kepimpinan dalam pengurusan

Upload: mohd-tamizi-hassan

Post on 03-Jun-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    1/23

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    2/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    2 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    tinggi dilapangan. Dalam hal ini, Krech dan Crutchfield memandang bahawa

    dengan kebaikan dari kedudukannya yang khusus dalam kumpulan ia

    berperanan sebagai agen primer untuk penentuan struktur kumpulan, suasana

    kumpulan, tujuan kumpulan, ideology kelompok, dan aktiviti kelompok. Terdapat

    pelbagai definisi berkaitan dengan kepimpinan di dalam organisasi. Melalui

    definisi - definisi yang diberikan, jelas bahawa menunjukkan kepimpinan

    memerlukan kualiti yang tertentu dan peranan kepimpinan itu sendiri amat

    penting dalam menentukan kejayaan kumpulan yang di pimpinnya. Kepimpinan

    juga merupakan aspek yang penting di dalam sesuatu organisasi memandankan

    pemimpin bertanggungjawab menunjukkan arah yang perlu dilalui oleh pengikut

    atau orang bawahannya.

    2.0 KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

    Dalam sesuatu organisasi mempunyai matlamat masing, untuk

    mencapaikannya, pemimpin yang proaktif memberi penekanan kepada

    keberkesanan gaya kepimpinannya pada pekerja dalam organisasi tersebut.

    Seseorang yang memegang jawatan yang tinggi dalam oragnisasi tetapi

    mereka mampu mempergaruhi organisasi kearah pencapaian matlamat yang

    telah ditetapakan. Kepimpinan ini juga boleh diklasifikasikan sebagai berasakan

    kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran,

    penagalaman, karisma dan sebagainya. Menurut Singh (2003), pengurus yang

    Berjaya merupakan mereka yang secara konsisten menunjukkan prestasi yang

    cermelang dan berada pada ranking terbaik dalam penilaian prestasi mereka dari

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    3/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 3

    kedua - dua aspek kualitatif( seperti sikap terhadap pelanggan, keupayaan

    pemimpin, dan sebagainya) dan kuantitatif (seperti sasaran jualan, audit dan

    sebagainya).

    Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan

    kejayaan sesebuah organisasi. Di dalam sesebuah organisasi, setiap pekerja

    memerlukan motivasi daripada pemimpin atau pengurus untuk melaksanakan

    sesuatu tugasan yang diberikan oleh pihak atasannya. Melalui Teori Kepimpinan

    Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House,

    telah mencadangkan Bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat

    sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja. Dengan ini pemimpin

    akan memahami bahawa pekerja akan mempunyai motivasi sama ada dalam

    keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan

    atau mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan.

    Justeru , seseorang pemimpin menghadapi cabaran untuk menggunakan gaya

    kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja. Pemimpin

    perlu meneydiakan elemen elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan

    pekerja bagi mencapai bagai mencapai matlamat organisasi. Teori Laluan

    Matlamat Mengariskan tentang empat gaya kepimpinan yang boleh

    dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja di dalam organisasi :

    I. Kepimpinan berorientasikan arahan (Diective Leadership)

    Satu jenis pengajaran gaya pengurusan yang disifatkan oelh seorang

    pemimpin yang memberitahu kakitangan bawahan apa yang sepatutnya

    mereka lakukan dan bagaimana untuk melaksanakan tugas tugas yang

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    4/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    4 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    dijangkakan. Gaya arahan kepimpinan mungkin berguna untuk pengurus

    dalam perniagaan di mana kakitangan bawahan mereka mempunyai

    pekerjaan yang tidak dikhusus dan kerana itu mereka memerlukan

    bimbingan yang lebih banyak untuk mengelakkan ketidakpastian. Pemimpin

    memberi sesuatu arahan mengenai sesuatu tugasan serta menerangkan

    mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut

    memberikan arahan mengenai sesuatu tugasan serta menerangkan

    mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut

    memberikan rahan mengenau apakah harapannya berkaitan tugas tersebut.

