keperluan orang tetap di hati - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk...

32
KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI cerminan 2014–2015

Upload: vulien

Post on 13-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI

cerminan2014 –2015

Page 2: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

KANDUNGAN

Muka hadapan: Gabriel, salah seorang peserta yang mendapat manfaat daripada program yang disertainya, bersama ahli keluarga bersiar-siar di Taman Bunga Singapura, sebuah Tapak Warisan Dunia Unesco.

Tujuan dan matlamat Temasek Cares adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan, maruah dan pencarian hidup individu yang memerlukan, keluarga dan masyarakat di Singapura, melalui daya usaha berikut:

Memperkasa WargaMenerusi sokongan yang terhormat untuk individu dan keluarga mereka pada masa sukar.

Membangunkan KeupayaanMenerusi pendidikan, latihan dan daya usaha lainnha bagi meningkatkan peluang untuk pencarian hidup.

Membangun Masyarakat Menerusi pemupukan keharmonian antara kaum dan agama merentasi budaya dan bahasa untuk golongan memerlukan, fakir dan miskin.

Menerusi pendidikan, latihan, kegiatan dan kempen untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan sekiranya berlaku keadaan mencemaskan melibatkan kesihatan, sekitaran dan keadaan kecemasan besar-besaran lain yang menjejas Singapura.

Membina Kehidupan BaruMenghulurkan tangan dan memberi satu lagi peluang kepada individu yang kurang bernasib baik, keluarga atau masyarakat.

01 Sorotan Utama Tahun Kewangan 2014-2015

02 Kenyataan Pengerusi

06 Lembaga Pengarah

07 Program untuk Tahun Kewangan 2014-2015

26 Nota Pengurusan

28 Senarai Program dan Talian Perhubungan

MISI DAN DAYA USAHA STRATEGIK

Page 3: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

SOROTAN KEY HIGHLIGHTS

$12.2 JUTAgeran program

15 program

1.2 juta isi rumah menerima kit permulaan ‘sentiasa bersedia’

kit permulaan

4,900 penerima bantuan,

merangkumi:1,028 keluarga

1,909 kanak-kanak

1,579 warga tua 384

belia ‘sentiasa bersedia’

SOROTAN KEY HIGHLIGHTS FY 2014-2015

01

Page 4: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Tahun Kewangan (FY) 2014 – 2015 menyaksikan Temasek Cares membiayai 15 program melalui 26 rakan kongsi masyarakat yang memberi kesan secara langsung kepada 4,900 warga Singapura. Sejak 2009, kami membiayai sejumlah 82 program yang memberi manfaat secara langsung kepada 22,500 rakyat Singapura. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membina daya tahan masyarakat, kami edarkan Kit Permulaan ‘Sentiasa Bersedia’ yang di dalamnya mengandungi pelitup N95 kepada 1.2 juta isi rumah. Kami menyumbangkan sejumlah $31.6 juta menerusi geran program terkini menerusi endowmen Temasek Holdings, khusus untuk manfaat rakyat di Singapura. Keperluan orang ramai adalah keutamaan program-program ini.

Keperluan orang tetap di hati: Perubahan Menerusi Kepelbagaian ProgramPuan Theresa a/p Anthony, 54, merupakan salah seorang yang meraih faedah daripada geran Temasek Cares - Penjagaan Berhampiran Rumah, satu daya usaha untuk menjalani kehidupan hari tua di rumah. Puan Theresa tidak mampu ke mana-mana, beliau menginap di sebuah flat sewa bersama anak perempuannya, yang perlu bekerja sepenuh masa demi menampung keperluan kewangan mereka. Puan Theresa mengalami serangan angin ahmar dan mengidapi pelbagai penyakit kronik lain seperti lupus dan sakit sendi. Beliau tidak mendapat jagaan mencukupi dan bantuan untuk membantu beliau menguruskan penyakit itu termasuk mengambil ubat-ubatan dan menghadiri janji temu perubatan.

Hasil bantuan Temasek Cares menerusi program Penjagaan Berhampiran Rumah yang diselaraskan oleh Agensi bagi

KENYATAAN PENGERUSI

Penjagan Bersepadu (Agency for Integrated Care), AWWA dan Pusat-pusat Kegiatan Warga Tua Kreta Ayer, kini terdapat pengurus kes yang dapat membantu menyelaraskan keperluan penjagaan Puan Theresa dan seorang pembantu penjagaan kesihatan untuk membantu beliau melakukan tugas harian lazim seperti penyediaan makanan, mandi dan pengambilan ubat-ubatan. Program ini telah membantu Puan Theresa menjalani usia senja dengan lebih selesa.

