kertas cadangan

29
PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat kami menyiapkan Tugasan Projek bagi subjek Literasi Nombor ini dengan jayanya untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester dua. Pertama sekali, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah subjek ini yang dihormati, En. Ab. Razak bin Salleh dan pensyarah daripada unit Matematik, IPG Kampus Sultan Mizan yang telah banyak memberi semangat, dorongan dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan kerjasama, bantuan dan buah fikiran yang tak ternilai semasa menyiapkan kerja kursus tugasan projek ini terutamanya rakan-rakan sekelas dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti dan berkesan. Disamping itu, setinggi tinggi penghargaan ditujukan kepada ibubapa kami dan ahli keluarga yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dari segi sokongan moral dan mendoakan kami dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, doa dan harapan saya semoga Tuhan dapat membalas setiap bantuan yang telah diberikan samada secara langsung atau pun secara tidak langsung sepanjang menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai tugasan ini. Semoga pada masa akan datang pengalaman ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebaik mungkin. TUGASAN 1 : KERTAS CADANGAN 1.0 PENGENALAN

Upload: la-suerte-aiman

Post on 30-Sep-2015

135 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

asdsaf

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat kami menyiapkan Tugasan Projek bagi subjek Literasi Nombor ini dengan jayanya untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester dua. Pertama sekali, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah subjek ini yang dihormati, En. Ab. Razak bin Salleh dan pensyarah daripada unit Matematik, IPG Kampus Sultan Mizan yang telah banyak memberi semangat, dorongan dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan kerjasama, bantuan dan buah fikiran yang tak ternilai semasa menyiapkan kerja kursus tugasan projek ini terutamanya rakan-rakan sekelas dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti dan berkesan. Disamping itu, setinggitinggi penghargaan ditujukan kepada ibubapa kami dan ahli keluarga yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dari segi sokongan moral dan mendoakan kami dalam menyiapkan tugasan ini.Akhir kata, doa dan harapan saya semoga Tuhan dapat membalas setiap bantuan yang telah diberikan samada secara langsung atau pun secara tidak langsung sepanjang menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai tugasan ini. Semoga pada masa akan datang pengalaman ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebaik mungkin.

TUGASAN 1 : KERTAS CADANGAN1.0 PENGENALANBeberapa hari yang lalu kami telah dimaklumkan bahawa syarikat tuan bakal mengadakan satu peraduan mereka cipta pembungkus makanan dan minuman. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah tertarik untuk menyertai peraduan tersebut. Sebagai seorang pengguna yang memahami masalah yang dialami oleh para pengguna lain tentang konsep pembungkusan makanan dan minuman yang telah sedia ada buat masa ini, kami telah menjalankan beberapa kajian bagi menghasilkan satu pembungkus makanan dan minuman yang lebih mesra pengguna.Lazimnya, semasa pengguna memilih makanan atau minuman mereka lebih cenderung untuk memilih bungkusan yang menarik. Selain itu, sebagai pengguna yang bertanggungjawab, meraka akan menimbang faktor-faktor lain seperti harga, isi kandungan dan tarikh luput.Oleh itu, kami telah mereka satu pembungkus makanan dan minuman yang lebih menarik untuk digunakan oleh syarikat tuan berikutan daripada peraduan mereka cipta pembungkus makanan dan minuman yang bakal syarikat tuan anjurkan. Kami berharap pihak tuan sudi untuk meneliti kertas cadangan yang kami sediakan ini.1.2 PENGENALAN PEMBUNGKUSANManusia mempunyai persaingan yang banyak di dalam pengeluaran makanan. Pembungkusan yang menarik dapat menarik perhatian pelanggan untuk membelinya. Kaedah pembungkusan juga haruslah sesuai untuk pasaran dalam negeri dan luar negeri. Apakah yang dimaksudkan dengan pembungkusan itu? Institut Pembungkusan Antarabangsa mendefinisikan pembungkusan sebagai penutup kepada sesuatu produk, item, beg, kotak, cawan, mangkuk, dulang, tin, tiub, botol atau lain-lain bentuk bekas yang menunjukkan satu atau lebih daripada fungsi seperti pembendungan, perlindungan dan pemeliharaan, komunikasi dan kebergunaan dan keberkesanan. Jika sesuatu alat itu dapat menjalankan satu atau lebih fungsi, ia bolehlah dikatakan pembungkusan. Selain itu, pembungkusan merupakan satu proses atau operasi membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk sama ada kerosakan fizikal atau biologikal. Pembungkusan juga adalah satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan.Fungsi utama pembungkusan adalah untuk mengekalkan kualiti, kesegaran dan melindungi produk dari kerosakan. Pembungkusan berfungsi untuk melindungi dan memelihara produk daripada kerosakan disebabkan faktor-faktor luaran dan dalaman, menyukat, memperaga dan memasarkan produk, memaklumkan, merangsang jualan untuk menarik pengguna, memudah serta melindungi produk semasa proses pengangkutan dan seterusnya memanjangkan jangka hayat produk. Fungsi pembungkusan boleh diringkaskan dengan berperanan sebagai pembalut dan pembungkus, memudahkan proses pengangkutan, memanjangkan hayat produk serta untuk pemasaran dan penjualan. Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud dan telah menjadi satu bidang perdadangan yang penting.Bermula sejak zaman prasejarah lagi dimana manusia menyimpan stok makanan. Contohnya seperti kulit kekabu, cengkerang, dan daun digunakan untuk menyimpan makanan. Kemudiannya, diperbaharui dengan lohong kayu, anyaman rumput dan daun, serta dari organ binatang seperti belulang. Penggunaan kertas sebagai satu kaedah pembungkusan bermula pada abad ke 2 sebelum masihi di China. Kadbod komersial pertama dihasilkan di England pada tahun 1817.Pembungkusan mengalami dua zaman yang berbeza iaitu tradisional dan moden. Contohnya pembungkusan tradisional adalah terdiri daripada pembungkusan daripada daun kelapa, daun palas, daun pisang, daun pandan, daun mengkuang, daun getah, daun pandan, daun ketapang, buluh kulit binatang seperti kambing, kayu, dan juga tanah liat. Manakala pembungkusan zaman kini, zaman pembungkusan moden lebih terdiri daripada medium kertas, aluminium, kaca, plastik, polsterina dan banyak lagi. Pembungkusan moden mempunyai prinsip prinsip asas yang digunakan sebagai rujukan pembuatan reka bentuk pembungkusan sesuatu produk. Antaranya adalah meliputi aspek bentuk dan jenis pembungkusan, rekaas ilustrasi dan foto, penentu warna, pemulihan muka taip, dan gubahan reka letak sesuatu produk tersebut.

