kertas penerangan

112
56 MOTOR TRADE REGULATION __________________________________________________________________ __________ MOTOR TRADE REGULATION 1.1PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN PERNIAGAAN KENDERAAN MOTOR (MOTOR TRADE REGULATION) Bagi membangunkan sesebuah pusat servis atau bengkel kenderaan beberapa akta perlulah dipatuhi. Pengurus pusat servis perlulah peka terhadap segala peraturan dan undang- undang yang berkaitan dengan pengurusan pusat servis atau bengkel. Beberapa akta yang berkaitan adalah akta bomba, akta kilang dan jentera, akta alam sekitar, peraturan papan tanda/iklan dan akta jalanraya. Di bawah ini dibincangkan beberapa akta yang berkaitan dengan pusat servis berserta badan/agen yang terlibat dengan akta-akta tersebut. 1.2 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341) Suatu Akta bagi membuat peruntukan yang perlu untuk Jabatan Perkhidmatan Bomba berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran dan untuk tujuan-tujuan yang

Upload: paul-kenny

Post on 16-Feb-2016

199 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MOTOR

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

MOTOR TRADE REGULATION

1.1 PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN PERNIAGAAN KENDERAAN

MOTOR (MOTOR TRADE REGULATION)

Bagi membangunkan sesebuah pusat servis atau bengkel kenderaan beberapa akta

perlulah dipatuhi. Pengurus pusat servis perlulah peka terhadap segala peraturan dan

undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan pusat servis atau bengkel. Beberapa

akta yang berkaitan adalah akta bomba, akta kilang dan jentera, akta alam sekitar,

peraturan papan tanda/iklan dan akta jalanraya. Di bawah ini dibincangkan beberapa

akta yang berkaitan dengan pusat servis berserta badan/agen yang terlibat dengan akta-

akta tersebut.

1.2 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341)

Suatu Akta bagi membuat peruntukan yang perlu untuk Jabatan Perkhidmatan Bomba

berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi manusia dan harta daripada

risiko kebakaran dan untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengannya. Di dalam

Akta tersebut terdapat sepuluh bahagian. Hanya beberapa bahagian sahaja yang perlu

dibincangkan yang berkaitan dengan tajuk Pengurusan Pusat Servis iaitu adalah seperti di

bawah :

1.2.1 BAHAGIAN III - PENGHAPUSAN BAHAYA KEBAKARAN

i. Notis menghapus bahaya kebakaran

ii. Kuasa Ketua Pengarah Bomba untuk menghapuskan bahaya kebakaran di premis

kosong atau tak didiami .

iii. Kesalahan kerana tidak mematuhi notis menghapus bahaya kebakaran.Kuasa Ketua

Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran.

Page 2: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

iv. Apabila notis menghapuskan bahaya kebakaran apabila notis menghapus bahaya

kebakaran tak dipatuhi .

v. Kuasa Ketua Pengarah Bomba untuk menghapuskan bahaya kebakaran dalam kes-

kes mendesak.

vi. Perintah Tutup.

vii. Rayuan terhadap perintah tutup atau keengganan membuat perintah tutup

viii. Pelupusan harta yang dipindahkan oleh Ketua Pengarah Bomba.

ix. Mendapatkan kembali perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kerja.

x. Kuasa-kuasa pegawai Bomba semasa kebakaran.

xi. Kuasa-kuasa Pegawai Bomba semasa kecemasan yang tidak melibatkan kebakaran.

xii. Perlindungan Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan.

xiii. Kerugian disebabkan kebakaran hendaklah termasuk kerosakan akibat daripada

menentang kebakaran.

1.2.2 BAHAGIAN IV - AIR DAN PILI BOMBA

i. Penstoran air dalam premis untuk tujuan menentang kebakaran

ii. Notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba.

iii. Kewajipan pihak berkuasa air memberitahu Pengarah Negeri tentang apa-apa tindakan

yang menjejaskan aliran air ke pili bomba.

iv. Kuasa memasang plat tempat pili bomba.

v. Menyembunyikan dan menyalahgunakan pili bomba.

1.2.3BAHAGIAN V -PERAKUAN BOMBA

i. Kuasa Ketua Pengarah untuk menentukan dan menetapkan penggunaan, saiz, atau

tempat, tertentu sesuatu premis.

ii. Keperluan bagi perakuan bomba.

iii. Permohonan dan pegeluaran perakuan Bomba.

iv. Bentuk perakuan bomba

v. Menetapkan yuran bagi pengeluaran perakuan bomba.

Page 3: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

vi. Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kemudahan keselamatan diri, dan lain-

lain

vii. Kesalahan berhubung dengan perakuan bomba.

viii. Hak merayu.

ix. Kuasa mahkamah melarang atau menyekat penggunaan premis tertentu.

x. Kuasa Ketua Pengarah untuk memerintahkan kegiatan dihentikan dalam kes-kes

mendesak.

xi. Rayuan terhadap perintah Ketua Pengarah supaya menghentikan kegiatan.

xii. Rayuan terhadap perintah larangan atau keengganan membuat perintah larangan.

1.2.4 BAHAGIAN VI -PENGUATKUASAAN

i. Penguatkuasaan Akta.

ii. Kuasa untuk masuk.

iii. Sekatan ke atas pendedahan maklumat.

iv. Kuasa untuk menangkap tanpa waran.

v. Kuasa bagi penyiasatan.

vi. Kuasa menghendaki kehadiran saksi.

vii. Pemeriksaan saksi-saksi.

viii. Penjalanan pendakwaan.

1.2.5 BAHAGIAN VII - SIASATAN TENTANG KEBAKARAN

i. Siasatan tentang kebakaran

ii. Mengambil milik dan harta lain yang telah disyorkan atau dimansuhkan oleh api.

iii. Kehadiran tanpa kebenaran dalam premis yang telah diambil milik.

1.3 ASPEK-ASPEK KESELAMATAN

Dalam membincangkan keselamatan sesuatu premis daripada risiko kebakaran beberapa

aspek-aspek penting perlulah diambil kira seperti:-

Page 4: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

1.3.1 PERSEKITARAN

i. Pastikan semua jalan masuk ke bangunan selamat daripada penceroboh.

ii. Pastikan semua laluan menghala ke jalan masuk bangunan bebas daripada sebarang

halangan.

iii. Barang-barang yang disimpan di luar bangunan hendaklah teratur dan bebas daripada

sebarang halangan.

iv. Pastikan pokok-pokok tidak menghalang pendawaian elektrik.

v. Adakan kemudahan-kemudahan yang selamat untuk pembuangan sampah.

vi. Pastikan jentera dan pekakasan bomba boleh menghampiri bangunan untuk tujuan

menyelamat mangsa dan melawan kebakaran.

1.3.2 PENSTORAN

Penstoran barang-barang yang tidak teratur boleh membawa kepada kemerebakan

kebakaran dan menghalang pasukan bomba mencari punca kebakaran atau

menghalang keberkesanan tindakan system seperti penyemburan air automatik.

i. Barang-barang perlu disusun dengan teratur dan mempunyai ruang laluan yang

secukupnya.

ii. Kawasan pengstoran hendaklah dipisahkan daripada kawasan/bahagian lain daripada

sesuatu premis.

iii. Kawasan penstoran hendaklah mudah dilalui oleh pasukan bomba.

iv. Tanda larangan merokok hendaklah dipamerkan dengan jelas.

v. Alat pemadam api hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai.

vi. Penstoran bahan-bahan mudah terbakar hendaklah diasingkan.

1.3.3 MEROKOK

Tabiat merokok merupakan salah satu punca utama dalam kebakaran. Kawalan boleh

dibuat melalui :

Page 5: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

i. Mengadakan bekas habuk rokok jenis tidak mudah

terbakar dengan secukupnya.

ii. Bekas habuk rokok perlu dibersihkan setiap hari apabila habis kerja atau setiap shif

dan puntung rokok tidak dibuang di baku sampah.

iii. Tanda dilarang merokok hendaklah dipamerkan di tempat yang dilarang merokok.

iv. Bekas habuk rokok hendaklah dari jenis yang mempunyai pemegang.

v. Mengadakan peraturan dan kawalan tidak dibenarkan merokok di tempat kerja.

1.3.4 MENGENAL PUNCA-PUNCA KEBAKARAN DAN AKIBAT DARI ELEKTRIK

i. Litar pintas berpunca dari retakan penebat kabel.

ii. Lebihan beban aliran kuasa elektrik dalam litar.

iii. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan oleh sambungan longgar.

iv. Pemasangan yang salah seperti menggunaan pendawaian saiz wayar yang tidak sesuai

atau penyambungan pendawaian yang tidak bermutu.

v. Kebocoran arus elektrik disebabkan kerosakan kabel atau penebat.

vi. Beban elektrik yang sedia ada melebihi tahap beban keselamatan.

vii. Perhatian hendaklah diberi pada sector dan dewan pameran kerana dikhuatiri

mungkin lampu-lampu dipasang hampir dengan bahan api.

1.3.5 PENYELENGGARAAN PERALATAN ELEKTRIK DAN PEMASANGAN

i. Jauhkan alat-alat pemanas elektrik pada jarak yang selamat dari bahan-bahan mudah

terbakar seperti kayu, bahan-bahan pembinaan dan lalin-lain bahan mudah terbakar.

ii. Kerosakan pada peralatan elektrik hendaklah dibaik pulih dengan segera.

iii. Semua pemasangan elektrik hendaklah diperiksa dan diuji sekurang-kurangnya

tiga tahun sekali.

iv. Sambungan dawai sementara hendaklah dikurangakan dan perhatian hendaklah

diberi supaya tidak membebankan litar.

v. Tentukan semua suis utama dalam keadaah tertutup semasa tidak digunakan.

Page 6: KERTAS PENERANGAN

56

vi. Semua kerja baik pulih dan penyelengaraan elektrik hendaklah dilakukan oleh orang

yang bertauliah.

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

vii. Kertas atau hiasan dalaman sementara hendaklah dijauhkan daripada lampu-lampu dan

tidak diikat pada pendawaian elektrik.

1.3.6 PANDUAN KESELAMATAN KEBAKARAN BAGI MAKMAL DAN BENGKEL

1.3.6.1 PANDUAN AM

i.Adakan alat pemadam api yang sesuai dengan jenisnya dan ditempatkan dilokasi

yang strategik.

ii. Makmal dan bengkel dilengkapi dengan alat pengesan

kebakaran jenis asap atau haba.

iii.Adakan papan tanda amaran “DILARANG MEROKOK”.

iv.Adakan bakul atau tong sampah yang mencukupi.

v.Bilik sentiasa bersih dan punca-punca kebakaran dihapuskan.

vi.Sediakan senarai semakan keselamatan (Firesafety Checklist).

1.3.6.2 MAKMAL

i. Bahan kimia dan cecair merbahaya ditempatkan dikawasan khas yang selamat.

ii. Setiap ujikaji diawasi sepenuhnya oleh individu yang

bertanggungjawab.

iii. Lebihan bahan kimia hendaklah dikembalikan untuk disimpan.

iv. Penggunaan gas petroleum cecair (LPG) hendaklah secara selamat, berhati-hati

dan dibawah pengawasan sepenuhnya. Tutup injap gan selepas digunakan.

v. Sebarang tumpahan atau kotoran hendaklah dibersihkan serta

merta.

1.3.6.3 BENGKEL

Page 7: KERTAS PENERANGAN

56

i. Penggunaan semua jenis mesin hendaklah di bawah pengawasan sepenuhnya

oleh individu yang bertanggungjawab.

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

ii. Aspek keselamatan perlulah dititikberatkan bagi kerja-kerja kimpalan yang

menggunakan alat pemotong (Gas Oxitylene).

iii. Bahan mudah terbakar dan cecair merbahaya diasingkan dan disimpan ditempat

selamat.

iv. Sampah dan sisa-sisa (contohnya: cebisan kayu, besi, habuk papan) dibersihkan dan

ditempatkan dilokasi yang dikhaskan.

Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula sejak 120 tahun

yang lalu, iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan keselamatan dandang dan

kemudiannya ke atas keselamatan jentera ini diikuti dengan keselamatan industri,

keselamatan dan kesihatan industri dan akhir sekali meliputi aspek keselamatan dan

kesihatan pekerjaan yang meliputi semua bidang pekerjaan. Sejarah, peranan

dan perkembangan Jabatan ini boleh dijejaskan dalam lima era. Di sini hanya era yang ke

lima sahaja dibincangkan dan selebihnya bolehlah dirujuk di Jabatan Keselamatan Dan

Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

1.4 ERA KE LIMA : KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN - SELEPAS

1994

Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibuat pada tahun 1994.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat

kelulusan Parlimen pada 1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994. Perundangan

ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi

keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan

penguarian dan pembinaan, yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor

industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang

dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja, manakala Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada

tenaga kerja dan akta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.

Page 8: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan untuk memupuk

dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja-pekerja

dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan

kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan melalui skim-skim pengaturan kendiri yang

disesuaikan dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Akta ini, yang

mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan yang bertindih di atas undang-

undang keselamatan dan kesihatan sedia ada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967.

Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi

peruntukan undang-undang sediaada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan,

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya. Akta ini juga

mendefinasikan kewajipan-kewajipan am majikan,pengilang,pekerja, pekerja

sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Walaupun kewajipan-kewajipan

tersebut adalah berbentuk am, ia memerlukan perhatian yang serius, dan membawa

pelbagai tanggungjawab yang luas. Tiga prinsip utama telah diambil untuk dijadikan

asas dalam penggubalan Akta ini. Prinsip pertama ialah self- regulation atau pengaturan

kendiri. Untuk menangani perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan

kemas. Bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk

pekerja-pekerjanya, pihak majikan perlu mengadakan satu perkiraan atau arrangement

yang baik untuk dilaksanakan. Prinsip kedua ialah perundingan atau consultation, iaitu

pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan

masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja.

