kertas kerja olahraga

20
0 SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON PENAMPANG BARU JALAN KOBUSAK 89507 PENAMPANG, SABAH. NO. TEL: 088-420420 KERTAS KERJA DAN LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON 2011

Upload: dzul-atom

Post on 05-Jul-2015

2.762 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Olahraga

0

SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON

PENAMPANG BARU JALAN KOBUSAK

89507 PENAMPANG, SABAH.

NO. TEL: 088-420420

KERTAS KERJA DAN LAPORAN

KEJOHANAN OLAHRAGA

SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON 2011

Page 2: Kertas Kerja Olahraga

1

KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA

SEKOLAH KEBANGSAAN DONGGONGON

2011

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pendahuluan 2

2 Rasional 2

3 Matlamat 2

4 Objektif 3

5 Tarikh & Tempat 4

6 Penyertaan 4

7 Kewangan : Sumber dan Perbelanjaan 5

8 Jawatankuasa Pengurusan/Urusetia 6

9 Aktiviti/Jadual 14

10 Penutup 15

11 Senarai Semak 16

12 Lampiran

Page 3: Kertas Kerja Olahraga

2

1. PENDAHULUAN

Berdasarkan Falsafah Kebangsaan, pembangunan insan yang cemerlang

sejak dari sekolah rendah seharusnya dididik dan dibentuk dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek, dan sosial. Adalah penting bagi seorang murif untuk cemerlang

dalam semua segi selain daripada intelek. Sehubungan dengan itu Sekolah

Kebangsaan Dongongon mengadakan satu Pertandingan Olahraga yang dapat

menjurus kepada pembentukan modal insan yang seimbang seorang murid.

Kejohanan ini dilaksanakan antara rumah-rumah sukan di SK Dongongon secara

permuafakatan ibu bapa supaya dapat merapatkan lagi hubungan sosial di antara

mereka. Pertandingan Olahraga ini dinamakan sebagai Kejohanan Olahraga SK

Dongongon.

2. RASIONAL

2.1 Kejohanan olahraga ini dapat memenuhi keperluan kokurikulum murid.

2.2 Memupuk sahsiah dan etika murid.

2.3 Dapat mencungkil bakat istimewa murid dalam bidang sukan.

2.4 Menggalak murid menjalankan aktiviti hidup yang sihat melalui aktiviti

sukan.

3. MATLAMAT

3.1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sahsiah.

3.2 Membentuk peribadi murid yang lebih sihat.

3.3 Menambah kekuatan fizikal, emosi, dan mental murid selain intelek.

Page 4: Kertas Kerja Olahraga

3

4. OBJEKTIF

Kejohanan Olahraga IPGKTI 2011 ini diadakan dengan beberapa objektif seperti:

4.1 Dapat membentuk murid yang cemerlang dan sihat dari segi mental

dan fizikal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.2 Dapat memahami kepentingan kekuatan fizikal, emosi, dan mental

disamping rohani dan intelek yang cemerlang.

4.3 Mencungkil dan menggilap bakat istimewa dalam bidang sukan supaya

dapat dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi.

4.4 Memupuk semangat cintakan sekolah, dan negara.

4.5 Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid melalui penyertaan

dalam kejohanan.

Page 5: Kertas Kerja Olahraga

4

5. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 24 Mac 2011

Tempoh : 1 hari

Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat Kejohanan : Padang Sekolah Kebangsaan Donggongon

6. PENYERTAAN

Penyertaan tertutup kepada warga Sekolah Kebangsaan Donggongon

Staf Akademik

Staf Sokongan

Murid-murid Tahun 1 - 6

Murid-murid Kelas Pendidikan Khas

Page 6: Kertas Kerja Olahraga

5

PENYATA KEWANGANKEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON

2011

KETERANGAN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

PENDAPATAN/PENERIMAAN RM PERBELANJAAN/PEMBAYARAN RM

Yuran dari ahli 650.00 Makanan 300.00

Derma 1000.00 Alat tulis, cetak dan lain-lain 280.00

Upah angkat barang lama 160.00 Baju Olahraga 1500.00

Peruntukkan Sekolah 2000.00 Peralatan Sukan 1000.00

PIBG 3250.00 Hadiah 500.00

Kos Pentadbiran 180.00

Jumlah: 7060.00 Jumlah Perbelanjaan: 3760.00

Baki pada akhir tahun: Wang Tunai di bank 3,760.00

Wang Tunai di tangan3,300.00

JUMLAH: 7060.00 JUMLAH: 7,060.00

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan : Pemeriksa Kira-Kira

(Pemegang Jawatan Utama)

