kertas kerja pertandinagan memanah

7
KERTAS KERJA KARNIVAL PERTANDINAGAN MEMANAH PERINGKAT SEKOLAH ANTARA RUMAH SUKAN PENGENALAN Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Zaman dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang dijadikan makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara berlumba-lumba menguasai kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam arena sukan. Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya pihak kami khususnya yang terl ibat dalam dun ia sukan diperl engkapk an dengan sebany ak mungkin ilmu bagi memikul tanggu ngjawab mend idik, membi mbing dan melati h bakal-bakal anak- anak yang masih kecil  bagi mencapai visi dan misi ementerian !elajaran Malaysia RASIONAL "i peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah sama ada peringkat ebangsaan mahupun negeri telah wujud pertandingan dalam berbagai kategori namun dari segi penyertaannya belum  begitu meluas. !erkara ini mungkin didorong oleh kekurangan jurulatih ataupun ketidakmampuan dari segi kos penyediaan alat. ekura ngan dari segi kos mungkin bol eh di ata si deng an aga k mud ah ber band ing masalah dari segi ketiadaan jurulatih. #ntuk menyediakan jurulatih yang berwibawa mungkin

Upload: yus-muhamad

Post on 16-Oct-2015

756 views

Category:

Documents


94 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja memanah

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA KARNIVAL PERTANDINAGAN MEMANAH PERINGKAT SEKOLAH ANTARA RUMAH SUKANPENGENALAN

Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Zaman dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang dijadikan makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara berlumba-lumba menguasai kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam arena sukan.

Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya pihak kami khususnya yang terlibat dalam dunia sukan diperlengkapkan dengan sebanyak mungkin ilmu bagi memikul tanggungjawab mendidik, membimbing dan melatih bakal-bakal anak-anak yang masih kecil bagi mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia

RASIONAL

Di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah sama ada peringkat Kebangsaan mahupun negeri telah wujud pertandingan dalam berbagai kategori namun dari segi penyertaannya belum begitu meluas. Perkara ini mungkin didorong oleh kekurangan jurulatih ataupun ketidakmampuan dari segi kos penyediaan alat.

Kekurangan dari segi kos mungkin boleh di atasi dengan agak mudah berbanding masalah dari segi ketiadaan jurulatih. Untuk menyediakan jurulatih yang berwibawa mungkin akan memakan masa yang lama. Justru itu Kelab memanah SK Seri Sekamat dengan kerjasama PIBG berusaha untuk mewujudkan Kelab Memanah SK Seri Sekamat kepada murid-murid. Dengan harapan setelah menceburi bidang sukan ini dapat menaikkan nama sekolah dan seterusnya memberi pengalaman dan dorongan baru pada anak-anak murid dalam bidang sukan antarabangsa ini. Atas keperluan inilah pihak kelab memanah SK Seri Sekamat perlu menubuhkan kelab daripada murid-murid Seri Sekamat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersukan dan memberi mafaat pada semua pihak.

Sehubungan dengan itu setelah tertubuhnya Gerko Memanah di sekolah ini secara tidak langsung anak-anak murid yang terlibat dapat menimba ilmu dalam sukan memanah. Akhirnya setelah mereka didedahkan dengan sukan memanah ini jadi anak-anak murid ini boleh mewakili sekolah dalam kejohanan peringkat MSSD nanti. Sukan memanah adalah sejenis sukan yang sesuai untuk semua golongan tanpa mengira peringkat umur dan kekuatan fizikal. Jadi dengan adanya kelab memanah disekolah ini akan memberi pilihan kepada murid-murid yang terlibat menyertai kelab berkenaan.

MATLAMAT

Adalah diharapkan Penubuhan Kelab Memanah SK Seri Sekamat ini akan memberi peluang kepada anak-anak murid dan ibu bapa yang berminat untuk menerima pendedahan dalam kemahiran memanah. Secara tidak langsung akan dapat melahirkan atlet yang mempunyai pengetahuan asas kemahiran memanah yang akhirnya akan dikembangkan di kalangan masyarakat dan memberi manfaat pada sekolah .

OBJEKTIF

Adalah diharapkan dengan perlawanan peringkat sekolah ini akan dapat :

1. Mencari pemanah yang hebat untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah dan negeri seterusnya kebangsaan.2. Memperkenalkan serta mengembangkan sukan memanah di kalangan murid-murid.

