kertas kerja sukan sekolah

33
I TAJUK Program yang akan dilaksanakan ialah Kejohanan Bola Jaring anjuran Kelab Permainan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 (SKDD1) 2013 1.0 PENGENALAN Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Tuan Guru Besar SKDD1 untuk mengadakan Kejohanan Bola Jaring anjuran Kelab Permainan SKDD1 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memberi peluang dan pengalaman kepada guru untuk mengurus, merancang dan menganjurkan sesuatu kejohanan diperingkat sekolah. 2.2 Untuk melahirkan guru yang berkepimpinan dalam menguruskan sesuatu program atau kejohanan. 2.3 Membentuk sikap positif dalam kalangan guru seperti kerjasama, hormat- menghormati dan bertanggungjawab sepanjang pengurusan sehingga selesai pelaksanaan program tersebut. 2.4 Mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas melalui pelaksanaan kejohanan yang bakal dilaksanakan. 2.5 Menjalinkan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru dengan semua warga sekolah dan penduduk setempat. 3.0 LATAR BELAKANG Kejohanan Bola Jaring ini dilaksanakan bertujuan memenuhi kehendak peringkat sekolah untuk melahirkan guru-guru yang serba boleh . 4.0 ASAS PERTIMBANGAN Kumpulan sasaran bagi Kejohanan Bola Jaring ini terdiri daripada semua warga Pendidik SKDD1 5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Upload: maliki-shafie

Post on 29-Dec-2015

194 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

I TAJUK

Program yang akan dilaksanakan ialah Kejohanan Bola Jaring anjuran Kelab Permainan

Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 (SKDD1) 2013

1.0 PENGENALAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada

pihak Tuan Guru Besar SKDD1 untuk mengadakan Kejohanan Bola Jaring anjuran Kelab

Permainan SKDD1

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang dan pengalaman kepada guru untuk mengurus, merancang dan

menganjurkan sesuatu kejohanan diperingkat sekolah.

2.2 Untuk melahirkan guru yang berkepimpinan dalam menguruskan sesuatu program

atau kejohanan.

2.3 Membentuk sikap positif dalam kalangan guru seperti kerjasama, hormat-

menghormati dan bertanggungjawab sepanjang pengurusan sehingga selesai

pelaksanaan program tersebut.

2.4 Mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas melalui pelaksanaan

kejohanan yang bakal dilaksanakan.

2.5 Menjalinkan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru dengan semua warga

sekolah dan penduduk setempat.

3.0 LATAR BELAKANG

Kejohanan Bola Jaring ini dilaksanakan bertujuan memenuhi kehendak peringkat

sekolah untuk melahirkan guru-guru yang serba boleh .

4.0 ASAS PERTIMBANGAN

Kumpulan sasaran bagi Kejohanan Bola Jaring ini terdiri daripada semua warga

Pendidik SKDD1

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Page 2: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

5.1 Tarikh : 16Mac 2013 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Gelanggang Bola Jaring, SKDD1

5.2 Jawatankuasa pengelolaan (LAMPIRAN 1)

5.3 Senarai tugas (LAMPIRAN 2)

5.4 Peraturan pertandingan (LAMPIRAN 3)

5.5 Jadual pertandingan (LAMPIRAN 4)

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran perbelanjaan (LAMPIRAN 5)

7.0 KESIMPULAN

Kejohanan Bola Jaring yang bakal dijalankan diharap dapat berjalan dengan lancar serta

dapat mencapai objektif penganjuran Kejohanan ini.

9. SYOR

Pihak jawatankuasa kerja Kejohanan Bola Jaring anjuran Kelab Permainan SKDD1,

memohon pihak Tuan Guru Besar untuk mempertimbangkan seterusnya meluluskan

cadangan untuk mengadakan Kejohanan Bola Jaring anjuran kelab kami.

Page 3: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 1

JAWATAN KUASA PENGELOLAAN

Penaung : Datin Siti Nurhaliza Binti Majid

Disediakan oleh:

.......................................

(SAIFUL HAFEEZ BIN SAIDAN KHADERI)

Setiausaha,

Kejohanan Bola Jaring,

Kelab Permainan SKDD1

Disahkan oleh:

........................................

