kerja kursus geografi 2010 tajuk migrasi dalaman penduduk

25
GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS Nama Calon : MOHD SUHAIMI BIN MOHD ZAIN Tingkatan : 3 Bestari Nombor K/P : 791015-03-5657 Angka Giliran : AJ001 A001 Nama Dan Alamat : SMK. Seri Iskandar, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak. Sekolah Tajuk Kerja Kursus :Kajian Tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak. Guru Penilai : En. Mohd Suhaimi Bin Mohd Zain Bil Aspek Markah Penuh Markah Diperoleh 1 Tajuk kajian 1 2 Senarai kandungan 1 3 Penghargaan 2 4 Pendahuluan 2 5 Objektif kajian 2 6 Kawasan kajian 8 7 Kaedah kajian 2 8 Dapatan kajian 25 9 Rumusan 2 10 Lampiran 2 11 Rujukan 2 12 Penilaian umum 1 Aspek 1 -7 Aspek 9 - 12 25 Aspek 8 25 Jumlah Markah 50 Tahap Pencapaian SAMPEL Hak Cipta Mohd Suhaimi B. Mohd

Upload: mohd-suhaimi-bin-mohd-zain

Post on 18-Jun-2015

2.515 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

GEOGRAFI 23/2KERJA KURSUS

Nama Calon : MOHD SUHAIMI BIN MOHD ZAIN

Tingkatan : 3 Bestari

Nombor K/P : 791015-03-5657

Angka Giliran : AJ001 A001

Nama Dan Alamat : SMK. Seri Iskandar, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak.Sekolah

Tajuk Kerja Kursus :Kajian Tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak. Guru Penilai : En. Mohd Suhaimi Bin Mohd Zain

Bil Aspek Markah Penuh Markah Diperoleh1 Tajuk kajian 12 Senarai kandungan 13 Penghargaan 24 Pendahuluan 25 Objektif kajian 26 Kawasan kajian 87 Kaedah kajian 28 Dapatan kajian 259 Rumusan 210 Lampiran 211 Rujukan 212 Penilaian umum 1

Aspek 1 -7Aspek 9 - 12

25

Aspek 825

Jumlah Markah 50

Tahap Pencapaian

.......................

SAMPEL Hak Cipta

Mohd Suhaimi B. Mohd Zain

Page 2: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

( Tandatangan Guru )

Isi Kandungan

1.0 Penghargaan 3

2.0 Pendahuluan 3

3.0 Objektif Kajian 4

4.0 Kawasan Kajian 44.1 Peta Negeri Perak 54.2 Peta Daerah Perak Tengah 64.3 Peta Lakar Kawasan Kajian FELCRA Nasaruddin 7

5.0 Kaedah Kajian 8

6.0 Dapatan Kajian 86.1 Konsep migrasi penduduk 86.2 Pola migrasi penduduk 86.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 96.4 Kesan migrasi dalaman 116.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman 13

7.0 Rumusan 14

8.0 Lampiran8.1 Lampiran 1 : Surat pengenalan diri murid 158.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran melawat dan mendapatkan

maklumat 168.3 Lampiran 3 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 178.4 Lampiran 4 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 188.5 Lampiran 5 : Borang Soal Selidik 198.6 Lampiran 6 : Soalan Temu Bual 208.7 Lampiran 7 : Senarai Nama Responden 21

9.0 Rujukan 22

2

Page 3: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

1.0 Penghargaan

Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkkan Kerja Kursus

Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun

disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung

mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Puan Mashitah Binti Ismail selaku Pengetua SMK. Seri Iskandar, yang memberi galakan dan

kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Encik Mohd Suhaimi Bin Mohd Zain sebagai guru geografi yang

banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian

ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pegawai pemetaan yang bertugas di Majlis Daerah Perak Tengah kerana telah banyak membantu saya

terutamanya dalam membekalkkan maklumat dan peta yang berkait dengan kawasan kajian saya.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung di

sekitar kawasan FELCRA Nasaruddin, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya

menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak

ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu

Mohd Zain Bin Awang Hamat Dan Mariam Binti Ismail serta rakan-rakan seperjuangan saya

seperti Mohd Azizul Bin Jabar dan Mohd Faizul Azri Bin Zainal yang banyak membantu dari segi

kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

Sekian, Wassalam.

2.0 Pendahuluan

Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi

tingkatan tiga bagi tahun 2010. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya

berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang migrasi dalaman di kawasan FELCRA Nasaruddin

dan seterusnya mengenal pasti konsep migrasi di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat

jenis-jenis pola migrasi di kawasan kajian.selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat faktor

3

Page 4: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

yang mempengaruhi mograsi dalaman serta kesan migradi dalaman terhadap kawasan kajian dan alam

sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman.

Rasional pemilihan FELCRA Nasaruddin adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tanah

rancangan yang terdiri dari tanah pamah yang rata dan beralun dan merupakan kawasan kelompok

pertanian di daerah Perak Tengah, Perak. Tanaman utama di kawasan ini ialah kelapa sawit. Sebahagian

besar penduduk kawasan ini turut terlibat dalam pekerja di dalam sektor pertanian. Namun begitu tidak

dapat dinafikan bahawa sebahagian penduduk di kawasan ini juga terlibat dengan pekerjaan di dalam

sektor lain seperti sektor perkilangan dan pembuatan, sektor perkhidmatan sama ada di dalam sektor

kerajaan ataupun swasta serta sektor perniagaan.

Dengan ini saya berpendapat kajian migrasi dalaman di kawasan FELCRA Nasaruddin

mempunyai pola migrasi dalaman yang unik serta faktor migrasi dalaman yang menarik. Mungkin kita

juga boleh melihat kesan dan juga langkah mengatasi dalam kajian ini nanti.

3.0 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1. Memahami konsep migrasi penduduk.

2. Mengenalpasti pola migrasi penduduk di FELCRA Nasaruddin.

3. Menjelaskan faktor migrasi dalaman penduduk di FELCRA Nasaruddin.

4. Menjelaskan kesan migrasi dalaman penduduk di FELCRA Nasaruddin.

5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di FELCRA

Nasaruddin

6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal.

4.0 Kawasan Kajian

Secara umumnya FELCRA Nasaruddin terletak di dalam Blok Perancangan Bota iaitu sejauh 15

kilometer dari Bota Kanan dan 35 kilometer Ipoh. Walau bagaimanapun FELCRA Nasaruddin 7

kilometer dari bandar baru Seri Iskandar. FELCRA Nasaruddin berada dalam laluan utama dari lebuh raya

Ipoh-Lumut. Selain daripada itu FELCRA Nasaruddin ini juga terletak berhampiran dengan RPA

Changkat Sodang dan Universiti Teknologi Mara. Guna tanah utaman kawasan Bota ialah pertanian

merangkumi 10 806 hektar atau 63.22%. kebanyakan kawasan pertanian melibatkan skim tanah kemajuan

oleh pihak FELCRA dan agensi serta pihak swasta seperti FELCRA Nasaruddin. Bentuk muka buminya

merupakan tanah pamah yang rata dan beralun amat sesuai untuk kegiatan penanaman kelapa sawit.

4

Page 5: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

Namun kawasan kajian hanyalah tertumpu di kawasan Tengah FELCRA Nasaruddin dalam ukuran

lima kilometer persegi sahaja. Selain daripada kegiatan pertanian yang menjadi penyumbang terbesar, ada

juga sektor lain yang terlibat dalam pembangunan kawasan ini antaranya seperti jaringan pengangkutan

jalan raya, saliran paip air bersih, serta institusi kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan FELCRA

Nasaruddin, Kilang Sawit dan Klinik Kesihatan Desa dan sebagainya.

4.1 Peta Negeri Perak

5

Tidak Mengikut Skala

U

Page 6: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

4.2 Peta Daerah Perak Tengah

6

Page 7: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

4.3 Peta Lakar Kawasan kajian FELCRA Nasaruddin

7

Kawasan kajian

Page 8: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

(Peta kena lukis sendiri berdasarkan kawasan kajian anda)

8

Kg.Selat, Layang-Layang KiriKg.PalohKg.Dusun

Kg.Parit 4,5,6,7 dan 8

Page 9: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

5.0 Kaedah KajianDalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya ialah

pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan

dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan kemudiannya

mencatat maklumat yang dipeolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas.

Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya. Dengan bantuan

pihak pemetaan Pejabat Daerah Perak Tengah, maka saya dapat gambaran yang lebih jelas dari aspek luas

kawasan, jenis kegiatan, potensi mengikut pandangan Pejabat Daerah serta peta daerah.

Selain daripada dua kaedah di atas, saya juga turut menjalankan kaedah temu bual seramai 5 orang

di sekitar kawasan kajian bagi mendapatkan penjelasan serta gambaran tentang kawasan kajian pada masa

dahulu serta perubahan sehingga masa kini. Melalui temu bual ini juga saya dapat menilai pendapat yang

diberikan tentang permasalahan yang wujud serta idea mengatasi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh

mereka.

Di samping itu juga, soal selidik turut dibuat. Soal selidik akan dijalankan terhadap 20 responden,

dan ini bertujuan mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk

muka bumi, halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan

empat kaedah kajian ini maka sudah pasti menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh dipercayai.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Konsep migrasi penduduk

Secara umumnya migrasi bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari suatu kawasan

ke kawasan yang lain. Biasanya migrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk yang inginkan perubahan

hidup ke arah yang lebih baik. Misalnya penduduk di FELCRA Nasaruddin berhijrah ke Ipoh untuk

bekerja di sektor perindustrian. Tujuannya ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih

baik.

6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

a) Migrasi luar bandar ke bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk di FELCRA yang berhijrah ke bandar-bandar seperti Ipoh,

Manjung, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam

9

Page 10: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam

mahupun swasta.

b) Migrasi bandar ke luar bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi

pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat

asal. Misalnya ada sebahagian penduduk FELCRA Nasaruddin yang bekerja sebagai tentera di

Sungai Besi pulang semula ke FELCRA Nasaruddin selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga

segelintir yang menyambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke

Kampung halaman setelah tamat belajar.

6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah:

a) Melanjutkan pelajaran

Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM

yang cemerlang akan menymabung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti

Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya.

Oleh kerana di kawasan FELCRA tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka mereka terpaksa

berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.

b) Peluang Pekerjaan

Terdapat anak peneroka di FELCRA yang behijrah ke bandar-bandar seperti Shah Alam

Selangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan

yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan

perkhidmatan. Ini kerana di kawasan FELCRA peluang pekerjaan yang ada amat terhad iaitu

bidang pertanian sahaja.

c) Bersara

Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi

dalaman di kawasan FELCRA. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang pernah

berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampung halaman

setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai tentera di

negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke FELCRA dan berehat ataupun

meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang dan menampung hidup.

10

Page 11: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

d) Kemudahan asas

Oleh kerana FELCRA merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang ada terhad

seperti sekolah, masjid, air elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan keselesaan hidup maka

mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih maju dan selesa

seperti berpindah bandar-bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Hal ini kerana di kawasan

yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap,

hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.

e) Nialai atau Patriotisme

kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan damai

di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

Peta Minda 1: Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan kajian

Menikmati Kemudahan

Asas yang selesa

Bersara

Mencari peluang pekerjaan yang

terjamin

Melanjutkan pelajaran di IPT

dan kolej

Faktor mempengaruhi

migrasi dalaman di FELCRA

Nasaruddin

11

Page 12: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:

a) Kesan positif

a. Penduduk bertambah

i. Migrasi dalaman dari luar bandar ke bandar atau bandar ke luar bandar

menyebabkan penduduk bertambah. Hal ini secara tidak langsung menyumbang

kepada tenaga buruh yang lebih ramai. Contohnya dengan pembukaan tanah

rancangan FELCRA ini ramai penduduk di sekitar Kg. Layang-Layang Kiri,

Parit, Lambor, Tronoh dan lain-lain mengambil bahagian untuk membangunkan

kawasan ini. Pertambahan penduduk di bandar pula merancakkan lagi kegiatan

ekonomi.

b. Taraf hidup meningkat

i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Shah Alam untuk melanjutkan

pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di FELCRA dan

memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan

sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa

serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa.

