kertas kerja

20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN. KERTAS KERJA : KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS DARULAMAN KALI KE– 20 DISEDIAKAN OLEH : JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-20 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS WAJ3109 : OLAHRAGA TARIKH : 26 / 04 / 2012 TEMPAT : TREK BALAPAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN. BHG. A : PENSYARAH PENASIHAT

Upload: sitherraivalli

Post on 20-Nov-2015

126 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA,KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA :KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS DARULAMANKALI KE 20

DISEDIAKAN OLEH :

JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-20INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMANUNTUK MEMENUHI KEPERLUANKURSUS WAJ3109 : OLAHRAGA

TARIKH :

26 / 04 / 2012

TEMPAT :

TREK BALAPAN,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.

BHG. A : PENSYARAH PENASIHAT

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

. ........................................( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG B : KETUA UNIT KOKURIKULUM

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

Ulasan ( jika ada ) :

.. ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG C : PEGAWAI EKSEKUTIF / KETUA PEMB. TADBIR / PEMB. AKAUNTAN

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan

Peruntukkan yang akan digunakan ialah : ..

Kenderaan boleh digunakan / tidak boleh digunakan pada tarikh / masa tersebut.

Ulasan ( jika ada ) :.

.. ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG. D : TIMBALAN PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Pensyarah pengiring diluluskan untuk . Orang sahaja (.Lelaki / .Perempuan )

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan ( jika ada ) :.

.. . ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG. E : PENGARAH

.. ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

KERTAS KERJAKEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI 20INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA, KEDAH.

1.0 BUTIRAN PROJEK

1.1Nama Projek: Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Darulaman kali Ke-201.2Penganjur: Unit Kokurikulum IPG Kampus Darulaman1.3Tarikh: 26 / 04 / 20121.4Tempat: Trek Balapan IPG Kampus Darulaman1.5Penyertaan: Semua guru pelatih KPLI, PISMP, PPISMP, DPLI dan PPISMP GSTT2.0RASIONALKecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal adalah teruji melalui aktiviti sukan yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.Berdasarkan kepada keperluan inilah, Pelajar PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2010 berusaha menyediakan satu kejohanan olahraga yang diharap dapat merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani seterusnya melahirkan para guru yang berketrampilan.3.0OBJEKTIF

3.1Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam acara padang dan balapan.

3.2Memberi peluang kepada bakal guru menimba pengalaman baru dalam menguruskan kejohanan olahraga agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak.

3.3Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi terutama ketika mengendalikan kejohanan olahraga seperti ini.

3.4Membina kerjasama dan hubungan erat di antara para guru pelatih di dalam maktab atau pihak luar.

3.5Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek.

3.6Menggilap bakat-bakat di kalangan pelajar agar dapat diketengahkan di KAGUM Kejohanan Olahraga peringkat Zon dan Kebangsaan.

3.7Memupuk nilai-nilai murni selaras dengan kehendak Bahagian Pendidikan Guru.

4.0LATAR BELAKANG PROGRAM

Kejohanan ini merupakan acara sukan tahunan IPG yang menyediakan ruang dan peluang kepada para guru untuk menampilkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang sukan. Melalui tema Penglibatan Menyeluruh Asas Kegemilangan, sukan ini mampu untuk menyediakan satu temasya sukan yang meriah dengan penyertaan para guru pelatih IPG dari kumpulan KPLI, PISMP, PPISMP, DPLI dan PPISMP GSTTKejohanan ini akan memperlihatkan gandingan kerjasama para guru pelatih dan para pensyarah tanpa berbelah bahagi di samping bantuan dari pihak luar yang terlibat mampu mempamerkan kegemilangan IPG Kampus Darulaman sebagai salah sebuah institut pendidikan guru yang terbaik di utara tanah air. Kepelbagaian acara yang dipertandingkan dari kalangan para guru pelatih, pensyarah, dan pegawai dijangka menghangatkan lagi suasana kejohanan ini nanti.

5.0PERANCANGAN5.1Melantik Jawatankuasa Induk

5.2Melantik Jawatankuasa Kerja

5.3Mengenalpasti Pegawai dan Jawatankuasa Kecil untuk memantapkan barisan Jawatankuasa Kerja dari kalangan para guru pelatih dan pihak luar.