(TUAN SYED ALI BIN TUAN SYED ABU)

Pengerusi,

Kejohanan Bola Jaring,

Kelab Permainan SKDD1

Page 4: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

Penasihat : En S. Arumugam a/l Karupaya Penasihat Kejohanan Bola Jaring

Pengerusi : Tuan Syed Ali bin Tuan Syed Abu Naib Pengerusi : Sofea Ilyana bt. Che MatSetiausaha : Saiful Hafeez bin Saidan Khaderi Bendahari : Iskandar Zulqarnain bin Mohd Doni

Ahli Jawatankuasa Kerja

JK Tajaan & Publisiti a) Mawwi bin Azizan

JK Siaraya & Keselamatan a) Aisyah Qaisarah bt. Nordin Jadib) Norfatin Fatihah bt Suparman

JK Teknikal & Pertandingan a) Umi Noorehan bt Salim b) Umairah Syuhada bt. Zakariac) Nur Diana bt. Aoran

JK Alatan & Kebersihan a) Muhammad Syawal bin M. Fauzi b) Foo Kok Keongc) Nabila Huda bt Aziz

JK Makanan & Hadiah a) Siti Mariam bt Lamin b) Enot bt. Endot

JK Dokumentasi & Buku Program a) Fatin Huda bt. Hisham Bulatb) Najwa Latif bt. Che Dat c) Liana Jasmin bt. Sazali

LAMPIRAN 2

SENARAI JAWATANKUASA KEJOHANAN BOLA JARING

ANJURAN KELAB PERMAINAN SKDD1

2013

Page 5: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

SPESIFIKASI TUGASAN

BIL NAMA JAWATAN & BIDANG TUGAS

1. DATIN SITI NURHALIZA PENAUNG

2. EN S. ARUMUGAM PENASIHAT

3. TUAN SYED ALI PENGERUSI

4. SOFEA ILYANA NAIB PENGERUSI

5. SAIFUL HAFEEZ SETIAUSAHA

6. ISKANDAR ZULKARNAIN BENDAHARI

7. AHMAD MAHAFIZ

NURUL SYUHADA

NUR DIANA

AJK PERTANDINGAN

Menyediakan dan mengedarkan borang

masuk/penyertaan kepada peserta.

Menentukan peraturan-peraturan pertandingan.

Menentukan sistem permainan yang digunakan

pada hari kejohanan.

Mengurusdan menyusun jadual perlawanan.

Mengadakan taklimat kepada pengurus

pasukan.

AJK TEKNIKAL

Menyediakan kawasan gelanggang bola jaring.

Menyediakan dan menentukan tempat yang

sesuai untuk peserta semasa menunggu giliran

perlawanan.

Menyediakan tempat yang sesuai untuk

penonton.

8. MAWWI BIN AAZIZAN AJK PENAJAAN

Mencari penajaan dalam bentuk wang, hamper,

pingat, minuman dan makanan.

Membuat surat penajaan secepat mungkin

untuk melancarkan perjalanan kejohanan.

Anggaran perbelanjaan.

Page 6: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

AJK PUBLISITI

Menyediakan kain rentang kejohanan.

Menyediakan poster makluman berkenaan

kejohanan yang diadakan.

Membuat hebahan dan publisiti tentang

kejohanan.

9. MUHAMMAD SYAWAL

FOO KOK KEONG

FAIQAH HUDA

AJK PERALATAN

Menyediakan dan menguruskan semua

peralatan yang diperlukan.

Menguruskan sistem mengeluarkan alatan dan

menyimpan semula.

AJK KEBERSIHAN

Memastikan kebersihan gelanggang dan

kawasan pertandingan sepanjang kejohanan

berlangsung.

Menyediakan tempat pembuangan sampah.

10. NABILAH HUDA

NAJWA LATIF

LIANA BT. SADALI

AJK DOKUMENTASI

Mengambil gambar semasa kejohanan.

Menyediakan surat/kad jemputan.

Menghantar surat/kad jemputan.

Menyediakan buku program untukkejohanan.

AJK BUKU PROGRAM

Menyediakan buku program untuk kejohanan.

