kertas kerja_parlimen

3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN S.E.A JALAN21/37, PETALING JAYA SELANGOR. JALAN KERJA LAWATAN KE PARLIMEN ANJURAN PERSATUAN TINGKATAN 6 TAHUN 2010 Pengenalan Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan Negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Justeru, lawatan ke Parlimen penting bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan 6 untuk mengenali proses pentadbiran dan demokrasi negara dengan lebih dekat lagi. Tambahan lagi, sejarah kenegaraan Malaysia turut boleh didalami oleh semua pelajar. Proses pembelajaran secara lawatan diharapkan memantapkan lagi pengetahuan pelajar dalam subjek Sejarah dan juga Subjek Pengajian Am. Bagi merealisasikan lawatan ini, Ketua Unit Panitia Pengajian Am dan Ketua Unit Sejarah telah bekerjasama dengan Persatuan Tingkatan 6 untuk menjayakan lawatan ini. Berikut merupakan butir-butir terperinci berkaitan lawatan yang ingin diadakan ini. Objektif Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai melalui lawatan ini : 1. Membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 lebih memahami ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia. 2. Melahirkan warganegara yang mengetahui peranan mereka sebagai rakyat dalam proses pilihanraya. 3. Memupuk sikap bekerjasama antara ahli-ahli. 4. Mewujudkan cirri-ciri kepimpinan dalam diri para pelajar Tingkatan 6.

Upload: hanim-salleh

Post on 25-Jun-2015

513 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja_PARLIMEN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN S.E.AJALAN21/37, PETALING JAYA

SELANGOR.

JALAN KERJA LAWATAN KE PARLIMEN ANJURAN PERSATUAN TINGKATAN 6 TAHUN 2010

PengenalanMalaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan Negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.

Justeru, lawatan ke Parlimen penting bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan 6 untuk mengenali proses pentadbiran dan demokrasi negara dengan lebih dekat lagi. Tambahan lagi, sejarah kenegaraan Malaysia turut boleh didalami oleh semua pelajar. Proses pembelajaran secara lawatan diharapkan memantapkan lagi pengetahuan pelajar dalam subjek Sejarah dan juga Subjek Pengajian Am. Bagi merealisasikan lawatan ini, Ketua Unit Panitia Pengajian Am dan Ketua Unit Sejarah telah bekerjasama dengan Persatuan Tingkatan 6 untuk menjayakan lawatan ini. Berikut merupakan butir-butir terperinci berkaitan lawatan yang ingin diadakan ini.

ObjektifTerdapat beberapa objektif yang perlu dicapai melalui lawatan ini :

1. Membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 lebih memahami ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia.

2. Melahirkan warganegara yang mengetahui peranan mereka sebagai rakyat dalam proses pilihanraya.

3. Memupuk sikap bekerjasama antara ahli-ahli.4. Mewujudkan cirri-ciri kepimpinan dalam diri para pelajar Tingkatan 6.

Page 2: Kertas Kerja_PARLIMEN

Carta OrganisasiPengetua : Pn. Siti Hajah Masrah bt NapiahPenolong Kanan Tingkatan 6 : Pn. Yip Cheng YueGuru Penasihat : Pn. Tan Sin Wah

: Pn. Hanim Salleh : Pn. KN Vasanthy

Pengerusi Persatuan : Kuhanraj BalanPengarah Sub-Projek : Tan Shen Yeng Penolong Pengarah Sub-Projek : Kong Shu NingSetiausaha : Sam Pei YingBendahari : Tan Hzu Kim : Jasmine AbdullahAhli Jawatankuasa

1. AJK Pendaftaran : Nurul Syazwani bt Abdul Razak :

2. AJK Keselamatan : Goh Jong Kit (Bas A ) : Thenmoli a/p Paramesiven (Bas B)

Tentatif Program

Masa Aktiviti7.25 a.m Pendaftaran pelajar mengikut bas8.20 a.m AJK pengangkutan dan keselamatan memastikan pelajar-

pelajar menaiki bas mengikut senarai nama8.30 a.m Bertolak dari SMK Taman S.E.A10.00 a.m Lawatan dalam Parlimen1.00 p.m Lawatan tamat1.30 p.m Pulang ke SMK Taman S.E.A

Anggaran Perbelanjaan dan Pendapatan

Sumber pendapatan :Pihak sekolah : RM 800Sumbangan pelajar : RM400 (80 pelajar X RM5)Jumlah Pendapatan : RM1300.00

Pengangkutan (Bas) : RM 1000Kudapan : RM200Jumlah besar : RM 1300.00

Page 3: Kertas Kerja_PARLIMEN

PenutupKesimpulannya, lawatan ke Parlimen mustahil Berjaya tanpa kerjasama pelbagai pihak. Dengan megadakan lawatan ini, kita dapat merealisasikan impian Negara dalam mencapai 1 Malaysia kerana nilai tolong-menolong telah wujud di antara para pelajar Tingkatan 6. Kestabilan Negara dari segi politik mahupun ekonomi dapat dicapai melalui permuafakatan antara rakyat dan kerajaan. Remaja yang merupakan tunjang negara haruslah berganding bahu dalam menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen supaya keharmonian yang sedia ada dapat dikekelkan.

Oleh itu, kami amat berharap agar pihak puan dapat meluluskan lawatan ini dan kerjasama daripada pihak puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Kertas kerja disediakan oleh,

..........................................(TAN SHEN YENG)

Disahkan oleh,

..................................................... ....................................................(PN. TAN SIN WAH) (PN. WAN HAJIMAH ROSITA)KETUA UNIT PANITIA PENGAJIAN AM KETUA UNIT SEJARAH TINGKATAN 6

Disahkan oleh,

..........................................(PN YIP CHENG YUE)PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM