kertas 2 bahasa melayu trial pmr 2013

13
1 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2 jam SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG GELAM MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TINGKATAN TIGA TAHUN 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak. 02/2 [Lihat sebelah]

Upload: smk-gelam

Post on 20-Jun-2015

12.851 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

1

02/2BahasaMelayuKertas 2Ogos20132 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG GELAMMELAKA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TINGKATAN TIGATAHUN 2013

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B,Bahagian C dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Andadikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B danBahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihansoalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A,25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untukBahagian D.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak.

02/2 [Lihat sebelah]

Page 2: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

2

02/2

BAHAGIAN A(i)Masa yang dicadangkan: 40 minit

(20 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasantentang punca kemerosotan disiplin murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidakmelebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.

Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yangdipercayai termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang dirasakan menjadi tanggungjawab.Dalam konteks sekolah, murid yang berdisiplin merupakan murid yang mematuhi peraturanyang ditetapkan oleh pihak sekolah, seperti cara berpakaian, kedatangan, menghormati gurudan membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh guru. Kini, ramai murid tidak mematuhidisiplin yang ditetapkan. Pelanggaran disiplin menyebabkan berlakunya pergaduhan, buli danmati akibat berkelahi.

Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin murid.Antaranya ialah pengaruh media massa yang sering menonjolkan budaya kuning dari Barat,filem, surat khabar, majalah dan televisyen sering menunjukkan unsur yang negatif sepertibabak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Selain itu,kemerosotan disiplin murid juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu seringberkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak merekaberjaya dalam pelajaran. Sesetengah murid pula menjadikan sekolah sebagai tempat untukmelupakan segala masalah sehinggakan sanggup melanggar disiplin yang ditetapkan sepertibergaduh dengan rakan sekelas. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikanoleh ibu bapa.

Hukuman yang dikenakan kepada murid juga merupakan faktor yangmenyebabkan seseorang murid itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakanpendekatan psikologi apabila berhadapan dengan murid-murid yang tidak berdisiplin. Namunbegitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana murid tidak akan takut jika sesuatukesalahan dihukum dengan nasihat sahaja. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhikemerosotan disiplin murid. Ada murid yang masih berkawan dengan rakan yang tidakbersekolah. Kemiskinan juga boleh menyebabkan seseorang itu melanggar disiplin sekolah.Hal ini demikian kerana kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar danmemilih haluan sendiri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturanyang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti.

Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki yang turut dikatakanmenjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Sebenarnya amat sukar membentuk jiwaremaja. Jiwa remaja yang mudah memberontak menyebabkan mereka suka melanggarperaturan yang telah ditetapkan. Untuk mengatasi masalah ini, sikap ibu bapa perlu diubah.Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak mereka yang meningkat remaja. Jika boleh, ibubapa perlu selalu berhubung dengan pihak sekolah untuk memastikan anak mereka mematuhidisiplin yang ditetapkan sekolah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Masalah Disiplin Pelajar”Oleh Koh Ve Lee, Dewan Siswa, Jun 2011)

Page 3: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

3

02/2

BAHAGIAN A(ii): Pemahaman[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i) , jawab soalan-soalan yang berikut denganmenggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata menggunakan pendekatan(2 markah)

2. Berdasarkan petikan berikan dua peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah disiplinmurid.

(4 markah)

3. Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja mudah terikut-ikut nilai negatifyang datang dari Barat?

(4 markah)

BAHAGIAN B[20 markah]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara menghargaiwarga tua. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Cara-cara menghargai warga tua

Memberikanwang secukupnya

Memberikankasih sayang

Selalu mengunjungimereka

Menjaga perasaanmereka

Page 4: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

02/2

BAHAGIAN C(40 markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebihdaripada 180 patah perkataan.

1. Seorang sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda menceritakanpersediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal dihadapipada hujung tahun ini.

Balas surat rakan anda itu.

2. Keluarga memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang semakinmembimbangkan semua pihak.

Berikan pendapat anda berdasarkan penyataan di atas.

3. Baru-baru ini anda telah menyertai aktiviti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh unitberuniform di sekolah anda.

Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.

4. Anda telah dipilih untuk mewakili kelas dalam pertandingan syarahan anjuran PersatuanBahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah ‘Amalan Hidup Sihat’.

Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

5. Peribahasa di ata

Tulis sebuah cer

4

s bermaksud memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

ita berdasarkan peribahasa di atas.