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan : Pemeriksa Kira-Kira

(Pemegang Jawatan Utama)

Tandatangan Induk :

Page 7: Kertas Kerja Olahraga

6

(Jika Berkenaan)

SENARAI PARA PETUGAS (GURU) YANG MENGENDALIKAN TUGAS-TUGAS SEMASA PERTANDINGAN OLAHRAGA.

PEGAWAI OLAHRAGA

Kejayaan penganjuran suatu acara olahraga adalah bergantung penuh kepada pegawai yang dilantik untuk mengendalikan acara tersebut (Wakefield et al, 1977). Penganjuran kejohanan olahraga memerlukan penglibatan ramai pegawai untuk mengendalikan acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah antara pegawai yang perlu untuk mengendalikan suatu kejohanan olahraga yang besar seperti Kejohanan Olahraga MSSD Pontian.

i. URUSETIA PERTANDINGAN

Urusetia pertandingan adalah yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan acara pertandingan. Menurut Bunn (1968), tanggungjawab urusetia pertandingan adalah yang paling mencabar sekali dalam suatu kejohanan yang besar dan kadangkala terpaksa bertugas hingga jauh malam untuk membuat persediaan bagi acara-acara yang hendak dijalankan. Antara tugas yang dipikul oleh urusetia pertandingan ialah:

• menguruskan pendaftaran peserta bagi setiap pasukan.

• membuat susunan peserta yang bertanding dalam setiap peringkat samada peringkat saringan, separuh akhir ataupun akhir.

• menyediakan borang-borang yang akan digunakan dalam pertandingan seperti Borang Keputusan Rasmi dan Borang Pengelola Peserta.

• memungut semula borang-borang pertandingan yang telah diisi dan menguruskannya untuk tindakan Juruacara dan Statistik.

Walau bagaimanapun, pada masa kini kebanyakan tugas bagi Urusetia telah dibantu dengan menggunakan komputer. Menurut Horine dan Stotlar (2004), komputer boleh digunakan dalam menentukan penjadualan peserta dan pasukan yang bertanding dan masa yang dapat dikurangkan dalam kerja-kerja tersebut adalah sangat besar.

Page 8: Kertas Kerja Olahraga

7

ii. REFERI

Terdapat banyak referi di dalam suatu kejohanan olahraga yang besar. Antara yang penting ialah referi padang untuk acara padang dan referi balapan untuk acara balapan. Tugas referi bukan untuk menentukan keputusan suatu acara, tetapi hanya untuk mengesahkan keputusan suatu acara tersebut dan terlibat dalam soal-soal yang melibatkan pembatalan dan bantahan. Setiap keputusan yang telah disahkan hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan.

iii. PENJAGA MASA

Tugas penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang dicatatkan oleh peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam acara balapan. Penjaga masa akan menggunakan jam randik dalam menjalankan tugas mereka. Kedudukan penjaga masa adalah bertentangan dengan garisan penamat di luar balapan perlumbaan. Walau bagaimanapun, pada masa kini, peralatan elektronik telah digunakan untuk mengambil masa para peserta terutamanya dalam kejohanan yang besar. Jika masa elektronik digunakan, penjaga masa masih lagi bertugas, tetapi catatan masa yang diambil akan hanya digunakan sebagai backup.

iv. HAKIM BALAPAN

Hakim balapan adalah orang yang menentukan pemenang dan kedudukan peserta bagi acara balapan. Setiap pegawai yang dilantik menjadi hakim balapan perlu memerhatikan dengan tepat kedudukan peserta apabila sampai ke penamat perlumbaan. Hakim balapan hendaklah berada bertentangan dengan garisan penamat iaitu di sebelah dalam balapan perlumbaan.

v. PENCATAT PUSINGAN

Tugas pencatat pusingan ialah merekodkan jumlah pusingan yang telah dilalui oleh peserta bagi acara yang jaraknya melebihi atau sama dengan 1500 meter. Seorang pencatat pusingan hanya boleh mencatatkan pusingan bagi tidak lebih dari empat orang peserta sahaja. Seorang pencatat pusingan juga bertanggungjawab untuk menunjukkan bilangan pusingan yang tinggal kepada para peserta dan membunyikan loceng pada pusingan terakhir sebagai peringatan kepada setiap peserta.

