kerja kursus sjh3163e

32
MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163 E MENGANALISIS SEBAB PEMBENTUKAN MALAYAN UNION DAN REAKSI PENDUDUK TANAH MELAYU TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION Pengenalan Selepas Perang Dunia Kedua,pihak British telah kembali ke Tanah Melayu dengan memperkenalkan sistem Pentadbiran Tentera British di bawah pengurusan Lord Louis Mountbatten ( Ahmad Fauzi,1992 ).Pemerintahan bercorak ketenteraan yang diperkenalkan selepas peperangan di Tanah Melayu adalah bersifat sementara.Beberapa rundingan telah dilakukan antara Whitehall iaitu Pejabat Tanah Jajahan , pejabat India dan pejabat perang sejak bulan Februari 1943 bagi menubuhkan satu unit perancang pentadiran British di Tanah Melayu.Apabila mendapat persetujuan antara ketiga-tiga pihak , pada Julai 1943 , The Malayan Planning Unit telah ditubuhkan. Penubuhan unit ini telah merencanakan pentadbiran di Tanah Melayu di bawah rancangan yang dikenal sebagai “Reconstruction of Malaya”.Rancangan ini berjaya mendapat sokongan daripada pemimpin Association of British Malaya,iaitu Sir Tan Cheng Lock serta persatuan penuntut di Great Britain. Pada 10 Oktober 1945,Setiausaha bagi tanah jajahan telah mengumumkan mengenai Malayan Union dalam Dewan Rakyat British.Pada 11 Oktober 1945, pengumuman ini telah diterbitkan di dalam akhbar-akhbar Tanah Melayu. Pada 12 Oktober 1945 Harold MacMicheal telah dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat persetujuan raja-raja Melayu.Beliau telah memperoleh tandatangan raja-raja Melayu untuk menubuhkan Malayan Union. Tujuan Penubuhan Malayan Union 1

Upload: anas-bin-abd-malik

Post on 07-Dec-2015

377 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

sjh3136e

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

MENGANALISIS SEBAB PEMBENTUKAN MALAYAN UNION DAN REAKSI PENDUDUK

TANAH MELAYU TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION

Pengenalan

Selepas Perang Dunia Kedua,pihak British telah kembali ke Tanah Melayu dengan

memperkenalkan sistem Pentadbiran Tentera British di bawah pengurusan Lord Louis

Mountbatten ( Ahmad Fauzi,1992 ).Pemerintahan bercorak ketenteraan yang diperkenalkan

selepas peperangan di Tanah Melayu adalah bersifat sementara.Beberapa rundingan telah

dilakukan antara Whitehall iaitu Pejabat Tanah Jajahan , pejabat India dan pejabat perang sejak

bulan Februari 1943 bagi menubuhkan satu unit perancang pentadiran British di Tanah

Melayu.Apabila mendapat persetujuan antara ketiga-tiga pihak , pada Julai 1943 , The Malayan

Planning Unit telah ditubuhkan. Penubuhan unit ini telah merencanakan pentadbiran di Tanah

Melayu di bawah rancangan yang dikenal sebagai “Reconstruction of Malaya”.Rancangan ini

berjaya mendapat sokongan daripada pemimpin Association of British Malaya,iaitu Sir Tan

Cheng Lock serta persatuan penuntut di Great Britain.

Pada 10 Oktober 1945,Setiausaha bagi tanah jajahan telah mengumumkan mengenai Malayan

Union dalam Dewan Rakyat British.Pada 11 Oktober 1945, pengumuman ini telah diterbitkan di

dalam akhbar-akhbar Tanah Melayu. Pada 12 Oktober 1945 Harold MacMicheal telah dihantar

ke Tanah Melayu untuk mendapat persetujuan raja-raja Melayu.Beliau telah memperoleh

tandatangan raja-raja Melayu untuk menubuhkan Malayan Union.

Tujuan Penubuhan Malayan Union

Tujuan utama penubuhan Malayan Union ialah untuk memiliki dan menguasai Tanah Melayu.

Tanah Melayu juga ialah sebuah negeri yang kaya dengan sumber ekonomi daripada sumber

bumi. Kedudukan geografi Tanah Melayu pula sangat sesuai dijadikan sebagai sebuah negeri

pengguna dan agen pasaran barangan dagangan Inggeris di timur. Selain itu, British juga telah

menjangkakan akan kehilangan beberapa buah negeri tanah jajahannya akibat Peperangan

Dunia Kedua. Daripada pengalaman pentadbiran pula, Tanah Melayu dianggap mudah

diperintah kerana orang Melayu dianggap mempunyai budi bahasa yang tinggi, bersikap lemah

lembut dan mudah mengikut telunjuk.Menurut Cheah Boon Kheng (1982) terdapat tiga tujuan

penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu iaitu :

i. Merampas kedaulatan Sultan-sultan dan menakluki negeri-negeri Melayu dengan

memindahkan kuasa Sultan kepada kerajaan Inggeris supaya dapat mengubah keadaan

1

Page 2: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

sebelum perang apabila kerajaan Inggeris tidak mempunyai kuasa di negeri-negeri

Melayu.

ii. Pembentukan Malayan Union, sebuah negara tunggal sebaik sahaja bidang kuasa raja-

raja Melayu diserahkan kepada kerajaan Inggeris.Semua negeri Melayu termasuk Pulau

Pinang dan Melaka akan disatukan dalam satu entiti politik.

iii. Pemupukan kesedaran bersifat Tanah Melayu melalui kerakyatan Malayan Union.

Perlembagaan Malayan Union

Di dalam perlembagaan Malayan Union, kesemua 9 buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau

Pinang disatukan sebagai sebuah tanah jajahan Inggeris yang diketuai oleh seorang Gabenor

British.Gabenor ini bertindak bagi pihak kerajaan British untuk penubuhan Majlis Mesyuarat

Undangan dan Eksekutif. Majlis Mesyuarat Undangan bertanggungjawab membuat undang-

undang bagi Malayan Union.Gabenor mempunyai kuasa tertinggi dan bertanggungjawab untuk

meluluskan segala undang-undang yang akan dijalankan.Tugas Gabenor di peringkat negeri

diwakilkan kepada seorang Residen Commisioner yang mempunyai kuasa yang sama dengan

Raja-raja Melayu sebelum perang. Singapura tidak dimasukkan kerana British menganggap

Singapura telah menjadi milik mutlak Inggeris yang diperoleh melalui perjanjian dengan Sultan

Hussin. Semua bidang kuasa raja-raja Melayu dalam kerajaan Malayan Union termasuk hak

menentukan dasar luar negeri diambil alih oleh Gabenor . Raja-raja Melayu walaupun diberi hak

terhadap agama dan adat resam Melayu tetapi tidak mempunyai kuasa ke atasnya kerana

baginda hanya bertaraf ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Gabenor

Malayan Union. Perlembagaan Malayan Union juga mengiktiraf taraf kerakyatan pendatang

asing melalui lunas ‘Jus Soli’ mengikut kelahiran dan juga kelonggaran diberi kepada kaum

pendatang yang memohon menjadi rakyat Malayan Union. Fasal 23 Perlembagaan Malayan

Union memperuntukkan hak kerakyatan kepada :

i. Orang-orang yang dilahirkan di dalam negeri-negeri Malayan Union atau tanah jajahan

Singapura.

ii. Orang-orang yang pada tarikh dikuatkuasakan perintah Majlis Mesyuarat yang tinggal di

sini selama sepuluh tahun daripada 15 tahun yang lalu.

iii. Orang-orang yang telah tinggal di negeri Malayan Union atau tanah jajahan Singapura

selama lima tahun.

2

Page 3: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

iv. Rakyat British boleh mendapatkan kerakyatan ini tanpa hilang kerakyatan Britishnya.

v. Orang-orang (kecuali yang dilahirkan di sini) yang mengangkat sumpah taat setia

kepada Malayan Union.

Secara terperinci ciri-ciri pembentukan Malayan Union yang diisytiharkan secara rasmi oleh

kerajaan British pada 1 April 1946 dengan Edward Gent sebagai Gabenornya yang pertama

adalah dari segi ciri-ciri pentadbiran iaitu Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir Malayan

Union yang berpusat di Kuala Lumpur. Semua undang-undang yang diluluskan mesti mendapat

kelulusan Gabenor. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan

dibahagian peringkat pusat manakala bahagian peringkat negeri pula ditubuhkan Majlis

Tempatan yang mana mempunyai kuasa terhad kerana tertakluk kepada kawalan pemerintahan

pusat dan kesemua negeri Melayu jatuh tarafnya menjadi daerah sahaja, misalnya Negeri

Pahang menjadi Daerah Pahang. Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan tidak ada lagi

Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu dalam peta Malayan Union.

Semua negeri Melayu disatukan dibawah pemerintahan Gabenor British kecuali Singapura. Hal

ini kerana, di Singapura inilah terletaknya kepentingan utama ekonomi British sebagai sebuah

pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya dan British sedar perkauman merupakan

masalah politik utama di Tanah Melayu yang mana British tidak mahu masala politik perkauman

di Tanah Melayu menjejaskan kepentingan ekonomi-politiknya di Singapura. Namun begitu,

tujuan utama British mengecualikan penyertaan Singapura ke dalam Malayan Union adalah

disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura dan kedudukan strategik Singapura

sebagai pelabuhan mendorong pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai Tanah

jajahan London.

Dari segi ciri-ciri peranan dan kuasa Raja-raja Melayu di sini dapat dilihat di mana Raja-raja

Melayu menjadi penasihat sahaja dalam Majlis Negeri dan sekadar menjadi ahli Majlis

Penasihat Sultan, Majlis Raja-raja dan Majlis Agama Islam. Kedaulatan Raja-raja Melayu

dihapuskan dimana Sultan hanya sebagai satu gelaran dan mereka hanya boleh bersuara

dalam soal yang menyentuh Agama Islam dan adat resam Melayu sahaja. Dalam Majlis Agama

Islam, kuasa Sultan dilucutkan dan diberikan kepada Gabenor dan ini bermakna hal ehwal

Islam akan dikuasai oleh Gabenor. Bahkan, perlantikan Sultan dalam Majlis Penasihat Sultan

mesti tertakluk kepada restu Gabenor. Sultan menjadi boneka politik kepada kerajaan Kolonial

3

Page 4: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

British kerana Sultan sudah tidak ada kuasa melainkan dalam Agama Islam dan adat istiadat

sahaja. Ini menunjukkan kedaulatan British di Tanah Melayu di mana pihak British bertindak

mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu dan mereka lebih berkuasa berbanding

sebelum pendudukan Jepun. Jelas sekali di sini British begitu serius menghapuskan kuasa raja

dan status negeri Melayu dengan harapan supaya kesetiaan orang Melayu terhadap raja dapat

dihapuskan dan semangat kenegerian mereka dapat dikikis. British tersilap dalam percaturan ini

kerana tindakan tersebut telah membangkitkan amarah orang Melayu.

Prinsip kerakyatan dalam Malayan Union ianya berdasarkan prinsip jus soli. Menerusi prinsip ini

hak kerakyatan yang sama diberikan bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan

keturunan. Ini termasuk penerimaan kemasukan dalam perkhidmatan kerajaan dan hak

mengundi dalam pilihanraya umum. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum

Malayan Union boleh menjadi warganegara secara automatik. Mengikut prinsip ini, sesiapa

yang berumur 18 tahun dan ke atas serta telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura

selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi kerakyatan. Kanak-kanak

di bawah umur 18 tahun secara tidak langsung yang ibu bapanya warganegara turut diberi

kerakyatan. Sebenarnya pelaksanaan prinsip jus soli ini akan menghilangkan majoriti kaum

Melayu di Tanah Melayu. Prinsip jus soli yang diperkenalkan oleh British ini bercanggah dengan

amalan seluruh dunia. Pemberian kerakyatan secara prinsip jus soli ini adalah untuk dapatkan

sokongan bukan Melayu. Prinsip jus soli ini merupakan syarat kerakyatan yang paling longgar

dalam sejarah dunia malah tidak juga pernah dilaksanakan di Britain sendiri.

Faktor Penubuhan Malayan Union

British telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946. terdapat pelbagai sebab

yang yang menyebabkan British menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu. Antara sebab

utama ialah pihak British ingin mewujudkan satu pentadbiran pusat yang lebih berkesan. Jika di

lihat sebelum ini terdapat tiga corak pemerintahan yang berbeza di Tanah Melayu.Corak

pemerintahan ini juga adalah tidak seragam. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan

Union” menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal.

Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak

kelemahan. Corak pemerintahan yang di maksudkan ialah corak pemerintahan Negeri-negeri

Selat(Pulau Pinang dan Melaka) , Negeri-negeri Melayu Bersekutu(Perak, Selangor, Pahang

dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu(Kedah, Perlis, Kelantan,

Terengganu). British ingin menyatukan ketiga-tiga corak pemerintahan ini di bawah satu

4

Page 5: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

pemerintahan pusat. British berpendapat bahawa dengan penyatuan negeri-negeri ini di bawah

Malayan Union, mereka akan dapat menghasilkan satu jentera pentadbiran yang lebih selaras

dan licin Ia juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

Sebab yang lain mengapa Malayan Union ditubuhkan adalah sebagai persediaan Tanah

Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Pada pendapat pihak British, Malayan Union yang di

tubuhkan adalah sebagai persediaan orang melayu ke arah berkerajaan sendiri. Mereka

mengatakan bahawa sebelum hasrat ini tercapai, satu bentuk pentadbiran yang cekap perlu di

adakan dan pentadbiran yang di maksudkan adalah Malayan Union. Melalui Malayan Union,

penduduk Tanah Melayu akan di latih untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran dengan lebih

cekap. Tanah Melayu akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai dengan Piagam

Atlantik 1945. Piagam tersebut menganjurkan masa depan sesebuah negara ditentukan oleh

rakyatnya sendiri.

Seterusnya, Malayan Union yang ditubuhkan bertujuan untuk mengimbangi perkembangan

ekonomi. Sebelum perang meletus di Tanah Melayu, perkembangan ekonomi antara negeri-

negeri di Tanah Melayu adalah tidak seimbang. Ini dapat di buktikan kerana perkembangan

ekonomi di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah lebih maju dan

pesat jika di bandingkan dengan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu. British berpendapat

bahawa jika semua negeri-negeri ini di gabungkan di bawah satu unit politik, ia akan dapat

mengimbangi perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.Ini secara tidak langsung akan dapat

memajukan ekonomi Tanah Melayu secara menyeluruh. Selain itu Malayan Union juga

bertujuan untuk mengenang jasa orang-orang Cina. James V. Allen juga mendakwa penubuhan

Malayan Union adalah bertujuan untuk mengenang jasa orang Cina yang telah bekerjasama

dengan British untuk menentang Jepun. . Majoriti orang Cina telah menjadi anggota Malayan

People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan telah bersama-sama dengan pihak British dalam

usaha untuk mengusir tentera Jepun dari Tanah Melayu.

Selain itu perlembagaan Malayan Union yang di rangka adalah salah satu langkah pihak British

untuk menghalang usaha orang melayu untuk menuntut kemerdekaan. Selain menghalang

usaha untuk orang melayu menuntut kemerdekaan, perlembagaan Malayan Union secara tidak

langsung akan dapat membendung semangat kebangsaan orang-orang melayu. Sejak

pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, orang-orang melayu telah berusaha untuk

mendapatkan kemerdekaan. Justeru itu, pihak British telah mengambil langkah awal untuk

mematahkan hasrat orang melayu ini dengan merangka perlembagaan Malayan Union.

5

Page 6: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Menerusi perlembagaan Malayan Union, Tanah Melayu akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota

British.Di samping itu, Penubuhan Malayan Union ini juga adalah bertujuan untuk memudahkan

pihak British menyusun strategi pertahanan.Hal ini kerana sebelum Perang Dunia Kedua

meletus,pihak British mendapati amat sukar bagi mereka untuk menyusun strategi pertahanan

di Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung oleh British.Oleh itu

mereka berpendapat bahawa sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ia

akan memudahkan mereka untuk menyusun strategi peperangan yang lebih berkesan.

Sebab lain yang menyebabkan Malayan Union di tubuhkan ialah untuk membalas dendam

terhadap orang Melayu kerana orang-orang melayu telah menyokong tentera Jepun. James V.

Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan bahawa sejak kekalahan pihak British

di tangan Jepun, majoriti pegawai British adalah bersikap anti-Melayu kerana mereka kecewa

dengan tindakan dan orang Melayu yang telah bekerjasama dengan tentera Jepun. Akibatnya,

perlembagaan Malayan Union adalah amat merugikan orang-orang Melayu itu sendiri,

terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan kekuasaan serta kewibawaan

Sultan yang menjadi tonggak kepada negara. Melalui perlembagaan Malayan Union ,Sultan

tidak mempunyai kekuasaan dalam aspek pentadbiran. Sultan hanya mempunyai kuasa dalam

hal-hal yang berkaitan dengan Hal Ehwal agama islam dan adat resam orang melayu di mana

mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing.

Seterusnya, penubuhan perlembagaan Malayan Union adalah bertujuan untuk melahirkan

semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya dalam kalangan orang-orang Cina dan India di

Tanah Melayu.Hal ini kerana taat setia dalam kalangan orang-orang Cina dan India masih lagi

kepada negara asal mereka. Pihak British berharap bahawa dengan pemberian kerakyatan

yang longgar menerusi prinsip Jus Soli, orang Cina dan India akan menumpukan taat setia

mereka kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara Malayan Union kelak.

6

Page 7: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Penentangan Malayan Union

Berbagai pihak telah menentang Penubuhan Malayan Union.Penentangan yang paling hebat

datangnya daripada orang Melayu.Penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu

terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat individu dan peringkat kolektif. Di peringkat

pertama, individu-individu telah menyuarakan penentangan mereka melalui media-media

massa seperti dalam akhbar-akhbar melayu.Antara akhbar-akhbar Melayu yang menjadi

medium untuk menyampaikan penentangan ini adalah seperti akbar Majlis dan Utusan Melayu.

Antara perkara yang menjadi fokus pertama dalam penentangan ini adalah perkara yang

berkaitan dengan penghapusan kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu dan pemberian hak-

hak kerakyatan kepada kaum asing menerusi prinsip-prinsip jus soli.Peringkat kedua pula

adalah peringkat penentangan secara kolektif lagi teratur di amana orang-orang Melayu

menggunakan pertubuhan mereka seperti persatuan-persatuan Melayu di peringkat negeri dan

nasional.Persatuan-persatuan ini dipimpin oleh mereka yang telah terdedah dengan pendidikan

di luar negara dan kembali ke Tanah Melayu lalu menjadi pemimpin kepada penentangan ke

atas dasar-dasar British yang di rasakan mengugat hak-hak orang Melayu itu sendiri.Persatuan-

persatuan ini telah mengadakan demonstrasi di kebanyakan negeri bagi menunjukkan

bantahan mereka.Namun setiap penentangan-penentangan ini juga bukanlah dilakukan begitu

sahaja tanpa ada sebab-sebab tertentu.Banyak faktor yang telah menyebabkan orang Melayu

menentang penubuhan Malayan Union.

Faktor Penentangan Malayan Union

Cara Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan daripada sultan.

