kerja kursus pengajian perniagaan

12
KAJIAN PENDEKATAN STRATEGIK BAGI SEBUAH SYARIKAT MULTINASIONAL (MNC) IAITU SYARIKAT DUTCH LADY ABSTRAK

Upload: jackson-jimenez

Post on 11-Oct-2015

2.511 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

KAJIAN PENDEKATAN STRATEGIK BAGI SEBUAH SYARIKAT MULTINASIONAL (MNC) IAITU SYARIKAT DUTCH LADY

ABSTRAK

1.0 PENGENALAN Menurut Richard L.Daft (2008) melalui buku The Era of Globalization edisi ke-9 ialah tiada istilah yang tepat tentang MNC. MNC biasanya menerima 25% dari hasil jualan daripada negara asal. Pada peringkat MNC ini mempunyai kemudahan pemasaran dan pengeluaran yang berada di pelbagai negara yang mana lebih daripada 1/3 daripada jualan adalah dari luar negara asal. Syarikat-syarikat ini mengambil pendekatan globalisasi bermaksud fokus mereka adalah untuk mengeluarkan produk yang sama kepada berbilang negara. Kajian yang dijalankan ke atas syarikat multinasional Dutch Lady. Syarikat Dutch Lady merupakan suatu syarikat mutinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. (Rahul Colaco 1950). Sebuah syarikat MNC diuruskan sebagai sistem perniagaan bersepadu di seluruh dunia di mana sekutu asing bertindak dalam satu pakatan yang rapat dan bekerjasama antara satu sama lain. Modal, teknologi dan tenaga manusia saling dipindahkan diantara negara tersebut. MNC juga boleh memperolehi bahan-bahan dan alat-alat perkilangan di mana-mana bahagian di dunia yang dapat memberi kelebihan kepada mereka (Richard L.Daft (2008) The Era of Globalization). Sebuah syarikat MNC dikawal secara muktamad oleh pihak pengurusan induk yang membuat keputusan strategik utama yang berkaitan dengan syarikat utama dan sekutu. Walaupun, sesetengah ibu pejabat dalah binational seperti Royal Butch/ Shell Group untuk meningkatkan integrasi di seluruh dunia dan memaksimumkan keuntungan untuk perusahaan secara keseluruhan. Pihak pengurusan atasan melaksanakan global perspektif. Mereka menganggap seluruh dunia sebagai satu pengurusan strategik perolehan sumber dan lokasi pengeluaran, pengiklanan dan keberkesanan atau kecekapan pasaran (Richard L.Daft (2008) The Era of Globalization). Pada peringkat MNC syarikat-syarikat ini mempunyai kemudahan pemasaran dan keluaran yang berada di pelbagai negara. Syarikat ini mengambil pendekatan globalisasi bermaksud fokus mereka adalah untuk mengeluarkan produk yang sama kepada berbilang negara. Strategi bagi rekaan bentuk produk pemasaran dan strategi pengiklanan adalah sama di seluruh dunia (Richard L.Daft (2008) The Era of Globalization).2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenal pasti pendekatan strategik syarikat Dutch Lady melalui analisis SWOT.2.2 Mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Dutch Lady.2.3 Mengenal pasti konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat Dutch Lady.2.4 Mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh syarikat Dutch Lady.

3.0 LATAR BELAKANG/ LOKASI KAJIAN 3.1 LATAR BELAKANGSyarikat Dutch Lady ditubuhkan pada tahun 1950 iaitu selepas perang dunia ke-2, susu pekat manis mula diperkenalkan dari syarikat induknya iaitu dari Holland. Pada tahun 1954, sebuah syarikat perdagangan Friesland (Malaya) Pte. Ltd, yang berpangkalan di Singapura, telah dibentuk untuk pasaran susu pekat manis diimport dari Holland di Malaya dan Singapura. Beberapa jenama diimport, termasuklah Dutch Baby. Manakala, pada tahun 1963 Industri Susus Pasifik (Malaya) sdn bhd telah diperbadankan di Malaysia dengan pembukaan kilang susu pekat manis di Petaling Jaya. Tapak kilang ini ialah kemudahan pengilangan luar negara yang pertama bagi syarikat induknya. Nama syarikat ditukar dari Industri Susu Pasifik (Malaya) Berhad untuk mengelakkan kekeliruan dalam perdagangan dan pasaran mengenai nama syarikat dan produk utamanya iaitu Susu Pekat Manis Dutch Baby. Pada tahun 1980 syarikat mengalami penyusunan semula ekuiti untuk mematuhi Dasar Ekonomi Baru Kerajaan. Modal saham berkembang ke RM 16.0 juta. Dutch Lady menerima Readers Digest SuperBrands Gold Award (Anugerah Emas Jenama Terbaik Readers Digest) kerana dipilih sebagai produk susu digemari di Malaysia. Kilang Dutch Lady menerima pengiktirafan Sijil Piawaian HACCP (Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal- Hazard Analysis and Critical Control Point). Pada tahun 2000 Dutch Lady telah diiktirafkan dengan pensijilan yang halal.

