kertas kerja.docx

30
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 83000 BATU PAHAT, JOHOR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SEMESTER 7 AMBILAN JUN 2011 NAMA : MOHAMAD YUSRI BIN YAAKUB NO. KAD PENGENALAN : 780118-03-5859 SEMESTER : PPG SEMESTER 7 -AMBILAN JUN 2011 OPSYEN : MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH BINA INSAN GURU PERINGKAT 3 / 2014 SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA

Upload: yusri-yaakub

Post on 15-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN83000 BATU PAHAT, JOHOR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)SEMESTER 7AMBILAN JUN 2011

BINA INSAN GURUPERINGKAT 3 / 2014SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA

NAMA : MOHAMAD YUSRI BIN YAAKUBNO. KAD PENGENALAN : 780118-03-5859SEMESTER : PPG SEMESTER 7 -AMBILAN JUN 2011OPSYEN : MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

UNTUK PERHATIAN:PUAN MELATI BINTI YAACOB

SK DATO SERI MAHARAJALELAKM 3, JALAN BULOH KASAP,85000, SEGAMAT, JOHOR

KERTAS KERJA

SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA(PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH)

TARIKH: 12 JULAI 2014 MASA : 8.30 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : SEK.KEB. DATO SERI MAHARAJALELA SEGAMAT

ANJURAN :UNIT KOKURIKULUM SK DATO SERI MAHARAJALELA

BERSAMA :

PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

1.0PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berperibadian unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi pelaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberikan perhatian tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.Masyarakat dan warga sekolah terutama guru, murid dan ibu bapa memerlukan satu jalinan jitu bagi melahirkan warga bermasyarakat. Tiga kelompok ini saling melengkapi di antara satu sama lain.Tujuan program gotong royong perdana ini diadakan adalah untuk merapatkan jurang di antara kelompok warga sekolah dengan masyarakat luar. Program ini juga bertujuan mendidik murid saling bekerjasama menyumbang tenaga dengan ikhlas dan bersedia melakukan khidmat masyarakat walau di mana jua mereka berada.

2.0TUJUANProgram ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

3.0NAMA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH

4.0TEMA PROGRAMPersekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah

5.0MATLAMATMemberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain daripada itu juga program gotong royong perdana ini dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan kawasan sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

6.0OBJEKTIF

1. Merapatkan jurang di antara warga sekolah dan masyarakat luar.2. Memupuk amalan kerjasama dan gotong royong di dalam jiwa murid.3. Memahami kehidupan bermasyarakat dan memupuk nilai-nilai murni.4. melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang optimum.5. Mendidik murid sentiasa ikhlas melakukan sebarang pekerjaan yang baik khasnya berkhidmat untuk satu organisasi sekolah khasnya.6.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

7.0ANJURAN

Pelajar Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011(PPG)Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat

8.0SASARAN PESERTA

8.1 Murid Tahun 4,5 dan 6 sebagai satu Program Tahunan Unit Ko- Kurikulum.8.2 Guru dan staf sokongan8.3 Ibu bapa dan penjaga murid tahap 29.0TARIKH :

12 Julai 2014

10.0TEMPAT :

Sekolah Kebangsaan Dato Seri Maharajalela Segamat

11.0FORMAT PELAKSANAANBILPELAKSANAAN TUGASTINDAKAN

1.Penyediaan kertas kerja program: Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan program melalui mesyuarat dan bersemuka. Mesyuarat kali pertama.Setiausaha program

2.Perlantikan AJK program secara rasmi.Setiausaha program

3.Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas program: Cadangan - Bilik mesyuarat sekolahSetiausaha program

4.Mesyuarat AJK program kali ke 2.Setiausaha program

5.Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim surat menyurat, kad dan surat jemputan.Setiausaha program

6.Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos, emel, telefon dan sms (kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat).Setaiusaha program

7.Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk gotong-royong.AJK peralatan

8.Menyediakan hadiah dan cenderahati.AJK hadiah

9.Tempahan makanan untuk jamuan.AJK jamuan

10.Menyediakan dewan untuk kegunaan perasmian dan pelancaran.AJK persiapan tempat

11.Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong-royong.Semua AJK dan peserta.