Pada 12 Oktober 1945, Utusan Inggeris, Sir Harold MacMichael telah di hantar ke Tanah

Melayu dalam rangka menepati usaha-usaha terakhir dan penting untuk menjayakan

penubuhan Malayan Union.Beliau telah diutus khas oleh Kerajaan Inggeris untuk mendapatkan

perkenan dan tandatangan DYMM Raja-raja Melayu sebagai tanda persetujuan penubuhan

gagasan Inggeris itu.Pengumuman rasmi mengenai penubuhan Malayan Union telah di buat di

Parlimen Inggeris sehari sebelum ketibaan MacMichael di Tanah Melayu.Jarak waktu yang

terlalu singkat antara masa pengumuman dan ketibaan utusan Inggeris ini tidak memberi

kesempatan kepada DYMM Raja-raja Melayu untuk berunding dengan Orang-Orang besar dan

rakyat jelata. Sir Harold MacMichael telah menggunakan beberapa cara untuk memastikan

DYMM Raja-raja Melayu menandatangani surat persetujuan penubuhan Malayan Union

7

Page 8: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

ini.Cara bersulit-sulit dan tersembunyi yang di lakukan oleh Sir Harold MacMichael berserta tipu

helah dan ugutan telah menghasilkan kejayaan kepada beliau.Menjelang bulan Januari 1946,

Sir Harold MacMichael berangkat ke London dengan membawa sembilan tandatangan Baginda

Raja-raja Melayu.Dengan adanya tandatangan ini, secara automatiknya ia telah mengesahkan

penubuhan Malayan Union.

Tipu helah dan ugutan daripada Sir Harold MacMichael ini telah menimbulkan kemarahan dan

tentangan daripada rakyat khususnya orang-orang Melayu yang menganggap bahawa tindakan

Sir Harold MacMichael ini adalah menghina Raja-raja Melayu dan mengugat kedaulatan Raja-

raja Melayu yang di anggap lambang kedaulatan dan perpaduan masyarakat Melayu.Manakala

DYMM Raja-raja Melayu pula menyesal dengan tindakan tersebut dan bertindak mengutus

surat dan telegram kepada Pejabat Tanah Jajahan di London dengan membangkitkan rasa

kesal dan murka di atas tindakan biadab Sir Harold MacMichael ini. Atas sebab ini, berlakulah

penentangan hebat daripada orang-orang Melayu bagi menghalang penubuhan Malayan Union

ini.

Kehilangan kuasa daulat Raja-raja Melayu

Apabila pentadbiran Malayan Union di laksanakan, kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu

telah terhapus.Dalam kalangan orang Melayu, raja di anggap berdaulat dan mempunyai kuasa

untuk memberi perlindungan kepada mereka.Apabila kuasa telah terhapus dan hilang, orang

merasakan kuasa orang Melayu juga telah hilang.Pada pandangan masyarakat Melayu, raja

atau sultan itu merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang Melayu. Dalam Malayan

Union,raja hanya bertindak sebagai ketua agama dan adat-istiadat orang-orang Melayu.Oleh

yang demikian,raja bagi tiap-tiap negeri akan mengetuai sebuah “Majlis Penasihat Melayu” –

(Malay Advisory Counsil) yang ahli-ahlinya akan dilantik dengan persetujuan Gabenor. Kerja-

kerja Majlis Penasihat Melayu itu hanya yang berkaitan dengan agama Islam.Sultan-sultan tidak

lagi mempunyai peranan sebagai kerajaan negeri masing-masing dan pengaruh mereka hanya

dihadkan kepada bidang agama Islam.Akhbar Majlis mentafsirkan kedudukan raja-raja sebagai

Mufti dalam negeri mereka dan dalam urusan hal-ehwal agama pun,kuasa mereka dibawah

kawalan Gabenor Malayan Union.Tetapi yang paling penting bagi umat melayu ialah kedaulatan

negeri-negeri Melayu yang pada masa dahulu di tangan raja-raja Melayu telah dipindahkan

kepada Kerajaan British yang mempunyai kuasa penuh dalam semua perkara dalam apa jua

dasar di Tanah Melayu.

8

Page 9: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Kedudukan orang Melayu sendiri terjejas

Dalam Perlembagaan Malayan Union,kerakyatan diberikan secara bebas kepada bangsa

asing.Keadaan ini menyebabkan ramai rakyat asing menjadi rakyat Tanah Melayu dan bilangan

mereka melebihi bilangan orang Melayu.Keadaan ini mengancam kedudukan dan hak istimewa

orang Melayu.

Syarat kewarganegaraan yang longgar

Syarat-syarat kerakyatan yang longgar terutamanya prinsip jus soli juga menjadi antara punca

penentangan orang melayu khususnya parti pilitik UMNO itu sendiri yang menjadi wakil suara

rakyat. Ini bermakna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union

ditubuhkan, maka ia berhak mendapat hak kerakyatan Tanah Melayu. Prinsip jus soli ini

menentukan hak kerakyatan menerusi tempat lahir. Cara ini membolehkan orang bukan Melayu

mendapat hak kerakyatan dengan mudah. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi

warganegara boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu, apabila bilangan orang asing

melebihi bilangan orang Melayu.

Syarat-syarat sedemikian akan membolehkan ramai orang asing menjadi rakyat Tanah Melayu

dan menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan orang melayu di Tanah Melayu. Menurut

banci pada tahun 1947, orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu berjumlah 2 427 834 atau

49.46 peratus daripada jumlah penduduk, sementara orang Cina pula berjumlah 1 884 534 atau

38 peratus.

Jikalau perwakilan diadakan secara demokratik ke dalam sesebuah Majlis, bilangan wakil asing

akan melebihi bilangan wakil Melayu dan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan politik

orang Melayu. Lebih-lebih lagi, orang asing masih menumpukan taat setia mereka kepada

negara mereka dan boleh memegang dua kerakyatan.

Orang-orang Melayu khususnya UMNO juga menentang kerakyatan Tanah Melayu yang

memberikan hak-hak yang sama kepada semua rakyat Tanah Melayu tanpa mengira kaum.

Langkah ini akan mengancam hak-hak dan kedudukan istimewa orang Melayu yang telah

sekian lama dinikmati. Orang Melayu merasa sebagai kaum Bumiputera di Tanah Melayu

mereka semestinya diberikan hak-hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan orang

asing yang merupakan kaum pendatang.

9

Page 10: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Orang Melayu mahupun UMNO juga tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar

mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat

kerakyatan yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan

India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan

ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang

Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka

melebihi orang Melayu.

Bertentangan dengan perjanjian Piagam Atlantik

Piagam Atlantik merupakan persetujuan antara Perdana Menteri British dan Presiden Amerika

Syarikat semasa Perang Dunia Kedua apabila mereka menjanjikan kemerdekaan kepada tanah

jajahan mereka jika Britain dan Amerika Syarikat menang dalam peperangan tersebut.Tujuan

British dan Amerika Syarikat membuat janji ini ialah kerana mereka mengharapkan agar

penduduk bekas jajahan takluk mereka tidak akan menyokong musuh-musuh mereka seperti

Jepun dan Jerman.

