kerja kursus geo pmr 2011

28
SENARAI KANDUNGAN BIL . TAJUK MUKA SURAT PENGHARAGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN: a) KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR b) JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN c) PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN d) KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN e) CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN f) BAHAN GRAFIK RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

Upload: myramel-klaris

Post on 11-Aug-2015

102 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh Kerja Kursus Geografi 2011

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

SENARAI KANDUNGAN

BIL.

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARAGAANPENDAHULUANOBJEKTIF KAJIANKAWASAN KAJIANKAEDAH KAJIANDAPATAN KAJIAN:

a) KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITARb) JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN

KAJIANc) PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN

KAJIANd) KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN

KAJIANe) CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIANf) BAHAN GRAFIK

RUMUSANLAMPIRANRUJUKAN

Page 2: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

PENGHARGAAN

Saya berasa amat gembira kerana dapat mengumpulkan maklumat yang secukupnya bagi

menulis laporan ini. Sehubunga dengan itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada

beberapa individu dan pihak sekolah yang telah memberikan bantuan, galakan dan kerjasama

kepada saya dan rakan-rakan.

Pertama sekali, saya NUR AMIRAH AKMAL BT KAMAL ARIS mengucapkan terima kasih

kepda Tuan Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2), PUAN HAJAH

NORLIAH BT RAJA OMAR yang telah memberikan kebenaran kepada saya DAN RAKAN-

RAKAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN INI SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN.

Terima kasih juga diucapkan kepada PUAN HAMIZAH BINTI IBRAHIM, guru Geografi saya

yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.

Tidak dilupakan, rakan-rakan saya, KHARUNNISA, HIDAYAH, NURUL SYAAMILAH, dan

NURUL NAJWA yang telah bekerjasama melaksanakan kajian ini.

Page 3: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian

Menengah Rendah ( PMR ). Saya memilih tajuk ‘Pencemaran Alam Sekitar’. Oleh itu, saya telah

mencari maklumat berkaitan dengan isu-isu pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya.

Saya telah memilih Presint 9, Putrajaya sebagai kawasan kajian saya kerana terdapat beberapa

jenis pencemaran alam sekitar yang berlku di tempat tersebut. Kami diberikan tempoh 5 bulan

untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya

kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.

Page 4: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakn untuk memenuhi objekti-objektif berikut:

a) Menghurai konsep pencemaran alam sekitar.

b) Mengkaji jenis pencemaran alam sekitar.

c) Mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar.

d) Mengetahui kesan pencemaran alam sekitar.

e) Menyatakan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

f) Menghurai penerapan nilai dan unsur pariotisme dalam dapatn kajian.

Page 5: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

KAWASAN KAJIAN

Present 9, Putrajaya terletak di sebelah barat Putrajaya, Wilayah persekutuan. Kawasan ini

mempunyai tanah beralun dan jenis tanih laterit. Permukaan tanah yang beralun memudahkan

pembinaan kawasan perumahan di sini. Di kawasan perumahan ini terdapat banyak ciri-ciri

budaya seperti, kedai sekolah rendah, sekolah menengah, balai bomba, klinik kesihatan, pusat

kitar semula, dan pusat kejiranan.

Terdapat juga rumah setingkat, dua tingkat, serta apartment dibina di kawasan ini. Sekolah

saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya present 9 (2) terketak di Jalan P9A, Presint

9, Putrajaya. Terdapat juga bekas lombong yang dijadikan taman rekreasi yang dapat

meningkatkan kualiti hidup penduduk di sini.

Selain itu, kawasn kajian ini juga mempunyai pola petempatan berpusat dan berkelompok.

Jarak dari kawasan kajian ke pusat Bandar ialah 5 kilometer. Masa perjalanan menggunakan

kereta dar Presint 9, Putrajaya ke Bangi ialh 15 minit, 20 minit ke Seri Kembangan, 25 minit ke

Kajang, dan 30 minit ke Kuala Lumpur.

Sebelum kawasan Putrajaya dimajukan, kawasan kajian ini adalah sebuah ladang getah dan

kelapa sawit. Kemudian, kawasan ini telah dimajukan dan menjadi pusat pentadbiran Malaysia

serta dirasmikan oleh Y.A.B bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad

pada 1 Februaru 2001.

Page 6: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

KAEDAH KAJIAN

Kaedah-kaedah kajian yang saya gunajkan adalah seperti yang berikut.

a) Pemerhatian: Saya memerhatikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di

kawasan kajian dan mengenal pasti punca dan kesannya terhadap kawasan kajian.

b) Temu bual: Saya menemu bual 3 orang penduduk yang sudah lama tinggal di kawasan kajian

untuk memperoleh maklumat tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan

kajian.

c) Rujukan: saya merujuk kepada risalah, intenet, majalah dan buku untuk memperoleh

maklumat tantang pencemaran alam sekitar lebih lanjut.