2.0 PEMBUNGKUS-PEMBUNGKUS

2.1 PEMBUNGKUSAN MAKANAN Produk makanan mempunyai sifat yang pelbagai, iaitu dalam bentuk cecair, basah, lembab, mudah lentur, kering, ranggup, garing dan sebagainya. Sifat-sifat produk ini mem-pengaruhi pemilihan bahan, bentuk dan teknik pembungkusan. Hayat produk makanan banyak dipengaruh oleh sifat fizikal dan kimia produk yang dikeluarkan. Pembungkusan membantu memanjangkan hayat sesuatu produk. Terdapat produk yang memerlukan perlindungan untuk mengekal dan memelihara cita rasa, aroma, warna, bentuk, kekeringan dan kelembapan. Terdapat juga produk yang memerlukan perlindungan dari kelembapan, cahaya panas, sejuk, oksigen, karat dan lain-lain tindak balas bahan kimia, organisma halus, serangga, kulat, kecurian dan sebagainya. Sifat produk akan menentukan bahan dan teknik pembungkusan yang akan digunakan seperti cecair memerlukan pembungkusan yang boleh melindunginya dari tumpah atau meleleh keluar. Struktur pembungkusan yang stabil dan kukuh diperlukan untuk melindung fizikal produk yang mudah pecah, serpih dan hancur yang disebabkan oleh geseran, himpitan jatuh atau hentakan. Bagi produk yang bersifat ranggup seperti produk makanan ringan, memerlukan perlindungan dari udara, kelembapan dan air untuk mengelakkan produk dari menjadi lemau.2.2 PEMBUNGKUSAN MINUMAN Antara kaedah pembungkusan minuman yang terkenal di abad ini adalah secara botol (kaca dan plastik), kotak dan juga tin. Pembungkusan minuman sebaiknya menggunakan pembungkusan yang boleh dikitar semula kerana ia adalah antara matlamat sesebuah syarikat minuman ketika mencipta minuman yogurt tanpa lemak mahupun minuman yang kaya dengan vitamin C dan pada masa sama, mendidik pengguna untuk menjadi pencinta alam sekitar dan mengamalkan kehidupan penuh dengan mesra alam. Pembungkusan minuman yang cantik, unik dan mengandungi maklumat dan isi kandungan yang lengkap akan mempengaruhi tanggapan pelanggan untuk membeli produk tersebut ataupun tidak. Setiap bekas minuman yang dicipta mempunyai kelebihan dan cita rasa masing-masing, namun berlaku penambahbaikkan bagi sesuatu produk supaya bentuk luaran dan rasanya dapat memberi kesan positif dan minat dengan produk yang dihasilkan.

3.0 PERKEMBANGAN PRODUK

3.1 PEMBUNGKUSAN MINUMAN Ribena telah mula dibuat dalam tahun 1930-an menggunakan buah blackcurrants dan sejak itu telah menjadi salah satu minuman yang paling popular sehingga ke hari ini. Semasa Perang Dunia II, minuman ribena ini telah digunakan sebagai diet tambahan untuk Vitamin C. Ribena adalah sumber yang kaya Vitamin C. Ribena adalah minuman semulajadi yang mengandungi tanpa bahan tiruan, pewarna atau pemanis. Ribena kini mempunyai pelbagai perisa, namun begitu, blackcurrant tetap menjadi kegemaran semua orang. Selain daripada blackcurrant perisa lain yang disediakan oleh syarikat Ribena termasuklah epal, kranberi, pear, pic, glukosa, dan sekarang Ribena dengan perisa lemon.Bungkusan minuman yang pertama dikeluarkan ialah dalam bentuk air kotak dengan straw. Air kotak ini diisi dengan 250ml dan minuman ini amat digemari oleh semua orang terutamanya kanak-kanak. Ini adalah pek mesra kanak-kanak kerana ia adalah lebih kecil, mencegah tumpahan dan mudah untuk minum menggunakan straw. Air kotak Ribena pada awalnya dipek seperti gambar rajah di bawah:

Gambarajah 2.0 : Air Kotak Ribena

Kemudian, syarikat ini telah mengeluarkan produk yang lebih menarik dan isi padu air yang lebih tinggi iaitu sebanyak 330ml. Minuman ini dipek dengan mudah sejuk dan segar telah menjadi kegemaran semua orang dan popular. Ribena Mobile ini mempunyai bentuk luaran yang menarik dan sejuk bertujuan untuk memberi para remaja pilihan minuman yang sihat serta kaya dengan vitamin C. Penutup plastik dan muncung yang direka secara inovatif ini membolehkan individu itu minum terus dari pek tanpa straw.

Gambarajah 2.1: Ribena Mobile

Tidak lama kemudian selepas Ribena Mobile, syarikat ini menghasilkan variasi terbaru daripada blackcurrant minuman kegemaran semua orang dalam bungkusan yang sangat mudah, Polyethelene 500ml dikitar semula menjadi botol Terephthalate (PET). Ribena dalam botol PET membantu golongan muda mudi yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Minuman ini memberi kesegaran di rumah, di pejabat serta di mana jua. Perisa terbaru di pasaran ialah perisa Ribena dengan limau.

