kerja kursus

41
PENGENALAN Pengajian Fiqh merupakan kursus major yang perlu dipelajari oleh setiap guru pelatih Pengajian Agama yang menuntut dalam semester 8 Program Ijazah Sarjana Perguruan. Sesuai dengan namanya, kursus ini lebih bersifat keilmuan dan pengetahuan yang banyak menerangkan ilmu usul fiqh dalam Islam serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan ilmu usul fiqh. Tugasan kali ini menuntut para guru pelatih membuat tugasan secara individu secara keseluruhannya. Tugasan secara individu yang pertama ialah, guru pelatih diminta untuk menjelaskan konsep pengurusan ekonomi Islam yang membawa keadilan sejagat kepada semua manusia dan menghuraikan hikmah dan kebaikan disyariatkan pelbagai bentuk muamalah kewangan yang menepati Islam. Selain itu, guru pelatih diminta untuk membincangkan secara analitikal faktor-faktor yang menjadi kekangan sistem kewangan Islam mengambil alih dan menggantikan sistem kewangan konvensional di Malaysia. Seterusnya, guru pelatih diminta untuk memilih dan membincangkan satu isu yang relevan berkaitan penawaran dan pelaksanaan dengan mana-mana produk kewangan Islam di Malaysia. Selain itu, tugasan ini juga dapat memberi pengalaman dan melahirkan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada guru pelatih sebagai pemimpin, pengajar dan juga pendakwah. Guru bukan sahaja dikenali sebagai pengajar dan pendidik, tetapi juga pemimpin di sekolah dan juga dikalangan masyarakat di sekitarnya. Seorang pemimpin yang berjaya bergantung kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk mengubah atau mengajak masyarakat kembali kepada jalan kebenaran. 1

Upload: neenajak92

Post on 08-Dec-2015

81 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KKBI PENGAJIAN FIQH

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS

PENGENALAN

Pengajian Fiqh merupakan kursus major yang perlu dipelajari oleh setiap

guru pelatih Pengajian Agama yang menuntut dalam semester 8 Program Ijazah

Sarjana Perguruan. Sesuai dengan namanya, kursus ini lebih bersifat keilmuan dan

pengetahuan yang banyak menerangkan ilmu usul fiqh dalam Islam serta isu-isu

semasa yang berkaitan dengan ilmu usul fiqh.

Tugasan kali ini menuntut para guru pelatih membuat tugasan secara individu

secara keseluruhannya. Tugasan secara individu yang pertama ialah, guru pelatih

diminta untuk menjelaskan konsep pengurusan ekonomi Islam yang membawa

“keadilan sejagat’ kepada semua manusia dan menghuraikan hikmah dan kebaikan

disyariatkan pelbagai bentuk muamalah kewangan yang menepati Islam. Selain itu,

guru pelatih diminta untuk membincangkan secara analitikal faktor-faktor yang

menjadi kekangan sistem kewangan Islam mengambil alih dan menggantikan

sistem kewangan konvensional di Malaysia.

Seterusnya, guru pelatih diminta untuk memilih dan membincangkan satu isu

yang relevan berkaitan penawaran dan pelaksanaan dengan mana-mana produk

kewangan Islam di Malaysia.

Selain itu, tugasan ini juga dapat memberi pengalaman dan melahirkan rasa

tanggungjawab dan kesedaran kepada guru pelatih sebagai pemimpin, pengajar

dan juga pendakwah. Guru bukan sahaja dikenali sebagai pengajar dan pendidik,

tetapi juga pemimpin di sekolah dan juga dikalangan masyarakat di sekitarnya.

Seorang pemimpin yang berjaya bergantung kepada kesedaran dan rasa

tanggungjawab yang tinggi untuk mengubah atau mengajak masyarakat kembali

kepada jalan kebenaran.

1

Page 2: KERJA KURSUS

1.0 KONSEP KEADILAN DALAM PENGURUSAN EKONOMI ISLAM DAN

HIKMAH PENSYARIATAN PELBAGAI BENTUK MUAMALAH KEWANGAN

1.1 KONSEP KEADILAN DALAM PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

Jika disebut berkenaan dengan ekonomi Islam, sudah semestinya dalam

fikiran kita terlintas bahawa ekonomi Islam mementingkan keadilan yang diasaskan

daripada al-Quran. Malah dalam al-Quran itu sendiri ada menyatakan perihal

keadilan dalam menguruskan ekonomi umat Islam. Seperti firman Allah dalam

surah an-Nisa’ ayat 58:

.…

Maksudnya: “....dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah

menyuruh) kamu menghukum dengan adil...”

Ayat di atas telah jelas menerangkan bahawa untuk menguruskan segala perihal

hukum di antara manusia hendaklah dilaksanakan dengan adil, termasuk juga

perihal pengurusan ekonomi umat Islam. Hal ini bersesuaian dengan agama Islam

itu sendiri yang mementingkan keadilan, kebajikan dan tidak menindas umatnya

serta selaras dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

...

Maksudnya: “....supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya

dari kalangan kamu...”

Ayat ini menerangkan bahawa tidak harus harta kekayaan itu hanya berlegar dalam

satu bilangan yang kecil tanpa kelompok yang lain. Allah juga berfirman dalam

surah al-Maidah ayat 2:

Maksudnya: “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan

dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa

(maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana

2

Page 3: KERJA KURSUS

Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar

perintah-Nya).”

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Ambillah harta dari orang kaya

dikalangan kamu dan diberikan kepada orang-orang miskin.”

Adalah menjadi tanggungjawab ketua negara bagi menjamin setiap individu

mendapat taraf hidup yang sempurna, memberi bantuan kepada yang kurang

mampu.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Tanggungan yang ditinggalkan oleh

orang yang telah pergi akan menjadi tanggungjawab kita.”

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Orang yang dijadikan oleh Tuhan pentadbir

tentang hal ehwal orang-orang Islam, tetapi dia terus tidak  mengambil  peduli

terhadap keperluan mereka dan kemiskinan mereka, Tuhan juga tidak akan

memperdulikan keperluan dan kemiskinannya.”

Baginda juga pernah bersabda: “Pemerintahan negara menjadi pembantu orang

yang  tidak ada pembantunya.”

Sebuah masyarakat Islam ialah hidup dalam keadaan bantu-membantu

dalam sistem ekonomi dan menjamin taraf hidup yang sempurna bagi semua

anggota masyarakat.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Orang yang makan hingga kekenyangan

sedangkan jiran tetangganya kelaparan bukanlah merupakan seorang Islam yang

sejati.”

Malah Islam menganggap manusia sebagai satu keluarga, hidup dalam

keadaan tolong menolong antara yang kaya dengan yang miskin supaya tidak

berlaku jurang yang jauh antara keduanya. Islam tidak membezakan antara yang

kaya dengan yang miskin, yang tinggi dengan yang rendah, atau yang putih dengan

yang hitam. Mereka adalah sama di hadapan Allah dan di hadapan hukum yang

diturunkan oleh-Nya. Tidak harus ada diskriminasi dari segi kaum, bangsa, warna

kulit atau kedudukan. Kriteria yang tunggal bagi menilai diri manusia ialah watak

peribadi yang mulia dan sumbangannya terhadap Islam dan kemanusiaan.

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan melihat muka kamu

atau kekayaan kamu, Dia akan melihat hatimu dan perbuatanmu.”

3

Page 4: KERJA KURSUS

Saidina Umar sangat prihatin dalam persoalan keadilan pengagihan harta,

setiap orang mempunyai hak yang sama dalam kekayaan masyarakat dan beliau

sentiasa memastikan setiap individu masyarakat menerima bahagiannya. Pernah

satu ketika beliau  telah keluar malam dan didapati satu keluarga dalam keadaan

kelaparan lantas beliau menanggung makanan dan diberikan kepada keluarga

tersebut.

Saidina Ali telah menyebutkan bahawa “Tuhan telah mewajibkan terhadap orang

yang kaya untuk memberi kepada mereka yang miskin apa yang mencukupi untuk

mereka. Jika yang miskin kelaparan atau bertelanjang tanpa pakaian atau dalam

keadaan kesusahan, ini adalah kerana yang kaya telah merampas hak mereka, dan

memang layaklah jika Tuhan menuduh mereka yang bertanggungjawab terhadap

perampasan ini dan menghukumi mereka.”

Para Ulamak telah hampir sebulat suara berpendapat bahawa adalah

menjadi tanggungjawab seluruh masyarakat Islam pada keseluruhannya, terutama

sekali tanggungjawab yang kaya khususnya untuk menjaga keperluan asas bagi

mereka yang miskin, dan jika yang berada tidak memenuhi tanggungjawab mereka

meskipun mereka mampu berbuat demikian, negara haruslah memaksa mereka.

Namun, jika kita lihat isu Good and Service Tax (GST) yang sedang hangat

diperkatakan pada masa kini, adakah GST adalah salah satu pengurusan ekonomi

yang memenuhi konsep keadilan sejagat? Menurut ahli ulamak fiqh, mereka

membahagikan tiga kumpulan hukum kerajaan menentukan cukai, iaitu;

i. Haramnya cukai secara mutlaq.

Mereka berhujjah berdasarkan dalil Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat

188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil:

Maksudnya: “dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain)

di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan

harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau

mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu

mengetahui (salahnya).”

4

Page 5: KERJA KURSUS

Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana

tanpa rela dan keperluan mendesak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil)

tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya.”

(Riwayat Ahmad : hadis sohih)

Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan

pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

“Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan

hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada tangan

Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yang sekiranya seorang pemungut

cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya.”

(Riwayat Muslim : Sohih)

Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut

‘bertaubat’ menunjukkan ianya berdosa.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (sebahagian

menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka.”

(Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)

ii. Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di

musim wujudnya keperluan. Dalil mereka ialah;

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat.”

(Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani,)

Hukum harus sementara waktu ini berlandaskan Siyasah Syari’iyyah yang digubal

berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata:

5

Page 6: KERJA KURSUS

“Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka

terpaksa menggunakan harta mereka sendiri”

(Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1).

Imam Al-Qurtubi juga menguatkan hal ini dengan katanya:

“Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum muslimin dalam sesebuah

Negara iaitu selepas digunakan wang zakat dari baitul mal maka wajib pula dibantu

dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat).