Page 7: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

DAPATAN KAJIAN

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil

daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau

kemandirian kehidupan Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta

Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemran adalah sebarang perubahan

sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia,biologi atau ara-

aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan prasarana, yang menimbulkan

sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau

kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelabagai bentuk pencemaran

alam:

a) Pencemaran udara: contohnya seperti pelepasan asap yang tidak terkawal oleh kenderaan

atau kilang-kilang industri.

b) Pencemaran bunyi: contohnya, penggunaan jentera berat dan buni kenderaan bermotor.

c) Pencemaran air : contohnya, pembuangan bahan toksik ke dalam sungai hingga

menjejaskan sumber air dan hidupan akuatik.

d) Pencemaran tanah: Penggunaan racun serangga dan pembuangan sampah merata-rata.

e) Pencemaran haba: contohnya, kawasan petempatan bandar yang menggunakan konkrit

untuk membina bangunan serta penebangan hutan.

Page 8: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

JENIS PENCEMRAN ALAM SEKITAR DI KAWASN KAJIAN

1. UDARA

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang

mengganggu atau membahayakan manusia, tum-tumbuhan, binatang dan harta benda.

Benda asing ini terdapat dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon

dioksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-

apa campuran bahan-bahan ini.

2. AIR

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan

warna sehingga tidak sesuai dan akan member kesan terhadap manusia apabila

digunakan. Pencemaran ini berlaku dari segi biologi, kimia, dan fizik. Bahan pencemaran

boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu, gas, cecair dan pepejal. Pencemaran ini boleh

berlaku di mana-mana sahaja tempat yang berair.

3. TANIH

Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga

terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh

bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.

1)

Page 9: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

1) KENDERAAN

Kenderaan merupakan salah satu punca pencemaran di kawasan kajian saya. Kenderaan

bermotor yang menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya menghasilkan

asap, gas yang berbahaya dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada kawasan

kajian saya. Tambahan pula, pelepasan asap kenderaan yang tidak terkawal dan

berlebihan juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan

kajian.

2) SAMPAH SARAP

Sampah sarap ialah salah satu faktor yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar

di kawasan kajian saya. Sikap kebanyakan penduduk yang tidak prihatin dengan

membuang sampah di merata-rata tempat adalah tonggak utama, hal sebegini berlaku.

Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan kebuk sampah di tempat perumahan, namun

ada sesetangah penduduk meletakkan sampah domestik mereka di tempat yang tidak

sepatutnya. Hal ini, menjadi serius apabila ada yang membuang sampah ke dalam

longkang lalu menyukarkan pengaliran air dan menyebabkan bau yang tidak

menyenangkan.

Page 10: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

3) PERNIAGAAN

Selain itu, perniagaan turut menyumbang kepada masalah ini. Pembuangan sisa-sisa

makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang

tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan. Bukan itu sahaja,

kekurangan tempat pembuangan sampah untuk pihak pengguna turut menjadi faktor

kepada hal ini.

4) PETEMPATAN

Sehubungan dengan itu, petempatan juga merupakan faktor kepada hal ini. Kebanyakan

bangunan yang dibina di kawasan kajian ialah jenis konkrit dan batu-bata. Bukan itu

sahaja, bangunan dan rumah dibina rapat serta jalan bertar menyerap haba dan

memerangkap haba pada waktu siang, lantas mencetuskan fenomena pulau haba. Hal ini

menjurus kepada ketidakselesaan penduduk di kawasan kajian.

Noktahnya, semua pihak harus bersikap bertanggungjawab terhadap alam sekeliling demi

memelihara dan memulihara alam sekitar untk kesejahteraan hidup. Bukan itu sahaja,

semangat bermasyarakat perlu disemaikan bagi mewujudkan keharmonian hidup

bermasyarakat dan tidak menindas hak keselesaan orang lain.

Page 11: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASN KAJIAN

1. JEREBU

Jerebu disebabkan oleh partikulat-partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak

oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Kesannya, kepada

kesihatan ialah gatal mata, gangguan kepada hidung (hingus), gangguan kepada sistem

pernafasan dan radang paru-paru.

2 . AIR TERCEMAR

Air yang tercemar akan menyebabkan sumber bekalan air terjejas malah, menyebabkan

kadar kesihatan menurun. Bukan itu sahaja, litupan batuan sungai serta permukaan air

oleh lapisan minyak dan cacair yang berbahaya. Sehubungan dengan itu, industri

pelancongan akan terjejas akibat pencemaran air yang berlaku di kawasan kajian.

