begini bukan merupakan sampel rawak. Hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan

kepada seluruh populasi kerana sampel tersebut tidak mewakili seluruh populasi, keputusan

kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian tersebut sahaja ( Chua Yan Piaw, 2006 )

Pemilihan sampel kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang meliputi 40 orang di Kampung

Sungai Ular. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah

mereka yang bermain sewaktu sukan bola sepak dianjurkan dan juga pihak yang menganjurkan

sukan tersebut.

4.2.2 Pensampelan secara kebetulan

Pensampelan secara kebetulan( Accidential dan Convinience sampling procedure) juga dikenali

sebagai pensampelan kesediaan. Dibawah prosedur ini, pengkaji memilih mana-mana subjek

yang ditemui. Ia biasanya digunakan dalam kaedah temu bual. Dalam kajian ini, pengkaji

menemu bual 2 orang responden untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong penganjuran

sukan bola sepak di Kampung Sungai Ular dan mengkaji kesan sukan bola sepak di Kampung

Sungai Ular terhadap perpaduan dalam kalangan belia dari aspek interaksi dan kerjasama.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen seperti temubual dan borang soal selidik.

4.3.1 Temubual

Temu bual merupakan salah satu kaedah mengumpul maklumat yang utama dalam kajian

tinjauan ( Chua Yan Piaw, 2006 ). Temu bual adalah sejenis interaksi sosial dimana seseorang

meminta beberapa soalan dan ada orang menjawab soalan yang diberikan (Therese L.

2

Page 3: Khas untuk salihin

950605065878

Baker, 1999). Temu bual ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak

penganjur tentang objektif mengadakan sukan bola sepak.

4.3.2 Kaedah soal selidik

Soal selidik merupakan alat pengukur yang paling popular dalam kajian tinjauan untuk

menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya

disediakan oleh pengkaji (Cikgu Dahlia, 2011).

4.4 CARA PENGGUMPULAN DATA

Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi,

kepustakaan, soal selidik, dan juga temubual.

4.4.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan buku

panduan dan sumber internet bagi mendapatkan maklumat mengenai bola sepak dan dasar yang

menerangkan kepentingan sukan bola sepak.

4.4.2 Kepustakaan

Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji

mendapatkan bahan rujukan daripada :-

(i) Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

(ii) Perpustakaan Sekolah Menengah Teknik Kuantan

4.4.3 Temu bual

Temu bual merupakan salah satu kaedah mengumpul maklumat yang utama dalam kajian

tinjauan. Ia sama dengan kaedah soal selidik dalam pelbagai aspek, perbezaannya ialah cara

melaksanakan kajian, iaitu temu bual dilakukan secara lisan dan jawapan direkod oleh pengkaji

3

Page 4: Khas untuk salihin

950605065878

secara bertulis, melalui rakaman video dan media eletronik lain. Temu bual didefinasikan

sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual

merupakan interaksi bersemuka antara responden pengkaji dengan pengkaji untuk mendapatkan

maklumat daripada kajian secara lisan yang dibuat (Chua Yan Piaw , 2006)

4.4.4 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang paling alternatif yang ada dalam pengumpulan

maklumat atau penggumpulan data selain soal selidik dan temubual. Pemerhatian memerlukan

penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji

memahami situasi sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

4.4.5 Soal selidik

Soal selidik adalah kaedah utama dalam penggumpulan data kerana ia berhubung terus dengan

kumpulan yang disasarkan. Melalui pelbagai strategi penggunaan borang soal selidik mestilah

bertepatan supaya tidak berlaku bias. Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang paling popular

apabila kajian dijalankan untuk mendapatkan maklumat. Soalan di dalam borang selidik mestilah

bersesuaian dan bertepatan dengan objektif kajian yang dibuat. Hal ini kerana, agar soalan yang

dibuat tida k menyimpang daripada sasaran yang dibuat. Malahan, soalan yang dibuat mestilah

mudah dan senang difahami oleh responden yang menerima borang soal selidik ini.

Borang soal selidik ini meiputi dua aspek iaitu tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan soal

selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza dan mudah untuk

membandingkan serta jawapan yang mudah untuk diproses mengikut system pengekodan yang

bersifat piawai dan mudah untuk dianalisis. Manakala, soal selidik terbuka pula, rasionalnya

adalah untuk memudahkan responden memberikan jawapan dalam berbaga bentuk dan

memberikan pelbagai pendapat yang berbeza dan dirasakan sesuai dilaksanakan untuk

meningkatkan mutu sukan bola sepak.

4

Page 5: Khas untuk salihin

950605065878

4.5 CARA ANALISIS DATA

Jadual pemberian skor bagi item soal selidik

Berdasarkan jadual di atas, angka 1 mewakili sangat tidak setuju. Angka 2 mewakili tidak setuju,

angka 3 mewakili setuju dan angka 4 mewakili sangat setuju. Sampel kajian hanya dibenarkan

memilih satu jawapan sahaja daripada empat kategori daripada setiap soalan yang diajukan.

Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu :-

i. Bahagian A – untuk mendapatkan maklumat latar belakang sampel kajian seperti

umur, jantina, bangsa, dan agama.

ii. Bahagian B – adalah soal selidik mengenai penganjuran sukan bola sepak di

Kampung Sungai Ular dan mengkaji kesan sukan bola sepak di Kampung Sungai

Ular terhadap perpaduan dalam kalangan belia dari aspek interaksi dan kerjasama

5

Respon Skor

Item soal selidik

Sangat tidak

setuju

1

Tidak setuju 2

Setuju 3

Sangat setuju 4