kertas kerja mekanikal elektrikal

Upload: norulazwan-nordin

Post on 11-Jul-2015

588 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN--------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.0 2.0 PENDAHULUAN LATAR BELAKANG 2.1 2.2 3.0 Perkhidmatan Mekanikal Perkhidmatan Elektrik

PERANCANGAN KOORDINASI 3.1 3.2 Servis-Servis Yang Terlibat Bagaimana Koordinasi Dicapai 3.2.1 Interaksi Antara Disiplin 3.2.2 Perancangan Di Peringkat Rekabentuk 3.2.2.1 Penentuan Susunatur dan Aras Pemasangan Servis 3.2.3 Lukisan Koordinasi 3.2.4 Perancangan Di Peringkat Pemasangan 3.2.5 Case Study

4.0 5.0

KESIMPULAN LAMPIRAN

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 1

KOORDINASI SISTEM PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIK DALAM BANGUNAN HOSPITAL (DALAM RUANG SILING)

1.0 PENDAHULUAN Penghasilan kertas kerja ini adalah tertumpu kepada objektif untuk menyediakan cadangan tatacara dan kaedah bagi memastikan komponenkomponen sistem perkhidmatan mekanikal dan elektrik yang dipasang atau melalui ruang siling dan koridor adalah kemas, teratur dan dikoordinasi dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah dari segi operasi dan penyelanggaraan. 2.0 LATAR BELAKANG

Sesebuah bangunan yang dibina tidak sempurna tanpa adanya perkhidmatan mekanikal dan elektrik. Keperluan pemasangan sistem-sistem ini bergantung kepada jenis-jenis bangunan. Dalam projek pembinaan hospital, bangunan tersebut perlu sekurang-kurangnya dilengkapi dengan sistem dan perkhidmatan mekanikal dan elektrik seperti yang tersenarai di bawah:2.1 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. 2.2 Perkhidmatan Mekanikal Sistem Hawa Dingin & Pengudaraan Sistem Pencegah Kebakaran Sistem Lif Sistem Gas Perubatan Sistem Pensteril dan Peralatan Berkaitan Sistem Automasi Bangunan (BAS) Sistem Tiub Pneumatik Sistem Kerusi Pergigian dan Peralatan Berkaitan Sistem Peralatan Dapur Sistem Gas Petrolium Cecair (LPG) Sistem Kolam Terapi Bilik Sejuk & Panas Peralatan Bilik Mayat Sistem Air Panas Sistem Air Sejuk dan Sanitari Perkhidmatan Elektrikal :Page 2

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

i. ii. iii.

iv. v.

vi.

Sistem Voltan Tinggi Sistem Voltan Rendah a. Sistem Voltan Lampau Rendah a. Sistem Panggilan Digital b. SMATV c. Sistem Interkom d. Sistem Interkom (Bomba) e. Sistem Panggilan Jururawat f. Sistem Siaraya g. Sistem Keselamatan, Kawalan Akses dan CCTV h. Sistem Jam Berpusat i. Pemasangan Telekomunikasi Luaran j. Pemasangan Telekomunikasi Dalaman k. Sistem Penguat Suara l. Sistem Konferen / Audio Video m. Sistem Lampu Pentas n. Sistem Langsir Pentas Sistem Pembumian / Sistem Perlindungan Kilat Peralatan Perubatan Berkaitan Elektrik a. Sistem Lampu Pemeriksaan b. Sistem Lampu Pembedahan c. Sistem Meja Bedah d. Pengimejan Diagnostik e. IT Infrastructure System

3.0

PERANCANGAN KOORDINASI

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 3

Sumber : Projek Hospital Serdang Proses koordinasi dilihat sebagai satu proses yang kritikal memandangkan terdapat banyak disiplin dan servis-servis yang perlu dikoordinasi dalam sesebuah bangunan, terutama sekali dalam ruang siling dan koridor. Antara disiplin-disiplin penting yang akan terlibat dalam proses ini termasuklah ; 3.1 Arkitek dan Senibina Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Elektrik

