kertas kerja program

22
Kertas Kerja Program (contoh) Kertas Kerja Begholek Godang Seni Visual 2 & HARI KO- KURIKULUM TARIKH : 1 November 2011 (Selasa) TEMPAT : SMK Batu Kikir (Model Khas) KUMP. SASARAN : Pelajar-pelajar lepasan UPSR (Tahun Enam) Pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Enam Atas sekolah- sekolah di Negeri Sembilan A. PENGENALAN Program seumpama ini dijalankan untuk tahun keempat sejak 2008. Mempamerkan hasil karya terbaik Seni Visual SPM dan STPM para pelajar dari sekolah-sekolah di Negeri Sembilan Perancangan: Penyertaan IPTA dan IPTS seperti Fakulti Senilukis dan Senireka UiTM Shah Alam, Kolej Tinggi MARA Rembau, Multimedia Universiti, PTPL dan Cosmopoint Penyertaan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (Bengkel Menulis dan Illustrasi Buku Bergambar Kanak-Kanak) Penyertaan Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS) dan Komuniti Senirupa Malaysia (artgeng) Penyertaan pihak swasta seperti UNEH Raja Pensil Warna, Majalah ASUH dan Creative Enterprise (Majalah Gila-Gila) Program Bersama Hari Ko-Kurikulum Peringkat Sekolah dengan aktiviti seperti Hari Kantin dan Pameran Kerjaya B. MATLAMAT Begholek Godang Seni Visual 2 bermatlamat : memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai prospek Seni Visual di peringkat Pengajian Tinggi dan juga bidang keusahawanan serta pekerjaan. Memberi pemantapan ilmu Seni Visual dalam peperiksaan dan meningkatkan peluang ke IPTA. membuka minda masyarakat di luar lingkungan Seni Visual akan perkembangan Seni Rupa Malaysia; khususnya dalam bidang pendidikan.

Upload: puteri-nazlina-megat-husain

Post on 25-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas kerja program

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program

Kertas Kerja Program (contoh)

Kertas Kerja

Begholek Godang Seni Visual 2                                                                 & HARI KO-KURIKULUM

TARIKH                     : 1  November 2011 (Selasa)

TEMPAT                   : SMK Batu Kikir (Model Khas)

KUMP. SASARAN  : Pelajar-pelajar lepasan UPSR (Tahun Enam)

                                  Pelajar-pelajar Tingkatan Satu  hingga Enam Atas sekolah-

                                  sekolah di Negeri Sembilan

A.   PENGENALAN

         Program seumpama  ini dijalankan untuk tahun keempat sejak 2008.

         Mempamerkan hasil karya terbaik Seni Visual SPM dan STPM para pelajar dari sekolah-sekolah di

Negeri Sembilan

Perancangan:

         Penyertaan IPTA dan IPTS seperti Fakulti Senilukis dan Senireka UiTM Shah Alam, Kolej Tinggi

MARA Rembau, Multimedia Universiti, PTPL  dan  Cosmopoint

         Penyertaan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (Bengkel Menulis dan Illustrasi Buku Bergambar

Kanak-Kanak)

         Penyertaan Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS) dan Komuniti  Senirupa Malaysia

(artgeng)

         Penyertaan pihak swasta seperti UNEH Raja Pensil Warna, Majalah ASUH dan Creative Enterprise

(Majalah Gila-Gila)

         Program Bersama  Hari Ko-Kurikulum Peringkat Sekolah dengan aktiviti seperti Hari

Kantin dan Pameran Kerjaya

B.   MATLAMAT

Begholek Godang Seni Visual 2 bermatlamat :

memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai prospek  Seni Visual di

peringkat Pengajian Tinggi dan juga bidang keusahawanan serta pekerjaan.

Memberi pemantapan ilmu Seni Visual dalam peperiksaan dan meningkatkan peluang ke

IPTA.

membuka minda masyarakat di luar lingkungan Seni Visual akan perkembangan Seni Rupa

Malaysia; khususnya dalam bidang pendidikan.

