kertas kerja apik updated

10
KERTAS CADANGAN KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SANDAKAN TAHUN 2016 ANJURAN BERSAMA Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan sandakan (ABIM Sandakan), Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah ( KBSS ), Persatuan Pelajar Islam Sabah (SISMA) dan Alumni Perkampungan Menara Gading Sabah (PMGS) Sandakan

Upload: shafiq-zulfiqa

Post on 13-Jul-2016

267 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kkkk

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Apik Updated

A. LATAR BELAKANG

KERTAS CADANGAN

KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SANDAKAN

TAHUN 2016

ANJURAN BERSAMA

Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan sandakan (ABIM Sandakan),Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah ( KBSS ),Persatuan Pelajar Islam Sabah (SISMA) dan Alumni Perkampungan Menara Gading Sabah (PMGS) Sandakan

Page 2: Kertas Kerja Apik Updated

KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SANDAKAN

Tarbiyah dan dakwah merupakan landasan pembangunan insan dan pengislahan

masyarakat sejagat. Tarbiyyah sepadu merupakan asas kepada pembinaan

A. PENGENALAN

Tarbiyah dan dakwah merupakan landasan pembangunan insan dan pengislahan

masyarakat sejagat. Tarbiyyah sepadu merupakan asas kepada pembinaan

“syaksiah ahli gerakan. Ia meliputi pembangunan rohani, mental, emosi dan

fizikal serta aspek ketrampilan dan kemahiran tertentu bagi memenuhi keperluan

masyarakat dan organisasi. Manakala dakwah pula mencakupi aspek teoritikal

dan amali untuk menyampaikan risalah Islam kepada individu dan masyarakat

muslim dan bukan muslim.”

Prof. Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady

Kehadiran Gerakan Islam & Pendakwah dipersada dakwah di Sabah sejak 30

tahun yang lepas telah sedikit sebanyak menyumbang kepada proses pengislahan

masyarakat. Walaubagaimanapun, perubahan lanskap dan cabaran medan dakwah

menuntut para ahli Pendakwah agar lebih memperkemaskan latihan rohani agar

lebih bersedia mendepani pelbagai cabaran.

Barisan Anak Muda yang bakal menjadi pendakwah yang sedang

mengalami perubahan daripada generasi ketiga ke generasi keempat juga perlu

dilaksanakan dengan penuh hikmah dan bijaksana agar perubahan ini tidak

merencat proses dakwah yang sedang berlaku.

Diatas premis ini, Kem Kepimpinan Belia Islam Sandakan ini amat perlu

dilaksanakan agar semua anak muda memahami bagaimana peranan seorang Da’i

dan bagaimana kaedah (Qa’id) untuk bergerak ditengah masyarakat. Cabaran-

cabaran baru dalam medan dakwah akan dibincangkan dan dibengkelkan agar

agenda bertindak yang bersepadu dapat dirumuskan sebagai asas perlaksanaan.

Page 3: Kertas Kerja Apik Updated

KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SANDAKAN

Sesungguhnya kejayaan visi dan misi dakwah ini hanya akan berjaya jika

para da’i memantapkan iman mereka dan mengikhlaskan diri hanya kerana Allah

SWT.

B. OBJEKTIF

Membina kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan

pemimpin

Menanam ciri-ciri kepimpinan Rasulullah dalam konteks semangat jihad,

pengurusan dan kepimpinan yang baik

Mendedahkan perkembangan pemikiran semasa yang mengancam Islam

Merumuskan agenda terbaik untuk mendepani cabaran misi dakwah

C. TARIKH PERLAKSANAAN

15-17 April 2016

D. TEMPAT PERLAKSANAAN

SMK Agama Tun Juhar Sandakan

E. ANJURAN Kem ini adalah anjuran

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) daerah Sandakan

Persatuan Pelajar Islam Sabah (SISMA)

Alumni Perkampungan Menara Gading Sabah (PMGS) daerah Sandakan

Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSS)

F. PESERTA

Peserta disasarkan kepada para pelajar Tingkatan 4 dan tingkatan 5 di peringkat

Sekolah Menengah di daerah Sandakan.Sasaran bilangan keseluruhan peserta

adalah seramai 100 orang. Antara Sekolah yang akan terlibat dalam KKBIS

adalah seperti berikut :

Sekolah Terlibat Bilaangan Peserta

SMK Sandakan Bestari 20 peserta

SMKA Tun Juhar 20 peserta

Page 4: Kertas Kerja Apik Updated

KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SANDAKAN

SMK Merpati 20 peserta

SMK Muhibbah 20 peserta

SMK Elopura Bestari 20 peserta

Page 5: Kertas Kerja Apik Updated

G. TENTATIF KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SANDAKAN 2016

Page 6: Kertas Kerja Apik Updated

H. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Ustaz Fikri Muharam

Pengarah Program : Sdr. Muhammad Syafiq Bin Rasid

Timb. Pengarah Program : Sdri. Nor Ain Faqihah Binti Mulyamin

Setiausaha : Sdri. Nur Farahani Binti Amran

Bendahari : Sdri. Norfitryani Binti Maroh

Ahli Jawatankuasa

Kem Komanden : Sdr. Mohd Syafiq Farhan Lee

Kerohanian : Sdr. Nur Adam Ariff Bin Aldrin : Sdr . Muhammad Hisyam Bin Malang

Persiapan Teknikal : Sdr. Mohd Ayub Bin Jainul Sdr. Muhammad Syamil Bin Abdul Rahman Sdr. Hafiz

Jamuan : Sdri. Rasrina Binti Patrick@Rizal Abdullah Sdri. Nurbella Sofiana Binti Altu

Sdri. Andy Rabiatul Adawiyah Binti Asse

Pendaftaran : Sdr. Kamal Syarafi Bin Roslan Sdr. Sukri Bin Sinring

Sdri. Siti Nur Aishah Binti Salaluddin Sdri. Irma Binti Sarip

Cenderamata : Sdri. Nur Syakirah Binti Abdul Razil Sdri. Nur Syahirah Binti Asran

Multimedia / Hebahan : Sdr. Mohd Syahiddin Bin Hussin Sdr. Tajuddin

Riadah / Sukan : Sdr Mohd Haydir Bin Adzlee Sdr. Mohd Aidil Hafizi Bin Mohamed Fadzil

Photographer : Sdri. Rozifah Binti Kahar

Page 7: Kertas Kerja Apik Updated

KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SANDAKAN

I. PERUNTUKAN KEWANGAN

Pakej Kursus

Penginapan RM 10 X 3 hari X 100 orang RM 3,000.00Makan Minum RM 15.00 X 3 hari X 100 orang RM 4,500.00

CenderamataPanel – RM 50.00 X 3 orang RM 150.00Pengerusi sesi – RM 20.00 X 3 orang RM 60.00Perasmi RM 150.00*Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/1995

Banner RM 300.00

PercetakanKertas KerjaRM2.00 x 100 orang RM 200.00

SijilRM 2.50 x 100 orang RM 250.00

Pengurusan Jemputan dan Urusetia RM 500.00

Kerja Lapangan

Pengangkutan RM 1,000.00

Rencam RM 500.00

JUMLAH RM 10,610.00

Page 8: Kertas Kerja Apik Updated

KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SANDAKAN

J. KESIMPULAN

Di harap Kursus Kepimpinan Belia Islam Sandakan 2016 ini akan dapat

mencetuskan semangat baru kepada para daie dan pemimpin muda agar dapat

bergerak di medan dakwah dengan penuh hikmah dan bijaksana. Di samping itu

juga dapat menghayati maklumat baru berkenaan cabaran dakwah semasa.