Servis-Servis Yang Terlibat

Komponen sistem perkhidmatan mekanikal dan elektrik dalam bangunan terdiri daripada jenis, bentuk, saiz dan membawa medium bawaan yang pelbagai. Lokasi pemasangan juga berbeza-beza mengikut keperluan dan kesesuaian. Selain daripada bilik-bilik, komponen-komponen dan peralatan juga dipasang di kawasan luar bangunan, bawah tanah, dinding, lantai, siling dan di sepanjang laluan koridor. Jadual dan jadual di bawah menunjukkan antara komponen-komponen sistem mekanikal dan elektrikal yang biasa dipasang pada siling dan koridor . Komponen Yang Dipasang Di Dalam/ Melalui Ruang Siling Sesalur bekal/kembali Udara dingin, Sesalur Ekzos, Smoke spill duct Cable trunking, Cable tray, Cable in conduit Paip Servis yang terlibat Sistem Hawa Dingin & Pengudaraan, Sistem Pencegah Kebakaran Hampir semua servis Sistem Pencegah Kebakaran, Sistem Hawa Dingin, Sistem Air Sejuk, Air Panas & Sanitari, Sistem Gas Perubatan, Sistem LP Sistem Pneumatik Tuib Servis

Tuib (PVC) Gambar Komponen(Sumber Projek Hospital Rehabilitasi Cheras)

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 4

o Sistem Penyaman Udara dan Ventilasi Sesalur (Komponen HVAC Kering) Paip Chilled Water (Komponen HVAC Basah)

o Sistem Pencegah Kebakaran Paip Sistem Gegelung Hos (Hose Reel) Paip Sistem Sprinkler

o Elektrik Cable trunking

Gambar Komponen(Sumber Projek Hospital Rehabilitasi Cheras)

Servis o Sistem Gas Medikal Paip Vakum Paip Oksigen Paip Medical Air

o Sistem Sanitari (Paip putih) o Sistem Air Sejuk (Paip Biru)

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 5

3.2

Bagaimana Koordinasi Dicapai

Sekiranya proses koordinasi tidak dirancang dan dilaksanakan dengan baik, pelbagai masalah akan timbul. Antara langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pemasangan komponenkomponen sistem perkhidmatan dalam bangunan dikoordinasi dengan baik adalah; i. ii. iii. iv. 3.2.1 Interaksi antara disiplin Perancangan di peringkat rekabentuk Penghasilan lukisan koordinasi Perancangan di peringkat pemasangan

Interaksi Antara Dispilin

Interaksi antara disiplin-disiplin yang terlibat adalah kunci kepada kejayaan proses koordinasi. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah pegawaipegawai yang terlibat di tapak, pasukan rekabentuk, pihak perunding, penyedia servis dan kontraktor pemasang. Ini boleh dicapai melalui beberapa siri pertemuan dan mesyuarat antara pasukan projek yang diketuai oleh pengurus projek dengan para kontraktor dan perunding yang terlibat seperti ;

i. ii. iii. iv.

Mesyuarat pra-pembinaan Mesyuarat tapak Mesyuarat teknikal Mesyuarat-mesyuarat khas yang dirasakan perluPage 6

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Ketiadaan standard yang bolehInteraksi dan komunikasi yang gagal akan memberi impak semasa proses merekabentuk dan seterusnya sewaktu pemasangan contohnya ;

Disiplin Yang terlibat Arkitek dan Mekanikal

Perkara Pasukan rekabentuk mekanikal gagal memaklumkan keperluan ruang dan kelegaan yang diperlukan bagi pemasangan AHU yang digantung pada siling semasa peringkat rekabentuk. Kontraktor pemasang tidak berinteraksi dengan perunding dan sesama sendiri sehingga mengabaikan keperluan akses untuk kerja penyelengaraan bagi komponen-komponen lain. Pasukan rekabentuk gagal berinteraksi dan memberi maklumat yang tepat berhubung beban bagi komponen yang perlu digantung pada bumbung.

Impak AHU tidak muat untuk diletakkan diruang tersebut mengakibatkan risiko seperti perubahan perlu dilakukan pada ruang atau AHU perlu ditukar. Sukar untuk melakukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan sekiranya terdapat kerosakan Boleh mengakibatkan masalah yang seruis seperti kegagalan pada struktur bumbung bangunan

Mekanikal dan Elektrikal

Arkitek, Awam, Mekanikal dan Elektrikal

3.2.1 Perancangan Di Peringkat Rekabentuk Perancangan yang baik daripada peringkat rekabentuk akan dapat mengelak daripada timbulnya sebarang masalah semasa peringkat pemasangan di tapak. Adalah menjadi tanggungjawab setiap jurureka (designer) untuk memastikan rekabentuk yang dihasilkan adalah relevan dan sentiasa berkomunikasi dengan jurureka bagi disiplin-displin serta sistem lain yang terlibat. Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan dan diambil kira semasa perlaksanaan rekabentuk termasuklah ; Fasa Projek Pendekatan Yang DiambilPage 7