C.   OBJEKTIF

1. Memberi pemantapan ilmu dan pendedahan kepada  terhadap prospek kerjaya     

Page 2: Kertas Kerja Program

     Seni Visual

2. Menimbulkan  minat  pelajar terhadap bidang keusahawanan .         

3. Mendedahkan peluang kerjaya dalam bidang Seni Visual.

4. Menanamkan budaya kreativiti dan inovasi  dalam semua bidang.

5. Pembangunan modal insan yang berpengetahuan tinggi

D.   KUMPULAN SASARAN

     Program ini mensasarkan kepada

pelajar-pelajar Sekolah Rendah (Tahun Enam), Tingkatan Satu hingga Enam Atas Sekolah

Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas)  

 pelajar –pelajar Sekolah Rendah (Tahun Enam), Sekolah Menengah dari  sekolah-sekolah di

Negeri Sembilan . 

TENTATIF PROGRAM BEGHOLEK GODANG SENI RUPA MALAYSIA 2011

Tarikh Aktiviti Masa Catatan

1 Nov Majlis  Perasmian  oleh  

Pengarah Pelajaran  Negeri Sembilan 9.30pagi

Tempat: Kanopi

Perasmian

berhampiran Dewan

Za’ba

 Bicara Seni 1 :

Bengkel  Mewarna Bersama Uneh  Raja

Pensil Warna

Sesi 1 – Sek Rendah

Sesi 2 – Ting  4 dan 5

Sesi 3 – Ting 6

Bicara Seni 2:

Bengkel Fotografi

Bicara Seni 3:

Program Bercerita  sempena Festival Buku

Kanak-Kanak Antarabangsa di

Perpustakaan Negara

(artis undangan: Mamatok)

 9.30pagi

11.00pagi

2.00petang

10.00-11.30

pagi

10.00 pagi-

11.30 pagi

50 orang pelajar

setiap sesi

Tempat:  Blok

Tingkatan 1

Ahli Kelab Fotografi

Tempat:  Studio

Seni

Pelajar Sekolah

Rendah

Tempat:  Dewan

Za’ba

a. Pameran  SPM

b. Pameran  STPM

c. Pameran PELUKIS

9.00pagi-

4.00petang

 

 

TERBUKA

Tempat: Dewan

Page 3: Kertas Kerja Program

d. Pameran Bakat Muda

e. Pameran Bakat Pendidik

f.  Pameran  Buku Cerita Bergambar

Kanak-Kanak(Majlis Buku Kebangsaan

Malaysia)

Za’ba

a. Demonstrasi  dan jualan

olehKraftangan  -     2  khemah

Batik, Anyaman, Seramik

b. Demonstrasi dan jualan oleh

PELUKIS (Persatuan Pelukis Negeri

Sembilan) -1khemah

c. Jualan oleh pihak swasta : gerai

Creative Enterprise dan GISB /Majalah

ASUH

1 khemah

d. Pameran dan Bengkel Wau

Kelantan dan Seni 17  – 1khemah

e. Demonstrasi dan jualan oleh

Persatuan Seni Kreatif  SMKBK  - 1

khemah

* 1 khemah = 2 aktiviti

9.00pagi-

4.00petang

TERBUKA

Khemah

TERBUKA

Khemah

(6 Khemah)

a.    HARI KO-KURIKULUM

  Hari Kantin

  Pameran Kerjaya

   Ceramah Kepimpinan Persatuan dan Kelab

TERBUKA

Khemah

Bilik Gerakan

E.   KEWANGAN

    Keperluan Program mengikut aktiviti yang dijalankan:

BIL  AKTIVITIKEPERLUAN

BAHAN/PERALATAN KOS SUMBER

1. MAJLIS PERASMIAN

Jamuan Minum Pagi Tetamu, Pegawai Pelajaran, PIBG,

RM8 x 10orangRM5 x 110 orang

Makan Tengahari untuk pelajar petugas  :          RM4 x 150 orang

RM   80.00RM 550.00

RM 600.00

Begholek Godang SERUM

KOKU

Page 4: Kertas Kerja Program

Publisiti

Kain Rentang x 2

Buku Program

RM2 x 100 0rang

     JUMLAH

RM 450.00

RM200.00

RM 1 880.00

SUWA

PCG KOKU

PCG KOKU

2. PAMERAN a. Plywood formica putih

            RM25.00 x 20 kepingb. Tali tangsi

c. Mounting Board

            RM3 x 50 kepingd. Masking tape

            RM3 x 20e. Staple Gun dan peluru

            RM40 x 2f. Frame kayu

 JUMLAH

RM    400.00RM    100.00

RM    150.00

RM      60.00

RM      80.00RM       500.00

RM  1 290.00

Peruntukan Pendidikan Seni Visual

3. Gerai Jualan dan Pameran

a. Khemah

            RM200 x 2 unitb. Kain Alas meja

            RM3 x 50meter

c. Peralatan elektrik (untuk siaraya, mesin  dan kipas)

                  JUMLAH

RM    400.00

RM    150.00

RM     500.00

RM   1050.00

PCG KOKU

Begholek Godang SERUM

4. BICARA SENI Bayaran untuk Program Bercerita  Majlis Buku Kebangsaan Malaysia2 orang  x RM300.00

Penginapan Penceramah2 bilik  x RM150.00

   JUMLAH

RM    600.00

RM    300.00RM    900.00

Begholek GodangSERUM

Page 5: Kertas Kerja Program

5. Kos Penginapan tetamu

Bayaran Sewa Asrama

            Pelajar            RM5 x 20 orang

RM     100.00Begholek Godang SERUM

6. Ceramah Kepimpinan Kelab dan Persatuan

Rm4 x 100 pelajar RM     400.00 PCG KOKU

7. Hari Kantin Kupon Penyediaan Kupon

      Kertas Warna       (Hijau, Biru dan Kuning)        RM25 x 7 peket

      Cop nombor siriRM50 x 2 unit

      Dawai kokotRM18 x 1unit

      ”StampPad”-merah-biru

JUMLAH

RM      175.00

RM      100.00

RM        18.00

RM          8.00RM          7.00

RM     308.00

PCG KOKU

8. Hari Kantin Hadiah

4 Kategori Pertandingan Gerai: Kebersihan

Keceriaan

Jualan Tertinggi

Keuntungan Tertinggi

Pertama – RM50Kedua    - RM30Ketiga    - RM20RM100 x 4kategori

RM     400.00

PCG KOKU

9. Kebersihan Plastik SampahRM 3.50 x 10 pek”Red tape”

JUMLAH

RM       35.00RM         8.00RM       43.00

PCG KOKU

                                            JUMLAH  BESAR RM  6  371.00

PENDAPATAN PERBELANJAAN

Page 6: Kertas Kerja Program

A.    Wang peruntukan     Pendidikan Seni Visual       RM  1 290.00

B.      Baki peruntukanBegholek Godang SERUM 1    RM 2 130.00

C.   Peruntukan Ko Kurikulum   RM 2 951.00                                  

A. Bahan dan Peralatan                         (seperti di atas)             RM  6 371.00

JUMLAH                                   RM  6 371.00                                           RM 6 371.00

JAWATANKUASA PENGELOLA

 BEGHOLEK GODANG SENI RUPA MALAYSIA

PENAUNG

YB. Dato  Hj. Lilah Bin Hj Yasin DSNS

Page 7: Kertas Kerja Program

Ahli  Parlimen  Jempol

PENASIHAT

Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan

PENGERUSI

Tn. Hj. Kamaruddin b. Hj. Ibrahim

Pengetua Cemerlang

SMK Batu Kikir (Model Khas)

