kertas cadangan program peningkatan linus

32
LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL Dalam Bab ini akan dimuatkan dengan Analisis Persekitaran, Pemilihan Strategi Kajian Literatur dan Proposal Program. 3.0 Model Perancangan Strategik Laporan Program Sandaran ini adalah dibuat berdasarkan Model Perancangan Strategik 7 Fasa oleh Bryson,J.M(2003) yang telah diperkenalkan kepada semua peserta kursus NPQEL dalam usaha melatih bakal pemimpin-pemimpin sekolah yang perlu melaksanakan perancangan dan kepimpinan strategik bagi meningkatkan prestasi organisasi yang dipimpin dan untuk masa depan pembangunan pendidikan. 3.1 Analisis Persekitaran TOWS/COWS Matriks Dalaman Luaran (S) KEKUATAN: S1- Guru opsyen BI, BM dan Matematik mencukupi dan komited. S2- Sokongan daripada pihak pentadbiran. S3- Kemudahan ICT dan bahan bacaan Pusat Sumber (W) KELEMAHAN: W1- Guru kekurangan masa untuk membimbing murid yang lemah. W2- Murid kurang beri tumpuan berminat (Bilangan ramai) W3- PdP kurang menarik. (O)PELUANG: O1- Sokongan PIBG O2- Ibubapa dan rakan sebaya yang prihatin. Strategi S + O S1 + S2 +S3+ O2 Mempelbagaikan strategi PdP Strategi W + O W1 + O2 Meningkatkan penguasaan Literasi Numerasi murid 16

Upload: vikram-sudakkhar

Post on 23-Oct-2015

1.670 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Dalam Bab ini akan dimuatkan dengan Analisis Persekitaran, Pemilihan Strategi

Kajian Literatur dan Proposal Program.

3.0 Model Perancangan Strategik

Laporan Program Sandaran ini adalah dibuat berdasarkan Model Perancangan

Strategik 7 Fasa oleh Bryson,J.M(2003) yang telah diperkenalkan kepada semua

peserta kursus NPQEL dalam usaha melatih bakal pemimpin-pemimpin sekolah yang

perlu melaksanakan perancangan dan kepimpinan strategik bagi meningkatkan

prestasi organisasi yang dipimpin dan untuk masa depan pembangunan pendidikan.

3.1 Analisis Persekitaran TOWS/COWS Matriks

Dalaman

Luaran

(S) KEKUATAN:

S1- Guru opsyen BI, BM dan Matematik mencukupi dan komited.

S2- Sokongan daripada pihak pentadbiran.

S3- Kemudahan ICT dan bahan bacaan Pusat Sumber

(W) KELEMAHAN:

W1- Guru kekurangan masa untuk membimbing murid yang lemah.

W2- Murid kurang beri tumpuan berminat (Bilangan ramai)

W3- PdP kurang menarik.

(O)PELUANG:O1- Sokongan PIBG

O2- Ibubapa dan rakan sebaya yang prihatin.

Strategi S + O

S1 + S2 +S3+ O2Mempelbagaikan strategi PdP

Strategi W + O

W1 + O2Meningkatkan penguasaan Literasi Numerasi murid dengan bantuan ibubapa dan rakan sebaya.

(C) Ancaman:C1- Latar belakang keluarga.C2- Kehadiran murid kurang memuaskanC3 – Komitmen ibu bapa tidak menyeluruh.

Strategi S + C

S2 + C2Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa

Strategi W + C

16

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.1.1 Senarai Strategi Yang DiJana

Bil. Kod Strategi Strategi

1 Strategi SO

S1+S2+S3+O2Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

2 Strategi WO

W1+O2

Meningkatkan penguasaan Literasi dan Numerasi murid dengan bantuan rakan sebaya dan ibubapa.