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Rekabentuk

Komunikasi dengan pasukan rekabentuk dan memastikan semua keperluan bagi servis dinyatakan dengan jelas dalam interaksi. Mengambil kira semua maklumat yang perlu seperti o Saiz dan beban komponen yang hendak dipasang - cth AHU yang digantung dan sesalur utama o Jenis komponen yang perlu disenggara dan kerap mengalami kerosakkan o Medium yang dibawa oleh komponen cth air, gas dsb o Kriteria tertentu bagi komponen cth sensitif pada air o Keperluan rekabentuk dan fungsi o Hubungkait antara servis Tentukan keutamaan laluan bagi servis yang terlibat Kenalpasti keperluan ruang bagi setiap servis Tentukan lokasi dan ruang kelegaan (clearence) yang diperlukan untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelengaraan bagi setiap servis dan interference dengan servis-servis lain pada ruang pemasangan Kenal pasti hubungan antara servis terlibat cth elakkan laluan sistem paip air di atas peralatan elektrik Kenalpasti tempat atau kawasan untuk diakses semasa peringkat pembinaan Kenalpasti tempat atau kawasan untuk diakses bagi tujuan operasi dan penyelangaraan Tentukan kedudukan dan saiz tebukan (penetration) yang diperlukan pada dinding dan lantai

3.2.2.1

Penentuan Susunatur dan Aras Pemasangan Servis

Terdapat banyak faktor yang perlu diambilkira dalam merancang koordinasi antara servis. Susunatur dan aras pemasangan bagi setiap servis yang terlibat perlulah disusun dan ditentukan mengikut keperluan rekabentuk dan fungsi, kelegaan ruang, saiz komponen, dan faktor-faktor lain selain perlu dilaksanakan menurut amalan kejuruteraan yang baik.

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 8

Biasanya sistem penyaman udara dan ventilasi atau lebih dikenali sebagai sistem HVAC (Heating, Ventilating & Air Conditioning) adalah yang pertama dipertimbangkan. Sistem ini terbahagi kepada dua bahagian secara umumnya ; i) ii). Komponen kering (Dry HVAC) yang merangkumi sesalur Komponen basah (Wet HVAC) yang merangkumi sistem perpaipan.

Komponen HVAC kering biasanya digunakan sebagai rujukan utama bagi servis-servis yang lain memandangkan saiz sesalur (duct) yang besar dan sukar dialih. Lokasi yang boleh dipilih untuk mengubah laluan sesalur (duct) juga adalah terhad kerana saiznya. Sesalur (duct) perlu dipasang di bahagian yang paling atas kerana ruang yang besar diperlukan untuk pemasangan. Laluan bagi komponen HVAC basah pula kebiasaanya akan saling berkaitan dengan komponen kering. Begitu juga dengan sistem perpaipan sanitari. Laluan dan ruang yang mencukupi juga diperlukan bagi tujuan pemasangan sistem ini. Biasanya paip sanitari akan dipasang pada kecerunanan 1/8 bagi setiap satu kaki jatuhan untuk membenarkan kebolehfungsian sistem ini menyingkirkan bahan buangan secara graviti. Oleh itu, paip sanitari dipasang pada kedudukan yang paling tinggi (seiring dengan sesalur) bagi tujuan untuk mendapatkan kecerunan yang diperlukan tersebut tanpa melebihi had kelegaan di atas siling.

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 9

Jadual dibawah menunjukkan antara faktor faktor yang perlu diambil kira dandipertimbangkan dalam melaksanakan koordinasi. Sistem (mengikut turutan keutamaan) HVAC kering Sesalur Faktor Yang Dipertimbangkan

Mendapat keutamaan kerana saiz komponen yang besar dan sukar untuk dialih. HVAC basah - Perpaipan Kebiasaanya saling bergantung dengan komponen HVAC kering Sistem sanitari Memerlukan ruang yang mencukupi kerana (gravity driven sistem perlu direkabentuk mempunyai systems) kecerunan yang tertentu untuk sistem berfungsi dengan baik. Sistem bekalan air Keutamaan kurang kerana tidak berapa sukar dalaman (pressure untuk dialih dan dipindahkan driven systems) Perpaipan lain - air sejuk, Akan menjadi keutamaan sekiranya servis air panas, gas medikal, adalah kritikal. LPG dsb Pencegah Kebakaran Pengalihan kedudukan paip adalah fleksible sistem perpaipan dan dibolehkan selagi ianya selamat dan mematuhi keperluan bomba dan arkitek Elektrik Konduit dan Pengalihan kedudukan adalah yang paling cable tray fleksibel, terutama bagi konduit bersaiz kecil namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sewaktu pemasangan terutama sekali sekiranya terdapat paip air di bahagain atasnya. Sistem kontrol Pengalihan kedudukan adalah fleksible tetapi jejari lengkungan (bend radius) perlu dihadkan bagi tiub pneumatik. Telephone/Datacom Pengalihan kedudukan adalah fleksible tetapi jejari lengkungan (bend radius) perlu dihadkan bagi optik fiber (fibre optic) 3.2.3 Lukisan Koordinasi Lukisan koordinasi dijana daripada lukisan-lukisan pembinaan bagi setiap servis yang ada dan digabungkan dalam satu lukisan baru untuk menunjukkan laluan dan hubungkait antara servis yang terlibat.Ia dilihat sebagai satu medium pengawal yang diperlukan sebagai rujukan bagi kerjakerja pemasangan. Tujuan lukisan ini dihasilkan adalah bagi mengelak masalah semasa pemasangan contohnya pertindihan laluan servis dan mencapai persetujuan dari segi penetapan aras laluan dan lokasi yang bersesuaian bagi setiap