Prinsip ketiga ialah kerjasama atau co-operation, iaitu pihak majikan dan pihak pekerja

perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan

dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tanpa kerjasama di antara majikan dan

pekerja tiada satu pun program-program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan

akan berjaya.

Page 9: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

Akta ini juga memperuntukkan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, penubuhan

Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi

dan penyusunan langkah-langkah untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan

kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan orang-orang lain daripada bahaya yang

timbul daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Kuasa untuk

penguatkuasaan dan penyiasatan, serta libiliti untuk kesalahan-kesalahan juga

dinyatakan dengan jelas. Dengan kelulusan akta ini mulai April 1994 Jabatan Kilang dan

Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan

Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Di bawah akta ini sektor-sekotr industri yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Pengilangan

ii. Perlombongan dan penguarian

iii. Pembinaan

iv. Pertanian, perhutanan dan perikanan

v. Kemudahan - gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan

vi. Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

vii. Perdagangan borong dan runcit

viii. Hotel dan restoran

ix. Kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan

x. Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

Manakala misi Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan

sihat di kalangan semua majikan dan pekerja supaya keselamatan, kesihatan

dan kebajikan mereka dan orang lain yang terdedah risiko keselamatan dan

kesihatan pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti orang bekerja adalah terpelihara.

Di bawah adalah satu contoh surat perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh

JKKP yang berkaitan dengan akta kilang dan jentera. Permohonan perakuan ini

perlulah dipohon oleh pengurus pusat servis di JKKP dan disahkan oleh

pemeriksa kilang dan jentera yang dilantik oleh JKKP.

Page 10: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

Sebelum memohon surat perakuan tersebut, seseorang pengurus pusat servis perlulah

tahu dan faham jenis-jenis mesin atau jentera yang digunakan di premis mereka.

Biasanya mesin dan jentera tersebut mestilah melibatkan prosedur keselamatan yang

tinggi dan boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada mekanik atau juruteknik.

1.5 MATLAMAT PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Objektif utama mengadakan sistem pengurusan alam sekitar ( EMS ) adalah

untuk memperbaiki prestasi pengurusan alam sekitar sesebuah organisasi.

Kebaikan yang diperolehi daripada EMS ialah mengurangkan kos aktiviti dalam

usaha mengelak atau mencegah pencemaran alam sekitar, pematuhan kepada

undang-undang yang diwartakan dan secara tidak langsung menaikkan imej

organisasi tersebut.

ISO 14000 memperincikan keperluan yang perlu ada dalam EMS. Organisasi yang

ingin melaksanakan EMS harus membangunkan polisi alam sekitar, objektif dan sasaran

yang dirangka mengikut aktiviti organisasi dan mengkaji semula sistem mengikut

kitaran konsep PDCA. Kesinambungan penambahbaikan Pengurusan Alam Sekitar

adalah satu daripada konsep utama ISO 14001. Dokumentasi ISO 14001 adalah

bersamaan dengan ISO 19001, walaubagaimana pun ISO 14001 memberi

penekanan terhadap alam sekitar. Keutamaan melaksanakan ISO 14001 adalah untuk

mencapai satu tahap Pengurusan Alam Sekitar yang betul bukan sekadar memiliki

dokumen EMS yang menarik sahaja.

Untuk mencapai penambahbaikan alam sekitar yang berkesan dan cekap, perkara

utama yang harus diberi penekanan ialah mengenalpasti isu-isu alam sekitar sesebuah

organisasi samada dari segi produk atau perkhidmatan.

Perlaksanaan objektif Pengurusan Alam Sekitar memerlukan sumber-sumber

seperti kakitangan, kewangan dan teknologi. Oleh itu satu senarai keutamaan

terhadap objektif tersebut harus disediakan dengan mempertimbangkan ‘amalan

paksaan’.

Page 11: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

Meskipun setiap standard di dalam ISO 14000 mempunyai aplikasi tersendiri,

standard di dalam ISO 14000 boleh dikasifikasikan kepada dua kategori

berdasarkan objektif dan sasarannya.

Pertama berdasarkan sistem. Nombor dokumen yang terlibat ialah siri-siri ISO

14001, ISO 14010 dan ISO 14030. Manakala yang kedua berdasarkan kepada

produk di mana nombor dokumennya ialah siri-siri ISO 14040 dan ISO 14020.

Pengurusan Alam Sekitar mula diperkenalkan di Netherlands pada awal 1980an

bertujuan menjalankan Pengurusan Alam Sekitar ke atas syarikat-syarikat

melalui penetapan polisi alam sekitar dan mengenal pasti aspek-aspek berkaitan

alam sekitar.

1.5.1 KESAN SIRI-SIRI ISO 14000 TERHADAP ALAM SEKITAR

Permasalahan penjagaan alam sekitar pada hari ini merebak dari

kawasan atau zon tempatan dan menular secara global. Punca

pencemaran yang dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti industri memberi kesan

yang serius terhadap tahap kesihatan manusia dan juga kestabilan

ekosistem. Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama terhadap masalah

alam sekitar dunia. Ini adalah kerana manusia banyak bergantung kepada industri untuk

menghasilkan sesuatu produk.

1.6 GAMBARAN ELEMEN-ELEMEN ISO 14000

ISO 14000 dipandu oleh lima prinsip (seperti dalam rajah 1). Prinsip-prinsip

tersebut ialah :

i. Prinsip 1 - komitmen dan polisi

ii. Prinsip 2 - perancangan

iii. Prinsip 3 - perlaksanaan

iv. Prinsip 4 - pengukuran dan penilaian

v. Prinsip 5 - kaji semula dan penambahbaikan

Page 12: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

Elemen-elemen di dalam ISO 14000 adalah berdasarkan PDCA (Plan Do Check

Action) yang diperkenalkan oleh Deming. Terdapat 17 elemen dan diringkaskan

merujuk kepada prinsip-prinsip di atas.

I. PRINSIP 1 - KOMITMEN DAN POLISI

Elemen 1 - Polisi alam sekitar

Organisasi perlu wujud satu pernyataan dasar / komitmen terhadap alam sekitar. Polisi

ini digunakan sebagai rangka kerja kepada perancangan dan sesuatu tindakan.

II. PRINSIP 2 – PERANCANGAN

Elemen 2 - Aspek alam sekitar

Mengenalpasti sifat-sifat produk, aktiviti dan perkhidmatan sesebuah organisasi.

Menentukan samada perkara tersebut mempunyai kesan atau tidak terhadap alam sekitar.

Elemen 3 - Undang-undang dan lain-lain keperluan

Mengenalpasti undang-undang dan peraturan yang relevan yang dikeluarkan

oleh pihak berkuasa.

Elemen 4 - Objektif dan sasaran

Menetapkan matlamat Pengurusan Alam Sekitar organisasi selari dengan polisi, kesan

produk atau perkhidmatan terhadap alam sekitar, pandangan-pandangan pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan organisasi dan faktor-faktor

lain.

Elemen 5 - Program Pengurusan Alam Sekitar

Tindakan-tindakan yang diambil untuk mencapai objektif dan sasaran Pengurusan

Alam Sekitar organisasi.

III.PRINSIP 3 - PERLAKSANAAN

Elemen 6 - Struktur dan tanggung jawab

Menetapkan peranan dan tanggung jawab serta menyediakan sumber-

sumber.

Page 13: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

Elemen 7 - Latihan, kesedaran dan kompetensi

Memastikan pekerja sesebuah organisasi terlatih dan mampu memikul tanggung jawab

dalam Pengurusan Alam Sekitar.

Elemen 8 - Komunikasi

Mengadakan proses-proses komunikasi dalaman dan luaran terhadap isu-isu

Pengurusan Alam Sekitar.

Elemen 9 - Dokumentasi

Menyenggara maklumat EMS dan lain-lain dokumen berkaitan.

Elemen 10 - Kawalan dokumen

Memastikan setiap prosedur-prosedur Pengurusan Alam Sekitar dan lain-lain dokumen

adalah berkesan.

Elemen 11 - Kawalan Operasi

Mengenal pasti, merancang dan mengurus operasi-operasi dan aktiviti-

aktiviti yang dijalankan selari dengan polisi, objektif dan sasaran yang

ditetapkan.

Elemen 12 - Persediaan dan tindakan kecemasan

Mengenal pasti potensi-potensi berlakunya kecemasan dan bangunkan

prosedur-prosedur untuk mengatasinya serta tindakan yang perlu diambil.

IV.PRINSIP 4 - PENILAIAN DAN PENGUKURAN

Elemen 13 - Pengawasan dan pengukuran

Mengawasi aktiviti-aktiviti utama dan rekod prestasi.

Elemen 14- Ketidakpatuhan dan tindakan pembetulan serta pencegahan

Mengenal pasti dan membetul serta membaiki permasalahan seterusnya mencegah

masalah berulang.

Page 14: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

Elemen 15 - Rekod

Menyimpan rekod-rekod berkaitan prestasi Pengurusan Alam Sekitar.

Elemen 16 - Audit sistem Pengurusan Alam Sekitar

Pengesahan Pengurusan Alam Sekitar secara berjadual seperti yang dirancang.

V. PRINSIP 5 - KAJI SEMULA DAN PENAMBAHBAIKAN

Elemen 17 - Kaji semula pengurusan tertinggi

Kaji semula secara berkala sistem Pengurusan Alam Sekitar organisasi yang telah

dijana supaya penambahbaikan secara berterus dapat diamalkan.

1.6.1 ELEMEN 1 : POLISI ALAM SEKITAR

Elemen pertama dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul bersama dalam

nombor dokumen berikut:

i. ISO 14004 4.1 Komitmen dan polisi.

ii. ISO 14004 4.1.1 Am.

iii. ISO 14004 4.1.2 Komitmen pengurusan tertinggi.

iv. ISO 14004 4.1.3 Permulaan kajian semula alam sekitar.

v. ISO 14004 4.1.4 Polisi alam sekitar

Matlamat elemen-elemen ini adalah untuk memastikan pengurusan tertinggi

sesebuah organisasi mendefinasikan dan mengistihar komitmenya terhadap polisi

alam sekitar yang memerlukan penambahbaikan secara berterusan yang

bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti organisasi. Ia merupakan pernyataan terhadap

prinsip-prinsip dan keinginan sesebuah organisasi untuk:

i. Menandakan satu arahan jangka panjang sesebuah organisasi.

ii. Menubuhkan satu rangka kerja untuk tindakan

semua kakitangannya.

iii. Menyediakan bukti yang dikeluarkan dari pengurusan tertinggi

terhadap alam sekitar

Page 15: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION____________________________________________________________________________

Ia merupakan nilai teras seperti penjagaan alam sekitar dan tiga komitmen utama terhadap

Pengurusan Alam Sekitar adalah :

i. Menumpukan perlindungan alam sekitar termasuk pembangunan

menyeluruh dan tata amalan penjagaan alam sekitar.

ii. Menumpukan kepada penambahbaikan secara berterusan,pengurangan pengurusan

bahan mentah dan penjanaan sisa, penukaran penggunaan bahan kimia berbahaya

dan guna semula bahan mentah.

iii. Mematuhi dan menyokong undang-undang, menyokong usaha pihak berkuasa

antarabangsa berkaitan penjagaan alam sekitar selain garis panduan industri (Akta

Kilang Dan Jentera dan OSHA)

Setiap kakitangan di dalam sesebuah organisasi mesti memahami kandungan polisi

alam sekitar dan memberi komitmen terhadapnya.

1.6.1.1PEMBINAAN POLISI ALAM SEKITAR

Organisasi harus memulakan penyediaan polisi alam sekitar. Ia dibina dan

disokongoleh pihak atas secara aktif. Polisi seharusnya digabungkan bersama strategi

perniagaan keseluruhannya. Polisi mesti relevan dengan aktiviti, produk dan perkhidmatan

sesebuah organisasi serta bersesuaian dengan lokasinya (undang-undang, iklim dan

sebagainya). Ia juga harus serasi dengan lain-lain polisi seperti kualiti dan polisi

keselamatan jika wujud. Kebanyakan organisasi mengabungkan polisikeselamatan

dengan polisi alam sekitar. Mereka menguruskan Kesihatan dan Keselamatan Alam

Sekitar (HSE) di bawah fungsi yang sama. Akhirnya pengurusan HSE menjadi satu

pengurusan kualiti. Ketiga-tiga polisi tersebut mempunyai persamaan dari segi

ciri-ciri kawalan bahan kimia, pengangkutan, tindakan pembetulan, tindakan

kecemasan, latihan dan audit. Polisi alam sekitar seharusnya SMART.

S - Simple (mudah)

M - Measurable (boleh diukur)

A - Achievable (boleh dicapai)

Page 16: KERTAS PENERANGAN

56

R - Reasonable (munasabah)

T - Tractable (mudah dikawal)

Page 17: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.6.1.2MELAKSANAKAN POLISI ALAM SEKITAR

Dari polisi, bangunkan sasaran-sasaran dan objektif-objektif yang boleh diukur

secara terperinci. Polisi diterjemahkan ke dalam satu bentuk tindakan melalui

program alam sekitar. Di dalam program tersebut, pekerja-pekerja terlibat

dikenalpasti dan peruntukan disalurkan untuk menjayakannya.

1.6.1.3PENERBITAN POLISI ALAM SEKITAR

Polisi merupakan satu pernyataan matlamat, visi dan komitmen sesebuah

organisasi. Kakitangan yang terlibat dengan program-program alam sekitar serta

pelanggan/pemegang saham yang berminat dengan program tersebut harus sedar

akan polisi yang dibentuk. Oleh kerana itu, polisi mesti disebarkan kepada semua

kakitangan, atau melalui media cetak / elektronik, poster, agenda dalam mesyuarat

dan latihan oriantasi. Boleh juga dimasukkan ke dalam laporan

tahunan, surat atau iklan.