(Tafsir Al-Qurtubi, 2/223).

Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-I’tisom. Imam Al-

Ghazzali juga menyatakan yang sam apabila dia menyebut:-

“Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi harta awam yang

boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi

mendapatkan pendapatan dan meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi

masuknya musuh ke neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah

bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi

keperluan tentera.

(Al-Mustasfa, 1/426)

Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia kerana

negara kita masih tidak sampai ke tahap tersebut.

iii. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum

pentadbiran Negara.

Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra,

hlm 116), begitu juga Sheikh Abu a’la al-Mawdudi yang menyatakan, harus

dikenakan cukai jika wang bayaran cukai itu adalah bagi kemaslahatan awam.

(Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga berijtihad harus

dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam sambil mengatakan perkataan ‘Maks’ di

dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi s.a.w itu membawa maksud khusus

iaitu:

“iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-

senang mereka dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan

rakyat mereka.”

6

Page 7: KERJA KURSUS

(Fiqh al-Zakat, Qaradawi, 2/987)

Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada

sebahagian cukai yang dikenakan di zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-

KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR (cukai perniagaan 10 % ke atas perniagaan

non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu). Kesemua cukai ini digunakan

sebaikanya untuk kepentingan dan kebaikan rakyat. 

Kaedah fiqh ada menyatakan “Menolak Keburukan didahulukan dari

Membawa Kebaikan (tambahan)”. Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan

dan servis, maka ini ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan Negara

menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh

dinilai dari masa ke semasa.

Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa

kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan

selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang

terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.

Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan

inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang

akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat

khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang

menjadi menaik, kuasa beli dan nilai matawang menjadi turun.

Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum

memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan

sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan

negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan,

sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat

sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.

Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak

beberapa puluh tahun lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik bakal

menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara

berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding

manfaat. Jika hukum haram yang ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak

berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah haram dan patut ditegaskan agar tidak

7

Page 8: KERJA KURSUS

perlu dibayar serta jangan dibayar. Bukanlah sekarang masanya untuk terus

menolak cukai secara sepenuhnya.

Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula

metode cukai dan seterusnya mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih

kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum

ini, maka GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh

iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan. Secara teorinya,

bergantung kepada pengawasan terhadap para peniaga, GST boleh sama ada

menaikkan harga, menurunkan harga atau kekal pada harga biasa.

Contohnya, jika GST dikenakan dan tiada cukai perkhidmatan dikenakan

kepada pelanggan, maka harga pasaran akan kekal pada harga biasa. Contoh lain,

jika GST dikenakan dan tiada cukai jualan dikenakan, maka harga pasaran akan

turun. Dan jika GST dikenakan pada setiap cukai perkhidmatan dan jualan, maka

harga pasaran akan naik serta-merta. Hal ini bergantung kepada kejujuran peniaga

itu sendiri. Oleh itu, pemerintah harus memastikan keadilan memberi hak kekayaan

di kalangan anggota masyarakat dan adalah tanggungjawab orang kaya menolong

orang yang miskin dengan bersedekah atau memberi zakat kepada golongan yang

memerlukan bantuan.

8

Page 9: KERJA KURSUS

1.2 HIKMAH PENSYARIATAN PELBAGAI BENTUK MUAMALAH KEWANGAN

1.2.1 SEWAAN

Pengertian sewa menurut bahasa ialah ‘upah kepada barang atau sewa

barang’. Menurut pengertian Syara’ pula, sewa ialah ‘aqad untuk menyewa manfaat

barang’. Dalam pengertian lain, sewa ialah ‘pertukaran manfaat dan faedah

terhadap sesuatu benda atau harta sebagai perkhidmatan dan tukaran ganti

dengan nilai’. Sebagai contoh, tidak sah menyewa pokok untuk tujuan

mendapatkan buah.

Kegiatan sewa adalah diharuskan dalam Islam selagi ia tidak bercanggah

dengan syariat Islam. Contohnya, seorang yang mempunyai sebidang tanah telah

menyewakan tanahnya kepada seorang yang bercucuk tanam, manakala penyewa

mesti membayar sewaan seperti yang telah diakadkan di antara mereka. Hukum

sewa adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan Hadis. Seperti firman Allah

dalam Surah al-Qashash ayat 27:

Maksudnya: “bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu;

engkau akan dapati aku insya-Allah, dari orang-orang yang baik layanannya."

Ayat di atas adalah salah satu bukti kegiatan sewa adalah dibolehkan untuk

keperluan umat Islam. Ayat ini menceritakan salah satu contoh sewaan yang

dibolehkan dalam Islam iaitu menyewa buruh untuk sesuatu pekerjaan yang akan

datang. Firman Allah lagi dalam surah al-Kahfi ayat 94:

Maksudnya: “mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan

Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami

9

Page 10: KERJA KURSUS

menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan

syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

Melalui ayat di atas, dapat kita lihat bahawa sewaan ini telah dilaksanakan sejak

dari dulu lagi, dengan syarat kesemua rukun-rukun sewaan ditepati, menepati

hukum syarak dan tidak menyusahkan kedua-dua pihak sama ada yang memberi

sewa atau penyewa. Allah juga berfirman dalam Surah at-Talaq ayat 6:

Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat

kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan

sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak

menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)

dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada

mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya;

kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada

mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya)

dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami

kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”

Rasulullah s.a.w. juga mengamalkan sewaan semasa pemerintahannya. Sabda

Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Dari Aisyah r.a.; Rasullullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. menyewa seorang laki-laki

dari Bani Dail. Dia masih memeluk agama para leluhurnya- yang ditugaskan

sebagai penunjuk jalan, Nabi dan Abu Bakar menyerahkan kendaraan dan

perbekalan kepadanya untuk diserahkan kembali setelah lewat tiga malam di gua

Hira”

(Riwayat Bukhari)

Sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud:

10

Page 11: KERJA KURSUS

“Dari ibnu Umar r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda; berilah upah sebelum kering

keringatnya”

(Riwayat Ibnu Majah)

Melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang dinyatakan diatas, sudah

terbuktilah bahawa sewaan ini diharuskan kepada umat Islam. Malah, kita amat

digalakkan untuk melaksanakan sewaan untuk menjaga kemaslahatan masyarakat

di samping membantu orang-orang yang memerlukan bantuan.

Antara hikmah sewaan dalam Islam ialah memberi peluang kepada

seseorang yang tidak memiliki barang tertentu menggunakannya. Manakala pemilik

barangan pula dapat memperluaskan rezeki. Contohnya, seseorang yang belajar

jauh dari kampungnya memerlukan tempat tinggal sepanjang tempoh

pembelajarannya. Oleh itu, dia perlu menyewa rumah yang terdekat dengan tempat

belajarnya mengikut akad yang telah dipersetujui dengan pemilik rumah tersebut.

Pemilik rumah tersebut pula akan mendapat keuntungan daripada si penyewa yang

berupa wang ringgit. Secara tidak langsung, pemilik rumah tadi dapat meluaskan

lagi rezekinya dengan menyewa rumahnya dan dapat mengembangkan bisnes

sewa rumah dengan lebih luas lagi.

Di samping itu, sewaan dalam islam dilaksanakan untuk mewujudkan

perasaan bantu-membantu dan amanah terhadap barangan orang lain. Contohnya,

Ali memerlukan kenderaan untuk pergi ke sekolah semasa praktikum di sekolah. Ali

ingin meminjam motosikal juniornya Abu. Abu berasa kasihan kepada Ali dan

bersetuju meminjamkan motosikalnya kepada Ali dengan bayaran sewa RM100

sebulan. Sepanjang tempoh sewaan tersebut, Ali hendaklah menjaga motosikal

tersebut sebaik-baiknya. Hal ini kerana motosikal tersebut adalah milik orang lain.

Di sini dapat kita lihat bahawa, pelaksanaan sewaan ini dapat mewujudkan

perasaan belas kasihan dan rasa ingin membantu dalam diri seseorang itu di

samping mendidik diri untuk amanah dalam menjaga barangan orang lain

Selain itu, pelaksanaan sewaan ini dapat mengeratkan hubungan dan

mewujudkan kasih sayang yang lebih kukuh di antara masyarakat. Hal ini kerana, si

penyewa dan orang yang memberi sewa pada asalnya kurang mengenali antara

satu sama lain. Sewaan ini adalah salah satu cara dakwah islam untuk berkenal-

kenalan antara satu sama lain tidak mengira agama dan kaum. Contohnya, Siew

Peng memerlukan kereta untuk kegunaannya pergi ke pasar pada setiap hujung

minggu. Namun, dia tidak dapat menemui kereta yang murah untuk disewa pada

11

Page 12: KERJA KURSUS

masa tersebut. Aina menawarkan keretanya untuk disewa dengan harga yang

murah. Setiap minggu Siew Peng akan berurusan dengan Aina. Dalam masa yang

sama, Siew Peng akan sentiasa berkomunikasi dengan Aina dan dapat saling

mengenali antara satu sama lain. Di sini dapat kita lihat bahawa sebagai seorang

pendakwah, tidak semestinya berdakwah melalui kata-kata sahaja tapi kita juga

boleh berdakwah melalui pelaksanaan sewaan itu sendiri. Kita dapat

mengurangkan kesusahan orang lain dan dalam masa yang sama dapat menjalin

ukhuwah dengan orang yang berbeza kaum dan agama dengan lebih dalam lagi.

Dalam pada itu, sewaan adalah sebagai salah satu bentuk pertolongan yang

dapat diberikan oleh golongan berada kepada golongan yang memerlukan. Hal ini

biasa kita dengar dan lihat pada zaman yang semakin mencabar ini. Golongan

yang kaya akan menyewa barangannya kepada golongan yang memerlukan

bantuan. Contoh yang paling ketara ialah sewaan yang melibatkan kawasan tempat

tinggal dan kenderaan. Misalnya, David berkeinginan untuk membeli kereta untuk

memudahkan urusannya pergi ke bandar tetapi dia tidak mempunyai wang yang

cukup untuk membelinya. Gopal yang merupakan golongan berada dan juga kawan

rapat David merasa kasihan dengan David lalu menawarkan keretanya untuk

dipinjam dan disewakan kepada David dengan harga yang dipersetujui di antara

mereka. Hal ini dapat membantu meringankan kesusahan David dan secara tidak

langsung Gopal pula dapat membantu golongan yang memerlukan seperti David.

