kes jumadi 1
DESCRIPTION
kkTRANSCRIPT
5/21/2015 ESyariah Portal
http://www.esyariah.gov.my/JurnalHukumSearch/htdocs/jurnalhukumsearch/JurnalHukumSearchDetailsPageBM.jsp 1/2
KETERANGAN JURNAL HUKUM
Jilid : 35
Bahagian : II
Tarikh Dikeluarkan : Safar 1434H / Disember 2012M
No. Artikel : 1400014200242010
Nama Artikel : Jumadi b. Patomdang lwn Ketua Pendakwa Syarie WP
Tajuk Kes : Persetubuhan Luar Nikah
Kategori Kes : Jenayah
Kod Kes : 142
Jenis Kes : Bersetubuh Luar Nikah
Mukasurat : 235249
Kandungan :
5/21/2015 ESyariah Portal
http://www.esyariah.gov.my/JurnalHukumSearch/htdocs/jurnalhukumsearch/JurnalHukumSearchDetailsPageBM.jsp 2/2
Fakta Kes
[1] Dalam kes Perayu telah merayu terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi ( Rayuan ) Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya yang diberikan pada 01/09/2010 dalam kes jenayah syariah No. 14400142000732010. Dalam kes ini Y.A.A Hakim telah memutuskan seperti berikut:
1.1] Tertuduh didapati bersalah di bawah seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( WilayahWilayah Persekutuan ) 1997, iaitu persetubuhan luar nikah dan dijatuhkan hukuman denda RM3000.00 DAN dipenjarakan selama tiga ( 3 ) bulan DAN disebat empat ( 4 ) kali.
[2] Perayu telah dituduh oleh pihak Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang perempuan Islam menurut peruntukkan seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( WilayahWilayah Persekutuan ) 1997, Akta 559. Pertuduhannya adalah seperti berikut:
?Bahawa kamu antara bulan Jun 2009 dan bulan November 2009 di sebuah rumah yang beralamat di 1070301, Bistari Condominium, Jalan 1/64D, Off Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang perempuan Islam iaitu Andi Nurfarrah bt. Bandy ( No. KP: 850327155006 ) yang bukan isteri kamu yang sah.
Dengan itu, kamu dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 23 ( 1 ) Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( WilayahWilayah Persekutuan ) 1997, iaitu persetubuhan luar nikah yang jika disabitkan kesalahan, kamu boleh dihukum mengikut seksyen dan Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi lima ( 5 ) ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga ( 3 ) tahun atau disebat tidak melebihi enam ( 6 ) sebatan atau dihukum dengan manamana kombinasi itu.?
[3] Pertuduhan tersebut telah didengar dihadapan YAA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada 25/10/2010 dengan kehadiran Perayu tanpa diwakili peguam syarie. Setelah pertuduhan dibacakan ke atas Perayu, Perayu mengaku faham pertuduhan, dan mengaku bersalah dan mengaku faham akibat pengakuan bersalah.
[4] Pihak Pendakwaan selepas itu telah membentangkan fakta kes dan semua fakta kes tersebut telah difahami dan dipersetujui oleh pihak Perayu.
[5] Atas pengakuan bersalah Perayu dan persetujuan beliau dengan fakta kes dan setelah mendengar hujahhujah pihak pendakwaan, YAA Hakim Bicara telah mensabitkan kesalahan Perayu sebagaimana yang dipertuduhkan. Faktafakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwa syarie adalah seperti berikut:
Bahawa keduadua OKT telah melakukan persetubuhan luar nikah antara bulan Jun 2009 dan bulan November 2009 ? Bahawa OKT telah melakukan kesemua atau sebahagian daripada persetubuhan luar nikah tersebut di sebuah rumah yang beralamat di 1070301, Bistari Condominium, Jalan 1/64D, Off Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur ? Bahawa OKT semasa melakukan kesalahan yang dipertuduhkan bukan suami isteri yang sah ? Akibat persetubuhan luar nikah tersebut, OKT perempuan semasa disiasat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama telah melahirkan seorang anak lelaki yang berumur lebih kurang 1 bulan. Bayi tersebut dilahirkan sendiri oleh OKT Perempuan di sebuah rumah kuarters kerajaaan di Blok 18R 13, Presint 18, Putrajaya dan OKT perempuan sendiri yang memotong tali pusat bayi tersebut ? OKT melakukan kesalahan yang dipertuduhkan secara sukarela dan telah dilakukan kerap kali ? OKT adalah seorang Islam, baligh, berakal dan melakukan kesalahan yang dipertuduhkan secara sukarela .
[6] Setelah itu YAA Hakim Bicara telah menangguhkan kes itu pada 01/09/2010 bagi memberi peluang kepada Perayu untuk membuat mitigasi sebelum hukuman dijatuhkan. Manakala OKT perempuan dikeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir ke Mahkamah.
[7] Pada tarikh yang ditetapkan untuk mitigasi, pihak Perayu telah membuat membuat mitigasi meringankan hukuman dan Mahkamah juga mendengar hujah pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan.
[8] YAA Hakim Bicara sesudah itu telah menjatuhkan hukuman dengan didenda RM3000.00 dan 3 bulan penjara serta 4 kali sebatan dan jika gagal membayar denda ditambah penjara selama 2 bulan.
[9] Perayu telah tidak bersetuju terhadap keseluruhan keputusan tersebut dan telah merayu kepada Sembunyikan Kandungan
Email Print
Tutup