kertas kerja 1m1s

5
SK BRICKFIELDS 1 JALAN SULTAN ABD SAMAD 50470 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA KEM 1MURID 1 SUKAN 4 - 5 OKTOBER 2013 SK BRICKFIELDS 1

Upload: allypachencho

Post on 26-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1m1s

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA 1m1s

SK BRICKFIELDS 1

JALAN SULTAN ABD SAMAD

50470 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

KEM 1MURID 1 SUKAN

4 - 5 OKTOBER 2013

SK BRICKFIELDS 1

Page 2: KERTAS KERJA 1m1s

1.0 PENDAHULUAN

Kem 1Murid 1 Sukan adalah aktiviti kemuncak bagi pelaksanaan Dasar 1Murid 1 Sukan yang telah dijalankan sepanjang tahun oleh pihak sekolah.Kem 1Murid 1 Sukan adalah aktiviti wajib yang perlu dilaksanakan bagi tujuan memberi peluang kepada murid tahun 3,4, dan 5 secara menyeluruh melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

2.0 MATLAMAT

2.1 Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.

2.2 Melalui ransangan /tugasan muriddapat :

I Membantu penubuhan dan menguruskan kelab sukan.II Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab.III Membantu dalam penganjuran pertandingan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.

3.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.

3.3 Menerapakan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan.3.4 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.3.5 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktivitisukan dalam

mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

4.0 SASARAN

Kursus ini mensasarkan kumpulan murid dari tahun 3,4 dan 5 yang terdiri daripada 8 kelab sukan sekolah seramai 40 orang murid , bersama 10 orang guru. Setiap kelab sukan akan menghantar 5 orang wakil murid.

5.0 TARIKH & HARI

04 Oktober 2013 (Jumaat) hingga 05 Oktober 2013 (Sabtu)

Page 3: KERTAS KERJA 1m1s

6.0 MASA PROGRAM

04 Oktober 2013 03.30pm: Pendaftaran di SK Brickfields (1)05 Oktober 2013 05.30pm: Bersurai dari SK Brickfields (1)

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : Pn. Kok Sea YinPENGERUSI : Pn. AsmahBintiTahirKEM. KOMANDEN : En. Azhar Bin Ismail ( Kem Komando)PENYELARAS : Pn. Umi Kalsom Binti Abd RahimBENDAHARI : Cik Norakma Binti AzharFASILITATOR : En. Mohd Hairizan Bin Husin

Pn.Rozalita Binti SuffianCik Theresa Savarimuthu

8.0 ATURCARA PROGRAM

(Sila rujuk lampiran)

9.0 KEWANGAN

ANGGARAN PENDAPATAN

JUMLAHANGGARAN

PERBELANJAANJUMLAH

Dana 1M 1S RM500.00

Makan Rm11 X 43( malam, pagi & tengahari)

Hadiah peserta terbaikHadiah kumpulan terbaik

RM 473.00

RM 7.00RM 20.00

JUMLAH RM 500.00

JUMLAH RM 500.00

Page 4: KERTAS KERJA 1m1s

11.0 PENUTUP

Pada ke seluruhannya, diharapkan perkhemahan 1M 1S yang akan dijalankan ini dapat memberi penambahbaikan terhadap murid dan mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh Disemak oleh

______________________ ____________________________

(Pn. Umi Kalsom Binti Rahim) (Pn. Asmah Binti Tahir)

Penyelaras Kem 1M 1S GPK Kokorikulum

Disahkan oleh

______________________

(Kok Sea Yin)

Guru Besar SKB 1