‘Projek Maruah’ yang diperkenalkan Temasek Cares adalah program paliatif yang dilakukan di rumah pesakit yang mengalami penyakit nyanyuk yang teruk. Penjagaan paliatif merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan mutu kehidupan pesakit yang berhadapan dengan penyakit yang tiada peluang penyembuhan. Berusia 88 tahun, Encik Jem1, yang mengalami nyanyuk yang teruk, mendapat manfaat daripada program ini. Beliau hanya terbaring di katil, mengidapi sakit buah pinggang peringkat akhir dan sering berulang-alik ke hospital sebelum ini. Menerusi Projek Maruah yang merupakan daya usaha Temasek Cares, yang ditadbir oleh Hospis Dover Park dan Hospital Tan Tock Seng, ia membolehkan beliau dirawat di rumah dan hasilnya, kesejahteraan dirinya bertambah baik. Ini merupakan program paliatif berpangkalan di rumah yang pertama yang memenuhi keperluan fizikal, emosi dan psikososial warga tua yang mengalami nyanyuk yang teruk.

Puan Marie Tan2, 33 tahun, dan anak lelakinya, tidak mempunyai rumah dan tiada sokongan keluarga selepas pembebasannya dari penjara. Emosi Puan Marie tidak stabil dan beliau bertarung dengan masalah ketagihan arak.

1Nama telah ditukar untuk melindungi identiti penerima bantuan.2Nama telah ditukar untuk melindungi identiti penerima bantuan.

Page 5: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Program Jagaan Lanjut bagi Peralihan Individu yang dirintis Temasek Cares menyediakan beliau dan orang lain sepertinya, tempat perlindungan yang selamat, kaunseling, pengurusan menangani ketagihan dan khidmat sokongan pekerjaan. Program ini, yang dibiayai oleh Temasek Cares, ditadbir oleh Dana Reben Kuning dan iC@RE Hub. Dalam kes Puan Tan, dia dibantu mendapatkan tempat kediaman tetap untuk dirinya dan anaknya. Kes Puan Tan adalah suatu yang biasa dialami bekas pesalah wanita yang mendapat manfaat daripada program pertama ini yang memberi tempat berteduh dan jagaan lanjut untuk wanita.

Bayi adalah kumpulan istimewa. Program Khidmat Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak (KIDS 0-3) yang diperkenalkan Temasek Cares

Keperluan orang ramai adalah teras utama dalam apa jua yang kami lakukan.

03

Page 6: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

KENYATAAN PENGERUSI

memberi tumpuan kepada keperluan kanak-kanak daripada ibu-ibu berisiko dan keluarga yang kurang bernasib baik. Ia membawa bersama-sama satu pasukan pelbagai disiplin yang terdiri daripada doktor, jururawat, ahli terapi, pekerja sosial dan profesional yang lain untuk membantu ibu-ibu dan anak-anak mereka dari lahir hingga berumur 3 tahun. Mereka melatih dan memberi sokongan di dalam bidang kesihatan, penjagaan dan perkembangan kognitif untuk kedua-dua ibu dan anak masing-masing.

Cik Jane Koh3 adalah seorang ibu tunggal berusia 19 tahun yang mempunyai keperluan khas. Beliau tidak mendapat sokongan keluarga untuk kehamilannya dan terpaksa belajar untuk menampung, kedua-dua emosi dan fizikal, untuk menjadi seorang ibu. Di bawah bimbingan pasukan Temasek Cares KIDS 0-3, Jane kini yakin dalam memberikan penjagaan yang terbaik untuk anaknya. Program ini juga memaksimumkan potensi perkembangan kanak-kanak.

Program KIDS 0-3 anjuran Temasek Cares adalah unik. Sekumpulan profesional telah dijemput untuk menghadiri persidangan antarabangsa yang terkenal di Hiroshima4 dan Birmingham5 untuk berkongsi pengalaman dan model baru ini dalam penjagaan ibu dan anak.

Mereka adalah sebahagian daripada program keperluan orang ramai yang membawa transformatif dan kepelbagaian.

Keperluan orang tetap di hati: Membangunkan Daya Tahan Warga Singapura dan MasyarakatSekali lagi menyentuh tentang keperluan orang ramai, Temasek Cares turut membiayai daya usaha-daya usaha berikut bagi membangunkan daya tahan dalam masyarakat kita.

