kertas kerjaku[1]

49
PERANAN PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PEMBINAAN HUKUM ISLAM SEMASA DI MALAYSIA Oleh, Alias Bin Azhar Jabatan Syariah & Perundangan Islam Fakulti Pengajian & Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bandar Seri Putra, Bangi Selangor Darul Ehsan E- Mail: [email protected] . PENGENALAN Secara literalnya, kertas kerja ini bakal memperkenalkan perkembangan pemikiran sains serta hubungannya dengan pembinaan hukum Islam semasa dalam konteks di Malaysia. Pendekatan analitis dan kritis terhadap metodologi pemikiran saintifik yang memberi impak positif terhadap pembangunan pemikiran hukum semasa turut menjadi landasan kajian. Pola pemikiran saintifik amat rencam dan unik serta dinamik sejajar dengan revolusi pemikiran hukum Islam khususnya di Malaysia. Sememangnya, setiap budaya fikir dalam kosmologi kehidupan akan sentiasa terdedah kepada idea- iadea baru dan dampak inovasi sains dan teknologi terkini 1 . Secara khususnya, pemikiran saintifik bakal memberi implikasi terhadap dinamisme pembinaan dan perkembangan hukum Islam yang bersifat kontemporari. Peranan pendekatan pemikiran saintifik dalam pembinaan hukum Islam akan diteliti secara holistik bagi menemukan kaedah aplikasi yang berkesan. 1 Hairudin Harun, (2004), Retorik Sains Dan Teknologi Di Malaysia, Kuala Lumpur: DBP. , hlm. 83.

Upload: aliasazharwanchik

Post on 27-Jun-2015

194 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerjaku[1]

PERANAN PEMIKIRAN SAINTIFIKDALAM PEMBINAAN HUKUM ISLAM SEMASA

DI MALAYSIA

Oleh,

Alias Bin AzharJabatan Syariah & Perundangan IslamFakulti Pengajian & Peradaban IslamKolej Universiti Islam Antarabangsa SelangorBandar Seri Putra, BangiSelangor Darul EhsanE- Mail: [email protected].

PENGENALAN

Secara literalnya, kertas kerja ini bakal memperkenalkan perkembangan pemikiran sains serta hubungannya dengan pembinaan hukum Islam semasa dalam konteks di Malaysia. Pendekatan analitis dan kritis terhadap metodologi pemikiran saintifik yang memberi impak positif terhadap pembangunan pemikiran hukum semasa turut menjadi landasan kajian. Pola pemikiran saintifik amat rencam dan unik serta dinamik sejajar dengan revolusi pemikiran hukum Islam khususnya di Malaysia. Sememangnya, setiap budaya fikir dalam kosmologi kehidupan akan sentiasa terdedah kepada idea- iadea baru dan dampak inovasi sains dan teknologi terkini1. Secara khususnya, pemikiran saintifik bakal memberi implikasi terhadap dinamisme pembinaan dan perkembangan hukum Islam yang bersifat kontemporari. Peranan pendekatan pemikiran saintifik dalam pembinaan hukum Islam akan diteliti secara holistik bagi menemukan kaedah aplikasi yang berkesan.

SAINS DAN TEKNOLOGI SATU PENGENALAN

Sains ditakrifkan sebagai, suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyatan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpunkan dalam bentuk hukum-hukum umum, dan termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam lapangannya sendiri.2

Menurut kamus ‘The New Columbia Encyclopedia’:“The organized body of knowledge concerning the physical world,both animate

and inanimate,it includes the attitudes and methods through which this method of

1 Hairudin Harun, (2004), Retorik Sains Dan Teknologi Di Malaysia, Kuala Lumpur: DBP. , hlm. 83.2 The Oxford English Dictionary.

Page 2: kertas kerjaku[1]

knowledge is formed.Thus science is both a particular kind of activity and the results of that activity”.3

Bermaksud: “Satu kumpulan ilmu yang tersusun mengenai alam fizikal yang bernyawa dan yang tidak bernyawa, termasuk sikap dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk membentuk ilmu tersebut. Oleh itu sains adalah suatu jenis aktiviti dan juga natijah daripada aktiviti tersebut.

Kedua-dua pentakrifan secara literal di atas membuktikan bahawa sains merupakan satu proses untuk mencapai tahap kebenaran yang disebabkan oleh sifat ingin tahu manusia terhadap asal-usul dan tujuan kewujudannya di alam semesta ini.Begitu juga Dr. Abdul Wahab Ismail berpendapat bahawa sains bukan sekadar suatu susunan pencapaian yang menakjubkan,tetapi natijah dan implikasinya lebih besar daripada itu.4Beliau turut merekodkan pandangan seorang ahli falsafah sains moden semasa iaitu Prof. C.H. Waddington yang berpendapat bahawa,5 “Sains adalah satu pandangan atau sikap terhadap dunia,dan ia juga merupakan satu cara hidup.”

Pentakrifan di atas adalah berbentuk umum berkaitan sains,malah ianya lebih fokus kepada sains sebagai satu falsafah atau teologi.Begitu juga, pandangan Ziauddin Sardar terhadap sains, beliau merumuskan bahawa sains mempunyai nilai-nilai yang tersendiri dan meliputi kegiatan kebudayaan iaitu satu kegiatan yang dibentuk oleh pandangan hidup orang yang berkenaan.6Lebih ketara,beliau turut menekankan aspek hubungan sains dengan kebudayaan.Setiap kebudayaan mempunyai pandangan terhadap alam semula jadi,masyarakat dan ilmu pengetahuan,sama ada secara sedar atau tidak dan secara jelas atau sebaliknya.7

Huraian berkaitan sains yang lebih bersifat mikro,ialah ianya dikenali sebagai satu proses yang melibatkan suatu percubaan untuk mencapai kepada kebenaran melalui kaedah-kaedah rasional.8 Fakta terpenting yang terjalin daripada pentakrifan sains ini iaitu kaedah yang digunakan untuk mencapai kebenaran mutlak ialah melalui kajian-kajian empirik dengan pengumpulan data-data,melalui pancaindera manusia9.Di sini dapat difahami bahawa sains adalah suatu disiplin yang menilai hasil kajian dan maklumat secara objektif, bukan secara subjektif, seperti secara intuisi (gerak hati), sangkaan, atau emosi.Secara ringkasnya,sains merupakan satu disiplin ilmu yang berasaskan kebenaran objektif yang terkandung di dalam kaedah saintifik yang menafikan peranan rasa hati atau dikenali sebagai andaian dan ramalan.

Definasi di atas turut serasi dengan pandangan Sulaiman Noordin yang merekodkan takrif dipelopori oleh Shaharir Mohammad Zain dan dikatakannya sebagai takrif yang popular.Shaharir mentakrifkan sains sebagai:

a) Pengetahuan yang bersistem dan berasaskan cerapan, kajian pengeksperimenan atau pengujikajian dan sebagainya.

3 Harris W. &Judith. S. Levey, (1975), The New Colombia Encyclopedia, London:Colombia University Press,hlm. 2451.4 Abdul Wahab Ismail, (1989), Falsafah Sains Dan Teknologi Moden Menurut Islam, dlm.(pnyt. ) Shaharir Mohd. Zain, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi, Kuala Lumpur: DBP, hlm. 5.5 Ibid.6 Ziauddin Sardar, (1976), Sains,Teknologi Dan Pembangunan Di Dunia Islam, (Terj. ) Shaari Abdullah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,hlm. 20.7 Ibid.,hlm. 30.8 Benge, R. (1972), Communication And Identity, London: Clive Bingley, hlm. 15.9 Abdul Wahab Ismail, op-cit., hlm. 6.

Page 3: kertas kerjaku[1]

b) Analisis fenomena secara bersistem dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpuan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Sehubungan itu,Sulaiman Noordin telah membuat kesimpulan, bahawa sains adalah suatu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena di dalam alam tabii yang bernyawa dan yang tidak bernyawa dengan kaedah yang objektif melaui kajian pengeksperimenan dan cerapan untuk menghasilkan prinsip-prinsip dan pernyataan yang boleh dipercayai serta boleh diuji kebenarannya.10

Pentakrifan sains yang dikemukakan oleh para sarjana di atas telah mencapai muafakat walaupun penyusunan kata dan ayat wujud perbezaan namun hakikat dan maknanya tetap seiring.Tetapi penulis menemui sedikit ralat dan kontra pada nilai objektif yang terkandung dalam kaedah saintifik.Ziauddin Sardar telah mengemukakan satu fakta penting sebagai pentakrifan jitu dan menyeluruh bagi sains.Nilai objektif dalam mencapai kebenaran objektif dan mutlak,sains menganggap pengamatan iaitu pengalaman pancaindera secara langsung melalui sentuhan, ciuman, warna, rasa dan sebagainya hanyalah sebagai asas kaedah saintifik.Jadi untuk mencapai kesimpulan kajian,rasa hati berperanan dalam keadaan tertentu, malah naluri tersebut amat kuat berperanan bagi ahli sains.11

Jelas di sini,sains ditakrifkan sebagai proses dan hasil manusia yang mempunyai sikap ingin tahu untuk menghuraikan dan menerangkan alam semula jadi dan alam buatan dengan menggunakan cara dan kaedah yang boleh diuji.dalam pada itu,Sains juga menerapkan proses ramalan apa yang bakal berlaku sekiranya keadaan sesuatu fenomena alam berubah.Di sini juga Poh Swee Hiang turut memberikan pengertian sains dalam bentuk carta12 yang mudah difahami,iaitu sains sebagai proses kemahiran yang terdiri daripada dua bentuk iaitu asas dan bersepadu, sains sebagai hasil yang mencakupi lima jenis hasil iaitu fakta, konsep, prinsip, hukum dam teori. Seterusnya, sains juga sebagai sikap yang berupa emosional dan intelektual.

Teknologi merupakan terjemahan pengetahuan saintifik ke dalam aplikasi harian yang praktikal serta membawa manfaat kepada manusia13.Kita sering menggunakan frasa “sains dan teknologi” secara bersama dan mendahulukan sains daripada teknologi.Malah hasil penciptaan teknologi kadang-kala diklasifikasikan sebagai sains gunaan14 atau daripada penggunaan pengetahuan yang bersifat umum kepada sains perusahaan15.

Teknologi juga dikatakan berasal daripada perkataan Greek ‘ tekhne’ yang beerti seni dan hasil kreatif, manakala ‘ logia’ pula, bermaksud lapangan pembelajaran. Secara literalnya difahami bahawa teknologi ialah pembelajan atau sains berasaskan hasil kreativiti.16 Kast dan Rosenzing pula menyatakan bahawa teknologi adalah seni mengaplikasikan ilmu pengetahuan sains, berbeza pula definasi Hamilton yang

10 Sulaiman Noordin, (1992), Sains, Falsafah Dan Islam, Bangi: UKM, hlm. 205.11 Ziauddin Sardar, (1976), op-cit., hlm. 23.12 Poh Swee Hiang, (1996), Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., hlm. xii13 Galbraith, J. K., (1978), The New Industrial State, England: Pelican, hlm. 31.14 Sulaiman Noordin, (1992), Sains, Falsafah Dan Islam, Bangi: UKM, hlm. 86.15 H. W. Fowler Dan P. G. Fowler, (1964), (eds. ), The Concise Oxford Dictionary, Clanden Press, hlm. 1330.16 Art. “ Technology” in Encarta Encyclopaedia from http: // encarta. msn. Com.

Page 4: kertas kerjaku[1]

mengatakan bahawa teknologi adalah kaedah manusia menggunakan kuasanya untuk dimanipulasikan terhadap alam persekitaran.17

Bagi B. Gendron kelihatan teknologi lebih spesifik maksudnya, iaitu teknologi adalah setiap ilmu pengetahuan yang dipraktikkan secara sistematik dan berasaskan eksperimen atau teori saintifik, seterusnya dimanifestasikan dan diadaptasikan sebagai ilmu dan budaya kerja bagi sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu keluaran berbentuk barangan atau perkhidmatan18.

Dapat disimpulkan di sini, teknologi merupakan aplikasi pengetahuan saintifik ke dalam kegiatan harian yang praktikal dan memberi manfaat kepada manusia sejagat. Malah boleh dikatakan bahawa teknologi berfungsi dan berperanan utama dalam memudahkan kerja yang dilakukan oleh manusia19.

Walaupun begitu,terdapat persepsi yang berbeza terhadap manipulasi teknologi terhadap aktiviti sosial, Abdul Wahab berpendapat teknologi wujud secara tersendiri tanpa kemahiran yang sepadu dengan persekitaran sosial20.Bagi Ziauddin Sardar pula,teknologi adalah lebih merupakan manifestasi daripada aktiviti sosial21.

Polemik ini bukan merupakan isu yang terpenting,sekiranya dianalisa terhadap definasi teknologi secara literal iaitu ianya bermaksud penyelidikan atau penggunaan peralatan kejuruteraan dan aplikasi sains22. Selain itu, ianya adalah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri pertanian, perubatan, dan lain-lain23.Kedua-dua pengertian di atas menunjukkan bahawa wujug hubungan intim antara teknologi dan perkembangan sosial manusia, malah ianya merupakan suatu pengetahuan dan peralatan yang dihasilkan bagi tujuan memenuhi keperluan dan menyelesaikan sesuatu permasalahan atau cuba mempertingkatkan hasil bagi memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan politik masyarakat.

Perkara terpenting di sini, adalah membincangkan tentang sejauhmana hubungan yang wujud antara sains dan teknologi itu sendiri.Pentakrifan teknologi di atas menimbulkan persoalan,adakah teknologi diterbitkan daripada sains dan prasyarat kepada wujudnya teknologi adalah sains.

Warisan budaya manusia menunjukkan bahawa mereka telah memperkembangkan alat, bahan dan teknik untuk memenuhi keperluan dan kehendak sejak bermulanya tamadun manusia.24Batu telah diperbuat menjadi kapak, tanah dijadikan tembikar, teknologi tenunan dan anyaman, serta penuangan logam adalah merupakan teknologi pelopor manusia sejak berabad lalu. Aktiviti-aktiviti yang berasaskan teknologi ini secara totalnya tidak berdasarkan pengetahuan sains.Dengan itu,teknologi wujud secara bersendirian tanpa sains dan diistilahkan sebagai pengetahuan seni perusahaan yang sistematik.25

17 http: // www. Techweb. Com/ encyclopedia18 B. Gendron, Technology And The Human Condition from http: //web. / wc. Edu.19 Schumacher, E. F., (1974), Small Is Beautiful, London: Abacus, hlm. 144.20 Abdul Wahab Ismail, (1989), Falsafah Sains Dan Teknologi Menurut Islam, Dlm. (pnyt. ) Shaharir Mohamad Zain, Pengenalan Tamadun Islam Sains Dan Teknologi, Kuala Lumpur:DBP, hlm. 7.21 Ziauddin Sardar, (1976), Sains, Teknologi Dan Pembangunan Di Dunia Islam, Yayasan Dakwah Islamiah, hlm. 167.22 Oxford Reference Dictionary.23 Kamus Dewan.24 Encyclopaedia Britanica, (1977), Micropaedia Ready Reference And Index, V. 111, hlm. 1925 Nasr, SH, (1976), Islamic Science: An Illustrated Study, London: World Of Islamic Festival, hlm. 53, Nasr, (1984), Science And Civilization In Islam, Selangor: Dewan Pustaka Fajar, hlm. 246.

Page 5: kertas kerjaku[1]

Mulai kurun ke-18, pengetahuan sains mula diaplikasikan bagi membangunkan dan memperkembangkan teknologi. Sebagai contoh, saintis kaji logam atau metalurgi telah meransang penciptaan pelbagai jenis aloi, masing-masing mempunyai ciri-ciri yang khusus.Penyelidikan saintifik mengenai sains seramik telah berjaya membuktikan bahawa seramik berpotensi besar untuk menjadi bahan reka-bentuk yang penting dalam perindustrian masa depan.26

Pengertian teknologi mula mengalami reformasi dan revolusi dalam aplikasi penggunaannya yang lebih cenderung kepada sains gunaan.Dalam abad ke- 21, teknologi akan mengalami perubahan secara keseluruhannya sebagai satu bidang yang berasaskan pengetahuan sains, ini disebabkan perkembangan teknologi hampir sepenuhnya bergantung kepada perkembangan pengetahuan dan penyelidikan sains.27

Secara literal, pengertian teknologi ialah kajian tentang hasil penciptaan atau kerjatangan yang dilakukan oleh manusia bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka. Bagaimanapun, perkembangan teknologi zaman moden begitu dipengaruhi oleh teori- teori saintifik berbanding perkembangannya zaman silam. Sebagaimana juga sains, pengertian teknologi masa kini turut difokuskan dalam ruang lingkup saintifik sehingga persoalan sains dan teknologi dilihat sama pengertiannya antara satu sama lain. Dalam konteks masa kini, pengertian teknologi yang sesuai dengan fokus tersebut ialah kajian terhadap hasil penciptaan atau kerjatangan manusia yang bersifat saintifik dalam memenuhi keperluan kehidupan manusia zaman moden28.

Perbincangan di atas menunjukkan bahawa sains dan teknologi bergantung antara sama lain29.Kedua-dua bidang ini telah mengubah cara hidup masyarakat secara berkesan semenjak peradaban awal manusia.30Selain itu juga, wujud hubungan yang erat antara sains dan teknologi. Rajah atau carta hubungan antara keduanya telah digariskan oleh Poh Swee Hiang bagi menghuraikan elemen tersebut.31 Sains berasal daripada timbulnya persoalan berkaitan alam semulajadi, manakala teknologi adalah berpunca daripada permasalahan pengubahsuaian manusia terhadap persekitaran.

Sains mengemukakan kaedah inkuiri dan teknologi mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah yang timbul.Sains berupaya mencadangkan penjelasan untuk fenomena alam semula jadi, dalam pada itu teknologi pula mencadangkan penyelesaian kepada masalah pengubahsuaian manusia terhadap persekitaran.Sehubungan itu juga, sains berkai rapat dengan persoalan baru, teknologi berhubungkait denga permasalahan baru. Pada akhir resolusi, kedua-dua susur galur kriteria sains dan teknologi ini akan diaplikasikan terhadap aspek sosial bagi memperolehi penjelasan dan penyelesaian

26 Poh Swee Hiang, (1996), op-cit, hlm. 18.27 Siow Heng Loke, (2002), Dasar-dasar Penting Bagi Pembangunan Pendidikan Sains Ke Arah Pembinaan Negara Maju, dlm. Sufean Hussin (pngr.), Dasar Pendidikan Progresif Perspektif Makro Dan Mikro, Kuala Lumpur:Utusan Publications, hlm. 66.28 Mohd. Zuhdi Marzuki, (2000), Pengajian Sains, Teknologi Dan Masyarakat: Satu Pendekatan Bersepadu Ke Arah Wawasan 2020, dlm. ,Abdul Latif Samian dan Mohammad Sabri Haron, (pnyt. ), Pengajian Umum Di Alaf Baru, Persidangan Kebangsaan, Pusat Pengajian Umum UKM, (18-19 April 2000),Bangi: Pusat Penerbitan Dan Teknologi Pendidikan UKM, hlm. 279.29 Abdul Wahab, (1988), op-cit, hlm. 15.30 Helga Nowotny, (1984), Knowledge Without Science: Science Without Knowledge, dlm. Ziauddin Sardar, The Touch Of Midas: Science, Values And Environment In Islam And The West, Manchester University Press, hlm. 56. Lihat juga, Ziauddin Sardar, (1994), Strategi Dunia Islam Abad Ke- 21, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 1-2.31 Poh Swee Hiang, (1996), op-cit, hlm. 19.

Page 6: kertas kerjaku[1]

masalah. Seterusnya, plan tindakan dibentuk berasaskan penjelasan dan penyelesaian terhadap persoalan dan permasalahan baru yang timbul.

Walaupun wujud perbezaan secara makro, iaitu sains tertumpu kepada teori tentang fenomena, manakala teknologi tertumpu kepada aplikasi sains kepada kehidupan harian. Dalam nada yang lain, sains dan teknologi sering dibayangkan sebagai bidang yang bersifat teorikal ( merujuk kepada sains) dan teknikal ( merujuk kepada teknologi) digarapkan secara bersama dalam proses aplikasi dan adaptasinya.32 Namun, kewujudan hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa, sains dan teknologi saling berkaitan antara keduanya demi membolehkan manusia memahami alam kejadian dan sekaligus meningkatkan keselesaan hidup33.

SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL PENGAJIAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Pengajian sains dan teknologi berkembang seiring dengan perkembangan pola ketamadunan kehidupan manusia di alam sejagat ini. Sejarah ketamadunan manusia memerlukan usaha manifestasi nilai-nilai yang tersendiri di dalam ruang lingkup perspektif hidupnya. Kenyataan di atas dapat dibuktikan dengan sandaran kukuh terhadap kesimpulan yang dibuat tentang sains itu sendiri, iaitu sains merupakan nilai-nilai yang tersendiri dan meliputi kegiatan kebudayaan yang terbentuk oleh pandangan hidup orang yang berkenaan34.

Disiplin sains dan teknologi telah berkembang secara tersusun dengan berdasarkan objek kajian yang tersendiri. Objek kepada displin sains ialah alam tabi’i, bagi teknologi pula hasil penciptaan manusia dalam kehidupan sebagai objek fokus. Objek kajian dalam disiplin sains dan teknologi telah dibahagikan lagi kepada kategori- kategori yang berbeza lalu mewujudkan pula sub- pengetahuan yang tersendiri35. Namun tidak dinafikan bahawa perkembangan sains dan teknologi perlu digarapkan secara bersama bagi merealisasikan pembangunan dan kemajuan yang pesat dalam kehidupan manusia.

Selain itu, terdapat pandangan yang lebih bersifat subversif iaitu perkembangan sains dan teknologi sejajar dan serentak dengan penciptaan manusia36. Perkembangan ini berlaku disebabkan penggarapan unsur intelektual dan naluri semula jadi ingin tahu manusia telah meransangnya untuk mengenal serta mamahami sifat persekitarannya dan sebab- sebab penciptaannya.Oleh itu, evolusi setiap tamadun di muka bumi ini, bahkan kemajuan kendiri manusia seluruhnya berdasarkan sains dan teknologi. Ianya berperanan luas dalam proses manusia mengumpulkan kekayaan, merebut lebih banyak sumber dan meluaskan wilayah37.

Jelas di sini, bahawa di sebalik ketamadunan manusia itu wujud satu dorongan dan ransangan positif terhadap perkembangan sains dan teknologi. Sikap manusia

32 Mohd Zuhdi Marzuki, (2000) , op-cit. , hlm. 278.33 Ismail Ibrahim, (1994), Wawasan 2020: Ke Arah Peningkatan Kualiti Ummah, dlm. Nik Mustapha Nik Hassan (pynt.), Pembangunan Ummah Ke Arah Wawasan 2020, Kuala Lumpur: IKIM, hlm. 22-23.34 Ziaddin Sardar, (1976), Sains, Teknologi Dan Pembangunan Di Dunia Islam, (terj. ) Shaari Abdullah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, hlm. 20.35 Mohd. Zuhdi Marzuki, (2000), Pengajian Sains, Teknologi dan Masyarakat, op-cit. ,hlm. 279.36 M. Husain Sardar, (1984), Science And Islam: Is There A Conflict, dlm. Ziauddin Sardar, The Touch Of Midas, Manchester University Press, hlm. 15.37 Ibid.

Page 7: kertas kerjaku[1]

terhadap alam semula jadi dan usaha- usaha untuk menyelesaikan masalah- masalah serta memenuhi keperluan- keperluan tertentu merupakan faktor pemangkin terhadap perkembangan pengajian sains dan teknologi itu sendiri38. Pengkajian terhadap sejarah perkembangan pengajian sains dan teknologi perlu mengambil kira sumbangan dan peranan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia.

Kajian sejarah sains di zaman tamadun awal sehingga zaman moden menunjukkan bahawa setiap tamadun dunia telah memberikan sumbangan terhadap perkembangan sains dan teknologi. Carta sejarah perkembangan sains yang dikemukakan oleh Poh Swee Hiang menunjukkan dengan jelas aliran perkembangan sains dan teknologi dalam sejarah ketamadunan manusia39. Bermula sejak tahun 3500 sebelum masihi dikenali zaman tamadun awal wujud dalam sistem kerajaan iaitu Babylon dan Mesir Purba. Pada tahun 1000 sebelum masihi wujud sains dan teknologi dalam tamadun Yunani, India dan Cina yang diklasifikasikan sebagai tamadun klasik. Zaman tamadun moden pula terdiri daripada tiga zaman iaitu Islam, Eropah Renaisans dan Eropah Moden pada tahun 500 masihi.

Oleh itu kita harus, sedar bahawa sains yang kini dikenali sebagai sains moden bukan semata- mata hasil usaha saintis barat atau Eropah. Hasil sains yang dipelajari hari ini merupakan pengumpulan maklumat dan dapatan kajian daripada semua tamadun manusia yang telah mengambil masa lebih daripada lima ribu tahun.

Kronologi sejarah perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun manusia turut direkodkan oleh George Sarton dalam karya agungnya History Of Science sebanyak lima jilid. Beliau telah membahagikan sejarah perkembangan ini kepada empat zaman utama secara umumnya. Peringkat-peringkat perkembangan tersebut antaranya ialah40:

i) Tahun 450 SM- 500 M dikatakan sebagai zaman Plato (Tamadun Yunani)ii) Tahun 600 M- 700 M, disifatkan sebagai keunggulan tamadun Cina.iii) Tahun 750 M- 1100 M merupakan zaman kegemilangan Sains Muslim.iv) Selepas tahun 1100 M pula dianggap zaman kecemerlangan Sains Barat.Sekiranya analisis dilakukan secara khusus pula, setiap zaman selama separuh

abad, Sarton mengaitkan setiap separuh abad itu dengan seorang tokoh utama.Menurut beliau, sesetengah daripada zaman tersebut diwakili seorang tokoh seperti berikut:

Tahun Zaman450- 400 SM Plato400- 350 SM Aristotle350- 300 SM Euclid300- 250 SM Archimedes500- 550 M Aryabhat I600- 650 M Hsilian Tsang650- 700 M I- Ching700- 750 M ……..750- 1100 M Turutan zaman yang tidak terputus.750- 800 M Jabir800- 850 M Khawarizmi

38 Mohammad Abu Bakar, (1991), Konsep Kemajuan Moden Dan Komitmen Kehidupan Muslim, dlm. Islamika IV, Kuala Lumpur: Gateway Publishing House, hlm. 223-224.39 Poh Swee Hiang, (1996), op-cit. , hlm. 28.40 Sarton, G, (1967), Introduction To The History Of Science, V. 1, The University Of Cambridge Press, hlm. 23.

Page 8: kertas kerjaku[1]

850- 900 M Razi900- 950 M Mas ‘udi950- 1000 M Abul- Wafa1000- 1050 M Biruni dan Ibn. Sina1050- 1100 M Khayyam1100- 1150 M Ibn. Rushd1150- 1200 M Ibn. Nafis dan Tusi1200- Seterusnya Gerard, Roger Bacon dan

Jacob Anatoli.Kronologi di atas telah membuktikan bahawa sejarah sains dan teknologi telah

mengalami beberapa fasa penting dalam perkembangannya.Ketiga-tiga versi peringkat perkembangan sains dan teknologi dalam ketamadunan manusia di atas juga menggambarkan dengan jelas bahawa perkaitan yang erat antara setiap tamadun tersebut. Dengan kata lain, wujud adaptasi dan asimilasi bagi tamadun terkemudian dengan yang terdahulu41, sekaligus menjadi pemangkin kepada perkembangan sains dan teknologi yang mapan dan berterusan.

Cuma faktor geografi menyebabkan negeri China terpencil daripada dunia luar. Oleh itu, ilmu sains dan teknologi China agak berlainan daripada tamadun selainnya dan sumbangan sains dan teknologinya juga amat terhad kerana tidak tersebar keluar.42Selain itu, perkembangan ini juga melalui satu proses pemindahan sains dan teknologi yang turut menyumbang dalam kesinambungan kemajuan ilmu tersebut.