c. Pasaran bertambah

i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung

menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin

bertambah.

b) Kesan negatif

a. Masalah pengangguran

i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya

penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan

Bangladesh ke FELCRA Nasaruddin telah menyebabkan lambakkan tenaga

buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan

penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan

ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian ini.

b. Masalah sosial

i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan FELCRA ini, maka

wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan dadah di

kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup

12

Page 13: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi di samping tiada

pekerjaan.

c. Komposisi penduduk berubah

i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum

lelaki dan belia yang berusia diantara 18 – 40 tahun. Dengan ini komposisi

lelaki di kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan

orang tua lebih ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit

keadaan ini secara tidak langsung menyebaban kadar kelahiran berkurang dan

dalam jangka masa yang panjang.

d. Nilai dan patriotisme

i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di FELCRA mempunyai peluang

pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.

Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian

Masalah Pengangguran

Masalah Sosial

Komposisi penduduk berubah

Pasaran bertambah

Taraf hidup meningkat

Penduduk bertambah

Kesan positif dan negatif

migrasi dalaman di FELCRA nasarudin

13

Page 14: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

a) Mewujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan FELCRA pihak berwajib boleh mewujudkan

peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini bertujuan mengelakkan

golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh

diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan industri makanan ringan seperti kerepek dan

juga kuih karas dan sebagainya.

b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang

Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan FELCRA dengan kerjasama penduduk

boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi mengatasi

masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada masa yang

sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam

menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku.

c) Meningkatkan kemudahan kesihatan

Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi

menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan penduduk

dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa. Dengan

adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat. Dengan

mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang

aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di FELCRA

nasaruddin.

d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni di

samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.

14

Page 15: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

Peta Minda 3: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

7.0 RumusanRumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di

FELCRA Nasaruddin iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke luar bandar.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya

ialah melanjutkan pelajarandi IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara

selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa

seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan

kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk

meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah

pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah

migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-

undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya

berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan

mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang

terkenal di mata dunia.

8.0 Lampiran

Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

Wujudkan peluang

pekerjaan

Wujudkan rukun tetangga dan

kuatkuasa undang-undang

Meningkatkan kemudahan kesihatan

15

Page 16: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

LAMPIRAN 1

KEPADA YANG BERKENAAN Tarikh:………………

Tuan,

Pengenalan Diri Murid Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)

Pembawa surat ini …………………………………………………… bernombor kad pengenalan …………………………………… ialah seorang murid tingkatan ………… di SMK.Seri Iskandar , 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak. Pelajar ini sedang membuat Kerja Kursus Geografi untuk memenuhi syarat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti mana yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………….....(Mashitah Binti Ismail)Pengetua,Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,32610 Parit, Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 2

16

Page 17: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

Kepada Yang Berkenaan……………………………………………………………………………… Tarikh:

Tuan,

Kebenaran Melawat Dan Mendapatkan Maklumat Bagi Tujuan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini sedang menjalankan Kerja Kursus Geografi sebagai sebahagian syarat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

3. Kerja Kursus Geografi ini juga merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan

5. kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA:

Saya yang menurut perintah,

…………………………….....(Mashitah Binti Ismail)Pengetua,Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,32610 Parit, Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 317

Page 18: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

Tarikh:

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Makluman Kepada Ibu Bapa Atau Penjaga Mengenai Kewajipan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

Merujuk perkara di atas, semua calon Penilaian Menengah Rendah bagi sesi 2010 yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah pada hujung tahun ini DIWAJIBKAN menjalankan SATU kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi seperti mana yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Selain daripada itu, perlaksanaan kerja kursus ini juga bertujuan memenuhi Sukatan mata pelajaran Geografi tingkatan tiga.

3. Saya berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan membantu anak-anak dalam melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

…………………………….....(Mashitah Binti Ismail)Pengetua,Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,32610 Parit, Perak Darul Ridzuan.