Page 9: Kertas Kerja Olahraga

8

vi. HAKIM PADANG

Hakim padang bertanggungjawab dalam mengukur dan merekodkan setiap percubaan dalam acara padang.Bagi acara lompat tinggi dan lombol bergalah, hakim padang perlu membuat ukuran yang tepat mengenai ketinggian palang lompatan. 19 Seorang hakim padang juga perlu menentukan samada percubaan yang dilakukan oleh peserta itu sah ataupun tidak dengan menaikkan bendera putih atau merah.

vii. JURUACARA

Juruacara kejohanan adalah suara bagi suatu kejohanan olahraga. Ia menjadi sumber utama bagi semua pihak untuk mengetahui perkembangan acara yang akan, sedang dan telah berlangsung. Juruacara kejohanan olahraga bukanlah seperti pengulas acara sukan (Bunn,1968). Antara tanggungjawab juruacara ialah:

• mengumumkan senarai peserta apabila suatu acara itu hendak dilangsungkan.

• mengumumkan keputusan tidak rasmi dan keputusan rasmi sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya.

• mengumumkan pemenang semasa upacara penyampaian hadiah.

• mengumumkan pungutan mata dan pingat pasukan-pasukan yang bertanding dari masa ke semasa.

Pembangunan sistem aplikasi kejohanan olahraga ini sebahagian besarnya akan tertumpu kepada membantu tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh Urusetia Pertandingan sebelum dan semasa pertandingan. Keputusan bagi adaca-acara pertandingan akan dimasukkan terus oleh hakim-hakim pertandingan dan diproses oleh sistem aplikasi ini. Sistem ini juga akan membolehkan juruacara untuk mengetahui semua maklumat yang berkaitan dengan acara yang dipertandingkan seperti senarai peserta, keputusan acara dan juga pungutan mata dan pingat bagi pasukan yang bertanding untuk membuat pengumuman yang berkaitan.

Page 10: Kertas Kerja Olahraga

9

CARTA ORAGANISASI SK DONGGONGON, P.O.BOX 123, 88100 PENAMPANG KOTA KINABALU SABAH

SUKAN TAHUNAN OLAHRAGA SEKOLAH

PENAUNG

GURU BESAR: EN MICHEAL TOYAD

GURU PENASIHAT

CIK NEW KIAT YEEEN RAYMOND GABAN

EN MOHAMAD NASIR BIN IBRAHIMCIK NURLIZA BINTI GHAZALI

PENGERUSIUSSOLLIEZATUL AZIZ BIN SHAMSHIR

NAIB PENGERUSITHIRU MURUGAH

SETIAUSAHASITI NURHAWA BINTI SHAMSHIR

PEN.SETIAUSAHAAMIN A\K SILAN

BENDAHARICIK FOOG TING TONG

PENAUNGGURU BESAR:

EN MICHEAL TOYAD

GURU PENASIHAT

CIK NEW KIAT YEEEN RAYMOND GABAN

EN MOHAMAD NASIR BIN IBRAHIMCIK NURLIZA BINTI GHAZALI

PENGERUSIUSSOLLIEZATUL AZIZ BIN SHAMSHIR

NAIB PENGERUSITHIRU MURUGAH

SETIAUSAHASITI NURHAWA BINTI SHAMSHIR

PEN.SETIAUSAHAAMIN A\K SILAN

BENDAHARICIK FOOG TING TONG

AJK

EN WILLIAM GUNTAKRAYMOND JOHN

PN HAMIDAH WAHAB

Page 11: Kertas Kerja Olahraga

10

JAWATANKUASA PERASMIAN:

Antara guru yang terlibat adalah Guru Besar, Penolong Kanan HEM, KO- KURIKULUM dan Pentadbiran. Biasanya Pengerusi Persatuan PIBG dan wakil-wakil khas seperti Pegawai Pendidikan Daerah juga terlibat di dalam acara perasmian sesuatu kejohanan olahraga yang dianjurkan oleh sesebuah sekolah. Satu badan berkuasa akan ditubuhkan oleh sekolah yang dinaungi oleh Guru Besar.