Untuk menjelaskan konteks pemindahan ini, Salam telah merekodkan suasana saintifik pada peringkat awal seperti yang berikut:

Tujuh ratus enam puluh tahun lalu, seorang anak muda berbangsa Scotland meninggalkan kampung halamannya, Glens, untuk merantau ke selatan, ke Toledo di Sepanyol. Namanya Michael dan matlamatnya adalah untuk tinggal dan bekerja di Universiti Arab di Toledo dan Cordova, tempat Musa bin Maimoun, seorang cendiakawan agung Yahudi Zaman Pertengahan, pernah mengajar pada generasi sebelum itu. Michael tiba di Toledo pada tahun 1217. Sebaik saja tiba di sana, beliau memulakan projek memperkenalkan Aristotle kepada Eropah Latin. Beliau menterjemah bukan daripada bahasa Greek asal yang beliau tidak tahu, sebaliknya daripada terjemahan Arab yang pada masa itu diajar di Sepanyol. Michael berpindah dari Toledo ke Sicily, ke istana Maharaja Fredrick II. Semasa melawat sekolah perubatan di Salerno, Michael bertemu dengan Hendrick Harpenstraeng, pakar perubatan berbangsa Denmark, yang kemudian menjadi pakar perubatan istana untuk Raja Eric IV Waldemarsson. Hendrick pergi ke Salerno untuk menulis karya tentang pengeluaran darah dan pembedahan. Sumber rujukan Hendrick ialah kanun perubatan yang ditulis oleh doktor pakar agung Islam, iaitu al- Razi dan Ibn Sina, yang hanya boleh diterjemah oleh Michael yang berbangsa Scotland ini.Oleh yang demikian, situasi ini telah memulakan perpindahan sains seperti yang

dijelaskan oleh Salam lagi:

41 Dictionary Of The History Of Ideas, (1973), (pnyt. ) Philip P. Wiener, dlm. Seyyed Hossein Nasr, Islamic Conception Of Intellectual Life, New York: Charles Sribner’s Sons, hlm. 638- 652.42 Poh Swee Hiang, (1996), op-cit. , hlm. 35.

Page 9: kertas kerjaku[1]

Penilaian antarabangsa yang paling diingati berhubung dengan kerjasama saintifik yang diadakan di Toledo dan Salerno, yang melambangkan sistesis terbaik ilmuan Arab, Greek, Latin dan Yahudi. Ilmuan yang datang ke Toledo dan Salerno bukan saja dari negara kaya di Timur seperti Syria, Mesir, Iran dan Afghanistan, tetapi juga dari negara membangun di Barat seperti Scotland dan Scandinavia. Seperti sekarang, pada masa itu juga terdapa halangan dalam perhimpunan sains kerana wujud perbezaan ekonomi dan taraf cendiakawan bahagia berlainan dunia. Orang seperti Michael yang berbangsa Scotland dan Hendrick Harpenstraeng yang berbangsa Denmark memang luar biasa. Mereka tidak mewakili mana- mana aliran penyelidikan yang terkenal di negara mereka sendiri sehinggakan guru mereka di Toledo dan Salerno meragui kewajaran dan kepentingan melatih mereka dalam penyelidikan saintifik termaju. Kita akan lihat bagaimana perbezaan saintifik ini terjadi sedangkan orang Islam terus memegang keseluruhan bidang saintifik ini selama 350 tahun, iaitu sejak 750 M sehingga 1100 Masihi. Selepas 1350 Masihi, dunia Islam mula merosot dan dalam abad ini kita dapati kitaran yang dimulakan oleh Michael yang berbangsa Scotland menjadi kitaran lengkap dan kita yang berada dalam negara Islam inilah yang memandang ke Barat untuk sains!43

Selain itu, sejarah telah mencatatkan tentang zaman kegemilangan tamadun Islam, masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains yang telah mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains moden di Eropah.Sains Islam telah memperolehi kejayan yang cemerlang dalam semua bidang sains, daripda astronomi, sains hayat dan ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam dalam tempoh lebih kurang antara abad ke- 7 Masihi hingga ke- 16 Masihi44.

Kenyatan yang sama turut dikongsi dan diakui oleh Barat tentang peranan yang dimainkan oleh tamadun Islam dalam memperkenalkan sainsnya kepada Eropah iaitu melalui institusi- institusi pendidikan di Andalusia pada abad ke- 13 Masihi. Situasi dan realiti ini diulas oleh Draper iaitu seorang sarjana Barat, ulasan beliau tentang sejarah pembangunan intelektual Eropah ini telah direkodkan oleh Abdul Wahab seperti berikut45:

Hampir lapan ratus tahun di bawah pemerintahan umat Islam, Islam Sepanyol menjadi teladan kepada Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tandingan di seluruh Eropah. Penuntut- penuntut datang dari Negeri Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang ada di bandar- bandar orang Islam Sepanyol. Matematik, ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan Undang- undang hanya boleh dikuasai oleh Sepanyol sahaja.Di sini jelas, kita lihat proses pemindahan sains dan teknologi daripada

ketamadunan Islam melalui pendidikan dan pengajiannya merupakan aset terpenting dalam perkembangan sains dan teknologi. Bidang pengajian sains dan teknologi dapat distrukturkan secara berkesan kerana keduanya merupakan disiplin pengajian yang

43 Salam, A, (1980), Across The Border With Science, Physics Buletin, 31, hlm. 244.44 Sulaiman Noordin, (1979), Sains Barat Moden Dan Percanggahannya Dengan Islam, Selangor: Nuur Publications, hlm. 6.45 Abdul Wahab Ismail, (1989), op- cit. , hlm. 17.

Page 10: kertas kerjaku[1]

sistematik46 serta tidak dapat dinafikan bahawa peranan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia amat besar, malah ianya juga berfungsi dalam menentukan corak kehidupan manusia sejagat.47

Selain itu, apa yang dikekalkan dan dikembangkan oleh ahli sains Islam dalam tempoh 500 tahun berikutnya menjadikan ianya pemangkin utama dalam kebangkitan semula dunia Barat pada abad selepasnya.Ini merupakan satu jasa besar Islam terhadap sains moden.48 Tamadun saintifik Barat moden hanya beberapa ratus usianya, tetapi banyak hasil yang telah dicapai terutamanya dalam 50 tahun kebelakangan ini benar- benar mengubah senario ini. Tamadun saintifik Barat telah mendahului hampir semua tamadun lain termasuk tamadun Hindu, China dan Islam.49

Perkembangan sains Barat atau diistilahkan sebagai sains moden berhubung- kait dengan perkembangan tamadun Barat. Malah perkembangan tamadun Barat yang mencorakkan dunia hari ini sehingga menjadikan keseluruhan epilognya seolah- olah sebuah dunia Barat yang besar ( The Great Western World) begitu didorong oleh pembangunan sains dan teknologinya. Kejayaan tamadun Barat untuk mempersatukan sains dan teknologi seterusnya memanfaatkannya dalam aktiviti ekonomi dan pembangunan sektor sosial, telah dilihat sebagai satu keajaiban yang diistilahkan oleh Ziauddin Sardar sebagai sentuhan Midas.50

HISTORIOGRAFI SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Sains dan teknologi Islam telah wujud seiring dengan penciptaan manusia pertama iaitu nabi Adam ‘Alaihi al- Salam, iaitu sebelum al- Quran ditanzilkan. Sumber ilmu yang utama adalah daripada Allah s. w. t. yang mengajar ilmu menulis dan membaca termasuk teknologi yang ditanzilkan kepada manusia melalui para nabi51. Sejarah manusia pertama adalah berkaitan dengan konsep khalifah atau wakil Allah di muka bumi.52 Secara rasional dan logiknya Allah telah menyampaikan ilmu dan juga kemahiran kepada Adam a. s bagi kelancaran hidupnya dan zuriat di dunia ini. Jelas di sini, bahawa sains dan teknolgi Islam bermula sebelum al- Quran ditanzilkan, Allah telah mentanzilkan sains dan teknologi kepada Adam a. s dan zuriatnya. Historiografi Islam tidak meminggirkan tasawwur asas Islam, iaitu meliputi konsep al-Din, kenabian, khalifah dan konsep tauhid yang agung.53

Gerakan intelektual umat Islam bergerak lancar seiring dengan pengutusan Nabi Muhammad S. A. W sebagai Rasulullah pada tahun 610 Masihi dan sewaktu dengan penurunan al- Quran .54Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa sumber primer tamadun Islam

46 David Layton, (1992), Science And Technology Teacher Training And Professional Development: The Quest For Quality, dlm. , Innovations In Science And Technology Education, Jld. IV, Paris: UNESCO, hlm. 9- 18.47 Mohd Zuhdi Marzuki, (2000), op- cit. , hlm. 275.48 Mohammad Ilyas, (2003), Astronomi Islam Dan Perkembangan Sains: Kegemilangan Masa Lalu Cabaran Masa Depan, (terj. ), Juneta Zawawi & Norlida Jantan, Selangor: UITM, hlm. 17.49 Ibid.50 Ziauddin Sardar, (1984) , The Touch Of Midas, Manchester: University Press, hlm. 1.51 Al- Quran, Surah Al-‘Alaq, ayat 1-5.52 Al- Quran, Surah al- Baqarah, ayat 30. , Surah Fathir, ayat 39, surah Yunus, ayat 14.53 Osman Bakar, (1994) , Ilmu Tauhid Berasaskan Kajian Saintifik, Dlm. (pnyt. ) Ismail Ibrahim Dan Mohd Sahri Abdul Rahman, Ilmu Dan Kecemerlangan Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: IKIM, hlm. 7-8.54 Madkur, Ibrahim, ( 1954) , Durus Fi Tarikh Al-Falsafah, Kaherah: Matba’ ah Madkur, hlm. 54- 55.

Page 11: kertas kerjaku[1]

serta evolusi pembentukan sains Islam, di sekitar seratus tahun pertama Hijrah, mempunyai hubungan erat dengan epistemologi pengajian Islam. Al-Quran dan al- Sunnah yang sarat dan padat dengan rujukan dan anjuran serta dorongan terhadap umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisa dan menganjurkan penggunaan akal semaksimum mungkin untuk manfaatnya.55 Menurut Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’i, beratus- ratus ayat al- Quran memaparkan penghargaannya terhadap kedudukan dan peranan ilmu pengetahuan dalam kehidupan insan serta menstimulasikan setiap individu muslim agar mencari, mengkaji, mengumpul dan memanfaat ilmu pengetahuan.56

Malah sebagaimana penekanan yang diberikan oleh Dr Ali Sami Al- Nasyar, seluruh perbahasan falsafah dalam budaya ilmu Islam adalah berdasarkan hujah- hujah al- Quran. Sumber agung tersebut, berulang kali menyeru supaya manusia memerhatikan dengan teliti segala kejadian ciptaan Allah s. w. t. Selanjutnya, beliau menegaskan bahwa kaedah Qiyas dan metodologi penyelidikan telah dicetuskan sejak generasi pertama Islam lagi. Fenomena positif ini, adalah sumber inspirasi dan motivasi bagi umat Islam untuk mengkaji, menyelidik dan meneroka pelbagai kaedah dan prosedur pengujian dan observasi dalam perkembangan ilmu pengetahuan mereka.57

Selain itu, ketamadunan Islam yang berpaksikan peradaban keilmuan Islam yang terkandung di dalam sumber agung ajaran Islam, dalam masa yang sama turut mengaplikasi proses adaptasi dan asimilasi daripada ketamadunan asing yang tidak bercanggah dengan ajarannya. Syed Hossein Nasr, telah menegaskan bahawa sumber pemangkin ketamadunan Islam terdiri daripada:58

i) Kekuatan ajaran Islam sendiri yang bersumberkan al- Quran dan al-Sunnah nabi Muhammad s. a. w.

ii) Tamadun- tamadun yang membangun sejajar dengan perkembangan Islam dalam masa yang sama ianya tidak bercanggah dengan prinsip- prinsip Islam.

Sifat keterbukaan yang wujud dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam ini merupakan faktor dalaman yang mendorong penguasaan sains dan teknologi yang cemerlang dan gemilang, serta aplikasi dan implikasi sains dan teknologi juga menjadi lebih realistik dan bukan sekadar mistik. Dalam memperkatakan bahawa perkembangan sains dan teknologi dalam ketamadunan Islam, adalah terhasil daripada interaksi dan integrasi mantap antara sumber agung ajaran Islam dan adaptasi sumber keilmuan asing, Dr. C. A Qadir telah merumuskan bahawa pembahagian ilmu yang merujuk kepada sumber- sumbernya di dalam sejarah dan tamadun Islam adalah seperti berikut59:

i) Ilmu yang berpunca daripada sumber- sumber wahyu; al- Quran dan al- Sunnah.

ii) Ilmu yang lahir daripada sumber hikmah atau yang disebut ilmu Laduni.

55 Sardar, Z, (1989) , Explorations In Islamic Science, London & New York: Mansell Publishing Limited, hlm. 11. 56 Al-Tabataba’ i, Sayyid Muhammad Hussein, (1984) , Al- Quran Fi Al- Islam, Tehran: Markaz ‘Ilam Al- Dhikra Al-Khamisah Li Intisar Al-Thawrat Al- Islamiah Fi Iran, hlm. 3.57 Al- Nasyar, ‘Ali Sami, (1962) , Nasy’ at Al-Fikr Al-Falasafi Fi Al- Islam, Iskandariah: Mansya’ Al- Ma’arif, hlm. 4.58 Nasr, S. H. , (1984) , Science And Civilization In Islam, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, hlm. 2159 Qadir, C. A. , (1988) , Philosophy And Science In The Islamic World, London & New York: Croom Helm Ltd. , hlm. 9

Page 12: kertas kerjaku[1]

iii) Ilmu yang disebut sains intelek.Sehubungan itu juga, Syeikh Syaltut dalam mukaddimah tafsirnya, turut

mengemukakan cabang- cabang ilmu berikut yang terhasil dan terkandung dalam pengajian Islam sejak kebangkitan awal Islam. Antaranya:60

1. Nahu2. Kesusasteraan Arab3. Bacaan Al- Quran ( tajwid dan qira’at)4. Tafsir Al- Quran5. Fiqh6. Usul Al- Din7. ‘Ilmu Kalam8. Sejarah9. Perancangan bandar dan Wilayah ( pentadbiran)10. Astronomi11. Perubatan12. Sains Haiwan (zoologi)13. Sains Tumbuhan (botani)Kesimpulannya, al- Quran dan al- Sunnah merupakan penggerak dan pencetus

serta pendorong terawal yang telah memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang. Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan membongkarkan berbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabi’i dan sains berbentuk teknikal yang pada peringkat awal perkembangannya adalah melalui terjemahan karya- karya asing ke dalam bahasa Arab.

Selain itu juga, Islam sebenarnya telah mengadakan suatu sintesis terpenting dalam sejarah peradaban insan. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun- tamadun lain yang terdahulu dan yang terkemudian. Ini terhasil daripada selain kekuatan dalaman yang berpaksi kepada dua sumber dogmatik, iaitu al- Quran dan al-Sunnah yang melahirkan kegiatan intelektual Islam yang dinamis dan kreatif, mereka juga turut menyerapi, mengasimilasi dan seterusnya menyaringi warisan daripada ketamadunan terdahulu.61

Dalam erti kata yang lain, al- Quran dengan ruh atau semangat penerokaan ilmu telah mengimplimentasikan semangat universalisme, globalisme dan internasionalisme di kalangan umat Islam. Sehubungan itu, proses stimulasi berlaku di kalangan umat lslam untuk mengaplikasikan dan merealisasikan usaha adaptasi dan asilamilasi unsur- unsur tamadun lain dalam rangka mengukuhkan peradaban Islam.62 Sifat dan sikap keterbukaan budaya ilmu Islam ini merupakan pra- syarat utama dalam pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi era ketamadunan Islam.

Dalam pada itu, wujud keserasian dan kesesuaian yang jitu antara agama Islam dan perkembangan sains dan Teknologi itu sendiri, serta dikatakan bahawa Islam dan sains tidak wujud sebarang konflik atau pertentangan63. Malah anjuran dan dorongan agama Islam terhadap umatnya dalam usaha penyelidikan saintifik amat realistik64. Hujah

60 Syaltut, Mahmud, (1981) , Tafsir Al- Quran Al- Karim, Beirut & Kaherah: Dar Al- Syuruq, hlm. 5- 7.61 Dictionary Of The History Of Ideas, (1973), (pnyt. ) , Philip P. Wiener, dlm. , Nasr. S. H. , Islamic Conception Of Intellectual Life, jld. II, New York: Charles Scribner’s Sons, hlm. 638- 652.62 Nasr, S. H. , (1984) , op-cit, hlm. 23.63 Nasim Butt, (1991) , Science And Muslim Societies, London: Grey Seal Books, hlm. 45.64 Mohd Ilyas, (2003) , op-cit, hlm. 11.

Page 13: kertas kerjaku[1]

ini diperkukuhkan lagi bahwa, sebelum umat Islam mendalami sains silam daripada budaya ilmu asing, mereka sebenarnya, telahpun dipersiapkan dengan tradisi ajaran Islam yang kaya dan unik itu.65

Dalam konteks asimilasi sains asing oleh peradaban Islam dalam kebangkitan tradisi sainsnya, terutamanya sains Yunani, sarjana yang menyusun ensaiklopedia Islam terkemuka, Ibn Al-Nadim atau nama sebenarnya Muhammad Bin Ishaq telah mengklasifikasikan sains Yunani ini di bawah komponen ‘Ulum al- Awail atau The Ancient Science (sains silam atau klasik). Antara karya sejarah sains beliau yang teragung ialah Al- Fihrist yang ditulis sekitar tahun 987. Mengenai bermulanya perkembangan sains pesat pada zaman Al- Ma’mum, ialah disebabkan mimpi al- Ma’mum bertemu dan berdialog dengan Aristotle. Menurut Al- Nadim, mimpi tersebut memberi impak yang besar kepada usaha menterjemahkan buku sains Yunani.66

Fakta sejarah sains Islam tidak menafikan berlaku pertembungan Islam dan dan Yunani, iaitu penghijrahan ilmu Yunani ke Timur semasa kempen perluasan jajahan oleh Iskandar Zulkarnain pada abad ke- 4 sebelum masihi67. Namun metodologi penyaringan dan penyulingan ilmu sains Yunani diaplikasikan sepenuhnya bagi menyesuaikannya dengan ruh Islam. Faktor lain yang mendorong usaha adaptasi dan asimilasi sains daripada tamadun asing juga disebabkan faktor kesejagatan atau globalisasi sains tabi’ i dalam semua tamadun. Selain itu menurut pandangan Ibn Hazm (m. d. 1064 ) seperti yang direkodkan oleh Hairudin Harun68, sifat atau kriteria kesejagatan ini mungkin merupakan faktor perangsang sains tamadun asing diterima baik oleh umat Islam. Sehubungan itu, kepentingan pernyataan bahawa Islam bersifat terbuka terhadap proses penyerapan dan pemindahan sains dan teknologi asing disamping proses penyaringan dan penyulingan diaplikasikan bersama, adalah untuk menyangkal dan menafikan teori para orientalis Barat yang diwakili Ignaz Goldziher69 yang mendakwa bahawa sains dan falsafah yang wujud dalam budaya ilmu Islam sejurus setelah pertembungan dengan budaya ilmu asing. Malah mereka menganggap sains Yunani adalah unsur atau mekanisme yang paling berpengaruh meresapi budaya ilmu Islam70.

PERBANDINGAN PEMIKIRAN SAINTIFIK ISLAM DAN BARATPerbandingan yang jelas antara pemikiran sains Islam dan Barat dapat dianalisa

secara statistik seperti berikut:71

Pola Sains Barat Sains Islam1. Mengimani kerasionalan Mengimani Wahyu2. Sains Untuk sains Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari

keredhaan Allah : satu bentuk pengabdian

65 Qadir, C. A. , (1988) , op-cit, hlm. 24- 27.66 Ibn Al- Nadim, ( t. t. ) , Al- Fihrist Li Ibn Al- Nadim, Kaherah: Al- Maktabah Al- Tijariah Al- Kubra, hlm. 345- 411.67 Al- Andalusi, Said, (t. t. ) , Tabaqat Al- Umam, Cairo, Dlm. Rosenthal, F. , (terj. ) , The Classical Heritage In Islam, London, hlm. 22- 26.68 Hairudin Harun, ( 1992) , Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm. 14.69 Goldziher, Ignaz, (1967) , Muslim Studies, (pnyt. ) S. M. Stern, jld. 2, London: George Allen & Unwin Ltd, hlm. 121.70 Lindberg, David, (1978) , The Transmission Of Greek And Arabic Learning To The West, Dlm. ,(pnyt. ) D. Lindberg, Science in The Middle Ages, London, hlm. 52-90.71 Ziauddin Sardar,(1989), Explorations In Islamic Science, London And New York: Mansell, hlm. 95-97.

Page 14: kertas kerjaku[1]

yang ada fungsi rohani dan soaialnya.3. Satu- satunya kaedah untuk

mengetahui kebenaran.Terdapat banyak kaedah yang berasaskan kepada penaakulan dan juga wahyu samaada berbentuk objektif atau subjektif. Semuanya adalah sah.

4. Sikap bebas emosi ( neutral ) sebagai kunci mencapai kerasionalan.

Emosi perlu meningkatkan pengetahuan sains dari segi rohani dan sosial.

5. Tidak memihak – seorang ahli sains seharusnya meminati ciptaan ilmu baru dan natijah penggunaannya.

Memihak kepada kebenaran ; jika sains suatu bentuk pengabdian , ahli sains mesti mengambil kira akibat yang timbul daripada penemuannya. Ibadat adalah amalan dan natijahnya mesti baik. Jika tidak ahli sains hanyalah ejen yang tidak bermoral.

6. Ketiadaan sikap berat sebelah. Pengsahan pernyataan sains hanya bergantung kepada operasi pembuktian dan tidak pada orang yang membuatnya

Adanya kesubjektivitian ; arah sains adalah subjektif. Pengesahan pernyataan bergantung kepada operasi pembuktian niat dan juga pandangan hidup sendiri. Pengakuan adanya subjektiviti memaksa ahli sains mengaku kelemahan diri.

7. Menangguh pemutusan – kenyataan sains dibuat hanya berdasrkan asas bukti yang meyakinkan.

Latihan pemutusan – kenyataan sains selalu dibuat dengan bukti yang tidak meyakinkan ;ahli sains perlu mampu membuat keputusan bila berhadapan dengan bukti yang tidak meyakinkan ; apabila sampai masa yang bukti meyakinkan telah dikumpul , mungkin terlalu lewat untuk melakukan sesuatu tentang akibat- akibat yang telah merosakkan itu.

8. Penurunan cara dominan untuk mencapai kemajuan sains.

Sintesis sebagai cara dominan untuk mencapai kemajuan sains. Ini meliputi sintesis sains dan sitem nilai.

9. Pemecahan – sains sebagai aktiviti yang kompleks. Oleh itu dapat dipecahkan kepada disiplin , sub- disiplin dan sub- subdi- disiplin.

Holistis- aktiviti sains terlalu kompleks untuk diceraikan dan diasingkan kepada bahagian kecil. Sains sebagai interdisiplin, intradisiplin dan holistis.

10. Kesejagatan- walaupun sains bersifat sejagat, namun hasilnya hanya yang mampu membayar. Oleh itu, kerahsian dibolehkan.

Kesejagatan- hasil kajian sains untuk seluruh manusia. Pengetahuan serta kebijaksanaan tidak dapat dijadikan barang tukaran atau jual beli. Merahsiakannya adalah sikap buruk dan tidak bermoral.

11. Individualisme- ahli sains seharusnya menisahkan diri mereka daripada keprihatinan tentang sosial, politik dan

Orientasi masyarakat : aktiviti adalah fardhu kifayah atau tanggungjawab sosial , ahli sains dan masyarakat mempunyai tanggungjawab bersama.

Page 15: kertas kerjaku[1]

ideologi.12. Sains tidak baik tetapi juga

tidak buruk.Orientasi nilai sains seperti kebayakan aktiviti manusia, mempunyai nilai, ia mungkin baik atau patut dipuji, ada juga buruk dan patut dikeji, contohnya sains perang saraf.

13. Setia bersama kumpulan : hasil pengetahuan baru daripada kajian adalah yang terpenting daripada aktiviti lain dan patut diberikan sokongan.

Kesetiaan hanya kepada tuhan dan makhlukNya- pengetahuan sains yang baru adalah satu jalan memahami tanda- tanda kewujudan tuhan dan seterusnya meningkatkan taraf ciptaannya- manusia, haiwan dan persekitaran. Tuhanlah yang mencipta sains, sebab itu ia mesti disokong seperti aktiviti umum bukan aktiviti golongan atasan semata- mata.

14. Kebebasan penuh- kesemua usaha untuk mengawal penyelidikan sains harus ditentang.

Pengurusan sains : sains merupakan satu sumber yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, jangan disia- siakan dan membiarkannya membawa keburukan dan kebinasaan secara langsung. Ia perlu diurus dan dirancang dengan teliti serta seharusnya dijadikan sebagai subjek etika dan moral.

15. Matlamat menghalalkan cara : disebabkan penyelidikan sains merupakan sesuatu yang baik dan penting untuk kesempurnaan hidup, semua kaedah termasuk penggunaan haiwan hidup, manusia dan janin bayi dibenarkan.

Matlamat tidak menghalalkan cara : tidak ada keistimewaan di antara matlamat dan kaedah sains. Kedua- duanya seharusnya halal dan mesti di dalam batas- batas etika dan akhlak.

Sains dan pemikiran saintifik bagaikan isi dengan kuku. Kedua- duanya tidak dapat dipisahkan apabila kita membincangkan peranan pemikiran saintifik dalam pembinaan hukum Islam semasa. Pemikiran saintifik merujuk kepada dua komponen asas, iaitu falsafah dan kaedah berfikir yang digunakan oleh ahli sains di dalam aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan. Pada falsafah, ahli sains menyoal dan berfikir tentang kebenaran dan objektif sains. Manakala dari sudut kaedah berfikir pula, pemikiran saintifik bermaksud kaedah berfikir yang diamalkan oleh ahli sains. Kaedah berfikir ini mempunyai hubungkait secara langsung dengan matlamat sains. Pemikiran saintifik merupakan satu kemahiran untuk berfikir mengenai alam dan fenomenanya mengikut satu set kaedah dan metodologi yang spesifik. Kaedah- kaedah yang spesifik termasuklah;72

a) Persoalan yang dikaji

72 Abdul Latif Samian & Khairul Anwar Mastor, (2003), Perkembangan Sains Dan Peradaban Manusia, Bangi: Penerbit UKM, hlm. 127.Lihat juga, Ainon Mohd & Abdullah Hassan, (2003), Belajar Berfikir, Pahang: PTS Publications& Distributor Sdn. Bhd. , hlm. 227- 246.

Page 16: kertas kerjaku[1]

b) Teori dan konsep yang berkaitanc) Merangka dan menguji hipotesisd) Merekabentuk eksperimen atau kajiane) Memahami apa yang dicerapkan dalam eksperimenf) Membuat inferens dari hasil kajiang) Mengaitkan data dengan teori yang mendasari kajianh) Membuat kesimpulan.

Di sini terkandungnya kaedah berfikir secara induksi, deduksi, logik, analogi, kreatif dan menggunakan statistik dalam setiap langkah yang diaplikasi dalam pemikiran saintifik73. Kaedah tersebut, memberi implikasi besar dalam memahami dan memperkembangkan sains sebagai satu bidang ilmu yang dinamik. Sebenarnya elemen pemikiran saintifik seperti sistematik, formal dan objektif ternyata wujud dalam Islam bagi memudahkan manusia memahami dan menjalani kehidupan harian dengan lebih teratur.74 Realitinya, umat Islam tidak dihalang oleh agamanya untuk berfikir secara saintifik melalui kaedah yang digunakan oleh pemikir Barat, selagi ianya tidak mempunyai kontradiksi dengan agama.

PERANAN AKAL DALAM ISLAM

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bersesuaian dengan sifat al-Quran sebagai Mukjizat pertunjuk yang paling berharga untuk umat manusia yang dianugerahkan oleh Allah Tuhan pencipta, Pemilik dan Pendidik alam semesta ini, segala maklumat terperinci yang berkaitan dengan proses menjana konsep intelektual Islam moden, memang kedapatan dengan cukup menarik sekali di dalam al-Quran. Sebagai contohnya, pembinaan hukum Islam semasa boleh diperkasakan lagi dengan merujuk kepada mekanisme berfikir ala Islam yang ditekankan oleh al-Quran.

Bersesuaian dengan pandangan Islam yang menganggap Quran sebagai sumber utama ilmu pengetahuan yang dianugerahkan kepada manusia oleh Allah, 75 Tuhan dan Zat yang Maha Agung, kita terpaksa bergantung kepada penerangan al-Quran untuk mengetahui tentang kemampuan dan potensi akal fikiran manusia. Penerangan al-Quran ini perlu dikaji secara terperinci dan saintifik76 serta tidak boleh terhenti setakat itu sahaja seperti mana dipercayai oleh pendokong aliran Taqlid di kalangan umat Islam.77

Secara jelas kita terpaksa mengakui dan meniru sifat positif yang diamalkan oleh sarjana barat yang bersifat terbuka dan berterusan di dalam mengkaji sesuatu fenomena

73 Chua Yan Piaw, (2004), Creative And Critical Thinking Styles, Serdang: UPM. , hlm.23-25. Lihat juga, Jamaludin Tubah, (2002), Ciri- ciri Penyelidikan Tindakan Dari Perspektif Sains Sosial, Dlm. Abdul Rahim Abdul Rashid (pngr. ) Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sosial: Teori Dan Amalan, Kuala Lumpur: Penerbit UM. , hlm. 167- 168.74 Abdul Halim El- Muhammady, (1993), Perkembangan Undang- undang Islam Dari Zaman Rasulullah S. A. W Hingga Zaman Penjajahan Barat, Kuala Lumpur: ABIM. , hlm 2, lihat juga, Abdul Rahman Abdullah, (1996), Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: DBP. , hlm. 86- 88.75 Ramli Awang, Tasawwur Rabbani menurut al-Quran dan sunnah, Kuala Lumpur, 1997, hlm 179-187. 76 Abul Quasem Muhammad, Mutiara al-Quran, Kuala Lumpur, 1987, hlm x dan M. Quraisy Shihab, Membumikan al-Quran, Bandung, 1992, hlm 41.77 Imran Ahsan Nyazee, “ The scope of Taqlid in Islamic law “, dalam Islamic studies, v. XX11, no. 4, 1983, hlm 9-10.