3. Melahirkan tenaga pengajar sukan memanah sebagai memenuhi keperluan masa kini di peringkat daerah.

4. Memberikan pendedahan sukan memanah dari aspek kemahiran asas, pengurusan, teknikal, Undang-Undang dan peraturan yang berkaitan.

5. Menjadikan sukan memanah sebagai suatu aktiviti riadah bagi murid-murid.

6. Menyumbang ke arah pembangunan sukan memanah di peringkat antarabangsa.

ACARA PERTANDINGANTempat : Padang SK Seri SekamatTarikh

: 22 dan 23 Januari 2014

Masa

: 2.00 Petang

Hari

: RabuSASARAN

30 penyertaan murid

AHLI JAWATANKUASA INDUK:

Penaung: Yang Dipetua PIBG

SK Seri Sekamat

Pengerusi : Guru Besar

SK Seri Sekamat

Setiausaha

: Mohd Yusry Bin Muhamad

Kelab Sukan Memanah SK Seri Sekamat

Penyelaras

: Pn Mahani bt SulaimanPenolong Penyelaras: Pn Haslizawati bt Ab. Razak

Jurulatih

: 1. Pn Maslina bt Che Hussin

2. Pn Haslizawati bt Ab. Razak

JAWATAN KUASA KERJA:

Pengerusi: Guru Besar

SK Seri Sekamat

En.Zulkifli bin Mohd TahirTimbalan Pengerusi: GPK KOKO

En Rosli Bin Julis

Urusetia

: En . Mohd Yusry bin Muhamad

: En. Shah Rizal bin Che Hak

Ahli Jawatankuasa :

a. Peralatan

: Pn Shahima Bt Bakar

b. Pendaftaran

: Pn Rahimah Bt Ibrahim

c. Perasmian dan Penutupan : Pn Maslina bt Che Hussin

e. Buku Program & Dokumentasi : Pn Maslina bt Che Hussin

f. Hadiah & Cenderamata : En Idham Bin Md Adnan

g. Keselamatan

: Pn Mahani Bt Sulaimanh. Hakim pertandingan: Pn Haslizawati bt Ab. Razak

ANGGARAN PERBELANJAAN ALATAN MEMANAH:1. Dacron Bow String

RM20.00 X 5

RM 100.00

2. Angle Finger Tab

RM8500 X 3

RM 255.00

3. Cartel Sight Pin c/w FiberRM12.00 X 5

RM 60.004. Hoty Hunter Rest

RM8.00 X 5

RM 40.005. Plastic Fletchers ( 50/ Pkt) RM30.00 X 3

RM 90.006. Arm Guard

RM30.00 X 5

RM 150.00

Jumlah RM 695.00PENGANGKUTAN DAN MAKAN1. Makan Murid 2 hari RM7.00 X 26X 2 hari

RM 364.00

RM 364.00

HADIAH PERTANDINGAN

KATEGORI LELAKI

Johan : piala iringan berserta sijil

RM 70.00

Naib Johan : piala iringan berserta sijil

RM 50.00

Ketiga : piala iringan berserta sijil

RM 30.00Keempat : piala iringan berserta sijil

RM 30.00

KATEGORI WANITA

Johan : piala iringan berserta sijil

RM 70.00

Naib Johan : piala iringan berserta sijil

RM 50.00

Ketiga : piala iringan berserta sijil

RM 30.00

Keempat : piala iringan berserta sijil

RM 30.00

RM 360.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM1419.00PENUTUP

Adalah diharapkan dengan pertandingan memanah ini, akan membolehkan ke semua murid peringkat usia dapat manfaat Gerko memanah di sekolah ini nanti.

Disediakan oleh

( En Mohd Yusry Bin Muhamad )

Setiausaha

Kelab MemanahSK Seri Sekamat

Disemak

(Pn Mahani Bt Sulaiman)

Pengerusi Kelab Memanah

Diluluskan oleh

( En Zukifli Bin Mohd Tahir)

Guru Besar

SK Seri Sekamat

Disokong oleh

( En Rosli bin Julis )

Penolong Kanan kurikulum

SK Seri Sekamat