    Pemimpin juga turut memberikan arahan mengenai bagaimana tugas itu

    boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukan untuk

    meneyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada pekerja secara

    spesifik spaya pekerja mendapat gambaran awal dan kepafahaman yang

    jelas utnuk memulakan Sesuatu tugasan yang diberikan.

    II. Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

    Kepimpinan ini dikaitkan dengan cara cara pengurusan yang menetapkan

    matlamat yang mencabar , membantu dalam laithan, menekankan

    peningkatan, dan menjangka tahap prestasi tertinggi. Tingkah laku ini

    bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada

    pekerja. Di samping itu, pemimpin juga melayan pekerja tanpa berdasarkan

    status social dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya

    kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja bermotivasi

    bagi melaksakan sesuatu tugasan.

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    5/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 5

    III. Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Particpative Leadership)

    Gaya yang ditunjukan ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu

    alukan penyertaan pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu

    keputusan. Pemimpin memberi lepuang untuk rundingan kepada pekerja

    agafra mereka dapat menuyumbangkan idea serta pandangan mereka.

    Begitu juga dengan peluang untun meningkatkan cadangan dalam sesuatu

    keputusan berdasarkan persetujuan organisasi. Sebagai pekerja, mereka

    diberi kebebasan untuk mencadangkan pandangan dan pendapat mereka

    untuk membuat keputusan mengenai beberapa aspek tertentu, ia akan

    meningkatkan motivasi kepada pekerja, dengan mengandaikan bahawa

    pihak pengurusan serius menimbanhgkan cadangan mereka. Ia sudah tentu

    mempunyai kesan yang sangat positif terhadap prestasi kerja berpasukan di

    samping menyumbang kepada persekitaran kerja yang baik, dan produktiviti.

    IV. Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Acievement Oreinted

    Leadership)

    Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk

    melasanakan tugasan pada peringkat tertinggi dan juga menguji kemampuan

    mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang

    berkesinambungan. Hal ini dilakukan oleh pemimpin dengan menyatakan

    keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk

    mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    6/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    6 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    Di dalam Teori Laluan Matlamat, pemimpin perlu mengarah (directive) jika

    sesuatu tugasan yang dihadapi adalah kompleks. Sekiranya tugasan

    digunakan dan jika pekerja mempunyai keinginan ke arah kecekapan

    berganda, gaya berorientasikan pencapaian(achievement oriented) boleh

    dimanipulasikan. Gaya berasaskan penyertaan (participative) pula digunakan

    bagi pekerja yang memerlukan kawalan.

    Teori Laluan Matlamat tidak mengokong seseorang pemimpin untuk

    menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka

    kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Akan tetapi,

    ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka

    lebih bersemangat untuk melaksankan tugas dengan sempurna. Aspek

    kepimpinan adalah elemen yang sangat oenting dalam menentukan kejayaan

    sesebuah organisasi atau jabatan. Pemimpin berperanan membentuk

    organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut, terutamanya dalam

    memotivasikan pekerja. Motivasi pekerja pelru diperbaharui dari semasa ke

    semasa agar pencapaian tugasan dalam organisasi terus meningkat,

    berkesinambungan dan berterusan.

    3.0 KEPIMPINAN YANG BERKESAN

    Keperibadian seseorang pemimpin adalah salah satu faktor kerjayaan sesebuah

    organisasi yang dipimpin olehnya. Oleh itu, pemimpin kepimpinan yang baik

    akan membantu organisasi menjadi cemerlang melalui aktiviti kepimpinannya.

    Pemimpin yang baik dan cemerlang adalah pemimpin yang mampu

    menyediakan halatuju organisasi dan mampu mempergaruhi perlakuan

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    7/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 7

    pengikutnya. Pemimpin juga mempunyai visi dan matlamat yang jelas, mampu

    menjangka masa depan, mampu mengatur oragnisasi dengan kreatif dan

    mampu memberi rahan dengan jelas. Sesebuah oragnisasi boleh dimajukan dan

    kemajuannya berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan

    memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam pelabagai aktiviti.