Page 17: kertas kerjaku[1]

alam dan otak manusia itu sendiri,78 sehingga usaha ini mampu membangunkan tamadun material yang cukup hebat.

Berdasarkan penerangan al-Quran, kemampuan akal manusia adalah cukup tinggi, hinggakan ianya mengatasi kemampuan mahkluk Allah yang lain, termasuklah haiwan, malaikat dan syaitan itu sendiri.79 Apa yang lebih penting lagi, bersesuaian dengan konsep budaya ilmu Islam, potensi akal ini bukan hanya perlu diketahui secara kosong semata-mata bahkan perlu terus dibangunkan melalui penyelidikan ilmiah untuk diterapkan kepada institusi pendidikan.80

Antara kemampuan akal manusia yang diterangkan oleh al-Quran terdiri dari;(i) Kemampuan melihat dan merenung sesuatu fenomena di alam ini.81 Ianya

termasuk kemampuan mengaitkan hubungan antara sebab dengan akibat dan menyingkap pelbagai faktor lain yang menyebabkan akibat tersebut.82

(ii) Kemampuan mentafsir dan menganalisa sesuatu fenomena yang ditanggap oleh pancaindera lain. Ianya termasuklah keupayaan untuk memahami hikmah sesuatu perkara yang berlaku daripada peringkat teori yang bersifat abstrak dan mengubahnya menjadi sesuatu yang praktikal untuk diamalkan, memperbaiki dan memperkembangkannya untuk tujuan kehidupan.83

(iii) Kemampuan merakam maklumat yang dilalui oleh proses (i) dan (ii) serta mengingat semula apabila diperlukan untuk kegunaan menyelesaikan masalah.84

(iv) Kemampuan membuat andaian dan ramalan tentang apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Hal ini kelihatan dengan penekanan yang diberikan oleh al-Quran terhadap subjek sejarah umat nabi-nabi terdahulu,85 untuk diambil iktibar oleh umat Islam bagi merangka program perancangan masa hadapan dengan lebih baik dan terancang.86

(v) Kemampuan tafakur untuk tujuan muhasabah diri, menambah pengetahuan dan meningkatkan tahap keimanan kepada Allah.87 Dalam soal ini sarjana Islam telah memecahkan kemampuan ini kepada enam perkara;88

(a) Bertafakur tentang nikmat kurniaan Allah.(b) Bertafakur tentang luasnya ilmu Allah.(c) Bertafakur tentang kelalaian diri dan akibat daripadanya.(d) Bertafakur tentang kefanaan kehidupan duniawi.

78 Maklumat lanjut tentang kajian sarjana barat tentang potensi akal manusia boleh didapati dalam Abdul Rahman Abdullah, Falsafah dan kaedah pemikiran, Kuala Lumpur, 2001, hlm 8-15.79 Abdul Mujib, M. Ag., Fitrah dan keperibadian Islam : Sebuah pendekatan psikologis, Jakarta, 1999, hlm 49-55.80 Majid Ersan Kailani, Mendidik peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur, 1997, hlm 14-15.81 Quran 4:82; 47:22-24.82 Quran 29:30; 16:78.83 Quran 2:164.84 Quran 3:190-191.85 Quran 42:13.86 Abdul Halim el-Muhammady, Tasawwur Islam : huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan, Kuala Lumpur :ABIM, 2002, hlm 95-107.87 Quran 51:20-21.88 Abdul Rahman Abdullah, Falsafah dan kaedah pemikiran, Kuala Lumpur, 2001, hlm 90-91.

Page 18: kertas kerjaku[1]

(e) Bertafakur tentang maut yang pasti dilalui oleh setiap insan.(f) Bertafakur tentang akhlak, amalan dan hukuman yang bakal diterima.

Dalam soal aturan berfikir ini, kita boleh mengambil iktibar induktif dari penerangan al-Quran yang mengutuk beberapa aturan berfikir yang tidak sihat dan boleh menyesatkan seseorang. Secara khusus al-Quran telah menerangkan tiga bentuk dan aturan berfikir yang tidak sihat, yang amat perlu dijauhi oleh manusia, iaitu;

(i) Berfikir tanpa penggunaan pertimbangan yang waras yang menggunakan paradigma Taqlid.89

(ii) Berfikir secara pertimbangan yang singkat dan tergesa-gesa.90

(iii) Berfikir tanpa bantuan pakar dan berasaskan maklumat yang tidak tepat yang tidak diselidiki dengan lebih lanjut.91

Jadi, sebagai ganti kepada ketiga-tiga aturan berfikir di atas, berasaskan semangat al-Quran sendiri, kita perlu menggunakan aturan berfikir secara ilmiah yang dipakai dalam pendekatan barat dengan sedikit pembaikian. Antara kaedah ilmiah yang diperlukan untuk sesuatu proses penyelesaian masalah adalah;92

(i) Mengenalpasti dan memahami premis masalah.(ii) Mencari sebab dan punca masalah.(iii) Merancang dan menilai cara penyelesaian yang terbaik, yang didapati dari

proses (i) dan (ii).(iv) Membuat kesimpulan terhadap sesuatu penyelesaian masalah.

Di dalam tradisi pendidikan Islam, secara khususnya merujuk kepada amalan pedagogi yang diamalkan pada zaman kegemilangan Islam,93 kita akan mendapati bagaimana bukan setakat kesemua pendekatan penyelesaian masalah di atas telah secara kritikal dilaksanakan,94 bahkan kurikulum yang di amalkan amat menekankan kepada proses latihan budaya berfikir yang kritikal.95 Lebih tepat lagi institusi pendidikan Islam bertujuan bukan setakat melahirkan insan yang berilmu, tetapi apa yang lebih penting lagi adalah bagi melahirkan golongan intelektual yang mampu bertindak menggunakan daya intelektual (daya kognitif akal yang kritikal).96 Atas dasar inilah kita mendapati kurikulum pendidikan Islam silam merangkumi;

(i) kaedah hafalan bagi latihan menghidupkan potensi akal untuk merakam dan mengingat sesuatu fakta dengan tepat dan betul.97

89 Quran 17:36.90 Quran 24:15-17.91 Quran 4:83.92 Maklumat lanjut tentang kaedah ini boleh didapati dalam Abdul Rahman Abdullah, Falsafah dan kaedah pemikiran, hlm 146-147; lihat juga Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Etika penyelidikan Islam “, hlm 180-181.93 Maklumat lanjut tentang pelbagai bentuk institusi pendidikan Islam yang pernah wujud di zaman silam, sila lihat Fadzlullah Haji Shuib, Kecermelangan ilmu, hlm 118-139.94 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amir Mu’allim dan Yusdani, Konfigurasi pemikiran Hukum Islam, Yogyakarta, 1999, hlm 31-33 dan 64-67.95 Hasan Langgulung, Asas-asas pendidikan Islam, Kuala Lumpur, 1997, hlm 343-344.96 Azra Azyumardi, Esei-esei intelektual Muslim dan pendidikan Islam, Jakarta, 1999, hlm 43-47.97 Ibid, hlm 89-90.

Page 19: kertas kerjaku[1]

(ii) Kaedah Mantik yang mengajarkan tentang asas dan pendekatan yang paling betul untuk menilai kebenaran dan kesalahan sesuatu fakta yang diperolihi.98

(iii) Kaedah melatih proses kognitif dan penganalisaan kritikal terhadap sesuatu fakta membabitkan perbincangan (Jadali) secara terbuka, menekankan penyataan hujah naqli dan aqli (Tarjih) dan kesesuaian hujah dengan realiti yang ada.99

(iv) Kaedah sintesis yang mengadunkan sesuatu karya dan pendapat berasaskan kepada hasil perbincangan dengan pelbagai pihak yang benar-benar pakar.100

Ini termasuklah proses memperbaiki101 dan mengemaskinikan mana-mana pendapat yang masih lagi kabur dan tidak matang.102

Mengikut pendapat Abdul Majid Kailani perincian tentang pola dan budaya berfikir Islam yang sihat ini adalah merujuk kepada 103 :-

(i) Membiasakan berfikir secara autokritik mengantikan kaedah berfikir secara bentuk pembenaran. Kaedah pembenaran ini merujuk kepada cara berfikir yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri, suka berdolah dalih dan mengaitkan sesuatu kelemahan yang berlaku kepada orang lain, kerana pada anggapannya dirinya serba cukup dan sempurna.104

(ii) Membiasakan berfikir secara menyeluruh mengantikan berfikir secara sebahagian.105 Pemikiran secara menyeluruh ini merujuk kepada pengetahuan terhadap sesuatu secara mendalam dengan mengetahui ciri-ciri, perincian dan hubungannya diantara perincian tersebut.106

(iii) Membiasakan berfikir secara reformatif mengantikan berfikir secara jumud dan tradisional.107

(iv) Membiasakan berfikir secara ilmiah mengantikan berfikir secara prasangka108 dan mengikut hawa nafsu.109

(v) Membiasakan berfikir secara kolektif mengantikan berfikir secara bersendirian.110

(vi) Membiasakan berfikir sesuai dengan hukum alam mengantikan berfikir secara supra rasional dan tahyul.111

98 Mat Rofa Ismail, Mantik dalam babak pemikiran ilmiah tamadun manusia, Kuala Lumpur, 1997, hlm 28-39.99 Azra Azyumardi, Esei-esei intelektual Muslim dan pendidikan Islam, hlm 37-42.100 Abdullah Alwi Haji Hassan, “ Penyelidikan sebagai asas kemantapan pengajian syariah “, hlm 15-19.101 Maklumat lanjut tentang pendekatan ini yang diamalkan oleh sarjana Islam boleh didapati dalam Abd. Halim Ramli, “ Islamisasi ilmu dalam tradisi intelektual Muslim klasik “, dalam Jurnal Tasawwur Islam, v. 3, 1997, hlm 96-104.102 Fadzlullah Haji Shuib, Kecermelangan ilmu, hlm 52-57.103 Majid Ersan Kailani, Mendidik peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur, 1997, hlm 20-30.104 Quran 42:30; 53:32; 7:22-23.105 Quran 10:39.106 Quran 3:7 dan 2:256.107 Quran 43:23 dan 2:170.108 Quran 17:36 dan 18:15.109 Quran 53:23 dan 28.110 Quran 8:25.111 Quran 33:38.

Page 20: kertas kerjaku[1]

PEMIKIRAN SAINTIFIK APLIKASI DALAM GAGASAN FIQH MALAYSIA

Idea dan teori Fiqh Malaysia semasa yang dikemukakan oleh Mahmood Zuhdi Abd Majid yang cuba mengisi era kebangkitan semula Islam di Tahun 1980-2000an dengan pendekatan jawapan fiqh Islam yang lebih bersifat terkini dan sesuai dengan realiti tempatan Malaysia.112 Hasilnya, dengan rujukan khusus kepada apa yang dijalankan di APIUM, gagasan fiqh Malaysia ini telah disertakan dengan beberapa reformasi positif membabitkan perubahan kurikulum dan pedagogi pengajian seperti;

(i) Proses menilai, mengubah dan melakukan ijtihad tarjih terhadap permasalahan semasa di Malaysia113 yang tiada jawapan daripada nas-nas Quran dan Sunnah, dan kitab fiqh klasik. Lebih tepat lagi, ianya bukan bersifat umum dan retorik semata-mata, bahkan turut menyediakan alternatif lengkap dan terperinci dengan mengaplikasikan pendekatan ijtihad tarjih yang bakal menilai kerelevanan jawapan fuqaha silam berasaskan realiti semasa di Malaysia..

(ii) Proses menyediakan kaedah-kaedah dan metodologi asas di dalam ilmu usul al-fiqh yang dapat membantu gologan fuqaha menyelesaikan persoalan baru di Malaysia. Antara metodologi berkaitan yang kerap digunakan adalah kaedah curf, ijtihad jamaci, tarjih, talfiq, ijmac, maqasid al-sharicah, maslahah, Siyasah Sharciyyah 114dan sebagainya.

(iii) Menekankan subjek keagamaan Islam yang lebih menjuruskan kepada realiti Malaysia semasa dan bukannya bertumpu kepada realiti bukan Malaysia (Timur tengah) daripada zaman pertengahan silam.

(iv) Menekankan kepentingan membangunkan kaedah penyelidikan yang bersifat semasa terhadap disiplin pengajian Islam.

(v) Penerapan S&T di dalam pengajian keilmuan Islam.(vi) Memperkenalkan subjek yang boleh menjanakan daya kritikal dan

kebolehan menyelesaikan masalah semasa kepada pelajar.(vii) Berusaha membentuk intellectual discourse dengan menjadikan konsep

Fiqh Malaysia sebagai asas utama untuk menyelesaikan permasalahan ummah Islam di Malaysia, yang dipecahkan kepada beberapa tema yang utama, seperti keperluan hukum Islam semasa,115 budaya116 dan

112 Dalam konteks Malaysia, gagasan mewujudkan konsep Fiqh Malaysia ini telah pertama kalinya diutarakan oleh Professor Datuk Mahmood Zuhdi Abdul Majid. Lihat teks syarahan perdana beliau yang bertajuk Hukum Islam semasa di Malaysia : Prospek dan cabaran, pada 16hb. Ogos 1997.113 Sebagai contohnya, lihat Raihanah haji Abdullah, “Pegawai Syariah wanita di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia”, dalam Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun, hlm 221-232; Anisah Ab. Ghani, “Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat Islam kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa”, dalam: Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, hlm 239-248.114 Kesemua perbincangan yang agak detail tentang kaedah-kaedah ini ada diterangkan oleh serangkaian tokoh tempatan di dalam bahagian metodologi (ii) buku: Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, disunting oleh Dr. Abdul Karim Ali dan Raihanah Haji Azhari, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 1999. 115 Seminar yang bertemakan “ Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun “ telah dianjurkan oleh APIUM pada 26-27hb. Jun 1997, yang kemudiannya menghasilkan koleksi kertas kerja yang dibukukan dengan tajuk Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun. 116Seminar yang menekankan tema ini telah dianjurkan oleh APIUM pada 23-24hb. Jun 1999, yang menghasilkan koleksi kertas kerja bertajuk Fiqh Malaysia : Ke arah pembinaan Fiqh tempatan yang terkini.