“Bagai menatang minyak yang penuh”

Page 5: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

5

02/2

BAHAGIAN D[10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji diTingkatan1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

(i) Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal

(ii) Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha

(iii) Bukan Duniaku, karya Aida Shahira

(iv) Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib

(v) Wira Persona Avatari, karya Ahmad Zaki Abu Bakar

(vi) Di Sebalik Wajah, karya Abang Saifuddin Abang Bohari

(vii) Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(viii) Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin

(ix) 6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim

(x) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

(xi) Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam noveltersebut. Bagi setiap persoalan tersebut berikan contoh peristiwa yang berlaku.

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 6: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

6

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 TAHUN2013SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 2Markah penuh kertas 2 : 100 markah

Bahagian A(i) : 20 markahBahagian A(ii) : 10 markahBahagian B : 20 markahBahagian C : 40 markahBahagian D : 10 markah

Bahagian A (i) : 20 markah1. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon:

(a) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression)(b) Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan

karangan.(c) Kemudian, peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah:

Bahasa (10 markah)Peringkat Markah Deskripsi

Cemerlang(A)

9 – 10 - Bahasa baik dan lancar- Berupaya menggunakan ayat sendiri

: pemilihan kata yang tepat: ayat yang gramatis: penanda wacana yang sesuai

- Ejaan dan tanda baca betulBaik(B)

6 – 8 - Bahasa baik dan lancar- Masih berupaya menggunakan ayat sendiri: pemilihan kata agak terhad: ayat yang masih gramatis: penanda wacana masih sesuai

- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimumMemuaskan

(C)3 – 5 - Bahasa kurang lancar

- Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tandabaca

ATAU- Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih

PenguasaanMinimum

(D)

1 – 2 - Keseluruhan jawapan menggambarkan bahasa yang lemah- Menyalin daripada petikan

Markah Isi (10 markah)Bilangan Isi 5 4 3 2 1

Markah 9 -10 7 – 8 5 – 6 3 – 4 1 - 2

Cara penandaan dan pemberian markah:1. Pemeriksa dikehendaki menanda ( / ) apabila terjumpa isi.2. Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.3. Periksa seperti biasa jika calon memerenggankan jawapan.4. Jika isi kurang, nilai bahasa seperti biasa – markah bahasa boleh mengatasi markah isi.

Page 7: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

7

5. Jika jawapan murid dalam bentuk catatan (poin), markah isi penuh tetapi markahbahasa maksimum 6.

6. Jika murid menyalin isi secara terpilih daripada petikan tanpa mengubah mana-manaperkataan, markah isi penuh tetapi markah bahasa maksimum 5.

7. Jika isi disalin secara terpilih dan diringkaskan dalam bentuk poin, markah isi sepertibiasa, manakala markah bahasa maksimum 4.

8. Murid menyalin petikan keseluruhan, markah isi ditolak 50% dan markah bahasamaksimum 2.

9. Periksa dan tanda jawapan murid seperti karangan bahagian C tetapi tiada potonganmarkah bagi kesalahan ejaan.

Maksud menyalin petikan1. Murid menyalin keseluruhan daripada mana-mana perenggan ATAU2. Murid menyalin keseluruhan petikan yang diberi

Isi cadangan:1. Pengaruh media massa yang sering menonjolkan budaya kuning dari Barat.

2. Kemerosotan disiplin murid juga terjadi kerana masalah keluarga.

3. Sesetengah murid pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala

masalah sehinggakan sanggup melanggar disiplin yang ditetapkan.

4. Hukuman yang dikenakan kepada murid juga merupakan faktor yang menyebabkan

seseorang murid itu menjadi semakin liar.

5. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi kemerosotan disiplin murid.

6. Kemiskinan juga boleh menyebabkan seseorang itu melanggar disiplin sekolah.

7. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan

oleh pihak sekolah tidak diikuti.

8. Kekurangan guru lelaki turut dikatakan menjadi salah satu punca kemerosotan

disiplin.

9. Jiwa remaja yang mudah memberontak menyebabkan mereka suka melanggar

peraturan yang telah ditetapkan.

Bahagian A(ii) : Soalan Pemahaman

Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah)Markah Deskripsi

2 markah Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis1 markah Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap

Maksud kurang tepat mengikut konteksHanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata

Cadangan jawapan:Soalan 1(2m)

1. Maksud rangkai kata menggunakan pendekatan:

- mengaplikasikan / mengamalkan /memakai/ menerapkan/ mempraktikkan /

melaksanakan….

