kertaskerja 120502122056-phpapp02

8
Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010 Lawatan“Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka. 1.0 Tujuan Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapat kelulusan daripada Pengarah IPG KBA dan memohon peruntukkan kewangan bagi menjayakan Lawatan “Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka pada 24 Februari 2012. Program ini merupakan sebahagian daripada keperluan kurikulum pelajar PISMP Sem 5. 2.0 Latar belakang Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar PISMP. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester pembelajaran. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. 1

Upload: maktab-perguruan-ipoh

Post on 20-Jun-2015

406 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertaskerja 120502122056-phpapp02

Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010Lawatan“Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

1.0 Tujuan

Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapat kelulusan daripada Pengarah IPG KBA

dan memohon peruntukkan kewangan bagi menjayakan Lawatan “Benchmarking” ke

SK Paya Rumput, Melaka pada 24 Februari 2012. Program ini merupakan

sebahagian daripada keperluan kurikulum pelajar PISMP Sem 5.

2.0 Latar belakang

Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam

usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan

spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat

pendidikan ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu

dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta

kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat

negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah

pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Program ini melibatkan semua pelajar PISMP. Program ini direalisasikan melalui satu

pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester pembelajaran.

Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah

pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat

melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional

yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan

arus globalisasi.

1

Page 2: Kertaskerja 120502122056-phpapp02

Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010Lawatan“Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

3.0 Asas-asas Pertimbangan

3.1 Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu kehendak

kurikulum yang perlu dilalui oleh setiap pelajar PISMP, iaitu selama enam

semester.

3.2 Butiran program ini adalah seperti di bawah.

Nama program : Lawatan “Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

Tarikh cadangan : 24 Februari 2012 (Jumaat)

Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang

Bil. pelajar : 47 orang

Bil. pensyarah : 3 orang

3.3 Struktur jawatankuasa peringkat induk seperti di Lampiran 1.

3.4 Struktur jawatankuasa peringkat pelajar seperti di Lampiran 2.

3.5 Anggaran belanjawan seperti di Lampiran 3.

3.6 Tentatif program seperti di Lampiran 4.

4.0 Objektif program.

4.1 Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan,

4.2 Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah,

4.3 Mengenali dan menilai potensi diri insan guru,

4.4 Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan,

4.5 Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti,

4.6 Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan

bertanggungjawab, dan

4.7 Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.

5.0 Syor

Oleh yang demikian, kami memohon pihak tuan untuk mempertimbangkan segala

aktiviti dan perbelanjaan yang telah dinyatakan seterusnya meluluskan Program Bina

Insan Guru. Segala kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan

jutaan terima kasih.

2

Page 3: Kertaskerja 120502122056-phpapp02

Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010Lawatan“Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

6.0 Penutup

Aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam melahirkan guru-guru yang berdisiplin dan cemerlang, tabah

menghadapi cabaran serta beriltizam dalam apa jua bidang. Diharap agar

permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti-aktiviti yang dirancang

dapat dijalankan.

Disediakan oleh,

(ISMAIL BIN IBRAHIM)

Setiausaha BIG PISMP Ambilan Januari 2010.

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Disahkan oleh,

(ENCIK BASENI BIN JANTRA)

Ketua Unit GERKO,

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Diluluskan oleh,

(YM RAJA AZIZAH HANIM BT RAJA ABDUL AZIZ)

Pengarah,

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

3

Disemak oleh,

(ENCIK BAHARUDIN BIN HASSAN)

Penyelarasa Bina Insan Guru,

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Page 4: Kertaskerja 120502122056-phpapp02

Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010Lawatan“Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

Lampiran 1

Struktur Jawatankuasa Peringkat Induk IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Penaung

Pengarah IPG KBA

YM Hajah Raja Azizah Hanim Binti Raja Abdul Aziz

Pengerusi

Ketua Unit GERKO

Encik Baseni Bin Jantra

Setiausaha

Penyelaras Bina Insan Guru

Encik Baharudin Bin Hassan

Ahli jawatankuasa

Mentor PISMP Matematik Ambilan Januari 2010

Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad

Mentor PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010

Puan Suguna A/P Sankaran

4

Page 5: Kertaskerja 120502122056-phpapp02

Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010Lawatan“Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

Lampiran 2

Struktur Jawatankuasa Peringkat Pelajar

Pengerusi

Muhamad Imran Bin Ahmad

Timbalan Pengerusi

Saidatul Nadzrah Binti Shuib

Setiausaha

Ismail Bin Ibrahim

Naib Setiausaha

Khairul Ekmal Bin Roselee

Bendahari

Mohh Khairul Anuar Bin Khalid

Ahli Jawatankuasa

Makanan : Husin Hafiz Bin Abu Bakar

Pengangkutan : Muhammad Syamim Waqiyuddin Bin Ramli

Pengurusan Majlis : Athirah Binti Basri

Hadiah : Marina Binti Abu

5

Page 6: Kertaskerja 120502122056-phpapp02

Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010Lawatan“Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

Lampiran 3

Anggaran Belanjawan Program Bina Insan Guru

Lawatan “Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

Bil. Perkara Jumlah Catatan

1. Makanan pelajar

Bil. pelajar : 47 orang

Harga makanan sehari : RM10

RM 10 x 47 orang

= RM 470.00

Disediakan oleh

IPG KBA

2. Cenderamata IPG KBA

5 Set

5 set Disediakan oleh

IPG KBA

3. Pengangkutan bas - Disediakan oleh

IPG KBA

Jumlah keseluruhan RM 470.00

6

Page 7: Kertaskerja 120502122056-phpapp02

Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010Lawatan“Benchmarking” ke SK Paya Rumput, Melaka.

Lampiran 4

Tentatif Lawatan “Benchmarking” di SK Paya Rumput, Melaka.

Masa Perkara / aktiviti

7.00 am Sarapan Pagi

7.45 am Bengkel

8.30 am Bertolak ke SK Paya Rumput.

9.00 am Taklimat pengurusan pentadbiran sekolah

10.00 am Rehat

10.30 am Lawatan ke kawasan sekolah

12.00 pm Majlis Penutup Lawatan “Benchmarking” ke SK Paya Rumput

2.00 pm Pulang ke IPG KBA

7