Akhir sekali, pelaksanaan sewaan ini dapat membuka peluang kepada

golongan yang mempunyai kemampuan dari segi kepakaran atau tenaga untuk

memperluaskan atau mengembangkan pendapatan mereka. Jika kita lihat pada

masa kini, ramai yang melaksanakan sewaan ini dalam bisnes mereka. Contohnya

seseorang yang masih menuntut di universiti atau institusi pendidikan ini akan

membuat bisnes kereta sewa di tempat belajarnya. Untuk menambahkan

perbelanjaannya, dia akan menyewakan keretanya kepada pelajar lain yang ingin

pergi ke bandar atau kemana-mana sahaja. Bagi golongan yang memang bergiat

aktif dalam bidang bisnes jualan kereta pula, pelaksanaan sewaan ini dapat

membantu mengembangkan lagi pendapatan mereka.

1.2.2 GADAIAN

Gadaian menurut bahasa ialah ‘tahan’. Menurut pengertian istilah pula,

gadaian ialah ‘menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran bagi sesuatu hutang

dan ia akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat dijelaskan hutang itu nanti’.

12

Page 13: KERJA KURSUS

Jumhur ulama bersependapat muamalat gadaian adalah diharuskan, baik

ketika seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir.

Muamalat gadaian adalah diharuskan dalam Islam berdasarkan dalil nas al-Quran

dan Hadith. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 283:

Maksudnya: “Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau

memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka

hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi

hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang

(dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang

(yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang

diamanahkan kepadanya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan

janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara

yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka

sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah

sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Ayat di atas menerangkan pelaksanaan gadaian yang diharuskan kepada orang

bermusafir yang berhutang yang tidak ada juru tulis. Maka hendaklah musafir

tersebut menggadaikan apa-apa barangnya yang bernilai sebagai cagaran atau

upah sehingga hutang musafir tersebut selesai dilunaskan. Dapatlah dilihat di sini

bahawa gadaian ini dilaksanakan supaya penggadai dan orang yang memberi

gadai saling mempercayai antara satu sama lain.

Sabda Nabi SAW bermaksud:

"Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya

masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan

makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"

(Riwayat Tirmidzi)

13

Page 14: KERJA KURSUS

Berhutang adalah merupakan suatu jalan bagi mengatasi kesulitan

perbelanjaan tetapi  kadang-kadang orang-orang yang berkemampuan tidak

sanggup hendak memberi hutang kepada seseorang  yang dipercayainya kecuali

dengan sesuatu cagaran.  Dengan adanya cagaran itu, hutang yang diberikan itu

akan  terjamin dan terselamat.  Memandangkan kepada keadaan inilah Islam 

mengharuskan bermualamat dengan cara bergadai iaitu berhutang dengan

meletakkan suatu pertaruhan atau cagaran supaya terjamin pembayarannya bila

mana sampai tempohnya kelak.  Dengan cagaran itu, pihak memberi hutang tidak 

merasa apa-apa keraguan  lagi kerana bila sampai tempohnya nanti, walaupun

orang yang berhutang itu tidak sanggup menjelaskannya, pemberi hutang yang

memegang gadaian itu boleh menjualnya dan mengambil harganya  sekadar yang

telah diperhutangkannya.

Contohnya, Ramzi memerlukan wang sejumlah  RM 3,000.00.  Untuk

mendapat wang sejumlah tersebut ia terpaksa berhutang  dengan Loqman dengan

menggadaikan kebun getahnya iaitu  sebagai cagaran kepada hutangnya itu

dengan perjanjian apabila  ia tidak dapat melunaskan hutangnya itu dalam tempoh

yang  telah ditetapkan, Loqman bolehlah menjual kebun tersebut; dan jika harganya

lebih mahal daripada jumlah wang yang diperhutangkan itu, wang selebihnya itu

hendaklah diberikan kepada  Ramzi kerana ianya adalah kepunyaan Ramzi.

Muamalat hutang dengan cagaran sebagaimana yang tersebut  di atas inilah

dikatakan  rahnun (gadai).  Ramzi yang memerlukan wang itu dinamakan rahin

(penggadai).  Loqman yang memberikan wang dinamakan murtahin (pemegang

gadai).  Kebun yang dicagarkan itu dinamakan marhun (yang digadaikan).  Wang

sebanyak RM 3,000.00 itu dinamakan marhun bih (hutang gadaian).  Muamalat

cara ini mestilah dengan ada ucapan di antara si penggadai dan si pemegang

gadai.

Antara hikmah gadaian dalam Islam ialah dapat memberi kemudahan kepada

orang yang memerlukan bantuan. Dalam menjalani kehidupan didunia ini manusia

akan diuji dengan pelbagai  jenis ujian bergantung kepada sejauh mana usaha diri

mereka sendiri dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan bagi menampung

kehidupan mereka. Namun begitu, Islam tetap menyediakan beberapa cara atau

jalan sementara untuk memberi kepada mereka yang tidak berkemampuan melalui

salah satunya dalam bentuk gadaian tertentu. Mereka yang mempunyai harta untuk

digadaikan boleh ditukar ganti dalam bentuk nilai matawang yang memberi kesan

14

Page 15: KERJA KURSUS

yang baik iaitu setidak- tidaknya dapat membantu mereka yang berada didalam

kesusahan buat sementara waktu.

Di samping itu, pelaksanaan gadaian dapat memberi jaminan kepada orang

yang memberi hutang. Dalam Islam setiap pemberi hutang hendaklah membuat

satu jaminan kepada penghutang berbentuk tarikh atau pun sedikit perjanjian

tertentu bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini pada masa

hadapan. Ini kerana didalam islam amat menjaga hak-hak sesama muslim yang

lain yang mana jika kita meminjam atau memberi pinjam hendaklah sekurang-

kurangnya mempunyai satu jaminan yang sesuatu pinjaman itu ada had dan

tempoh tertentu untuk dilangsaikan. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan

daripada adanya berlaku salah faham atau tipu daya dalam bab pinjam meminjam

ini. 

Selain itu, pelaksanaan gadaian akan memudahkan seseorang mendapatkan

hutang modal bagi memulakan perniagaan. Bagi memulakan sesuatu perniagaan

semestinya seseorang itu memerlukan modal yang besar bagi memastikan proses

perniagaan lebih mudah dan tersusun. Dalam hal ini gadaian dapat membantu

peniaga bagi menyuntik modal dalam bentuk matawang. Barang yang hendak

digadaikan dijadikan sebagai cagaran dan dalam tempoh tertentu jika barangan

tersebut tidak dituntut maka pihak pajak gadai berhak untuk menjual barangan

tersebut.

Seterusnya, pelaksanaan gadaian dapat memberi peluang kepada umat

islam mengembangkan ekonomi. Dalam menjana serta menstabilkan ekonomi,

sistem gadaian juga memainkan peranan dalam membantu ekonomi umat Islam

supaya lebih senang maju dan berkembang ini kerana, dengan adanya pajak gadai

yang berkonsep islam serta memenuhi syara’ diharapkan menjadi sebagai suatu

alternatif kepada umat Islam dalam membantu menjadi perintis kepada pergerakan

ekonomi yang lebih jitu terutamanya membantu mereka yang memerlukan suntikan

modal awal mahupun mereka yang mempunyai kesungguhan dalam bidang

perniagaan tetapi tidak mempunyai modal.

Akhir sekali, dengan pelaksanaan gadaian ini akan dapat melahirkan sifat

kerjasama dan perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Dalam Islam amat

mementingkan semangat kerjasama dalam apa jua perbuatan. Dalam Al-Quran

juga banyak disebutkan tentang kerjasama dan sikap tolong menolong yang perlu

ada dalam diri setiap umat Islam. Sistem yang wujud dalam Islam secara tidak

langsung membantu memperkukuhkan ukhuwwah sesama umat Islam kerana

15

Page 16: KERJA KURSUS

ianya menyemai sikap bantu membantu serta memupuk sikap yang positif dalam

memajukan diri serta saudara seislam kita.

1.2.3 PERBANKAN ISLAM

Perbankan Islam telah diperkenalkan di Malaysia sejak perkembangan Islam

di kepulauan nusantara pada abad ke-12. Pada ketika itu, undang-undang Islam

dalam perdagangan telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan. Selepas

negara mengecapi kemerdekaan, permintaan untuk mewujudkan satu institusi

kewangan yang halal dan berpaksikan hukum syarak yang telus telah meningkat.

Antara bank terawal yang mengamalkan sistem perbankan Islam secara penuh

termasuklah Tabung Haji serta Bank Islam Malaysia berhad yang ditubuhkan pada

tahun 1983 dan dikawalselia di bawah Akta Perbankan Islam 1983. Sedekad

kemudiannya, bank-bank konvensional mengambil inisiatif dengan menawarkan

jendela Islamik (Islamic window) dalam urusniaga mereka sebagai contoh,

Maybank Islamic, CIMB Islamic dan sebagainya.

Di samping itu, suatu inisiatif lain telah diambil oleh pihak Bank Negara

Malaysia bagi menggalakkan lagi sistem Perbankan Islam untuk diterima pakai

bukan sahaja di Malaysia, malah membawa idea tersebut ke negara asing.

Menakjubkan apabila beberapa negara asing turut menerima sistem ini untuk

diamalkan dalam sistem perbankan mereka justeru memperlihatkan persetujuan

bahawa sistem Perbankan Islam menganjurkan pelbagai keistimewaan.

Objektif penubuhan perbankan Islam yang terbahagi kepada dua, iaitu

berlandaskan faktor tuntutan agama dan juga faktor keuntungan menjadi suatu

ukuran perbezaan sistem ini dengan sistem perbankan konvensional masa kini.

Istimewanya, sistem ini mementingkan hukum syariah sebagai garis panduan

dalam transaksi perbankan yang dijalankan. Terdapat banyak hikmah yang

diperolehi melalui pensyariatan perbankan Islam ini.

