kerja assigment golf

of 17 /17
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia NAMA : MOHAMAD RIDUWAN BIN ALIAS NO.MATRIK: D20111047446 FAKULTI : FSSKJ PROGRAM : PENDIDIKAN SAINS SUKAN SUBJEK : KEMAHIRAN IKHTISAS PADANG (GOLF ) KUMPULAN: A PENSYARAH :

Author: riduwanalias

Post on 27-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

semua tentang golf

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

NAMA : MOHAMAD RIDUWAN BIN ALIASNO.MATRIK: D20111047446FAKULTI : FSSKJPROGRAM : PENDIDIKAN SAINS SUKANSUBJEK : KEMAHIRAN IKHTISAS PADANG (GOLF )KUMPULAN: APENSYARAH :INSTRUKTUR : EN. MOHD MUHAIYUDIN B. MOHD ZAHID GOLFGolf adalah satu sukan padang yang dimainkan dengan menggunakan satu set kayu golf dan sebiji bola. Anda boleh bermain secara perseorangan ataupun berkumpulan. Dalam sukan golf pemain perlu memukul bola golf sehingga dimasukkan ke dalam lubang di padang golf. Setiap pemain perlu memastikan jumlah pukulan (stroke) kurang daripada PAR golf untuk skor yang terbaik. Golf merupakan satu sukan yang tidak memerlukan kawasan bermain yang standard seperti sukan-sukan lain yang mempunyai kawasan yang terhad dan tetap. Sebaliknya, sukan golf dimainkan di padang golf dan setiap padang mempunyai rekabentuk yang unik masing-masing dan mempunyai 9 lubang atau 18 lubang.Sukan golf juga ada peraturannya seperti sukan-sukan lain yang dipanggil rules of golf.Merujuk buku rules of golf, sukan golf ditakrifkan sebagai memukul bola dengan kayu golf dari tee box sehingga ianya masuk ke dalam lubang dan kiraan berpandukan peraturan golf.Umumnya, sukan golf dikira berdasarkan bilangan pukulan terendah bagi setiap individu atau dikenali sebagai stroke play atau individu/pasukan yang mendapat bilangan pukulan terendah bagi setiap lubang dalam satu pusingan dikenali sebagai matchplay. Selain itu terdapat juga pelbagai jenis format perlawanan yang lain seperti stableford, foursome, four ball, Patsome, Skins, String, Chapman, Flag tournement dan no official format seperti Scramble dan Greensome.

Dalam permainan golf kiraan stroke telah ditetapkan kepada 5 pukulan (Par 5), 4 pukulan (Par 4) dan 3 pukulan (Par 3) bagi setiap lubang. Kebiasaannya jumlah pukulan dalam setiap golf course adalah sama ada Par 70, Par 71 dan Par 72. Apabila anda bermain golf, jika jumlah pukulan (stroke) anda sehingga bola masuk ke dalam lubang sama dengan bilangan pukulan bagi lubang tersebut anda dapat PAR. Jika lebih satu pukulan dipanggil Bogey, jika lebih 2 pukulan Double Bogey, jika lebih 3 pukulan- Triple Bogey. Kalau pukulan anda kurang satu dipanggil Birdie, jika kurang 2 pukulan Eagle jika kurang 2 pukulan Double Eagle. Jika anda pukul sekali dah masuk dipanggil HOLE IN ONE. Dalam permainan golf mempunyai satu sistem yang dinamakan handicap, yang mana istilah ini merupakan ukuran kepandaian seorang pemain iaitu bermula dengan 24 hingga 0.Manakala bagi wanita pula ialah bermula dengan 36 hingga 0.Pemain golf melibatkan fahaman fizik dan daya konsentrasi. Kelajuan bola yang dipukul bergantung pada:1. Kelajuan ayunan pemukul 2. Sudut kayu dan pola3. Permukaan hentaman 4. Arah hentaman

JENIS SHOT DALAM GOLFTee shot-Pukulan pertama dari teeting ground. Tee shot biasanya dilakukan dengan menggunakan driver (contohnya 1-wood) pada hole yang panjang atau iron pada hole yang lebih pendek.Fairway shot-Iron atau wedge adalah club yang biasa digunakan untuk melakukan pukulan.Bunker shot-Pukulan ini dilakukan jika bola mendarat di atas bunker. Pukulan ini biasanya menggunakan sand wedge.Punch atau knockdown-Adalah pukulan rendah yang dilakukan untuk mnghindari cabang pohon atau angin yang kuat di atas.Putting-Adalah pukulan yang dilakukn di atas green dan menggunakan putter dan bagi kebanyakan golfer merupakan pukulan sulit.Approach shot-Adalah pukulan yang dilakukan intuk mendekatkan bola ke green.Pukulan ini biasanya dilakukan pada jarak yang sedang atau dekat. Tipe approach ada tiga iaitu:

1.Pitch Adalah approach shot yang menerbangkan bola ke atas green atau dekat green. Pitch shot biasa dilakukan dengan menggunakan iron 6 hingga lob wedge.2.Flob Adalah approach shot yang lebih tinggi dan berhenti setelah terkena tanah. Hal ini dilakukan ketika pemain pemain mesti menghadapi rintangan untuk sampai ke green. Flop biasa dilakukan dengan menggunakan club sand wedge atau lob wedge.3.Chip Adalah approach yang rendah untuk bergerak kearah green.

PERATURAN PERMAINAN GOLF1. Buatlah tanda yang khusus pada bola anda. Jika anda tidak dapat mengenalpasti bola tersebut sebagai milik anda, bola itu akan dianggap hilang. Jika bola hilang ketika mula memainkan hole, anda boleh menggantikan tanpa penalty, ketika main dilubang atu ketika di antra dua lubang.2. Hitung jumlah club anda tidak boleh melebihi 14.3. Dilarang untuk menggunakan alat bantuan (khusus untuk mengira atau mengukur jarak.4. Jangan minta nasihat daripada sesiapa,kecuali daripada partner atau caddie anda dan jangan memberi nasihat kepada sesiapa kecuali kepada partner anda.5. Anda boleh melakukan latihan pergerakan tangan apabila ingin bermain hole, tetapi pukulan latihan tidak digalakkan. Di antara lubang, anda boleh melakukan latihan chip atau putt berdekatan putting green terakhir yang dimainkan atau berdekatan di kawasan tee hole dan tidak dalam rintangan.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM SUKAN GOLF

MINGGU PERTAMA Pada minggu pertama, kami telah memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kami mengadakan kelas di padang golf dengan bantuan seorang tenaga pengajar yang profesional. Beliau mengajar kami dengan penuh dedikasi dan berwibawa. Hal ini adalah kerana , beliau menampilkan rasa minat lalu memberi komitmen yang tinggi ketika mengajar. Dapat dilihat bahawa beliau memberi keterangan teori dengan jelas dan menunjukkan teknik asas yang betul agar kami mudah memahami proses pembelajaran tentang golf dengan jelas . Pada hari pertama dan minggu pertama dalam proses pembelajaran , kami telah didedahkan tentang proses pembelajaran golf secara sistematik . Sebagai pengalaman pertama dalam menceburi bidang sukan ini , saya berasa amat bangga dan gembira kerana berpeluang mengikuti aktiviti ini . Tambahan pula ,sukan golf ini adalah salah satu sukan yg selalu disertai oleh golongan elit dan berkedudukan tinggi . Pengalaman hari pertama , saya telah didedahkan oleh tenaga pengajar iaitu Encik Din tentang pengetahuan golf . Dalam permainan golf , perkara asas dan wajib yang perlu diketahui oleh seseorang pemain golf adalah tentang lima kayu, iaitu woods, iron, parter, pitching & sand. Pada hari pertama ini juga , kami diajar teknik pukulan golf dengan betul . Kami dilatih dengan menggunakan sebiji bola dan gegulung .Teknik: Bola diletakkan dibahagian tengah tangan dan dikepit dengan kedua-dua belah tangan . Bola yang masih berada ditengah tangan dihayunkan seperti memukul bola golf . Dengan menggunakan kayu golf . Pergerakan badan yang betul dilakukan ketika melakukan pukulan yang dipanggil swing . Pembentukan badan penting ketika melakukan pergerakan hayunan bola

MINGGU KEDUA Minggu kedua proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di padang golf. Kami masih diajar teknik pukulan yang betul dan proses pembentukan badan ketika melakukan fasa-fasa pukulan bola golf.Pengajaran pertamaKami diajar membuat hayunan dengan menggunakan bola. Pergerakan ini penting untuk mendapatkan postur tubuh yang betul ketika melakukan pergerakan . Sebagai contoh, kaki dibengkok setelah melakukan pukulan. Manakala tangan akan bergerak dalam posisi yang sama. Pengajaran keduaKami diberi peluang memegang kayu golf sebenar. Kami diarahkan duduk dalam setiap gegelung yang disediakan dalam jarak yang sesuai agar dapat membuat hayunan golf dengan selamat. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan keselesaan dan teknik pukulan yang betul ketika melakukan hayunan kayu golf.