12.0ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARA / BUTIRAN

JUMLAH

1.

2.

3.

4.JAMUAN MURID,

150 ORANG MURID x RM 2.50

JAMUAN GURU DAN IBU BAPA80 ORANG x RM 3.00

HADIAH / CENDERAHATI

LAIN-LAIN

RM 375.00

RM 240.00

RM 60.00

RM 100.00

RM 775.00

8.0HARAPAN

Sesungguhnya kejayaan atau kegagalan program yang dirancang ini bergantung kepada sikap serta tindak balas yang positif daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak yang turut memberi sokongan serta bantuan bagi kejayaan program ini. Semoga program ini akan dapat berjalan dengan lancar dan diberkati Allah hendaknya. Sekian, terima kasih.

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA`

Disediakan oleh :Disemak Oleh :

...................................................................................................................(MOHD YUSRI BIN YAAKUB) (MOHD SALEHIN B. MD YASSIN)Setiausaha GPK KokurikulumProgram Gotong-royong Perdana SKDSMSKDSMDisahkan oleh:

..................................................................................(TN. HAJI ISMAIL B. MOHAMAD)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Dato Seri Maharajalela Segamat

Lampiran I

TENTATIF PROGRAM

MASA

AKTIVITI

8.30 9.00 pagi

Pendaftaran

9.00 9.15 pagi

Taklimat dan pembahagian tugas mengikut kumpulan

9.15 11.30 pagiGotong royong membersih kawasan sekolah

11.30 12.00 pagi

Jamuan dan bersurai

JAWATANKUASA PENGELOLAPROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2014

Pengerusi:Tn. Haji Ismail b. MohamadGuru Besar SK. Dato Seri Maharajalela, Segamat.

Penyelaras:En. Mohd Salehin b. Mohd Yassin ( GPK KoKU )Timbalan Pengerusi 2:En. Abd jamal b. Hussin( GPK 1 )Timbalan Pengerusi 3:Pn. Rozeta bt. Esa ( GPK HEM )

Setiausaha:En. Mohd Yusri Bin Yaakub Pen.S/usaha: Pn. Wardatul Hayati bT. Abu bakarBendahari:Pn. Asnah bt. Othman

Ahli Jawatankuasa Kecil:

1. Pendaftaran / Urusetia:En. Abdul Aziz b. Othman En. Mohamad Azim b. Mohamad2. Paralatan:En. Azizan b. BorhanCik Aslinda bt. Abd Aziz3. Persediaan tempat:En Shahir Ruzin b. Abd Wahab Pn. Fitri Zalina bt subali4. Kawalan & Disiplin:En. Mohd Razali b. Abd samadPn. Norazlina bt. Mat Ali

5. Jamuan: Pn. Rosmawati bt. MusaPn. Zainab bt. MohamadPn. Wan Noriza bt. AhmadAJK PIBG

6. Hadiah dan cenderahati :Pn. Nor Fazilah bt. GhaniPn. Rozita bt. Md Zain7. Jurugambar:En. Mohd Nasir bin Ibrahim8. Siaraya:En. Afandi b. AbdullahEn. Zamri b. Idris

9. Juruacara Penutup:Pn. Nursuphia bt. Ismail

SEK.KEB. DATO SERI MAHARAJALELA,KM. 3, JALAN BULOH KASAP ,PEKAN JABI ,85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAZIM Kod Sekolah: JBA 7006 Telefon & Fax : 07- 9312029 ____________________________________________________________________________

Ruj.Kami : JBA7006.25/100-8/1/13(1) Tarikh : 10 Jun 2014Tuan,

MESYUARAT GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh: 12 Jun 2014

Masa: 2.30 Tengah Hari

Tempat: Dewan Seri Anggerik SKDSM

Pengerusi: Tn. Haji Ismail b. Mohamad

3.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Perutusan Pengerusi;3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu3.3 Perkara-perkara berbangkit3.4 Membincangkan agenda gotong - royong3.5 Hal-hal lain;3.6 Penutup.