Pertamanya, dari segi asas perbankan tersebut. Pada asasnya, sistem

perbankan islam dilahirkan melalui wahyu Allah, yang bererti sistem ini

berlandaskan al-Quran sebagai sumber utama yang memacu perlaksanaannya.

Dalam surah Al- Baqarah, ayat ke 2 Allah berfirman:

16

Page 17: KERJA KURSUS

Maksudnya: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya dan merupakan

petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.”

Berlainan pula dengan sistem perbankan konvensional yang dicipta oleh manusia

sendiri maka bila akal dan fikiran manusia yang menjadi asas rujukan, sistem ini

terdedah kepada kelemahan dan kekurangan kerana ilmu manusia tidaklah

setanding dengan ilmu Allah yang Maha Esa.

Di samping itu, sistem perbankan Islam tidak mengamalkan sama sekali

kegiatan riba, gharar dan maysir. Larangan mengenai riba jelas disebutkan dalam

Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 275:

Maksudnya: “ … Dan sesiapa yang mengulangi (mengambil riba) maka mereka

itulah ahli neraka. Mereka kekal di dalamnya.”

Sebagai contoh, dalam kontrak Al-Wadiah iaitu sebuah kontrak apabila pemilik

harta mengamanahkan pihak bank menyimpan wangnya untuk tujuan pinjaman

semata, pihak bank tidak akan memberikan faedah melalui pinjaman wang tersebut

malah wang bonus yang akan diberikan dalam bentuk hibbah berteraskan budi

bicara pihak bank setelah menilai lebihan keuntungan yang diperoleh itu dan tidak

sama sekali melibatkan riba. Berlainan pula dengan sistem perbankan

konvensional, faedah atau keuntungan yang diberikan kepada pemilik harta itu

adalah merupakan riba yang seharusnya dilarang oleh hukum syarak. Begitu juga

dengan gharar iaitu suatu kontrak yang mempunyai unsur ketidakpastian dan

maysir iaitu kontrak perjudian, kontrak- kontrak sebegini adalah dilarang sama

sekali dari segi hukum syarak atas sebab yang diketahui umum iaitu bakal

mendedahkan pihak berkontrak kepada penyelewengan serta ketidakadilan.

Maka, sistem perbankan Islam adalah melibatkan kontrak-kontrak perniagaan

yang dibenarkan di dalam Islam. Antaranya ialah, pertama, kontrak Al-

Mudharabhah iaitu suatu kontrak perkongsian untuk mendapat keuntungan yang

diwujudkan antara dua pihak, iaitu pemodal dan pengusaha. Seterusnya,

keuntungan akan dikongsi bersama berdasarkan persetujuan atau kerugian akan

ditanggung oleh pemodal. Selain itu, kontrak Musharakah pula merupakan suatu

kontrak persepakatan antara dua pihak atau lebih untuk menggabungkan sama ada

modal, kerja atau komitmen dengan sasaran mendapatkan keuntungan. Di samping

17

Page 18: KERJA KURSUS

itu, kontrak Al Ijarah juga turut diamalkan oleh perbankan islam di mana akad sewa

atau upah yang melibatkan faedah atau manfaat daripada sesuatu aset atau tenaga

kerja dengan bayaran atau upah tertentu dalam tempoh yang dipersetujui. Antara

kontrak lain yang diamalkan termasuklah yang berlandaskan syariah Islam seperti

Bai As- Salam dan juga Bai Al- Istisna’. Kontrak-kontrak perniagaan halal ini adalah

menjadi suatu alternatif kepada sistem perniagaan riba yang ada di dalam bank

Konvensional yang diamalkan pada masa kini agar dapat megikut anjuran hukum

syarak yang sebenar.

Dari aspek hubungan antara pihak bank dan juga pemberi amanah itu sendiri,

perbezaan ketara jelas didapati di mana-mana dalam perbankan Islam, hubungan

antara pihak bank dengan pemberi amanah itu dibentuk melalui transaksi jual beli,

pelaburan atau perkongsian untung rugi. Manakala, hubungan di antara pihak bank

konvensional dengan pelanggan terbentuk daripada transaksi pinjaman atau

hutang. Seterusnya, mengenai urusan zakat pula, dalam sistem perbankan islam,

adalah merupakan satu tanggungjawab sosial pihak bank untuk terlibat dalam

pembayaran zakat di mana dalam sistem perbankan konvensional, tiada

peruntukan untuk pengeluaran zakat ditetapkan.

Tidak lupa juga, suatu transaksi yang selamat, bebas dari segala penipuan itu

memerlukan pemantauan yang berkala agar pematuhan garis panduan sentiasa

terjamin. Justeru, bagi sistem Perbankan Islam, segala urusan perbankan Islam

akan dipantau oleh Ahli ataupun Majlis Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Audit

Syariah yang bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan hukum Syariah di

sesebuah bank. Berlainan pula dengan perbankan konvensional, sistem

pemantauan adalah tidak diamalkan dari segi syariahnya justeru membuka ruang

bagi sistem ini melanggar hukum syariah yang menjadi teras kesepaduan umat

islam itu sendiri. Bukan sahaja untuk umat Islam, malah masyarakat yang datang

daripada agama lain haruslah sedar tentang kelebihan sistem perbankan Islam ini

kerana kelebihannya itu memberi faedah kepada masyarakat secara universal.

1.2.4 TAKAFUL

Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini

memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam

untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan.

Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen penubuhan

Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi kewangan yang layak

18

Page 19: KERJA KURSUS

seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah memudahkan masyarakat membuat

pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan yang adil, telus dan efisien.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi 'Amru Jarir bin

Abdullah r.a. yang memuji tindakan sedemikian rupa di mana mafhumnya berbunyi:

“Barang siapa yang menunjukkan (mempermudahkan sesuatu urusan) perkara

kebaikan, maka baginya pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya

selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya.”

(Riwayat Muslim)

Jika sebelum ini, umat Islam tidak mempunyai pilihan malah terpaksa

menerima sistem yang bercampur-baur dengan sistem yang tidak senada dengan

Islam. Keadaan ini mewujudkan kegelisahan dan rasa tidak selesa di kalangan

umat Islam. Namun kini, alhamdulillah, kemunculan Sistem Kewangan Islam

dengan pelbagai inovasi seolah-olah menjadi 'penyelamat' kepada umat manusia

daripada terus-menerus dibelenggu oleh sistem yang hanya meletakkan

keuntungan duniawi semata-mata. Malangnya, ada juga sesetengah pihak yang

masih berat hati untuk turut serta menyokong dan melibatkan diri dalam

memajukan sistem Islam ini dengan mencipta seribu satu alasan.

Malah, ada juga suatu golongan yang cuba untuk memburukkan imej Sistem

Kewangan Islam ini dengan cubaan-cubaan halus bagi melumpuhkan usaha murni

ini. Kepada golongan tersebut, diperingatkan satu firman Allah dalam surah Ibrahim

ayat 3:

Maksudnya: “Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan

menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi

bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam

kesesatan yang jauh terpesongnya.”

Sebagaimana yang dimaklumi, institusi Takaful sebagai contohnya, adalah

merupakan Institusi Perlindungan (Insurans) yang berteraskan prinsip Islam.

Institusi ini selayaknya disokong dengan bersungguh-sungguh kerana ia

19

Page 20: KERJA KURSUS

merupakan suatu sistem yang menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada

ummah.

Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan yang tidak boleh

disangkal lagi berbanding dengan sistem perlindungan konvensional. Di bawah

sistem perlindungan takaful para peserta yang menyertai mana-mana-mana pelan

perlindungan diprogramkan untuk sama-sama mempraktikkan konsep tolong-

menolong yang diredai Allah untuk sama-sama meringankan beban rakan-rakan

mereka yang berada di dalam kesusahan. Semangat ini akan melahirkan

masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, tidak sombong malah mereka

akan sentiasa prihatin kepada persekitaran mereka.

Islam sangat menggalakkan umatnya agar tolong menolong dalam perkara

kebaikan seperti yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam ayat 2 surah al-Maidah:

Maksudnya: “… hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan

takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan

pencerobohan…”

Sistem takaful juga bebas dari unsur-unsur gharar (syubhat), riba dan juga maisir

(judi). Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud bahawa sistem

takaful adalah satu sistem yang telus, tidak menyembunyikan fakta dan tidak

mengamalkan seperti pepatah Melayu "ada udang di sebalik batu".

Di antara nilai negatif di sebalik unsur riba adalah mengambil kesempatan,

menindas golongan yang dalam kesusahan dan mengeksploitasi untuk kepentingan

sendiri. Oleh itu, tidak hairan apabila kita melihat pengamal sistem yang

berteraskan riba ini mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri, sanggup

menindas orang lain, sentiasa mencari jalan untuk mengumpulkan kekayaan sendiri

dan lebih dahsyat lagi tiada perasaan belas kasihan dalam diri mereka. Hal ini

sebaliknya berlaku, dalam sistem Takaful yang tidak mengamalkan riba, nilai-nilai

tanggungjawab bersama, tolong menolong dan menjaga kemaslahatan umum

menjadi keutamaan. Begitu juga dengan unsur maisir. Unsur ini menjadikan

pengamalnya tamak dan rakus tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain.

Sistem Takaful yang tiada unsur ini sebaliknya mementingkan semangat

20

Page 21: KERJA KURSUS

persaudaraan dan kepentingan bersama sebagai satu teras yang menunjangi

aktivitinya.

Menerusi sistem Takaful seseorang peserta itu juga dapat melakukan amalan

yang sangat terpuji dalam Islam iaitu dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya

menerusi amalan tabarru' (derma). Dalam sistem takaful setiap peserta akan

memperuntukkan sebahagian atau semua daripada sumbangannya untuk

didermakan bagi membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Derma

dalam sistem takaful ini adalah derma kelas pertama. Ini kerana menerusi sistem ini

seseorang peserta dapat melakukan derma dengan ikhlas sebagaimana derma

yang dituntut oleh Islam. Ia seperti yang digambarkan dalam sabda baginda

daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:

“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada

sebarang naungan melainkan naungan Allah, pemimpin yang adil, pemuda yang

hidup dalam ibadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan

masjid, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah

kerana Allah, seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang berkedudukan dan

cantik lalu dia berkata sesungguhnya aku takut kepada Allah dan seorang lelaki

yang melakukan sedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu

apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah

secara bersendirian lalu bergelinangan air matanya.”