5.4Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan sukan, persiapan tempat, padang dan trek, hadiah dan cenderamata, acara sukan, bahan dokumentasi, pengangkutan, keselamatan dan kebajikan.

5.5Menentukan jadual latihan rumah sukan, raptai dan masa kejohanan.

5.6Membuat anggaran perbelanjaan

6.0PERLAKSANAAN

6.1Mengadakan perbincangan secara tidak formal antara Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Ketua Biro dengan Pensyarah Penasihat yang terlibat dengan kejohanan ini.

6.2Menetapkan agenda mesyuarat Jawatankuasa Induk (JK Induk) dan Jawatankuasa Kerja (JK Kerja).

6.3Mesyuarat JK Induk dan JK Kerja bersama para pensyarah penasihat dan JK Kecil yang terlibat dari semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.

6.4Perjumpaan antara para rumah ketua penasihat rumah sukan dengan ahli rumah dan membuat perlantikan JK Rumah Sukan.

6.5Taklimat kepada semua Ketua Rumah Sukan tentang jadual latihan, acara yang dipertandingkan, peraturan permainan, prosedur pendaftaran dan raptai.

6.6Taklimat kepada para pegawai dan JK yang terlibat.

6.7 Menentukan pihak kebajikan dan keselamatan yang terlibat seperti Hospital Jitra, St. John dan PBSM.

7.0 TEMPOH AKTIVITI

16 / 04 / 2012 hingga 26 / 04 / 2012 ini berdasarkan kepada perancangan dan aturcara aktiviti seperti di bawah.

No. Tarikh Perkara

7.116 / 04 / 2012Mesyuarat Rumah Sukan

7.223 / 04 / 2012 hingga 24 / 04/ 2012Sukantara( Sila Rujuk Lampiran 1 )

7.325 / 04 / 2012Raptai Kejohanan

7.426 / 04 / 2012Kejohanan Olahraga

7.5Semua interaksi GERKO untuk ketetapan di atas ditunda dan kedatangan pelatih dicatat untuk aktiviti berkenaan di atas.

8.0 TEMPAT

Trek balapan, IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah Darulaman.