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 10

servis. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan kekeliruan serta memudahkan kerja-kerja pemasangan dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor yang terlibat. 3.2.4 Perancangan Di Peringkat Pemasangan Pemasangan di tapak bina perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut lukisan koordinasi yang telah dipersetujui oleh semua disiplin terlibat. Namun, terdapat juga kemungkinan timbulnya kondisi-kondisi tertentu di tapak yang menyebabkan pemasangan mengikut lukisan koordinasi tidak dapat dipraktikkan. Disinilah pentingnya interaksi dan penyampaian maklumat terkini yang berterusan antara setiap disiplin. Sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan, pihak yang terlibat perlulah memeriksa keadaan terkini di ruang dan lokasi pemasangan terlebih dahulu selain mengambilkira perkara-perkara yang tercatat dalam jadual. Fasa Projek Pemasangan dan Penguijian Pendekatan Yang Diambil Kenalpasti akses dan ruang sebenar yang ada untuk pemasangan sebelum kerja-kerja dimulakan Kenalpasti sebarang halangan (obstruction) Koordinasikan aliran kerja antara kontraktor pemasang yang terlibat Cadangkan turutan kerja pemasangan mengikut keutamaan Sentiasa memaklumkan kepada koordinator projek atau pihak yang berkenaan sekiranya terdapat isu-isu berbangkit di tapak. Pastikan lukisan koordinasi yang diterima merupakan revisi terkini

3.2.5

Case Study

Projek : Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur Status Projek : Projek dalam pembinaan Tahun Siap : 2011 Lukisan dan gambar-gambar pada Lampiran menunjukkan hubungkait di antara lukisan koordinasi dan pemasangan sebenar yang dilakukan di tapak. Sekiranya dilihat dari aspek perancangan dan perlaksanaan, lukisan koordinasi merupakan output perancangan sementara pemasangan pula dilihat sebagai output perlaksanaanKoordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 11

Output perancangan iaitu lukisan koordinasi menunjukkan bahawa jurureka merancang untuk ; Mengasingkan komponen kering (sesalur dan kabel trunking) dengan komponen air dan gas (paip) Menentapkan cabel trunking dipasang di bahagian terbawah untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelanggaraan Menetapkan sesalur utama (main duct) dipasang terlebih dahulu di bahagian teratas kerana saiznya yang besar memerlukan ruang yang lebih luas serta bagi mengelakkan gangguan akses bagi pemasangan serta kerja-kerja penyelanggaraan kabel trunking yang bersaiz lebih kecil daripadanya.

Output perlaksanaan pula menununjukkan pemasang iaitu kontraktor melakukan kerja-kerja pemasangan berpandukan lukisan koordinasi.

4.0

Kesimpulan

Kesimpulannya, output daripada koordinasi yang dirancang dengan baik ialah pihak-pihak yang terlibat dalam sesebuah projek dapat ; i. Mengekalkan keperluan fungsi dan rekabentuk sistem pada tahap optima. ii. Memastikan ruang siling dan koridor digunakan dengan baik dan terancang. iii. Memastikan komponen servis bukan sahaja boleh dipasang tetapi juga mudah diselenggara di kemudian hari iv. Meminimakan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan kepada individu dan bangunan itu sendiri. v. Mengekalkan pemasangan yang bukan sahaja kelihatan kemas dan cantik, tetapi juga praktikal. Sementara itu, komunikasi dan interaksi berterusan antara pihak-pihak terlibat adalah faktor yang sangat penting dan menjadi penentu kejayaan sesebuah projek.

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page 12

Koordinasi Sistem Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik Dalam Bangunan Hospital

Page

13