1.6.1.4PENGUBAHSUAIAN POLISI ALAM SEKITAR

Polisi atau dasar bukan dokumen tetap. Segala perubahan produk

/perkhidmatan, polisi harus diubah juga bersesuai undang-undang dan

peraturan.Sepertimana aspek-aspek dan kesan-kesan aktiviti sesebuahorganisasi,

produk dan perkhidmatan didefinasikan dan objektif dan sasaran aktiviti

ditetapkan, penapisan ke atas kenyataan polisi hendaklah dilakukan dengan

segera.

Ianya harus diubah mengikut aktiviti-aktiviti sesebuah organisasi. Beberapa

keadaan yang mendorong kepada perubahan polisi adalah seperti berikut:-

perubahan undang-undang dan jangkaan dan keperluan pihak-pihak yang

berminat.

perubahan terhadap produk/perkhidmatan sesebuahorganisasi.

kemajuan sains dan teknologi.(mesin baru dan sebagainya)

pengajaran dari insiden (alam sekitar) yang berlaku.

Page 18: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Setiap perubahan yang ada pada polisi, ianya juga harus dihebahkan samada secara

dalaman atau pun luaran.

RINGKASAN

o EMS memerlukan setiap oganisasi mempunyai atau membangunkan polisi

alam sekitar secara bertulis.

o Polisi tersebut haruskah bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

o Komitmen harus dinyatakan dengan jelas mengikut kehendak organisasi dan

berlandaskan undang-undang dan lain-lain kriteria dalam mencegah pencemaran dan

penambahbaikan yang berterusan.

o Polisi harus isu kan ke arah penjagaan alam sekitar dan mengambil berat

mengenai produk / perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesebuah

organisasi.

o Polisi harus dikomunikasikan dengan lebih berkesan agar semua pihak faham akan

kandungannya.

1.6.2 ELEMEN 2 : ASPEK-ASPEK ALAM SEKITAR

Elemen kedua dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul bersama dalam nombor

dokumen berikut:

o ISO 14001 A.3.1 Aspek-aspek alam sekitar

o ISO 14004 4.2 Perancangan

Kehendak elemen-elemen di atas adalah untuk memastikan satu pendekatan

sistematik dan logik diambil untuk memenuhi polisi alam sekitar terhadap penjagaan

alam sekitar.Ia juga untuk memastikan Pengurusan Alam Sekitar berasaskan

pengetahuan saintifik. Sistem Pengurusan Alam Sekitar berdasarkan kitaran

PDCA. Dalam melaksanakan PDCA, organisasi perlu merancang bagaimana

hendak berdepan dengan masalah dan bagaimana aktiviti-aktiviti menghasilkan

sesuatu produk atau perkhidmatan boleh memberi kesan terhadap alam sekitar.

Page 19: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Oleh itu untuk menghadapi perkara tersebut, sesebuah organisasi perlu

pertamanya mengenalpasti aspek-aspek produk atau perkhidmatan yang

menjadi aktiviti-aktivitinya.

Sesuatu aspek merupakan apa-apa sahaja yang dianggap punca terhadap pencemaran alam

sekitar yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi misalnya pengeluaran atau pelepasan

gas ke atmosfera, pembuangan pepejal atau sisa toksik yang boleh mengganggu muka

bumi dan sebagainya.

Hubungan antara aspek-aspek dan kesan-kesan adalah sebabsebab dan kesan-kesan. Terma

aspek adalah neutral. Aspek alam sekitar mungkin samada positif (seperti membuat sesuatu

produk daripada bahan buangan atau kitar semula) atau negatif (seperti mengalirkan sisa

toksik ke dalam aliran sungai).

Untuk merancang dan mengawal aspek-aspek dan kesan-kesan alam sekitar, sesebuah

organisasi hendaklah terlebih dahulu mengetahui apakah sumber tersebut dan dari

manakah ia hadir. Perlu tahu bagaimana sisa dijana dan bagaimana untuk

mengurangkan atau menghapuskannya. Pengenal pastian dari peringkat awal terhadap

aspek-aspek alam sekitar boleh mengurangkan misalnya sisa-sisa yang

dihasilkan dan penggunaan bahan-bahan mentah yang tidak sepatutnya. Kedua-

duanyaboleh membawa kepada kesan positif terhadap alam sekitar dan menguntungkan

organisasi. Sisa yang dijana datangnya dari bahan mentah yang dibeli. Makapenggunaan

bahan mentah yang sedikit lebih menguntungkan.

ISO 14000 memerlukan sesebuah organisasi mengekalkan prosedur-prosedur

bagaimana mengenalpasti aspek-aspek dan kesan-kesan yang utama terhadap alam

sekitar. Ini untuk memastikan proses pengenalpastian adalah lebih sistematik,

diterima akal dan boleh digunapakai oleh kakitangan yang terlibat secara lansung dalam

Pengurusan Alam Sekitar.

Page 20: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Dalam proses pengenalpastian tersebut, organisasi seharusnya memasukkan satu prosedur

mengenalpasti aspek-aspek alam sekitar yang boleh dikawal dan untuk menganggap semua

sumber adalah penyebab kepada pencemaran alam sekitar.

Pengenalpastian kesan-kesan utama alam sekitar adalah mustahak sepertimana

aktiviti-aktiviti lain seperti menyediakan polisi, objektif dan sasaran, program alam sekitar,

kawalan operasi dan sebagainya. Semuanya adalah berasaskan pengetahuan tentang

aspek-aspek utama alam sekitar. Setelah aspek-aspek dan kesan-kesan dikenalpasti,

maklumat tersebut haruslah disimpan dan dikemaskini sebagai satu garis panduan

kepada penambahbaikan secara berterusan.

1.6.2.1 PENGENALPASTIAN ASPEK-ASPEK DAN KESAN-KESAN UTAMA

Untuk membantu mengenalpasti aspek-aspek, ISO14004 mengenalpasti aspek-aspek

sebagai :-

o Pelepasan ke udara ( emission to air)

o Pelepasan ke sungai dan sebagainya

o Pengurusan sisa (waste management)

o Pencemaran tanah

o Penggunaan bahan mentah dan sumber asli

o Lain-lain isu tempatan berkaitan alam sekitar dan isu-isu komuniti.

Dalam mengenalpasti aspek-aspek utama sesebuah operasi samada operasi normal dan

tidak normal, situasi shut-down, startup atau kecemasan perlu dipertimbangkan. Untuk

memulakan proses pengenalpastian, kategorikan setiap aktiviti, produk atau

perkhidmatan yang mungkin mempunyai kesan.

Organisasi yang menjalankan aktiviti pemprosesan akan bermula dengan proses permulaan

iaitu dari kemasukan bahan mentah sementara semasa proses pemprosesan pula sisa

dilepaskan dan dialirkan dari bahagian pemprosesan tersebut. Akhirnya adalah aktiviti

pensetoran, pengankutan, pengedaran dan pelupusan sisa serta penyenggaraan.

Page 21: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Tiada teknik yang standard untuk mengenalpasti aspek-aspek dan kesan-kesan terhadap alam

sekitar. Proses berbilang langkah boleh digunakan untuk membuat pengenalpastian ini. Ia

bermula dengan satu proses ringkas untuk mengenalpasti aspek-aspek dan kemudian proses

tersebut boleh diperhalusi semula atau kesan yang lebih jelas harus ditentukan dahulu, isu-

isu yang lebih komplek akan dikenalpasti kemudian. Maklumat yang diperolehi dari proses

ini didaftarkan supaya ia boleh dikemaskini dan digunakan untuk mengenalpasti semula

aspek-aspek dan kesan-kesan dikemudian hari kerana terdapatnya butiran penting

dalam menilai produk, proses atau perkhidmatan baru biasanya jika ingin meluaskan

operasi atau proses.

1.6.3 ELEMEN 3 : UNDANG-UNDANG DAN LAIN-LAIN PERATURAN

Elemen ketiga dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul bersama dalam nombor dokumen

berikut:

o ISO 14001 A.3.2.1Undang-undang dan lain-lain peraturan

o ISO 14004 4.2.3 Undang-undang dan lain-lain peraturan

o ISO 14004 4.2.4 Kriteria prestasi dalaman

Kehendak elemen-elemen di atas adalah untuk mengenalpasti keperluan undang-undang,

perjanjian-perjanjian antarabangsa, garis panduan peraturan dan bukan peraturan, kod-

kod dan amalan industri supaya ia dipatuhi. Ini merupakan asas kepada pematuhan polisi

alam sekitar selain dari pencegahan dan penambahbaikan kualiti alam sekitar secara

berterusan. Prosedur harus diwujudkan untuk menjalankan keperluan-keperluan tersebut.

Sesebuah organisasi perlu mengemaskini maklumat berkaitan alam sekitar supaya ia selari

dengan undang-undang dan lain-lain peraturan dan sentiasa mengikuti perubahan terhadap

undang-undang baru yang diwujudkan dari masa ke semasa. Sebelum memulakan sesuatu

operasi atau aktiviti, sesebuah organisasi seharusnya mengkaji peruntukan undang-

undang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini adalah kerana penukaran awal yang

dibuat terhadap operasi tersebut boleh mengurangkan kos penukaran dimasa-masa akan datang.

Page 22: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Contoh-contoh peraturan

o Spesifik kepada aktiviti-aktivi yang dijalankan misalnya permit operasi tapak di bawah

DOE dan DOSH.

o Spesifik kepada produk atau servis.

o Spesifik kepada organisasi.

o Undang-undang am alam sekitar termasuk perjanjian dan protokol antarabangsa

misalnya Basel Convention dan Montreal Protocol.

o Penguatkuasaan, lesen dan permit misalnya lesen premis yang dikeluarkan oleh

DOE.

RINGKASAN

o Undang-undang dikenalpasti dan kod amalan industri diamalkan.

o Lain-lain peraturan atau keperluan dan standard-standard yang telah ditetapkan

perlu dikenalpasti sebelum memulakan sesuatu operasi atau aktiviti.

o Maklumat berkaitan undang-undang dan peraturan tersebut perlu disampaikan

kepada warga sesebuah organisasi.

1.6.3ELEMEN 4 : OBJEKTIF DAN SASARAN

Elemen keempat dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul bersama dalam

nombor dokumen berikut:

i. ISO 14001 A.3.3 Objektif dan Sasaran.

ii. ISO 14004 4.2.5 Objektif dan Sasaran Alam Sekitar

Tujuan elemen-elemen di atas adalah untuk menetap dengan jelas

matlamat keseluruhan (objektif) dan spesifik dengan cara yang

boleh diukur (sasaran) dalam mencapai matlamat tersebut. Matlamat haruslah sesuai

dan selari dengan polisi alam sekitar organisasi. Ianya harus mencabar tetapi realistik.

Page 23: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Tumpuan harus diberikan kepada langkah-langkah pencegahan yang menggunakan

teknologi terbaik yang ada di mana ianya ekonomi digunakan dan berpeluang untuk

mengurangkan kos serta mengelakkan pembaziran jika menyimpan terlalu lama

dalam aspek kewangan. Objektif dan sasaran disediakan oleh organisasi itu sendiri dan

tiada standard dalam penyediaannya. Objektif tersebut boleh ditetapkan dengan lebih

terperinci untuk dicapai. Intergrasi dengan strategi perniagaan dan lain-lain sistem

pengurusan dalaman serta lain-lain polisi amatlah penting.

1.6.3.1PERTIMBANGAN PENYEDIAAN OBJEKTIF DAN SASARAN

Dalam merumuskan objektif dan sasaran sesebuah organisasi, beberapa pertimbangan

harus diberikan kepada perkara-perkara berikut:-

Polisi - wujud unsur-unsur pencegahan dan penambahbaikan berterusan.

Undang - undang dan lain-lain peraturan.

Teknologi dan aspek-aspek alam sekitar.

Operasi dan keperluan perniagaan termasuk kewangan.

Pandangan-pandangan dari pihak yang berminat terutama pelanggan dan

komuniti yang terlibat.

Perhubungan antara objektif dan sasaran ialah objektif merupakan matlamat yang hendak

dicapai dari polisi alam sekitar sementara sasaran adalah keperluan-keperluan prestasi

yang perlu dicapai menerusi objektif alam sekitar.Objektif mengandungi komitmen untuk:-

o Mengurangkan sisa-sisa pencemaran

o Mengurangkan dan menghapuskan pelepasan sumber pencemaran

o Merekabentuk produk yang dapat mengurangkan atau meminimumkan

kesan pencemaran

o Mengawal kesan alam sekitar apabila menggunakan bahan mentah dengan

memperkenalkan kesedaran terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar

kepada pekerja-pekerja dan komuniti.

Page 24: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Contoh-contoh penetapan objektif:-

o Polisi alam sekitar

Asingkan bahan-bahan yang merbahaya.

Pengasingan dilakukan dengan cara mengenalpasti jumlah bahan yang merbahaya

yang digunakan sedangkan bahan tersebut akan / telah diharamkan penggunaannya.

Cadangan objektif / sasaran:

Mengantikan bahan tersebut kepada bahan yang tidak merbahaya (diluluskan

penggunaannya).

Komitmen untuk mengurangkan pelepasan sisa ke udara.

Komitmen untuk mengurangkan pembaziran bahan mentah melalui kitaran

semula / guna semula.

Apabila objektif dan sasaran ditetapkan, organisasi seharusnya mempertimbangkan untuk

mengadakan penanda pengukuran prestasi alam sekitar. Penanda ini boleh digunakan

sebagai asas kepada sistem penilaian prestasi alam sekitar dan dalam menyediakan

maklumat kepada Pengurusan Alam Sekitar dan sistem operasi.