MINGGU KETIGAKami pelajar mengadakan latihan di Bukit Beruntung. Perjalanan di sana mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke destinasi. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak UPSI. Sebelum pergi ke sana, kami perlu menyediakan peralatan-peralatan seperti bola, gegelung dan set kayu golf. Sampai sahaja di sana, tenaga pengajar iaitu Encik Din mengarahkan kami mengambil posisi masing-masing untuk membuat latihan. Kami diberi peluang membuat pukulan dengan peralatan golf. Saya sebagai pelajar yang baru menceburi dalam bidang subjek golf berasa amat berbangga dan seronok kerana dapat membuat pukulan dengan cara dan teknik yang betul seperti yang dipelajari dalam aktiviti kelas pada minggu sebelumnya. En. Din memberi kami peluang memukul sebanyak mana bola golf. Tujuan latihan dibuat berulang kali untuk mendapatkan pukulan yang betul dan membiasakan diri dengan situasi sebenar..MINGGU KEEMPAT Kami melakukan latihan golf ditempat yang sama iaitu di Bukit Beruntung. Kami menggunakan peluang yang ada untuk menguasai teknik latihan golf ini,agar dapat dipraktikan pada masa hadapan. Bidang sukan seperti sukan golf ini perlu memiliki pengetahuan yang mendalam agar sukan ini mampu diketengahkan hingga ke persada dunia. Pada latihan kali keempat ini, kami masih diberi peluang membuat latihan pukulan jarak jauh secara berulang kali,dan sambil itu En. Din sebagai tenaga pengajar kami menegur segala kesilapan kami untuk membentuk pengetahuan yang baik dalam proses pembelajaran pukulan golf. Saya berasa amat gembira dengan situasi tersebut kerana daripada situ kami akan mendapat belajar daipada kesilapan setiap teknik dan pelajaran berkaitan sukan golf ini. Hal ini adalah kerana, proses pembelajaran ini mampu meningkatkan pemahaman saya dengan lebih baik. Sebagai contoh, teknik pukulan dari fasa permulaan pukulan hingga fasa akhir pukulan.

MINGGU KELIMA Latihan kali kelima ini banyak ilmu dan pengajaran yang diperolehi,melalui penegasan dan penerangan tentang proses pukulan golf. Kami dibawa ke kawasan padang golf yang dipanggil green. Nama pukulan ini dipanggil putting iaitu pukulan yang dilakukan di atas green dan menggunakan putter. Sebelum mengarahkan kami melakukan latihan, En.Din sebagai tenaga pengajar menunjukkan kepada kami tentang teknik pukulan yng betul. Saya berasa amat teruja akan situasi tersebut kerana dapat melakukan latihan yang begitu menarik dan pergerakan yang betul dalam situasi sebenar. Lebih-lebih lagi,saya juga dapat mendalami ilmu sukan golf dengan lebih mendalam melalui praktikal secara dekat berkaitan sukan ini. Setelah berulang kali membuat latihan pukulan golf ini, akhirnya saya telah mula fasih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pukulan secara dekat dan lebih realiti. Paling membanggakan, saya dapat memasukkan bola golf berulang kali dengan teknik yang telah dipelajari sejak awal saya masuk kelas kemairan ikhtisas golf ini. Permainan atau sukan golf ini memerlukan daya koordinasi yang tinggi dalam proses pukulan secara dekat kerana tanpa memfokuskan situasi tersebut, bola golf sukar dimasukkan kedalam lubang. MINGGU ENAMMinggu ini kami ke Seri Selangor Golf and Country Resort. Kali ini, kami berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat pemain-pemain golf profesional iaitu pro Jai dan pro Aidil. Kami cuba mendapatkan ilmu sedikit sebanyak daripada kedua-dua pro. Mereka berdua sangat ramah dan tidak lokek dengan ilmu. Di samping dapat mengenali kedua-dua pemain Malaysia tersebut, kami sempat ke melawat klinik golf dimana kami berpeluang melihat sendiri bagaimana cara iron digabungkan dan cara mengubah shape iron mengikut kesesuaian pemain.

MINGGU TUJUHPada awal kelas, kami melakukan pukulan di driving range. Selepas itu diadakan pra-test bagi golf. Kami membuat pukulan di green pada jarak 1 meter dan 3 meter. Setiap jarak dikehendaki membuat 5 pukulan. Inilah masa yang ditunggu tunggu untuk menguji peningkatan diri setelah beberapa minggu belajar.

MINGGU LAPAN Kali ini kami ke Lembah Beringin Golf and Country Resort. Struktur tanah di tempat ini lebih baik walaupun berbukit. Disana kami membuat latihan di green sebelum diadakan amali bagi peperiksaan akhir semester. Kami perlu diberi peluang sebanyak 5 kali untuk memasukkan bola pada jarak 1 meter dan 3 meter.

MINGGU SEMBILANMinggu ini kami beralih angin ke Sungai Buloh. Di sana persekitarannya lebih baik dan ramai pemain pemain golf. Ia merupakan antara tempat tumpuan pemain golf. Pada mulanya, kami ingin bermain golf di situ tetapi memandangkan ada diantara rakan rakan yang baru sahaja menderma darah, kami mengambil keputusan untuk sekadar mengadakan lawatan pada hari itu.

LAMPIRAN