    Ramai individu yang boleh menajdi pentadbir tetapi tidak semua daripada

    mereka boleh menjadi pemimpin. Pemimpin yang berkaliber memerlukan ciri

    ciri positif untuk dirinya diiktiraf sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang baik

    bukan lahir dengan sendirinya tetapi diperolehi melalui pengalaman, latihan

    berterusan dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Memimpin sesebuah organisasi

    bukanlah satu tugas yang mudah. Sungguhpun begitu, bersama sama

    gabungan ilmu, pengetahuan, personality dan visi, kepimpinan bukanlah satu

    misi yang mustahil bago setiap orang yang mahu menjadi seorang pemimpin

    yang Berjaya. Seseorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kerjayaan

    organisasinya sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua

    anggota dalam organisasi tersebut.

    Kepimpinan yang berkesan dikatakan mampu memberi kepuasan kepada

    pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

    Pekerja akan bekerja bersungguh sungguh sehingga objektif organisasi

    tercapai. Tekanan dan hukuman yang diberikan kepada pengikut akan dapat

    meningkatkan produktiviti dalam janka masa yang pendek tetapi dalamjanka

    masa panjang pekerka akan menimbulkan reaksi negative dan melahirkanrasa

    tidak puas hati dan bersikap menentang.

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    8/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    8 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    Mengadakan perbincangan dan membuka pelauang kepada pekerja untuk

    mengemukakan idea idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat

    merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan

    kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan

    berdedikasi. Ciri cir yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah

    semangat yang tinggi. Seseorang pemimpin haruslah mempunyai cita cita,

    ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk Berjaya.

    Kejujuran dan integrity juga diperlukan oleh seorang pemimpin dimana

    mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharakan. Selain itu,

    dorongan kepimpinan juga penting bagi pemimpin.

    Mereka mempnyai hasrat yang tinggi mahu mempergaruhi individu lain supaya

    menyokong usaha mencapai tujuan matlamat yang sudah ditetapkan oleh

    pemimpin. Ciriciri kepimpinan lain adalah keyakinan diri yang tinggi terhadap

    keupayaan diri sendiri. Kepintaran seseorang pemimpin juga diperlukan kerana

    pemimpin berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat maklumat

    yang banyak bagi memimpin sesebuah organisasi. Antara lain, mempunyai ilmu

    pengetahuan dan kepakaran yang cukup dalam yang dipimpin, kreativiti yang

    membolehkan pemimpin berupaya mencipta idea idea baru yang berguna dan

    mempunyai inovasi yang tinggi serta fleksibiliti bagi memastikan pemimpin

    berupaya menyesuaikan diri dengan keperluan pengikut dan keperluan situasi

    serta masa.

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    9/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 9

    4.0 GAYA KEPIMPINAN

    Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa

    yang dimilik sebagai alat untuk mempergaruhi pekerja suapya bekerja kuat

    untuk mencapai objektif organisasi. Berikut merupakan lima jenis gaya

    kepimpinan :

    4.1 Kepimpinan Demokratik

    Gaya kepimpinan demokratik juga dikenali sebagai gaya penglibatan

    bersama. Menurut Blake & Mouton (1964), stail kepimpinan demokratik

    dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya

    melibatkan diri dalam organisasinya. Kepimpinan jenis ini mengalakkan

    pekerja untuk terlibat sama dalam proses membuat keputusan. Semua

    maklumat yang melibatkan pekerja akan disalurkan dan melibatkan

    mereka ketika membuat keputusan dan menangani sesuatu masalah secara

    bersama. Kepimpinan jenis ini mengalakkan pekerja untuk terlibat sama

    dalam proses membuat keputusan. Semua maklumat yang melibatkan

    pekerja akan disalurkan dan melibatkan mereka ketika membuat keputusan

    dan menangani sesuatu masalah secara bersama. Seseorang pemimpin

    yang demokratik akan membantu pekerja menilai prestasi masing masing

    berdasarkan pelan pembangunan yang dibangunkan bersama. Pemimpin ini

    juga akan membenarkan pekerja membuat sasaran masing masing.

    Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat

    atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

    Ianya juga mengalakkan semua pekerja untuk meningkat dan

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    10/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    10 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    membangunkan kebolehan diri dan kerjaya masing masing serta turut

    memberi peluang untuk kenaikan pangkat dan tanggungjawab yang lebih

    berat. Pengiktirafan dan galakkan juga diberikan mengikut pencapaian

    pekerja.

    Antara kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik adalah

    pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab

    terhadap keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin.

    Pemimpin demokratik juga lebih bertimbang rasa dan sentiasa memberi

    galakkan dan penerangan kepada ahliahlinya mengenai kerjakerja yang

    perlu dilakukan. Penglibatan pemimpin dalam proses kerja boleh

    dioptimumkan dengan mengambil kesempatan ini untuk menyemai nilai

    nilai murni ke dalam jiwa ahli ahlinya. Gaya kepimpinan demokratik

    memberi banyak faedah jika digunakan pada masa dan situasi berikut:

    Pengurus mahu semua pekerja tahu dan mendapat maklumat

    terhadap apa - apa perkara yang memberikan kesan kepada mereka.

    Membenarkan pekerja berkongsi dalam membuat keputusan dan

    mencari jalan penyelesaian.

    Juga sesuai digunakan bagi memberi peluang kepada pekerja untuk

    membagun dan meningkatkan pembangunan personality dan

    kepuasan kerja.

    Masalah yang besar dan komplek yang memerlukam banyak input

    untuk menyelesaikannya.

    Perubahan yang perlu atau penyelesaian masalah yang boleh

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    11/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 11

    memberi kesan kepada pekerja.

    Bagi mengalakkan kerja berpasukan dan penglibatan bersama.

    Manakala gaya kepimpinan demokratik tidak sesuai digunakan

    apabila:

    Mempunyai masa terhad bagi mendapatkan input daripada

    semua orang.

    Jika pengurus mendapati dengan melakukannya sendiri lebih

    mudah dan efektif.

    Jika kesilapan tidak dapat diterima atau diberi kelonggaran.

    Apabila pengurus merasa terancam jika menggunakan gaya

    kepimpinan ini.

    Apabila melibatkan keselamatan pekerja

    Oleh itu, kepimpinan demokratik perlu digunakan pada masa yang sesuai

    supaya aktiviti kepimpinan menjadi lebih berkesan. Kepimpinan demokratik

    membawa kepada banyak kebaikan tetapi jika disalah gunakan ia akan

    membawa kepada masalah yang berat. Pemimpin yang mempunyai

    keperibadian yang bersifat demokratik ini digemari oleh pekerja kerana sikap

    mereka yang banyak bertolak ansur dan sentiasa membantu pekerja mereka

    yang banyak bertolak ansur dan sentiasa membeantu pekerja mereka. Oleh

    yang demikian setiap pemimpin seharusnya mempunyai sedikit sebanyak karate

    yang baik yang boleh yang boleh diikuti di dalam kepimpinan demokrtik ini

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    12/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    12 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    4.2 Kepimpinan Autokratik

    Kepimpinan yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi

    dan visi yang jelas apa yang jelas terhadap organisasi. Pemimpin jenis ini

    tahu dengan jelas apa perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan.

    Kebiasaannya, pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara

    bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada pekerja lain

    ataupun tiada langsung. Proses membuat keputusan juga tidak kreatif.

    Pemimpin menetapkan kesemua polisi dalam organisasi. Jenis kepimpinan

    ini hanya sesuai diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan

    dicapai dalam masa yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut

    lebih berpengetahuan daripada pekerja dalam sesuatu perkara. Pemimpin

    autokrasi lebih cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara

    paksaan, mengkritik apabila dirasakan dan mereka suka mendominasi. Gaya

    ini memperlihatkan satu bentuk kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan

    mesti menerima kesan akibat daripada keputusan yang dibuat sama ada

    baik atau buruk. Pemimpin autokratik lebih banyak memberi arahan dan

    sentiasa menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina.