RINGKASAN

o Objektif-objektif dan sasaran seharusnya didokumenkan.

o Mesti melibatkan setiap fungsi dan level di dalam organisasi dalam penyediaan objektif

dan sasaran.

o Memastikan bahawa objektif dan sasaran organisasi adalah konsisten dengan polisi alam

sekitar.

o Memastikan juga objektif dan sasaran yang ditetapkan adalah konsisten terhadap

perancangan perniagaan organisasi, misi dan lain-lain strategi.

o Mengadakan proses untuk memantau dan melaporkan setiap perlaksanaan.

1.6.4 ELEMEN 5 : PROGRAM-PROGRAM PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Elemen kelima dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul bersama dalam nombor

dokumen berikut:

Page 25: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

i. ISO 14001 A.3.4 Program-Program Pengurusan Alam Sekitar.

ii. ISO 14004 4.2.6 Program-Program Pengurusan Alam Sekitar

Kehendak elemen ini adalah untuk memastikan langkah seterusnya diambil untuk

menetapkan dan melaksanakan sistem Pengurusan Alam Sekitar. Pengurusan Alam Sekitar

adalah melaksanakan rangka kerja untuk mencapai matlamat Pengurusan Alam

Sekitar organisasi dan keutamaan sesuatu program dikenalpasti.

Program Pengurusan Alam Sekitar adalah satu perancangan perlaksanaan yang terperinci

termasuk perancangan objektif dan sasaran dan ianya berdasarkan kepada polisi alam

sekitar organisasi yang telah dibuat.

Dalam proses menjayakan sesuatu program peluang semestinya

diambil untuk mengabungkan keperluan-keperluan di dalam program itu sendiri, ianya

adalah seperti jadual program, sumber-sumber, latihan dan tanggungjawab untuk mencapai

objektif dan sasaran. Ianya harus meliputi pengabungan sistem pengurusan dalam sedia

ada. Tujuan pengabungan ini bukanlah suatu keperluan tetapi ianya menjadikan

organisasi peka terhadap kecekapan pengurusan dan pada masa yang sama boleh

memastikan pengurusan berjalan dengan lancar. Mereka yang sesuai di dalam sistem

pengurusan begini ialah bahagian pengurusan sistem kualiti, keselamatan dan kesihatan.

1.6.4 PROGRAM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP)

EMP ialah satu pelan tindakan yang menetapkan jadualaktiviti-aktiviti, peruntukan sumber

seperti kewangan, kepakaran dan tenaga kerja, dan latihan jika bersesuaian. Ia mengenalpasti

pilihan untuk mencapai target dalam penggunaan teknologi yang digunakan,

prosedur-prosedur, sistem melapor dan pertukaran proses daripada yang sedang diamalkan.

Sepanjang perancangan aktiviti-aktiviti peluang seharusnya diambil untuk mengenalpasti

penambahbaikan proses dan kecekapan kerja.

Page 26: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

EMP dilihat sebagai satu perancangan dinamik yang mana boleh diubahsuai jika perlu.

EMP harus diubahsuai jika :-

i. Objektif dan sasaran dikaji semula atau ditambah.

ii. Sasaran tidak menepati kehendak

iii. Perubahan kepada rangka kerja, produk, pasaran, proses-proses, kemudahan, dan

iv. Lain-lain faktor yang menyebabkan polisi, objektif dan sasaran berubah misalnya

situasi kewangan organisasi atau negara berubah.

Kerja ke atas pelan tindakan seharusnya melibatkan semua bahagian di dalam sesebuah

organisasi untuk memastikan program-program yang dianjurkan berjalan lancar dan

berkesan.

1.6.4.1 PERTIMBANGAN PENILAIAN EMP

i. Adakah penyelesaian mampu dilakukan?

ii. Adakah pilihan munasabah, sumber kakitangan yang diberikan, kemahiran dan

kemampuan mereka?

iii. Sokongan dari fungsi-fungsi atau bahagian lain seperti kewangan, pesonel dan

pemasaran?

iv. Adakah tempoh yang diberikan realistik untuk mencapai sasaran?

v. Adakah pilihan serasi dengan strategi perniagaan?

vi. Adakah pemilihan, penggunaan dan pembelian bahan mentah yang terbaik?

vii. Adakah program mempertimbangkan pengambilan semula produk (take-back),

pelupusan, guna tenaga dan analisis kitar hidup?

viii. Adakah ia mengabungkan penyelidikan dan pembangunan, rekabentuk, isu-isu

pengeluaran dan pengedaran?

ix. Adakah ia memberikan keputusan jangka pendek atau panjang didalam penambahbaikan

alam sekitar?

Page 27: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.6.4.2 PERLAKSANAAN SPESIFIK EMP

Kemungkinan terdapat banyak program-program khusus yang memerlukan perlaksanaan

pada bila-bila masa diberikan. Setiap pelan mesti mengabungkan aktiviti-aktiviti lain

bagi memastikan pengawalan dan satu cara dicapai ke arah

maksud objektif dan sasaran yang telah ditetapkan organisasi. Contoh-contoh program adalah

seperti berikut:-

i. Pengawalan terhadap pelepasan gas ke udara.

ii. Pengurusan kualiti udara.

iii. Pengurangan pelepasan dan pengaliran sumber-sumber

iv. Pemasangan sistem rawatan

v. Pemasangan peralatan kawalan

vi. Pengurusan kualiti air

vii. Pengurusan bahan dan sisa berbahaya

viii. Penaksiran bahaya, dan sebagainya

RINGKASAN

i. Penyediaan pelan tindakan bagaimana sesebuah organisasi akan mencapai objektif

dan sasaran. Tarikh penghantaran hendaklah ditetapkan.

ii. Sumber-sumber yang diperlukan disediakan termasuk tanggungjawab

terhadapnya.

iii. Mengambil berat dalam mana-mana perubahan kepada produk, aktiviti-aktiviti,

kemudahan-kemudahan, proses-proses, bahan mentah dan proses pengurusan.

iv. Tetapkan pengukuran pestasi dan sistem melapor.

v. Komunikasikan pelan tersebut di semua peringkat bahagian dan mengawal progres

program.

1.6.5 ELEMEN 6 : STRUKTUR DAN TANGGUNGJAWAB (KLAUSA 4.4.1)

Elemen ke enam dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkum bersama dalam nombor

dokumen berikut:

Page 28: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

i. ISO 14001 A.4.1 Struktur dan Tanggungjawab

ii. ISO 14004 4.3.2 Memastikan keupayaan

iii. ISO 14004 4.3.2.1 Sumber-sumber - manusia, fizikal dan kewangan

iv. ISO 14004 4.3.2.2 Penjajaran dan pengabungan EMS

v. ISO 14004 4.3.2.3 Akauntabiliti dan tanggungjawab

Elemen ini fokus kepada keperluan untuk mendefinasi peranan, tanggungjawab dan kuasa

sesiapa sahaja terlibat dalam Pengurusan Alam Sekitar. Pengurusan tertinggi

memainkan peranan yang penting dengan menyediakan sumber-sumber utama dalam

melaksanakan dan mengawal sistem Pengurusan Alam Sekitar. Sumber-sumber yang

disediakan mengandungi:-

i. Sumber manusia dan pengkhususan kemahiran, dan Teknologi dan sumber

kewangan.

Pengurusan tertinggi sesebuah organisasi harus memastikan kemampuan dan kekompetenan

adalah satu daripada kerja-kerja yang sangat penting. Keberkesanan, peranan dan

tanggungjawab di dalam EMS mesti didefinasikan dengan jelas dandikomunikasikan.

Pengurusan tertinggi seharusnya melantik seorang wakil pengurusan untuk:-

i. Memastikan EMS dibangunkan dan dilaksanakan

ii. Melaporkan prestasi semasa

iii. Bekerja bersama untuk mengubahsuai EMS jika perlu.

Tugas-tugas wakil pengurusan adalah sebagai penasihat, koordinator, dan pemudahcara.

1.6.6 KUNCI KEJAYAAN - PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Kejayaan berlaku apabila semua kakitangan menerima sesuatu sistem yang dibuat dan

seterusnya terlibat di dalam membangunkan sistem tersebut. Mereka juga perlu tahu

apakah akibat dari penglibatan dan peranan mereka terhadap sistem itu. Mereka perlu tahu

tanggungjawab, kepada siapa perlu dilaporkan, siapa yang ada kuasa membuat keputusan

dan bagaimana sesuatu keputusan dibuat.

Page 29: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Contoh-contoh peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:-

o Pengurusan tertinggi

Membangun dan menyampaikan falsafah dan polisi.

Mengawasi prestasi organisasi

Bersetuju dengan pelan strategi dan kaedah pengukuran prestasi

O Koordinator Alam Sekitar

Sebagai penasihat dan peka terhadap keperluan undang-undang dan isu-isu teknikal

terkini.

Memastikan kaedah dan prosedur yang sesuai digunakan

Mengesahkan bukti objektif disediakan

Menentukan punca sesuatu permasalahan dan ketidakpatuhan (non compliance).

o Pengurus

Implemen pelan-pelan operasi, standard, sistem pengurusan dan kawalan, dan prosedur-

prosedur.

Mengurus sumber sedia ada untuk mencapai keberkesanan pelan operasi.

Memberi maklum balas prestasi dengan tepat.

Memastikan keberkesanan komunikasi terhadap polisi alam sekitar dan prosedur-

prosedur yang diadakan.

o Kakitangan-kakitangan

Mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Memberi maklumbalas kepada pengurus-pengurus.

1.6.7 MASALAH-MASALAH ORGANISASI

Kebanyakan program alam sekitar di organisasi tidak berjaya kerana beberapa faktor

seperti berikut.

i. Kurangnya definasi kerja, salah faham terhadap kerja, peranan dan tanggungjawab.

ii. Kuasa yang tidak jelas dan tidak mencukupi.

Page 30: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

iii. Kekurangan latihan

iv. Sumber-sumber yang mengandungi terlalu banyak tanggungjawab yang

diletakkan kepada seseorang individu.

v. Kurangnya kuasa diberikan kepada koordinator alam sekitar

vi. Tanggungjawab terhadap prestasi program-program diletakkan dibahu koordinator

melebihi pengurusan tertinggi.

RINGKASAN

i. Definasi peranan dan tanggungjawab setiap individu.

ii. Penyediaan sumber-sumber diperlukan untuk menjayakan tugasan.

iii. Melantik wakil pengurusan.

iv. Berkomunikasi dengan setiap kakitangan.

v. Gabungkan program-program alam sekitar bersama fungsi-fungsi lain seperti

fungsi perniagaan yang mana mungkin dan praktikal.

1.6.8 ELEMEN 7: LATIHAN, KESEDARAN DAN KOMPETANSI (KLAUSA 4.4.2)

Elemen ke tujuh dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul bersama dalam nombor

dokumen berikut:

i. ISO 14001 A.4.2 Latihan, Kesedaran dan Kekompetensi.

ii. ISO 14004 4.3.2.4 Kesedaran Alam Sekitar dan Motivasi.

iii. ISO 14004 4.3.2.5 Pengetahuan, Kemahiran dan Latihan

Elemen ini akan memastikan semua personel yang mana mungkin mencipta kesan utama

terhadap alam sekitar menerima latihan yang baik dan sesuai.

1.6.8.1 ALASAN-ALASAN LATIHAN BERKAITAN EMS

Terdapat dua alasan terbaik mengapa latihan berkaitan EMS perlu.

i. Semua kakitangan boleh memiliki satu kesan ke atas alam sekitar

Page 31: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

ii. Mana-mana kakitangan boleh menyumbangkan idea mengenai bagaimana untuk

memperbaiki Pengurusan Alam Sekitar.

Adalah penting mana-mana personel yang berkerja terutama terhadap yang memberi

kesan utama kepada alam sekitar adalah seorang yang kompeten. Mereka haruslah ada

pelajaran dan latihan yang sesuai. Walaubagaimanapun latihan hanya satu elemen dari

kompeten. Kompeten pada lazimnya adalah satu produk kombinasi dari pelajaran,

latihan dan pengalaman seseorang.

Semua personel harus mempunyai kesedaran terhadap kepentingan latihan. Satu

pakej latihan harus direkabentuk untuk kakitangan baru. Latihan bukan sekadar untuk capai

menambah kemampuan organisasi tetapi adalah juga untuk membantu mengubah sikap,

proses berfikir dan perubahan corak tingkah laku seseorang. Arahan-arahan pekerjaan

sendiriadalah tidak cukup bagi menjamin prestasi. Latihan ke arah kekompetenan adalah

penting terutamanya dimana satu tindakan akan diambil sebaik sahaja seseorang melihat

satu potensi masalah atau peka terhadap sesuatu isu atau masalah.

Program-program latihan adalah perlu untuk mendapatkan mesej alam sekitar global,

mengukuhkan dokumen prosedur-prosedur atau arahan-arahan dan lain-lain usaha

komunikasi di dalam sesebuah organisasi. Latihan seharusnya dimulai dari level

tertinggi termasuk kontraktor-kontraktor.

1.7 TAHAP-TAHAP LATIHAN

Latihan kesedaran alam sekitar seharusnya berbeza pada peringkat yang berbeza

dalam sesebuah organisasi yang mana bergantung kepada tanggungjawab yang dipikul,

peranan strateginya dan penglibatan secara terus dalam tugasnya yang boleh memberi kesan

tinggi kepada alam sekitar.

Page 32: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.7.1 JENIS-JENIS LATIHAN ALAM SEKITAR

1.7.1.1 LATIHAN KESEDARAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN

i. Asas kefahaman kepada isu-isu alam sekitar global dan keadaan alam sekitar

organisasi.

ii. Kefahaman bagaimana sesuatu tindakan mereka boleh memberi kesan terhadap

prestasi alam sekitar.