3.2 LOKASI KAJIAN Dutch lady bertapak di Friesland yang merupakan provinsi di utara Belanda. Sampai akhir tahun 1996, provinsi Friesland diangkat sebagai nama resminya. Pada tahun 1997 nama Belanda ini kehilangan status rasmi menjadi Frisian Frysln. Namun, Friesland tetap dalam penggunaan umum, menjadi nama untuk provinsi BelandaFriesland memiliki 646.000 penduduk (2010 dan ibukotanya adalahLeeuwarden(W. Frisian: Ljouwert), dengan 91.817 penduduk, di tengah provinsi. Fryslan membedakan dirinya dari sebelas provinsi lain dengan memiliki bahasa sendiri, Frisian Barat, yang juga diucapkan di bagian kecil yang berbatasan dengan provinsiGroningen, bagian timur. Bahasa yang terkait erat, Frisian Timur ("Seeltersk", yang berbeza dari "FrisianTimur (Ostfriesisch)", kumpulan dialek Jerman Rendah Timur Frisia) dan Utara Frisia, masing-masing diucapkan di Saterland dan di daerah Friesland Utara diJerman. Friesland utamanya adalah sebuah provinsi pertanian. Sapi hitam dan putih Frisian yang terkenal dan kuda hitam terkenal Frisian berasal dari sini.Pariwisataadalah sumber pendapatan penting, tujuan utama wisata termasuk danau terbesar di barat daya provinsi, dan pulau-pulau di Laut Wadden di utara. Fitur menarik lainnya adalah adanya banyakkincir angin. Ada 195 kincir angin di provinsi Friesland, dari total sekitar 1200 di seluruh negeri.

Sumber: 4.0 KAEDAH KAJIAN 4.1 DATA SEKUNDERPengkaji telah menggunakan kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah data sekunder yang diperolehi melalui kajian di perpustakaan, dan semakan bahan daripada sumber internet. (Silalahi, 2006:267-268) 4.2 PENGUMPULAN DATA Data dan maklumat yang diperolehi dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, dan cara analisis data.

4.2.1 Dokumentasi Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap sumber bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku, akhbar, majalah, dan bahan-bahan daripada internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarikat multinasional. 4.3 CARA MENGANALISIS DATAMenganalisis dan menginterpretasi daya hasil kajian merupakan perkara yang penting. Keadaan ini tidak memerlukan analisis yang rumit, cukup setakat menggunakan laporan pemerhatian. Hal demikian kerana sampel kajian tidak besar dan yang paling penting ialah dapatan yang diperolehi hasil analisis data tersebut. Cara menganalisis data kajian terbahagi kepada dua iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif adalah untuk menganalisis data berbentuk maklumat yang melibatkan aspek-aspek berkaitan dengan sikap, tingkah laku atau tabiat yang sukar diukur dengan nombor. Maklumat hasil penyelidikan kualitatif perlu dicatat semasa atau sebaik sahaja kerja lapangan dijalankan supaya tidak terlupa atau tercicir maklumat penting. ( Creswell, J.W. 2005)5.0 DAPATAN KAJIANBahagian ini merumuskan dapatan kajian yang telah diperoleh daripada sumber internet. Perbincangan dalam bahagian ini dibahagikan kepada empat iaitu pendekatan strategik melalui analisis SWOT, aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Dutch Lady, konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat Dutch Lady, dan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh syarikat Dutch Lady.

5.1 PENDEKATAN STRATEGIK SYARIKAT DUTCH LADY MELALUI ANALISIS SWOT 5.1.1 ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG DAN ANCAMAN (SWOT)

Kajian yang dijalankan ini menggunakan analisis SWOT yang merupakan teknik asas yang lazim digunakan dalam pengurusan strategik untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi. Analisis SWOT digunakan untuk memastikan strategi yang digubal benar-benar berkemampuan ubtuk merealisasikan objektif, misi, dan visi organisasi. Dutch Lady telah menggunakan analisis SWOT bagi membantu meningkatkan pengurusan organisasi. Berikut merupakan analisis SWOT yang telah digunakan oleh Dutch Lady:

A) Strengths ( kekuatan )Menurut Mokhtar Pet (2013) kekuatan merupakan faktor dalaman organisasi yang membantu pencapaian objektif. Oleh itu, Dutch Lady mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu kadar pertumbuhan yang tinggi. Selain itu, bantuan kewangan disediakan. Seterusnya, unit-unit perniagaan yang berpengalaman dalam mengendalikan mesin-mesin. Disamping itu, kekuatan juga dapat mengurangkan kos buruh dari luar. Akhir sekali, tenaga buruh mahir dapat ditingkatkan.

B) Weaknesses ( kelemahan )Menurut Mokhtar Pet (2013) kelemahan merupakan faktor dalam organisasi yang boleh menjejaskan objektif dan pengurusan organisasi tersebut. Oleh itu, Dutch Lady juga mempunyai kelemahan iaitu struktur cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

C) Opportunities ( peluang )Menurut Mokhtar Pet (2013) peluang merupakan faktor luaran yang diambil oleh organisasi untuk mengembangkan dan meningkatkan produktiviti organisasi. Oleh itu, antara peluang yang boleh diambil oleh Dutch Lady adalah meneroka modal yang lebih besar lagi. Selain itu, permintaan terhadap susu Dutch Lady semakin meningkat. Seterusnya, memperkenalkan produk yang baru untuck menarik minat pelanggan. Di samping itu, mewujudkan pasaran baru untuk meningkatkan jualan. Akhir sekali, pendapatan meningkat secara berterusan kerana dapat merebut peluang yang ada.

D) Threats ( ancaman )Menurut Mokhtar Pet (2013) ancaman merupakan faktor luaran yang boleh menjejaskan produktiviti organisasi. Oleh itu, terdapat juga ancaman kepada syarikat Dutch Lady iaitu peningkatan kos bahan mentah yang menyebabkan pengeluaran terpaksa dihadkan. Selain itu, ekonomi global yang menjurus kepada negara membangun memjejaskan ekonomi syarikat Dutch Lady. Seterusnya, peningkatan dalam kos buruh kerana telah ramai buruh yang digunakan dan kos mengimport terlalu tinggi. Akhir sekali, risiko perniagaan luar yang terpaksa di tanggung oleh syarikat Dutch Lady.

5.2 AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN Secara keseluruhannya, syarikat Dutch Lady merupakan salah satu perniagaan francaisor yang telah lama bertapak di Belanda. Menurut Mokhtar Pet (2013) francaisor merupakan satu aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran pembuatan atau perkilangan. Pembuatan atau perkilangan ialah aktiviti memproses bahan-bahan yang dikeluarkan oleh aktiviti ekstraktif untuk menjadikan barang siap atau barang separuh siap.

5.3 KONSEP-KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSA YANG DIAPLIKASIKAN OLEH SYARIKAT DUTCH LADY

5.3.1 KONSEP DUNIA TANPA SEMPADANMenurut Mokhtar Pet (2013) dunia tanpa sempadan memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan negara. Syarikat Dutch Lady menggunakan konsep dunia tanpa sempadan kerana syarikat Dutch Lady berada di seluruh dunia. Hal ini kerana, syarikat Dutch Lady sudah mempunyai lebih daripada 90 cawangan di seluruh pelosok dunia. Konsep ini digunakan berikutan terdapat tingginya permintaan daripada pelanggan.

5.3.2 KONSEP PASARAN MENIMBUL Menurut Mokhtar Pet (2013), pasaran menimbul merupakan pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran. Syarikat Dutch lady menggunakan konsep pasaran menimbul apabila meningkatnya permintaan terhadap pasaran Dutch Lady di sesuatu kawasan. Apabila sesuatu kawasan itu belum adanya Dutch Lady tetapi permintaan terhadap Dutch lady tinggi, maka wujudlah Syarikat Dutch lady yang dinamakan sebagi pasaran menimbul.

5.3.3 KONSEP GLOBALISASIMenurur Mokhtar Pet (2013), globalisasi merupakan proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Dutch Lady menggunakan konsep globalisasi kerana strategi memulakan perniagaan secara francaisor sangat mendapat sambutan. Selain itu, konsep globalisasi ini digunakan oleh syarikat Dutch Lady kerana ingin meluaskan pasaran ke seluruh dunia berikutan terdapat permintaan yang tinggi.

5.3.2 KONSEP LOKALISASIMenurut Mokhtar Pet (2013), lokalisasi merupakan satu strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu pasaran di sesuatu kawasan. Lokalisasi mestilah tempat yang strategik untuk menjalankan perniagaan agar dapat menarik minat pelanggan untuk mengunjungi organisasi tersebut.

5.4 STRATEGI PEMASARAN YANG SESUAI DIGUNAKAN OLEH SYARIKAT DUTCH LADY

Keputusan menentukan strategi memerlukan penglibatan jangka panjang dengan disokong kedudukan kewangan yang baik. Menurut Aini Haryati Mohamad dan lain-lain (2013), kaedah yang sering digunakan bagi mengenal pasti peluang-peluang pemasaran ialah Grid Pertumbuhan Pasaran Ansoff. Kaedah ini dibentuk berdasarkan faktor iaitu kategori produk dan kategori pasaran. Kaedah ini juga dilihat daripada dua perspektif iaitu baharu dan sedia ada. Berikut merupakan rajah Grid Pertumbuhan Pasaran Ansoff:

PASARAN SEDIA ADA PRODUK BAHARUPENEMBUSAN PASARAN

PEMBANGUNAN PRODUK

PEMBANGUNAN PASARANPEMBANGUNAN PEMPELBAGAIAN PRODUK

PASARAN SEDIA ADA

PASARAN BAHARU

RAJAH GRID PERTUMBUHAN PASARAN ANSOFF 5.4.1 PENEMBUSAN PASARANPenembusan pasaran merupakan suatu strategi pertumbuhan dengan perniagaan menmberikan tumpuan kepada penjualan prosuk sedia ada ke pasaran yang sedia ada. Tujauan penembusan pasaran ialah mengekalkan atau meningkatkan bahagian pasaran produk semasa. Hal ini dapat dicapai dengan gabungan strategi harga yang kompetitif, pengiklanan, promosi jualan, dan lebih banyak sumber yang diagihkan untuk jualan peribadi. Selain itu, menguasai pasaran pertumbuhan. Seterusnya, menstrukturkan pasaran matang dengan menyingkirkan pesaing melalui kempen promosi yang lebih agresif dan disokong oleh strategi harga untuk menjadikan pasaran tidak menarik kepada pesaing. Akhir sekali, meningkatkan penggunaan oleh pengguna-pengguna yang sedia ada seperti memperkenalkan skim kesetiaan dan layanan peribadi.

5.4.2 PEMBANGUNAN PASARANPembangunan pasaran merujuk kepada suatu strategi pertumbuhan dengan perniagaan bertujuan untuk menjual produk yang sedia ada ke dalam pasaran baru. Strategi ini boleh dilakukan dengan mengeksport produk ke pasaran baru di luar Negara, mengubah dimensi produk atau pembungkusan baru, mencari saluran agihan baru, dasar perbezaan harga untuk menarik pelanggan yang berbeza, dan mewujudkan segmen pasaran baru.

5.4.3 PEMBANGUNAN PRODUK Pembangunan produk merujuk kepada suatu strategi pertumbuhan perniagaan yang bertujuan untuk memperkenalkan produk baru kepada pasaran sedia ada. Strategi ini memerlukan pembangunan kemahiran yang baru untuk menghasilkan produk baru atau mengubah suai produk sedia ada bagi menarik pelanggan dalam pasaran sedia ada.

5.4.4 PEMPELBAGAIANPempelbagaian di sini bermaksud strategi pertumbuhan perniagaan yang bertujuan untuk memasarkan produk-produk baru dalam pasaran baru. Ini merupakan satu strategi berisiko yang wujud kerana perniagaan tersebut bergerak ke suatu pasaran yang peniaga hanya mempunyai sedikit atau tiada pengalaman langsung.