    Pemimpin jenis ini juga jelas memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa

    mengambil kira keperluan individu. Mereka tidak prihatin dengan perasaan

    dengan perasaan pengikut. Oleh itu mereka selalunya tidak gemari dan

    pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).

    Adolf Hitler merupakan satu contoh pemimpin yang mengamalkan gaya

    kepimpinan autokratik. Kepimpinan belaiu secara perlahan lahan telah

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    13/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 13

    menghakis kebebasan awam. Kepimpinan beliau secara perlahan lahan

    telah menghakis kebebasan awam. Walaupun pengaruh Hitler diakui sangat

    kuat dan Berjaya untuk jangka masa pendek, namun untuk jangka masa

    pendek, namun untuk jangka masa panjang Hitler gagal mencapai

    matlamatnya. Malah Hitler juga turut dikenang sebagai antara pemimpin

    yang paling kejam dalam sejarah kepimpinan dunia. Ini jelas menunjukkan

    bahawa kepimpinan autokratik sesuai digunakan apabila sesuatu keadaan

    sedang meruncing dan memerlukan keputusan yang cepat dan jelas.

    Di dalam organisasi, pemimpin autokratik diperlukan apabila keputusan ingin

    dicapai dengan segera ataupun pada saat yang genting. Walaupun

    kebanyakkan pekerja kurang selesa dengan pemimpin seperti ini, namun

    mereka diperlukan untuk memastikan operasi organisasi berjalan lancar. Hal

    ini kerana, pekerja terpaksa mengikut arahan yang diberikan walaupun

    mereka tidak suka untuk melakukan pekara tersebut berbanding dengan

    kepimpinan demokrasi yang lebih banyak bertolak ansur dan keputusan

    diambil dengan tempoh masa yang lebih lama.

    4.3 Kepimpinan Laissez Faire(kebebasan)

    Pemimpin laisez faire jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan

    membiarkan subornat membuat keputusan. Mereka tidak begitu berminat

    dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Kepimpinan ini mungkin boleh

    Berjaya sekiranya subordinat mempunyai kepakaran yang tinggi dalam

    bidang masing masing. Walau bagaimanapun ia biasanya akan

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    14/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    14 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    mengakibatkan subordinat terbabit mempunyai motivasi rendah. Pemimpin

    yang mengamalkan stail kepimpinan laissez faire tidak begitu berminat

    dengan urusan yang diamanahkan kepadanya dan kuasa yang ada padanya

    tidak digunakan.

    Pemimpin seperti lepas tangan di mana kebebasan diberi sepenuhnya kepada

    kelompok menentukan matlamat, teknik dan kaedah bekerja. Pemimpin hanya

    campur tangan apabila diterima pelangga Gaya kepimpinan ini melibatkan

    penyertaan pemimpin yang sangat sedikit. Pemimpin lasses faire memberikan

    sepenuh kebebasab kepada ahli ahlinya untuk mengendalikan kerja mereka.

    Pemimpin sedemikian memberi kebebasan untuk menentukan matlamat mereka

    tersendiri serta cara cara mencapainya. Antara ciri ciri kepimpinan laissez

    faire adalah:

    Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhnya tanpa penjelasan

    dariapada pemimpin.

    Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat keputusan.

    Subordinat perlu mempunyai tolenransi yang tinggi untuk melaksanakan

    kepelbagaian tugas.

    Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenal pasti objektif

    organisasi.

    Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan

    sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya.

    Gaya kepimpinan ini agaj popular dan seriang diamalkan namun demikian ia

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    15/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 15

    tidak realistik dan tidak matang berhadapan dengan situasi di mana

    perkembangan pesat sedang beralaku pada masa kini apabila kualiti,

    keberkesanan, inovasi dan teknologi sangat diberi perhatian. Gaya kepimpinan

    ini mungkin berkesan sekiranya setiap ahli atau pekerja bawahan yang matang

    yang mempunyai kepakaran dan bermotivasi tinggi dalam menjalankan tugas

    yang diberikan.