1.7.1.2 POLISI ALAM SEKITAR DAN LATIHAN PROGRAM ALAM SEKITAR

UNTUK SEMUA KAKITANGAN

i. Kepentingan kepatuhan kepada polisi alam sekitar dan prosedur-prosedur.

ii. Kesan alam sekitar utama dari aktiviti-aktiviti yang berbeza.

iii. Kesan-kesan atau akibat-akibat dari ketidakpatuhan tatacara / prosedur

pengendalian

1.7.1.3 LATIHAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

i.Kawalan dan pencegahan pencemaran.

ii.Pengurusan sisa.

iii. Perancangan kecemasan

iv.Sistem Pengurusan Alam Sekitar dan audit alam sekitar

1.7.1.4 LATIHAN PROFESIONAL

i. Kelayakan profesional diperlukan kepada pengurus alam sekitar, wakil

Pengurusan Alam Sekitar dan pelatih-pelatih.

Page 33: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.7.1.5 LAIN-LAIN LATIHAN BERKAITAN ALAM SEKITAR

i. Kepada semua kakitangan mempunyai tanggungjawab terhadap penjagaan alam

sekitar.

ii. Kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dengan prestasi dan undang-

undang alam sekitar.

iii. Kepada pengurus fasiliti, bahagian dan produk.

iv. Kepada pereka proses dan perancang.

1.7.2 LANGKAH-LANGKAH UTAMA MEMBENTUK PROGRAM LATIHAN

Menjalankan penilai keperluan latihan dengan mengenalpasti kerja yang akan dilakukan dan

kemahiran diperlukan, analisis kemahiran yang mana individu telah miliki dan mengenalpasti

ruang kemahiran (skill gap). Antara kaedahnya ialah;

i. Kenalpasti matlamat latihan (kesedaran, kemahiran dan sebagainya).

ii. Pilih program dan kaedah yang sesuai (bilik kuliah, bengkel dan sebagainya).

iii. Menyediakan pelan latihan (kenapa, apa, bila, di mana dan bagaimana).

iv. Melaksanakan program.

v. Mengawal selia dan jejak program dan selenggara rekod latihan.

vi. Menilai keberkesanan latihan.Memperbaiki program latihan sepertimana keperluan. ix.

vii. simpan rekod-rekod latihan.

RINGKASAN

i. Kenalpasti keperluan latihan.

ii. Bangunkan pelan latihan.

iii. Sediakan latihan disemua peringkat / tahap untuk memenuhi pengetahuan dan

keperluan kompetensi dalam program alam sekitar.

iv. Kawal selia dan dokumenkan latihan.

v. Memperbaiki mutu latihan.

Page 34: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.8 ELEMEN 8 : KOMUNIKASI (KLAUS 4.4.3)

Elemen kelapan dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul bersama dalam nombor

dokumen berikut:

i. ISO 14001 A.4.3 Komunikasi.

ii. ISO 14004 4.3.3 Tindakan Sokongan

Komunikasi dalaman dua hala yang berkesan adalah penting dalam Pengurusan Alam

Sekitar. Kepentingan elemen ini adalah untuk memastikan polisi dan matlamat yang telah

ditetapkan oleh pihak pengurusan difahami oleh semua tahap di dalam sesebuah organisasi

dan ada tindak balas keatas prestasi, keupayaan masalah-masalah dan cadangan

penambahbaikan kepada pihak atasan disalurkan dengan cara yang terbaik. Sesebuah

kaedah komunikasi perlu diwujudkan apabila berhadapan dengan pihak luar.

Komunikasi akan membantu sesebuah organisasi untuk menjelaskan polisi

alamsekitarnya (dalaman dan luaran) dan bagaimana ianya berkait rapat dengan visi dan

strategi perniagaan organisasi. Ia menolong mendorong tenaga kerja dengan

mendemonstrasikan komitmen pengurusan dan memastikan satu pemahaman peranan

peranan kakitangan dan jangkaan pengurusan dan pihak luar yang berminat.

1.9 PENETAPAN KOMUNIKASI LUARAN

Seharusnya ada satu strategi dalam berkomunikasi. Adalah perlu untuk menentukan

siapakah mereka, minat dan tanggungjawab mereka dan apakah yan mereka perlu tahu

mengenai organisasi, produk dan operasi. Organisasi perlu tahu apakah perkara yang ingin

mereka sampaikan dan apakah kaedah terbaik untuk menyampaikan maklumat tersebut.

Page 35: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Apabila berkomunikasi dengan kakitangan-kakitangan dalam menjelaskan sesuatu

perkara, penerangan tersebut bukan sekadar apa yang perlu mereka tahu atau buat tetapi

juga kenapa mereka perlu tahu. Misalnya adalah penting untuk mereka mengetahui

kenapa pihak pengurusan mahu melakukan sesuatu perkara yang mungkin kelihatan

kepada mereka menjadi berlebihan dan jelaskan juga kepada mereka tindakan tersebut

diperlukan kerana keperluan undang-undang dan pelangan-pelangan. Setelah itu adalah

penting bagi pekerja-pekerja untuk memahami peranan mereka dalam situasi tersebut atau

satu lagi situasi mungkin timbul di mana organisasi secara keseluruhannya boleh berada di

luar pematuhan.

RINGKASAN

i. Organisasi perlu membangunkan prosedur-prosedur bagi komunikasi dalaman

dan luaran.

ii. Perlu menentukan siapa yang bertanggungjawab untuk memberi tindakbalas

terhadap pertanyaan-pertanyaan pihak luaran.

iii. Kenalpasti kumpulan sasaran.

iv. Tentukan kaedah komunikasi yang terbaik.

1.10 ELEMEN 9 : SISTEM DOKUMENTASI PENGURUSAN ALAM SEKITAR

(KLAUS 4.4.4)

Elemen kesembilan dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul bersama dalam nombor

dokumen berikut:

i. ISO 14001 A.4.4 Dokumentasi EMS.

ii. ISO 14004 4.3.3.2 Dokumentasi EMS

Organisasi harus mewujudkan sebuah manual samada dalam bentuk kertas atau pun

elektronik yang mengandungi gambaran utama bagaimana ia bercadang mempersembahkan

semua keperluan standard dan elemen utama didalam sistem Pengurusan Alam

Sekitar.

Page 36: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Dengan lain perkataan, sebagai mengulas bagaimana melaksanakan kesemua 17 fasal

didalam sistem Pengurusan Alam Sekitar dan menyediakan arahan dalam manual untuk

mendapatkan kesemua dokumen yang diperlukan untuk menjalankan sistem Pengurusan

Alam Sekitar dan bukti rekod-rekod untuk menunjukkan bahawanya sedang dijalankan.

Dokumen Sistem Pengurusan Alam Sekitar adalah satu sumber maklumat komprehensif

EMS organisasi. Oleh kerana itu, dokumentasi merupakan satu kaedah komunikasi.

Dokumentasi EMS membolehkan kakitangan dan pihak yang berminat melihat bagaimana

sesebuah organisasi menjalankan EMS. Dokumentasi EMS merupakan koleksi

komprehensif bagi semua maklumat yang dikehendaki dalam mengurus EMS dan

sokongan kesedaran kepada kakitangan terhadap apa diperlukan untuk mencapai objektif

EMS. Manakala kepada pihak-pihak yang berminat, ia menyediakan bukti-bukti

pembangunan EMS dan membolehkan mereka menilai EMS dan pestasi alam sekitar

organisasi.

Dokumentasi EMS menyediakan beberapa fungsi lain seperti satu latihan dan rujukan

manual untuk pekerja-pekerja baru dan jawatankuasa berkaitan dalam organisasi yang

secara langsung atau secara tidak langsung mesti berurusan dengan EMS. Ia juga sebagai

satu dokumen rujukan yang asas daripada perubahan dan audit yang boleh dibuat.

i. Elemen-elemen utama EMS.

ii. Hubungan dengan lain-lain system.

iii. Arahan atau kaedah untuk memperolehi maklumat selanjutnya

Dokumentasi EMS yang diperlukan di dalam ISO14001 adalah pendek dan ringkas dan

menyamai Manual Kualiti dalam ISO 9000. Ianya digunakan untuk mengendali dan

menyediakan akses yang mudah kepada lain-lain dokumen EMS. Ia menyediakan satu

panduan untuk memasukkan lain-lain manual dan dokumen-dokumen seperti manual

prosedur-prosedur, arahan-arahan, lukisan-lukisan, bahan-bahan rujukan, rekod-rekod dan

lain-lain yang berkaitan.

Page 37: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Kandungan Manual EMS haruslah sekurang-kurangnya mempunyai perkara berikut:-

i. Pengenalan organisasi, maklumat proses, struktur organisasi dan carta organisasi,

peranan dan tanggungjawab, polisi alam sekitar, aspek dan kesan, aspek-aspek

utama, objektif dan sasaran-sasaran.

ii. Deskripsi EMS, senarai-senarai rujukan elemen ISO 14001.

iii. Prosedur-prosedur operasi dan pelan kecemasan tapak.

iv. Senarai-senarai rujukan dan daftar lain-lain dokumen seperti peraturan-peraturan

dan permit operasi atau lesen, standard dalaman dan inisiatif untuk melanggan,

langkah-langkah kawalan, senarai-senarai prosedur dan program Pengurusan Alam

Sekitar.

RINGKASAN

i. Lakukan sistem dokumentasi Polisi Alam Sekitar, prosedur-prosedur utama dan

lain-lain elemen seperti prosedur untuk mengenal punca-punca pencemaran, kesan

dan penilaian terhadap sesuatu punca tersebut.

ii. Terangkan bagaimana mencari dokumen yang tersenarai dan lain-lain dokumen yang

berkaitan misalnya Pelan Tindakan Kecemasan.

1.11 ELEMEN 10: KAWALAN DOKUMEN (KLAUSA 4.4.5)

Elemen ini diperihalkan juga dalam klausa ISO 14001 (A.4.5) Kawalan Dokumen.

Tujuan elemen ini adalah untuk memastikan semua dokumentasi dikawal dan diedarkan.

Ini amat penting untuk memastikan bahawa mereka yang sepatutnya mendapat versi yang

betul dan terkini. Juga memastikan mereka mudah untuk mendapat atau merujuk

dokumen tersebut (lokasi di mana dokumen di tempatkan). Element ini juga

mengkehendaki sesebuah organisasi membangunkan dan senggara dokumen dengan

baik bagi memudahkan perlaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar secara berkesan.

Page 38: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Pekerja-pekerja memerlukan maklumat yang betul dan terkini dalam melaksanakan

kerja mereka. Sesetangah maklumat mengandungi prosedur-prosedur, lukisan-lukisan,

carta-carta, arahan-arahan kerja dan lain-lain dokumen. Untuk memastikan bahawa mereka

konsisten melakukan kerja yang betul, organisasi mesti menyediakan dokumen yang betul dan

semasa.

Jika tanpa satu mekanisma untuk mengawal dokumen Sistem Pengurusan Alam Sekitar,

sesebuah organisasi tiada cara untuk mengetahui atau mengesahkan setiap pekerja telah

melakukan tugas dengan betul.

Bagi memastikan setiap pekerja melakukan tugas dengan baik berdasarkan dokumentasi

EMS, organisasi seharusnya memiliki satu prosedur dalam mengawal dukumen tersebut.

Prosedur ini haruslah memastikan bahawa:

i. Dokumen-dokumen EMS boleh ditempatkan.

ii. Dokumen-dokumen disemak secara berkala, dan versi semasa perlu dimasukkan dan

musnahkan dokumen lama.

Seperti mana Dokumentasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Klause 4.4.4), Kawalan

Dokumentasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar juga boleh mencontohi keperluan ISO

19000 (Piawai Sistem Pengurusan Kualiti). Sebagai dokumen-dokumen untuk digunapakai

semua pekerja pada sepanjang masa dan di mana sahaja, mereka sepatutnya menjadi:

i. Jelas (legible).

ii. Bertarikh (mengandungi revision dan tarikh berkuatkuasa).

iii. Mudah dikenalpasti.

iv. Disenggara dengan cara yang selamat dan teratur

Setiap dokumen haruslah mengandungi elemen-elemen yang berikut:

i. Tarikh dikeluarkan / dikemaskini (issue / revision date) .

ii. Nombor revision

Page 39: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

iii. tarikh dikuatkuasakan.

iv. pengesahan (e.g tandatangan).

v. nombor dokumen (atau lain-lain pengenalan).

vi. nombor salinan.

vii. rujukan silang (cross reference).

viii. salinan edaran

RINGKASAN

i. Bangunkan satu prosedur untuk mengawal dokumen EMS.

ii. Menentukan senarai edaran.

iii. Mewujudkan tanggungjawab dan kuasa untuk menyediakan dokumen, revision, pengurusan dan

pengedaran/obsolate.

1.12 ELEMEN 11: KAWALAN OPERASI (KLAUS 4.4.6)

Elemen ini diperihalkan juga dalam klaus ISO 14004(4.3.3.3Kawalan Operasi). Tujuan

elemen ini adalah untuk memastikan polisi alam sekitar dipatuhi. Polisi alam sekitar

adalah berdasarkan kepada pencegahan pencemaran, pematuhan kepada undang-undang

dan peraturan dan penambahbaikan berterusan.

Oleh kerana itu, organisasi harus memastikan pengurusan alam sekitar dikawal dengan

sempurna. Ini amat penting terutama jika sesuatu operasi adalah kompleks dan kesan

terhadap alam sekitar adalah tinggi. Untuk memastikan ianya berlaku, sesetengah

operasi dan aktiviti-aktiviti mesti dikawal dengan ketat.