4.Ketetapan masa amat-amat dihargai dan kehadiran adalah WAJIB.

Kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

........................................................(TN. HAJI ISMAIL B. MOHAMAD )Guru Besar,SK Dato Seri Maharajalela,Segamat, Johor.

SEKOLAH DATO SERI MAHARAJALELA, SEGAMAT

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT GOTONG-ROYONG PERDANA 2014

Bil ke : 1 Tahun : 2014Tarikh : 12 Jun 2014 Masa : 2:30 petangTempat : Dewan Seri AnggerikPengerusi : Tn. Haji Ismail b. Mohamad

BilNamaT/tanganBilNamaT/tangan

1TN. HAJI ISMAIL BIN MOHAMAD20PUAN ZAINAB BT. MOHAMAD

2ENCIK ABDUL JAMAL B. HUSSIN21PUAN NORAZLINA BT. MAT ALI

3PUAN ROZETA BT. ESA22PUAN WAN NORIZA BT. AHMAD

4ENCIK MOHAMED SALEHIN B. MOHAMED YASSIN23PUAN WARDATUL HAYATI BT. ABU BAKAR

5ENCIK ABDUL AZIZ BIN OTHMAN24PUAN NUR SUPHIA BT. ISMAIL

6ENCIK AFANDI BIN ABDULLAH25PUAN ROSMAWATI BT. MUSA

7CIK ASLINDA BT. A.AZIZ26PUAN ROZITA BT. MD ZAIN

8PUAN ASNAH BT. OTHMAN27PUAN SABARIYAH BT. YUSOF

9ENCIK AZIZAN BIN HJ BORHAN28

10PUAN BAHIZAH BT. BUANG29

11PUAN FITRI ZALINA BT SUBALI30

12ENCIK HAKIM BIN AB.RAHMAN31

13PUAN HALIZA BT. OTHMAN 32

14PUAN HASNIDA BT. IDRIS33

15ENCIK SHAHIR RUZIN BIN ABD. WAHAB34

16ENCIK MOHAMAD AZIM BIN MOHAMAD35

17ENCIK MOHD RAZALI BIN ABD. SAMAD36

18ENCIK MOHAMAD YUSRI BIN YAAKUB37

19ENCIK ZAMRI B. IDRIS38

(Gunakan helaian tambahan jika perlu)

TIDAK HADIRBilNamaCatatanBilNamaCatatan

14

25

36

Disediakan oleh :

(FITRI ZALINA BINTI SUBALI)Setiausaha Program Gotong-Royong Perdana 2014PK 07 / 3

MINIT MESYUARAT PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2014 BIL 1 / TAHUN 2014

Tarikh: 12 / 06 / 20134 ( Khamis )Masa: 2:30 petangTempat: Dewan Seri AnggerikPengerusi: Tn Haji Ismail bin Mohamad ( Guru Besar )Kehadiran(Bilangan) : 30 orangTurut Hadir (Jika ada): 3 orang guru dan 4 orang ahli PIBG1TAKLIMAT PENGERUSIUntuk makluman, pengerusi memberitahu bahawa beliau terpaksa beredar awal sebelum mesyuarat ini tamat kerana ada urusan rasmi iaitu menghadiri Taklimat Haluan Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru.

Pengerusi berharap mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar .

2MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.2.1. Tiada pembentangan kerana mesyuarat ini pertama kali diadakan.

3PERKARA BERBANGKIT:3.1. Tiada perkara berbangkit kerana mesyuarat ini pertama kali diadakan.

