kesedaran kepelbagaian sosio budaya

Upload: darshini-dewi-ganesan

Post on 09-Mar-2016

272 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya

Bagaimanakah anda melihat keperluan kesedaran Sosio-budaya dalam konteks hubungan kaum di Malaysia?DISEDIAKAN OLEH:DARSHINI DEWI A/P GANESANRUBENESWARY A/P JAYABALANSHIVAASHINII A/P MUNESBARANLOGHESWAARY A/P SUBRAMANIAMKEPERLUANKESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYAMurid di sekolah harus didedahkan kepada kepelbagaian Sosio-Budaya dalam masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan murid dari kaum yang berlainan. Kepelbagaian Sosio-Budaya ini boleh ditinjau dari segi Bangsa, Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial, Kepercayaan, Bahasa, Adat Resam dan Jantina.KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYAKESEDARANKEPELBAGAIA SOSIO-BUDAYABAHASASTRUKTUR MASYARAKATBANGSAKEPERCAYAANJANTINAADAT RESAMBangsaMenurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang samaMenurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.Lazimnya, Bangsa terjalin oleh kesamaan Bahasa, Budaya, Kesatuan Wilayah, Sejarah dan Agama. Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.

CONTOHContohnya, Orang Iban yang telah lama hidup bersama sejak dahulu telah membentuk identiti Malaysia yang ada. Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.Istillah Melayu pula ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar. Menurut Perlembagaan Malaysia, istillah Melayu hanya merujuk kepada kepada seseorang yang berketurunan Melayu dan menganut Islam.Istillah Melayu merujuk kepada nama Bangsa dan Agama adalah satu perkembangan baru dari segi sejarah setelah terdapatnya Kesultanan Melayu Melaka.Etnik juga dikenali sebagai Kaum. Kelompok ini wujud disebabkan perbezaan Budaya. Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan cara bertindak yang meliputi sistem politik, kepercayaan, agama, adat resam dan lain-lain.Ras pula merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan lain-lain. Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi. Antaranya ialah Mongoloid, Negroid dan Austroloid.ETNIK DAN RASETNIKMelalui hubungan etnik juga, dapat difahami isu yang berlaku seperti Prasangka atau Diskriminasi dalam sesebuah negara. Hubungan etnik juga mempegaruhi Dasar Sosial dan Perancangan Sosial sesebuah negara.Etnik adalah pecahan masyarakat dalam suatu kaum seperti Etnik Bidayuh, Kadazan, Kenyah, dll.Proses Asimilasi bermaksud cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat biasanya daripada Golongan Migran dan Minoriti yang telah diserap oleh Kebudayaan Dominan tanpa membawa perubahan kepada Kebudayaan yang wujud dalam golongan Minoriti atau Migran.ETNIK / KAUMMerujuk kepada : Kelompok manusia yang mempunyai budaya yang berbeza merangkumi-:cara berfikircara bertindakSistem politikKepercayaanAgamaBahasaAdat resam

RASPada asasnya, Ras boleh dikatakan sebagai Kelompok Sosial yang mempunyai tanda-tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna rambut, warna mata, dll.Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa yang pernah menghadapi Konflik Etnik.Hubungan antara etnik yang berbeza di negara kita masih berlaku dalam satu suasana yang baik dan mampu memacu perkembangan ekonomi negara seperti yang terdapat pada hari ini.Keadaan di malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik.Hubungan antara etnik yang berbeza wujud dalam suasana yang baik dan mampu memacu perkembangan ekonomi negara.Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakatHubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negaraPluralisme adalah proses mempertahankan kepelbagain budaya. Dalam proses ini masyarakat menitikberatkan pengekalan ciri-ciri budaya pelbagai kelompok. Pluralsime berpegang kepada bahawa setiap perbezaan adalah perkara lazim dan tidak dapat dielakkan.12Penyerapan budaya