Gambarajah 2.3 : Air Botol PET Ribena

Pembungkusan minuman ini diubahsuai dan direka sesuai dengan keadaan dan isipadu yang perlu diisi bagi pek terbaru tersebut. Semua ini diambil kira supaya produk mereka nampak sentiasa unik serta menarik perhatian pelanggan untuk membelinya. Jika dilihat daripada perubahan pembungkusan minuman yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada pengguna supaya kekal sihat dan kaya dengan vitamin C. Minuman yang tahan sejuk pada jangka masa yang lama akan menghilangkan dahaga lebih-lebih lagi berjemur di cuaca panas dan sibuk aktiviti seharian.

Gambarajah 2.4: Produk Ribena

Setelah melihat dan mengkaji kepada perkembangan pembungkusan minuman Ribena ini direka secara inovatif dan kreatif, kami mencadangkan produk kami untuk pengeluaran terbaru bagi syarikat Ribena iaitu Glaxo Smith Kline Sdn. Bhd. Kami menghasilkan model sebagai usul kami kepada syarikat Ribena tanpa mengabaikan kebaikan dan manfaat minuman Ribena itu sendiri kepada masyarakat. Kami menggunakan peluang ini dengan menyertai peraduan mereka cipta pembungkus minuman supaya kami dapat memberi sumbangan dan idea dalam pembungkusan minuman yang berguna untuk semua orang. Kami menghasilkan model hasil gabungan daripada semua produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat Ribena.Kami membina model berasaskan kotak dan botol. Kotak yang berada di luar dijadikan sebagai pelindung kepada botol yang diletakkan di dalam kotak tersebut. Kotak tersebut juga mempunyai pemegang supaya minuman ini mudah dibawa dan bentuknya yang menarik dan berwarna-warni akan menjadi perhatian semua lebih-lebih kanak-kanak dan remaja. Botol yang di dalam pula direka khas supaya minuman tahan sejuk lebih lama. Bentuknya yang menarik ini boleh juga dijadikan sebagai hadiah dan bekalan minuman untuk kanak-kanak ke sekolah. Straw yang diletakkan di sisi kotak tersebut digunakan sekiranya individu tersebut tidak mahu minum terus dari mulut botol. Pembungkus minuman ini juga boleh digunakan semula untuk botol kesayangan dengan mengisi apa sahaja minuman yang mereka suka.

Gambarajah 1.5: Model Baru Ribena 3.2 Pembungkusan MakananKellogg's Corn Flakes merupakan bijirin yang berbentuk bujur yang umumnya dinikmati bersama dengan susu segar yang pertama dihasilkan di Ohio, Amerika Syarikat lebih dari 200 tahun yang lalu oleh adik beradik Kellogg (John Harvey Kellogg dan Will Keith Kellogg). Komitmen dalam menghasilkan bijiran berkhasiat yang berasaskan gandum telah membuatkan adik beradik Kellogg mengetuai pasaran bijirin di Amerika Syarikat sehingga memperoleh kejayaan dan juga mendapat nama Cereal Capital of the World. John Harvey Kellogg dan Will Keith Kellogg bercita-cita untuk membantu individu yang mengalami sakit perut akibat tidak boleh menerima makanan berat. Kellogg's Corn Flakes membantu mencetuskan keselesaan kepada seseorang pesakit yang kerap mengalami sakit perut kerana bijiran ini dihasilkan berasaskan daripada gandum dan oat. Oleh itu, setiap individu mampu menjalankan aktiviti seharian seperti biasa dalam keadaan menyenangkan. Terdapat banyak jenis bijirin gandum yang dihasilkan antaranya CerealCrunchy Nut, Fiber Plus, Froot Loops, Frosted Flakes, Frosted Mini Wheats, Krave, Raisin Bran, Rice Krispies, Special K. Adik beradik Kellogg juga mencipta biskut gandum, oat dan cornmeal.

Gambar 3.1 : Pelbagai jenis bijirin Kellogg yang dibungkus dengan menggunakan kotak.

Pada Kellogg Company (NYSE: K), syarikat ini didorong untuk memperkayakan dan menggembirakan dunia melalui makanan dan jenama. Kellogg bijirin adalah syarikat terkemuka di dunia dan pengeluar kedua terbesar biskut, keropok dan makanan ringan enak dan Amerika Utara beku syarikat makanan terkemuka. Setiap hari, jenama yang disayangi kita menyuburkan keluarga supaya mereka boleh berkembang dan membesar. Jenama-jenama ini termasuk Kellogg , Keebler , Special K , Pringles , Es Flakes , Pop-Tarts , Jagung Flakes , Rice Krispies , Kashi , Cheez-It , Eggo , Coco Pops , Mini-Wheats , dan banyak lagi.Pada awal pembungkusan Kellogg ini, mereka hanyalah menggunakan bungkusan kotak dan di dalamnya cornflakes ini dipek secara bungkusan kecil-kecil. Kemudian barulah dipekkan di dalam bungkusan yang lebih besar. Bijirin ini juga dipekkan secara bungkusan dan dimasukkan dalam kotak yang kecil untuk bungkusan kecil dan kotak besar untuk bungkusan besar. Pek-pek kecil ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan ringan dan alas perut sekiranya terlalu sibuk kerana pek yang kecil itu boleh dimasukkan ke dalam beg. Kandungan gula dan lemak yang sedikit sesuai untuk dihidangkan kepada setiap golongan dan rasanya amat enak dan memuaskan.