(Muttafaqun 'alaih)

Namun perlu ditegaskan keistimewaan konsep ini adalah ia tidak hanya

bermanfaat kepada orang Islam semata-mata. Sebaliknya, ia turut memberi

kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama. Sistem takaful

juga menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memainkan peranan sebagai

pendakwah yang berusaha mengembangkan produk muamalat Islam dengan

menyertai dan menyokong sistem ini. Ini kerana takaful adalah alternatif kepada

sistem insurans konvensional sebagaimana yang disimpulkan oleh Badan Petugas

Penubuhan Syarikat Insurans Islam Di Malaysia 1983. Malah masyarakat juga

berpeluang melakukan jihad menentang sistem jahiliah (sistem perlindungan

konvensional) yang telah difatwakan haram menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh

Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972.

Pada masa yang sama apabila menyertai sistem yang berteraskan sistem

Islam ini sebenarnya ia memberi peluang untuk beribadat yang merupakan satu

21

Page 22: KERJA KURSUS

menifestasi pengabdian, kepatuhan dan ketundukan kepada perintah Allah yang

memerintahkannya supaya melakukan makruf dan meninggalkan mungkar

sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 25:

Maksudnya: “dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan

beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya

beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-

buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada Kami

dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan

hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan,

isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya

selama-lamanya.”

22

Page 23: KERJA KURSUS

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADI KEKANGAN PENGAPLIKASIAN SISTEM

KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA BAGI MENGGANTIKAN SISTEM

KEWANGAN KONVENSIONAL

2.0 EPISTEMOLOGI

Perkara yang kurang mendapat perhatian dalam perbincangan mengenai

kewangan Islam ialah aspek epistemologinya. Ketika banyak literatur atau rujukan

dan bahan ilmiah mengenai segenap aspek kewangan Islam, didapati amat sedikit

perbincangan secara serius dari aspek epistemologi atau falsafahnya. Umumnya,

pengamal kewangan Islam termasuk ahli akademik tidak ramai yang memberikan

perhatian dan mempunyai kefahaman yang mendalam dalam aspek epistemologi

ini. Implikasinya ialah didapati pelaksanaan kewangan Islam pada hari ini dilihat

lebih cenderung ke arah mempunyai satu dimensi utiliti yang menjadi teras ekonomi

kapitalis iaitu memaksimumkan utiliti individual ’homo economicus’ .

Berbanding sistem kewangan konvensional yang pendekatan sekular dan

pendekatan kemanusiaan, epistemologi Tauhid merupakan asas sistem kewangan

Islam. Epistemologi Tauhid yang menjadi teras dan falsafah prinsip-prinsip

muamalat Islam sepatutnya menjadi aspirasi pengamal kewangan Islam untuk

meletakkan maqasid Syariah pertimbangan utama dalam setiap perancangan yang

hendak dilaksanakan. Dalam hal ini, Masudul Alam Chowdhury menyatakan

bahawa kewangan Islam hanya akan beroperasi secara efisyen di dalam ruang

lingkup epistemologi Tauhid yang menuntut semua pengamal kewangan Islam

bertindak sebagai khalifah yang mempunyai ’taklif’ atau tanggungjawab kepada

semua manusia di muka bumi ini. Epistemologi Tauhid ini adalah sangat unik dan

menyeluruh di mana ianya menekankan dua dimensi utiliti iaitu kepentingan untuk

mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.

2.1 MODEL ATAU KERANGKA PERLAKSANAAN

Kritikan terhadap kewangan Islam dari sudut atau pendekatan teoritikal

merujuk kepada model pelaksanaan dan amalannya. Pada hakikatnya,

cendiakawan ekonomi Islam seperti Chapra dan Siddiqi yang dianggap sebagai

’founding father’ kepada kewangan Islam mengusulkan pendekatan kewangan

Islam dalam kerangka perkongsian iaitu ’two-tier mudharabah’. Model ‘two-tier

mudharabah’ ini kemudiannya disokong oleh Khan dan Mirakhor yang cuba

membuktikannya secara simulasi. Mufti Taqi Usmani juga bersependapat dalam hal

23

Page 24: KERJA KURSUS

ini dan telah menyatakan pandangan beliau bahawa pendekatan dalam kerangka

perkongsian ini mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan ruh keadilan Islam dan

sepatutnya dijadikan sebagai kerangka pelaksanaan kewangan Islam.

Namun demikian, amalan kewangan Islam yang terdapat pada hari ini adalah

sebaliknya. Apa yang berlaku ialah amalan kewangan Islam dikatakan telah jauh

meninggalkan aspirasi ini di mana kerangka sistem berasaskan hutang menjadi

dominan di pasaran dan didapati hingga kini aspek perkongsian yang diaspirasikan

oleh pencetus idea ekonomi Islam dalam konteks dunia moden masa kini telah

diabaikan. Situasi ini disokong oleh Dar dan Presley yang membuktikan dalam

penyelidikannya bahawa produk berasaskan hutang merupakan instrumen yang

mendominasi pasaran kewangan Islam. Menyentuh soal ini, Kuran telah mengkritik

keras pelaksanaan kewangan Islam dengan mengatakan ianya bersifat manipulatif.

Di antara aspek yang agak diabaikan atau kurang diambil perhatian dalam

perlaksanaan kewangan Islam ialah dari sudut polisi ‘monetary’. Perlaksanaan

kewangan Islam pada hari ini masih beroperasi dalam ruang lingkup ‘monetary’

yang berlandaskan sistem konvensional. Ini bermakna struktur dan ciri-ciri produk

kewangan Islam yang ada pada hari ini masih lagi bergantung kepada polisi dan

sistem ‘monetary’ sedia ada kerana tiadanya polisi ‘monetary’ yang berlandaskan

Syariah. Ini menjadikan sistem kewangan Islam sedia ada ini tidak lengkap kerana

tiadanya polisi ‘monetary’ khusus yang patuh Syariah secara total. Masalah ini

dipersetujui oleh ramai sarjana seperti Arif dalam bukunya Monetary and Fiscal

Economics of Islam. Dalam aspek ini, Ahamed Kameel telah mengkritik sistem

‘monetary’ sedia ada dan mempromosi pengenalan semula sistem ‘monetary’ yang

berasaskan dinar atau emas. Walaupun, ada sesetengah sarjana yang menolak

idea ini seperti Murat Cizakca, namun persoalan sistem ‘monetary’ yang

berlandaskan Syariah itu merupakan satu isu yang sangat perlu dan penting untuk

diberikan perhatian secara serius.

2.2 PRODUK

Perkembangan kewangan Islam yang pesat sekitar 15-20 peratus setahun

menyaksikan pelbagai inovasi produk perbankan yang kini terdapat di pasaran.

Dalam masa yang sama, kritikan terhadap produk dan perkhidmatan kewangan

Islam jugalah yang paling banyak menerima kritikan daripada pelbagai pihak dari

segenap sudut. Di antara kritikan yang popular dan semakin menampakkan

kebenarannya ialah produk dan perkhidmatan kewangan Islam ini semakin hari

24

Page 25: KERJA KURSUS

semakin menyamai ciri-ciri dan aplikasi apa yang ditawarkan oleh perbankan

konvensional. Dar berpandangan bahawa kewangan Islam pada hari ini sudah

mula hilang ruhnya dan mengalami krisis identiti berikutan pendekatannya yang

terlalu cenderung bersifat ‘capitalistic’ .

Produk yang paling mudah untuk dijadikan dijadikan contoh ialah produk

pembiayaan perumahan. Sejak pengenalan kewangan Islam hingga sekarang,

pembiayaan perumahan yang berprinsipkan ’Bay al Inah’ yang dianggap

kontroversi dan tidak diterima oleh ramai fuqaha tradisional dan kontemporari

masih lagi menjadi ditawarkan di pasaran. Bahkan jika sebelum ini, kadar

keuntungannya adalah tetap dan terdapat sedikit perbezaan dengan pinjaman

konvensional, tetapi kini terdapat kadar apungan atau ’floating rate’ yang

sememangnya hampir menyamai pinjaman yang ditawarkan oleh perbankan

konvensional. Menyentuh isu ini, hakim di dalam kes Arab Malaysian Finance Bhd v

Taman Ihsan Jaya Sdn Bhd & Ors (Koperasi Seri Kota Bukit Cheraka Bhd, third

party) [2008] 5 MLJ 631 telah menegur institusi kewangan Islam dengan

menyatakan: ‘in developing a Fiqh muamalat caution must therefore be exercised

for it is all too easy, when creating and then relying on legal fiction, to fall into the pit

of complacency and inadvertently developing a Fiqh hiyal. Ingatan oleh Yang Arif

Hakim ini perlulah diberikan perhatian sewajarnya oleh institusi kewangan Islam.

Situasi yang sama berlaku pada produk berasaskan ’Tawarruq’. Pada

asasnya ’Tawarruq’ merupakan alternatif kepada produk berasaskan ’Bay al Inah’

terutamanya bagi tujuan kecairan atau ’liqudity’. Walaubagaimanapun, apa yang

berlaku ialah ’Tawarruq’ kini digunakan untuk tujuan lain dan bukan sahaja untuk

tujuan kecairan. ’Tawarruq’ kini digunakan untuk penjanaan keuntungan melalui

pembiayaan termasuk juga bagi produk deposit berstruktur. Produk deposit

berasaskan ’Tawarruq’ ini bukan sahaja boleh dianggap sebagai ’hiyal’ atau helah

untuk menghalalkan sesuatu tetapi ianya juga menjadi titik tolak ’convergence’ atau

penyatuan dengan ciri-ciri produk konvensional.