Sebenarnya tidak semua aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah organisasi memerlukan

prosedur. Keputusan untuk mengadakan prosedur atau tidak adalah bergantung kepada

kemahiran, pendidikan kakitangan, tahap kesukaran dan risiko operasi tersebut.

Page 40: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

ISO 14001 menetapkan semua prosedur didokumenkan dan ketidakhadiran sesuatu

prosedur akan membawa kepada penyimpangan dari polisi alam sekitar atau objektif dan

sasaran. Oleh kerana itu, menentukan operasi manakah yang perlu dimasukkan di

dalam prosedur mendokumen dan bagaimana operasi tersebut dikawal adalah

merupakan satu aspek yang kritikal dalam membangunkan EMS yang berkesan.

Dalam menentukan aktiviti yang perlu dikawal, sesebuah organisasi tidak seharusnya

menghadkan operasiutama bersendirian. Aktiviti-aktiviti seperti penyenggaraan,pengurusan

tapak oleh kontraktor-kontraktor, aktiviti-aktiviti pemerolehan (procurement),

pengankutan, pengendalian bahan dan pensetoran, dan pembuangan sisa boleh

mempengaruhi prestasi pengurusan alam sekitar dengan nyata sekali. Oleh kerana itu aktiviti-

aktiviti seperti ini memerlukan prosedur dalampengawalannya.

Prosedur-prosedur mesti meliputi tanggungjawab bagi setiap tugasan, pemasaan (timing)

dan keputusan yang dijangkakan serta sumber yang diperlukan. Diskripisi tugas

mestilah mengandungi pemilihan teknologi dan bahan-bahan (materials), rekabentuk dan

sistem operasi, penghantaran produk atau perkhidmatan (service) dan pelupusan sisa.

Prosedur-prosedur bukan sekadar meliputi operasi normal tetapi juga operasi yang tidak

normal dan situasi kecemasan.

1.13 ELEMEN 12 : TINDAKAN DAN PERSEDIAAN KECEMASAN (KLAUSA 4.4.7)

Elemen ini diperihalkan juga dalam klaus ISO 14004 (4.3.3.4 Tindakan dan Persediaan

Kecemasan)Tujuan elemen ini adalah untuk memastikan organisasi pelan tindakan dan .

persediaan dalam menghadapi kecemasan dalam usaha mengurangkan kesan alam sekitar

daripada insiden-insiden yang tidak diduga. Untuk tujuan ini, pelan tindakan dan persediaan

kecemasan dan prosedur harus dibangunkan.

Page 41: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Matlamat Pelan Tindakan dan Persediaan Kecemasan ialah untuk memberi tindakbalas dan

mengurangkan kemusnahan alam sekitar seperti pelepasan asap ke atmosfera, pengaliran

sisa ke sungai dan tanah, dan kesan kepada alam sekitar dan ekosistem yang tidak normal,

berlakunya kecemasan dan keadaan operasi yang tidak dijangkakan.

Rancangan-rangcangan dan prosedur-prosedur mestilah diuji secara berkala. Latihan

mesti dijalankan, dikaji semula selepas sesuatu peristiwa atau kemalangan. Sesetengah

kemalangan dan lain-lain situasi kecemasan adalah diluar kawalan seperti bencana

semulajadi, tindakan sabotaj, atau kemalangan-kemalangan yang jarang berlaku. Dalam

membuat persediaan kecemasan, pertimbangan seumpama perkara tersebut haruslah

diambil kira.

Senarai Peraturan dan Perintah yang Dikuatkuasakan Dibawah Peraturan-Peraturan

Kualiti Alam Sekeliling, 1974(Pindaan 1996)

i. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit

Mentah), 1977.

ii. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Premis YangDitetapkan) (Minyak

Kelapa Sawit Mentah), 1977 (Pindaan1982).

iii. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan), 1977.

iv. Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas), 1977.

v. Perintah-Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli

Mentah) (Pindaan), 1978.

vi. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli

Mentah), 1978 (Pindaan 1980).

vii. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih),1978.

viii. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan), 1978.

ix. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian),

1979.

x. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum

dalam Gasolin Motor), 1985.

Page 42: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

xi. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor),

1987.

xii. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)(Penilaian

Kesan Kepada Alam Sekeliling), 1987.

xiii. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 1989.

xiv. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)(Kemudahan

Pengolahan Dan Pelupusan BuanganTerjadual),1989.

xv. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan

Pengolahan Dan Pelupusan Buangan Terjadual), 1989.

xvi. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin),

1993.

xvii. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Ke Atas Penggunaan

Klorofluorokarbon dan Lain-lain Gas Sebagai Propelan dan Agen Pengembang),

1993.

xviii. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin)

(Pindaan), 1994.

xix. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin),

1994.

xx. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Terhadap Penggunaan Bahan

Terkawal Di Dalam Sabun, Bahan Cuci Sintetik dan Agen Pencuci Lain), 1995.

xxi. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada

Enjin Disel), 1996.

xxii. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol 1996)

1.14 GARIS PANDUAN PEMBINAAN PAPAN IKLAN DI KAWASAN MAJLIS

PERBANDARAN

I.14.1 Semua kelulusan / perakuan yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya melibatkan

kawasan Rezab Jalan / Lebuhraya Persekutuan di dalam kawasan Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) hendaklah dirujukkan ke PBT berkenaan untuk kelulusan permit

paparan iklan.

Page 43: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

I.14.2 Semua paparan iklan di atas tanah hendaklah dilanskapkan dengan cantik dan

dipelihara oleh pengiklan-pengiklan. Adalah digalakkan penanaman bunga raya

merah kuning dan pokok puding merah kuning di kawasan lanskap paparan iklan

tersebut.

I.14.3 Tidak dibenarkan paparan ”Free Standing” biasa (saiz 10’ x 40’ dan 20’ x 60’ )

didirikan di mana-mana kawasan PBT dan paparan tersebut hendaklah

ditukarkan kepada Paparan ’Monophole’ dengan satu paksi. Lampu penyuluh

paparan hendaklah disorokkan agar tidak kelihatan terkeluar dari struktur paparan

iklan.

I.14.4 Jarak antara satu’Unipole’ dengan satu ’Unipole’ yang lain adalah sekurang-

kurangnya 500 meter dan tiada paparan-paparan iklan lain boleh didirikan di dalam

radius tersebut.

I.14.5 Jarak antara satu ’monopole’ dengan ’monopole’ yang lain adalah 250 meter dan

tiada paparan ’monopole’ lain boleh didirikan di dalam radius 250 meter dari

’monopole’ yang telah didirikan; dan

I.14.6 Paparan-paparan iklan tidak dibenarkan disusun dalam bentuk jajaran di kawasan-

kawasan persimpangan utama sebaliknya bilangan paparan di persimpangan jalan

utama hendaklah dikurangkan dengan penggunaan paparan elektronik. Kaedah ini

berkonsepkan ’minimize’ but modernize’. 7. Kain-kain rentang adalah tidak dibenarkan

sama sekali di persimpangan-persimpangan utama dan jalan-jalan utama/protokol.

1.15 GARIS PANDUAN PEMASANGAN PAPARAN IKLAN DI DALAM REZAB

LEBUHRAYA / JALAN PERSEKUTUAN

1.15.1PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

1. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Pemasangan struktur paparan iklan di rezab lebuh raya dikuatkuasakan di bawah

peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Pindaan Mac 1994. Seksyen

85 (A) memperuntukkan:

Page 44: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

i) Menteri Kerja Raya mempunyai kuasa memberikan hak pendudukan

bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian jalan rezab itu kepada mana-mana

orang bagi maksud mendirikan struktur bagi iklan atau pengumuman awam

lain bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat, termasuk caj

pendudukan, sebagaimana yang Menteri atau pihak berkuasa itu menentukan.

ii) Tiada hak pendudukan sedemikian boleh diberikan melainkan jika pelan yang

mengandungi perincian penyusunan atur struktur itu (termasuk butir-butir yang

ditetapkan) telah dikemukakan kepada dan diluluskan oleh Menteri atau pihak

berkuasa yang berkenaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang

bolehmengkehendaki supaya dibayar deposit jaminan dan diberi insurans

liabiliti awam, bagi apa-apa jumlah wang yang Menteri atau pihak berkuasa itu

memikirkan patut, oleh pemohon sebagai sebahagian daripada syarat bagi

kelulusan. Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan, megikut mana-mana

yang berkenaan, boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia dan

mengawal pembinaan struktur itu.

2. Akta Perwakilan Kuasa 1956 Seksyen 5 memperuntukkan:“Menteri mewakilkan

kuasanya di bawah Seksyen 77,84,85 dan 85A AktaPengangkutan Jalan 1987

berkenaan jalan-jalan Persekutuan kepada Ketua Pengarah Kerja Raya”.

1.15.2 PRINSIP ASAS

Dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan untuk mendirikan /memasang paparan

iklan di rezab lebuh raya / jalan Persekutuan, prinsip-prinsip berikut mesti dipatuhi:

i) Paparan iklan tidak menjadi “traffic hazard” kepada pengguna lebuh raya.

ii) Paparan iklan tidak menghalang atau melindungi papan tanda lalu lintas (traffic

signs) dan peralatan kawalan lalu lintas (traffic control devices).

iii) Paparan iklan tidak menghalang jarak pemandangan pemandu kenderaan.

Page 45: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

iv) Mesej dan reka bentuk paparan iklan tidak mengelirukan pemandu kenderaan.

Struktur paparan iklan mesti diasingkan daripada papan tanda lalu lintas dan

peralatan kawalan lalu lintas.

v) Paparan iklan tidak menganggu perhatian pemandu kenderaan.

vi) Paparan iklan tidak merosak dan mencemarkan keindahan alam sekitar di lebuh

raya / jalan raya.

1.16 KAWASAN YANG DIBENARKAN DIDIRIKAN PAPARAN IKLAN

Paparan iklan boleh dibenarkan di kawasan-kawasan berikut:

i) Di dalam kawasan Rehat & Rawat ( Rest & Service Area) serta hentian sebelah

(Lay By) yang berada dalam rezab lebuh raya / jalan Persekutuan dan mengikut

kesesuaian tapak;

ii) Parapet Jambatan bagi jambatan yang melintasi lebuh raya atau jalan raya dan

mengikut kesesuaian tapak dan geometri;

iii) Sepanjang lebuh raya/ jalan Persekutuan dalam Bandar di mana jarak antara satu

paparan iklan dengan yang lain hendaklah sekurang-kurangnya 500 meter -

1000 meter, serta bergantung kepada had laju jalan dan kesesuaian tapak

berkenaan;

iv) Untuk jalan raya / lebuhraya antara Bandar (inter urban), jarak antara satu

paparan iklan dengan yang lain hendaklah sekurang-kurangnya 1 km - 2 km. Serta

bergantung kepada had laju jalan dan kesesuaian tapak berkenaan; dan

v) Paparan iklan sementara seperti’banner’ hanya dibenarkan diletakkan di dalam

kawasan pembahagi jalan dan digantung.Tiang yang kukuh harus disediakan dan

yang bersesuaian dengan saiz iklan tersebut boleh digunakan. ’Banner’ yang

dibenarkan tidak berorientasikan komersial.

1.17 KAWASAN YANG DILARANG DIDIRIKAN PAPARAN IKLAN

Paparan iklan adalah dilarang di kawasan-kawasan berikut:

Page 46: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

i) Kawasan sejauh tidak kurang daripada 300 meter sebelum dan tidak kurang

daripada 100 meter selepas dari satu-satu papan tanda lalu lintas (traffic signs)

(GAMBARAJAH 1)

ii) Paparan iklan tidak dibenarkan pada jarak 500 meter sebelum mana-mana

persimpangan mendatar (at-grade) (GAMBARAJAH 2)

iii) Paparan iklan tidak dibenarkan pada jarak 500 meter sebelum dan di dalam

kawasan mana-mana persimpangan bertingkat (interchange) (GAMBARAJAH

3)

iv) Paparan iklan tidak dibenarkan dalam lingkungan 500 meter dari kawasan Rehat &

Rawat atau Hentian Sebelah (GAMBARAJAH 4)

v) Di tempat terdapat selekoh yang mengganggu jarak penglihatan pemandu

vi) Di kawasan cerun-cerun yang tinggi dan terowong; dan

vii)Permohonan pemasangan struktur paparan iklan jenis eka tiang (unipole) di

kawasan Lembah Kelang perlu dirujuk kepada Kementerian Kerja Raya

terlebih dahulu.

1.18 KEPERLUAN REKA BENTUK DAN SAIZ PAPARAN IKLAN

Semua reka bentuk struktur paparan iklan yang dicadangkan mestilah direka bentuk

dan disediakan oleh seorang Jurutera Profesional yang bertauliah dengan Lembaga

Jurutera Malaysia mengikut disiplin kejuruteraan yang berkenaan. Reka bentuk

yang dikemukakan mesti mengandungi perincian dan mengambil kira keperluan

beban, kelajuan angin, asas dan sebagainya. Ia juga mestilah disahkan selamat dan

direka bentuk mengikut amalan kejuruteraan semasa di Malaysia.

i) Paparan iklan jenis ’free standing’ hendaklah mempunyai dimensi berukuran

empat segi bujur dengan saiz lebar maksima 15.0 meter dan tinggi 5.0

meter (GAMBARAJAH 5)

ii) Paparan iklan jenis eka tiang (unipole) hendaklah mempunyai dimensi

berukuran empat segi bujur dengan saiz lebar maksima 25 meter dan tinggi 9

meter.Ketinggian maksima tiang dari aras tanah ke bahagian bawah

paparan iklan hendaklah setinggi 8 meter ( GAMBARAJAH 6).