Gambar 3.2 : Bungkusan Kelloggs Corn Flakes

Tidak lama kemudian, Kelloggs Corn Flakes telah mengeluarkan bentuk bungkusan yang baru. Pembungkusan bijirin ini juga dipek dalam bentuk plastik, namun diubah sedikit dengan peknya itu direka secara menegak dan pembukanya itu dibuat daripada pelekat plastik yang di seal supaya kedap udara. Bungkusan ini juga cantik dan unik serta menjadi kegemaran ramai orang kerana rasanya di dalamnya tetap sama dan ditambah pula dengan pek yang mudah dibuka dan di bawa ke mana-mana.

Gambar 2.3 : Kelloggs Corn Flakes dibungkus dalam bentuk plastik.

Oleh hal sedemikian, bersempenakan peraduan mereka cipta pembungkusan makanan, kami menyediakan model untuk syarikat Kelloggs di Malaysia ini supaya produk ini terus maju dan diingati oleh setiap insan. Kami menghasilkan model bagi mewakili idea kami untuk produk sebenar. Pembungkusan makanan Kelloggs ini kami pekkan dalam bentuk kotak. Kotak yang kecil ini dan bentuknya juga seakan-akan piramid di mana mempunyai tapak yang luas menjadikan pembungkusan Kelloggs ini lebih menarik dan mudah untuk digunakan serta boleh digunakan semula sekiranya bijirin di dalamnya sudah habis. Kemudian, penutup kepada pembungkusan kami itu mempunyai dua bahagian yang bercantum. Bagi langkah keselamatan dan kekemasan, kami juga menyediakan penutup yang mempunyai pelekat bagi menutup atas dua bahagian itu tadi. Produk yang ingin kami usulkan amatlah bermanfaat dan berguna serta memberi keuntungan kepada syarikat. Bijirin cornflakes di dalamnya juga akan tahan lama tanpa lemau dan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Gambar 3.4 : Model Baru Kelloggs Corn Flakes

Lukisan Plan Pembungkus Makanan Kelloggs Corn Flakes.

4.0 KOS PERBELANJAAN

4.1 PEMBUNGKUSAN MINUMAN

Air Kotak RibenaModel pembungkusan minuman hasil gabungan idea kami telah membelanjakan beberapa kos. Pembungkusan minuman Ribena kami menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan murah. Kami membina model pembungkusan minuman ini bagi mewakili gambaran sebenar produk yang kami usulkan kepada syarikat Ribena, GlaxoSmithKline Sdn. Bhd. Anggaran kos perbelanjaan kami seperti yang berikut :

Bil.Bahan yang digunakanHarga seunit (RM)Kuantiti

1.Kotak0.201

2.Water colour0.805

3.Botol0.201

4.Plastik biru0.101

5.Gam UHU2.401

6.Gam air0.201

7.Pita pelekat hitam1.001

8.Straw0.201

9.Kertas A40.101

10.Dakwat pencetakan0.101

JUMLAHRM 8.50

4.2 PEMBUNGKUSAN MAKANAN

Bekas Kelloggs Corn FlakesModel pembungkusan makanan hasil kreativiti kami telah mengeluarkan perbelanjaan yang sedikit sahaja. Pembungkusan makanan bijirin berkhasiat Kelloggs Corn Flakes, kami menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan murah. Selain itu, kami juga menggunakan bahan-bahan terbuang untuk dikitar semula. Kami membina model pembungkusan makanan ini bagi mewakili gambaran sebenar produk yang kami usulkan kepada syarikat Kelloggs Sdn. Bhd. Anggaran kos perbelanjaan kami seperti yang berikut:

Bil.Bahan yang digunakanHarga seunit (RM)Kuantiti

1.Mounting board0.801

2.Double sided tape1.501

3.Kertas bunya1.001

4.Pelekat0.501

5.Kertas A40.101

JUMLAHRM 3.90

5.0 APLIKASI PEMBUNGKUS

5.1 PEMBUNGKUSAN MINUMANPenggunaan pembungkus minuman ini mempunyai cara yang unik. Hal ini demikian kerana pengguna perlu membuka tempat pemegang bekas minuman yang berada di atas bekas ini. Selepas membuka tempat pemegang bekas minuman, terdapat botol minuman di dalamnya. Pengguna perlu membuka penutup botol terlebih dahulu dan seterusnya menuangkan minuman ke dalam gelas. Cara yang lebih mudah ialah pengguna boleh meminum terus minuman melalui muncung botol tersebut. Selain itu, produk ini juga menyediakan straw untuk memudahkan pengguna minum minuman ini terutamanya golongan tua. Setelah selesai, tutup botol minuman kembali untuk mengelakkan dimasuki benda asing seperti semut atau debu. Selepas itu, sambungkan kembali tempat pemegang bekas minuman supaya pembungkus kembali pada bentuk asal.Selain itu, pengguna juga dapat mengisi minuman mengikut kegemaran mereka setelah air Ribena yang terdapat dalam botol ini habis. Ini bermaksud botol ini boleh diguna semula. Tambahan pula, pengguna juga boleh meletakkan alat tulis seperti pensel atau pen di tempat letak straw untuk menggantikan straw tersebut. Hal ini kerana saiz straw adalah sama saiz dengan satu batang pensel. Dengan aplikasi ini, setiap individu dapat mencatat ilmu baru atau mereka dapat menyenaraikan tugasan seharian dengan mudah.Dengan cara penggunaanya yang pelbagai, pembungkus minuman ini mampu menarik minat pengguna. Ianya dapat digunakan kepada pelbagai golongan usia dengan cara penggunaannya ini. Pembungkus minuman ini juga mudah dibawa kemana-mana dan mudah untuk disimpan.