Page 21: kertas kerjaku[1]

soal kepenggunaan. Intellectual discourse ini yang dibuat dalam bentuk seminar yang khusus bertujuan menyedarkan masyarakat dan bakal menjana perkembangannya dengan menerimapakai pandangan sarjana yang berbeza, untuk tujuan memantapkan lagi gagasan yang dipilih.

(viii) Mengalakkan penulisan latihan ilmiah di peringkat ijazah pertama dan lanjutan menggunakan kerangka Fiqh Malaysia di dalam menyelesaikan pelbagai masalah semasa yang benar-benar berlaku di dalam masyarakat.117

Apa yang jelasnya, kita boleh menegaskan bahawa kejayaan gagasan fiqh Malaysia ini bergantung sepenuhnya dengan kewujudan kerangka pemikiran Islam yang lebih canggih, proaktif dan mampu menanggani sebarang masalah baru yang timbul. Atas dasar inilah,kita mencadangkan agar gagasan fiqh Malaysia ini diperkukuhkan lagi dengan kaedah pemikiran saintifik.

Pada dasarnya kaedah pemikiran saintifik merupakan lanjutan kepada program tajdid pemikiran Islam, yang berkembang di dalam era tahun 1980- 2000 dan kerelevanannya maksimum dalam konteks dunia moden. Berasaskan kepada kaedah ini, pelbagai teori lain yang menggunakan pendekatan yang sama dikemukakan. Antara teori-teori ini adalah seperti teori double movement yang dikemukakan oleh Fazlur Rahman,118 teori muqaranah al-Mazahib oleh Mahmud Shaltut119, teori ijtihad insya’I dan intiqa’I oleh Yusuf Qardawi,120 teori teks dan kontekstualnya oleh Ali Syariati,121 Mahmud Muhammad Taha dengan teori nasakh,122 teori al-Turath wal Tajdid oleh Hassan Hanafi123, teori Takwil dan Tadwin oleh Nasr Hamid Abu Zayd,124 teori hudud (batas) oleh Muhammad Syahrur125 dan teori model pemikiran bayani, burhani dan irfani oleh al-Jabiri.126Walaupun diakui tidak semua daripada teori-teori ini sesuai dipakai untuk konteks Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya ianya bakal menunjukkan tentang sifat kelewusan dan dinamisme yang terdapat di dalam pemikiran dan penyelidikan hukum Islam semasa.127

117 Terdapat sejumlah besar latihan ilmiah di APIUM yang menggunakan kerangka ini. Lihat sebagai contohnya Alias Azhar, Metodologi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dalam mengeluarkan fatwa-fatwa: kajian dari tahun 1985-1995, Tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, sessi 2000/2001 dan lihat juga Nor Aziah Draman, Fiqh Malaysia : realiti atau retorik, suatu kajian menurut pandangan fuqaha semasa, Latihan ilmiah untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, sessi 2000/2001. 118 Fazlur Rahman, Islam and modernity : Transformation of an intellectual tradition, Chicago : The university of Chicago press, 1984.119 Mahmud Shaltut, al-Islam : Aqidah wa Syariah, Kaherah, Dar al-Qalam, tt.120 Yusuf Qardawi, al-Ijtihad fi al-shariah al-Islamiyyah ma’a Nazarat Tahliliyyah fi al-Ijtihad al-mua’sir, Kuwait : Dar al-Qamm, tt.121 Ali Syariati, On the sociology of Islam, terjem. Hamid Alqar, Berkeley : Mizan press, 1979.122 Mahmud Muhammad Taha, The second messages of Islam, terjem. Abdullah Ahmed al-Naim, Syracuse : Syracuse university press, 1987.123 Hassan Hanafi, Dirasah al-Islamiyyah, Kaherah : Maktabah al-Misriyyah, 1981.124 Nasr Hamid Abu Zayd, Mafhum al-Nass : Dirasah fi uluum al-Quran, Beirut : Markaz al-Saqafi al-‘Arabi, 1994.125 Muhammad Shahrur, al-Kitab wa al-Quran : qira’ah al-Mua’sirah, Kaherah : Sina lil Nasr, 1992.126 Muhammad Abid al-Jabiri, Takwin al-‘Aql al-‘Arabi, Beirut : Markaz Dirasah al-Widah al-‘Arabiyyah, 1989.127 Wael Hallaq, A History of Islamic legal theory : An introduction to Sunni usul al-Fiqh, Cambridge : Cambridge university press, 1997, hlm 245-253.

Page 22: kertas kerjaku[1]

Matlamat utama kaedah ini antara lainnya untuk mencapai beberapa perkara yang utama;

(i) Membebaskan umat Islam daripada budaya Taqlid yang secara kuat telah mencengkam pemikiran umat Islam, sehingga menyebabkan terjadinya tragedi konflik berdarah sesama sendiri dan wujudnya kekosongan ilmu keislaman dalam bentuk jawapan terhadap persoalan kemanusiaan semasa.128

(ii) Meneruskan semangat ijtihad (penyelidikan dan penjanaan daya fikir intelektual) yang dilihat telah menjadi asas utama kepada kejayaan pembangunan tamadun intelektual umat Islam silam.129

(iii) Meneruskan program pembangunan dan pengembangan metodologi keilmuan Islam, sebagai lanjutan kepada usaha pengilmuan yang dilakukan oleh sarjana Islam silam. Proses pengilmuan yang membabitkan penelitian ulangkaji terhadap kaedah dan teori silam dirasakan amat perlu bagi menjamin keutuhan perkembangan ilmu Islam untuk kontek zaman moden ini.130

(iv) Membersihkan Islam daripada segala nisbah keburukan yang sering dikaitkan dengan kejumudan, kebekuan dan kelesuan penyelesaian hukum semasa131. Oleh sebab itu demi untuk menjaga kemurnian Islam, kaedah pemikiran saintifik ini amat perlu dilakukan dan seterusnya patut dikemukakan dengan teori baru yang lebih sejiwa dengan Islam.

(i) Mengamalkan pendekatan aktif sebagai ganti kepada pendekatan pasif terhadap sesuatu isu dan masalah yang timbul di dalam masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan pendekatan aktif adalah usaha fuqaha yang menyebarkan kepada masyarakat tentang apa dan bagaimana sesuatu tindakan amali manusia patut dilakukan mengikut Islam. Manakala pendekatan pasif pula merujuk kepada usaha fuqaha menerangkan terhadap apa-apa masalah yang timbul daripada peristiwa hukum (waqi’ah) samada ianya bertentangan dengan hukum Islam ataupun tidak.132 Berasaskan realiti yang ada, ternyata pendekatan pasif lebih kerap digunakan untuk zaman moden ini.133 Dalam soal ini, belakang masalah yang timbul secara mendalam mengingatkan fuqaha bahawa mereka patut menjadi agen perubahan yang bersikap prihatin dan proaktif dengan isu-isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.134Bersesuaian dengan tugas fuqaha sebagai pewaris nabi-nabi, sepatutnya tugas mereka bukan terhad kepada menjadi penyaksi kepada

128 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Gerakan Tajdid di Malaysia : Teori dan realiti “, dalam Dinamisme pengajian Syariah, Kuala Lumpur, 1997, hlm 102-103.129 Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengantar undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm 34-40.130 Ibrahim Abu Rabi’, “ Issues in contemporary Arab thought : cultural decolonization and the challenges of the 21st century “, dalam Intellectual discourse, v. 5, no. 2, 1997, hlm 170-173; H.M. Amin Abdullah, “ Paradigma alternative pengembangan usul al-fiqh dan dampaknya pada fiqh Kontemporer “,dalam ed. Riyanto Neo Usul Fiqh : menuju ijtihad kontekstual, Yogyakarta : Fakultas Syariah press, 2004, hlm 137-138131 Mahmood Zuhdi And. Majid, (1997), op- cit. , hlm. 20.132 Lihat sebagai contohnya Ahmad Hidayat Buang, “ Penyediaan dan pengeluaran fatwa “, dalam (edit) Ahmad Hidayat Buang, Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUM, 2004, hlm 97-116.133 Amir Mu’allim, Konfigurasi pemikiran Hukum Islam, Yogyakarta : UII Press, 1999, hlm 46-47.134 Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Pengantar undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm 34-40.

Page 23: kertas kerjaku[1]

peristiwa sejarah di zamannya, tetapi apa yang lebih penting lagi mereka patut menjadi tenaga utama yang mengerakkan peristiwa sejarah tersebut dengan menganalisis permasalahan semasa dan mengemukakan jawapan yang terbaik.135

(ii) Mengkaji punca dan latar belakang masalah yang timbul secara mendalam dan lebih holistic,136 dan sebaiknya seseorang fuqaha itu perlu mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar yang kompeten, walaupun ianya bukan daripada kalangan fuqaha Islam itu sendiri.137 Jadi, dalam kes pluralism agama ini, tidak dapat tidak seseorang fuqaha itu perlu mendapatkan maklumat yang lengkap daripada pakar yang berkaitan ataupun perlu merujuk kepada bahan kajian yang diusahakan oleh pakar tersebut.138

(iii) Mengkaji jawapan Islam daripada sumber klasik ataupun semasa yang kemungkinan mempunyai asas dan prinsip yang hampir bertepatan dengan tema yang dikaji. Dalam soal ini, seseorang fuqaha perlu mengamalkan pendekatan perbandingan mazhab yang lebih terbuka dan tidak terpengaruh dengan budaya Taqlid kepada warisan silam ataupun kepada warisan sekularisme barat.

(iv) Mengamalkan sikap yang selektif terhadap bahan-bahan kajian luar samada bahan dari mazhab Islam lain ataupun bahan daripada barat. Merujuk kepada bahan dari mazhab Islam yang lain, seseorang sarjana Islam perlu bersifat terbuka dan tidak membataskan penyelesaian kepada sesuatu mazhab semata-mata. Apa yang lebih penting lagi, beliau perlu mengakui dan menghormati pandangan fuqaha lain yang terbabit di dalam proses mendapatkan maklumat untuk sesuatu penyelidikan hukum dan seterusnya melakukan analisa yang terbaik terhadap fakta terbabit. Hal ini boleh dilakukan dengan pendekatan model fiqh perbandingan membabitkan semua mazhab terbesar di dalam Islam, dengan cara menerima pakai sumber yang berbeza, meneliti hujah yang digunakan secara terbuka dan memilih untuk menerima pakai mana-mana pendapat yang lebih bertepatan dengan kehendak syarak.139 Dalam pendekatan ini seseorang fuqaha perlu membebaskan diri dari belenggu fanatik mazhab dan mengutamakan maslaha perpaduan ummah melebihi segala-galanya.140

(v) Mengkaji jawapan Islam yang terkandung di dalam precedent warisan silam secara kontekstual dan perlu mengambilkira reality zaman moden ini. Kepentingan menggunakan kaedah pentafsiran kontektual yang tidak terlalu static berasaskan kepentingan maslahah semasa.141

135 Mohd Kamil Ab. Majid, “ Ulama dan perubahan social dalam Islam “, dalam Jurnal usuluddin, bil. 10, 1999, hlm 84-93.136 Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa “, dalam Jurnal Afkar, v. 1, 2000, hlm 177-196.137 Abdul Salam Madkhul, al-Madkhal li fiqh al-Islami, Kaherah, 1996, hlm 6.138 Lihat sebagai contohnya AbdulAziz Sachedina, The Islamic roots of Democracy Pluralism, New York : Oxford University press, 2001.139 Perbincangan lanjut boleh didapati dalam Datin Paizah Hj. Ismail, “ Fiqh al-Awlawiyat : Konsep dan hubungannya dengan fiqh al-Muwazanat, fiqh al-Syar’ dan fiqh al-Waqi’ dalam pelaksanaan hukum Islam “, dalam Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun, hlm 73-80.140 Abdulaziz Sachedina, “ Ali Shari’ati : Idealogue of the Iranian revolution “, dalam Voices of resurgent Islam, New York, 1983, hlm 192-196.

Page 24: kertas kerjaku[1]

IMPLIKASI PEMIKIRAN SAINTIFIK TERHADAP PARADIGMA PEMIKIRAN SARJANA ISLAM TEMPATAN

Pemikiran saintifik adalah berkait rapat dengan penyelidikan sains yang dikenali sebagai sesuatu daya usaha bagi menemui pengetahuan baru. Dalam penyelidikan ini, penggunaan alat- alat canggih adalah penting, namun alat yang tercanggih ialah otak atau akal pemikiran penyelidik itu sendiri. Kesinambungan itu, penyelidik perlu mempunyai panduan- panduan formal untuk berfikir bagi menemui ilmu baru. Garis panduan bagi aplikasi dan adaptasi pemikiran saintifik turut menyumbang kepada pembinaan kredibiliti sarjana Islam dalam pembinaan hukum Islam semasa. Antara implikasi tersebut ialah :-

Pertamanya, menanamkan ke dalam diri seseorang sarjana Islam tentang kepentingan penyelidikan ilmiah dalam usaha mengangkat martabat ummah.142 Apa yang menyedihkan adalah kedapatan sesetengah orang yang beranggapan bahawa sesuatu perjuangan Islam hanya perlu dilakukan dalam kegiatan politik semata-mata dan memandang rendah terhadap kegiatan keilmuan yang membabitkan penyelidikan ilmiah. Sikap simplistik ini menjadikan seseorang Islam itu lebih banyak bercakap dalam soal perjuangan tanpa mengisi matlamat perjuangannya dengan pengisian keilmuan yang bermakna. 143

Keduanya, mengamalkan budaya berfikir yang sihat dan proaktif yang perlu diterapkan secara sistematik ke dalam institusi pengajian Islam amnya dan usaha penyelidikan ilmiah Islam khususnya.144

Ketiganya, memantapkan penguasaan sesuatu bidang penyelidikan dalam pengajian Islam dan membentuk suatu kelompok sarjana yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut. Hal ini dapat dilakukan dengan beberapa cara;

(i) membiasakan diri dengan pengemaskinian bahan-bahan bibliografi terkini dalam sesuatu bidang yang dipilih. Sebagai contohnya, di dalam usaha mengumpul segala maklumat yang tepat dan terkini dalam bidang pengajian Islam, genre orientalis barat telah mewujudkan koleksi Index Islamicus yang mengandungi segala bahan berkaitan Islam. Begitu juga halnya dengan pengajian sosiologi di Malaysia yang telah mewujudkan koleksi Malaysiana, Kelantania dan sebagainya. Hal yang sama patut dilakukan kepada sesuatu bidang pengajian Islam.