Penyerapan budaya melalui beberapa proses AsimilasiAmalgamasiPluralismeAkomodasiAkulturasi ASIMILASIBudaya masyarakat majoriti/ dominan menyerap budaya masyarakat minoriti/imigranTanpa membawa perubahan kepada kebudayaan yang menyerapnya.AMALGAMASIAmalgamasi merujuk kepada proses pencantuman dari segi Biologi.Proses cantuman ini boleh berlaku melalui Perkahwinan Campur. Perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru yang seterusnya membentuk budaya baru dalam masyarakat berkenaan.Jayum A. Jawan (1977) meringkaskan proses tersebut seperti berikut iaitu A+B+C=A+B+C. Ini menunjukkan bahawa setiap kelompok masih berpegang kepada kebudayaan masing-masing walaupun berlaku perbezaan antara kebudayaan yang diamalkan. PLURALISMEProses mempertahankan kepelbagaian budayaCiri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkanSetiap etnik mempunyai hak terhadap warisan kelompok, justeru itu terus mengamalkan budaya yang diwarisinya.

AKOMODASIDalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan Kewargenegaraan (2001), menjelaskan Akomodasi adalah setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain.Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam masa yg sama mempertahankan budaya mereka sendiri.Ini bermaksud bahawa setiap etnik tetap mempertahankan Budaya mereka tetapi hidup harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Namun begitu, setiap etnik ini saling bergantung dalam institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan untuk mencapai matlamat bersama.AKULTURASIMasyarakat menerima dan meminjam unsur- unsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asalProses ini juga dikenali sebagai asimilasi budayaDalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan Kewarganeragaan (2001), Akulturasi Budaya adalah manusia dalam kumpulan Minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku golongan Majoriti.Proses Akulturasi membolehkan masyarakat meminjam atau menerima unsur-unsur Budaya golongan Majoriti tanpa mengubah unsur-unsur Budaya asal. Proses ini dikenali sebagai Asimilasi Budaya. Kita tidak harus berbicara tentang Melayu, India dan Cina sehingga terlupa kaum pribumi di Sabah serta Sarawak seperti Iban, Dayak, Malanau, Kadazan, Dusun, Bajau, dll. Dalam masyarakat keturunan Cina, terdapat suku-suku seperti Hakka, Hailam, Kantonis, dll.Dalam masyarakat India, terdapat pula Tamil, Jaffna, Sikh, dll.Setiap kelompok memiliki dialek, adat kebiasaan, nilai dan kepercayaan agama tersendiri.Kita telah hidup sebelah-menyebelah, berjauhan dan pada umumnya dalam keadaan aman dan harmoni baik di daerah-daerah kediaman, institusi pendidikan, pejabat, syarikat dan persatuan. Pada hari ini, kerjasama serta perhubungan anatara kaum itu sudah berlangsung demikian banyaknya dalam kehidupan ekonomi dan sosial yang memakmurkan negara.Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merancang secara berkesan dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan sikap membina yang kukuh untuk setiap kaum untuk hidup aman dengan orang lain.Kita memerlukan penyelidikan Sosio-Budaya yang saintifik serta usaha pembangunan yang berpanjangan dalam rangka Pembangunan Modal Insan dan kehidupan negara. Semua Kementerian bertanggungjawab langsung tentang kebudayaan dan perpaduan harus membangunkan satu institut khas bagi tujuan nasional ini. Institut ini perlu menjalankan penyelidikan ilmiah yang berorientasikan keperluan membina kerjasama dan perhubungan bangsa. Sesuatu Kaum patut mengetahui sensitiviti, pantang larang dan kepercayaan kaum lain supaya lebih berhati-hati dan tidak menyinggung perasaan orang lain.Hal-hal seperti ini patut menjadi sebahagian daripada pendidikan Sosial dan Budaya bangsa kita. Usaha memberikan kefahaman ini memerlukan usaha yang serius, bukan sekadar lip-service dan rhetoric. PERPADUANPerpaduan merupakan teras utama dalam hala tuju ke arah kecemerlangan . Apabila perpaduan telah mantap maka pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.Dalam hal ini, semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat menerusi 3 teras asas utama iaitu: Sikap Penerimaan, Penghayatan, serta Pembelaan kepada semua golongan yang memerlukan dapat dipupuk.Struktur Masyarakat / Kelas SosialKumpulan Masyarakat terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup.Terdapat 3 Konsep penting ditumpukan apabila menyebut perihal Masyarakat. Masyarakat juga merupakan satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dnamakan sebagai Kebudayaan.Ciri-Ciri utama bagi mengklasifikasikan sesuatu masyarakat adalah seperti berikut:

Hidup berkelompokMempunyai BudayaSering mengalami perubahanSaling berinteraksi sama ada dalaman dengan pihak luarMempunyai kepimpinanMempunyai aturan sosial (Susun Lapis, Kelas,Status dan Kasta)ETNIKEtnik merupakan satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama.Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan Budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep Kelompok Etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri Budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Konsep Suku pula merujuk kepada Kelompok Masyarakat yang membentuk rumpun bangsa seperti dalam rumpun Kadazan-Dusun terdapat Subetnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll.ETNISITI DAN ETNOSENTRISMEKonsep Etnik membentuk Konsep Etnisiti dan Etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.Etnosentrisme pula merujuk kepada satu sikap atau kepercayaan bahawa Kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.ETNOSENTRIKSuatu kelompok dikatakan Etnosentrik apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap Kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah. Selagi manusia menjadi Etnosentrik, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan Stereotaip yang sedia ada(biasanya yang bersifat negatif).RASISMERasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu Kelompok Sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah Fizikal-Biologikal atau Ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang dilakukan semata-mata berasaskan keturunan bangsanya. Rasisme wujud pada 2 tahap iaitu;

(a) Tahap Individu- Kepercayaan dan Sikap individu. (b) Tahap Institusi- Melibatkan Dasar dan Pelaksanaan yang bersifat Diskriminasi.

PREJUDISKonsep Prejudis merupakan pandangan negatif mengenai ahli atau Kelompok Etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau Kelompok Etnik tertentu. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila Prejudis disuarakan, Prejudis menjadi Stereotaip.Stereotaip pula merupakan kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti Semua Orang X Bersifat Kasar dan sebagainya. STEREOTAIPFahaman Stereotaip ini akan menimbulkan perasaan negatif dalam kalangan masyarakat khususnya Masyarakat Majuk di Malaysia.Stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan Etnik oleh Etnik yang lain.Fahaman Stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan Masyarakat Majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan suatu Etnik memandang rendah terhadap kumpulan Etnik yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara Etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

MASYARAKATMenurut Roucek & Warren (1979), Masyarakat diklasifikasikan sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara Kolektif dan merasakan mereka hidup bersama.Masyarakat itu terdiri daripada segolongan orang yang membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-undang dan sebagainya. Kelas Sosial Masyarakat Tradisional pula boleh diklasifikasikan seperti berikut; (a) Sultan : Kelas Hieraki Tertinggi (b) Kelas Bawahan : Kaum Keluarga Diraja (c) Kelas Pembesar : Pembesar Negeri (d) Rakyat Biasa : Golongan DiperintahSetiap ahli Masyarakat mempunyai Tanggungjawab Sosial yang diterima dan diakui umum. Ikatan ini dinamakan Kontrak Sosial.Menurut J.S.Furnival, Masyarakat Majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai kaum, mereka berganding bahu di bawah sistem politik sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan. Interaksi Sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis Ras.Asas Sosial sesuatu Masyarakat Majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia.Dari segi politik, Masyarakat Majmuk timbul akibat Dominasi Penjajah.Menurut De Fleur (1974), Masyarakat ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial.M.H. Biesanz dan J. Biesanz (1969), menjelaskan bahawa masyarakat merupakan suatu sistem perhubungan yang kompleks dalam kalangan individu dan kelompok yang didasarkan kepada nilai-nilai simbolik, kepercayaan dan norma yang merupakan sebahagian daripada Kebudayaan tersebut. Nilai tersebut seterusnya akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat berkenaan.Menurut Kamadudin Jaafar (1974), Masyarakat Majmuk adalah kaum yang bercampur tetapi mempunyai kehidupan yang berasingan, interaksi sesama terbatas, penuh prasangka serta bersama tetapi tidak bersatu.Bagi J.S.Furnival (1948), Masyarakat Majmuk adalah Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai Kelompok Ras dan Etnik yang berlainan berada di bawah satu sistem pemerintahan.Satu lagi ciri Masyarakat Majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan Azam Sosial Bersama (Common Social Will) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah-laku sosial.Ini bermakna masyarakat pada hari ini dikatakan tidak mempunyai keazaman sosial yang sama dalam membentuk Budaya Kehidupan Bermasyarakat.Perkembangan dalam masyarakat boleh dilihat dalam aspek kehidupan mereka seperti berikut:- Masyarakat Memburu dan Mengumpul Masyarakat Menternak dan Bertani Masyarakat Petani Masyarakat Industrial Masyarakat Pasca IndustrialStruktur Masyarakat atau Kelas Sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam suatu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan. Murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira Budaya dan Masyarakat lain. Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka.KEPERCAYAAN (Belief)Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan pasti atau kepastian terhadap perkara berkenaan.Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak (Propositional Attitude). Dalam konteks Agama, Kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas Pembangunan Modal Insan. Menurut Kamus Dewan (1994), Kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun. Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun.Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan masyarakat di negara kita. Murid perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Masarakat lama banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana terdapat pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan mereka seharian mereka.Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk mendidik dengan cara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur.KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYUMalah melalui cara tersebut juga dapat memperkayakan adat dalam masyarakat.Antara kepercayaan dalam masyarakat Melayu adalah seperti kepercayaan terhadap Pawang dalam apa jua jenis situasi seperti waktu-waktu kecemasan.Kepercayaan tersebuat biasanya diamalkan di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman. Bomoh sering menggunakan mentera atau jampi serapah.Mentera diambil daripada perkataan Sanskrit mantra atau manir yang merujuk kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.Masyarakat Melayu juga mengamalkan pantang larang menjahit pada waktu malam. Jika melakukannya dikatakan mata mereka akan jadi buta.Tujuan sebenar untuk melarang mereka adalah untuk menjaga mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINAMasyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa. Beberapa semangat ini berada dan hidup dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomena lain.Fenomena alam ini dikalsifikasikan kepada Yin dan Yang.Yin adalah satu prinsip seperti wanita, bulan, arah Utara, dingin, gelap (malam) dan segala yang bersifat pasif.Yang merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah Selatan, panasnya cahaya (Siang) dan segala yang termasuk keaktifan.Masyarakat Cina juga percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian.Feng-Shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan. KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIAKepercayaan dalam Masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sebai contohnya, bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah.Bagi yang makan di tempat gelap, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau penunggu.