5.2 PEMBUNGKUSAN MAKANANPenggunaan pembungkus makanan ini amat unik kerana strukturnya dapat menarik minat pengguna. Jadi, cara untuk menggunakannya juga mempunyai cara yang berbeza. Pertamanya, pengguna perlu buka penutup bekas makanan ini yang terletak di atas bekas. Penutup ini yang menutup hampir separuh permukaan bekas bertujuan untuk mengelakkan bekas makanan ini daripada di masuki angin yang menyebabkan makanan lemau dan benda asing seperti semut atau lalat. Apabila penutup tersebut dibuka, pengguna akan mendapati terdapat lapisan yang masih menutupi bahagian atas pembungkus makanan ini. Hal ini demikian kerana ianya untuk mengelakkan makanan ini daripada lemau.

Pembungkus ini juga direka khas untuk kedap udara supaya cornflakes yang juga dibungkus dengan pembungkus aluminium di dalamnya tidak mudah rosak. Jadi, jika pembungkus makanan ini sudah kehabisan cornflakes dan diisi dengan makanan lain, ianya juga dapat menghalang daripada makanan tersebut dari menjadi lemau. Pengguna tidak perlu risau untuk mengisi makanan yang mudah lemau seperti keropok atau biskut ke dalam pembungkus makanan ini. Makanan yang manis juga dapat diisi ke dalam pembungkus makanan ini kerana ianya dapat menghalang binatang-binatang kecil seperti semut dan lalat daripada memasuki pembungkus ini. Makanan yang manis seperti gula-gula atau manisan juga akan dapat diisi ke dalam pembungkus makanan ini. Seterusnya, pengguna perlu membuka bekas tersebut sehingga terbahagi dua pada bahagian. Di dalamnya barulah terdapat makanan yang disimpan. Selepas mengambil bijirin, tutup kembali bekas tersebut rapat-rapat supaya ianya kembali kedap udara.

Dengan cara penggunaannya yang santai, pengguna dapat menggunakannya dengan mudah dan senang. Pengguna juga mudah untuk membawanya ke mana-mana sahaja kerana produk ini juga disertakan dengan pemegang yang memudahkan untuk di bawa seperti semasa bersantai dan beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Pembungkus makanan ini dapat dibuka di mana-mana sahaja kerana ianya tidak memerlukan kawasan yang luas ataupun lapang.

6.0 IMPLIKASI PEMBUNGKUS6.1 PEMBUNGKUS MINUMANMinuman Ribena ini merupakan minuman berkhasiat yang bermutu tinggi yang mengandungi pelbagai nutrisi. Ramuannya yang terdiri daripada air, sukros, jus buah (blackcurrant dan lemon), vitamin C, asid sitrik (mengandungi kondisional makanan yang dibenarkan/ asiditi Regulator), bahan pengawet (kalium sorbat) dan perisa amat berkhasiat untuk semua golongan. Minuman ini kaya yang dengan jus buah menjadi kegemaran semua orang.Minuman ini sangat kaya dengan jus buah dan vitamin. Jadi, kanak-kanak di bawah umur 1 tahun tidak digalakkan untuk meminum minuman ini. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah penghadaman. Namun, bagi golongan beliadan dewasa, minuman ini amat bersesuaian untuk sistem penghadaman mereka.BOLEH DIGUNA OLEH SEMUA PERINGKAT UMURPembungkus minuman ini mempunyai banyak kelebihan yang tidak terdapat pada pembungkus minuman yang lain. Pembungkus minuman Ribena ini amat bersesuaian kepada semua peringkat usia kerana kami mengambil kira semua aspek dalam mereka bentuknya. Pembungkus minuman ini mempunyai ciri-ciri yang dapat di sesuaikan dengan semua golongan sama ada kanak-kanak, pelajar ataupun keluarga. Jadi, pengguna tidak akan teragak-agak untuk membelinya kerana seluruh keluarga dapat menggunakannya.MUDAH DIBAWAPertamanya, pembungkus minuman ini direka khas untuk mudah dibawa kemana-mana. Pembungkus ini mempunyai tempat yang reka khas supaya mudah dibawa. Ianya direka dengan kelebihannya yang ringan dan menarik membuatkan pelanggan mudah untuk membawanya ke mana-mana. Hal ini dapat menarik minat belia khususnya para pelajar untuk membelinya kerana mereka dapat membawanya ke sekolah dengan mudah.

