kertas kerja merentas desa

Click here to load reader

Upload: ferdaooz-azhar-al-moot

Post on 01-Oct-2015

955 views

Category:

Documents


58 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Merentas Desa

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA

SK TAMAN SERI REMBAU 2015

ANJURAN

UNIT KO-KURIKULUM SK TAMAN SERI REMBAU

PENDAHULUAN

Sukan merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Ia merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang luas bukan semata-mata untuk pertandingan. Dasar sukan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang melibatkan slogan Malaysia Cergas telah diusahakan oleh organisasi tertentu bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan rekreasi.

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu melalui kegiatan sukan, murid kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan muridnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial murid.

Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Kundor sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan murid. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.

Merentas desa ini merupakan acara sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Aktiviti ini adalah salah satu daripada medium yang dapat memberi ruang kepada murid untuk menonjolkan bakat dan meningkatkan potensi mereka. Ia menjadi aktiviti tahunan yang mana murid yang berbakat dan berpotensi tinggi akan dibawa mewakili sekolah ke peringkat kejohanan daerah serterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Ia juga memberikan peluang kepada murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. NAMA PERTANDINGANKejohanan Merentas Desa SK Taman Seri Rembau 2015TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh

:22 Januari 2015

Hari

:KhamisMasa

:8.00 pagi 10.30 pagi

Tempat

:SK Taman Seri RembauPenganjur

:Unit Kokurikulum

Urusetia Pelaksanaan:Majlis Sukan Sekolah

MATLAMAT

Melahirkan murid yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek serta mampu serta sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan

negara.OBJEKTIF

Melahirkan bakat-bakat baru yang akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD. Memupuk jalinan kerja sama yang erat antara para guru dan murid. Membina dan memupuk nilai-nilai displin, kerjasama, daya saing dan daya juang di kalangan murid. Melahirkan warga SKTSR yang cemerlang, gemilang, terbilang.

SASARAN

Murid Tahap 2 SKTSR Aliran Perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)JAWATANKUASA INDUK MERENTAS DESA SKTSR 2015Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha Kokurikulum

Setiausaha SukanPengurus Kejohanan:

:

:

:

:

Puan Noraini Binti Abdul AzizGuru Besar SK Taman Seri RembauEn. Sharizam Bin ShamsudinGPK KOKU SK Taman Seri RembauPuan Siti Mastura Binti Mohd Taha

GPK Kurikulum SK Taman Seri RembauPuan Meriam binti YusufGPK HEM SM SK Taman Seri RembauEn. Muhamad Firdaus Bin Muhamad AzharEn. Adi Syazwan Bin SaparudinEn. Muhammad Safiq bin Abd Razak

AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL.AJK

GURUBIDANG TUGASALATAN

1MAKANAN/MINUMAN

Membuat tempahan makanan/minuman untuk pegawai-pegawai dan murid yang bertugas

Mengagihkan makanan/minuman kepada pegawai-pegawai dan murid yang bertugas

2HADIAH

Menempah hadiah mengikut kategori

Menyusun hadiah untuk acara Penyampaian Hadiah

Menyediakan sijil untuk para pemenang

Sentiasa berhubung dengan JK Sumbangan/Tajaan sekiranya pihak sekolah menerima sebarang sumbangan yang berbentuk hadiahHadiah, dulang dan sijil

3DOKUMENTASI

Mengumpul semua maklumat untuk didokumentasikan

Membuat dokumentasi dengan kerjasama S/U Kokurikulum dan S/U Sukan

4HOSPITALITI:

KECEMASAN

Menyediakan ubat - ubatan yang bertugas di check point dan stesen-stesen yang telah dikenalpasti

Memohon bantuan peralatan dan kerjasama dari Pusat Kesihatan Rembau

5HOSPITALITI:

KE7SELAMATAN, DISI8PLIN, DAN KAWALAN LALU LINTAS

Menghantar surat permohonan bantuan kawalan lalu lintas

Mendapatkan maklum balas daripada Pasukan Polis

Memberi layanan berpatutan kepada Pasukan Polis semasa dan selepas bertugas

Memaklumkan kepada Pegawai Teknik/Pengurus Kejohanan dan Pegawai Pelepas bahawa telah bersedia

6PELEPAS

Melepaskan para peserta mengikut kategori di garisan permulaan

Wisel dan Hailer

7HAKIM-HAKIM PENAMAT

Bertugas sebagai ketua hakim penamat untuk kategori masing-masing

Memberi taklimat tatacara mengisi borang kejohanan kepada hakim-hakim penamat

Mengambil kupon kedudukan dari no 1 hingga 10 bagi kategori masing-masing daripada pencatat masa

Menyemak kupon check point para peserta dan mengagihkan kupon kedudukan no 1 hingga 10 kepada peserta yang berjaya menamatkan larian untuk kiraan markah