Mengedarkan buku program kepada para

jemputan, pegawai, wakil peserta dan

pihak berkenaan.

11. AISYAH QAISARAH

NORFATIN FATIHAH

AJK SIARAYA

Memastikan semua keperluan alat komunikasi

di tempat pertandingan berfungsi dengan baik.

Menguruskan siaraya kejohanan.

Page 7: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

AJK KESELAMATAN

Mengawal dan menjaga keselamatan pegawai

dan peserta sepanjang kejohanan.

Mengatur dan menyiapkan tempat bantu mula

dengan pekakas/keperluan asas.

Menyediakan ahli pertolongan cemas yang

bertugas pada hari kejohanan.

LAMPIRAN 3

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING

1.0 NAMA

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Jaring Kelab Permainan SKDD1

2.0 UNDANG-UNDANG/PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan Gabungan

Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) Persatuan Bola Jaring Malaysia

(PBJM) dan Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar SKDD1. Penyertaan hendaklah dibuat

melalui JK Dokumentasi iaitu Nabilah Huda dan Najwa Latif .

Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja mengandungi:

o Peserta : 7 orang

Page 8: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

o Pemain simpanan : 3 orang

4.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 10 orang pemain. Hanya pemain

yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku

sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara

automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap

tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

Hanya peserta yang didaftarkan dengan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 1.00 seorang

dibenarkan bermain.

Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum

tarikh tutup pendaftaran sahaja. Yuran Pendaftaran peserta yang telah diganti itu tidak

akan dikembalikan.

5.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

Semua pemain mesti memakai "Track bottom" dan baju jersi yang sama.

Kesemua pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang perlawanan.

Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian belakang baju pemain itu:

GS Penjaring Gol Goal Shooter

GA Penyerang Gol Goal Attack

WA Penyerang Sayap Wing Attack

C Pemain Tengah Centre

WD Penangkis Sayap Wing Defence

GD Penahan Gol Goal Defence

GK Penjaga Gol Goal Keeper

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

Pusingan awal - liga kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke peringkat

separuh akhir. Pusingan Separuh akhir dan akhir - kalah mati.

Page 9: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak bertanding peringkat separuh akhir.

Penentuan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan adalah berdasarkan jumlah mata

tertinggi tetapi jika berlaku persamaan jumlah mata, maka keputusan ditentukan seperti

berikut:

i. Jika seri, pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang.

ii. Jika masih seri, pasukan yang mendapat jaringan yang lebih banyak dikira

menang.

iii. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai bolos yang paling sedikit dikira

pemenang.

iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang atau

undian akan dijalankan atau menggunakan mekanisme yang lain.

7.0 PEMBERIAN MATA

Pemberian mata adalah berdasarkan seperti berikut:

o Menang : 2 mata

o Seri : 1 mata

o Kalah : 0 mata

8.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan

lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, maka pengadil dengan

persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal  berhak menangguhkan

perlawanan.

Perlawanan yang ditangguhkan pada hari yang sama, akan disambung semula mengikut

baki masa yang tinggal.

Jika hujan masih berterusan, maka perlawanan akan diteruskan dengan setiap pasukan

membuat 5 jaringan “shoot out”. Markah akan dikira berdasarkan balingan shoot

tersebut.

9.0 MASA BERMAIN

Perlawanan Pusingan awal : 5 minit + 1 minit + 5 minit

Page 10: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

Perlawanan Separuh akhir : 7 minit + 1 minit + 7 minit

Perlawanan Akhir : 7 minit + 1minit + 7 minit

10.0 KELEWATAN

Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan. Jika selepas masa itu sesuatu

pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain, maka

pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan.

11.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Jika sesebuah pasukan menarik diri, maka pasukan tersebut tidak di benarkan

meneruskan pertandingan di kejohanan ini.

Pasukan tersebut dianggap tidak menyertai pertandingan ini dengan semua mata dan

jaringan gol di batalkan.

12.0 PENGADILAN

Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pengadil di sepanjang kejohanan ini.

Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.

Sebarang pemindahan atau pindaan adalah muktamad dalam bidang kuasa pengelola.