BENTUK-BENTUK PENENTANGAN

Melalui akhbar

Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang

Melayu terhadap Malayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian

yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah

diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union. Orang Melayu juga diseru

supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru.

Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu

terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar

untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar

tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.

Kongres

Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, Kongres Melayu

Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac

1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di

10

Page 11: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan

berusaha untuk menentang MU. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan

sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.

Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi

membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-

Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden

UMNO yang pertama.

Pemulauan

Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan MU.

Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan

upacara panubuhan Malayan Union dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama

pada 1 April 1946.

Berkabung

Selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union, orang Melayu telah mengadakan

perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union.

Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala

wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang Melayu mendapat

simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang

Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung.

Kerjasama

Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama

dalam usaha menentang Malayan Union. Mereka telah menulis surat kepada Raja British dan

bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka

terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat

Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan merangka

perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi

kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di

Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan

orang Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Authur Richard,

11

Page 12: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu telah mengadakan

perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu

untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. Sebagai contoh: pada 15

Disember 1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bahru semasa Harold

MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir

5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10

Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu

perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac

1946.

KESAN PENUBUHAN MALAYAN UNION

Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union di bawah pimpinan Dato’ Onn

Jaafar telah menghasilkan sebuah jawatankuasa kerja yang terdiri daripada raja-raja Melayu,

wakil kerajaan British dan UMNO. Di mana jawatankuasa ini telah berjaya merangka sebuah

perlembagaan baru bagi mengantikan Malayan Union. Perlembagaan ini di kenali sebagai

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan 9 buah negeri dan Negeri-Negeri

Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Tetapi Singapura kekal sebagai tanah jajahan

Inggeris yang berasingan.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan beberapa kesan di mana raja-raja

Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka

masing-masing seperti sebelumnya. Ini bermakna kedaulatan raja Melayu telah dikembalikan

semula. Sultan telah menjadi raja yang berdaulat di negeri masing-masing tetapi tetap di bawah

lindungan British. Sungguh pun British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai

sebuah tanah jajahan, namun ia berjaya menyatukan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri

Selat di bawah satu pentadbiran. Oleh itu, di Tanah Melayu sudah tidak wujud lagi Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.

Buat pertama kalinya, dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memulakan satu

undang-undang kerakyatan meliputi seluruh negara dan membolehkan penduduk bukan

bumiputera menjadi warganegara Tanah Melayu. Sungguhpun kelayakan yang dikehendaki

untuk menjadi warganegara adalah terhad, tetapi dasar kelayakan meraka itu telah terbentuk.

Langkah menubuhkan negeri persekutuan itu bolehlah dikatakan bahawa ia lebih daripada

langkah bertolak ansur dalam pertikaian politik Tanah Melayu. Dengan peruntukan seperti itu,

12

Page 13: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Persekutuan yang dibentuk dalam Perjanjian Persekutuan 1948, telah membentuk satu konsep

negara bangsa Tanah Melayu yang tidak lagi bersifat tradisional Melayu sepenuhnya.

Perlembagaan Persekutuan 1948 telah membentuk satu bentuk kerakyatan baru yang selama

ini tidak terdapat dalam tradisi kerakyatan Negeri-Negeri Melayu iaitu penerimaan orang

dagang sebagai rakyat Tanah Melayu. Mengikut Fasal 25, Kerakyatan Persekutuan, anak-anak

yang belum cukup umur boleh menjadi rakyat dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

(a) Iaitu sama ada

(i) Ia telah dilahirkan dalam mana-mana negeri dalam persekutuan dan telah tinggal

dalam satu atau lebih negeri-negeri itu selama 8 tahun daripada tempoh 12

tahun.

(ii) Telah tinggal selama 15 tahun daripada 20 tahun daripada tarikh permohonannya.

(b) Berperagai baik

(c) Mempunyai pengetahuan atau fasih dalam berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

(d) Telah membuat pengakuan untuk tinggal menetap

(e) Jika permohonannya diluluskan, mesti angkat sumpah kerakyatan.

Dengan ini, Persekutuan yang dibentuk oleh Persekutuan 1948 telah membentuk satu konsep

negara bangsa Tanah Melayu yang moden dan tidak lagi bersifat tradisional Melayu

sepenuhnya. Dengan itu, bermulalah era pembentukan satu negara bangsa Tanah Melayu

yang moden yang menggabungkan unsur tradisional dan baru bagi melahirkan satu negara

Tanah Melayu yang baru. Dengan meletakkan asas konsep kerakyatan kebangsaan dan

termeterainya konsep raja berperlembagaan, maka sistem birokrasi moden dengan meletakkan

Menteri Besar sebagai wakil eksekutif pentadbiran negeri-negeri Melayu dengan mengetuai

Majlis Mesyuarat dan Eksekutif Negeri, kuasa autonomi yang tertentu bagi negeri dan

Persekutuan, peranan dan fungsi Majlis Raja-raja yang jelas dan bertulis, serta perlembagaan

negeri bagi tiap-tiap negeri, Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada tahun 1948 itu

telah menjadi asas negara moden Malaysia.

13

Page 14: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil

daripada kesedaran politik orang Melayu menentang pengenalan Malayan Union sejak

Disember 1945. Melalui kebimbangan mereka akan kehilangan negeri, bangsa dan kebudayaan

mereka, penyatuan orang Melayu menjadi begitu jelas dan bermakna sekali. Ia bolehlah

dianggap sebagai satu kemuncak nasionalisme Melayu itu sendiri.[ Ketika ditubuhkan, UMNO

menerima semua orang Melayu daripada pelbagai ideologi dan fahaman untuk sama-sama

berjuang di bawah satu slogan “Hidup Melayu”. Tetapi sebelum 11 Mei 1946, orang Melayu

sudah mempunyai parti atau persatuan yang berselerak di seluruh Tanah Melayu dan tidak

bersatu akibat dasar pecah perintah pihak British. Pertubuhan Melayu Perak, Selangor, Johor,

Kedah, Seberkas, API, Insaf, Perkemam, KMM (yang diharamkan oleh pihak Inggeris sebelum

Jepun menduduki Tanah Melayu) dan berbagai-bagai lagi persatuan yang bersifat kenegerian

atau kesukuan seperti Persatuan Anak Jawa, Anak Kalimantan, Sumatera dan sebagainya

telah bertekad meleburkan identiti sempit mereka masing-masing dan seterusnya menyamakan

identiti di bawah satu parti politik yang sama, iaitu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di

bawah payung UMNO. UMNO merupakan sebuah parti yang merangkumi beberapa persatuan

dan pertubuhan dari negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah bergabung untuk menentang

Malayan Union. Dato’ Onn Jaafar merupakan presiden UMNO yang pertama.