Memastikan hakim-hakim penamat merekodkan mata merentas desa mengikut rumah sukan peserta bagi menentukan pungutan markah rumah sukan mengikut kategori masing-masing

Menyemak dan menandatangani borang-borang kejohanan yang diterima dari hakim-hakim penamat bagi kategori masing-masing dan menyerahkannya kepada urusetia untuk diaudit

8PENCATAT MASA

Bekerjasama dengan Hakim Penamat dalam menentukan masa kedudukan peserta

Mengambil masa bagi kedudukan murid tempat 1 hingga 10 kategori masing-masing

Memberi catatan masa kepada Hakim Penamat bagi kategori masing-masing

Membantu hakim penamat mengira pungutan bagi kategori masing-masing

9PENCATAT PEMENANG

Bekerjasama dengan Hakim Penamat dan Penjaga Masa dalam menentukan masa kedudukan peserta

Mengambil nama , nama rumah, no KP bagi pemenang no 1- 10. Membantu urusetia mengira pungutan bagi kategori masing-masing

10PENYELARAS CHECK POINT

Menyelia, membawa dan menyerahkan kupon check point kepada peserta

Mencatat nombor larian setiap peserta

Membawa pulang penanda check point masing-masing dan letakkan di pondok jaga

Memastikan setiap check point ada Pegawai Check Point yang bertugas sebelum kejohanan dimulakan

Mengawas pergerakan para peserta di sekitar laluan trek

Penanda check point dan kupon check point

11PERONDA

Meletakkan penanda bagi setiap Check Point

Meronda trek bersama peserta semasa dilepaskan oleh pelepas dan semasa kejohanan

TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015TARIKH

: 21 Januari 2015HARI

: KhamisMASA

: 7.20 pagi hingga 10.10 pagiTEMPAT PERMULAAN

: Pagar Belakang SekolahTEMPAT BERAKHIR

: Pagar Belakang Sekolah

KAWASAN LARIAN

: Sekitar Perumahan Taman Seri Rembau Fasa 3

JARAK LARIAN

: 2km (Tahun 5 & 6)

: 1.6km (Tahun 4)

PENYAMPAIAN HADIAH

: Perhimpunan Rasmi Hari Isnin (26.1.2015)MasaTentatifTindakan

7.20 pagi Perhimpunan pagi.Guru Bertugas Mingguan

7.40 pagi Taklimat Kejohanan kepada pegawai-pegawai Kejohanan oleh Penolong Pengerusi Teknik . Taklimat Kejohanan kepada peserta oleh Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan. Pemanasan dan regangan badan.

Pengerusi Teknik, Penolong Pengerusi teknik, Pegawai Check Point, Pencatat Masa, Hakim Penamat

8.00 pagi Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pasukan Keselamatan dan Kawalan Lalu Lintas serta Pasukan Kecemasan ke check point dan stesyen masing-masing

Sesi memanaskan badan dan tunjukcara serta arahan ke garisan permulaan

Pegawai Check Point, Pegawai Keselamatan dan Lalulintas

8.30 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan mengikut Kategori

Kategori Perempuan Tahun 4 Kategori Perempuan Tahun 5 dan 6 Kategori Lelaki Tahun 4 Kategori Lelaki Tahun 5 dan 6

Pelepas, Peronda Mula, Peronda Semasa Kejohanan, Peronda Akhir, Pertolongan Cemas

9.00 pagi Peserta pertama dijangka tibaKetua Hakim, Pencatat Masa

10.10 pagi Acara berakhir

Rehat

ANGGARAN BELANJA MENGURUS

BilPerkaraHarga SeunitKuantitiJumlah

1Hadiah

Kategori Perempuan Tahun 4

Kategori Perempuan Tahun 5

Kategori Perempuan Tahun 6

Kategori Lelaki Tahun 4

Kategori Lelaki Tahun 5

Kategori Lelaki Tahun 6RM 2.00

RM 2.00

RM 2.00

RM 2.00

RM 2.00

RM 2.0010

10

10

10

10

10RM 20.00RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

2Gelang GetahRM 5.001 bungkusRM 5.00

3Roti RM 0.80

4KordialRM 4.001 botolRM 4.00

5AisRM 4.001 bungkusRM 4.00

6Peti Kecemasan (ubat)RM 30.001RM 30.00

7Air MineralRM 10.003 kotakRM 30.00

8Kain PutihRM 4.00 2 meterRM 8.00

JUMLAHRM 197.00

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan dan mendatangkan faedah kepada semua murid. Disamping dapat meningkatkan semangat kerjasama di antara murid serta ia turut memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid.

Disediakan oleh:

..

Muhamad Firdaus Bin Muhamad Azhar

Setiausaha Ko-kurikulum

SK Taman Seri Rembau

Disemak oleh:

..

En. Sharizam Bin Shamsudin

GPK Ko-Kurikulum

SK Taman Seri Rembau

Disahkan oleh:

Puan Noraini Binti Abdul Aziz

Guru Besar

SK Taman Seri Rembau