3 Strategi SC

S2+C2

Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa

3.1.2 Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan

Kriteria Pemilihan ST1 ST2 ST3

1 Tahap kesukaran proses 3 3 3

2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab 3 3 3

3 Sumber kewangan dan kos 3 3 3

4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan 3 3 2

5 Andaian keupayaan mengatasi halangan 3 3 2

6 Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai

objektif, matlamat/isu,misi dan visi

3 2 2

7 Akur/kepatuhan dengan mandate/arahan 3 3 2

8 Kesesuaian dengan persekitaran terkini 3 3 3

Jumlah Skor 24 23 20

Keputusan 1 2 3

Skala: 1 hingga 3, (1 = sukar 2 = sederhana 3 = senang)

17

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.1.3 Senarai Strategi Mengikut Keutamaan

Keutamaan Strategi yang telah dijana

1 ST 1 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

2 ST 2 Meningkatkan penguasaan Literasi dan Numerasi murid dengan bantuan rakan sebaya dan ibubapa.

3 ST 3 Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa

3.1.4 Penyesuaian StrategiMengikut Isu, Matlamat,Objektif, KPI dan Sasaran

Bidang Isu

Strategik

Matlamat KPI Sasaran Strategi/Inisiatif

TOV ETR

Kurikulum Ramai murid tidak menguasai Linus

-Meningkatkan penguasaan Literasi Bahasa Melayu Tahun 1.

-Meningkatkan penguasaan Literasi Bahasa Inggeris Tahun 1.

-Meningkatkan penguasaan Numerasi Tahun 1.

Peratus

Pencapaia

n

50%

58.3%

75%

75%

75%

80%

Mempelbagaikan strategi PdP

Meningkatkan Literasi dan Numerasi murid dengan bantuan rakan sebaya dan ahli keluarga.

Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa

18

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.1.5 Pelan Taktikal

Strategi 1 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Bil. Program/Projek

Tanggungjawab

Tempoh Kos/sumber

Output KPI PelanKontigensi

1 Bacalah Sayang

Jawatankuasa Linus

10 hari RM50Sekolah

Murid menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi

Bilangan murid menguasai LINUS

Kelas Pemulihan dijalankan oleh guru matapelajaran

2 Anak LINUS

Jawatankuasa Linus

10 hari RM20Sekolah

Murid menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi

Bilangan murid menguasai LINUS

Kelas Pemulihan dijalankan oleh guru matapelajaran

19

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL3.1.6 Pelan Operasi

Projek Bacalah Sayang

Matlamat Meningkatkan Penguasaan Literasi dan Numerasi Murid Tahun Satu

ObjektifMeningkatkan Peguasaan Linus Tahun 1 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke 75%.Meningkatkan Penguasaan Numerasi Tahun 1 ke 80%

Tempoh 2 Minggu

Sasaran Murid Tahun 1

LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWABTEMPO

HSTATUS /PELAN

KONTIGENSI

1 -Mesyuarat Jawatankuasa kerja program-Menetapkan tarikh program-Bincang kos dan sumber.-Penentuan guru-guru pembimbing.-Bentang kertas kerja-Melantik AJK/Agihan tugas-Hal-hal lain

Penyelaras Program, Guru-guru tahun 1 dan Ketua Panitia matapelajaran yang terlibat.

1 hari

2 Jadual Program Penyelaras Program 1 hari

3 Penyediaan tempat dan peralatan.Bahan Bacaan Pemulihan.Kad huruf/perrkataanKad Angka/matawangSet Buku Bacalah SayangPenempahan makmal computer dan Pusat Sumber

Guru Media 2 hari

4 Pelaksanaan program dari awal pagi hingga rehat pertama.Menyediaka jadual ganti kepada guru yang terlibat dengan program.

Jawatankuasa pelaksana dan guru matapelajaran

PK Pentadbiran

2 minggu Pemulihan oleh guru matapelajaran dalam kelas waktu biasa.

5 Penilaian dan pelaporan KPI:Bilangan yang menguasai LINUS saringan 3.Bilangan yang tidak menguasai K1 - K2Bilangan yang tidak menguasai K3-K12

Jawatankuasa kerja dan guru-guru matapelajaran.