KEPERCAYAAN ANIMISMEKepercayaan Animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.Kepercayaan Animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi seperti gua, pokok, batu besar atau kawasan tertentu mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat roh jahat dan juga dalam kehidupan mereka seharian. Semangat ini juga dikenali sebagai jin, mambang, roh, datuk, tuan dan penunggu.NILAINilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat.Nilai Etnosentrisme bermaksud memandang rendah Kebudayaan orang lain. Nilai Xenosentrisme bermaksud memandang tinggi terhadap Kebudayaan orang lain.Nilai Relativisme bermaksud kesanggupan menerima kebudayaan orang lain. Kebudayaan yang diterima daripada orang lain akan mengayakan kebudayaan tempatan tanpa memberi kesan kepada penduduk asal.BAHASAMerupakan satu sistem komunikasi yang harus meggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-wenangnya tetapi mempunyai struktur.Adalah satu set simbol-simbol dan aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole, 1998).Dikatakan bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.Bahasa juga mengalami perubahan. Perubahan dalam bahasa berlaku akibat daripada pertembungan masyarakat dan Budaya, penjajahan, peperangan, perpindahan, perubahan populasi, kelas sosial, etnik, umur, seks, pekerjaan, penemuan baru, pendidikan, penghijrahan, perdagangan, agama, status ekonomi, dll. Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama melestarikan Kebudayaan dan penerusan pemikiran.Bahasa ialah Sistem Oerisyaratan (Semiotik) yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa terbuka untuk penafsiran= Fonologi (Bunyi Perkataan) + Morfologi (Pembinaan Perkataan) + Sintaksis (Susunan Perkataan). (Nababan).Orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri-negeri yang terdapat di Malaysia ini berbeza.Orang India bertutur dalam bahasa Tamil berasal dari Tamil Nadu, India. Kebanyakan bahasa orang Cina dikenalpasti melalui kumpulan penutur mereka. Orang Cina yang menetap di Pulau Pinang serta Melaka bertutur dalam bahasa Hokkien.Mereka yang tinggal di Seremban, Ipoh dan Kuala Lumpur menggunakan bahasa Kantonis dan Hakka.Di Malaysia Timur, bahasa Hakka dan Mandarin laris ditutur, kecuali di Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis. Di Selatan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Johor, bahasa Mandarin paling banyak digunakan oleh masyarakat Cina sebagai kesan pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal.ADAT RESAMAdat Resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyai isbat kepada pelaku sama ada positif atau negatif.Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza.Adat Resam yang diamalkan ini masih releven dan dapat diterima oleh masyarakat umum dan generasi muda tidak berasa kekok untuk menerima dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.ADAT RESAM MELAYU (i) Melenggang Perut Adat ini merujuk kepada satu amalan yang dijalankan ke atas wanita yang telah genap 7 bulan hamil. (ii) Meminang dan Bertunang Adat ini bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum akad nikah.(iii) Kematian Biasanya waris atau saudara-mara si mati akan mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan kepada arwah. Ada yang mengadakan kenduri arwah 3 malam berturut-turut, 7 malam berturut-turut atau pada malam ke- 40.