- kaedah / cara / langkah

Page 8: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

8

Soalan 2 : Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah)Masalah Deskripsi4 markah -Isi dinyatakan dengan cukup lengkap dan ayat gramatis3 markah -Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis2 markah -Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis1 markah -Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang

gramatis0 markah -Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis

-Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis

Cadangan jawapan:Soalan 2 (4 markah)

2. Peranan Ibu bapa untuk mengatasi maslah disiplin murid:

- Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak mereka yang meningkat remaja.

- Ibu bapa perlu selalu berhubung dengan pihak sekolah untuk memastikan anak

mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan.

Soalan 3 : Soalan pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah)Markah Deskripsi4 markah -Isi relevan mengikut tugasan dan ayat gtramatis3 markah -Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis2 marrkah -Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis1 markah -Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramats0 markah -Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis

-Isi tidak tepat dan ayat tida gramatis

Cadangan jawapan:Soalan 3 (4 markah)

3. Golongan remaja mudah terikut-ikut nilai negatif yang datang dari Barat kerana:

- Mereka beranggapan segala-gala yang datang dari Barat lebih maju dan lebih

moden

- Mereka tidak mahu ketinggalan zaman

- Kurangnya didikan agama menyebabkan mereka sukar untuk membuat

pertimbangan antara yang salah dan yang betul

- Kurangnya perhatian dan pemantauan daripada ibu bapa tentang kegiatan anak-

anak ketika di luar sekolah

- Masyarakat kurang prihatin dengan aktiviti yang dilakukan oleh para remaja.

Pilih mana-mana dua jawapan di atas atau yang relevan

Page 9: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

9

Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (20 markah)1. Periksa sehingga 120 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.2. Isi sekurang-kurangnya 3.3. Jika murid menggunakan semua isi dalam rajah – peringkatkan cemerlang.4. Jika murid menggunakan 2 isi daripada rajah – peringkatkan baik.5. Jika murid tidak menggunakan isi daripada rajah – peringkatkan memuaskan.6. Isi luaran yang relevan dengan tugasan- diterima

Kriteria PenskoranPERINGKAT DESKRIPSICemerlang (A)

16 – 20

- Penggunaan kata dan ayat yang gramatis-Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat-Ejaan dan tanda baca yang betul-Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata-Idea yang relevan berdasarkan tugasan-Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dankesimpulan sesuai dan berkembang.

-Pengolahan menarik dan berkesanBaik (B)

11 – 15

-Penggunaan kata dan ayat masih gramatis-Penggunaan kosa kata yang tepat-Terdapat kesalahan yang ejaan dan tanda baca yang minimum-Idea masih relevan berdasarkan tugasan-Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dankesimpulan kurang dikembangkan

-Pengolahan menarikMemuaskan (C)

6 – 10

-Penggunaan kata dan ayat kurang gramatis-Penggunaan kosa kata yang terhad-Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara-Idea kurang relevan berdasarkan tugasan-Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dankesimpulan

yang terhad-Pengolahan tidak menarik

PenguasaanMinimum (D)

1 – 5

-Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasayangtidak cekap

-Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan

# Markah tidak ditolak untuk kesalahan ejaan

Page 10: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

10

Bahagian C : Karangan Respon Terbuka (40 markah)

Peringkat Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan MinimumMarkah 33 – 40 25 – 32 17 -24 9 – 10 1 - 8

KRITERIA MENILAI KARANGAN MURID:

Peringkat / Markah DeskripsiCemerlang (A)

33 – 40

(37 – 40)(33 - 36)

-Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang minimum- Penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat- Ejaan dan tanda baca yang betul-Penggunaan kosa kata luas dan tepat- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh-

contoh yang sesuai- Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yangsesuai dan format menepati kehendak tugasan

- Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogankata dan frasa yang menarik

Kepujian (B)

25 – 32

(29 – 32)(25 – 28)

- Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat- Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang minimum- Penggunaan penanda wacana yang sesuai pada keseluruhannya- Ejaan dan tanda baca yang betul-Penggunaan kosa kata luas- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh- Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format

menepati kehendak tugasan- Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan

kata dan frasa yang menarikBaik (C)

17 – 24

(21 – 24)

- Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai- Penggunaan ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapatkesalahan yang minimum- Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum- Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum- Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas- Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yangmasih sesuai mengikut tugasan

Memuaskan (D) -Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad-Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum

Page 11: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

11

09 – 16

(13 – 16)(09 – 12)

-Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat-Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara-Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas-Pengolahan kurang menarik, dengan pemerengganan yang kurang sesuaidan format yang kurang tepat / format bercampur aduk

PenguasaanMinimum (E)