BOLEH DIGUNA SEMULADi samping itu, kelebihan yang terdapat pada pembungkus minuman ini ialah ianya boleh diguna semula. Botol yang digunakan untuk membungkus minuman ini dari bahan yang berkualiti dan pihak kami tidak menggunakan bahan kimia yang terlarang seperti yang terdapat pada botol-botol mineral yang lain dimana ianya amat membahayakan kesihatan jika terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, pelanggan boleh menggunakan pembungkus minuman ini dengan baik dan selesa. Mereka boleh mengisi pembungkus minuman ini dengan minuman lain pula. Mereka dapat berjimat cermat dalam pembelian mereka. Jadi, pengguna dapat menggunakannya dengan selamat tanpa ada rasa ragu-ragu. Tempat meletak straw juga dapat digunakan semula. Tempat tersebut dapat digantikan dengan tempat meletak alat tulis seperti pensel dan pen. Hal ini memudahkan pengguna untuk membawanya. Pengguna tidak perlu membawa bekas pensel kemana-mana dna hanya perlu membawa pembungkus minuman ini yang sudah menyediakan tempat meletak alat tulis. KEDAP UDARASeterusnya, pembungkus minuman in diperbuat dengan mempunyai ruang kedap udara. Hal ini disebabkan supaya suhu minuman yang diisi semula di dalam pembungkus minuman dapat bertahan lama. Sebagai contoh, jika kita mengisinya dengan minuman sejuk, ianya dapat bertahan sehingga dua atau tiga jam manakala begitu juga dengan minuman panas. Kita dapat menikmati minuman panas tersebut walaupun selepas beberapa jam. Hal ini amat menarik minat para pelanggan kerana mereka amat memerlukan bekas yang sedemikian untuk mereka membawanya ke tempat-tempat rekreasi, perkelahan, pejabat dan sekolah. Dengan ini, semua golongan dapat menggunkannya dengan baik.BOLEH DIKITAR SEMULAPembungkus minuman ini juga dapat dikitar semula jika pengguna tidak ingin menggunakannya semula. Pembungkus makanan yang diperbuat dari bahan dikitar semula dapat menyelamatkan bumi kita. Hal ini demikian disebabkan oleh bahan yang digunakan untuk mencipta pembungkus minuman ini diperbuat dari bahan yang dapat dikitar semula. Jadi, secara tidak langsung pembungkus makanan ini tidak merbahaya kerana bahannya selamat dari toksik kimia.ESTETIKAPembungkus minuman ini direka dengan bentuk yang menarik dan unik. Pembungkus minuman ini yang dihiasi dengan warna warni mampu menarik minat kanak-kanak untuk membelinya. Warnanya yang terdiri dari warna ungu, merah jambu dan merah amat menarik bila digabungkan dan menyerlah untuk menarik perhatian pelanggan. Gambar-gambar yang disediakan amat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur.Selain itu, pembungkus minuman ini juga direka dengan setiap maklumat yang berkaitan dengan minuman ini sudah tersedia di pembungkus tersebut. Hal ini dapat memudahkan pengguna untuk membelinya dan mendapatkan maklumat berkaitan minuman ini. Sebagai pengguna, sudah tentu mereka menitikberatkan tentang khasiat yang terdapat pada minuman ini. Jadi, mereka dapat mengetahuinya dengan terdapatnya maklumat tersebut. Jadi, secara tidak langsung, kita memudahkan pengguna untuk membeli produk ini.KOS PENGHANTARANBentuk pembungkus makanan ini yang kecil dan memanjang dapat mengurangkan kos penghantarannya. Hal ini demikian disebabkan oleh bentuknya yang kecil dapat memuatkan bekas makanan ini di dalam sebuah kotak dalam bilangan yang banyak. Hal ini dapat menguntungkan syarikat Ribena, Glaxo Smith Kline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. jika mengambil rekabentuk yang kami cipta.Selain itu, bahan yang kami gunakan untuk mencipta pembungkus minuman ini yang berkualiti tinggi tidak mudah reput dan rosak. Hal ini juga dapat menjimatkan kos syarikat Ribena, Glaxo Smith Kline Consumer Healthcare Sdn. Bhd dalam aspek penghantaran produk. Cara penyimpanan juga dapat jimatkan kerana pembungkus ini dapat disimpan dalam stor dalam jangka masa yang lama.PENGGUNAANCara penggunaannya yang ringkas memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Pengguna hanya perlu membuka penutup pembungkus tersebut dan seterusnya membuka penutup botol sebelum menuangkannya ke dalam bekas minuman. Pengguna juga boleh meminum minuman ini dengan menggunakan straw yang kami sediakan ataupun meminum terus dari muncung botol tersebut.

6.2 PEMBUNGKUSAN MAKANANKelloggs Corn Flakes ini merupakan makanan berbijirin yang santai dan berkhasiat serta diperkaya dengan pelbagai jenis nutrisi. Dibuat dengan kebaikan bijirin, bijirin Kellogg adalah berkhasiat. Tetapi bijirin boleh melakukan lebih untuk membantu pengguna mengekalkan pemakanan yang seimbang. Seperti nilai-nilai yang ditunjukkan, empat nutrien - kalori, lemak tepu, natrium dan gula - adalah khasiat tetap di atas setiap pakej bijirin. Di samping itu, setiap produk menonjolkan sehingga dua nutrien tambahan seperti serat, kalsium, magnesium, kalium dan vitamin A, C dan E, nutrien yang telah dikenalpasti sebagai orang-orang yang ramai rakyat Amerika boleh menggunakan lebih daripada dalam diet mereka.BOLEH DIGUNAKAN PELBAGAI PERINGKAT UMURPembungkus makanan ini mempunyai banyak kelebihan yang tidak terdapat pada pembungkus makanan yang lain. Pembungkus makanan Cornflakes ini amat bersesuaian kepada semua peringkat usia khususnya kepada kanak-kanak kerana kami mengambil kira semua aspek dalam mereka bentuknya. Setiap kelebihan yang terdapat pada pembungkus makanan ini dapat digunakan oleh semua golongan.ESTETIKAPembungkus makanan ini mempunyai bentuk yang amat menarik dan unik. Hal ini demikian kerana struktur pembungkus ini yang bersaiz sederhana dan mampu memuatkan beberapa jenis bijirin di dalamnya. Cara pembukaannya yang unik iaitu mempunyai penutup yang perlu dibuka dapat menarik minat pengguna untuk membelinya selain menjamin kualiti produk syarikat Kelloggs Sdn. Bhd. Seterusnya, fizikal pembungkus makanan ini yang ringan dan bentuknya yang menarik membuatkannya mudah untuk dibawa kemana-mana. Jadi, hal ini dapat menarik minat belia khususnya para pelajar untuk membelinya kerana mereka dapat membawanya ke sekolah atau ke kelas tambahan tanpa membawa bekas makanan yang besar.