Menurut Mohd. Isa Othman, UMNO tidak muncul sebagai sebuah pertubuhan yang inginkan

kemerdekaan. Ini adalah berdasarkan ucapan wakil-wakil persatuan negeri-negeri Melayu di

mana tidak seorang pun yang menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Mereka cuma

melaungkan perasaan kesal terhadap perubahan dasar British yang akan menggabungkan

negeri-negeri Melayu dan juga memberi taraf kerakyatan kepada beribu-ribu kaum pendatang

yang tidak ada sebarang kaitan dengan Tanah Melayu. Bagi mereka, pihak British telah

mengkhianati bangsa Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union dan mereka telah

mencadangkan cara untuk memperbaiki semula antara orang-orang Melayu dengan pihak

British ialah dengan mengembalikan semula keadaan politik seperti sebelum tahun 1941.

Namun cadangan ini tidak dapat diterima oleh British. Wakil-wakil Melayu pada masa itu

dengan terus terang menjelaskan bahawa mereka tidak menginginkan kemerdekaan tetapi

hanya naungan daripada pihak British agar kedudukan bangsa Melayu tidak terancam. Dato’

Onn juga ada menyatakan alasan mengenai UMNO yang menolak kemerdekaan penuh ke atas

Tanah Malayu kerana bagi beliau, orang Melayu belum cukup terlatih untuk mentadbir negara

yang merdeka. Kata beliau:

14

Page 15: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

“Saya ada mendengar beberapa pihak berkehendakkan kemerdekaan penuh, atas

tuntutan itu hendaklah kita tunjukkan kebolehan kita supaya barang yang sudah kita pegang itu

tidak terlepas daripada tangan kita… saya bertanya seorang daripadanya bagaimana caranya

merdeka. Saya yang akan jalankan pemerintahan itu. Adakah cukup dengan seorang yang

dipertua sahaja? Bagaimana menterinya, sudahkah disusunkan? Adakah orang-orang Melayu

itu sudah cukup layak menjadi Menteri Besar dan menteri-menteri keamanan, pelajaran,

keselamatan dan sebagainya?... Bagaimana hendak menjalankan kerajaan jika kita sendiri

tiada orang?”

Ketika UMNO di ambang permulaan perjuangannya, masyarakat Melayu hidup dalam keadaan

miskin, daif dan serba kekurangan. Ahli UMNO ketika itu hanya berbekalkan semangat waja

dan tidak mempunyai sebarang kepentingan seperti jawatan, pangkat dan harta kekayaan. Apa

yang mereka miliki hanyalah cita-cita untuk menghalau penjajah dari Tanah Melayu. Pada

peringkat awal juga, mereka hanya menggunakan pendekatan yang sederhana dan tidak

bercorak radikal. Antara kejayaan UMNO selain menumbangkan Malayan Union ialah

mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berjaya

memulihkan kedaulatan raja-raja Melayu. UMNO telah mendapat kerjasama daripada raja-raja

Melayu dalam pemulauan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pada 1

April 1946. UMNO juga mendapat kerjasama orang-orang Melayu dengan melakukan

perkabungan selama 7 hari dan memakai songkok putih yang berlilit kain hitam sebagai tanda

kematian hak mereka. Akhirnya, UMNO berjaya membuatkan pihak berkuasa Malayan Union

untuk berunding. Oleh itu, mulai Mei 1946 pihak British mula berbincang dengan raja-raja

Melayu dan UMNO.

Penubuhan UMNO telah mendapat sokongan daripada bekas pegawai British seperti R.O.

Winsted dan Frank Swettenham. Selain dari itu, anggota parti Konservatif Britain yang

mengecam bahawa Malayan Union merupakan satu tindakan yang akan memusnahkan orang

Melayu. Mereka turut meminta agar pihak British mengkaji bantahan orang-orang Melayu

secara dekat. Penentangan UMNO terhadap Malayan Union turut menarik perhatian raja-raja

Melayu pada akhirnya. Raja-raja Melayu mula sedar kesilapan mereka menyerahkan semua

kuasa pentadbiran dan kedaulatan dalam perjanjian MacMicheal.

15

Page 16: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Sebelum Perang Dunia Kedua, hubungan antara kaum terpisah oleh faktor ekonomi, tempat

tinggal dan sistem pendidikan. Kehidupan, pekerjaan dan sistem persekolahan yang berbeza

tidak memungkinkan kaum Melayu, Cina dan India dapat berintegrasi antara antara satu sama

lain. Rata-rata mereka hidup berkelompok dalam kumpulan mereka. Semasa pendudukan

Jepun, pentadbiran Jepun telah menggariskan pembahagian yang jelas iaitu layanan yang agak

baik kepada orang-orang Melayu dan orang India. Tetapi, orang Cina dilayan dengan buruk

kerana orang Cina telah memberikan sokongan dan bantuan kepada China dalam perang

menentang pencerobohan Jepun ke atas China pada tahun 1937. Pihak Jepun mengamalkan

dasar perkauman untuk memenangi sokongan daripada sebahagian penduduk tempatan.

Mereka telah memainkan peranan dalam membangkitkan perasaan perkauman antara orang

Melayu dan Cina.

Hubungan antara kaum di Tanah Melayu dirumitkan lagi dengan pengenalan rancangan

Malayan Union pada 1 April 1946. Rancangan itu diterima dan disambut baik oleh kebanyakan

orang Cina dan India kerana menjanjikan persamaan taraf dengan orang Melayu. Sebaliknya,

rancangan itu mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu. Antara sebabnya ialah hak

kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu dan dilihat boleh menjejaskan

kedudukan serta hak istimewa mereka. Syor mengenai kewarganegaraan adalah longgar dan

menyatakan bahawa sesiapa yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura boleh

memperolehi hak kerakyatan Malayan Union.

Peruntukan hak kewarganegaraan Malayan Union telah memperhebatkan lagi perasaan

perkauman yang sedang meluap-luap ekoran pendudukan Jepun dan kebangkitan MPAJA.

Pada pandangan orang Melayu, syarat kewarganegaraan Malayan Union akan menjejaskan

hak dan kepentingan politik mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Mereka bimbang

akan menjadi masyarakat minoriti dan melihatnya sebagai satu penjajahan ke atas Tanah

Melayu. Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila rata-rata orang bukan Melayu terutamanya

orang Cina menyambut baik rancangan Malayan Union kerana mereka diakui sebagai

warganegara dengan kedudukan yang sama rata dengan orang Melayu.