November 2013

20

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL3.1.7 Pelan Operasi

Projek Anak Linus

Matlamat Meningkatkan Penguasaan Literasi dan Numerasi Murid Tahun Satu

ObjektifMeningkatkan Peguasaan Linus Tahun 1 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke 75%.Meningkatkan Penguasaan Numerasi Tahun 1 ke 80%

Tempoh 2 Minggu

Sasaran Murid Tahun 1

LANGKAH PROSES KERJATANGGUNGJAWA

BTEMPOH

STATUS/PELAN KONTIGENSI

1 Mesyuarat Jawatankuasa kerja programMenetapkan tarikhBincang kos dan sumber.Penentuan guru-guru pembimbing.Bentang kandungan penting kertas kerjaTaklimat kepada guru pembimbing/Agihan tugas dan Hal-hal lain

Penyelaras Program, Guru-guru tahun 1 dan Ketua Panitia matapelajaran yang terlibat.

1 hari

2 Jadual Program Penyelaras Program 1 hari

3 Penyediaan fail dan rekod bimbingan.Instrumen saringan linus.

Guru Pembimbing dan Penyelaras program.

2 hari

4 Pelaksanaan dijalankan mengikut kesesuaian masa guru pembimbing.

Jawatankuasa pelaksana

2 minggu Murid akan ikuti pemulihan dalam kelas ikut jadual biasa.

5 Penilaian dan pelaporan KPI:Bilangan yang menguasai LINUS saringan 3.Bilangan yang tidak menguasai K1 - K2Bilangan yang tidak menguasai K3-K12

Jawatankuasa kerja dan guru-guru matapelajaran.

November 2013

3.2 Latarbelakang Linus

21

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELSatu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi

kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan

sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas

untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan

Numerasi, supaya intervensi dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai,

mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada

akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas

tiga tahun mengikut pendidikan rendah.

Program LINUS 2.0 pada tahun 2013 diperluaskan supaya meliputi Bahasa Inggeris

selain Bahasa Mealaysia dan Matematik yang telah dijalankan sejak 2010. Setiap

murid Tahun 1akan disaring sebanyak dua kali setahun bagi memastikan kemajuan

mereka dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik.

3.3 Perbezaan Linus dengan Linus 2.0

LINUS LINUS 2.0

Murid disaring 3 kali setahun Murid hanya disaring 2 kali setahun

Murid arus perdana tiadak perlu

disaring

Semua murid akan disaring walaupun

sudah memasuki arus perdana.

Penilaian ke arus perdana lebih mudah

Murid perlu melepasi 8 Konstruk untuk

Literasi dan 10 Konstruk untuk

Numerasi untuk ke arus perdana.

Murid perlu melepasi 12 konstruk

Litterasi dan Numerasi untuk ke arus

perdana.

Hanya Literasi Bahasa Malaysia dan

Numerasi Matematik

Literasi Bahasa Malkaysia, Literasi

Bahasa Inggeris dan Numerasi

Matematik

22

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELLINUS 2.0 diwujudkan dalam Makmal GTP 2.0 pada Mei 2012 dan dijelmakan

didalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) di bawah Pelan Tindakan

untuk mewujudkan penguasaan bahasa secara meluas. Setelah LINUS 1.0 membawa

hasil yang memberangsangkan maka LINUS 2.0 dibentuk dengan tujuan

meningkatkan literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah disamping

memberi sokongan tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah

literasi Bahasa Inggeris setara dengan rakan lain dalam arus perdana.

Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan

Instrumen Saringan.Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan

mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi dan Numerasi sepanjang

tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.

3.4 Agensi-agensi Utama

3.4.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

menjadi urusetia utama program LINUS dengan membina, mencetak, dan

mengedarkan Modul Guru dan Modul Murid.

3.4.2 Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab membina instrument dan

melaksanakan Saringan Baseline dan Saringan ke 2 di seluruh negara di mana guru-

guru di sekolah menjalankan saringan.Data yang diperolehi dianalisis oleh Lembaga

Peperiksaan untuk menentukan pencapaian.

Bahagian Pendidkan Guru menyediakan modul latihan untuk Jurulatih dan Guru.

BPG juga bertanggungjawab melatih Jurulatih, Guru dan FasiLINUS.

3.4.3 Bahagian Pendidikan Sekolah Harian menyalurkan maklumat kepada

Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Negeri dan sekolah.

3.4.4 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pula memainkan peranan menjalankan

pemantauan program ini berjalan dengan lancar dengan menentukan kualiti saringan

diperingkat sekolah supaya setiap saringan yang dijalankan menggambarkan

kedudukan yang sebenar.

23

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL3.5 Agensi Pelaksana

Di peringkat negeri Jabatan Pendidikan Negeri melantik Jurulatih Utama LINUS

2.0 dan menjalankan pemantauan serta penyeliaan di peringkat negeri. Pejabat

Pendidikan Negeri pula membantu guru-guru di sekolah merancang, memantau,

menyelia dan menilai program LINUS di peringkat daerah. Sekolah merupakan

agensi pelaksana yang paling penting memainkan peranan melaksanakan program dan

membina hubungan dengan ibu bapa, komuniti serta NGO untuk melaksanakan

Saringan LINUS dengan jayanya.

3.6 Instrumen Saringan

Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy dan Numeracy Screening atau

LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar

dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua

instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina

berdasarkan kedalaman kandungan.

3.7 Konstruk Bahasa Melayu

12 Konstruk Yang diUkur Dalam Saringan Literasi Bahasa MelayuKonstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dankonsonan.Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kataterbuka.Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan ergabungKonstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhanawalan.Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

24

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL3.8 Konstruk Bahasa Inggeris

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERISConstruct 1: Able to identify and distinguish shapes of the letters of the alphabetConstruct 2: Able to associate sounds with the letters of the alphabetConstruct 3: Able to blend phonemes into recognizable words and segment words intophonemesConstruct 4: Able to understand and use the language at word levelConstruct 5: Able to participate in daily conversations using appropriate phrasesConstruct 6: Able to understand and use the language at phrase level in linear textsConstruct 7: Able to understand and use the language at phrase level in non-linear textsConstruct 8: Able to understand and use the language at sentence level in linear textsConstruct 9: Able to understand and use the language at sentence level in non-linear textsConstruct 10: Able to understand and give simple instructions and directions with guidanceConstruct 11: Able to read and understand sentences with guidanceConstruct 12: Able to construct sentences with guidance

3.9 Konstruk Numerasi

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASIKonstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka.Konstruk 2 : Keupayaan membilang.Konstruk 3 : Keupayaan membuat seriasi.Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia.Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu.Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas.Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia.Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

25

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL3.10 Kajian Literatur

Murid murid yang gagal dalam ujian saringan LINUS dikenalpasti sebagai murid-

murid pemulihan yang perlu dibimbing oleh seorang guru pemulihan yang

berpengalaman dalam bidang beliau. Murid-murid pemulihan ini memerlukan kaedah

pengajaran pembelajaran yang lebih berfokus seiring dengan keupayaan kognitif

mereka kerana mereka tidak dapat memahami dan mengikuti isi kandungan pelajaran

dengan cepat seperti rakan mereka yang lain namun mereka tidak tergolong dalam

kumpulan murid yang bekeperluan khas.

One of every six students that are in the classroom today has been classified as slow

learners. Usually, this type of child is very difficult to recognize. Slow learners are

students with below average cognitive abilities who are not disabled, but who struggle

to cope with the traditional academic demands of the regular classroom

According to research, the difference between the slow learner and other mainstream

students is that their intelligence is usually only 75%-90% of other students their age.

Their maximum mental age ranges from about 11 years to 13 1/2 years. They learn at

a rate which is 4/5 to 9/10 of normal, and they learn to read approximately 1 year later

than the majority of children (Lowenstein, 1).