Begitu juga dengan produk pasaran modal Islam seperti ’sukuk’. Sukuk yang

berasaskan prinsip ’Musyarakah’ iaitu berdasarkan risiko perkongsian untung rugi

pada umumnya bertepatan dengan konsep muamalat Islam. Bagi tujuan ’credit

rating’ dan menjamin kebolehpasaran, sukuk Musyarakah akhirnya distrukturkan

dengan ’wa’d mulzim’ atau ’purchase undertaking’ yang akhirnya menjadikan

produk ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan bon konvensional malahan

25

Page 26: KERJA KURSUS

amat sukar untuk dibezakan. Situasi yang sama akan berlaku sekiranya produk

Derivatif Islam juga dibenarkan secara berleluasa tanpa ada garis panduan yang

sewajarnya. Jika produk sebegini menjadi dominan di pasaran tanpa ada kawalan,

pasti ianya akan memadam dan menghilangkan perbezaan di antara sistem

kewangan Islam dan konvensional malahan mendedahkan industri kewangan Islam

dengan pelbagai risiko yang boleh mengganggu kestabilan industri ini.

2.3 METODOLOGI

Pelaksanaan kewangan Islam juga mengalami permasalahan dari aspek

metodologi. Metodologi yang digunakan untuk menyelesaikan isu kewangan Islam

termasuk meluluskan produk dan perkhidmatan adalah bersifat tidak menyeluruh

dan ada yang mengatakan ianya tidak sesuai. Al Attas umpamanya mengatakan

bahawa kewangan Islam menggunakan metodologi yang tidak autentik iaitu

pendekatan dalam kerangka ’keynesian economic dan classical economic’ .

Dalam hal yang sama, Abu Sulayman dalam bukunya Towards an Islamic

Theory of International Relations: New Directions for Methodology and Thought ada

juga membangkitkan isu metodologi terutamanya dalam aspek pengeluaran hukum

atau Syariah. Menyentuh mengenai metodologi yang digunakan dalam

perlaksanaan kewangan Islam, Aslam Haneef yang secara kritikal mengkaji projek

’Islamisation of Knowledge’ telah mengkritik metodologi yang digunakan iaitu ianya

dilihat terlalu menekankan pendekatan sains ’Fiqh’ atau ’Usul Fiqh’ menerusi

resolusi penasihat Syariah untuk menyelesaikan permasalahan Shari’ah dan isu

lain seperti implikasi ekonomi dan kewangan. Ini disahkan oleh Balz yang

menyatakan bahawa kewangan Islam bukan hanya merangkumi hukum atau sains

Fiqh tetapi ianya juga melibatkan aspek risiko.

Berdasarkan kepada penilaian dan kritikan terhadap metodologi ini,

sepatutnya metodologi perlaksanaan kewangan Islam ini dinilai semula dengan

mengambil kira metodologi atau kaedah yang lain secara intensif yang boleh

digunakan. Oleh kerana keputusan yang dibuat oleh pengamal kewangan Islam

bukan sahaja melibatkan hukum bahkan implikasi ekonomi, sosial dan lain-lain,

sepatutnya metodologi yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh. Di antara

kesan metodologi yang bersifat eksklusif digunakan oleh kewangan Islam pada hari

ini ialah kebanyakan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang ditawarkan

adalah hanya bersifat halal dan patuh Syariah tetapi tidak memberikan kesan yang

signifikan kepada sosio-ekonomi masyarakat.

26

Page 27: KERJA KURSUS

2.4 TADBIR URUS

Kritikan terhadap aspek ’governan’ atau tadbir urus juga perlu diberikan

perhatian. Tadbir urus institusi kewangan Islam didapati mengutamakan

’shareholder’s value’ atau nilai pemegang saham. Orientasi ’Shareholder’s value’ ini

menjadikan institusi kewangan Islam ini cenderung kepada misi dan visi untuk

memaksimakan keuntungan pemegang saham. Kahf ada menyatakan bahawa

ruang lingkup tadbir urus yang diamalkan sesetengah institusi kewangan Islam

pada waktu ini hanya melahirkan pakatan baru antara golongan pemodal dan

agamawan (The Rise of New Power Alliance of Wealth and Shari’ah Scholarship).

Menyentuh aspek ini, Iqbal dan Mirakhor mengesyorkan institusi kewangan Islam

untuk menjadikan pendekatan ’stakeholder’s value’ sebagai model tadbir urus.

Model ’stakeholder’s value’ ini amat bertepatan dengan ruh ajaran Islam yang

sentiasa mengutamakan keadilan kepada semua.

Model ’stakeholder’s value’ ini mengambil kira kepentingan dan kebajikan

semua pihak yang terlibat dalam sesebuah institusi sama ada secara langsung atau

tidak langsung termasuk pemegang saham, lembaga pengarah, pengurusan,

pekerja, pelanggan, pihak berautoriti, masyarakat umum dan alam persekitaran.

Walaupun, asas tadbirurus bermodelkan ’stakeholder’s value’ ini dilihat amat

bersesuaian dengan aspirasi kewangan Islam, masih terdapat banyak institusi

kewangan Islam yang berpegang kepada pendekatan ’shareholder’s value’.

Berdasarkan faktor ini, tidak hairanlah ada institusi kewangan Islam masih

berakhlak seperti mana institusi kewangan konvensional yang sama-sama

beroperasi dalam kerangka ekonomi kapitalis.

2.5 SOSIO-EKONOMI

Dengan pelbagai krisis ekonomi dan kewangan yang melanda dunia,

kewangan Islam dilihat mampu untuk menawarkan sistem alternatif yang adil

kepada semua. Dalam aspek ini, kewangan Islam diharapkan akan dapat

membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat terutama kepada

golongan yang sangat memerlukan. Namun demikian, sekiranya ditinjau kepada

amalan kewangan Islam ada pada hari ini, pelaksanaannya tidak memberikan

kesan yang signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat. Malahan

ianya sering dilihat cenderung kepada memenuhi kehendak golongan pemodal.

Ahmed, (2004) mengesahkan bahawa institusi kewangan Islam tidak

berminat atau sangat kurang memberikan perhatian kepada aspek sosio-ekonomi

27

Page 28: KERJA KURSUS

terutamanya dari sudut pembiayaan mikro. Sehinggakan ada yang menggelar

kewangan Islam ini sebagai industri untuk golongan elit. Asutay misalnya telah

mengkritik kewangan Islam yang dilihat gagal untuk memberikan sumbangan dan

impak yang positif kepada keadaan sosio-ekonomi masyarakat dan pembangunan .

Beliau mengatakan bahawa industri kewangan Islam hanya berperanan sebagai

aktor dan berkhidmat secara berlebihan untuk pasaran dan tidak memberikan

sumbangan sewajarnya untuk pembangunan sosio-ekonomi masyarakat. Bahkan

ada juga menyuarakan pandangan bahawa sehingga kini, kewangan Islam dilihat

lebih bersifat ’elitis’ dengan memberikan keutamaan kepada projek-projek komersil

berbanding pembiayaan dalam sektor kecil dan sederhana dan ’micro finance atau

kewangan mikro. Berdasarkan fakta dan informasi yang dikumpulkan, beliau

mendapati kewangan Islam tidak sensitif dan sangat kurang memberikan

penekanan kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat bahkan kadang kala

terlalu memfokuskan kepada projek komersil yang menguntungkan segelintir

individu.

2.6 DOKUMEN UNDANG-UNDANG

Dokumen undang-undang adalah sangat penting dalam setiap transaksi.

Ianya menentukan terma dan syarat yang mesti dipatuhi oleh setiap pihak yang

terlibat dalam kontrak. Dalam konteks dokumen undang-undang melibatkan produk

kewangan Islam, dokumen itu mestilah memenuhi peruntukan undang-undang

bertulis dan juga menepati prinsip Syariah. Bukan itu sahaja, dokumen ini mestilah

mengandungi terma, syarat, tanggungjawab, akujanji serta ’liability’ yang adil di

antara pihak bank dan pelanggan. Dalam erti kata yang lain, peguam yang mendraf

dan menggubal sesuatu dokumen itu perlulah memiliki pengetahuan dan kemahiran

sekurang-kurangnya dua aspek iaitu undang-undang dan Syariah dan dalam masa

yang sama beretika dan mengutamakan kesaksamaan dan keadilan.

Apa yang sering berlaku di dalam industri kewangan Islam pada waktu ini

ialah, hanya terdapat segelintir peguam yang mempunyai kemahiran dan

pengetahuan sedemikian. Akibatnya ialah banyak dokumen undang-undang yang

disediakan tidak menepati Syariah bahkan ada yang menyalahi prinsip-prinsip

muamalat sesuatu produk. Bukan itu sahaja, dokumen undang-undang ini adalah

sangat mirip dengan terma dan syarat serta peruntukan yang sama dengan

dokumen pinjaman konvensional. Misalnya, Md Dahlan, dan Syed Abdul Kadir yang

telah membuat analisis terhadap perjanjian jual beli bagi transaksi melibatkan

pembiayaan produk Islam mendapati bahawa terdapat beberapa peruntukan

28

Page 29: KERJA KURSUS

perjanjian tersebut yang tidak menepati kehendak Syariah terutamanya yang

melibatkan rumah yang belum siap dan projek terbengkalai. Didapati bahawa

perjanjian ini mengandungi unsur ’gharar’ dan juga ketidakadilan di mana ianya

gagal untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pelanggan.

Berdasarkan faktor-faktor yang dikemukakan seperti ini, sesuatu perlu

dilaksanakan segera bagi memastikan setiap produk, perkhidmatan dan transaksi

melibatkan pembiayaan instrumen kewangan Islam ini bukan sahaja memenuhi

peruntukan undang-undang dan menepati prinsip Syariah, malahan ianya juga

perlu selari dengan etika Islam dan memberikan keadilan kepada semua pihak

yang terlibat. Amalan menjadikan sampel perjanjian-perjanjian yang digunakan oleh

sistem konvensional bagi maksud dokumen pembiayaan Islam tanpa membuat

perubahan selaras dengan prinsip Syariah, mengekalkan ciri-ciri konvensional,

hanya menukar terminologi dan tidak menjunjung etika Islam hanya akan

menjadikan kewangan Islam ini berakhlak seperti institusi kewangan konvensional

yang lain.