(ii) mendedahkan diri dan mengikuti sebarang perkembangan baru yang dihasilkan di dalam sesuatu bidang yang merangkumi persoalan pembentukan teori yang baru, penganalisaan yang kritikal dan penggunaan metodologi yang lebih moden.

(iii) Mengikuti perkembangan penerbitan bahan kajian yang bermutu dalam bidang yang dipilih, seperti tesis, Ensiklopadeia dan sebagainya.

141 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Yunus Soualhi, The doctrine of certainty in the Islamic legal methods of inference, tesis Ph.D untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, 1999, hlm 90-154.142 Maklumat lanjut tentang soal ini boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Etika penyelidikan Islam : satu analisa “, dalam Jurnal Afkar, bil. 1, 2000, hlm 179-182.143 Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pengantar undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur, 1997, hlm 7-11.144 Majid Ersan Kailani, Mendidik peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur, 1997, hlm 20-30.

Page 25: kertas kerjaku[1]

(iv) Mengadakan sessi wacana intelektual antara pakar yang terpilih demi untuk mewujudkan budaya intelektual yang berbentuk brain storming.

(v) Melatih pelajar yang terpilih untuk melakukan sesuatu penyelidikan lanjutan menggunakan kaedah penyelidikan baru terhadap sesuatu tajuk yang relevan dan up to date demi untuk memantapkan dan mengemaskinikan lagi koleksi bidang yang telah terkumpul.

(vi) Menetapkan piawaian yang tinggi terhadap penghasilan sesuatu kajian ilmiah berasaskan kepada (a) pembentangan proposal kajian ilmiah yang lengkap, (b) penganalisaan yang kreatif terhadap sesuatu teori ataupun mencabar keutuhan sesuatu teori yang dominan, (c) pembentangan literature review yang lebih rapi demi untuk memastikan sesuatu kajian itu dapat menyumbang ke arah penemuan yang baru, (d) pembentangan kaedah metodologi yang jelas dan (e) penggunaan analisis bahan dan fakta yang bersifat kritikal dan tidak stereotype.

Keempatnya, memperluaskan kajian terhadap pengajian Islam di dalam dua skop yang utama, iaitu skop perbincangan teorikal dan skop Islam secara regional. Rasional pendekatan ini diambil adalah kerana pertamanya, secara sosiologinya pemahaman Islam secara teori amat berbeza dengan amalan praktikal yang diamalkan oleh penganut Islam. Keduanya, dengan berkembangnya skop pengajian antara benua (regional studies) yang merentasi banyak benua, penekanan kajian terhadap pengamalan umat Islam tidak harus dibataskan kepada kawasan alam Melayu semata-mata, bahkan patut diperluaskan pengkajian terhadap seluruh kawasan penganut Islam, merangkumi kawasan Asia, Timur tengah, Pakistan, India, Eropah dan sebagainya. 145

Kelimanya, mengamalkan sikap yang terbuka dan selektif terhadap bahan-bahan kajian luar samada bahan dari mazhab Islam lain ataupun bahan daripada barat. Merujuk kepada bahan dari mazhab Islam yang lain, seseorang sarjana Islam perlu bersifat terbuka dan tidak membataskan penyelesaian kepada sesuatu mazhab semata-mata. Apa yang lebih penting lagi, beliau perlu mengakui dan menghormati pandangan fuqaha lain yang terbabit di dalam proses mendapatkan maklumat untuk sesuatu penyelidikan hukum dan seterusnya melakukan analisa yang terbaik terhadap fakta terbabit. Hal ini boleh dilakukan dengan pendekatan model fiqh perbandingan membabitkan semua mazhab terbesar di dalam Islam, dengan cara menerima pakai sumber yang berbeza, meneliti hujah yang digunakan secara terbuka dan memilih untuk menerima pakai mana-mana pendapat yang lebih bertepatan dengan kehendak syarak.146 Dalam pendekatan ini seseorang fuqaha perlu membebaskan diri dari belenggu fanatik mazhab dan mengutamakan maslaha perpaduan ummah melebihi segala-galanya.147

Begitu juga sikap yang positif dan selektif patut diperluaskan kepada bahan daripada genre orientalism. Berasaskan sifat genre orientalism yang rata-ratanya

145 Lihat sebagai contohnya pembahagian regional studies tentang masyarakat Islam seluruh dunia di dalam buku John Esposito, Islam and Democracy, Oxford, 1996.146 Perbincangan lanjut boleh didapati dalam Datin Paizah Hj. Ismail, “ Fiqh al-Awlawiyat : Konsep dan hubungannya dengan fiqh al-Muwazanat, fiqh al-Syar’ dan fiqh al-Waqi’ dalam pelaksanaan hukum Islam “, dalam Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun, hlm 73-80.147 Abdulaziz Sachedina, “ Ali Shari’ati : Idealogue of the Iranian revolution “, dalam Voices of resurgent Islam, New York, 1983, hlm 192-196.

Page 26: kertas kerjaku[1]

bersifat anti Islam148 dan diusahakan oleh sarjana bukan Islam telah menyebabkan sesetengah pihak mengambil sikap negatif dan pasif (tidak mempedulikan) dengan menentang keras dan menafikan unsur-unsur kebaikan yang kedapatan di dalam karya tersebut. Malahan terdapat setengah pihak yang menyatakan bahawa sesiapa yang belajar daripada golongan orientalis akan dianggap sebagai musuh ummah Islam, pengikut syaitan dan penyambung lidah orientalis, yang wajib ditentang keras oleh seluruh umat Islam.149 Bahkan mengikut pendapat Wan Mohd. Nor Wan Daud, terdapat sejumlah besar dari sarjana Islam sendiri yang telah dijangkiti penyakit westophobia, sikap takut dan benci yang tidak rasional terhadap barat. Pada dasarnya, penyakit ini adalah serpihan daripada penyakit akal, xenophobia yang menyebabkan penghidapnya sentiasa takut kepada unsur-unsur luar.150

Dalam sejarah tradisi keilmuan Islam, kita dapat melihat bagaimana kebanyakan sarjana Islam telah memberi respon yang positif terhadap karya bukan Islam dengan mengkaji pendapat mereka serta secara teratur telah mengemuka dan menjawab kelemahan pendapat mereka.151 Apa yang lebih menarik lagi, sifat yang prihatin ini tidak terhad kepada karya golongan bukan Islam semata-mata, bahkan turut dilakukan terhadap sesama Islam, yang sayangnya telah diresapi dengan sifat fanatik dan taasub mazhab yang melampau.152 Usaha ini telah diteruskan kemudiannya oleh sarjana Islam era moden ini yang telah menjelaskan sejarah, taktik dan kelemahan genre orientalism ini.153

Dengan menggunakan pendekatan selektif154, berhati-hati (Islamization of knowledge)155 dan prihatin dengan taktik musuh, kita terpaksa mengakui kepentingan yang kedapatan daripada karya orientalism ini, dan sekali gus boleh belajar dan mengambil manafaat daripadanya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa unsur-unsur kebaikan ini sesetengahnya telah diambil semangatnya dari tamadun keilmuaan umat Islam 156yang sayangnya telah dilupakan pula oleh umat Islam sendiri. Antaranya:-

148 Asaf Husain, “ The Ideology of Orientalism “, dalam Orientalism, Islam and Islamist, Vermont, 1984, hlm 5-22.149 Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia : Sejarah dan aliran, Jakarta, 1997, hlm 102.150 Kata pengantar Wan Mohd Nor Wan Daud di dalam buku Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, Epistemologi Islam : Teori ilmu dalam al-Quran, Kuala Lumpur, 1999, hlm xv.151 Muhammad Abdul Rauf, The Muslim mind : A study of the intellectual Muslim life during the classical era (101-700H), Kuala Lumpur, 1995, hlm 84-88. Contoh yang paling relevan adalah apa yang telah diusahakan oleh Imam Ghazali yang mengkaji aliran falsafah Yunani dan ajaran Batiniah sesat dan menjelaskan keburukan yang terhasil dari kedua aliran sesat ini terhadap umat Islam. Lihat Mohd Fauzi Hamat, “ Penghasilan karya sintesis antara Mantik dan Usul al-Fiqh : rujukan kepada kitab al-Mustasfa Min `ilm al-Usul, karangan Imam al-Ghazali (m. 505H/1111M) “, dalam jurnal AFKAR, bil. 1, 2000, hlm 126-137.152 Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Sejarah pembinaan Hukum Islam, Kuala Lumpur, 1992, hlm 220-221.153 Lihat sebagai contohnya Mahmud Hamdi Zaqzuq, Orientalisme, kesan pemikirannya terhadap Tamadun Islam, terj. Mudasir Rosder, Kuala lumpur, 1989; Mohammad Khalifa, al-Quran dan Orientalisme, terj. Zakaria Stapa, Kuala Lumpur, 1994 dan Abdul Halim el-Muhammady, Sumber undang-undang Islam dan pandangan orientalis, Petaling Jaya, 1994.154 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Kebudayaan Melayu dan Islam di Nusantara : satu analisa pengkaedahan “, kertas untuk Seminar hukum Islam semasa III peringkat Kebangsaan 2000, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8 November 2000, hlm 12-13.155 Lihat Zaini Ujang, “ Tinjauan terhadap pendidikan bersepadu : suatu sorotan dalam pengajian kejuruteraan alam sekitar “, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 2, bil. 1, 1989, hlm 39-42.156 Syed Muhammad Dawilah, op.cit, hlm xiv-xv.

Page 27: kertas kerjaku[1]

(1) Bentuk kajian yang bersifat terbuka dan bebas dari sifat fanatik kepada seseorang tokoh tertentu. Dalam kerangka keilmuan barat tidak ada sesesiapapun yang boleh dianggap sebagai maksum, serba sempurna dan tidak boleh dikritik pendapatnya, walaupun ianya seorang tokoh yang terkemuka.157 Dalam soal ini, kita boleh melihat bagaimana seseorang sarjana orientalis begitu kritikal sekali terhadap sesuatu pendapat sarjana lain, termasuklah pendapat sesama mereka sendiri. Sebagai contohnya, banyak dari pendapat Joseph Schacht yang dikemukakan di dalam bukunya, the origins of Muhammadan Jurispredence telah dikritik hebat oleh sarjana orientalis lain seperti Wael Hallaq.158 Antara contoh yang lain adalah tindakan M. Watt yang menolak pendapat Theodor Noldeke yang mengatakan Rasulullah telah terkena penyakit gila babi. Menurutnya, sekiranya Rasulullah tidak normal, tidak akan ada orang yang akan tertarik dengan ajaran Islam semasa hayatnya. Katanya; “ epilepsi leads to physical and mental degeneration, and there are no signs of that in Muhammad; on the contrary he was clearly in full possession of his faculties to the end of his life.”159 Hasilnya, semangat keilmuan yang sentiasa berkembang dan mementingkan sifat kritikal dan kreativiti telah secara positifnya telah terus hidup di dalam kerangka keilmuan barat.(2) Bentuk kajian yang menekankan persoalan sumber yang berotoriti di dalam penelitian terhadap sesuatu fenomena yang timbul di dalam persoalan agama. Di dalam kerangka pendekatan Historicisme160kajian terhadap sesuatu objek kajian yang berupa tokoh dan peristiwa sejarah perlu dibuat melalui beberapa kaedah yang agak ketat, pertama, menghadkan sesuatu kajian terhadap bahan sumber yang tertentu dan kedapatan. Kajian terhadap sumber primary ini akan diteliti dengan begitu rapi untuk memastikan kebenarannya,161 yang kemudiannya bakal dianalisa untuk mengetahui pendapat sebenar yang dipegang oleh seseorang sarjana.162 Keduanya, kajian yang mendalam terhadap sesuatu objek boleh diketahui dengan menggunakan kajian pensejarahan yang mengkaji asal usul sesuatu objek yang kemudiannya akan memudahkan seseorang pengkaji mengetahui sebab dan faktur utama sesuatu perkara itu muncul.163 (3) Bentuk kajian yang menggunakan pendekatan fenomenologi (ethno methodology) yang mengkaji sesuatu objek dari kaca mata penganut objek yang dikaji.164 Dalam pendekatan ini, pemahaman terhadap sesuatu pegangan keagamaan hanya boleh dibuat

157 Abdul Rahman Abdullah, Wacana falsafah sejarah : perspektif barat dan timur, Kuala Lumpur, 2000, hlm 72-74. 158 Sebagai contohnya, beliau telah menolak pendapat J. Schacht yang mengatakan kebekuan perundangan Islam berlaku kerana kononnya pintu ijtihad telah ditutup, sedangkan walaupun selepas pintu ijtihad dikatakan telah ditutup pada abad ke empat Hijrah, perundangan Islam masih lagi terus berkembang pesat. Lihat W. Hallaq, “ Was the gate of Ijtihad closed “, dalam International journal of Middle East studies, v. 16, 1984, hlm 32-34.159 W.M. Watt, Muhammad prophet and statesman, London, 1961, hlm 19.160 Pendekatan ini dijelaskan sebagai the view that history of everything is a sufficient explanation of it, that the values of anything can be accounted for through the discovery of its origins, that the nature of everything is entirely comprehended in its development. Lihat J. K. Feibleman, “ Historicism “ dalam Dictionary of Philosophy, New Jersey, 1976, hlm 127.161 Lihat sebagai contohnya Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu : Kajian tentang tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur, 1992, hlm 1-3.162 Abdul Rahman Abdullah, Wacana falsafah sejarah, hlm 79-86.163 Mohamad Natsir Mahmud, Orientalism, hlm 68-69.164 Maklumat lanjut tentang pendekatan ini boleh didapati dalam Zainal Kling, Antropologi tafsiran : sumbangan kebudayaan Melayu kepada teori, Syarahan perdana untuk pengukuhan profesor, Kuala Lumpur, 1994.