9.0 JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA IPG KAMPUS DARULAMAN KALI KE - 20

Pengerusi Kejohanan

:Mohd Asran Bin Jusoh

Tim. Pengerusi Kejohanan

:Muhammad Aqmalhakim Bin Abdul Rahim

Setiausaha

:Mohd. Shafuan Bin Zulkafli

Pen. Setiausaha

:Tan Sook Yong

Bendahari

:Hafiza Izzati Binti Hamzah

Pengerusi J/K Pertandingan

:Mohd Zakri Bin Ramli

Muhammad Zuhir Luqman Bin Zulkofli

Pengerusi J/K Teknik Balapan / Padang

:Loo Zhen Hui

Esther Tan

Urusetia

:Nur Masturah Binti Ghafar

Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi

Pengerusi J/K Teknik Peralatan

:Kesava Raj

Mohd Fardy Rafeq Bin Mohd Fisal

Pengerusi J/K Kepegawaian

:Mohamad Izzat Bin Badrul

Muhammad Hanif Bin Radzi

Pengerusi J/K Pengelola Peserta

:Muhammad Ismat Bin Mohamed Razali

Mardhiah Binti Yusof

Pengerusi J/K Pembantu Padang

:Mohamad Zul Fadzli Bin Abdul Jaabar

Farah Izzati Binti Sauli

Pengerusi J/K Hadiah, Cenderamata & Sijil

:Nor Ashifa Binti Md Nozmi

Nur Izza Azieta Binti Mohd Jid

Pengerusi J/K Publisiti, Seranta & Siaraya

:Ariffuddin Bin Saad

Nur Shaqirah Binti Mat Isa

Pengerusi J/K Pembukaan & Penutup

:Mohamad Hafiz Bin Zainal Abidin

Aini Mardhiah Binti Mohd Saod

Pengerusi J/K Buku Program & Kejohanan

:Norsyafiqah Binti Ahmad

Siti Nurmursyidah Binti Yusof

Pengerusi J/K Makanan & Minuman

:Athirah Binti Abu Hanipah

Fadilah Binti Ahmad Puad

Pengerusi J/K Persiapan Tempat

:Mohamad Nazmi Bin Abd Samad

Atikah Binti Qamarul Azad

Pengerusi J/K Jemputan & Sambutan

:Leong Mi Theng

Eng Wei Chien

Pengerusi J/K Keputusan & Statistik

:Muhammad Azuan Bin Azmi

Nur Inani Izzati Binti Hashim

Pengerusi J/K Pertolongan Cemas,Keselamatan & Kebersihan

:Chong Tzer Sheng

Yoong Soo May

Pengerusi J/K Pengangkutan

:Norhayati Binti Mansor

Siti Aminah Binti Wahab

Pengerusi J/K Tugas - Tugas Khas

:Phuah Kok Hooi

Tan Wei Na

Juru Acara

:Mior Fakhrullah Bin Abdull Jalil

Noor Azliana Binti Mat Isa

Teks Ucapan

:Abdul Sharil Hazri Bin Nordin

Nurul Adliyah Bt Arbiee

Pengurus Rumah Sukan

Pahlawan (Hijau)

:Faizzuddin Bin Yahaya

Pendekar (Kuning)

:Mohammad Akmal Alif Bin Azman

Panglima (Biru)

:Mohamad Fuzail Izzat Bin Shaffie

Perwira (Merah):Muhammad Nazrin Bin Sulaiman

10.0PENYERTAAN

Diwajibkan kepada semua peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI ), Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Guru Sandaran Tidak Terlatih (PPISMP GSTT) Penyertaan adalah mengikut senarai rumah sukan yang telah ditetapkan.

11.0 RUMAH SUKAN

11.1Pendekar: Kuning11.2 Pahlawan: Hijau11.3Perwira: Merah11.4 Panglima: Biru

12.0PENGANGKUTAN

12.1Lori: 1 buah12.2Pemandu: 2 orang

13.0PERALATAN DAN KEMUDAHAN

Dipinjam dari Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Unit GERKO dan Stor IPG Kampus Darulaman .

14.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sila lihat lampiran 2 .

15.0PERATURAN PERTANDINGAN

Sila lihat lampiran 3

16.0PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-20 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setinggi - tinggi harapan dari pihak tuan agar permohonan untuk menjalankan Kejohanan Olahraga IPG Kampus Darulaman kali ke-20 ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat BPG.

LAMPIRAN 2

PERBELANJAAN KEWANGAN

BIL

ITEMKUANTITIJUMLAH

1Makanan dan Minumani-Jemputan VIPii-Pensyarahiii-Staf sokonganiv-Pegawai

RM 7.00 x 18 orang x 1 hariRM 5.00 x 126 orang x 1 hari RM 5.00 x 56 orang x 1hariRM 5.00 x 51 orang x 1hari

RM 126.00RM 630.00RM 280.00RM 255.00

2Persiapan TempatRM1.00 x 60 orang x 1 hari

JUMLAHRM 60.00

RM 1351.00

3Hadiah dan Cenderamata

i. Medalii. Piala Iringan (sumbangan)iii. Cenderamata Iringan (Pengarah/ Timb. Pengarah)iv. Tarik Taliv. Acara Staf/ Pensyarah

RM12.00 X 962

RM50 X 2

Piala Pusingan dan Hamper RM34.00 X 5

JUMLAH

RM 1152.00___

RM 100.00

RM 170.00

RM 1422.00

3Publisiti dan Siarayai. Kain rentang

ii. Buku programSTOR

STOR

4Peralatani. Peluru( RM 2.50 X 28 butir )

ii. Perubatan - Peti Pertolongan Cemas - Ubat-ubatan tambahan - Pengusung X 2 buah

iii. Bunga manggar

iv. Rozet 6 kuntum

JUMLAH

RM 70.00

RM 200.00STORJPJK

STOR

___

RM 270.00

5Perbelanjaan Luar Jangka RM 50.00

JUMLAH BESARRM 3093.00

LAMPIRAN 3

KEJOHANAN OLAHRAGAPERATURAN PERTANDINGAN

1.Undang undang

1.1Kejohanan ini dijalankan mengikut undang - undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia ( KOAM ), kecuali beberapa peraturan pertandingan yang diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian kejohanan ini.