29

Page 30: KERJA KURSUS

3.0 ISU RELEVAN BERKAITAN PENAWARAN DAN PELAKSANAAN MANA-MANA

PRODUK KEWANGAN DI MALAYSIA

3.0 KAD KREDIT SECARA ISLAM

Kad kredit merujuk kepada kad yang membolehkan pemegangnya

menggunakan kad tersebut untuk membeli barangan, perkhidmatan dan

memperoleh wang tunai melalui kontrak dan perjanjian yang dipersetujui antara

pemegang kad dan syarikat pengeluar kad berdasarkan syarat-syarat tertentu. Ia

membenarkan pemegangnya melakukan urus niaga di atas secara kredit yang

merupakan salah satu kaedah pembayaran alternatif selain pembayaran secara

tunai atau cek. Bagi memastikan kad kredit secara Islam digunakan selaras dengan

tuntutan Syarak, pelbagai garis panduan berhubung dengan penggunaan kad kredit

secara Islam perlulah dibuat.

3.0.1 KAD KREDIT SECARA ISLAM BERASASKAN KONSEP BAI` `INAH DAN

WADI`AH

Terdapat cadangan daripada sebuah institusi kewangan Islam untuk

menawarkan produk kad kredit berasaskan dua konsep Syariah, iaitu bai` `inah

(untuk menghasilkan dana bagi menyediakan kemudahan kredit kepada

pelanggan) dan wadi`ah (untuk menyediakan khidmat simpanan ke atas dana yang

dihasilkan melalui kontrak bai` `inah). Di bawah mekanisme produk kad kredit ini,

institusi kewangan Islam akan menjual aset pada nilai nominal campur keuntungan

kepada pelanggan secara kredit selama tiga tahun. Kemudian, pelanggan akan

menjual semula aset tersebut kepada institusi kewangan Islam secara tunai pada

nilai nominal. Amaun tunai ini kemudiannya akan dikreditkan ke dalam akaun

wadi`ah di institusi kewangan Islam untuk membolehkan pelanggan melakukan

urus niaga pembelian barangan atau perkhidmatan. Kedua-dua urus niaga jual beli

akan dilakukan secara berturutan tetapi dalam dua kontrak yang berasingan.

Terdapat cadangan daripada sebuah institusi kewangan Islam untuk

menawarkan produk kad kredit berasaskan dua konsep Syariah, iaitu bai` `inah

(untuk menghasilkan dana bagi menyediakan kemudahan kredit kepada

pelanggan) dan wadi`ah (untuk menyediakan khidmat simpanan ke atas dana yang

dihasilkan melalui kontrak bai` `inah). Di bawah mekanisme produk kad kredit ini,

institusi kewangan Islam akan menjual aset pada nilai nominal campur keuntungan

kepada pelanggan secara kredit selama tiga tahun. Kemudian, pelanggan akan

menjual semula aset tersebut kepada institusi kewangan Islam secara tunai pada

30

Page 31: KERJA KURSUS

nilai nominal. Amaun tunai ini kemudiannya akan dikreditkan ke dalam akaun

wadi`ah di institusi kewangan Islam untuk membolehkan pelanggan melakukan

urus niaga pembelian barangan atau perkhidmatan. Kedua-dua urus niaga jual beli

akan dilakukan secara berturutan tetapi dalam dua kontrak yang berasingan. Dalam

hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu berikut:

i. Sama ada produk kad kredit berasaskan konsep bai` `inah dan wadi`ah seperti

yang dicadangkan dibenarkan; dan

ii. Sekiranya dibenarkan, sama ada produk kad kredit ini boleh membiayai pembelian

barangan ribawi seperti emas, perak dan barang-barang makanan.

Keputusan MPS pada mesyuarat ke-18 bertarikh 12 April 2001 telah memutuskan

bahawa produk kad kredit berasaskan konsep bai` `inah dan wadi`ah, serta

pembelian emas, perak dan barangan lain yang halal menggunakan produk kad

kredit secara Islam seperti yang dibentangkan adalah dibenarkan.

Asas Pertimbangan Keputusan MPS di atas adalah berdasarkan

pertimbangan ke atas perkara berikut:

i. Penggunaan konsep bai` `inah dalam produk kad kredit ini dibenarkan selaras

dengan dalil-dalil keharusan bai` `inah seperti yang dijelaskan dalam perkara 69;

153

ii. Kontrak wadi`ah pula dibenarkan dalam mekanisme kad kredit ini sebagai kontrak

pelengkap kepada bai` `inah yang hasil jualan tunai bagi kegunaan pelanggan

disimpan oleh institusi kewangan Islam berdasarkan wadi`ah; dan

iii. Isu berhubung dengan pembelian barangan ribawi tidak timbul kerana pembelian

tersebut melibatkan wang dan barangan, bukannya pertukaran antara barangan

ribawi. Tambahan pula, pembayaran adalah ditolak daripada akaun pelanggan

sendiri yang telah pun wujud.

3.0.2 KAD KREDIT SECARA ISLAM BERASASKAN KONSEP UJRAH

Beberapa buah institusi kewangan Islam telah mencadangkan produk kad

kredit yang berdasarkan konsep ujrah (upah). Melalui kad kredit ini, ujrah dikenakan

ke atas pemegang kad kredit sebagai balasan kepada penawaran perkhidmatan,

manfaat dan keistimewaan yang diberikan oleh institusi kewangan Islam kepada

pemegang kad kredit. Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada

struktur kad kredit yang menggunakan konsep ujrah dibenarkan Syarak.

31

Page 32: KERJA KURSUS

Keputusan MPS pada mesyuarat ke-77 bertarikh 3 Julai 2008 dan mesyuarat

ke-78 bertarikh 30 Julai 2008 telah memutuskan bahawa kad kredit yang

berdasarkan konsep ujrah seperti yang dicadangkan adalah dibenarkan, tertakluk

kepada perkara berikut:

i. Institusi kewangan Islam hendaklah memastikan ujrah yang dikenakan merupakan

tukaran kepada perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan sebenar (non-fictitious)

yang berlandaskan Syariah;

ii. Pengenaan ujrah yang berbeza bagi jenis kad kredit yang menawarkan

perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat yang berbeza adalah harus;

iii. Pengenaan ujrah bagi perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan yang tidak

berkaitan dengan pemberian qard, penangguhan hutang dan pertukaran tunai

dengan tunai pada nilai berbeza adalah dibenarkan; dan

iv. Pengenaan ujrah bagi perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan yang berkaitan

dengan pemberian qard, penangguhan hutang dan pertukaran tunai dengan tunai

pada nilai berbeza adalah tidak dibenarkan. Namun demikian, caj bagi menampung

kos sebenar (nafaqah/taklufah) pengendaliannya boleh dikenakan.

Asas Pertimbangan Ujrah ialah upah yang diharuskan dalam Islam

berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadis seperti yang berikut: Firman Allah yang

bermaksud:

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diupah adalah orang yang kuat dan

amanah.”

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Berikan pekerja itu upahnya sebelum kering keringatnya.”

3.0.3 MANFAAT PERLINDUNGAN TAKAFUL BAGI PEMEGANG KAD KREDIT

SECARA ISLAM

Terdapat cadangan daripada institusi kewangan Islam untuk menawarkan

perlindungan takaful kemalangan peribadi kepada pemegang kad kredit secara

Islam sebagai salah satu bentuk keistimewaan kepada pemegang kad kredit yang

dikenakan ujrah. Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada

pemberian perlindungan takaful kemalangan peribadi sebagai salah satu bentuk

manfaat yang dikenakan ujrah kepada pemegang kad kredit secara Islam

dibenarkan Syarak.

32

Page 33: KERJA KURSUS

Keputusan MPS pada mesyuarat ke-77 bertarikh 3 Julai 2008 telah

memutuskan bahawa pemberian perlindungan takaful kemalangan peribadi sebagai

salah satu bentuk keistimewaan kepada pemegang kad kredit secara Islam dengan

dikenakan ujrah seperti yang dicadangkan adalah tidak menepati Syarak. Namun

sekiranya perlindungan takaful kemalangan peribadi ini diberikan secara hibah

tanpa sebarang ujrah, maka ia adalah dibenarkan.

Asas Pertimbangan Pengenaan ujrah bagi perlindungan takaful kemalangan

peribadi tidak dibenarkan kerana:

i. Pemegang kad kredit secara Islam tidak menjadi peserta takaful secara langsung,

sebaliknya membayar ujrah kepada institusi kewangan Islam dengan balasan

institusi kewangan Islam tersebut memberikan perlindungan takaful yang diatur

dengan pihak ketiga; dan

ii. Apabila pelanggan hanya membayar ujrah kepada institusi kewangan Islam bagi

manfaat perlindungan daripada risiko, pengaturan ini dilihat sebagai pertukaran

tunai dengan tunai pada nilai berbeza yang ditegah Syarak.

Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan berlakunya syubhah pertukaran tunai

dengan tunai pada nilai berbeza yang ditegah Syarak, maka sebagai alternatif,

konsep hibah dikira sesuai kerana tiada halangan Syarak ke atasnya.

3.0.4 REBAT DALAM BENTUK PEMBERIAN TUNAI (CASHBACK) KE ATAS FI

TAHUNAN KAD KREDIT

Rebat dalam Bentuk Pemberian Tunai (Cashback) ke atas Fi Tahunan Kad

Kredit MPS dirujuk berhubung dengan cadangan daripada sebuah institusi

kewangan Islam yang menawarkan produk kad kredit berdasarkan konsep ujrah

untuk berjanji memberikan rebat dalam bentuk pemberian tunai (cashback) ke atas

fi tahunan sekiranya pemegang kad kredit menggunakan kad sekurang-kurangnya

dua kali sebulan.

Keputusan MPS pada mesyuarat ke-77 bertarikh 3 Julai 2008 telah

memutuskan bahawa institusi kewangan Islam tidak boleh memberikan cashback

kepada pemegang kad kredit secara Islam sekiranya dikenakan ujrah. Sebaliknya,

keistimewaan tersebut hendaklah diberikan sebagai hibah kepada pemegang kad

tanpa dikenakan ujrah. Asas Pertimbangan Keputusan MPS di atas adalah

berdasarkan pertimbangan bahawa pemberian cashback dengan pengenaan ujrah

33

Page 34: KERJA KURSUS

mewujudkan elemen pertukaran tunai dengan tunai pada nilai berbeza yang

ditegah oleh Syarak.