(iv) Bercukur Jambul Adat ini merupakan satu adat yang diamalkan untuk mencukur jambul bayi yang baru dilahirkan. Adat ini biasanya dijalankan setelah ibu tamat tempoh berpantang. ADAT RESAM CINA (i) Kelahiran Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung. Adat dalam masyarakat Cina mementingkan anak lelaki kerana mereka dapat melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek moyang. Dalam memberikan nama kepada bayi, nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah ke-2 mewakili nama segenerasi dalam kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. (ii) Kenduri Selepas Kelahiran Mereka membuat sejenis kuih khas yang berbentuk merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara mara yang terdekat.

(iii) Mencukur Rambut Adat ini dilakukan sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat mereka.ADAT RESAM INDIA (i) Sewaktu Mengandung Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulong wanita hamil menjangkau usia 7 hingga 9 bulan. Wanita hamil dipakaikan sebentuk sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaapu. Suul bermaksud Kandungan Ibu manakala Kaapu pula bermaksud Perlindungan. Tujuan adat ini adalah untuk memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan tersebut.

(ii) Selepas Bersalin Membisikkan Nama TuhanGayattri Mantiram (Doa) ke telinga bayi tersebut. Setelah itu diadakan upacara potong tali pusat.Adat menyapu madu juga diadakan bertujuan untuk kecantikan. Madu akan disapukan pada lidah bayi berkenaan.JANTINAMenurut Butler dan Mannning (1998), The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behaviour that identify one as either male or female.Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan yang ketara antara mereka. Justeru, guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina. Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah, justeru itu, guru harus mengetahui pengaruh jantina terhadap pembelajaran muridCampuran jantina di dalam bilik darjah memberi peluang murid-murid lelaki dan perempuan bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan yang wujud dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi.

PERANAN MEDIASebagai media, tanggungjawab bukan hanya untuk memberi hiburan, malahan sebagai penyalur maklumat kepada seluruh kelompok audiennya. Program-program dan iklan mengenai kesedaran sosio-budaya perlu diperbanyakkan dan ditayangkan dengan lebih kerap.Kandungan mediayangdilihat semakinpelbagai dalam menghasilkan variasi program-programnya seperti iklan, dokumentari, drama dan bualbicara telahmenjadikan tugas untukmenyampaikan mesejpemahamanmengenaibudayaorang lain menjadi mudah. Seperti contoh, semakin banyak kempen kesedaran budaya yang berdurasi lebih kurang dua minit seperti Pesanan Khidmat Masyarakat (Public Service Announcement) dipaparkan dalam usaha untuk memberi kesedaran betapa pentingnya menghormati budaya orang lain.Contoh yang jelas ialah ketika musim perayaan di mana iklan yang disiarkan pasti akan menggabungkan semua bangsa di Malaysia. Selain itu, terdapat juga Pesanan Khidmat Masyarakat yang menggambarkan budaya setiap bangsa sama ada dalam aspek pemakanan,pakaian, percakapan dan sebagainya.PSA atau Pesanan Khidmat Masyarakat ini adalah satu platform untuk menyampaikan mesej ringkas tanpa dikenakan apa-apa bayaran, dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah tanggapan umum masyarakat terhadap sesuatu isu atau perkara.

TERIMA KASIH