Carta Organisasi JK Perasmian:

PENAUNG

GURU BESAR: EN MICHEAL TOYAD

PENAUNG

GURU BESAR: EN MICHEAL TOYAD

EMCEEPN ANITA BARANTING

AJK TUGAS-TUGAS KHASCIK KAMILAH KASBOLLAH

EN NORMAN GOBEW

Page 12: Kertas Kerja Olahraga

11

AJK: Jamuan, Persiapan, Sambutan, Teks, Pengankutan, Protokol, Cenderamata, Riadah dan Keslamatan.

AJK yang dinyatakan didalam carta organisasi di bawah bertugas didalam hal-hal yang telah dipersetujui dan dilantik secara undi didalam mesyuarat yang telah diadakan dan dipengerusikan oleh Guru Besar dalam pengurusan Sukan olahraga tahunan SK Donggongon Penampang Kota Kinabalu yang Ke-38. Semua guru-guru dan bahagian pentadbiran sekolah yang telah dilantik sebagai ahli jawatankusa dikehendaki bertugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Lain-lain JK terlibat

PENAUNG:

GURU BESAR

EN MICHEAL TOYAD

PROTOKOL

PN HAMIDAH WAHAB

PENGERUSI URUSETIA:

MARKUS GUNSALAM

AJK PERJAMUAN, PERSIAPAN DAN SAMBUTAN

PN KAMSIAH YUSUF

CIK JAMILAH PUDING

CIK HARTINI HARUN

AJK KESELAMATAN DAN PENGANGKUTAN

EN PARDI SELAMAT

EN AMIT GILONG

EN BROLIN DAVID

AJK CENDERAMATA DAN RIADAH

PN SITI GATA

EN PATRICK SADOM

AJK KEWANGAN

PN CHONG FEN HOUNG

SETIAUSAHA

CIK JOANNA KIM

Page 13: Kertas Kerja Olahraga

12

SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON

PENAMPANG BARU JALAN KOBUSAK

89507 PENAMPANG, SABAH.

No. Tel/Fax: 088-420420/088-420421

E-Mail: [email protected]

“SABAH MAJU JAYA”

REKOD PELAKSANAAN KEJOHANAN

NAMA KEJOHANAN

- Kejohanan Olahraga SK Dongongon 2011

TEMPOH PELAKSANAAN

- Berlangsung selama 1 hari

TARIKH PELAKSANAAN

- 24 Mac 2011(7.30 pagi hingga 12.00 tengahari)

PENILAIAN KEBERKESANAN KEJOHANAN OLAHRAGA

- Kejohanan Olahraga SK Dongongon 2011 ini sangat berfaedah dalam

membentuk murid yang seimbang dari segi mental dan fizikal selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

- Murid-murid yang terlibat dalam kejohanan olahraga ini terdiri daripada murid dari

tahun 1 hingga murid tahun 6. Murid dari tahun 1 hingga tahun 6 ini telah

dibahagikan kepada beberapa rumah sukan iaitu rumah sukan biru, hijau, merah

dan kuning. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan sosial dan

memupuk sikap kerjasama dikalangan murid melalui penyertaan dalam sukan

olahraga.

- Selain daripada kecerdasan intelek dan rohani, murid juga dapat memahami

kekuatan fizikal, mental dan emosi melalui jenis sukan yang dijalankan. Antara

jenis sukan yang dijalankan semasa kejohanan tersebut adalah lumba lari,

lompat tinggi, lompat jauh, dan lontar peluru. Kesemuanya dapat memupuk

kecerdasan fizikal, mental dan emosi dikalangan murid yang mengambil

Page 14: Kertas Kerja Olahraga

13

bahagian. Kejohanan sukan juga dijalankan antara ibu bapa dengan guru dalam

pertandingan lari berganti-ganti 4 x 100 meter lelaki dan perempuan. Ianya

bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sosial antara ibu bapa dan guru.