TAHAN LAMADi samping itu, pembungkus makanan ini mempunyai kelebihan yang tahan lama dan kukuh. Pembungkus makanan ini yang diperbuat daripada kepingan kotak keras dan mounting board. Oleh itu, jika digunakan oleh kanak-kanak, ia amat sesuai kerana aktiviti kanak-kanak yang lebih lasak berbanding pengguna diperingkat usia lain. Cantuman diantara kepingan kotak juga dilakukan dengan teliti dengan menggunakan pita pelekat. Justeru, ia telah menambah lagi kekuatan struktur pembungkus makanan ini. Namun, bagi menampakkan ia kelihatan cantik, saya telah membalutnya dengan kertas yang berkilat. PELBAGAI FUNGSIKelebihan lain yang terdapat pada pembungkus makanan ini ialah ianya dapat diguna semula. Bahan pembuatannya yang tahan lasak dan lama dapat membuatkannya diguna berkali-kali. Jika bijirin Kelloggs Corn Flakes Sdn. Bhd. ini sudah kehabisan, para pelanggan dapat mengisinya dengan makan lain seperti gula-gula ataupun bungkusan kekacang. Hal ini dapat menarik minat pelanggan untuk membelinya kerana mereka dapat menggunakan semula pada masa akan datang. Ibu bapa akan berpuas hati dengan pembungkus makanan ini kerana mereka dapat berjimat untuk membeli bekas makanan yang lain.KOS PENGHANTARANBentuk pembungkus makanan ini yang sederhana dan ringan dapat mengurangkan kos penghantarannya. Hal ini demikian disebabkan oleh bahan pembuatannya yang ringan dapat menjimatkan berat semasa kos penghantaran disamping pengguna akan dapat menikmati bijirin dalam kuantiti yang memuaskan dalam satu kotak. Hal ini dapat menguntungkan syarikat Kelloggs Sdn. Bhd. jika mengambil rekabentuk yang kami cipta.Selain itu, bahan yang kami gunakan untuk mencipta pembungkus makanan ini yang berkualiti tinggi dan menggunakan barang kitar semula. Hal ini amat baik sekali kerana telah membantu dalam menjaga alam sekitar daripada terccemar akibat pembakaran bahan-bahan terbuang. Oleh itu, syarikat dapat menjimatkan dalam aspek pembuatan produk yang mesra alam.

PENGGUNAANPembungkus makanan ini direka dengan coraknya yang berwarna warni mampu menarik perhatian pelanggan. Pembungkus makanan ini juga mempunyai penutup yang amat baik agar makanan tidak dimasuki oleh benda asing. Pengguna perlu membuka pelekat yang menyambungkan dua penutup pembungkus tersebut.

7.0 RUMUSAN/CADANGAN 7.1 PEMBUNGKUSAN MINUMANKami mempunyai beberapa cadangan untuk diusulkan kepada syarikat Ribena supaya produk yang kami cadangkan ini dapat dikeluarkan di pasaran. Model pembungkusan minuman yang kami serahkan kepada syarikat Ribena hanyalah sebagai wakil ataupun gambaran kepada produk yang ingin kami suarakan kepada syarikat Ribena. Oleh hal sedemikian, kami ingin mengutarakan beberapa buah fikiran dalam menghasilkan produk yang bakal menjadi kegemaran semua orang dan hangat di pasaran.Pertamanya, kami mencadangkan supaya kotak yang berada di luar yang berfungsi sebagai pelindung kepada botol yang terdapat di dalam pembungkus minuman Ribena itu dibuat daripada bahan yang tahan lama, tahan lasak dan kalis air. Hal ini kerana kotak yang diluar itu tidak mudah lembik yang akan membantutkan penggunaan pengguna. Bahan yang kalis air dan tahan lasak seperti aluminium ataupun jenis kulit kain banner. Di samping itu, botol air yang berada di dalam pula kami cadangkan untuk dibuat daripada bahan yang tahan sejuk dalam jangka masa yang lama. Hal ini kerana, minuman Ribena lebih sedap diminum apabila minuman itu sejuk dan segar lebih-lebih lagi minuman Ribena ini kaya dengan vitamin C. Ribena Mobile yang pernah dikeluarkan oleh syarikat Ribena ini masih boleh diguna sebagai bekas mengisi air Ribena tersebut. Selain itu, bahan seperti polistrin ataupun gentian yang biasanya terdapat di dalam termos boleh juga digunakan dan diguna pakai untuk dijadikan sebagai bekas mengisi air Ribena supaya suhu sejuk air tersebut dapat kekal lama.Tambahan pula, pemegang air kotak Ribena ini boleh dihasilkan dalam pelbagai corak dan bentuk. Selain daripada bentuk hati, pemegang ini juga boleh dibentuk dengan corak buah-buahan mengikut perisa air kotak tersebut. Mungkin dengan cara ini, pengguna akan lebih tertarik dengan keunikan dan kecantikkan air kotak Ribena ini. Pembungkusan minuman ini sangat luar biasa kerana boleh diguna semula dengan mengisi minuman perisa lain mengikut selera dan juga boleh dibawa oleh kanak-kanak ke sekolah. Tempat straw pula boleh direka dengan bentuk dan bahan yang lebih kukuh kerana ianya boleh digunakan untuk meletakkan pensel ataupun pen. Air kotak Ribena ini juga boleh dihasilkan dengan pelbagai perisa seperti ribena dengan lemon, blueberry ataupun strawberi. Kemudian, bagi setiap perisa warna kotak juga boleh diwarnakan mengikut gabungan buah tersebut.7.2 Pembungkusan MakananBerdasarkan model yang kami reka iaitu bekas Kelloggs Corn Flakes untuk diserahkan kepada syarikat Kelloggs Sdn.Bhd, kami mengusulkan beberapa cadangan dan pandangan untuk menghasilkan produk ini dalam bentuk yang sebenar. Pembungkusan makanan kami yang mempunyai pemegang ini merupakan suatu inovasi dan usaha yang kreatif kerana Kelloggs Corn Flakes ini tidak pernah disertakan dengan tali pemegang. Hal ini disebabkan kerana Kelloggs Corn Flakes ialah makanan santai yang sesuai dibawa kemana-mana sebagai snek.Kami cadangkan bahan untuk mengisi cornflakes itu perlulah dihasilkan daripada bungkusan aluminium sebelum dimasukkan ke dalam bungkusan makanan ini. Hal sedemikian kerana Kelloggs Corn Flakes tidak cepat lemau dan terdedah dengan virus yang menyebabkan cornflakes tersebut rosak.Penutup yang bersambung dengan badan bekas Kelloggs Corn Flakes itu perlulah dihasilkan dengan ketat dan mempunyai getah diantaranya. Ini bertujuan sebagai penutup bekas tersebut bagi mengelakkan bekas tersebut masuk angin. Selain itu, penutup kedua pula sebagai langkah keselamatan dan mencantikkan lagi bekas Kelloggs Corn Flakes. Penutup kedua itu perlulah ketat dan bersesuaian dengan saiz badan bekas Kelloggs Corn Flakes pada bahagian atas.Bekas yang bersaiz sederhana besar juga amat penting supaya menyenangkan pengguna untuk membawa Kelloggs Corn Flakes ini ke mana jua dan berpuas hati dengan kuantiti yang boleh dimuatkan. Snek ini sesuai untuk semua situasi sama ada untuk berkelah bersama keluarga, parti hari jadi atau apa jua keadaan. Bekas ini sebenarnya mempunyai fungsi yang sama seperti pembungkus makanan yang lain namun yang lainnya bekas ini mudah untuk dibawa ke mana-mana.