3.0.5 KAD KREDIT SECARA ISLAM BERASASKAN KONSEP WAKALAH DAN

KAFALAH

Terdapat cadangan daripada institusi kewangan Islam untuk menawarkan

produk kad kredit berdasarkan konsep wakalah dan kafalah. Menerusi produk ini,

institusi kewangan Islam bercadang mengeluarkan kad kredit kepada pelanggan

dengan had kredit yang ditetapkan. Pelanggan seterusnya akan menggunakan kad

kredit secara Islam tersebut untuk membeli barang atau perkhidmatan daripada

peniaga dan peniaga akan meminta pihak banknya untuk membayar amaun yang

digunakan oleh pelanggan. Bank peniaga seterusnya akan menghantar semua

dokumen berkaitan dengan urus niaga tersebut kepada Visa/Mastercard yang

menjadi pengantara antara bank peniaga dan institusi kewangan Islam. Visa/

Mastercard akan meminta institusi kewangan Islam untuk menjelaskan amaun yang

diminta oleh bank peniaga.

Di bawah konsep wakalah, ujrah akan dikenakan ke atas pemegang kad

kredit berdasarkan peratusan tertentu daripada had kredit sebagai balasan kepada

institusi kewangan Islam yang bertindak sebagai wakil bagi pihak pemegang kad

kredit untuk menjelaskan pembayaran kepada bank peniaga. Di samping itu,

menerusi konsep kafalah, institusi kewangan Islam turut menjamin pembayaran

kepada Visa/Mastercard (untuk pembayaran yang dibuat kepada bank peniaga)

dan menjamin pembayaran terhadap pembelian yang dibuat oleh pemegang kad

kredit daripada peniaga. Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu berikut:

i. Sama ada penggunaan konsep wakalah dan kafalah dalam struktur kad kredit

secara Islam ini selaras dengan Syarak; dan

ii. Sama ada kaedah penentuan ujrah oleh pihak institusi kewangan Islam yang

berdasarkan peratusan tertentu daripada had kredit dibenarkan Syarak.

Keputusan MPS pada mesyuarat ke-78 bertarikh 30 Julai 2008 telah

memutuskan perkara berikut:

i. Penyesuaian fiqah (takyif fiqhi) ujrah ke atas wakalah dalam struktur kad kredit

seperti yang dicadangkan adalah tidak tepat;

34

Page 35: KERJA KURSUS

ii. Kaedah penentuan ujrah berdasarkan peratusan tertentu daripada had kredit tidak

menepati hukum Syarak dan ia bercanggah dengan keputusan majoriti penasihat

Syariah di peringkat antarabangsa; dan

iii. Ujrah ke atas wakalah atau selainnya mestilah berbentuk amaun yang tetap tanpa

dikaitkan dengan had kredit untuk mengelakkan wujudnya unsur riba.

Asas Pertimbangan Takyif fiqhi ujrah ke atas wakalah dalam struktur kad

kredit secara Islam seperti yang dicadangkan adalah tidak tepat kerana fungsi

wakalah yang dilaksanakan oleh institusi kewangan Islam tersebut hanya terhad

kepada mewakili pemegang kad kredit dalam menjelaskan pembayaran kepada

peniaga sahaja, sedangkan institusi kewangan Islam tersebut juga pada hakikatnya

menawarkan beberapa perkhidmatan dan manfaat yang lain. Di samping itu,

kaedah penentuan ujrah ke atas wakalah berdasarkan peratusan tertentu daripada

had kredit membawa kepada pengenaan manfaat yang disyaratkan ke atas

pemberian pinjaman wang (qard) yang ditegah oleh Syarak.

35

Page 36: KERJA KURSUS

4.0 RUJUKAN

Amiruddin, A. (2015, April 10). Konsep Takaful Dalam Islam. Didapatkan Julai 5,

2015, daripada http://www.ahmad-amiruddin.com

Ashraf, H. (2013, September 3). Bentuk-Bentuk Kontrak (al-Aqd/Pertukaran) Dalam

Islam (Murabahah dan Ijarah). Didapatkan Julai 5, 2015, daripada

http://hafizashraf.blogspot.com

Ashraf, H. (2013, September 9). Konsep Musyarakah (Perkongsian). Retrieved

Julai 5, 2015, from http://hafizashraf.blogspot.com

Ashraf, H. (2013, September 9). Konsep Sistem Perbankan Islam. Didapatkan Julai

5, 2015, daripada http://hafizashraf.blogspot.com

Ashraf, H. (2013, September 4). Wadiah (Janji Menyimpan). Didapatkan Julai 5,

2015, daripada http://hafizashraf.blogspot.com

Asri, I. (2014, November 24). Gadaian(Ar-Rahnu) Menurut Islam. Didapatkan Ogos

27, 2015, daripada http://izwandyasri.blogspot.com

Awang, A. N. (2007, Julai 17). Khiar , riba, jual salam, gadaian, syarikat, sewa dan

cagaran. Didapatkan Julai 5, 2015, daripada https://hikmatun.wordpress.com

Aziz, D. N. (2014, Mac 29). SEMESTER 4: FEQAH: SEWA MENYEWA DALAM

PERNIAGAAN SIRI 4. Didapatkan Ogos 27, 2015, daripada

http://mypendidikanislammata.blogspot.com

DERAMAN, W. J. (2010, Jun 23). Kontrak Ijarah.

Hasan, D. Z. (2014, Disember 14). BLOG OF KNOWLEDGE (Shari'ah, Law, Islamic

Finance and Muslim News). Didapatkan Ogos 27, 2015, daripada

http://zulkiflihasan.wordpress.com

Musa, M. F. (2015, Ogos 03). Sistem Kewangan Islam: Kewajipan atau Pilihan?

Perbankan Islam Di Malaysia. (2014, Disember 29). Didapatkan Julai 5, 2015,

daripada https://ms.wikipedia.org

Rahim, N. M. (2012). Keupayaan Menampan Kejutan dan Krisis Ekonomi: Analisis

Perbandingan Perbankan Islam Dan Konvensional. Prosiding Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII. Perak: Jabatan Ekonomi Universiti

Teknologi MARA.

36

Page 37: KERJA KURSUS

Rahman, Z. A. (2009, Jun 24). Tahukah Apa Itu Ijarah di Bank Islam? Didapatkan

Ogos 27, 2015, daripada http://www.zaharuddin.net

Shairozihashim. (2010, May 01). Pelaksanaan Sistem Kewangan Islam. Didapatkan

Ogos 27, 2015, daripada http://shairozihashim.blogspot.com

Sulong. (2010, April 2). Sistem Mudharabah. Didapatkan Julai 5, 2015, daripada

http://sulong-bicaraagama.blogspot.com

Yuniasih, E. (2014, Jun 17). Pengertian Sistem Ekonomi Islam. Didapatkan Julai 5,

2015, daripada http://ekonomiplanner.blogspot.com

37

Page 38: KERJA KURSUS

5.0 REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.

Pertama-tamanya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya, akhirnya tugasan ini berjaya disiapkan. Terima kasih di atas

kerjasama rakan sekumpulan dan juga bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan

oleh pensyarah dalam melaksanakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada

sesiapa sahaja yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini tanpa

jemu.

Subjek Pengajian Fiqh ini adalah satu komponen penting di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kehidupan seorang bakal guru lebih-lebih

lagi termasuk di dalam bidang Pendidikan Islam. Saya berharap agar segala ilmu

dan pengetahuan yang saya dapat semasa tempoh melaksanakan kerja kursus ini

akan dapat saya mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian saya kelak sebagai

seorang guru.

Semasa menjalankan tugasan ini, saya dapat memperoleh banyak manfaat.

Antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai konsep

keadilan sejagat yang diamalkan dalam ekonomi Islam. Sebelum ini, saya

mengakui, saya kurang mengambil tahu mengenai isu ekonomi di Malayasia

terutamanya perihal ekonomi Islam. Dengan melaksanakan tugasan ini, saya sedar

bahawa seorang guru terutamanya guru baru perlu memahami dan menghayati

konsep ekonomi Islam ini dengan lebih mendalam agar setiap perkara yang

berkaitan dengan ekonomi Islam di Malaysia dapat diketahui dengan sebetul-

betulnya.

Di samping itu, saya dapat mengetahui serba sedikit hikmah pensyariatan

pelbagai bentuk kewangan Islam. Saya mengakui, pada semester-semester

sebelum ini, saya hanya mengetahui bentuk-bentuk kewangan Islam ini secara teori

sahaja. Sekarang, saya sudah dapat mengenal serba sedikit hikmah dan kebaikan

yang dapat diperolehi melalui pensyariatan pelbagai bentuk kewangan Islam seperti

sewaan, gadaian, perbankan Islam dan juga Takaful. Perkara ini penting kerana

semasa habis pengajian di IPG nanti, di sekolah sudah semestinya memerlukan

kesedaran yang berpanjangan mengenai bentuk-bentuk kewangan Islam ini.

38

Page 39: KERJA KURSUS

Namun, saya juga menghadapi sedikit masalah semasa melaksanakan

tugasan ini. Saya agak kurang memahami kehendak soalan tugasan yang diberikan

yang berkaitan dengan isu yang relevan berkaitan penawaran dan pelaksanaan

dengan mana-mana produk kewangan Islam di Malaysia. Kesannya, saya

memerlukan masa yang agak lama untuk memahami soalan tersebut. Tetapi atas

perbincangan dengan pensyarah serta rakan-rakan kumpulan lain, saya dapat

memahami soalan dan apa yang tersirat dalam soalan tersebut.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru, kita perlu mendalami dan menguasai

bidang tugas yang kita ceburi kerana ianya mempengaruhi murid dan proses

pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru juga perlu bersedia dan cakna dengan

isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan

Islam. Jika seorang guru itu mempunyai kesedaran dan bersedia dengan situasi

dan keadaan yang semakin mencabar pada masa kini, Insya-Allah anak murid dan

masyarakat di sekelilingnya akan terdorong untuk mengikut dan mencontohinya.

Akhir kata, saya berharap segala ilmu yang saya perolehi melalui tugasan ini dapat

dimanfaatkan sebaik-baiknya semasa mengajar di sekolah kelak.

39