- Melalui kejohanan ini murid-murid dapat bersaing secara sihat dan mencungkil

bakat yang mereka miliki dalam aktiviti fizikal. Murid-murid yang menduduki

tempat pertama, kedua dan ketiga dalam sukan yang telah dijalankan dapat

dikenalpasti. Mereka ini akan dipilih dan dilatih sebagai wakil sekolah untuk

bertanding dalam Kejohanan Olahraga antara sekolah-sekolah peringkat zon.

- Kejohanan Olahraga SK Dongongon dijalankan dengan penuh tatatertib dan

dimulai dengan bacaan ikrar, lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku, serta lagu

sekolah SK Donggongon, Dihatiku dengan supaya dapat memupuk semangat

cintakan sekolah dan negara dalam diri murid. Malah murid-murid yang dapat

menduduki tempat dan bakal menjadi wakil nanti akan bertanding mewakili

sekolah mereka.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

- Semua murid seharusnya diharap dapat melibatkan diri dalam kejohanan

olahraga yang akan datang. Murid tidaklah perlu mesti menyertai aktiviti sukan

yang ada tapi mereka boleh mengikuti perbarisan semasa upacara perasmian

kejohanan olahraga. Rasionalnya supaya murid dapat memupuk sikap disiplin

dan rasa tanggungjawab terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

- Untuk masa yang akan datang, dicadangkan untuk menyeragamkan pakaian

murid mengikut rumah sukan mereka. Ianya dapat menampakkan murid

kumpulan rumah sukan mereka serta menampakkan keseragaman disiplin murid.

- Peruntukan kewangan wajar diberikan perhatian kerana kekurangan dalam

peruntukan kewangan memberikan kesan terhadap kejohanan. Peruntukan

makanan dan hadiah murid-murid terpaksa dikurangkan.

CATATAN

- Murid-murid yang berjaya menduduki tempat ketiga, tempat kedua dan tempat

pertama akan dipilih untuk menjadi wakil sekolah ke peringkat zon yang akan

dijalankan pada 28 April 2011.

- Latihan akan dijalankan selama sebulan kepada murid-murid yang terpilih untuk

menjadi wakil ke peringkat zon.

Page 15: Kertas Kerja Olahraga

14

AKTIVITI SUKAN SEKOLAH RENDAH DONGGONGON KE-3824 MAC 2011

07.30 pagi : Ketibaan para jemputan

08.00 pagi : Acara lintas hormat dan bacaan doa

08.15 pagi : Ucapan Guru Besar

- En. Michael Toyad

Ucapan Yang Dipertua PIBG

- En. Bruce Carl

Bacaan Ikrar

Lagu Negaraku

Lagu Sabah Tanah Airku

Lagu Sekolah – SK Donggongon Dihatiku

08.30 pagi : Acara sukan dimulakan

Acara Trek

Acara Padang

10.00 pagi : Rehat (Persembahan)

Persembahan Taekwando

Pertunjukkan Kadet Remaja Sekolah

10.15 pagi : Acara sukan diteruskan

10.45 pagi : Acara ibu bapa dan pegawai

11.00 pagi : Upacara Penyampaian Hadiah

12.00 pagi : Bersurai

Page 16: Kertas Kerja Olahraga

15

PENUTUP

Aktiviti Sukan Tahunan ini adalah bertujuan untuk rmemenuhi matlamat dan objektif

untuk melahirkan generasi muda yang sihat dan aktif didalam aktiviti sukan. Hasil

daripada aktiviti sukan olahraga ini akan dijadikan batu loncatan untuk memilih dan

mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang Sukan Olahraga serta memenuhi

keperluan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang berteraskan kepadaJasmani,

Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Disediakan Oleh:

Brolin Josh PontiringHarry BuyutAffendy Wong@ Joklin MajidBruce A/l Jaminih

AJK Penyelaras Sukan dan Permainan,Sekolah Kebangsaan Donggongon,Penampang 2011.