TIMBALAN PENGERUSI

Pn. Shanti a/p V.K. Raman    

Guru Penolong Kanan Akademik

NAIB  PENGERUSI

En. Razali bin Md.Taib

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Mazlina bt. Mohamad

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Tuan Haji Alias b. Md. Zain

Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam

Pn Shamsinor bt. Hj. Ismail

Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah

PENYELARAS

Hjh Habibah bt. Omar

Ketua Bidang Kemanusiaan

Pn. Norfaza binti Ahmad

Guru Tingkatan Enam Ko-kurikulum

SETIAUSAHA

Pn Noraida binti Ahmad

(Begholek Godang Seni Visual 2)

Pn Noraini binti Ishak

(Hari Kantin)

Pn Siti Nurhuda bt. Md. Tahir

(Pameran Kerjaya)

PENOLONG SETIAUSAHA

Page 8: Kertas Kerja Program

Pn Nor Azleen binti Mohamed

(Begholek Godang Seni Visual 2)

Pn Masnorita bt. A. Malek

(Hari Kantin)

En Mohd. Talmizi bin Ibrahim

(Pameran Kerjaya)

BENDAHARI

Pn. Rosmah binti Mahmad

(Begholek Godang Seni Visual 2)

Cik Aniza binti Malip

(Hari Ko-kurikulum)

PENUTUP

      Diharapkan Program Begholek Godang Seni Rupa Malaysia   dapat memberi perspektif kepada

pelajar dan masyarakat umum mengenai prospek Seni Visual  dan memberi pemantapan ilmu

dalam bidang Seni Visual.

                                 

Disediakan oleh,                                                                   

……………………………                                                     

(  NORAIDA BINTI AHMAD  )                                              

Setiausaha Kerja                                                          

Begholek Godang Seni Visual 2                                                  Dan Hari Ko-KurikulumSMK Bt. Kikir(Model Khas)

Disemak oleh,

.........................................

( MAZLINA BINTI MOHAMAD )

GPK Ko-Kurikulum

SMK Batu Kikir (Model Khas)

Dilulus/Tidak Dilulus/Dilulus dengan pindaan,

......................................

(                                                      )

Pengetua

SMK Batu Kikir (Model Khas)

Page 17: Kertas Kerja Program

Posted by Noraida Ahmad   at Tuesday, November 08, 2011 No comments:   Links to this post 

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels: Begholek Godang Seni Visual 2 Begholek Godang Seni Visual 2 Peringkat Negeri Sembilan

Sunday, November 6, 2011

PELUKIS @ Begholek Godang Seni Visual 2Cikgu nak pinjam trademark UNEH. Beliau biasanya akan guna simbol @ bila menulis tajuk untuk album bengkel/aktiviti yang beliau hadiri.

Kali ini, cikgu nak cerita mengenai PELUKIS atau Persatuan Pelukis Negeri Sembilan yang telah menyertai Begholek Godang Seni Visual 2 (BGSV2) pada 1 Nov yang lalu. Pada tahun lalu, saudara Zakir Amir@Zorro datang seorang, kali ini beliau minta cikgu hubungi presiden PELUKIS.Rupa-rupanya,  Presiden PELUKIS, Hj. Yunus adalah mantan pensyarah cikgu semasa KPLI di Maktab Perguruan Raja Melewar. Dgn beliaulah cikgu belajar buat papan rehal daripada sekeping papan kayu jelutong!Bila belajar tu, rasa bangga dengan teknik pertukangan tradisi kita.

Malas nak cerita banyak2, cikgu nak upload gambar-gambar aktiviti saudara Zakir Amir bersama rakan-rakan PELUKIS di BGSV2. Gambar-gambar nipun, ehsan sdr Nasha Damsyik, ahli PELUKIS yang aktif jugak. Gambar last sekali, cikgu nak letak banner aktiviti PELUKIS di Seri Menanti yang pelajar boleh join. Cekidout..

Page 20: Kertas Kerja Program

Cikgu ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PELUKIS kerana sudi datang ke Bt. Kikir. PELUKIS pun jemput kita untuk join program dia orang 23 November ni. Mereka yang berminat, terjah teruss..