    Walaubagamanapun, dalam kes kes yang melibatkan ahli yang mempunyai

    kepakaran yang rendah, organisasi tersebut telah kenalpasti sebagai kurang baik

    dalam menangani masalah dan kurang kepuasan bekerja. Kumpulan pekerja

    seperti ini turut merasa tertekan dan menunjukkan mutu kerja yang rendah

    kerana kurang berdisiplin. Motivasi ahliahli yang berada di bawah kepimpinan

    laissez faire juga berada ditahap yang rendah. Secara ringkasnya, produktiviti,

    hubungan sesame ahli, perubahan persekitaran dan inovasi adalah rendah

    apabila berada di bawah kepimpinan laiss ez faire.

    4.4 Kepimpinan Transformasional

    Pemimpin transformasional adalah pemimpin yang cuba untuk mengenal pasti

    keperluan pengikut dan cuba meningkatkan keperluan itu ke peringkat motivasi

    dan kematangan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama cuba memenuhi

    keperluan potensi kakitangan. Penglibatan keseluruhan seperti emosi, intelek

    dan moral diantara pemimpin dan pengikut akan menggalakan pengikut

    membentuk keupayaan diri mereka. Bentuk kepimpinan ini mengikat pemimpin

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    16/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    16 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    dan pengikut dalam satu proses perubahan yang akan mempergaruhi

    keseluruhan prestasi organisasi dan sekaligus menghasilkan persekitaran yang

    produktif dan inovatif.

    Kepimpinan tranformasional bertindak sebagai pemangkin perubahan dan bukan

    berubah untuk bertindak balas sahaja. Pemimpin seperti ini selalunya

    mengamalkan tingkah laku yang mengalakkan kakitangannya supaya bertindak

    dengan lebih yakin terhadap kemampuan diri tanpa seliaan atau arahan dan

    pemimpin mampu mempergaruhi pekerja secara luar biasa.

    Pemimpin traformasional cuba memotivasikan kakitangannya untuk melipat

    gandakan usaha mereka berbanding prestasi biasa. Prestasi biasa kakitangan

    diperolehi berdasarkan keyakinan biasa mereka untuk mencapai matlamat yang

    diharapkan.

    Peningkatan atau penambahan usaha ini boleh dicapai dengan adanya usaha

    pemimpin untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan kakitangan terhadap

    kepentingan dan matlamat organisasi. Pemimpin juga perlu menjelaskan cara

    untuk mencapai matlamat dan meningkatkan kesedaran diri tentang pentingnya

    organisasi. Peninkatan terhadap kesedaran tentang pentingnya prestasi

    organisasi terhadap pekerja adalah perlu bagi memastikan pekerja sentiasa

    berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    Pemimpin akan sentiasa memberikan dorongan yang tinggi kepada pengikutnya

    supaya mereka sentiasa peka dengan keadaan sekelilin dan situasi semasa.

    Terdapat ada tiga cara seorang seorang pemimpin transfomasional

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    17/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 17

    memotivasikan pekerja, iaitu dengan cara mendorong pekerja untuk lebih

    menyedari erti penting hasil usaha dan mendorong pekerja untuk mendahulukan

    kepentingan kelompok di samping meningkatkan keperluan pekerja yang lebih

    tinggi seperti harga diri dan aktualisasi diri.

    Ciriciri pemimpin transformasi seperti berikut: -

    Karisma menyediakan wawasan dan misi, meningkatkan maruah,

    hormat dan kepercayaan.

    Semangat - meletak dan menyebarkan matlamat yang mencabar yang

    ingin dicapai secara bersama.

    Menggerakkan Intelek menggalakkan kecerdasan, rationality, dan

    pragmatik.

    Memberi Perhatian memberikan perhatian yang menyeluruh secara

    personal, bimbingan dan nasihat.

