kertas kerja kantin

5
Program Keceriaan dan Menaik Gred Kantin Sk Dato’ Abu Bakar Baginda 8 Mac 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDA 43000 KAJANG, SELANGOR. KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN DAN MENAIK GRED KANTIN SEKOLAH 2015 KANTIN SKDABB 7 MAC 2015 1

Upload: masliza-mazelan

Post on 05-Jan-2016

145 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA KANTIN

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kantin

Program Keceriaan dan Menaik Gred Kantin

Sk Dato’ Abu Bakar Baginda

8 Mac 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDA43000 KAJANG, SELANGOR.

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN DAN MENAIK GRED KANTIN SEKOLAH 2015

KANTIN SKDABB

7 MAC 2015

1.0PENGENALAN

1

Page 2: Kertas Kerja Kantin

Program Keceriaan dan Menaik Gred Kantin

Sk Dato’ Abu Bakar Baginda

8 Mac 2015

Jawatankuasa kantin sekolah bagi tahun 2015 telah merancang dan berbincang di

dalam mesyuarat kali pertama bersama jawatankuasa kantin, pengusaha dan

pentadbir untuk menceriakan dan menaik gred kantin bagi menambah

keselesaan kepada murid-murid terutama sekali semasa rehat murid. Ini

memandangkan, prasarana kantin yang kurang memuaskan dari segi bangku kantin

yang tidak mencukupi dan ada di antara bangku tersebut telah rosak dan harus

dibaiki.

2.0NAMA PROGRAM

Program Keceriaan dan Menaik Gred kantin Sekolah 2015

3.0MATLAMAT

3.1 Menjadikan kantin sekolah sebuah tempat makan murid yang kondusif, selesa,

selamat dan ceria untuk keselesaan murid menikmati makanan.

3.2 Melahirkan generasi murid yang mengamalkan budaya bersih dan bersopan di

tempat makan.

4.0OBJEKTIF

4.1 Membuat bangku kantin yang baru.

4.2 Membaiki bangku kantin yang telah rosak.

4.3 Menceriakan dan menyusun atur kantin supaya menjadi lebih selamat, kemas,

menarik dan selesa.

4.4 Menyediakan bahan berinformasi untuk bacaan pelajar di sekitar kawasan

kantin.

5.0ANJURAN

Jawatan Kuasa Kantin 2015, SK Dato’ Abu Bakar Baginda.

6.0TEMPAT

Kantin SK Dato’ Abu Bakar Baginda dan kawasan sekitar kantin.

7.0TARIKH CADANGAN

8 Mac 2015

8.0JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHATPn Hjh Wan Nor fadriah binti Wan Idris (Guru Besar)

2

Page 3: Kertas Kerja Kantin

Program Keceriaan dan Menaik Gred Kantin

Sk Dato’ Abu Bakar Baginda

8 Mac 2015

PENGERUSIPn Noresah binti Sapari (GPK HEM)

PENYELARAS PROGRAMPn Masliza binti Mazelan (SU Kantin 2015)

SETIAUSAHAPn Juridah binti Abdul Mubin

PENOLONG SETIAUSAHAPn Siti Dora binti Dollah

BENDAHARIPn Muslina bt Mokhtar

AJK PELAKSANASemua guru dan kakitangan sekolah

9.0ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1. Satu Bangku(papan = RM 30)(Kayu = RM 60)Jumlah = RM 90

RM 90 X 15 bangku

1350.00

2. Paku 100.00

3. Cat dan alatan mengecat 200.00

4. Alas meja 300.00

5. Poster dan banner berkaitan 300.00

6. Langsir 250.00

JUMLAH 2500.00

PENUTUP

Semoga dengan adanya program keceriaan dan menaik gred kantin ini akan

memberi manfaat dan kebaikan kepada semua murid khususnya dan warga SK Dato’

Abu Bakar Baginda amnya. InshaAllah.

3

Page 4: Kertas Kerja Kantin

Program Keceriaan dan Menaik Gred Kantin

Sk Dato’ Abu Bakar Baginda

8 Mac 2015

Disediakan oleh,

---------------------------------------

(PN. MASLIZA BINTI MAZELAN) Penyelaras ProgramKeceriaan dan Menaik Gred Kantin 2015

Disemak oleh,

---------------------------------------(PN NORESAH BINTI SAPARI)GPK Hal Ehwal MuridSK Dato'Abu Bakar Baginda, Sepang

Disahkan oleh,

-------------------------------------(PN HJH WAN NOR FADRIAH BINTI WAN IDRIS)Guru BesarSK Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang

4