kertas kerja 1

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM . PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 4 KERTAS CADANGAN PROGRAM BINA INSAN GURU (CERAMAH UNTUK GURU ) TARIKH 11 MEI 2013 (SABTU) TEMPAT BILIK MESYUARAT ( SK KOMPLEKS UDA ) MASA 8.30 PAGI 1.00 PETANG

Upload: raharman

Post on 24-Apr-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TEMENGGONG IBRAHIM

.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

SEMESTER 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM BINA INSAN GURU

(CERAMAH UNTUK GURU )

TARIKH

11 MEI 2013 (SABTU)

TEMPAT

BILIK MESYUARAT ( SK KOMPLEKS UDA )

MASA

8.30 PAGI – 1.00 PETANG

Page 2: KERTAS KERJA 1

Pengenalan

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan

oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha untuk melahirkan insan guru

yang berkualiti tinggi, berilmu pengetahuan, berkemahiran serta mempunyai spiritual

dan sahsiah yang tinggi.

Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru

Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai

bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.

Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang

dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah

yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras

dengan hasrat negara.

YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia ketika

membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa

pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu

menyeluruh. Beliau menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran,

modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang

tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh

untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru.

Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya. Contohnya

perkhemahan, khidmat komuniti, ceramah, bengkel dan sebagainya. Semua aktiviti

ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari

semua aspek.

Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan

untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk

berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

Page 3: KERTAS KERJA 1

Tajuk Program

Ceramah Bina Insan Guru (BIG) PPG (Semester 4) ambilan Jun 2012

Pendahuluan

Program Bina Insan Guru merupakan antara salah satu kursus wajib yang perlu

diikuti oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(PPG).

Tujuan

Program ini bertujuan bagi mendedahkan guru PPG dengan domain

pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti,

aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada

komuniti, berakauntibiliti, amanah, kreatif dan inovatif. Hal ini secara langsung dapat

membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan, disamping

mencapai matlamat dan objektif Program Bina Insan Guru serta PIN (Plan Integrity

National).

Rasional

Guru PPG dapat membina insan guru dalam diri masing-masing dengan

seimbang selain memberi kesedaran awal tentang perkaitan guru dengan komuniti

serta akauntabiliti profesionalisma dalam bidang keguruan.

Matlamat

Guru PPG dapat mengetahui isu-isu bina insan guru secara terperinci

Guru PPG dapat mempelajari kaedah bagaimana untuk berinteraksi dengan

komuniti masyarakat.

Guru PPG dapat menerap sifat keprofesionalisme keguruan dalam diri dan

juga budaya kerja.

Page 4: KERTAS KERJA 1

Objektif

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan

situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan

masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan

penambahbaikan secara berterusan.

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada

komuniti.

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran

yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam

kepelbagaian budaya.

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak

keguruan.

Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil

peranan secara aktif dalam kumpulan.

Asas Pertimbangan

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memenuhi tuntutan kurikulum yang

merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap guru PPG selari dengan apa

yang telah digariskan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan

Kepujian (PPG), seperti berikut:

1. Nama Kursus : Bina Insan Guru (BIG) Fasa II

2. Kod Kursus : WAJ 3114

3. Kreadit : 3 Jam Kreadit

4. Jam Kontrak : 10 Jam

5. Semester : Empat

Butiran Pelaksanaan

Tarikh : 11 MEI 2013 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kompleks Uda

Page 5: KERTAS KERJA 1

Aturcara program

Aturcara program Ceramah Bina Insan Guru.

TARIKH HARI MASA TENTATIF7 April 2013 Sabtu 8.30 pagi

8.45 pagi

8.50 pagi

9.00 pagi

9.50 pagi

10.00 pagi

10.50 pagi

11.50 pagi

11.10 pagi

12.10 tengahari

12.30 tengahari

1.00 tengahari

Ketibaan para peserta program BIG

Ketibaan Tutor dan Penceramah jemputan

Ucapan pengerusi majlis

Slot 1: “Pembinaan Insan Guru yang Seimbang” Penceramah:En Mohd Nizam Bin Bakar

Sesi soal jawab dibuka

Rehat

Slot 2: “Guru dan Hubungan Komuniti” Penceramah:En Shahreza bin Abd Razak

Sesi soal jawab dibuka

Slot 3: “Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme”Penceramah:Pn Diana binti Abu

Sesi soal jawab dibuka

Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan oleh Pn Noorsihah bin Darwish Guru Besar, Sk Kompleks Uda.

Penyampaian cenderamata kepada Noorsihah binti Darwish, Guru Besar SK Kompleks Uda.

Majlis bersuraiJamuan makan

Page 6: KERTAS KERJA 1

Peserta Program

Peserta : Guru PPG Semester 4 ambilan Jun 2012

Sasaran : Seluruh guru PPG ambilan Jun 2012

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Pn Noorsihah binti Darwish

Naib Pengerusi : En Mohamad bin Sohaimi

Setiausaha : Norul Safura binti Kamaludin

Naib Setiausaha : En Shahrul Izuwan bin Abd Rahman

Bendahari : En Nizam bin Isnin

Ahli Jawatankuasa:

1. Jemputan : Pn Rafiza binti Pondi

2. Program : Nor Amri bin Johari

3. PA Sistem : En Solikin Bin Ahmad

4. Peralatan/Tempat : Syed Adiputra

5. Jamuan : Norzamzalizah binti Kadir

6. Pengacara : Norul Safura binti Kamaludin

7. Kehadiran/Pendaftaran: Adnan bin Abd Rahman

Page 7: KERTAS KERJA 1

Senarai Perbelanjaan

No. Nama Item Kuantiti

1 Air Mineral 1×15 peserta

1×1 penceramah jemputan

1×1TimbalanPengarah

¿17botol x RM 1.00 = RM 17.00

2 Cenderahati 1×1 penceramah

1×1 tetamuVIP

¿2unit x RM 20.00

3 Makan Tengahari RM 5×15 peserta

¿ RM 75.00

Jumlah Rm 17.00 + RM 40.00 + RM 75.00 =RM 132.00

Page 8: KERTAS KERJA 1

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________ _____________________

Norul Safura binti Kamaludin Pn Noorsihah binti DarwishSetiausaha BIG Fasa II Guru Besar PPG Ambilan Jun 2012 Sk Kompleks Uda

Disokong oleh:

_____________________

Puan SugunaPenyelaras BIG Fasa II IPG Kampus Temenggong Ibrahim