2. Acara acara yang dipertandingkan

BilAcaraLPJumlah AcaraHadiah

1100 meterxx26

2200 meterxx26

3400 meterxx26

4800 meterxx26

54 x 100 meterxx224

64 x 400 meterxx224

7Lompat jauhxx26

8Lontar peluruxx26

9Lompat kijangxx26

10Lompat Tinggixx26

11Tarik talix-14

Jumlah Acara / Hadiah111021100

3. Peraturan Kejohanan Olahraga

3.1 Kejohanan ini hanya boleh disertai oleh pelajar IPG Kampus Darulaman.3.2 Seorang peserta hanya layak mengambil bahagian dalam 2 acara individu sahaja dan 1 acara berkumpulan.3.3Setiap rumah sukan hanya dibenarkan menghantar 2 penyertaan sahaja bagi setiap acara mengikut kategori ( hanya 1 penyertaan untuk acara lari berganti ganti dan tarik tali ).

4.Pendaftaran Peserta

4.1Pendaftaran hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan dihantar sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.4.2Borang yang siap diisi hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola Peserta.

5.Pembatalan Acara

5.1Semua acara yang didaftarkan akan dipertandingkan. Jika terdapat dua atau kurang penyertaan, acara tersebut akan dibatalkan.5.2Keputusan Pengurus Kejohanan berkaitan dengan ini adalah muktamad.

6.Melaporkan Diri

6.1Semua peserta yang mengambil bahagian hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta sekurang kurangnya 15 minit sebelum acara itu dipertandingkan.6.2Kegagalan melaporkan diri akan menyebabkan peserta itu tidak dibenarkan mengambil bahagian.6.3Pengurus bertanggungjawab mengingatkan peserta masing masing supaya sentiasa bersedia dan melaporkan diri sebelum bertanding.6.4 Peserta hendaklah bersedia dengan pakaian lengkap semasa melaporkan diri.6.5Peserta hendaklah memakai nombornya seperti yang didaftarkan. Kegagalan memakai nombor sendiri menyebabkan paserta tersebut tidak dibenarkan mengambil bahagian.6.6Peserta yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

7.0Acara lari berganti ganti

7.1 Setiap rumah sukan hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.7.2Peserta tidak dibenarkan sama sekali melambung, menghembus atau melempar baton selepas tamat perlumbaan.

8.0 Bantahan

8.1Semua bantahan akan dirujuk berdasarkan peraturan KOAM (Perkara 47).8.2Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan memasukkan butiran nama paserta, no. acara, acara, peristiwa atau bantahan yang dibuat dan ditandatangani oleh Ketua Pensyarah Penasihat Rumah Sukan.8.3Bantahan secara lisan tidak akan dilayan.8.4Bantahan hendaklah dikemukakan tidak lebih daripada 30 minit selepas tamat sesuatu acara.8.5Semua bantahan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kejohanan bersama wang pertaruhan RM 20.00. Sekiranya bantahan tersebut berasas dan diterima, wang tersebut akan dikembalikan, jika bantahan ditolak, wang pertaruhan tersebut tidak akan dikembalikan.

9.0Nombor Peserta

9.1Setiap rumah sukan diwajibkan menyediakan nombor bagi kegunaan rumah sukan masing masing.9.2Nombor rumah sukan adalah seperti berikut :

Rumah Kuning- K001 hingga K050Rumah Hijau- H051 hingga H100Rumah Merah- M101 hingga M150Rumah Biru- B151 hinnga B200

10.0 Hadiah

Acara Individu- Pertama- Kedua - Ketiga

Acara Berpasukan- Pertama- Kedua- Ketiga

Acara Tarik Tali- Pertama- Kedua

11.0Kiraan mata

11.1Pemenang Rumah Sukan dikirakan berdasarkan jumlah pungutan mata.11.2Jika terdapat keputusan seri kelebihan pungutan mata, bilangan emas, perak dan gangsa terbanyak diambil kira.

Acara Individu- Pertama= 5 mata- Kedua = 3 mata- Ketiga= 2 mata- Keempat= 1 mata

Acara Berpasukan - Pertama = 7 mata- Kedua= 5 mata- Ketiga= 3 mata- Keempat= 1 mata

12.0Olahragawan / Olahragawati

12.1Olahragawan dan olahragawati akan diputuskan dengan mengambil kira jumlah acara yang dimenangi dengan memecah rekod kejohanan.12.2 Jika seri, jumlah pungutan pingat emas, perak dan gangsa acara individu diambil kira.12.3Jika masih seri, jumlah pungutan pingat emas, perak dan gangsa acara pasukan diambil kira.12.4Jika masih seri, jumlah tempat keempat acara individu, kemudian