Orang Melayu menentang Malayan Union dan menimbulkan perasaan tidak senang terhadap

orang bukan Melayu. Usul baru ini juga jelas menunjukkan suatu percubaan politik British untuk

menguasai Tanah Melayu. Ia mengandungi langkah ke arah pemerintahan secara lansung oleh

British dan peruntukan hak kewarganegaraan ini di lihat sebagai usaha memperbaiki

kedudukan politik orang bukan Melayu.

16

Page 17: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Malayan Union telah mengakibatkan kekuasaan dan kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan

oleh British. Raja-raja Melayu tidak lagi mempunyai peranan sebagai ketua kerajaan negeri

masing-masing dan pengaruh mereka hanya dihadkan dalam hal ehwal agama Islam dan adat

istiadat orang-orang Melayu. Akhbar Majlis telah mentafsirkan kedudukan raja-raja sebagai

mufti dalam negeri mereka dan dalam urusan hal ehwal agama Islam pun kuasa mereka

terletak di bawah kawalan Gabenor Malayan Union. Kerajaan British mempunyai kuasa penuh

untuk melaksanakan apa jua dasar di Tanah Melayu dan ini telah mengakibatkan kedaulatan

negeri-negeri Melayu yang terletak di tangan raja-raja Melayu berpindah ke tangan pihak

British.

Tindakan pihak British dalam usaha untuk melaksanakan rancangan Malayan Union telah

dipersoalkan oleh orang-orang Melayu kerana cara yang digunakan untuk memperoleh

tandatangan raja-raja Melayu dalam persetujuan rancangan tersebut telah membuktikan

bahawa pihak British tidak jujur. Sultan atau raja-raja diugut dan tidak diberi peluang untuk

berunding dengan rakyat untuk membuat keputusan yang begitu penting dan mempunyai kesan

yang serius terhadap masa depan orang Melayu. Oleh sebab itulah orang-orang Melayu

bangun dan membantah tindakan raja-raja mereka yang menyerahkan negeri-negeri Melayu

kepada pihak British. Akibatnya, raja-raja Melayu dianggap mengkhianati rakyat mereka sendiri

dan orang-orang Melayu tidak lagi percaya dan berharap kepada kerajaan British. Bagi mereka,

rancangan Malayan Union akan mengubah rupa bentuk negeri-negeri Melayu serta ciri-ciri

kemelayuan akan hilang sama sekali dan akan digantikan dengan ciri-ciri yang disebut sebagai

“Malayan”. Raja-raja Melayu dan pihak British telah menghadapi tekanan yang serius daripada

orang Melayu. Mohd. Isa Othman mengatakan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah

orang Melayu, raja-raja hampir dipulaukan oleh rakyat mereka sendiri.

Berdasarkan daripada rencana-rencana yang diterbitkan dalam akhbar Melayu seperti Majlis,

Warta Negara dan Utusan Melayu, raja-raja dikritik kerana telah menggadai hak rakyat mereka

kepada pihak British untuk kepentingan kedudukan masing-masing. Berdasarkan kepada

rencana-rencana tulisan Ayub Abdullah yang diterbitkan dalam akhbar Majlis pada 4, 5 dan 6

Januari 1946, membuktikan bahawa orang Melayu tidak lagi dikongkong oleh sikap feudal dan

taat setia tanpa soal. Menurut Ayub Abdullah, raja-raja Melayu diingatkan bahawa mereka tidak

boleh bertindak untuk satu pihak bagi membuat sesuatu keputusan yang akan melibatkan

rakyat dan negeri tanpa mendapat persetujuan daripada rakyat terlebih dahulu. Sultan mesti

akur kepada kehendak rakyat kerana bukan raja sahaja yang berdaulat, tetapi daulat rakyat

jauh lebih tinggi daripada daulat raja. Peristiwa daripada Malayan Union telah menunjukkan

17

Page 18: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

dengan jelas bahawa orang-orang Melayu telah menghadapi perubahan dari segi ideologi

politik di mana raja-raja tidak lagi dianggap sebagai kuasa monopoli dalam kegiatan politik

bangsa Melayu. Raja-raja Melayu telah menyedari bahawa mereka telah kehilangan kuasa

mutlak dan pihak British juga sedar yang raja-raja tidak dapat memujuk rakyat mereka untuk

menerima sebarang dasar yang diperkenalkan oleh British jika ianya tidak mendapat

persetujuan daripada rakyat. Misalnya sultan Johor, Sultan Ibrahim telah dipulau oleh rakyatnya

setelah didapati baginda menandatangani persetujuan rancangan Malayan Union tanpa

berbincang dengan pegawai-pegawai kerajaannya. Walaupun imej Sultan Ibrahim dapat

dipulihkan tetapi kedudukannya sebagai seorang raja yang berkuasa penuh telah hilang sama

sekali. Baginda hampir digulingkan kerana telah melanggar Fasal 15, Undang-undang Tubuh

Johor 1895 yang menyatakan bahawa Sultan Johor yang menyerahkan sebarang kawasan

Johor kepada kuasa luar patut digulingkan.

KESIMPULAN

Penubuhan Malayan Union sebenarnya merupakan faktor yang amat penting dalam proses

kemerdekaan Tanah Melayu seterusnya dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Alam Melayu seperti yang diketahui telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang rakus dalam

mengaut hasil-hasil bumi yang berharga terutama bijih timah.Bukan itu sahaja,malahan pihak

penjajah juga telah memperkenalkan pelbagai polisi dalam pemerintahan dari segi pelbagai

aspek seperti ekonomi,sosial,pendidikan dan hubungan anggota masyarakat yang lebih kepada

sifat perkauman. Penjajah Barat terutama ketika era pemerintahan kolonisasi Inggeris telah

mempergiatkan kemasukan buruh-buruh asing dalam sistem ekonomi seterusnya mewujudkan

sistem kemasyarakatan yang terasing antara 3 kaum besar di Tanah Melayu iaitu kaum Melayu,

Cina dan India.

Keadaan ini telah menyebabkan rakyat Melayu pada ketika itu menderita di bumi sendiri

sementara pihak penjajah Inggeris semakin berkuasa dalam pemerintahan Tanah Melayu

sehingga dilihat telah mula mencampuri kuasa-kuasa sultan dalam hal-hal yang berkaitan

dengan kesucian agama islam.