4AGENDA :

4.1. Pengerusi memfokuskan mesyuarat kepada Program Gotong-Royong yang akan diadakan pada 12 Julai 2014. Program tersebut akan bermula dari jam 8.30 hingga 12.00 tengahari. Semua guru diharap bersedia untuk menerima kedatangan ibubapa, penjaga murid dan peserta yang terlibat.

Tindakan: Pentadbir dan guru-guru.

4.2. Pembentangan kertas kerja dan pengagihan AJK. Pengerusi meminta semua guru membaca dengan teliti dan menyemak kertas kerja yang telah diberikan.

Tindakan: Setiausaha.

4.3 Pengerusi berharap semoga program gotong-royong perdana ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

Tindakan: Pentadbir dan guru-guru.

4.4. Perbelanjaan makan minum peserta, guru dan masyarakat terlibat diperolehi dari sumbangan derma pengusaha kantin dan sumber kewangan unit KOKO. Pengerusi meminta supaya dikeluarkan satu surat penghargaan kepada pengusaha kantin sebagai pengiktirafan.

Tindakan: Pentadbir dan guru-guru.

5HAL-HAL LAIN

5.1. Pengerusi berharap persaudaraan ukhwah yang terjalin sesama guru-guru diteruskan sepanjang masa kerana nampak bertambah baik sejak kebelakangan ini. Tahniah kepada guru-guru kerana berjaya mengeratkan hubungan ukhwah tersebut . Guru juga perlu mematuhi peraturan sebagai penjawat awam. Pengurusan jadual waktu belajar dan bekerja perlu diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan pertindihan waktu bersama keluarga.

Tindakan: Pentadbir dan guru-guru.

5.2 Kemudahan sekolah harus digunakan sebaik mungkin dan elakkan dari terdedah kepada umum untuk mengelakkan salah tanggapan oleh masyarakat.

Tindakan: Pentadbir dan guru-guru.

PENUTUP a) Guru Besar berharap semua guru dapat menjalankan tugas sebaik yang mungkin. Program tersebut harus dianggap sebagai satu ibadah bagi guru-guru. Sebarang permasalahan diselesaikan dengan merujuk kepada Guru Penolong Kanan.

b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

................................. ...............................( EN. MOHD YUSRI BIN YAAKUB ) ( Tn. Haji Ismail b. Mohamad )Setiausaha Program Pengerusi ProgramTarikh : (18/06/2014) Tarikh : (18/06/2014)

SEK. KEB. DATO SERI MAHARAJALELAKM.3, JALAN BULOH KASAP, 85000 SEGAMAT, JOHOR

LAPORAN

BINA INSAN GURUPERINGKAT 3 / 2014

SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA(PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH)

Disediakan oleh

MOHD YUSRI BIN YAAKUBSetiausaha Program Gotong-Royong PerdanaPeringkat Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SERI MAHARAJALELA SEGAMAT

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2014

1. Nama aktiviti : PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA( GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2014 )2. Pendahuluan : Pada kali ini,program gotong-royong perdana akan dimasukkan Dalam takwim tahunan Unit KOKO di sekolah yang dianjurkan oleh guru- guru PPG.Program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah menjadi fokus utama. 3. Matlamat : Melahirkan insan yang bertanggungjawab dalam masyarakat dengan saling bantu membantu antara satu sama lain.

4. Objektif : 1. Merapatkan jurang di antara warga sekolah dan masyarakat luar.2. Memupuk amalan kerjasama dan gotong royong di dalam jiwa murid.3. Memahami kehidupan bermasyarakat dan memupuk nilai-nilai murni4. Mendidik murid sentiasa ikhlas melakukan sebarang pekerjaan yang baik khasnya berkhidmat untuk masyarakat. 5.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

5. Sasaran : Murid tahap 2, guru , staf sokongan, PIBG, Ibu bapa dan penjaga murid tahap 2.6. Tarikh : 12 Julai 20147. Tempat : Seluruh kawasan dan bangunan Sekolah Kebangsaan Dato Seri Maharajalela Segamat.