01 – 08

(05 – 08)(01 – 04)

-Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yangtidak cekap

Langkah-langkah memeriksa

1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lau terlebih dahulu untuk mendapatkankesan (impression) daripadanya. Kemudian, menilai dan menganggarkan peringkatkarangan berkenaan sama ada dapat dimasukkan ke peringkat A, B, C, D atau E. Perkarayang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah bahasa, isi dan penyampaian.Isi : Dikehendaki minimum tiga (3) isi.2. Tetapkan peringkat karangan itu ke dalam satu daripada peringkat di bawah:(a) Karangan yang kurang daripada 180 perkataan.Bagi karangan yang jumlah perkataan kurang daripada 180 perkataan, hendaklahdiperingkatkan karangan itu seperti di bawah sekiranya isi, bahasa dan pengolahan adalahbaik.

3. Bagi setiap kesalahan ejaan tolak ½ markah, maksimum 2 markah

Jika karangan berformat tidak menepati format – tidak ada penolakan markah, tetapi‘impression’ pemeriksa menurun

Page 12: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

12

Bahagian D : Novel (10 markah)

Perhatian bagi Bahagian D:1. Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari.2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis3.Berikan 2 markah bagi setiap satu peristiwa yang betul.4. Markah maksimum bagi isi 6 markah.5. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah6. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)7. Markah maksimum 10 markah

Bahagian D : NovelPanduan Isi Jawapan

Persoalan : NOVEL TINGKATAN 1 (BUKAN DUNIAKU)1. Pengorbanan anak terhadap keluarga.

Contoh : Salleh sanggup berhenti sekolah untuk membantu ayahnya akibat kemiskinanhidup.

2. Semangat setiakawan dalam persahabatan.Contoh : Salleh sanggup membantu Halim daripada terus dipukul oleh konco-koncoAbang Joe sehingga menyebabkan dia turut dipukul sehingga pengsan.

3. Keinsafan setelah melakukan kesilapan.Contoh : Halim telah insaf akan perbuatannya yang lari dari rumah dan ingin segerapulang ke pangkuan keluarganya.

4. Tanggungjawab pasukan keselamatan menghapuskan kegiatan jenayah.Contoh : Pasukan polis yang diketuai oleh Fariz telah berjaya menangkap Abang Joe dankonco-konconya yang terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah.

Per soalan :NOVEL TINGKATAN 2 (LESTARI BUKIT MENGHIJAU)1. Tumbuh-tumbuhan mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia.

Contoh: setelah berkenalan dengan Pak Tua, Zahirah memahami banyak perkaitan antarahutan dengan manusia.

2. Kepentingan budaya membaca.

Contoh: Pak Tua menasihati Zahiran supaya banyak membaca agar mendapat maklumatyang banyak.

3. Sayang seseorang terhadap pokok yang mendatangkan faedah kepada masyarakat.

Contoh: Pak Tua selalu memarahi orang yang menebang pokok.

4. Pengetahuan mendalam berkaitan kebaikan tumbuhan.

Page 13: KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

13

Contoh: Pak Tua mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan khasiat tumbuh-tumbuhan.

5. Pendidikan tentang pelestarian alam.

Contoh: Cikgu Idham mendidik anak muridnya tentang pelestarian alam.

6. Kerjasama bagi menjayakan sesuatu aktiviti.

Contoh: Murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai bekerjasama bagimenjayakan projek yang dirancang oleh Cikgu Idham.

7. Sangkaan yang tidak tepat dalam masyarakat.

Contoh: Masyarakat kampung bersangka buruk terhadap Pak Tua.

Persoalan : NOVEL TINGKATAN 3 (MERENANG GELORA)1. Sikap ibu bapa yang cuai dalam memberikan pendidikan yang betul terhadap anak-anak.

Contoh : Ibu bapa Shahrul sibuk bekerja dan cuai menjaga Shahrul sehingga dia terlibatdalam perlumbaan motor haram.

2. Keprihatinan dalam mendidik anak-anak.Contoh : Encik Tan menghantar Meng Kong tinggal di asrama supaya dia insaf akankesalahannya.

3. Kehidupan alam remaja yang menyalahi undang-undang.Contoh : Shahrul dan rakan-rakannya terlibat dengan aktiviti merempit.

4. Keinsafan akan kesalahan yang telah dilakukan.Contoh : Setelah berkawan baik dengan Badri dan Kumar, Meng Kong telah insaf dan taatakan perintah ayahnya.

Mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai boleh diterima