Seterusnya, akan menyebabkan kepupusan sistem ekologi dan kepelbagaian biologi.

3 . SUHU MENINGKAT

Pelepasan asap yang tidak terkawal oleh kenderaan bermotor memerangkap haba di

udara. Hal ini menyebabkan suhu di kawasan kajian meningkat dan lebih tinggi daripada

kawasan luar bandar.

Page 12: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

4. BAU BUSUK

Timbunan sampah yang menyumbat longkang yang merupakan pencemaran sungai dari

punca tidak tetap akan menyebabkan berlakunya bau busuk. Ini boleh mengganggu

keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran di tempat tersebut. Selain itu, timbunan

sampah itu juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik

bagi pelancong.

5. PENYAKIT

Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen

dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan

mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan tercemar seperti

nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar

seperti gas ozon boleh menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk,

asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga

menjejaskan mata manusia.

NILAI ATAU UNSUR PATRIOTISME

Tuntasnya, segala kesan yang timbul akibat pencemaran perlu dibanteras dengan usaha sama

antara masyarakat dan masyarakat haruslah bersedia untuk saling membantu bagi mencapai

matlamat iaitu, pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran

Page 13: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI

KAWASAN KAJIAN

1) PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM 

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul

oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang

bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. 

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui

pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat

membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran

pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam

sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang

mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang

mencemarkan alam sekitar. 

2) PAMERAN PENCEMARAN ALAM

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan

dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga

tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah

merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan

apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.

Page 14: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

3) KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang

sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar

ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan

sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap

peserta-pesertanya. 

4) PERTANDINGAN 

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan

pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan

mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam

proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Ia bukan sahaja memberi

kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang

ramai.

5) PENDEDAHAN MEDIA MASSA

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk

cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media

massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam

menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak

membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar.

Tuntasnya, pendedahan media massa amat penting bagi memberikan kesedaran

kepada masyarakat pelbagai perngkat umur.

Page 15: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

NILAI ATAU UNSUR PATRIOTISME

Page 16: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

Konklusinya, semua pihak harus memainkan peranan untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar daripada terus berlaku dan berleluasa serta menjamin masa depan generasi akn datan untuk menjalani kehidupan dalam keadaan yang selesa dan sejahtera.BAHAN GRAFIK

1. PETA MINDA

KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP

ALAM SEKTAR

KESAN RUMAH HIJAU

PENIPISAN LAPISAN OZON

PULAU HABAHUJAN ASID

PENCEMARAN

Page 17: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

2. RAJAH ALIRAN

PROSES KITAR SEMULA

Sisa buangan seperti majalah, surat khabar dan kertas buangan

dikumpulkan

Dihantar ke kilang untuk memproses

semula kertas.

Kertas yang telah dikitar semula dihantar

ke kilang pulpa dan kertas.

Kertas yang dihasilkan digunakan untuk membuat surat

khabar, majalah dan buku.

Page 18: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

RUMUSAN

Terdapat pelbagai jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya. Antaranya,

pencemaran udara, tanih dan air. Kemudian, punca yang mendorong pencemaran ini berlaku,

semuanya berpunca akibat sikap penduduk yang memandang sebelah mata dan tidak

bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kesannya, kehidupa mereka terganggu akibat

ketidakselesaan persekitaran dan gangguan kesihatan. Walaubagaimanapun, kerajaan dan pihak

lain telah membuat langkah pencegahan bagi pencemaran ini terus berlaku seperti pendidikan

alam sekitar di peringkat sekolah rendah serta pendedahan media massa yang intensif dan

langkah ini barjaya mengurangkan sedikit pencemaran di kawasan kajian.

Natijahnya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengaja alam sekitar

bagi menjamin kesejahteraan hidup dan keselesaan hidup. Bukan itu sahaja, saya berasa bangga

kerana dengan usaha kerjasama daripada kawan saya, iaitu, KHAIRUNNISA, NURUL NAJWA,

NURUL SYAAMILAH dan NUR HIDAYAH saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Page 19: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

LAMPIRAN

Page 20: Kerja Kursus Geo Pmr 2011

RUJUKAN

Buku Ilmiah

1. Abd. Rahim Md. Noor, 2004, Geogarafi Tingakatan 3, Malaysia, Cerdik Publications

Sdn. Bhd.

2. Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, 2004, Geografi Tingkatan 3, Malaysia, PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

3.

Internet

1. http://www.doe.gov.my

2. http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/kesan-kesan-pencemaran-bau.html

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara

4.

Orang Sumber

Page 21: Kerja Kursus Geo Pmr 2011
Page 22: Kerja Kursus Geo Pmr 2011