Banyak pihak bersetuju bahawa kanak-kanak yang lambat pembelajaran akan

menunjukkan penguasaan yang lemah dalam literasi dan numerasi namun mereka

tetap berkebolehan untuk menjalankan aktiviti sukan dan sosial seperti rakan sebaya

mereka yang lain. Pemikiran yang abstrak adalah sukar untuk kumpulan kanak-kanak

ini dan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak yakin serta menunjukkan

pencapaian yang rendah dalam semua matapelajaran (Lowenstein, 1).

Lowenstein dan Dobson mengutarakan perkara yang sama mengenai usia awal kanak-

kanak yang perlu diberi perhatian yang mempunyai hubungkait dengan pembelajaran

yang aktif. Mereka menyatakan guru harus sedari dari dapatan kajian dalam bidang

ini bahawa, kanak-kanak yang diabaikan dari aspek pembelajaran awal adalah antara

mereka yang menghadapi masalah pembelajaran apabila mereka menghadapi

pembelajaran formal.

26

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELThere appears to be a critical period during the first three to four years of life when

the potential for intellectual growth must be seized. There are enzyme systems in the

brain that must be activated during this brief window. If the opportunity is missed, the

child may never reach his capacity (Dobson, 1).

Pandangan dan kajian Dobson membuktikan bahawa kanak-kanak dalam lingkungan

umur 3 hingga 4 tahun perlu dilibatkan dengan aktif dalam pembelajaran awal dan

kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan masalah literasi pada kanak-kanak

tersebut apabila mereka memasuki alam persekolahan.

`Kerajaan sedar bahawa pendidikan awal adalah sangat penting bagi kanak-kanak di

seluruh negara maka dengan itu pra sekolah telah menjadi salah satu daripada 5 sub

NKRA yang yang diberi fokus dalam NKRA Pendidikan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidkan pada tahap

awal kanak-kanak maka perkara-perkara berikut diberi fokus:

Mengharmonikan sokongan kepada prasekolah kerajaan

Penambahbaikan kualiti guru dan pembantu guru di prasekolah kerajaan

Memperluas bilangan prasekolah khususnya di kawasan miskin bandar, luar

bandar dan pedalaman melalui perkongsian awam - swasta

Dalam fokus GTP 2 kerajaaan terus memantapkan penambahan bilangan pra sekolah

secara berterusan dan mengkaji semula pemberian bantuan yuran dan geran

permulaan kepada agensi swasta dan kerajaan yang berhasrat menubuhkan pra

sekolah. Disamping itu penekanan kepada kualiti dengan membangunkan piawai

kebangsaan pra sekolah dan taska , serta meningkatkan kemahiran guru pra sekolah.

Walaupun kerajaan sedang dan telah melaksanakan asas yang kukuh dengan

menyedari aspek pembelajaran kanak-kanak pada usia awal mereka namun kita tidak

terlepas dari murid-murid yang memasuki pendidikan formal tanpa sebarang

penguasaan yang kukuh dan seterusnya tidak dapat mengikuti pelajaran seperti rakan

sebaya mereka yang lain. Maka dalam situasi ini LINUS memainkan peranan yang

penting dalam melakukan saringan diperingkat awal bagi mengenalpasti murid-murid

27

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELyang menghadapi masalah pembelajaran dan lambat penguasaan dalam Bahasa

Melayu dan Matematik dan seterusnya LINUS 2.0 mulai tahun 2013 diperkenalkan

dengan memberi penekanan kepada penguasaan Bahasa Inggeris. Menurut Roselan

(2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu

ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Usaha untuk mengenalpasti kebolehan dan kelemahan murid di peringkat awal usia

kanak-kanak merupakan satu usaha bijak kerajaan dalam menangani isu-isu

pendidikan, dan memantapkan kualiti pendidikan di semua sekolah dan institusi

pendidikan. Kedudukan kanak-kanak yang tidak menguasai literasi dan numerasi

sering menjadi cabaran yang besar kepada guru-guru yang terpaksa bertungkus lumus

melayan pelbagai tahap pengusaan murid dalam satu-satu bilik darjah. Berikutan dari

itu ramai juga murid yang tercicir disebabkan oleh tumpuan yang kurang dan

kesukaran pengawalan murid yang sering berpunca dari murid-murid yang lambat

menguasai pembelajaran. Oleh kerana mereka tidak memahami dan tidak dapat

mengikuti pelajaran maka kanak-kanak ini hilang tumpuan dan sering berinteraksi dan

mengganggu rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian kanak-kanak yang lambat

menguasai pembelajaran haruslah ditangani dengan strategi yang berbeza supaya

perhataian mereka dapat difokuskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Yahya (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi

pembaca. Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan

merupakan proses yang dinamik iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan

bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai

keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk

dengan bunyi dan melalui

pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung

pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman

membaca.