18

Page 19: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

LAMPIRAN 4

Tarikh:

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)

Merujuk perkara di atas, saya ……………………………………………….. membenarkan anak saya …………………………………………… dari tingkatan………Untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

……………………………….( )

Alamat:………………………………..……………………………….……………………………….……………………………….No.Telefon:

LAMPIRAN 5 19

Page 20: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

Borang Soal Selidik:Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak

Sila Tandakan ( √ ) di petak berkenaan.

1. berapakah tempoh tinggal di kawasan kajian Kurang 5 tahunLebih 10 tahunLebih 20 tahun

2. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Nyatakan jika perlu di ruangan berkenaan.

Bilangan Jenis Kegiatan Yang terlibatTandakan

( ⁄ )

1 Kelapa Sawit2 Padi Sawah3 Penoreh Getah4 Pembuatan / Perkilangan / Perindustrian5 Lain-Lain (sila nyatakan):

3. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Faktor mempengaruhi migrasi dalaman

Bilangan Jenis Kegiatan Yang terlibatTandakan

( ⁄ )

1 Arahan majikan2 Ikut keluarga3 Melanjutkan pelajaran4 Peluang pekerjaan5 bersara6 perkahwinan7 Bencana alam8 Dasar governan9 Kemudahan asas10 Kadar upah11 Petempatan baru12 Meningkatkan taraf hidup13 Darjah ketersampaian

4. Nyatakan kesan-kesan migrasi di kawasan kajian...........................................................................................................................................................................

5. Nyatakan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian............................................................................................................................................................................LAMPIRAN 6

20

Page 21: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

Soalan Temu Bual

Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak

1. Saudara berasal dari mana?

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan

ini ?

6. Pada pendapat saudara, apakah kesan baik atau buruk migrasi dalaman di kawasan ini?

7. Boleh saudara jelaskan cadangan bagi mengatasi masalah migrasi di kawasan ini?

8. Apakah harapan saudara melalui kajian ini?

21

Page 22: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

LAMPIRAN 7

Senarai Nama Responden

Bil NamaNo.K/P

1 WILDAN BIN MAUN 47079382 MOHD SAID BIN ZAR 6301270854833 YUSSOF BIN ABDULLAH 6101220850584 JAMALUDIN BIN TALIB 6210180860795 HJ MOKHTARUDIN 5210140859516 ISMAIL BIN ALI PIAH 5205020853317 ABDUL RAHMAN BIN DIN 45420798 YAZID BIN YAHYA 6504230859519 DAUD BIN KARIM 433826310 SAPIAN BIN AHMAD 64032208579511 M. ZABIDI MAT TALIB 39101408520312 MOHAMAD SIDI B YAHYA 52101508587313 SARI BIN MAT YOB 259430214 SHUKUR BIN HASHIM 50100902506715 DAUD ITMA LANI 45012908507116 MANGSOR BIN AZIZ 37010609511117 ANAS BIN ABDUL GHANI 52041008636118 RAZALI BIN SALIM 923437519 SAID BIN WAHAB 53080402530920 NASRUDIN BIN SAID 510422025383

22

Page 23: Kerja Kursus Geografi 2010 Tajuk Migrasi Dalaman Penduduk

9.0 Rujukan1. Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim,2004. Buku Teks Geografi Tingkatan

Tiga. PTS Publicators Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.

2. Ismail Bin Ahmad, Prof.Madya Sulong Bin Mohamad, Chan Mee Lee,2003. Buku Teks Geografi

Tingkatan Lima. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Selangor Darul Ehsan

3. Richardson H.W., 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar.Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

4. Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa., 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan

Wilayah.Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

5. Laporan Perancangan Daerah Perak Tengah 2002-2015. Peta guna tanah m/s 62 - 146.

Orang Sumber

1. ANAS BIN ABDUL GHANI, 43 tahun, orang awam, No 21. Lorong Bunga Raya, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak

2. JAMALUDIN BIN TALIB, 38, orang awam, Batu 4 ¾ Lorong Kasimiah, FELCRA Nasaruddin , 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak

3. GHAZALI BIN ISMAIL, 36, orang awam, No. 3 ¾ Lorong Bunga Cempaka, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak

4. MOHAMAD SIDI B YAHYA, 51, orang awam, Lot 119, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak

5. Razak Bin Ahmad, 47 , orang awam, lot 43, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak

23