Page 28: kertas kerjaku[1]

dengan cara memasuki alam fikiran masyarakat yang dikaji untuk mengetahui sebab utama sesuatu perlakuan yang berkait dengan nilai-nilai kegamaan dibuat oleh penganutnya.165 Maksudnya, kajian ini terpaksa mengambilkira soal luaran dan dalaman (spiritual) yang menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan. Dalam soal ini, banyak sarjana luar yang cuba untuk mengkaji Islam telah terkeliru kerana bergantung kepada sumber yang diberikan oleh sarjana orientalis yang memusuhi Islam. Oleh itu sarjana barat sendiri telah secara jujur menasihati sarjana Islam supaya bersikap skeptik terhadap genre orientalism,166 sebaliknya patut bergantung kepada sumber Islam sendiri, yang ditegaskan oleh Boisard dengan katanya apa yang diyakinioleh umat sendiri yang lebih penting daripada apa yang dikatakan oleh orientalis barat mengenai ajaran Islam.167

(4) Bentuk kajian yang mengandungi kaedah analisis gejala sosial yang agak baik seperti mana halnya tradisi keilmuan Islam mempunyai kaedah analisis teks yang cukup baik terangkum di dalam ilmu usul al-fiqh.168 Berasaskan kaedah sains sosial ini telah menyebabkan terdapat sesetengah orientalis telah memberikan gambaran yang agak baik terhadap Islam dan merakamkan kepada masyarakat akademik dunia tentang peranan yang telah dimainkan oleh Rasulullah.169

(5) Bentuk kajian yang kaya dengan unsur-unsur mechanical analisis data yang dibuat terhadap karya-karya tradisi Islam. Sebagai lanjutan dari pengunaan pendekatan historicisme dan fenomenologi, sarjana orientalis telah berusaha melakukan analisis data terhadap karya-karya klasik umat Islam. Antara bahan-bahan yang dimaksudkan ini adalah seperti Index Islamicus, Encyclopedia of Islam, Mu’jam al-Quran dan Sunnah, terjemahan tafsir Quran, Sirah Nabawi dan terjemahan terhadap karya-karya sintesis fuqaha silam.170 Hasilnya, kajian-kajian bentuk ini telah membantu proses penyelidikan yang dilakukan oleh seseorang penyelidik termasuklah penyelidik Islam sendiri. (6) Bentuk kajian ilmiah yang memberi gambaran yang jujur dan positif terhadap Islam. Pendapat yang pro-Islam ini sayangnya telah ditenggelami dengan pendapat yang anti Islam, sehinggalah terdapat semacam kebiasaan di kalangan sarjana Islam yang menganggap semua genre orientalism adalah anti Islam.171Hal ini berlaku tidak lain kerana mereka benar-benar mengikut disiplin kajian ilmiah, yang telah menemukan mereka kepada fakta sebenar berkaitan dengan agama Islam. Secara jelas, orientalis dari kategori ini rata-ratanya telah tertarik dengan ketokohan Rasulullah172 berbanding dengan tokoh-tokoh dunia yang lain.173 Disamping itu juga, tindakan yang memberi gambaran positif ini timbul kerana mereka merasa tertekan dengan serangan anti agama yang

165 J. Waardenburg, Classical approaches to the study of religion, The Hague, 1973, hlm 412.166 J. E. Royster, “ The study of Muhammad : A survey of approaches from the perspective of the history and Phenomenology of religion “ dalam The Muslim world, no. 62, 1972, hlm 68.167 M. Boisard, Humanisme dalam Islam, hlm 36.168 Louay Safi, Asas-asas ilmu pengetahuan : satu kajian perbandingan kaedah-kaedah penyelidikan Islam dan Barat, Terj. Nur Hadi Ihsan, Kuala Lumpur, 1998, hlm 39-74.169 Lihat sebagai contohnya Mohd Fakhruddin Abdul Mukti, “ Manusia terhutang budi kepada Nabi Muhammad S.A.W. “, dalam Jurnal Usuluddin, bil 11, 2000, hlm 151-168.170 Lihat Muhammad Nejatullah Siddiqi, “ The philosophy and the nature of Islamic research “, dalam Conceptual and Methodological issues in Islamic research, Kuala Lumpur, 1996, hlm 73-78.171 Mohammad Natsir Mahmud, Orientalisme : al-Quran di mata barat, Semarang, 1997, hlm 5-6.172 W.M. Watt, “ Carlyle on Muhammad “, dalam The Hibbert Journal, v. XLIX, 1951, hlm 253.173 Maxime Rodinson, “ The Western image and the Western studies of Islam “, dalam The legacy of Islam, Oxford, 1974, hlm 38-39.

Page 29: kertas kerjaku[1]

dikenakan oleh fahaman sekularisme terhadap agama kristian,174 berbanding dengan ajaran Islam yang lebih bersifat tolenrasi terhadap agama kristian. Keadaan ini juga kemudiannya telah mendorong mereka mengambil sikap yang lebih simpati dan mengakui kebenaran ajaran Islam.175

Keenamnya, menanamkan sikap yang dinamis, kritikal dan proaktif di dalam menghasilkan kajian terhadap sesuatu subjek di dalam pengajian Islam. Sebagai contohnya, bagi kalangan kakitangan akademik, beberapa pendekatan yang berkaitan dengan sifat dinamis, kritikal dan proaktif yang boleh diterapkan;

(i) Memastikan pembentukan sesuatu teori baru yang patut dibuat samada dalam bentuk pembetulan, penolakan dan pengubahsuaian terhadap sesuatu teori yang lama. Sikap yang berpuas hati dengan tradisi yang silam hanya akan membantutkan lagi proses kreativiti sarjana moden.

(ii) Memastikan sifat yang kritikal terhadap setiap pendapat dan saranan seseorang sarjana lain yang dibuat berasaskan amalan ijtihad. Sesuatu pendapat berasaskan usaha ijtihad tidak bersifat mutlak dan harus sentiasa dinilai secara kritikal oleh seseorang sarjana Islam.

(iii) Memastikan penggunaan segala bentuk penemuan, kaedah dan gagasan teori yang baru di dalam usaha penghasilan sesuatu kajian ilmiah. Sebagai contohnya, seseorang sarjana Islam patut mengadunkan di dalam kerangka penyelidikannya beberapa metodologi usul al-fiqh yang terpilih dengan metodologi sains sosial moden yang banyak memberikan penekanan terhadap kebenaran dan ketelusan fakta yang diperolihi dari kajian kes di tempat kajian.176

(iv) Memastikan piawaian tertinggi untuk sesuatu status jawatan professorship berasaskan sumbangan akademik yang bermutu, kritikal dan original.

KESIMPULAN

Penganalisaan peranan pemikiran saintifik dalam pembinaan hukum semasa Islam di Malaysiase perlu dinilai dan dilihat secara positif, 177 terbuka dan menerima pakai konsep jatuh dan bangunnya sesuatu tamadun dunia. Kecemerlangan sesuatu tamadun intelektual dan material manusia bergantung sepenuhnya kepada amalan budaya ilmu yang diamalkan oleh masyarakat yang terbabit.178 Hal yang sama juga perlu dikaitkan dengan tamadun Islam, di mana kebangkitan dan kemunduran tamadun umat Islam bergantung sepenuhnya kepada amalan budaya ilmu dan penghayatan Islam sepenuhnya.179

174 M. A. Boisard, Humanisme dalam Islam, terjemahan H.M. Rasyidi, Jakarta, 1980, hlm 87.175 Lihat Rahminah Muharam, “ Hubungan Islam dan Kristian dalam konteks dokumen Vatican 11 “, dalam Pemikir, Oktober-Disember 2000, hlm 202-212.176 Louay Safi, Asas-asas ilmu pengetahuan, hlm 165-169.177 Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia, Jakarta, 1997, hlm 26-29.178 Lihat sebagai contohnya kupasan yang diberikan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, “ Budaya ilmu sebagai asas pembangunan tamadun “, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, 1990, hlm 51-67.179 Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke arah pembinaan sebuah tamadun dunia alaf ketiga, Kuala Lumpur, 2001, hlm 18-21.

Page 30: kertas kerjaku[1]

Sejarah dunia telah mencatatkan bagaimana di zaman kecermelangannya, tamadun umat Islam telah menjadi pusat politik, ekonomi180 dan keilmuan sedunia yang merangkumi keilmuan secara teoritikal dan praktikal, yang kemudiannya menyebabkan masyarakat bukan Islam berkunjung ke pusat-pusat ini untuk menimba ilmu pengetahuan bagi kegunaan masyarakat luar yang pada masa itu masih lagi berada di dalam zaman kegelapan (Dark ages).181

Apa yang jelasnya, di zaman keunggulan tamadun Islam, umat Islam telah dikesan mengamalkan budaya ilmu yang agak tinggi. Pengamalan budaya ilmu ini merujuk kepada beberapa perkara, pertamanya, tindakan menjadikan pencarian ilmu sebagai suatu usaha yang berharga nilainya seperti pencarian harta sehingga ianya dianggap sebagai matlamat hidup yang utama. Keduanya, usaha di dalam sesuatu tindakan yang diputuskan dengan perkiraan ilmu tanpa campur tangan dari golongan yang mempunyai kepentingan politik. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.182 Ketiganya, bersikap terbuka dengan semua jenis ilmu tanpa mengira asal usul dan jenisnya dan keempatnya, analisis kritikal yang dilakukan terhadap ilmu tanpa adanya sifat fanatik kepada seseorang guru. Sikap ini jelas dengan terhasilnya kegiatan dailoq intelektual183 yang diiringi dengan penyelidikan yang begitu giat dijalankan sehingga melahirkan sejumlah besar karya-karya sintesis yang bermutu.184yang kekal penggunaannya sehingga pada masa sekarang.

Merujuk khusus kepada pengamal undang-undang (fuqaha), sarjana Melayu-Islam semasa secara terang-terangan menegaskan bahawa seorang fuqaha perlu menangani sesuatu perubahan dan pemodenan secara positif dan proaktif, dan bukannya secara “ backward looking.” Secara khususnya, seseorang fuqaha perlu mengambil pendekatan; pertamanya, kepekaan yang tinggi terhadap masalah semasa yang timbul dalam masyarakat.185 Keduanya, mengurangkan monopoli pengkhususan yang dimiliki oleh seseorang fuqaha dan membangunkan kaedah ijtihad jama’i (collective). Ketiganya, persediaan fuqaha untuk meningkatkan pengetahuannya samada ilmu agama ataupun bukan agama. Ketiga-tiga pendekatan ini kalau dilihat dari segi semangat dan tekniknya dapat dikesan di dalam konsep Fiqh Malaysia.186

Apa yang lebih penting lagi, penggunaan perkembangan teknologi terkini boleh digunakan sepenuhnya untuk mengemaskinikan pembinaan Fiqh engines ala Malaysia ini. Dalam soal ini, berhadapan dengan perkembangan pesat sains dan teknologi, 180 Ozay Mehmet, Islamic identity and development : studies of Islamic periphery, Kuala Lumpur, 1990, hlm 36-38.181 Mahmud Hamdi Zaqzuq, Orientalisme : kesan pemikirannya terhadap tamadun Islam, Kuala Lumpur, 1989, hlm 10-20.182 Pendekatan menjadikan sistem pengajian Islam sebagai sebuah institusi bebas (swasta) telah pun diamalkan oleh ulama salaf Islam, lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Hubungan antara ulama dan pemerintah di dalam sejarah tamadun umat Islam “, dalam Jurnal Pengajian Melayu, v. 4, 1994. 183 Muhammad Abdul Rauf, The Muslim mind : A study of the intellectual Muslim life during the classical era (101-700H), Kuala Lumpur, 1995, hlm 43-49.184 Abdullah Alwi Haji Hassan, “ Penyelidikan sebagai asas kemantapan pengajian syariah “, dalam Dinamisme pengajian syariah, Kuala Lumpur, 1997, hlm 15-19.185 Sebagai contohnya, lihat kupasan Abdullah Alwi Haji Hassan tentang masalah-masalah semasa yang timbul akibat dari proses pemodenan di Malaysia. Abdullah Ali Haji Hassan, “ Permasalahan intelektual dalam pembinaan Hukum Islam semasa di Malaysia “, dalam Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun, hlm 160-166.186 Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Fiqh Malaysia : Suatu tinjauan sejarah “, hlm 40-41.

Page 31: kertas kerjaku[1]

beberapa perkara boleh diambil manafaat secara khusus untuk tujuan pembinaan Fiqh Malaysia:-(a) Penggunaan teknologi terkini untuk memperkemaskan proses ijtihad dan penyebaran

secara lebih berkesan hasil usaha ijtihad ini kepada masyarakat awam. Dalam soal ini perkakasan dan perisian teknologi maklumat boleh digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan kesedaran ummah Islam.187

(b) Perisian yang memuatkan kandungan kitab-kitab rujukan yang muktabar samada dalam bentuk terjemahan ataupun teks yang asal yang diperlukan untuk tujuan penyelidikan hukum oleh seseorang sarjana Islam secara pasti akan memudahkan lagi sesuatu usaha ijtihad. Berbanding dengan zaman sebelum era globalisasi, pada masa sekarang perisian keilmuan sumber asas Islam ini ternyata lebih merata dan meluas penggunaannya membabitkan seluruh dunia, yang mustahil dilakukan suatu masa dahulu.188

(c) Penyediaan ruangan soal jawab agama yang berbentuk secara umum ataupun khusus dalam soal perundangan (telehukum) dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjawab segala kemusykilan masyarakat awam.

Secara realitinya, seiringan dengan perkembangan kesedaran kebangkitan semula Islam yang dicirikan dengan pelbagai aliran pemikiran tertentu seperti fundamentalism, tradisionalism, reformism dan modenism;189 percambahan pemikiran yang berbentuk islah (pembaharuan) telah berlaku dengan begitu meluas sekali, termasuklah di dalam bidang pemikiran hukum Islam. Apa yang lebih penting lagi, disamping menjana dan mengasaskan penubuhan institusi berbentuk fizikal, gerakan islah ini amat mementingkan isi dan kerangka pemikiran khusus, yang rata-ratanya bersifat positif dan pro pemodenan. Akibatnya, kita akan mendapati bagaimana proses pembangunan hukum Islam memang berlaku di Malaysia, dilihat dari sudut pembangunan insfransturktur keilmuan iaitu pemikiran dan institusi perundangan Islam yang tertentu.

Mengikut pengamatan semasa, sarjana Islam tempatan perlu proaktif dalam usaha membina dan membangunkan hukum Islam di Malaysia berteraskan paradigma pemikiran semasa. Jadi,proses meneliti punca kelemahan syariah Islamiah berhadapan dengan cabaran S&T memerlukan jawapan syarak yang mengaplikasikan paradigma pemikiran saintifik.

187 Mohd. Jamil Sulaiman,(1999), “ Peluang Ummah dalam pembangunan Multimedia “, dalam Multimedia dan Islam, Kuala Lumpur, hlm 145-156.188 Ahmad Jamali Sepihie, “ Multimedia sebagai pemangkin kesatuan ummah “, dalam Multimedia dan Islam, hlm 138-143.189 Abdul Rahman Abdullah,(1997), Pemikiran Islam di Malaysia : Sejarah dan aliran, Jakarta, hlm 14-26.