kg (23)

4
KELUARGA BAHAGIA Di rumah tempat aku diasuh dijaga Menghormati ibu dan ayah Serta anggota keluarga Semasa di rumah aku riang selalu Bersama keluarga Hidup bahagia La la la la la la la la la (2x) Di rumah aku membantu nenek dan datuk Mencuci mengemas menyapu Dengan bimbingan ibu Marilah adik kakak Bantu keluarga Supaya kita Senang sentiasa La la la la la la la la la (2x) HARGAI PENGORBANAN IBU BAPA JASA AYAH

Upload: hidayah-yah

Post on 15-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TE

TRANSCRIPT

Page 1: KG (23)

KELUARGA BAHAGIA

Di rumah tempat aku diasuh dijaga

Menghormati ibu dan ayah

Serta anggota keluarga

Semasa di rumah aku riang selalu

Bersama keluarga

Hidup bahagia

La la la la la la la la la (2x)

Di rumah aku membantu nenek dan datuk

Mencuci mengemas menyapu

Dengan bimbingan ibu

Marilah adik kakak

Bantu keluarga

Supaya kita

Senang sentiasa

La la la la la la la la la (2x)

Page 2: KG (23)

HARGAI PENGORBANAN IBU BAPA

JASA AYAH

Orang yang mula-mula menyambut Hari Bapa ialah wanita Amerika Syarikat, bernama Sonata Smart-Dodd. Sonata mendapat ilham untuk menyambut Hari Bapa apabila mendengar syarahan bersempena dengan menyambut Hari Ibu di tempatnya pada tahun 1909.

Sonata amat mengagumi sikap bapanya yang penyayang, tabah dan tidak mementingkan dirinya sendiri. Bapa Sonata, Encik Smart, telah membesarkan keenam-enam orang anaknya selepas kematian isterinya. Beliau mengasuh anak-anak dnegan sabar. Beliau amat menyayangi mereka. Encik Smart menjaga anak-anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Tugas seorng ibu telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Encik Smart dengan penuh rasa tanggungjawab.

Memandangkan jasa bapanya yang tidak ternilai itu, Sonata telah berusaha mengadakan sambutan Hari Bapa bagi menghargai jasa bapanya. Sonata kemudiannya telah mengadakan kempen secara meluas. Hasilnya, Hari Bapa yang pertama telah berjaya disambut pada 19 Jun 1910.

Seterusnya, pada tahun 1960, Presiden Lyndon Johnson telah mengisytiharkan hari Ahad ketiga pada setiap bulan Jun sebagai Hari Bapa. Sejak itu, Hari Bapa telah disambut hingga sekarang.

Page 3: KG (23)

IBU

“Janganlah pergi, Nizam. Kasihanilah ibu. Kepada siapakah ibu akan mengadu kalau Nizam tiada?” Sungguh berat hati Mak Lijah untuk melepaskan anaknya pergi.

“Nizam telah mengambil kata putus, ibu. Nizam tetap akan ke bandar. Telah lama kita hidup dalam kesusahan. Nizam ingin mengikut jejak rakan-rakan yang telah berjaya. Kalau Nizam terus di sini, tentu nasib kita tidak akan berubah.”

Nizam telah bulat hati utnuk meninggalkan kampung halamannya. Dia benar-benar mahu mengubah nasib keluarganya.

Di bandar, Nizam menumpang di rumah kawannya. Dia telah mendapat kerja di sebuah restoran. Dengan gaji yang tidak seberapa, Nizam berjimat cermat. Dia bertekad untuk membuka gerai makanan. Akhirnya dia berjaya mengusahakan sebuah restoran di bandar. Keuntungan daripada perniagaannya berlipat ganda dan hidupnya semakin mewah.

Kemewahan hidup yang dikecapnya membuat Nizam lupa daratan. Ingatan kepada ibunya telah pudar. Dia tidak lagi menjenguk ibunya di kampung.

Di kampung, Mak Lijah sering berendam air mata. Ingatanya kepada Nizam tidak pernah pudar. Dia ingin mencari Nizam, tetapi di mana?

Pada suatu hari, Nizam bersiar-siar di bandar. Seorang pengemis tua menghampirinya. Pilu hati Nizam melihat pengemis tua itu. Bajunya compang-camping. Badannya lemah longlai dan tidak bermaya. Nizam menghulurkan wang kepada pengemis itu.

Ketika itu dia benar-benar teringat akan ibunya. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menemui ibunya.

“Oh, ibu! Ampunilah Nizam! Nizam berdosa. Nizam insaf, ibu. Nizam tidak akan meninggalkan ibu lagi.” Nizam menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya.

“Ibu maafkan kamu, Nizam. Usah menangis lagi. Kepulanganmu sudah cukup membahagiakan ibu,” kata Mak Lijah.

Nizam kemudiannya membawa Mak Lijah tinggal bersama-samanya di bandar. Dia benar-benar ingin membahagiakan hidup ibunya. Kini, Mak Lijah hidup bahagia bersama-sama dengan Nizam, menantu dan cucu-cucunya.

Page 4: KG (23)

DIARI NIZAM

Ahad, 9 Januari

Aku bertemu dengan seorang pengemis tua. Tersayat hatiku melihat keadaan dirinya. Mengapakah dia mengemis? Di manakah anak-anaknya? Bagaimanakah keadaan ibuku sekarang? Adakah ibuku juga seperti pengemis tua itu? Kasihan, ibuku. Hatiku meronta-ronta untuk bertemu dengannya. Aku berdosa kerana mengabaikanmu, ibu. Oh, Tuhan! Maha Agung Engkau kerana mempertemukan aku dengan pengemis tua itu. Aku menyesal. Kini, aku benar-benar insaf.