13.0 BANTAHAN

Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pengurus Pasukan hendaklah

diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak

lewat setengah jam selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan

sebanyak RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA : LIMA PULUH SAHAJA).

Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan Undang-Undang

Bola Jaring.

Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan yang dibuat itu tidak

berasas.

Page 11: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah

dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan hendaklah mengadakan mesyuaratnya selepas

mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan setengah jam selepas bantahan

diterima.

Keputusan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan hendaklah disampaikan secara rasmi

kepada pasukan berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Posisi pemain Bola Jaring

Kedudukan Pemain Kawasan Pemain

GS : Penjaring gol GS : 1,2

GA : Penyerang gol GA : 1,2,3

C : Pemain tengah C : 2,3,4

WA: Penyerang sayap WA: 2,3

WD: Pertahanan sayap WD: 3,4

Page 12: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

GD : Pertahanan gol GD : 3,4,5

GK : Penjaga gol GK : 4,5

UNDANG-UNDANG AM MENGIKUT IFNA

1.0 Mula Bermain

a) Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang

rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga

boleh menerima hantaran tengah tersebut.

b) Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di

tengah-tengah gelanggang.

c) Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan

sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing.

d) Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan

bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan.

2.0 Pertukaran peserta

a) Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar

kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah juga

memaklumkannya kepada pengadil.

3.0 Hantaran bola

a) Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan.

b) Dibenarkan menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika

bola sedang dilambung.

c) Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya kepada

pemain pasukannya dalam masa tiga saat.

d) Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau

melontar ke udara dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya

semula (drop ball).

e) Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan,

menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang.

Page 13: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

f) Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan

tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya

jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang.

4.0 Ofsaid, dan Faul.

Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melebihi

atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia dikira

sebagai ofsaid.

Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan

tertentu atau tidak ia dikira ofsaid.

Pemain akan dikira faul jika

i. Pemain yang memegang bola atau tidak memegang bola, tersentuh pemain lawan

atau merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada pihak lawan.

ii. Pemain berada kurang 0.91m (3 kaki) daripada pemain yang sedang membuat

lontaran. Pemain itu dikira menghalang.

iii. Pemain menggertak, mengugut atau menjerit ke arah pemain pihak lawan dengan

tujuan melakukan gangguan mental terhadap pemain pihak lawan.

5.0 Penalti

a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat

berlakunya kesalahan melainkan

i. Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil

hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda

sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan

yang dilakukan kesalahan.

ii. Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan).

b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.

c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu

pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke

kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.

d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya

dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.

Page 14: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalty jaringan

penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang-undang gerak kaki,

seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang satu kaki ataupun menerima bola

dengan satu kaki tetap di atas tanah.

f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan

penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikan kepada

pasukan lawan.

g) Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang (c)

hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

6.0 Hantaran Percuma

a) Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam

gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan

yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.

b) Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu

membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang

seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.

7.0 Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti

a) Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar

undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana

sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang

mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu

terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah

bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran,

penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi

jaring.

b) Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika

tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti

akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan(disentuhi atau

diganggu).

Page 15: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

c) Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:

i. Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh

seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada

pemain yang melakukan kesalahan.

ii. Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran

penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di

tempat pemain kedua.

iii. Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah

berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak

dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas

daripada tangan pemain yang mengambil.

iv. Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau

menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di

sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain

tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola

terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran.

v. Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol

boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan

jaringan.

8.0 Hantaran ke Dalam

a) Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk

lontaran ke dalam sekiranya:

i. Pemain terakhir menyentuh bola itu, ata

ii. Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan

luar gelanggang.

9.0 Lambungan

Page 16: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

a) Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:

i. Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada

dengan satu atau kedua-dua belah tangan

ii. Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar

gelanggang.

iii. Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola

sebelum bola itu keluar gelanggang.

iv. Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan

salah seorang memegang ataupun menyentuh bola.

v. Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang

mengganggu permainan.

