kertas kerja perjumpaan ibu bapa
DESCRIPTION
9TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
PROGRAM PERJUMPAAN IBU-BAPA MURID TAHUN 6 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK
1.0 PENDAHULUAN
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah merupakan satu penilaian khusus
yang diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah sebelum menamatkan persekolahan
darjah enam. Peperiksaan ini dianggap penting kerana ia menggambarkan kesemua apa
yang dipelajari di sekolah rendah. Maka dengan itu, perjumpaan ibu-bapa telah dijadikan
satu program wajib bagi sekolah pada tahun ini. Perjumpaan ibu-bapa tahun 6 adalah satu
medium yang diguna pakai bagi melaporkan prestasi murid-murid tahun 6 disamping
dijadikan satu medan untuk bermuafakat serta bermusyawarah dalam membincangkan
isu-isu pembelajaran murid-murid tahun 6. Perkongsian pintar ini mampu dijadikan satu
landasan dalam memperbaiki pendidikan anak-anak mereka malah ibu-bapa juga boleh
memastikan ibu- bapa dapat mengenalpasti kelemahan dan juga kekuatan anak-anak
mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2013.
Program ini bukan sahaja menumpukan perbincangan daripada segi perancangan
dan pengurusan murid-murid tahun 6, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan
intelek murid-murid tahun 6 selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin
melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani &
Intelektual). Program ini dilihat sebagai satu program yang amat sesuai dijalankan dan
sewajarnya mendapat perhatian yang lebih daripada ibu-bapa kerana ia sedikit sebanyak
mampu memberikan perangsang dan juga wadah kepada murid-murid tahun 6 untuk terus
berjaya di dalam UPSR. Oleh itu, penganjuran program ini diharapkan mampu memikul
misi yang dipertanggungjawabkan agar Ilmu Sumber Intelek yang dimaksudkan di dalam
moto sekolah akan menjadi kenyataan.
1
2.0 RASIONAL
2.1 Untuk Kecemerlangan murid tahun 6 2013
3.0 MATLAMAT
Perjumpaan ibu bapa adalah satu wadah yang dapat membantu sekolah dari segi;
3.1 Melaporkan kepada ibu-bapa mengenai prestasi semasa pelajar semasa
sepanjang proses pembelajaran di sekolah.
3.2 Ibu-bapa dapat memberikan tindakan sewajarnya kepada anak di bawah
jagaannya agar seiring dengan target sekolah.
3.3 Peruntukan kewangan tambahan melalui sumbangan ikhlas daripada
penjaga untuk Program Kecemerlangan UPSR 2013.
4.0 OBJEKTIF
Di akhir setiap program perjumpaan ibu-bapa, diharapkan semua ibu-bapa dapat;
4.1 Mengusulkan dan berkongsi pengalaman di dalam perancangan program-
program UPSR dalam meningkatkan prestasi anak-anak mereka terutama
semasa perjumpaan diadakan.
4.2 Mempelajari serta memahami serba sedikit tentang format kertas
peperiksaan yang diduduki anak.
4.3 Menasihatkan dan memastikan anak terus berusaha dan mematuhi arahan
guru dalam meningkatkan prestasi pencapaian anak.
2
5.0 ANJURAN
Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Bukit Rok.
6.0 TARIKH
Secara amnya, Program Perjumpaan Ibu-Bapa ini akan dijalankan 4 kali setahun. Berikut
ialah butiran perjalanan program;
6.1 Jangkamasa : 4 kali setahun
6.2 Tarikh : Ditetapkan dari semasa ke semasa bergantung
kepada kelapangan di dalam perancangan sekolah
7.0 LOKASI
Lokasi program yang dicadangkan adalah melibatkan Makmal Komputer sahaja.
8.0 CADANGAN PERASMIAN
Program ini juga akan menjemput perasmi untuk majlis perjumpaan ibu bapa kali 1.
Berikut ialah butir-butir perasmi yang dicadangkan;
8.1 PERASMI : ENCIK HAMINORDIN Penyelia Pendidikan Khas PPD Bera
8.2 DIF KEHORMAT : ENCIK LEE LAI CHENG Yang Di-Pertua PIBG
3
9.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini diikuti oleh kesemua ibu atau bapa murid tahun 6. Berikut ialah
perincian bilangan peserta yang akan mengikuti program ini;
9.1 Ibu / bapa Pelajar Lelaki : 15 orang
9.2 Ibu / bapa Pelajar Perempuan : 20 orang
10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK KECEMERLANGAN UPSR
Pengerusi : Puan Ramlah @ Siti Surih Binti Suanda
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Rok
Timbalan Pengerusi : Encik Zolkipli B Hassan
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi I : Puan Mai Sarah Binti Yaakob
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Nik Mohamad Nazri B Nik Man
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (KOKO)
Setiausaha : Encik Md Bbasri B Md Radzi
Setiausaha Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR
Ahli Jawatankuasa :
1) Puan Saridah Binti Sonar
Guru Bahasa Melayu Kefahaman
2) Tn Hj Zainal Ashikhin B Ibrahim
Guru Bahasa Melayu Penulisan
3) Encik Muhamad Haniff B Ahmad Tajuddin
Guru Matematik
4) Encik Mohd Hafiz Bin Sulaiman
4
Gurus Sains
11.0 AKTIVITI
Sepanjang program berjalan, beberapa aktiviti utama akan dijalankan seperti;
12.1 Sesi Debreafing dari guru-guru Matapelajaran
12.2 Pelaporan jika perjumpaan dilakukan selepas peperiksaan
12.3 Sesi Soa Jawab
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut ialah anggaran perbelanjaan kasar yang dianggarkan di sepanjang program;
PERBELANJAAN UNTUK 1 PERJUMPAAN
1 Fotostate Pamplet (40 X RM 0.10 X 2 muka) RM 80
2 Jamuan (40 X RM 3.00 X 4) RM 480
3 Hadiah Perasmian Perjumpaan Pertama RM 20
4 Rencam RM 50
5 Elektrik untuk air-cond (RM 5 X 4) RM 20
JUMLAH RM 650
PERBELANJAAN UNTUK 4 PERJUMPAAN
= RM650 X 4 = RM2600
16.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini mendapat kelulusan daripada
pihak pentadbiran sekolah agar matlamat asal pelaksanaan program ini dapat dicapai.
Pihak kami juga menaruh harapan yang amat tinggi agar program ini mendapat sokongan
5
dan pertolongan yang sepenuhnya daripada pihak pentadbiran sekolah kerana dengan
adanya program ini, maka akan lahirlah ibu-bapa yang lebih sensitif dan juga peka
terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.
6
Disediakan oleh;
………………………………..(Md Basri B Md Radzi)
SetiausahaKecemerlangan UPSR SK Bukit Rok
Disemak oleh;
………………………………..(Zolipli B Hassan)
Timbalan Pengerusi Jawatankuasan Induk
Kecemerlangan UPSR SK Bukit Rok
Disahkan oleh;
………………………………..(Ramlah @ Siti Surih Binti Suanda)
Guru BesarSekolah Kebangsaan Bukit Rok
7