kertas kerja projek hiasan bilik kokurikulum

8
KERTAS KERJA PROJEK HIASAN BILIK KOKURIKULUM ANJURAN GURU PELATIH PRAKTIKUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM PADA 8 APRIL 2013 HINGGA 26 APRIL 2013 TEMPAT SK TAMING JAYA, BALAKONG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Upload: nurfazlina-a-rahim

Post on 14-Feb-2015

393 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Projek Hiasan Bilik Kokurikulum

KERTAS KERJA PROJEK HIASAN BILIK KOKURIKULUM

ANJURAN

GURU PELATIH PRAKTIKUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

PADA

8 APRIL 2013 HINGGA 26 APRIL 2013

TEMPAT

SK TAMING JAYA, BALAKONG,43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Page 2: Kertas Kerja Projek Hiasan Bilik Kokurikulum

1.0 PENDAHULUAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga

sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di

sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan

pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang

kondusif. Pembinaan Mural yang dibina di sekolah secara tidak

langsung dapat membentuk murid dalam meningkatkan pengalaman

dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat mewujudkan

persekitaran yang kondusif di sesebuah sekolah.

2.0 MATLAMAT

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang

kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah.

Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa

pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid. Oleh itu,

sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran

sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya

perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan

kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif

digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik

melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyumbangkan

sesuatu yang bermakna kepada pihak sekolah.

3.2 Mewujudkan suasana yang menarik kepada guru, murid serta

pengunjung yang berada di kawasan sekolah.

3.3 Memberi pendedahan pendidikan awal kepada murid secara

tidak langsung.

4.0 NAMA PROJEK

Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum

Page 3: Kertas Kerja Projek Hiasan Bilik Kokurikulum

5.0 TARIKH PROGRAM

Hiasan Bilik Kokurikulum ini diadakan seperti butiran yang berikut:

Tarikh Butiran

8 April 2013 - 12 April 2013 Membersih dan mengeluarkan

barang-barang yang terdapat di

dalam bilik kokurikulum

14 April 2013 - 19 April 2013 -Mengecat dinding dan memasang

tikar getah

-melakar mural pada dinding

21 April 2013 - 26 April 2013 -Menghias dan menampal info

pada almari pakaian dan dinding

bilik.

-Mewarna lukisan mural

6.0 TEMPAT

Bilik Kokurikulum dan dinding luar bilik SPBT SK Taming Jaya, Balakong

7.0 PENYERTAAN

Projek ini disertai oleh enam orang guru pelatih praktikum IPG Kampus

Pendidikan Islam dengan kerjasama dua orang pelatih praktikum IPG

Teknik, guru-guru dari Unit Kokurikulum dan Unit SPBT SK Taming Jaya,

Balakong.

8.0 PENGANJUR

Page 4: Kertas Kerja Projek Hiasan Bilik Kokurikulum

Projek ini ialah anjuran guru pelatih praktikum Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan

Islam Bangi, Selangor.

9.0 JAWATANKUASA PROJEK MURAL HIASAN BILIK KOKURIKULUM

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI

Puan Norjahnah Bt Abdullah

(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI

(GPK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI

Encik Zulkipli bin Othman

(GPK Kokurikulum)

PENASIHAT

(Setiausaha Kokurikulum)

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI

Page 5: Kertas Kerja Projek Hiasan Bilik Kokurikulum

En. Mohd Hafizan

TIMBALAN PENGERUSI

Cik Rohazila binti Abdul Rahman

SETIAUSAHA

Cik Nurfazlina binti A. Rahim

BENDAHARI

En. Din

UNIT GRAFIK

En. Zulfadhli

UNIT PERALATAN

En Nazri

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi Projek Mural dan

Hiasan Bilik Kokurikulum:

Bi

l.

Perkara Kuantiti Harga

1 Berus Cat 2 set RM 40

2 Bekas Cat 2 set Pihak Sekolah

3 Tikar getah RM

4 Thinner 1 botol RM 5

5 Warna Pelaker 5 RM 72

6 Polisterin 2 keping RM 6

7 Plastik Laminasi (A4) 50 helai RM 30

Page 6: Kertas Kerja Projek Hiasan Bilik Kokurikulum

8 Kertas Warna 10 gulung RM 10

Jumlah RM

11.0 PENUTUP

Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum dapat memberikan nilai

yang positif kepada semua warga sekolah di samping dapat

mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan menarik.

Disediakan oleh,

...............................................

(NURFAZLINA BINTI A. RAHIM)

Setiausaha Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum

Disemak oleh,

.............................................

( )

Penasihat Projek Hiasan Bilik Kokurikulum

Disokong oleh,

.............................................

(EN ZULKIPLI BIN OTHMAN)

Page 7: Kertas Kerja Projek Hiasan Bilik Kokurikulum

GPK Kokurikulum SK Taming Jaya, Balakong

Diluluskan oleh,

...............................................

(PUAN NORJAHNAH BINTI ABDULLAH)

Guru Besar Sk Taming Jaya, Balakong