kertas cadangan

Click here to load reader

Download kertas cadangan

Post on 18-Nov-2015

48 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas cadangan

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Permainan TradisionalMasyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu diperkukuhkan dan dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, musim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Sudah menjadi kemestian, sewaktu turun ke sawah atau ke laut, seluruh tenaga ditumpukan kepada pekerjaan. Mencari rezeki, mesti bersungguh-sungguh. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.

2.0 Sejarah Galah Panjang

Galah Panjang merupakan jenis permainan laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Perlawanan dalam permainan ini adalah berkonsepkan Pertahan oleh satu regu dan Penyerang oleh satu regu yang lain. Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

3.0 Kawasan BermainPermainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Namun, kawasan yang dipilih haruslah luas, lapang dan rata serta bebas daripada benda-benda yang bahaya seperti objek-objek tajam.Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

GOAL

Rujukan :

Penyerang

Petahan

Petahan B boleh bertahan atas garisan yang berwarna oren dan hijau ini.

Petahan A hanya boleh bertahan atas garisan ini.

Petahan C hanya boleh bertahan atas garisan ini.

Peralatan yang diperlukan:1. Bola 4 biji

4.0 Peraturan Galah Panjang yang Diubahsuai4.1 Pemain penyerang mesti memegang bola. Jika bola terjatuh dan dikutip oleh pemain bertahan, pemain penyerang itu dikira mati.4.2 Satu pemain akan mendapat 2 markah jika berjaya melepasi semua garisan, 5 markah sebagai bonus jika jaringan bola berjaya.4.3 Pemain penyerang dikira mati jika disentuh oleh pemain bertahan.4.4 Pemain penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan. Pemain bertahan mesti berjalan di atas garisan.4.5 Pemain penyerang dikira mati jika terkeluar dari kawasan.4.6 Pasukan yang mendapat markah tertinggi adalah pemenang.

Gambar papan peraturan

5.0 Syarat permainan Jika petahan gelanggang dapat menyentuh penyerang, maka penyerang akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

6.0 Cara Bermain6.1 Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana satu kumpulan mempunyai 4 ahli.6.2 1 kumpulan sebagai pasukan penyerang dan 1 kumpulan sebagai pasukan bertahan. Pasukan bertahan mestilah berjalan di atas garisan dan pasukan penyerang mesti mengambil sebiji bola di tangan dan mengelakkan sentuhan daripada pemain bertahan.6.3 Pemain bertahan berperanan untuk menghalang pemain penyerang melepasi garisan dengan menyentuh pemain penyerang. Pemain penyerang dikira mati jika disentuh oleh pemain bertahan.6.4 Sekiranya pemain penyerang berjaya melepasi semua garisan, pemain itu akan dapat 2 markah.6.5 Pemain penyerang akan mendapat 5 markah sebagai bonus sekiranya jaringan bola itu berjaya.6.6 Kumpulan yang mendapat markah yang tinggi adalah pemenang bagi permainan ini.

7.0 Aspek Keselamatan Tidak dibenarkan memukul orang. Tidak dibenarkan menolak orang. Memastikan kawasan bermain yang rata dan selamat.

7.0 Langkah-langkah Keselamatan Sebelum1. tetapkan tarikh dan waktu2. merancang prosedur permainan3. menyediakan kawasan dan tanda tempat permainan4. senarai dan mengasingkan alat-alatan yang diperlukan5. menyediakan peraturan permainan6. menyediakan kad-kad/borang-borang catatan/skor7. menetapkan sistem pemarkahan (jika perlu)8. Keluasan kawasan bersesuaian dengan aktiviti

Semasa1. melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan2. memberi penerangan dan demonstrasi3. alat-alatan menarik dan mencukupi4. alat-alatan disusun dengan baik dan di sudut yang selamat5. alat-alatan digunakan dengan cara yang betul6. kawasan permainan sesuai dan selamat7. pakaian sesuai dan kemas8. kanak-kanak mematuhi arahan9. melaksanakan permainan secara sistematik, teratur dan terkawal10. Pastikan kawasan bermain terletak di kawasan yang rata. Kawasan tidak rata boleh menyebabkan kecederaan

Selepas1. semua alat-alatan disimpan di tempat asal2. memastikan kawasan permainan bersih dan kemas3. kanak-kanak berbaris dan berjalan balik ke kelas4. membuat refleksi dan kajian semula (post-mortem)

Borang PemarkahanGalah PanjangKumpulan

AB

Markah

Bonus

Jumlah

Gambar borang pemarkahan

Bibliografi1. Sumber internet

Galah Panjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjang

Permainan Tradisional http://pmainantradisionl.blogspot.com/2007/09/galah-panjang.html

Permainan tradisional Galah Panjanghttp://permainannordin.blogspot.com/

Galah Panjang (Toi)http://gtraditional.blogspot.com/2013/03/galah-panjang-toi.html

Pengenalan permainan tradisional galah panjanghttp://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/02/pengenalan-permainan-galah-panjang.html

LAMPIRAN

Galah panjangDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Galah panjangadalah sejenispermainantradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.Cara bermain[sunting|sunting sumber]Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.Syarat permainan[sunting|sunting sumber]1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjangGALAH PANJANGPermainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.Gelanggang PermainanKawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau