kerja kursus geografi

29
8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Pencemeran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hangar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar. Terdapat pelbagai jenis pencemaran alam yang yang boleh kita temui hari ini seperti pencemaram air, tanih dan lain- lain.Pencemaran alam ini juga berlaku akibat daripada perbuatan manusia juga. Tambahan itu juga, pencemaran alam juga meninggalkan kesan yang besar kepada alam sekitar, habitat haiwan dan masyarakat setempat.

Upload: aufa-ghazali

Post on 05-Jul-2015

369 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS GEOGRAFI

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Pencemeran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hangar, haba,

cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan

sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem,

serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar. Terdapat pelbagai jenis

pencemaran alam yang yang boleh kita temui hari ini seperti pencemaram air, tanih dan

lain- lain.Pencemaran alam ini juga berlaku akibat daripada perbuatan manusia juga.

Tambahan itu juga, pencemaran alam juga meninggalkan kesan yang besar kepada alam

sekitar, habitat haiwan dan masyarakat setempat.

9

Page 2: KERJA KURSUS GEOGRAFI

8.2 Jenis Pencemaran Alam

Sekitar

Saya telah menjalankan kajian di kawasan perumahan saya iaitu di Taman Fasa

2A, Seri Manjung Perak. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang telah

saya temui di kawasan kajian saya. Antaranya:

Antaranya, pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku akibat pembakaran

terbuka, asap daripada kenderaan dan debu-debu pasir yang berterbangan ekoran lori

pasir yang ulang alik mengangkut pasir. Terdapat juga pencemaran udara yang kita tidak

sedari, antaranya pencemaran asap daripada puntung rokok. Hal ini boleh menyebabkan

timbul masalah untuk bernafas dan sakit jantung.

Selain itu pencemaran air sering berlaku di kawasan kajian saya. Pencemaran air

berlaku akibat pembuangan sampah-sarap dan sisa toksik ke dalam sungai atau laut.

Pencemaran air juga boleh menyebabkan kehidupan akuatik semakin pupus dan

kesukaran menggunakan bekalan air bersih.

10

Page 3: KERJA KURSUS GEOGRAFI

Ketiga, terdapat juga pencemaran bunyi yang sering berlaku di kawasan kajian

saya akibat kerja-kerja pembinaan rumah dan bunyi hon kereta dan motor. Keadaan ini

boleh mengganggu ketenteraman penduduk setempat yang sedang tidur atau pun yang

sedang sembahyang.

Akhir sekali, pencemaran yang sering berlaku di kawasan kajian saya adalah

pencemaran bau. Pencemaran bau juga agak berleluasa ekoran sikap penduduk yang

gemar membuang sampah merata rata tempat.

11

Page 4: KERJA KURSUS GEOGRAFI

8.3 Punca Pencemaran Alam

Sekitar

Pada marcapada ini, boleh dikatakan pencemaran alam yang berlaku sekarang ini

akibat daripada tangan-tangan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Antara punca

pencemaran udara adalah.

Asap daripada kenderaan bermotor dan pembakaran terbuka. Asap kenderaan

mengandungi gas “Chlourofloucarbon” yang boleh membahayakan kesihatan masyarakat

manakala asap daripada pembakaran terbuka boleh menyebabkan pelipisan lapisan ozon

dan suhu meningkat di Malaysia ini.

Selain itu, pencemaran air berlaku akibat tumpahan minyak daripada kapal dan

pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau laut. Sisa toksik dibuang ke dalam sungai

atau laut kerana kesukaran untuk melupuskan toksid tersebut. Perkara ini boleh

menyebabkan kematian hidupan laut dan penggunaan air bersih.

12

Page 5: KERJA KURSUS GEOGRAFI

Tambahan itu, pecemaran bunyi sering berlaku akibat daripada kerja pembinaan

rumah yang tidak terancang seperti bunyi ketukan dan memotong di samping bunyi hon

daripada kereta. Pencemaran bunyi dapat menjadikan suasana yang tidak tenteram dan

tidak tenang.

Akhir sekali, pencemaran bau berlaku akibat daripada sikap peduduk yang gemar

membuang sampah di merata –rata tempat. Antara contoh sampah yang dibuang oleh

masyarakat adalah lampin bayi, saki baki makanan dan lain-lain. Pembuangan sampah

sarap ini juga boleh menyebabkan pencemaran tanih.

Kesimpulannya, manusia haruslah memikirkan sesuatu sebelum bertindak untuk

mengelakkan apa sahaja yang berlaku selepasnya. Seperti peribahasa ‘beringat sebelum

terkena’. Akhir sekal, ingatlah manusia bertanggunggjawab untuk menjaga kesejahteraan

alam ini.

13

Page 6: KERJA KURSUS GEOGRAFI

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Banyak pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya. Hal ini

dapat menyebabkan pelbagai kesan terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar.

Terdapat pelbagai implikasi jika pencemaran alam sekitar sering berlaku di kawasan

kajian saya. Antaranya:

Akan berlakunya jerebu dan udara tercemar. Fenomena jerebu ini berlaku ekoran

pembakaran secara terbuka, pengeluaran asap daripada kenderaan yang berenjin dan

kilang. Jerebu juga boleh menyebabkan kesusahan untuk bernafas dan penyakit sakit

mata manakala asap daripada kenderaan boleh menyebabkan penyakit sakit jantung dan

menipiskan lapisan ozon.

Selain itu juga, air yang tercemar juga boleh menyebabkan kemusnahan

kehidupan akuatik dan susah mendapatkan punca air bersih. Pencemaran ini berlaku

akibat daripada perbuatan masyarakat yang tidak berperikemanusiaan seperti membuang

sampah dan sisa toksik ke dalam sungai atau laut.

Tambahan itu, pencemaran udara juga menyebabkan suhu meningkat. Hal ini

demikian, pelepasan gas daripada kenderaan bermotor yang menyebabkan pelipisan

15

Page 7: KERJA KURSUS GEOGRAFI

lapisan ozon yang membolehkan pancaran matahari mudah sampai ke permukaan bumi.

Hujan asid juga boleh berlaku daripada kesan pembakaran secara terbuka.

Ketiga, pembuangan sampah di merata-rata tempat atau pun di dalam longkang

boleh mengakibatkan kewujudan pelbagai penyakit seperti kudis buta, kurap dan demam

denggi. Lomgkang yang tersumbat boleh menyebabkan pembiakan aedes yang membawa

penyakit demam denggi yang boleh membawa maut.

Akhir sekali, bau busuk berlaku disebabkan pembuangan sampah di merata-rata

tempat dan telah mengakibatkan penduduk yang tinggal tidak selesa akan bau busuk

tersebut.

Kesimpulannya, kita tidak seharusnuya membuat kerosakan di bumi ini kerana

akan berlakunya pencemaran yang kita ingini. Pencemaran alam akan membuatkan

penduduk di bumi ini tidak selesa. Akhir sekali, manusia haruslah memikirkan sesuatu

sebelum bertindak.

16

Page 8: KERJA KURSUS GEOGRAFI
Page 9: KERJA KURSUS GEOGRAFI

PENILAIAN MENENGAH

RENDAH 2011

KERJA KURSUS GEOGRAFI

NAMA: MUHAMMAD MUIZZ BIN MOHD YUSOP

KELAS: 3 IBNU RUSHD

GURU: MOHD HAFIZ BIN OMAR BAKI

Page 10: KERJA KURSUS GEOGRAFI

TAJUK:

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

KAWASAN KAJIAN:

DAERAH SERI MANJUNG

Page 11: KERJA KURSUS GEOGRAFI

Senarai Kandungan

Page 12: KERJA KURSUS GEOGRAFI

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan

limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan folio ini dalam jangka masa yang

ditetapkan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ibu bapa sayayang telah

memberi sokongan moral, bimbingan, tunjuk ajar dan sumber kewangan bagi

membolehkan saya menjalankan kerja kursus Geografi ini.

Tidak dilupakan juga kepada guru Geografi saya, cikgu Mohd Hafiz bin Omar

Baki kerana banyak memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada saya.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu

saya bagi menyiapkan folio ini secara langsung mahupun secara tidak langsung.

1

Page 13: KERJA KURSUS GEOGRAFI

PENDAHULUAN

Saya Muhammad Muizz Bin Mohd Yusop merupakan pelajar tingkatan 3 Ibnu

Rushd di Sekolah Izzuddin Shah. Demi memenuhi syarat Penelian Menengah Rendah

(PMR) bagi mata pelajaran Geografi, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan satu

daripada dua tajuk yang diberikan iaitu pencemaran alam sekitar dan perkembangan

system perhubungan (telekomunikasi).

Saya telah memilih kawasan ini kerana kawasan ini merupakan tempat tinggal

saya. Oleh itu, ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian serta mendapatkan

maklumat kerjasama. Hal ini kerana saya mempunyai ramai kenalan di sana.

Selain tempoh masa kajian yang diberikan mencukupi iaitu dari bulan Februari

hingga bulan Julai. Akhir sekali, saya berharap agar kajian folio ini dapat memberi

faedah kepada saya dan amnya kepada penduduk Manjung, Perak.

2

Page 14: KERJA KURSUS GEOGRAFI

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian semasa saya menjalankan kajian di kawasan

kajian saya. Antara objektif kajian yang saya dapat adalah:

Menyatakan kosep pencemaran alam.

Menyenaraikan jenis pencemaran alam sekitar.

Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar.

Memberi cadangan mengurangkan kesan pemcemaran alam sekitar.

Menerapkan penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

3

Page 15: KERJA KURSUS GEOGRAFI

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian di kawasan perumahan saya iaitu di Fasa

2A,daerah Seri Manjung, Perak. Saya telah menggunakan pelbagai pelbagai kaedah

untuk mendapatkan maklumat. Terdapat pelbagai kaedah yang saya gunakan untuk

menyiapkan folio ini. Antaranya:

Pemerhatian

Antaranya, saya menggunakan kaedah pemerhatian. Saya menggunakan kaedah

ini dengan memerhati keadaan sekeliling tentang pencemaran alam sekitar serta mencatat

sebarang maklumat yang saya dapat dan menangkap gambar suasana pencemaran alam

sekitar.

Temu bual

Selain itu, saya menggunakan kaedah temu bual dengan cara menemu bual

beberapa orang penduduk yang telah lama menetap di Bandar Seri Manjung. Saya

menggunakan kaedah ini dengan berhati hati untuk mengelakkan daripada berlakunya

tokok tambah.

7

Page 16: KERJA KURSUS GEOGRAFI

Soal selidik

Ketiga, saya juga menggunakan kaedah soal selidik dengan bertanya beberapa

orang penduduk Bandar Seri Manjung akan perihal serta sejarah kewujudan Bandar Seri

Manjung. Di samping itu, saya mencatat sebarang maklumat yang saya dapat melalui soal

selidik.

Rujukan

Akhir sekali, saya membuat rujukan ke atas beberapa buah buku Perpustakaan

sekolah saya iaitu Perpustakaan Tun Datu Haji Mustapha dan melayari internet.

Page 17: KERJA KURSUS GEOGRAFI

8

KAWASAN KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian di kawasan tempat tinggal saya iaitu Seri Manjung.

Dahulunya, Seri Manjung ialah sebuah kawasan perlombongan bijih timah. Tahun ini

pula, Seri Manjung membangun dari segi infrastruktur seperti banyak pasaraya telah

dibangunkan contohnya Tesco, Giant, Billion dan juga kilan kilang. Seri Manjung juga

terkenal dengan Bandar Lumut. Lumut terkenal kerana mempunyai sebuah pangkalan

askar tentera laut (TLDM) dan jeti ke Pulau Pangkor. Seri Manjung mempunyai pelbagai

kawasan pelancongan seperti Teluk Batik dan Teluk Senangin. Di samping itu, Seri

Manjung mempunyai banyak bukit yang penuh dengan tumbuh tumbuhan. Bandar Seri

Manjung telah beroperasi sejak tahun 1999. Akibat daripada kemajuan ini, banyak

pencemaran alam telah berlaku.

Page 18: KERJA KURSUS GEOGRAFI

4

Udara tercemar

Bau busuk

Suhu meningkat

Hidupan Akuatik

TerancamPenyakit

Jerebu

Hujan Asid

Kesan daripada

Pencemaran Alam

Page 19: KERJA KURSUS GEOGRAFI

17

8.5 Cadangan untuk mengurangkan

kesan pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian

Terdapat beberapa institusi yang terlibat untuk menjaga alam sekitar seperti

Majlis Perbandaraan Taiping yang menjaga pokok-pokok di sekeliling Taman Tasek

Taiping untuk diwarisi oleh generasi akan dating. Kerajaan juga bertanggunggjawab

menjaga keaslian tumbuhan flora di Malaysia ini. Terdapat beberapa cadangan bagi

kerajaaan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya.

Antaranya:

Kerajaan haruslah menguat kuasakan undang-undang seperti memberi saman

kepada orang yang membuang sampah di merata-rata tempat atau pun membuang sisa

toksid ke dalam laut. Di samping itu juga, kerajaan juga perlulah menambahkan kawasan

pelupusan untuk sampah sahaja seperti incinerator bagi mengurangkan kekurangan tanah.

Page 20: KERJA KURSUS GEOGRAFI

Selain itu pihak sekolah juga haruslah memberikan pendidikan tentang alam

sekitar kepada para pelajar. Hal ini demikian, untuk memberi kesedaran awal kepada para

pelajar.

18

Ketiga, kerajaan haruslah mengadakan kempen cintai alam sekitar untuk

menyemai rasa cinta akan alam sekitar.

Akhir sekali, kerajaan haruslah mengamalkan konsep 3R iaitu ‘Reuse, Reduce,

Refuse’ seperti mengarahkan agar Indah Water membuat rawatan terhadap air kumbahan.

Selain itu, pengurus kilang juga haruslah menambahkan penapis asap kepada corong asap

kilang untuk menapis asap yang merbahayakan kesihatan dan alam sekitar

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga alam sekitar ini dan tidak mengharapkan

kerajaan sahaja yang menjaga alam sekitar ini.

Page 21: KERJA KURSUS GEOGRAFI

19

Rumusan

Page 22: KERJA KURSUS GEOGRAFI