kerta kerja hari kantin

Upload: mohd-hardy

Post on 09-Mar-2016

236 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Hari Kantin

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA HARI KANTIN SEKOLAH 2013

PROJEK HARI KANTIN

1.0 Rasional

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan murid murid yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan awal dan pengaplikasian mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam topik Perniagaan dan Keusahawanan.

Melalui program ini, murid murid yang berkebolehan dan ingin mencuba pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang disediakan malah mereka berpeluang didedahkan dengan aspek aspek pentadbiran dan pengelolaan sesebuah organisasi. Projek ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengamalkan gaya hidup muhibah melalui aktiviti aktiviti yang bersesuaian, sejajar dengan kehendak 1 Malaysia yang diwar warkan oleh kerajaan dalam menekankan konsep perpaduan dan semangat muhibah di antara kaum.

2.0 ObjektifPelaksanaan Projek Hari Kantin ini diharapkan memberi peluang kepada guru guru dan murid murid untuk:2.1 mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru, murid, ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah.2.3 Mencungkil bakat bakat baru di kalangan murid murid dalam bidang keusahawanan.

3.0 Tarikh11 November 2013

4.0 Golongan sasaran / peserta

Terbuka kepada semua guru, murid, ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah SK Kapit.

5.0 Kawasan Perniagaan

Ruang Legar Sekolah / Tapak perhimpunan sekolah

6.0 Jawatankuasa Pengelolaan

Penaung: En Berendam ak Sana

Pengerusi: En Reginald Iggan

Naib Pengerusi 1: Pn Mary Nabau

Naib Pengerusi 2: Pn Seniah Othman

Penyelaras Program: En Tarasie Achak

Setiausaha: En Mohamad Hardy Helmy Bin Ahmad

Bendahari: Cik Ong Hui Hong

Ahli Jawatankuasa:

Poster, Promosi / penyewaan tapak: Mohd Khairularifin Bin Hassan, Stella Samat

Peralatan / Penyediaan tempat: Anthony Ling, Betty Wong Poh Nyuk

Kawalan murid: Singki ak Sagoi, Julis Ata

Keceriaan / Kebersihan: Noor Aiza, Avril Georgia

Pertandingan: Jessie Demang, Norazilawati Bt Ismail, Dulcie Didun

Hadiah: Ong Hui Hong, Mohamad Hardy Helmy7.0 Program7.1Pertandingan Makanan dan Minuman Kesihatana)Pertandingan membuat sandwich terbukab)Pertandingan membuat jus kesihatan terbuka7.2Pertandingan gerai tercantik dan terbersih7.3Pertandingan mengira biji betik7.4Pertandingan mewarna dan melukis poster7.5Pertandingan mendekorasi kek cawan

8.0 Kawasan perniagaan

Plan kawasan (Rujuk lampiran 1)

9.0 Syarat Pertandingan

Seperti di dalam Lampiran 2

10.0 Tentatif program

MasaAcara / AktivitiCatatan

0730 - 1030Gerai dibuka

8:30 10:00Pertandingan Mewarna (Tahap 1)Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)AJK Pertandingan

10:30 12:30Pertandingan Mendekorasi Kek CawanPertandingan membuat sandwich terbukaPertandingan membuat jus kesihatan terbukaPertandingan mengira biji betikAJK Pertandingan

1230 - 1330Membersihkan tapak perniagaanAJK Kebersihan

11.0 Anggaran PerbelanjaanNo.PerkaraKuantitiJumlah

1Flyers(Kertas berwarna A4)200 helai(RM 10.80 x 2)RM 21.60

2Hadiah pertandingana) Pertandingan Mewarna Tahap 1(Tahun 1, 2 & 3)b) Pertandingan Melukis Poster Tahap 2(Tahun 4, 5 & 6)

c) Pertandingan Mendekorasi Kek Cawand) Pertandingan Membuat Sandwich Terbukae) Pertandingan Membuat Jus Kesihatan Terbuka

f) Pertandingan Mengira Biji Betik

g) Pertandingan gerai terbersih dan tercantikTempat pertama:RM 30 x 3

Tempat kedua:RM 20 x 3

Tempat ketiga:RM 10 x 3

Tempat pertama:RM 50 x 3

Tempat kedua:RM 40 x 3

Tempat ketiga:RM 30 x 3

Saguhati:RM 10 x 3

RM 50

RM 80

RM 90

RM 60

RM 30

RM 150

RM 120

RM 90

RM 30

RM 50

RM 80

3KebersihanPlastik sampahRM 12RM 12

JumlahRM 733.60

Lampiran 1 (Pelan Tapak Gerai)Tempat: Ruang Legar Sekolah

Lampiran 2Syarat pertandingan:1) Pertandingan Mewarna Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)a) Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3.b) Gambar untuk pertandingan ini akan disediakan oleh pihak penganjur dan diedarkan kepada para peserta pada tarikh pertandingan kelak.c) Semua peserta hendaklah menyediakan peralatan mewarna sendiri.d) Tempoh masa pertandingan ialah 1 jam 15 minit.e) Hadiah akan diberi kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja bagi setiap tahun.

2) Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)a) Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.b) Pihak penganjur hanya akan menyediakan kertas lukisan sahaja dan bahan mewarna hendaklah disediakan sendiri oleh para peserta.c) Tempoh masa pertandingan ialah 1 jam 30 minit.d) Tajuk poster ialah Hari Kantin Sekolah 2013e) Hadiah akan diberi kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja bagi setiap tahun.

3) Pertandingan Mendekorasi Kek Cawana) Pertandingan ini terbuka kepada semua murid yang berminat. b) Bahan bahan yang digunakan untuk menghias kek cawan hendaklah disediakan sendiri oleh para peserta, ini termasuklah kek cawan yang kosong sebagai bahan asas.c) Bahan bahan yang digunakan hendaklah bahan yang boleh dimakan, bersih dan halal.d) Tempoh masa pertandingan ialah 1 jam sahaja.e) Para peserta hendaklah menyenaraikan bahan yang digunakan untuk menghias kek cawan dalam bentuk bercetak.f) Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan bahan atau kek cawan yang dibawa oleh para peserta.g) Pemenang akan ditentukan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh para juri.

4)