8. Kelemahan : Penyertaan ibu bapa adalah kurang memuaskan. Ini adalah kerana program diadakan pada sebelah pagi dan hanya melibatkan murid tahap 2 sahaja. Hanya sebahagian murid yang terlibat disebabkan kekurangan guru yang dapat menyertai program ini dan ramai guru yang terlibat dalam pelbagai kursus. 9. Kekuatan : Program khidmat masyarakat seumpama ini dapat membina hubungan erat antara pihak sekolah dan masyarakat khasnya pihak sekolah. Murid diajar menghargai dan bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan bilik darjah di mana tempat mereka menuntut ilmu.

10. Lampiran :Di antara beberapa gambar sekitar program

11. Penutup : Program gotong-royong perdana peringkat sekolah seumpama ini mampu melahirkan insan yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti sosial yang berfaedah. Bukan setakat aktiviti gotong royong, malah aktiviti seperti membersihkan kubur, melawat Rumah Kebajikan dan Anak Yatim serta apa jua aktiviti yang dapat mendidik mereka menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Program ini wajar dijadikan salah satu aktiviti wajib bagi memenuhi takwim sekolah untuk membentuk sahsiah murid dan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan.

Disediakan oleh ,

.....................................(EN. MOHD YUSRI BIN YAAKUB)Setiausaha Program,SK. Dato Seri Maharajalela Segamat

SEK.KEB. DATO SERI MAHARAJALELA,KM. 3, JALAN BULOH KASAP ,PEKAN JABI ,85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAZIM Kod Sekolah: JBA 7006 Telefon & Fax : 07- 9312029 ____________________________________________________________________________

Ruj.Kami : JBA7006.25/100-8/1/13(2) Tarikh : 5 Julai 2014Tuan,

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa satu program tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh: 12 Julai 2014

Masa: 8.30 hingga 12.00 Tengah Hari

Tempat: SK. Dato Seri Maharajalela Segamat

3.Diharapkan agar pihak tuan / puan dapat turut serta dan memberikan kerjasama bagi menjayakan program tersebut.

4.Kerjasama tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

........................................................(TN. HAJI ISMAIL B. MOHAMAD )Guru Besar,SK Dato Seri Maharajalela,Segamat, Johor.

REFLEKSI INDIVIDUAlhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan kepada saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah pada semester 7 ini sepanjang Program Pensiswazahan Guru (PPG) Kementerian Pelajaran Malaysia ambilan Jun 2011. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah bimbingan saya iaitu Pn. Melati bt Yaacob yang banyak memberi pencernaan dan percambahan idea untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Bagi tugasan Program Bina Insan peringkat 3 ini, tugasan diberi untuk disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai kekangan yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan seperti kelemahan sistem internet, kekangan masa antara tugas-tugas hakiki di sekolah, lawatan turun padang oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri, tanggungjawab terhadap keluarga serta tumpuan terhadap tugasan yang diberi amat berat. Alhamdulillah, dengan kerjasama dari rakan-rakan sejawatan, saya berjaya menjalankan program tersebut pada masa dan tempat yang ditetapkan.

Terima kasih juga diucapkan kepada tuan Guru Besar, rakan-rakan sejawatan di sekolah, ahli-ahli kumpulan saya yang telah banyak memberi buah fikiran dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik serta lengkap. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada suami saya yang telah banyak memberikan bantuan serta sokongan moral dan kewangan dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya dan rakan-rakan amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun pelbagai bebanan yang terpaksa diselesaikan pada masa yang sama.

Bermula dari proses kaji-selidik, perbincangan secara berkumpulan, perkongsian maklumat, penciptaan dan penjanaan idea telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan diberi. Semoga apa yang telah dipelajari ini menjadi satu ilmu yang amat berguna dan bermanfaat kepada diri saya dan juga orang lain seterusnya. Dengan izin ALLAH

Sekian, wassalam.