28

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELSementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling

melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis

merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan

secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan

gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu

kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan

yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan

penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003),

bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi

pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru

seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi

mengatasi permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan

murid sekolah rendah. Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran

Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi

Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid yang

mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu. Perhatian guru yang serius dalam

memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu mengembangkan potensi dan

meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang

cerdas. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat

menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat

murid untuk belajar dengan lebih bersungguh sungguh. Walau bagaimanapun,

masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan sekolah serta dijadikan alasan

untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Guru sebagai

pelaksana kurikulum perlu terus berusaha membantu murid bermasalah dan

mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat

kerajaan tercapai.

29

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELPermasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang berlaku akibat

amalan sistem persekolahan dan pembentukan literasi murid. Sistem persekolahan

yang sering mengamalkan kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin terhadap

keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk

menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajaran merupakan

ketidak cekapan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek kemampuan murid yang

berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin ketara antara mereka.

Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa

rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa

perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru

dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada

konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta

bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan

keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca

dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan

membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan

huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat,

tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang

tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang

merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami

maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan

tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan

rangsangan yang diberikan oleh guru.

Dalam penguasaan Bahasa Inggeris khususnya kajian menunjukkan bahawa latihan

segmenting dan blendingdapat membantu murid murid yang menghadapi masalah

membaca diperingkat awal kanak-kanak.

30

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELBecoming phonologically aware prepares children for later reading instruction,

including instruction in phonics, word analysis, and spelling (Adams, Foorman,

Lundberg, & Beeler, 1998; Chard, Simmons, & Kameenui, 1998). The most common

barrier to learning early word reading skills is the inability to process language

phonologically (Liberman, Shankweiler, & Liberman, 1989). Moreover, developments

in research and understanding have revealed that this weakness in phonological

processing most often hinders early reading development for both students with and

without disabilities (Fletcher et al., 1994).

Phonological awareness is a foundational ability underlying the learning of spelling-

sound correspondences (Stanovich, 1993-94). Although phonological awareness

appears to be a necessary condition for learning to read (children who do not develop

phonological awareness do not go on to learn how to read), it is not a sufficient

condition. Adams (1990) reviews the research that suggests that it is critical for

children to be able to link phoneme awareness to a knowledge of letters. Once

beginning readers have some awareness of phonemes and their corresponding graphic

representations, research has indicated that further reading instruction heightens their

awareness of language, assisting then in developing the later stages of phonemic

awareness mentioned above. Phonemic awareness is both a prerequisite for and a

consequence of learning to read (Yopp, 1992).

31

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENINGKATAN PENGUASAAN

LITERASI & NUMERASI (LINUS)

SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE

PULAU PINANG

2013

32

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

Murid-murid tahun satu di sekolah ini telah menjalani saringan LINUS sebanyak 2

kali seperti dijadualkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil daripada

kedua-dua saringan pihak sekolah mendapati bahawa penguasaan LINUS murid-

murid tahun satu tidak memberangsangkan berdasarkan isu-isu berikut:

1. Penguasaan LINUS masih tidak mencapai sasaran 75.00% bagi matapelajaran

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2. Terdapat murid yang belum menguasai K1 hingga K2 dalam saringan pertama dan

saringan ke dua 2013.

3. Murid yang menguasai konstruk bacaan tidak menguasai kontruk dalam penulisan

dan sebaliknya bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

menyebabkan mereka gagal melepasi saringan Linus.