PERATURAN TAMBAHAN

1. Pertukaran pemain

a. Pengurus pasukan hendaklah memaklumkan kepada ketua juri terlebih dahulu

sekiranya hendak membuat pertukaran pemain.

b. Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak

tiga kali di setiap satu –satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan

dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.

c. Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan atau pertukaran posisi

sama ada:

i. Masa rehat

ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.

d. Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di

daftarkan

2. Bantahan

Page 17: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

a. Untuk melakukan sebarang bantahan, pengurus pasukan hendaklah melakukan

bantahan secara lisan terlebih dahulu. Bantahan ini hendaklah dilakukan selepas

tamat perlawanan dalam tempoh 1 minit kepada Ketua Juri Rayuan (Ahmad Hafiz

bin Ahmad Pergau).

b. Bantahan bertulis boleh dibuat selepas 10 minit dan disertakan wang bantahan

RM 50 selepas tamat perlawanan.

c. Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pengurus Pasukan hendaklah

diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau

wakilnya tidak lewat ½ (setengah) jam

d. Juri Rayuan adalah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang

berkaitan dengan pengelolaan dan teknikal permainan semasa kejohanan

berlangsung.

Juri yang terlibat ialah:

Pengerusi : Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan

Setiausaha : Setiausaha J/Kuasa Pengelola

Ahli : Pengurus yang berkenaan.

3 orang Pengurus Pasukan pasukan yang tidak terlibat.

e. Keputusaan Juri Rayuan adalah muktamad.

3. Peraturan Membuat Jaringan (Shoot-Up)

a. Setiap kumpulan akan menghantar 5 orang pemain untuk membuat jaringan.

b. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir untuk membuat jaringan.

c. Kumpulan yang dapat membuat jaringan terbanyak akan dikira sebagai

pemenang.

d. Jika seri, setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk membuat

jaringan.

e. Jika salah satu kumpulan dapat membuat jaringan, kumpulan tersebut akan dikira

pemenang. Namun, jika seri, setiap kumpulan akan kembali menghantar seorang

wakil untuk membuat jaringan.

f. Pemenang akan dikira jika hanya salah satu kumpulan yang dapat membuat

jaringan.

Page 18: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

g. Kumpulan yang dapat membuat jaringan akan dikira sebagai pemenang.

4. Amaran

a. Amaran pertama akan diberikan jika pemain mengeluarkan kata-kata kesat,

mengejek kumpulan lawan dan membuat bising secara keterlaluan sehingga

mempengaruhi perlawanan.

b. Amaran kedua pula diberikan apabila pemain melakukan kesalahan yang sama

secara berulang kali.

c. Jika pemain masih melakukan kesalahan, pemain akan dikeluarkan daripada

perlawanan secara serta -merta.

Pengakuan penerimaaan peraturan

Tandatangan:

…………………………………………….

( )

Pengurus pasukan:

Page 19: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

BORANG PENYERTAAN

PERLAWANAN BOLA JARING

ANJURAN KELAB PERMAINAN SKDD1

NAMA PASUKAN :

KELAS :

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN/ NO.

SURAT BERANAK

(disertakan sekali dengan yuran RM10)

Page 20: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 4

JADUAL KEJOHANAN BOLA JARING

(2 KUMPULAN)

Pusingan pertama

Di mana penyertaan mengandungi sembilan (9) pasukan sahaja, maka pertandingan

Pusingan Pertama akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam dua kumpulan –

Kumpulan A dan Kumpulan B.

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan

undi.

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2

A

B

C

D

E

F

G

H

I

A VS B E VS F

A VS C E VS G

A VS D E VS H

B VS C E VS I

B VS D F VS G

C VS D F VS H

F VS I

Page 21: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

G VS H

G VS I

H VS I

***Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat kedua.

Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

Pertandingan akan dijalankan secara KALAH MATI.

Johan dan Naib Johan Kumpulan 1 dan 2 adalah layak memasuki Peringkat Separuh

Akhir seperti berikut :

o Johan kump 1 vs Naib Johan kump 2 kump x

o Johan kump 2 vs Naib Johan kump 1 kump y

Pusingan Akhir

Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan

dan Naib Johan.

Pasukan kalah kedua-dua kumpulan akan bertanding untuk menentukan tempat Ketiga

dan Keempat.

JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KALAH MATI

Separuh akhir Akhir

Johan Kumpulan 1 kumpulan x

N/Johan Kumpulan 2

( JOHAN )

N/Johan Kumpulan 1 kumpulan y

Johan Kumpulan 2

Page 22: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

JADUAL PERTANDINGAN 2 KUMPULAN

MASA PERLAWANAN KUMPULAN

7.00 am - 7.15 am PENDAFTARAN

7.15 am – 7.30 am MAJLIS PERASMIAN

7.30 am - 7.45 am 1. Revolutionary Striker vs Buble fight 2

7.45 am - 8.00 am 2. Kita ke? vs So Nyuh, So Nyuh 1

8.00 am - 8.15 am 3. Angry Bird vs Three G 2

8.15 am - 8.30 am 4. Iron Lady vs GSTT Star 1

8.30 am - 8.45 am 5. Girl Power vs Revolutionary Stricker 2

8.45 am - 9.00 am 6. Buble Fight vs Angry Bird 2

9.00 am - 9.15 am 7. Kita ke? vs GSTT Star 1

9.15 am - 9.30 am 8. Girl Power vs Three G 2

9.30 am - 9.45 am 9. So Nyuh-So Nyuh vs Iron Lady 1

9.45 am - 10.00 am 10. Revolutionary Stricker vs Angry Bird 2

10.00 am - 10.15 am 11. Buble Fight vs Girl Power 2

10.15 am - 10.30 am 12. Kita ke? vs Iron Lady 1

10.30 am – 10.45 am 13. So Nyuh, So Nyuh vs GSTT Star 2

10.45 am - 11.00 am 14. Buble Fight vs Three G 1

11.00 am - 11.15 am 15. Angry Bird vs Girl Power 2

11.15 am - 11.30 am 16. Revolutionary Stricker vs Three G 2

11.30 am – 11.45 pm REHAT

11.45 am – 12.00 am 17. PERLAWANAN SEPARUH AKHIR 1

12.00 pm – 12.15 pm 18. PERLAWANAN SEPARUH AKHIR 2

12.15 pm – 12.30 pm REHAT

12.30 pm – 1.00 pm 19. PERLAWANAN TEMPAT KE 3&4

1.00 pm – 1.15 pm 20. PERLAWANAN AKHIR

1.15 pm – 1.30 pm PENUTUP

Page 23: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

LAMPIRAN 5

ANGGARAN PERBELANJAAN

Makanan

BIL BUTIRAN KUANTITIHARGA

PER UNITJUMLAH

1. Bihun Goreng(peserta) 80 RM 3.00 RM 240.002. Roti Bun 80 RM 1.00 RM 80.00

3.

Nasi Ayam Pentadbir (3) AJK (18) Pengadil (2)

23 RM 5.00 RM 115.00

4.

Air Mineral 100 Plus Teh O Sirap limau

100 RM 100.00

7. Jumlah RM 535.00

Hadiah

BIL BUTIRAN KUANTITIHARGA

PER UNITJUMLAH

1. Pingat/Medal (peserta) 30 RM 7.00 RM 210.00

2.Cenderahati (pengadil dan pensyarah = 5)

5 RM 7.00 RM 35.00

3.

Sijil Penyertaan Peserta AJK Pengadil

102 - -

1. Cenderamata (Towel) 100 RM 2.00 RM 200.00

Jumlah RM 445.00

Ahli Jawatankuasa

Page 24: KERTAS KERJA SUKAN SEKOLAH

BIL BUTIRAN KUANTITIHARGA

PER UNITJUMLAH

1.Baju kejohanan 20 RM 20.00 RM 400.00

Jumlah RM400.00

Publisiti

BIL BUTIRAN KUANTITIHARGA

PER UNITJUMLAH

1.Banner Kejohanan 1 RM 120.00 RM 120.00

2.Banting Kejohanan 1 RM 80.00 RM 80.00

Jumlah RM 200.00

Jumlah Keseluruhan

BIL BUTIRAN JUMLAH

1.Makanan RM 535.00

2.Hadiah RM 445.00

3.Ahli Jawatankuasa kejohanan RM 400.00

4.Publisiti RM 200.00

JUMLAH RM 1580