REFLEKSI INDIVIDU

TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOKSyukur Alhamdulillah dengan izinNya saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus projek subjek Literasi Nombor ini di bawah bimbingan En. Ab. Razak bin Salleh pada masa yang telah ditetapkan dengan baik dan sempurna.Tugasan ini bermula pada 12 Mac 2015 dan tamat pada 09 April 2015. Dalam tempoh masa yang diberikan, saya telah membuat yang terbaik dengan segala usaha dilipat gandakan demi menghasilkan satu projek yang terbaik bagi tugasan kali ini. Tugasan kali ini memerlukan saya untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan dan satu minuman bagi satu syarikat makanan dan minuman bersempena pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat terbabit.Dalam tugasan ini, saya telah membahagikan tugas bersama rakan saya dimana saya berperanan dalam menghasilkan pembungkus makanan manakala rakan setugas saya, Luqman Hakim bin Mokhtar pula menghasilkan pembungkus minuman. Pelbagai sumber telah saya jadikan rujukan sepanjang menjalankan tugasan ini seperti daripada sumber internet khususnya kerana di internet terdapat contoh-contoh rekaan pembungkus makanan dan minuman yang dihasilkan oleh pereka di seluruh dunia. Kemudian, saya juga telah membuat rujukan daripada bahan ilmiah seperti buku-buku seni origami agar saya mendapat idea yang lebih kreatif dan inovatif bagi mereka bentuk pembungkus makanan ini.Kekuatan-kekuatan yang telah saya pelajari dalam menjalankan kerja kursus ini ialah seperti mempelajari kemahiran penganggaran, pengiraan mental, penyelesaian masalah, ukuran dan ruang dan bentuk. Selain itu, saya juga mempelajari ukuran-ukuran piawai dan juga ukuran imperial. Oleh yang demikian, segala yang saya terima semasa kuliah telah diaplikasikan sepanjang menjalankan tugasan projek ini.Justeru, tugasan ini amat membantu saya untuk mengukuhkan lagi pengetahuan saya mengenai topik-topik yang dipelajari dalam subjek Literasi Nombor. Buktinya, saya telah mereka sendiri pembungkus makanan saya berdasarkan ukuran dan bentuk yang diilhamkan berdasarkan rujukan dan pemerhatian yang dilakukan. Selain itu, kemahiran dalam mengukur dengan tepat dan ketelitian amat penting agar bentuk dan pembungkus makanan yang dihasilkan cantik dan kemas. Oleh itu, saya amat berkeyakinan untuk mempersembahkan hasil pembungkus makanan dan minuman yang dihasilkan kepada penilai sesebuah syarikat pemakanan tersebut.Kekuatan daripada segi bentuk projek pula, bentuk yang saya pilih bagi pembungkus makanan dan minuman adalah daripada bentuk-bentuk asas kerana mudah untuk diacu dan tidak memerlukan kos yang banyak selain mudah disusun apabila dalam kuantiti yang banyak. Berdasarkan apa yang dipelajari di dalam kelas, saya telah memilih bentuk segi empat tepat bagi pembungkus makanan dan segi empat sama bagi pembungkus minuman. Walaubagaimanapun, saya telah mengambil langkah proaktif iaitu dengan mendekorasi pembungkus makanan saya dengan corak yang berwarna-warni. Hal ini kerana saya lebih memberi fokus kepada pengguna kanak-kanak berbanding dewasa. Pada masa yang sama, bijirin ini amat berkhasiat kepada kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran. Disebalik kekuatan-kekuatan sepanjang menjalankan tugasan ini, terdapat juga kelemahan yang harus dibaiki bagi memastikan tugasan akan datang dapat dihasilkan dengan baik dan lancar. Contohnya, semasa menghasilkan bentuk pembungkus makanan dan minuman, saya telah membuat beberapa kali ukuran dan potongan bahan-bahan bagi mendapat bentuk yang kemas dan cantik. Hal ini tidak menjadi masalah kepada saya, kerana saya tetap mencuba sehingga mendapat yang terbaik sehingga memuaskan hati.Saya berasa sangat berpuas hati dan gembira apabila ditugaskan untuk menjalankan projek sebegini kerana otak saya dapat dijana agar berfikir lebih kreatif dan kemahiran tangan saya juga dapat dididik iaitu kemahiran motor halus. Saya berharap tugasan sebegini akan diteruskan lagi untuk generasi yang akan datang.Kesimpulannya, tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan ini berjalan dengan baik dan besar harapan saya tidak lain tidak bukan agar dapat bersama-sama sahabat yang lain memperoleh kejayaan sebagai seorang guru kelak. Kami berharap agar memperoleh markah yang tinggi pada tugasan ini. Mohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku dan saya ucapkan ribuan terima kasih.