4. Penguasaan yang lemah dalam 3M menyebab pencapaian band oleh murid-murid

tahun satu bagi subjek Bahasa Melayu Bahasa Inggeris dan Matematik adalah

rendah.

Data dipetik dari Portal LINUS NKRA KPM(Tarikh kemaskini data 6hb April 2013)

Matapelajaran

Bil Pelajar

Tidak Menguasai

(K1-K2)

Tidakmenguasai

(K3-K12)

BilanganMenguasai

PeratusMenguas

ai

Literasi Bahasa

Melayu

36 14 16 6 17.00

Numerasi 36 4 23 9 25.00

Literasi Bahasa

Inggeris

36 8 20 8 22.22

33

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Matapelajaran

Bil Pelajar

Tidak Menguasai

(K1-K2)

Tidakmenguasai

(K3-K12)

BilanganMenguasa

i

PeratusMenguasa

i

Literasi Bahasa Melayu

36 8 10 18 50.00

Numerasi 36 3 6 28 77.78

Literasi Bahasa Inggeris

36 8 10 21 58.33

Data saringan kedua dari Jawatankuasa Linus (Tarikh kemaskini data 16hb Oktober 2013)

Berikutan dari situasi ini Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee Pulau Pinang akan

melaksanakan program peningkatan penguasaan LINUS untuk membantu

meningkatkan penguasaan murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira diperingkat tahun 1 selepas menjalani saringan kedua.

Di samping menjadikan PdP lebih menarik dengan penggunaan kemudahan ICT,

murid-murid juga akan dibimbing secara berfokus oleh guru-guru matapelajaran

dan guru pembimbing untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid.

3.1 OBJEKTIF

1. Memastikan 75% murid melepasi saringan LINUS dalam matapelajaran Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris selepas menjalani program intervensi dan saringan 3

pada penghujung bulan Oktober.

2. Memastikan 80% murid melepasi Matematik selepas Program Intevensi dan saringan

3 pada penghujung bulan Oktober.

34

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.2 KUMPULAN SASARAN

Program ini akan melibatkan 18 orang murid tahun 1 yang tidak melepasi saringan

Linus yang kedua 2013.

3.3 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Pengerusi Hajah Arifah bt Ariffin

Naib Pengerusi: En Talib bin Abdul Rahman

Naib Pengerusi 2 Pn Hamidah bt Hamzah

Naib Pengerusi 3 Pn Nagore Meerabee bt S.N Masooth

Penyelaras: En.Suddakar Narayanan

Setiausaha: Pn. Hashidawati bt Hasan

Ahli Jawatankuasa: Ketua Panitia Bahasa Melayu

Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Ketua Panitia Matematik

Guru Pusat Sumber

Guru Bahasa Melayu Tahun 1

Guru Bahasa Inggeris Tahun 1

Guru Matematik Tahun 1

Guru Pemulihan Khas

Guru Kaunseling

3.4 KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM

3.4.1 “Anak LINUS”

Program Anak LINUS akan dijalankan selama 60 minit setiap sesi pada setiap hari

mengikut waktu lapang guru pembimbing(Ibu/Bapa angkat). Murid LINUS(anak angkat

LINUS) diagihkan kepada guru pembimbing seramai 18 orang. Setiap Guru

Pembimbing akan membantu seorang murid LINUS. Bimbingan akan dijalankan selama

2 minggu (10 hari) satu jam setiap sesi. Guru pembimbing akan merekodkan kehadiran

murid dan mencatatkan laporan ringkas tentang perkembangan murid pada setiap

perjumpaan. Guru-guru pembimbing akan dibekalkan dengan modul saringan LINUS

35

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELsatu dan dua untuk membantu murid secara berfokus berdasarkan konstruk 1 hingga 12

untuk ketiga-tiga matapelajaran. Guru-guru digalakkan menggunakan bahan bacaan

yang bersesuaian dengan tahap murid yang boleh didapati dari Pusat Sumber atau

menggunakan bahan-bahan sendiri yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai

konstruk.

3.4.2 “Bacalah Sayang”

Guru matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun 1 akan

menggunakan buku Bacalah Sayang, bahan video penguasaan phonics(Bahasa Inggeris)

dan bahan bantu mengajar matematik untuk membimbing semua murid LINUS

mengenal huruf, bacaan mudah dan asas matematik. Aktiviti dilaksanakan dalam

kumpulan kecil di mana guru akan menggunakan bahan-bahan tersebut di atas untuk

membantu murid membaca, mengenali huruf, digit dan perkataan nombor. Murid juga

akan dibantu oleh rakan murid tahun 6 yang dipilih khas untuk program ini. Guru-guru

yang terlibat perlu diberi pengecualian untuk memberi laluan kepada mereka

menjalankan program ini. (Jadual guru yang akan menjalankan tugas membimbing

murid akan disediakan oleh jawatankuasa program).

3.5 PERINCIAN PROGRAM PENGUASAAN LINUS

Masa Aktiviti Bahan / Peralatan

Bersesuaian dengan guru pembimbing

1 jam setiap sesi

Anak LINUS: Murid dibawa oleh guru pembimbing

untuk menguasai konstruk K1 hingga K12 dengan

berpandukan instrumen yang dibekalkan secara

individu atau dalam pasangan.

Instrumen Linus 1 dan 2

Bahan-bahan lain yang bersesuaian.

7.45 – 9.45

2 jam

Bacalah Sayang: Guru Bahasa Melayu Guru Bahasa

Inggeris dan Guru Matematik akan mengendalikan

program di Pusat Sumber mengikut jadual yang

ditetapkan. Guru akan memberi fokus kepada 1

Buku Bacalah Sayang

Video Phonics

36

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELmatapelajaran setiap hari. Contoh: Isnin –Bahasa

Melayu, Selasa-Bahasa Inggeris, Rabu Matematik,

Khamis-Bahasa Melayu dan Jumaat- Bahasa

Inggeris. Latihtubi membaca dengan bantuan rakan

murid. Perkembangan murid direkodkan. Penguasaan

murid adalah dijalankan berperingkat. Penggunaan

kemudahan ICT untuk meningkatkan penguasaan.

Bahan ABM matematik digunakan untuk menguasai

kemahiran. PdP disulamkan dengan permainan

matematik supaya lebih menarik.

Software MBMMBI

ABM Matematik

3.6 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh 21.10.13 22.10.13 23.10.13 24.10.13 25.10.13

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Tarikh 28.10.13 29.10.13 30.10.13 31.10.03 01.11.03

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

Pogram Intervensi

Anak LINUS dan Bacalah

Sayang

3.7 JADUAL KOS

Bil Perkara Perbelanjaan

37

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL1 Kertas A4 – 5 Rim RM50.00

2 Phototat Bahan dan Instrumen RM20.00

3.8      PENILAIAN PROGRAM

Keberkesanan program ini akan dinilai berdasarkan keupayaan meningkatkan

penguasaan konstruk pada Saringan Ketiga yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa

Program dengan menggunakan Instrumen yang telah dibina berdasarkan kontruk 1

hingga 12 oleh setiap panitia matapelajaran yang terlibat.

3.9 PENUTUP DAN RUMUSAN

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan padu semua guru dan jawatankuasa yang

terlibat kita dapat mencapai objektif yang disasarkan. Program ini dijangkakan dapat

membantu murid meningkatkan penguasaan setiap konstuk dan mensifarkan bilangan

murid-murid tidak menguasai K1-K2. Di samping itu program ini dapat menarik

minat murid kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran disamping menyediakan

mereka mengikuti proses pembelajaran yang berterusan. Program ini juga disyorkan

supaya dapat mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai LINUS dikenalpasti

pada peringkat awal tahun 2014 dan menjalankan aktiviti/program intervensi yang

perlu bagi melancarkan proses PdP.

38

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQELDisediakan oleh:

Suddakar Narayanan

untuk kelulusan:

.............................................................

Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Tan Sri P.Ramlee

39