    Kepimpinan transformasional dianggap sebagai kepimpinan yang paling

    berkesan pada masa kini kerana ia dapat meningkatkan motivasi pekerja untuk

    melaksankan tugasan yang diberikan kepada mereka. Sifat sifat yang ada

    pada pemimpin transfomasional memberi inspirasi kepada pekerja dan

    sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja mereka. Pekerja merasa ragu

    ragu mengenai kepimpinan yang diberikan kerana mereka telah diberikan

    penerangan yang jelas oleh pemimpin berkenaan.

    Pekerja juga akan lebih berinovasi dan sentiasa melontarkan ideaidea mereka

    untuk membuat penyelesaian bersama dalam mempertinkatkan prestasi

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    18/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    18 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    organisasi. Pemimpin ini selalunya akan disegani oleh pengikut kerana

    karekteristik yang dibawa oleh mereka dapat menarik perhatian orang

    disekelilingnya tidak kira sama ada pemimpin tersebut lelaki mahupun wanita.

    Oleh itu, pada masa kini ramai pemimpin yang cuba untuk mengaplikasikan jenis

    kepimpinan ini supaya organisasi mereka dpat dikembangkan daripada segala

    aspek.

    4.5 Kepimpinan Trasaksional

    Ciri ciri kepimpinan transaksional terdiri daripada dua aspek, iaitu ganjaran

    kontigen , dan pengurusan eksepsi. Kepimpinan transaksional adalah gaya

    kepimpinan yang seriang digunakan oleh banyak organisasi. Kepimpinan ini

    percaya bahawa hukuman dan ganjaran dapat memotivasikan pekerja.

    Kepimpinan ini juga menganggap bahawa apabila pekerja atau orang bawahan

    bersetuju untuk melakukan tugasan tertentu , maka mereka memberi kuasa

    kepada ketua mereka. Pemimpin mengawal dan mempunyai kuasa keatas orang

    bawahan dan pekerja mereka. Matlamat utama pekerja ialah untuk mematuhi

    perintah pengurus mereka. Dalam kepimpinan transaksional juga pemimpin

    mempunyai hak untuk menghukum pekerja bawahan jika prestasi mereka tidak

    mencapai tahap yang telah ditetapkan. Di dalam kepimpinan ini, dua aspek

    utama yang diberi penekanan adalah hukuman dan ganjaran.

    Pendapat ini di sokong oleh Darussalam Abu Bakar(2007) yang menyatakan

    Dalam Kepimpinan Transaksim hadiah dan hukuman adalah di antara sumber

    motivasi manusia. Sesetengah pemimpin suka memberikan ganjaran. Sekiranya

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    19/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 19

    mereka mendapati pekerja mereka melakukan tugasan dengan baik atau

    menunjukkan prestasi yang cemerlang, maka pekerja tersebut akan diberi

    ganjaran setimpal. Selalunya ganjaran akan diberikan dalam bentuk wang,

    hadiahm bonus gajidan sebagainya. Sebaliknya, jika pekerja menunjukkan

    prestasi yang kurang baik maka mereka akan diberikan hukuman yang

    setimpal. Pemimpin percaya bahawa hukuman dan ganjaran dapat

    memotivasikan pekerja untuk melaksanakan tugasan yang diberikan kepada

    mereka.

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    20/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    20 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    5.0 Kesimpulan

    Seorang pemimpin yang ingi Berjaya seharusnya mengambil tidakan berikut

    iaitu memastikan bahawa tingkah laku yang diamalkan itu bertujuan

    mengimbangi kepentingan matlamat organisasi dan keberkesanan perhubungan

    dengan orang bawahan. Tingkah laku yang diamalkan itu hendaklah

    bersesuaian dengan situasi. Pemimpin seharusnya mengembangkan dan

    mengamalkan kemahiran kemahiran tertentu seperti kemahiran membangun

    kumpulan yang efektif, kemahiran penggambaran (delegating), kemahiran

    asertive kemahiran mrenasang orang bawahan dan sebagainya.