Page 47: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

iii) Paparan iklan jenis parapet jambatan/ jejantas hendaklah mempunyai

lebar yang bersesuaian dengan rentangan jambatan / jejantas (bridge span)

dan mempunyai ketinggian maksima 2 meter (GAMBARAJAH 7) dan

hendaklah dipasang sebelah atas supaya tidak menutup pandangan orang

berjalan dan juga untuk keselamatan para pajalan kaki.

iv) Struktur paparan iklan hendaklah dibina paling hampir pada rezab jalan atau

mempunyai ’set-back’ tidak kurang dari 3.0 meter daribahu jalan atau

pengadang iklan tidak dibenarkan melampaui ruang udara kawasan

bersebelahan atau di luar rizab jalan Persekutuan / lebuhraya.

v) Ketinggian bahagian bawah paparan iklan jenis ’free standing’ mestilah

tidak kurang dari 3.0 meter di atas paras permukaan jalan atau bahu jalan yang

mana lebih tinggi (GAMBARAJAH 8)

vi) Pengadang rel ( guardrails ) mestilah diadakan di tempat-tempat di mana

struktur paparan iklan itu dijangka membahayakan pengguna jalan raya.

vii) Paparan iklan yang mempunyai lampu penyuluh atau bercahaya, pencahayaan

dari paparan iklan itu mestilah tidak mengganggu penglihatan dan tidak,

terlalu terang sehingga menyebabkan kesilauan kepada pengguna jalan raya.

viii) Bahagian belakang struktur paparan iklan atau mana-mana

bahagianpaparan iklan yang tidak terlibat dengan iklan mestilah dicat dan

dipastikan dalam keadaan yang bersih dan kemas sepanjang masa.

ix) Bagi kes-kes di mana keperluan reka bentuk perlu dibuat

pengubahsuaian memandangkan keadaan dan kawasan tapak yang terhad

maka butir-butir reka bentuk, pelan kejuruteraan, saiz paparan iklan dan

keadaan tapak perlu diperjelaskan berserta justifikasi yang kukuh oleh

Jurutera Profesional yang bertauliah.

1.19 IKLAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan pada paparan iklan:

i) Penyeruan, penggalakan dan iklan jualan minuman keras dan jenama minuman

keras

ii) Penyeruan, penggalakan dan iklan jualan rokok

Page 48: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

iii) Gambar manusia dalam keadaan menjolok mata

iv) Penyeruan dan penggalakan kepada kelakuan yang melanggar undang-undang

v) Penggunaan perkataan yang panjang, bentuk grafik yang terlalu abstrak dan

kefahaman yang tidak tepat boleh melekakan pemandu; dan

vi) Lain-lain perkara yang tidak sesuai dengan adat resam, agama dan nilai-nilai

mulia masyarakat Malaysia.

1.20 PROSES PERMOHONAN

Permohonan untuk mendirikan struktur paparan iklan mestilah dibuat dalam borang

permohonan seperti di Borang 1. Borang yang dilengkapkan bersertapelan-pelan

lokasi dan struktur perlu dikemukakan kepada LLM/JKR dalam empat (4) salinan.

Jurutera Perunding bertauliah perlu mengesahkan pelan-pelan yang disertakan dan

memperakukan permohonan yang dikemukakan adalah menurut kehendak-kehendak

Garis Panduan Pemasangan Paparan Iklan Di dalam Rizab Lebuh Raya/Jalan

Persekutuan seperti dalam Borang 1- A.

Sekiranya terdapat kes-kes di mana permohonan membina struktur paparan iklan

melibatkan pihak ketiga yang juga merupakan agensi berkuasa jalan, maka pihak

pengiklan mesti membuat rujukan terlebih dahulu dengan agensi berkaitan.

Pihak pengiklan mestilah mengemukakan surat ulasan atau pandangan pihak

ketiga kepada LLM/JKR semasa permohonan dibuat. Syarat dan ulasan pihak ketiga ini

hendaklah diambil kira semasa memberikan kelulusan. Kebiasaannya kes-kes ini

wujud bagi lintasan yang berupa jambatan.

1.21 PERMOHONAN LANJUTAN TEMPOH KELULUSAN

Permohonan melanjutkan tempoh kelulusan hendaklah dikemukakan berserta

dengan resit-resit bayaran yang telah dibuat semasa kelulusan pertama. Permohonan

lanjutan tempoh kelulusan dianggap sebagai permohonan baru.

Page 49: KERTAS PENERANGAN

56

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.22 TEMPOH KELULUSAN

Tempoh kelulusan mendirikan struktur paparan iklan adalah seperti berikut:

JENIS TEMPOH

Paparan Iklan Sementara, banner dll

Parapet Jambatan/Jejambat

Paparan Iklan Free Standing

Paparan Iklan Ekatiang

(Unipole)

3 bulan secara kelompok

2 tahun setiap satu

3 tahun setiap satu

5 tahun setiap satu

Page 50: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Pengiklan hendaklah mencatatkan nombor rujukan kelulusan oleh LLM/JKR

serta logo LLM/JKR di setiap paparan iklan yang didirikan. Tempoh berkuat kuasa

kelulusan juga perlu dicatatkan di paparan iklan yang didirikan.

1.23 WANG CAGARAN / JAMINAN BANK

Pengiklan hendaklah mengemukakan jaminan bank atas nama Kerajaan Malaysia

sebagai gerenti sekiranya pihak pengiklan gagal memenuhi syarat-syarat kelulusan,

gagal menurunkan papan iklan yang telah luput tempoh atau penyelenggaraan paparan

iklan tidak sempurna. Jumlah jaminan bank yang dikehendaki adalah seperti berikut:

1.24 JENIS & JUMLAH JAMINAN BANK

JENIS BANK JUMLAH JAMINAN BANK

Paparan Iklan Sementara, banner dll tiada

Parapet Jambatan/Jejambat RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara) RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole) RM 1,000.000

i. Sekiranya pemohon gagal mematuhi mana-mana syarat atau peruntukan

yang telah ditetapkan, LLM/JKR berhak merampas wang cagaran/jaminan bank di

atas.

ii. Permohonan daripada syarikat konsesi yang telah diberikan hak eksklusif oleh

Kerajaan untuk mendirikan paparan iklan di lebuh raya yang telah diwartakan

adalah dikecualikan daripada bayaran wang cagaran. Bagaimanapun syarikat

konsesi berkenaan perlulah memasukkan struktur paparan iklan dalam ’bon

penyenggaraan’.

Page 51: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.25 INSURAN TANGGUNGAN AWAM

Pihak pengiklan hendaklah mengemukakan Insurans Tanggungan Awam (Public Liability

Insurance) atas nama Kerajaan Malaysia bagi jenis struktur paparan iklan yang didirikan

dengan had tuntutan seperti jadual di bawah:

i. Jenis dan jumlah insuran tanggungan awam

JENIS JUMLAH JAMINAN BANK

Paparan Iklan Sementara, banner dll tiada

Parapet Jambatan/Jejambat RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara) RM 100,000

Paparan Iklan Eka tiang (Unipole) RM 1,000.000

1.26 PENYENGGARAAN PAPARAN IKLAN

Pihak pengiklan dikehendaki membuat penyenggaraan ke atas semua paparan iklan

supaya berada dalam keadaan baik, bersih, kemas dan tidak membahayakan kepada

pengguna-pengguna jalan raya. Permohonan bagi membuat penyenggaraan oleh pihak

pengiklan adalah seperti Borang 2. Pemeriksaan dan perakuan untuk memperolehi Sijil

Kelayakan hendaklah dibuat oleh Jurutera Profesional bertauliah mengikut kekerapan

seperti dinyatakan dalam jadual di bawah dan dikemukakan dalam Borang 2-A. Pihak

pengiklan dikehendaki mengemukakan laporan pemeriksaan ini kepada LLM/JKR dalam

tempoh dua (2) minggu selepas pemeriksaan dijalankan.

i. Jenis dan kekerapan pemeriksaan

JENIS JUMLAH JAMINAN BANK

Paparan Iklan Sementara, banner dll tiada

Parapet Jambatan/Jejambat RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara) RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole) RM 1,000.000

Page 52: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

ii. Pihak pengiklan hendaklah mengemukakan permohonan bagi mendapat surat

pelepasan gerenti bank dan insurans liabiliti awam sebaik sahaja tempoh permit

tamat. Satu lawatan dan pemeriksaan bersama akan dibuat bagi meninjau kawasan

tapak berkenaan telah dibersihkan dan dibaikpulih seperti sedia ada. LLM/JKR

akan mengeluarkan surat pelepasan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh

pemeriksaan dijalankan dan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih diterima

sepenuhnya.

iii. LLM/JKR berhak mengarahkan supaya paparan iklan dirobohkan sekiranya sijil

pemeriksaan seperti dalam Borang 2 dan Borang 2-A tidak dikeluarkan dalam

tempoh yang ditetapkan atau tempoh kebenaran struktur paparan iklan telah tamat

tempoh. Sekiranya pihak pengiklan gagal berbuat demikian selepas satu (1) bulan

notis dikeluarkan, maka LLM/JKR berhak merobohkan struktur paparan iklan

berkenaan.

1.27 BAYARAN PEMPROSESAN

Setiap permohonan untuk mendirikan paparan iklan dikenakan bayaran pemprosesan

seperti berikut:

1.28BAYARAN SEWA TAPAK

i. Bagi syarikat-syarikat konsesi yang telah diberikan ’Hak Eksklusif’ oleh Kerajaan

untuk mendirikan paparan iklan di rizab lebuh raya yang telah diswastakan,

bayaran sewa tapak adalah dikecualikan.

ii. LLM/JKR akan mengenakan bayaran sewa tapak terhadappermohonan lain

selain dari (a). Kadar sewa tapak adalah bergantung kepada penilaian yang

dijalankan oleh Jabatan Penilaian Daerah masing-masing.

Page 53: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.29 SYARAT-SYARAT LAIN YANG PERLU DIIKUTI SELEPAS

PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN

i. Gangguan kepada trafik tidak dibenarkan semasa kerja-kerja membina dan

menurunkan struktur paparan iklan oleh pihak pengiklan. Kawasan tapak

dikehendaki pada setiap masa bersih dan kemas setelah kerja-kerja pembinaan atau

penurunan struktur paparan iklan tersebut siap.

ii. Tarikh penguatkuasaan pemasangan struktur paparan iklan ini hanya bermula dari

tarikh pengiklanan diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat.

LLM/JKR hanya akan meluluskan tempoh masa yang bersesuaian dengan jenis

struktur paparan iklan yang dipohon. Sekiranya pihak pengiklan tidak

memperolehi permit pengiklan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat

kelulusan LLM/JKR maka pihak pengiklan hendaklah mengemukakan rayuan

bagi mendapatkan lanjutan masa berdasarkan sebab-sebab yang munasabah.

iii. Struktur paparan iklan yang dibina dan permukaan hadapan paparan iklan mestilah

menghala/menghadap ke arah lebuh raya/ jalan Persekutuan yang terlibat seperti

yang dipohon oleh pihak pengiklan. Sebarang paparan iklan di bahagian belakang

struktur paparan iklan adalah dilarang.

iv. LLM/JKR berhak mengarahkan pihak pengiklan mengalihkan struktur paparan iklan

jika sekiranya tapak paparan iklan berkaitan diperlukan untuk lain-lain kegunaan

dengan memberi notis. Sekiranya pihak pengiklan gagal mematuhi notis tersebut

maka LLM/JKR berhak untuk merobohkan paparan iklan itu sebaik sahaja tempoh

notis yang diberikan tamat. Sebarang kos yang terlibat akan ditanggung oleh

pihak pengiklan.

v. LLM/JKR berhak meletakkan syarat-syarat baru atau tambahan atas kelulusan yang

telah diberikan dari masa ke semasa tetapi syarat-syarat berkenaan perlu dirujuk

kepada Kementerian Kerja Raya terlebih dahulu.

Page 54: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.30 PEMAKAIAN GARIS PANDUAN

Garis panduan ini mestilah dipakai di kesemua lebuh raya LLM/jalan

Persekutuan yang di bawah bidang kuasa dan pengurusan sepenuhnya oleh

LLM/JKR mulai tarikh ianya dikeluarkan. Mana-mana garis panduan dan

syarat-syarat bagi permohonan pemasangan paparan iklan di dalam Rizab Lebuh

Raya LLM dan Jalan Persekutuan JKR.

Page 55: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Page 56: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Page 57: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Page 58: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Page 59: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Page 60: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Page 61: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Page 62: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Page 63: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.31 AKTA JALAN RAYA

Dalam proses penubuhan sesebuah pusat servis, pihak pengurusan perlulah peka

dengan akta jalan raya yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Akta yang

terlibat ialah Akta 194 (Good Vehicle Levy Act 1983)

1.32 PERLINDUNGAN INSURAN

1.32.1 DEFINASI INSURAN

i. Merujuk kepada suatu kontrak atau dokumen perjanjian ganti rugi antara syarikat

insurans dan pelanggan insurans.

ii. Dokumen perjanjian ini dipanggil polisi insurans.

iii. Menyatakan dengan terperinci syarat perjanjian serta tanggungjawab dan hak.

iv. Insuran juga merupakan satu skim penyatuan risiko.

v. Risiko dapat disebarkan dan kos ditanggung lebih rendah.

1.33 PEMEGANG INSURANS

i. Si pemegang insurans ialah orang atau syarikat yang mendapat perlindungan insurans

iaitu mendapat bayaran ganti rugi jika mengalami kerugian akibat risiko yang telah

diinsuranskan.

ii. Ia harus membuat pembayaran berkala (premium).

iii. Juga dipanggil pemegang polisi.

1.34 PENGINSURANS

i. Penginsurans merupakan syarikat insurans yang menawarkan perlindungan insurans

kepada pemegang insurans / polisi.