Dalam hal ini pembesar-pembesar tempatan seperti Dato Maharaja Lela,Dato Bahaman,Tok

Janggut dan sebagainya telah bangkit menentang Inggeris.Walaupun sebahagian besar

daripada penentangan-penentangan ini gagal,namun ia merupakan pemangkin utama terhadap

18

Page 19: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

penetangan-penentangan seterusnya yang lebih bercorak moden seperti melalui akhbar-akhbar

dan persatuan-persatuan yang membela hak-hak istimewa orang Melayu.

Abad ke-20 merupakan era kebangkitan orang-orang Melayu dalam menentang kuasa-kuasa

penjajah.Pada ketika ini telah muncul beberapa tokoh penting dalam menyebarkan ideologi

’nasionalisme’dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu. Seperi Dato Onn Jaafar,Tunku

Abdul Rahman,Ibrahim Yaakob dan Burhanuddin Helmi.

Pada masa yang sama juga Jepun yang muncul sebagai kuasa besar di Timur pada ketika itu

selepas menewaskan Russia telah tiba di Tanah Melayu. Jepun dilihat oleh orang-orang Melayu

sebagai wira Timur dalam menentang penjajah Barat seterusnya dikatakan mampu membawa

kemerdekaan dan kemajuan kepada Tanah Melayu terutaman melalui propaganda dan slogan-

slogan mereka yang berbunyi”Asia untuk Asia”.Namun seperti pepatah melayu ‘ku sangka

panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari’ pemerintahan Jepun di Tanah Melayu

lebih teruk berbanding dengan pemerintahan Inggeris. Sistem ekonomi Tanah Melayu pada

waktu itu lumpuh,rakyat menderita kebuluran dan diserang pelbagai wabak-wabak penyakit,

orang-orang Melayu dijepunkan melalui sistem pendidikan,akhbar dan pemerintahan

awam.Kemarahan orang-orang Melayu semakin meningkat dan menggangap pihak Jepun

sama sahaja dengan kuasa-kuasa penjajah Barat yang lain.

Namun pemerintahan Jepun di Tanah Melayu tidak bertahan lama setelah bom atom

digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Rentetan daripada peristiwa tersebut pihak Jepun telah

menyerah kalah dan berakhirlah Perang Dunia Kedua. Menyedari kepentingan saki-baki

ekonomi yang masih tertinggal di Tanah Melayu,British dengan segera telah menjalankan

pemerintahan bercorak ketenteraan dalam usaha untuk menjajah Tanah Melayu semula. Tetapi

masyarakat Melayu telah sedar bahawa hasrat pihak Inggeris bertapak semula di tanah Melayu

hanya semata-mata ingin mengulangi sikap biadab mereka untuk meragut semula hasil-hasil

bumi yang berharga untuk disalurkan ke Britain. Tambahan pula langkah Inggeris

memperkenalkan Malayan Union dilihat merugikan dan menghapus hak-hak istimewa orang-

orang Melayu lantas ditentang secara habis-habisan oleh sultan-sultan,para pembesar

tempatan dan orang-orang Melayu melalui pelbagai bentuk seperi akhbar,persatuan,orang

perseorangan,kongres,pemulauan dan perhimpunan awam. Akhirnya setelah melalui pelbagai

kepayahan dan cabaran akhirnya Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal

31 Ogos 1957.

19

Page 20: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

Menyedari hakikat bahawa penyatuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak dilihat

begitu penting dan amat perlu disebabkan faktor-faktor keselamatan,keseimbangan kaum dan

untuk memelihara kepentingan Sabah dan Sarawak yang turut ditimpa nasib yang sama

dengan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin Tanah Melayu pada ketika itu

menyalurkan hasrat beliau tentang pembentukan ’Malaysia’. Walaupun pemimpin-pemimpin

politik di Sabah dab Sarawak menolak pada mulanya,tetapi akhirnya mereka telah bersetuju

dengan pembentukan tersebut setelah melihat pelbagai kemajuan yang telah dicapai oleh

Tanah Melayu dalam masa yang singkat. Penubuhan Malaysia juga dilihat mampu membawa

kemajuan yang drastik kepada kedua-dua buah wilayah tersebut. Akhirnya Sabah dan Sarawak

telah mencapai kemerdekaan melalui Tanah Melayu pada 16 September 1963 walaupun

menghadapi tentangan daripada Filipina,Brunei dan Konfrontasi dari Indonesia

Malaysia yang kita lihat pada hari ini merupakan hasil usaha dan keazaman pemimpin-

pemimpin tempatan dan masyarakat setempat dalam langkah memerdekakan Tanah Melayu

dan menyokong pembentukan Malaysia. Hasilnya pelbagai bidang ekonomi seperti

perniagaan,pertanian,penternakan,perindustrian,juga pemerintahan negara dan sistem

pendidikan dan hubungan masyarakat serta kemudahan sosial dapat dikecapi bersama. Melalui

kebangkitan masyarakat setempat dalam menentang Malayan Union seterusnya menuntut

kemerdekaan adalah amat mustahil bagi masyarakat Malaysia pada ketika ini maju dan mampu

bersaing setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Seharusnya kemerdekaan ini dihargai

dan dipertahankan oleh seluruh masyarakat Malaysia terutama dalam menghadapi era yang

kian mencabar pada masa hadapan.

Dapat di simpulkan terdapat banyak faktor yang membawa kepada penubuhan Malayan Union

ini oleh British.Walau pun pihak British cuba berselindung yang kononnya demi kepentingan

penduduk Tanah Melayu, namun terlihat bagaimana British menubuhkan Malayan Union ini

adalah semata-mata demi kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu.Cara-cara

penubuhan yang tidak di persetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat Melayu telah

membawa kepada banyak penentangan yang akhirnya berjaya mengagalkan perlembagaan

Malayan Union ini daripada di laksanakan sepenuhnya.Bagi mengagalkan perlaksanaan

Malayan Union ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu serta rakyat telah melakukan banyak

bentuk penentangan yang rata-rata penentangan ini berlaku untuk memastikan Malayan Union

tidak di laksanakan.Daripada peristiwa Malayan Union ini, dapat di lihat kesan peristiwa

Malayan Union yang telah banyak mengubah corak dan mempengaruhi politik, budaya dan

sosial Malaysia khususnya Tanah Melayu.

20

Page 21: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

RUJUKAN

Nazaruddin Hj Mohd Jali (2001). Pengajian Malaysia Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi

Kedua; Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dr. Ismail Said (2015). Malaysia Negara Kita. Petaling Jaya :Sasbadi Sdn Bhd.

Abdul Rahman Hj. Ismail ( 2001 ). Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ruslan Zainuddin ( 2003 ). Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http//ms.Wikipedia.org/wiki/Malayan_union

21

Page 22: Kerja Kursus SJH3163E

MALAYSIA NEGARA KITA SJH3163E

22