    Sesebuah organisasi yang bagik memerlukan seoarang pemimpin yang dapat

    mempergaruhi ahliahli dalam organisasi tersebut kearah mencapai tujuan dan

    matlamat. Oleh itu, kepimpinan adalah proses yang sangat berkaitan dengan

    pengaruh di mana seseorang itu Berjaya mempergaruhi mereka yang dipimpin

    supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Kepimpinan ialah tenaga

    yang paling penting di sebalik kerjayaan dan organisasi, dan dengan itu

    organisasi tersebut tidak akan mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang

    berkesan. Kepimpinan berkait rapat dengan motivasi. Hal tersebut dapat

    dilihat dari keberhasilan seorang pemimpin dalam mengerakkan orang lain

    dalam mencapai tujuan yang telah ditetapkan sangat tergantung kepada

    kewibawaan, dan juga pimpinan itu dalam menciptkan motivasi dalam diri

    setiap orang bawahan, mahupun keatas pimpinan itu sendiri.

    Melalui perbincangan mengenai gaya kepimpinan pemimpin. Di dapati bahawa

    tiada satu kepimpinan yang spesifik yang dapat diamalkan oleh seseorang

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    21/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 21

    pemimpin untuk menjadikan kepimpinannya berkesan. Hal ini adalah kerana,

    jenis kepimpinan adalah bergantung kepada situasi semasa dan situasi pengikut.

    Oleh itu, semua jenis kepimpinan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

    pemimpin perlu bijak menyesuaikan jenis kepimpinan mereka dengan keadaan

    sekeliling. Kemahiran dan kualiti kepimpinan juga adalah antara ramuan yang

    perlu dimiliki oleh setiap pemimpin.

    Melaluinya, pemimpin bukan sahaja berkebolehan memipin, tetapi yang lebih

    penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut diyakini serta diiktiraf oleh para

    pengikutnya, malah warga organisasi keseluruhannya. Oleh itu pemimpin

    seharusnya menunjukkan karekteristik yang baik dan bersesuaian supaya

    pengikut mudah untuk menerima perkara yang disampaikan oleh pemimpin dan

    yakin dengan kepimpin mereka. Pemimpin harus memberikan petanda bahawa

    beliau adalah orang yang dapat dipercayai (Larson.2004).

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    22/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    22 208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN

    6.0 Rujukan

    Benkhoff , Birgit, 1997, Ignoring Commitment is Costly: New Approaches

    Establish The Missing Link Between Commitment and Performance,Jounal of

    Human Resources, Vol 50.No. 6

    Darussalam Abu Bakar (2007). Komunikasi Kepimpinan : Menangani Cabaran

    Global. Petaling Jaya: Prentice Hall.

    Andrew, P.H., Herschel, R. T. (1996) Organizational Commnuication:

    Empowerment in a Technological society. Boston, MA: Houghton Mifflin

    Krech,D.;Crutchfield,R (1974). Elements of psychology, Knopf Larson C. U.(2004). Persuasion: Reception and responsibility. Canada: Thompson Learning.

    Singh, K. (2003). Women managers. Journal of Management Research, 3(1), 31-

    43.

    Nurhelmi Ikhsan (2008, Mei 03). Kepimpinan Autokratik, Kepimpinan Demokratik

    Dan Kepimpinan Laissez-Faire dan Kesannya Terhadap Pengurusan Organisasi.

    Capaian pada Mei 07,2012, daripada http://www.pmm.edu.my/jke3/index2.php?

    option=com_docman&task=doc_view&gid=131&Itemid=54

    Dian Wahyu Utami (2009, Disember 25). Gaya Kepemimpinan dalam Organisasi.

    Capaian pada Mei 05,2012, daripadahttp://dbrainstorms97.blogspot.com/2009/12/gaya- kepemimpinan-dalam-

    organisasi.html

  • 8/12/2019 kepimpinan dalam pengurusan

    23/23

    Kepimpinan dalam pengurusan awam GMGM3023

    208105 MOHD TAMIZI BIN HASSAN 23

    Blake, R.; Mouton, J. (1964). The Managerial Grid: The Key to Leadership

    Excellence. Houston: Gulf Publishing Co., The University of Michigan.