Page 64: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

ii. Menerima pembayaran premium.

iii. Membuat bayaran ganti rugi jika mengalami kerugian.

1.35 CIRI-CIRI RISIKO YANG BOLEH DIINSURANSKAN

i. Individu atau organisasi mesti mempunyai kepentengan ke atas risiko yang

diinsuranskan.

ii. Risiko yang berlaku akan mempengaruhi kehidupan pemegang polisi. Contoh : insurans

kenderaan bermotor. Kemungkinan kerugian ada dan dapat dijangka. Contoh : risiko

kemalangan

1.36 OPERASI INSURANS

Kategori insurans boleh dibahagikan kepada dua iaitu :

1.28.1 Insurans hayat

i. Membayar faedah kepada pemegang polisi yang meninggal dunia atau kelumpuhan

anggota. Kurangkan beban keluarga kerana hilang sumber.

ii. Insurans yang membayar nilai muka selepas suatu tempoh samada polisi hidup atau

mati.

iii. Penerima pampasan bergantung kepada jenis insuran iaitu :

a) Polisi seumur hidup

o Premium dibayar hingga akhir hayat.

o Waris terima jumlah penuh polisi serta bonus.

b) Polisi nyawa bekal hidup

o Membayar premium utk suatu tempoh yang ditetapkan.

o Terima jumlah penuh dan bonus pada akhir tempoh.

o Waris akan terima sekiranya meninggal sebelum tempoh.

c) Polisi bayaran terhad

o Membayar premium untuk tempoh terhad, contoh 20 tahun.

o Pampasan diberi jika mati dalam tempoh tersebut.

o Selepas tempoh tamat, tiada lagi perlindungan diberi.

Page 65: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.36.2 Insurans bukan hayat

Juga dikenali sebagai insurans am. Terdiri daripada insurans kebakaran,

pengangkutan, pampasan pekerja, liabiliti awam, liability produk, kontrak kemalangan

dan lain-lain.

i.Insuran kebakaran

o Melindungi kerugian akibat kebakaran atau api atau asap daripada

kebakaran.

o Sesuai melindungi premis, stok barang-barang, wang tunai, mesin kenderaan,

loji dan kilang.

o Boleh juga melindungi kehilangan keuntungan akibat kebakaran.

o Insurans kebakaran terbahagi kepada :

ii.Insuran bernilai

Tidak menyatakan niali harta yang diinsuranskan

Ganti rugi dibayar mengikut taksiran selepas kebakaran

iii. Insurans terapung atau terbuka

Tidak dapat menyatakan niali sebenar harta

Sesuai bagi peniaga yang mempunyai stok yang selalu berubah

iv. Polisi tidak bernilai

Tidak menyatakan nilai harta yang diinsuranskan

Ganti rugi dibayar mengikut taksiran selepas kebakaran

v. Insurans kecurian, rompakan dan pecah rumah

o Melindungi kerugian atas harta benda (mesin, stok barangan)

o Senarai harta benda serta nilai yang hendak diinsuranskan diserahkan

kepada syarikat insurans

o Premium akan dikenakan mengikut nilai harta

o Pampasan tidak dibayar untuk kecurian atau rompakan luar premis

Page 66: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.37 JENIS-JENIS INSURANS PERNIAGAAN

Kategori insurans perniagaan

a) Insurans harta

• Untuk melindungi asset seperti bangunan, kedai, loji minyak daripada risiko

tertentu seperti kebakaran

• Terdapat pelbagai jenis iaitu melindungi bangunan tanpa dlaman dan bangunan

berserta dalaman

• Amat penting kepada perniagaan

b) Insurans liability

• Iaitu tanggungan perniagaan

• Liability jangka panjang dan pendek

• Member kesan buruk kepada perniagaan

• Penting supaya pelabur tidak hilang keyakinan

• Insuran liability awam dimana pampas an diberi kepada bukan pekerja jika

kecederaan disebabkan kecuaian dan kesilapan syarikat semasa berada dalam

premis

• Insuran liability produk dimana melindungi hak pengguna dan syarikat

c) Insurans kenderaan

• Terbahagi kepada dua iaitu :

o Polisi insurans pihak ketiga - melindungi kerugian, kecederaan, kematian dan

kerosakan harta benda pihak ketiga.

o Polisi insurans komprehensif - melindungi kerugian, kecederaan,

kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga dan pemegang insurans.

d) Insurans perlindungan pekerja

• Juga dikenali sebagai insurans pampasan pekerja

• Melindungi pekerja daripada pelbagai jenis risiko semasa bertugas

• Pampasan berlandaskan sebahagian gaji dan belanja perubatan.

Page 67: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

• Di Malaysia, insurans ini dibuat melalui skim potongan PERKESO (Pertubuhan

Keselamatan Pekerja).

• Skim insuran bencana pekerja

• Skim pencen ilat

e) Insurans kesihatan pekerja

• Melindungi pekerja dari risiko kesihatan yang buruk yang didapati di tempat

kerja.

• Sekiranya tempat kerja berisiko tinggi

Dari perbincangan di atas, maka dapatlah kita sedikit sebanyak maklumat berkenaan

insurans. Pihak pengurusan pusat servis perlulah bijak dalam menentukan jenis

insurans yang perlu dimiliki samada untuk syarikat ataupun untuk pekerja.

1.38 PROSEDUR PENUBUHAN BENGKEL KENDERAAN

Sebelum sesebuah pusat servis atau bengkel kenderaan hendak diwujudkan, pihak

pengurus atau pemilik perlulah mengetahui beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh

pihak kerajaan. Disamping itu, haruslah diketahui jenis-jenis perkhidmatan yang ingin

ditawarkan di pusat servis yang hendak ditubuhkan.

Apa yang dibincangkan di atas, dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat berkaitan

dengan akta dan peraturan yang telah ditetapkan sebagai garis panduan kepadasesiapa

sahaja yang ingin menubuhkan syarikat yang berasaskan pusat servis.

Sebelum sesebuah syarikat ingin ditubuhkan maka perlulah membuat pendaftaran

di Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) dimana ia tertakluk di dalam akta 197 (akta

pendaftaran perniagaan 1956). Di bawah adalah maklumat prosedur pendaftaran syarikat di

SSM:

Page 68: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

1.38.1 GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN

i) Pendaftaran Perniagaan Baru

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan,

profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat

keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa

pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan

yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti

berikut:

• Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

• Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh 2 orang dan tidak melebihi

daripada 20 rakan kongsi.

ii) Prosedur Pendaftaran

Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadang daripada

SSM. Isikan Borang PNA 42 jika menggunakan nama tred. Nama diri seperti di

kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.

iii) Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) dengan

mengisikan butir - butir maklumat seperti berikut :

o Nama perniagaan

o Jenis perniagaan

o Tarikh permulaan perniagaan

o Alamat dan tempat perniagaan

o Cawangan perniagaan

o Maklumat pemilik

o Bagi perkongsian lampirkan perjanjian perkongsian (jika ada).

iv)Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang A.

Page 69: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

v) Syarat

1. Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh

mendaftar perniagaan.

2. Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan

perniagaan.

3. Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang.

4. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau

sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau

kebenaran.

5. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya

Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.

6. Sertakan dokumen berikut:

- Salinan Kad Pengenalan

- Salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada)

- Permit, Lesen, Surat Kebenaran atau Surat Sokongan dari agensi lain.

vi) Bayaran Pendaftaran

1. Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad

pengenalan - RM30.00

2. Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian menggunakan nama tred -

RM60.00

3. Pendaftaran Cawangan - RM5.00 setiap cawangan

4. Salinan Maklumat Perniagaan - RM10.00

vii) Panduan Am

1. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya

Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.

2. Keputusan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam.

Page 70: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________Seseorang yang menjadi seorang yang diperlukan untuk mendaftar

perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ini

menjalankan perniagaan itu tanpa mendaftarkan perniagaan itu

atau melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit

dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama

tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

1.39 PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN

Untuk perubahan maklumat perniagaan, pemilik perniagaan atau orang yang

bertanggungjawab atas perniagaan perlu melengkapkan borang berikut:-

1. Borang B1 - perubahan alamat perniagaan

2. Borang B2 - perubahan jenis perniagaan

3. Borang B3 - perubahan maklumat cawangan

4. Borang B4 - perubahan maklumat pemilik/rakan kongsi

i. Prosedur pendaftaran perubahan maklumat perniagaan

Ke semua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang B.

ii. Syarat.

Rakan kongsi baru mestilah merupakan warganegara malaysia atau

penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas.

iii. Sebelum mendaftar perubahan maklumat perniagaan, pastikan sijil perakuan

pendaftaran perniagaan telah diperbaharui.

iv. Daftarkan perubahan maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan.

v. Perubahan jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan nama perniagaan.

vi. Pemilik tunggal berdaftar yang menggunakan nama peribadi mengikut kad

pengenalan tidak boleh menambah rakan kongsi.

Page 71: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

vii. Walau bagaimanapun, perkongsian boleh menukar status kepada pemilik tunggal dan

sebaliknya menggunakan nama tred.

viii. Perubahan pada maklumat pemilik perniagaan meliputi alamat kediaman, penarikan

atau penambahan rakan kongsi, kematian dan perubahan jawatan dalam

perkongsian.

ix. Sertakan dokumen berikut:

- Salinan kad pengenalan rakan kongsi baru

- Salinan sijil kematian jika rakan kongsi meninggal dunia

- Salinan Surat Kelulusan atau Sokongan bagi perniagaan yang perlukan permit atau

lesen.

x. Bayaran Pendaftaran:

1. Pendaftaran Borang B - RM20.00

2. Pendaftaran menambah cawangan - RM5.00 setiap cawangan

3. Salinan maklumat perniagaan - RM10.00

xi. Panduan Am

1. Hantar permohonan pendaftaran perubahan maklumat perniagaan di mana-

mana cawangan SSM yang terdekat atau melalui pos.

Mana-mana orang yang merupakan orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan

meneruskan perniagaan tanpa mengemukakan perubahan kepada butir-butir

berdaftar perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit

dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi

satu tahun atau kedua-duanya.

1.39.1 PENAMATAN PERNIAGAAN

Sesuatu perniagaan boleh ditamatkan dengan mengemukakan notis penamatan perniagaan

melalui Borang C. Perniagaan boleh ditamatkan atas sebab berikut:-

1. Tidak berminat untuk meneruskan perniagaan

Page 72: KERTAS PENERANGAN

2. Kebankrapan

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

3. Kematian

4. Perintah Mahkamah

5. Menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang, memudaratkan

kepada atau tidak bersesuaian dengan keselamatan Persekutuan,

ketenteraman awam atau prinsip moral.

1.39.2 PROSEDUR PENAMATAN PERNIAGAAN

1. Lengkapkan Borang C (Pendaftaran Penamatan Perniagaan) dengan mengisikan butir

- butir maklumat seperti berikut :

a) Tarikh penamatan perniagaan

b) Alasan-alasan penamatan perniagaan.

2. Ke semua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang C.

c) Syarat

i. Failkan Borang C dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perniagaan.

ii. Failkan notis penamatan atas sebab kematian dalam tempoh 4 bulan dari tarikh

kematian.

3. Waris si mati hendaklah memfailkan notis penamatan jika perniagaan pemilik

tunggal ditamatkan apabila berlaku kematian. Bagi perniagaan perkongsian,

rakan kongsi yang lain boleh memfailkan notis tersebut.

4. Sertakan dokumen berikut:

i. Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D)

ii. Salinan Perintah Mahkamah, jika penamatan atas perintah mahkamah

iii. Salinan Sijil Kematian, jika melibatkan kematian

iv. Lampirkan dokumen yang berkaitan dengan kebankrapan, jika pemilik

bankrap.

5. Nyatakan alasan-alasan penamatan perniagaan.

Page 73: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

6. Bayaran Pendaftaran

Tiada bayaran dikenakan bagi pendaftaran penamatan perniagaan.

7. Panduan Am

Hantar permohonan pendaftaran penamatan perniagaan di mana-mana

cawangan SSM yang terhampir atau melalui pos.

Mana-mana orang yang merupakan orang yang bertanggungjawab bagi

perniagaan bagi perniagaan itu atau wakil peribadi atau waris kadim atau rakan

kongsi yang tinggal gagal untuk memfailkan suatu notis penamatan di mana suatu

perniagaan telah ditamatkan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah

jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara bagi

tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

1.39.3 PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN PROSEDUR

1. Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperbaharui di mana-mana pejabat

SSM berhampiran. Borang A1 hendaklah dilengkapkan (Borang Pembaharuan

Pendaftaran Perniagaan) seperti berikut:

- Maklumat perniagaan

- Status perniagaan

- Perubahan yang telah didaftarkan

- Tandatangan pemilik atau rakan kongsi

i. Syarat

Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran

perniagaan.

ii. Bayaran Pendaftaran

Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad

Page 74: KERTAS PENERANGAN

pengenalan - RM30.00.

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

Perniagaan milik tunggal menggunakan nama tred RM60.00.

Perkongsian - RM60.00.

Pembaharuan pendaftaran cawangan - RM5.00 setiap cawangan

iii. Panduan Am

Permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat untuk tempoh 1

sehingga 5 tahun.

Hantar permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan di mana-mana

cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terhampir atau melalui pos.

Jika pendaftaran perniagaan telah luput, pembaharuan pendaftaran

perniagaan hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Suruhanjaya Syarikat

Malaysia yang terhampir.

Pemilik Perniagaan yang meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan

selepas tamat tempoh pendaftaran atau melakukan suatu kesalahan dan hendaklah

jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama

tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Page 75: KERTAS PENERANGAN

MOTOR TRADE REGULATION ____________________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Yahya Bin Hamid (1989). Pengurusan Workshop Politeknik KPMT. Petaling Jaya:

IBS Book.