Apabila Singapura mengalami jerebu yang teruk pada tahun 2013, ramai di antara kita tidak bersedia untuk menangani keadaan itu. Kami menyedari perlunya untuk masyarakat lebih bersedia dalam menghadapi kecemasan. Disokong oleh Temasek Holdings dan melalui Dana Menghadapi Kecemasan Temasek (T-PREP), kita bekerjasama dengan Singapore Power dan Singapore Post untuk mengedarkan Kit Permulaan ‘Sentiasa Bersedia’ yang mengandungi pelitup N95 dan talian telefon kecemasan kepada semua 1.2 juta isi rumah di Singapura.

Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada April 2014 di mana kanak-kanak sekolah mengalami trauma yang teruk. Ini menyebabkan kami ingin menyediakan terapi trauma berasaskan komuniti untuk anak-anak kita. Seramai 60 ahli terapi, pekerja sosial dan kaunselor telah dilatih di Fokus Trauma - Terapi Tingkah Laku Kognitif menerusi program Kanak-Kanak Dalam Keadaan Sukar Temasek Cares yang ditadbir oleh Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau. Program ini adalah tepat pada masanya kerana kami dapat menyediakan terapi trauma kepada pelajar-pelajar kita yang terjejas dalam gempa bumi baru-baru ini di Gunung Kinabalu, Malaysia.

Kajian penyelidikan dan rundingan dengan pakar perubatan Singapura menunjukkan, disebabkan masa itu genting, prosedur untuk mengembalikan denyutan jantung dan pernafasan seseorang menerusi pengepaman jantung secara luaran dengan menggunakan tangan boleh meningkatkan peluang seseorang yang mengalami serangan jantung untuk hidup. Cara yang dipermudahkan ini dengan hanya pengepaman jantung sahaja, tanpa memerlukan bantuan pernafasan mulut-ke-mulut; boleh dilakukan dan lebih diterima orang ramai. Kami sedang bekerja rapat dengan Unit Penjagaan Pra Kecemasan, dan disokong Yayasan Jantung Singapura, St John Singapore dan Pertubuhan

3Nama telah ditukar untuk melindungi identiti penerima bantuan. 4Persidangan Asia tentang Pendidikan untuk Ketekalan, 22 hingga 24 Mac 2015, Hiroshima, Jepun5 Tiada Mutu tanpa Kesaksamaan dalam Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak, 4 hingga 5 Jun 2015

04

Page 7: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Yang ikhlas,

KENYATAAN PENGERUSI

Palang Merah Singapura, untuk melatih lebih ramai individu dalam masyarakat dengan kemahiran ini untuk tiga tahun mendatang.

Program ketahanan masyarakat kita akan diperluaskan pada 2016, sebagai contoh, mewujudkan satu rangkaian trauma untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas, dan penyediaan pusat pendaftar bagi pengerahan pasukan kecemasan masyarakat.

Keperluan orang tetap di hati: Mendampingi Warga EmasSingapura menghadapi jumlah warga tua yang semakin meningkat dan kami memberi penjagaan khas kepada warga emas di kalangan kita. Pada Disember 2014, kami membantu menyelaraskan satu perbincangan meja bundar berkenaan tajuk “Memperkukuh Penglibatan Masyarakat dan Pendampingan Sivik di kalangan Warga Tua di Singapura”. Para peserta, termasuk Council for Third Age, Human Capital Singapore, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja, Agensi bagi Penjagaan Bersepadu, Lembaga Kejururawatan Singapura, Kawasan Undi Ang Mo Kio, dan Majlis Pembangunan Masyarakat Timur Laut.

Tumpuannya adalah terhadap pembentukan program berteras masyarakat di mana warga tua yang berkeupayaan boleh menjaga warga seusia yang uzur. Ini termasuk menyediakan pengawasan kesihatan secara kerap, menemani mereka menghadiri temujanji perubatan, menjalin persahabatan dan mewujudkan kumpulan sosial. Terdapat juga perbincangan mengenai sistem berasaskan masa bagi menggalak masyarakat untuk “menyambung usaha murni” ini. Kerja-kerja sedang dijalankan dengan pelbagai pertubuhan untuk membentangkan program-program berteraskan masyarakat atau yang berteraskan kawasan undi tidak lama lagi.

Penghargaan KhasSaya ingin merakamkan penghargaan kepada Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew. Masyarakat merupakan teras utama dasar dan daya usahanya. Encik Lee merubah Singapura daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada sebuah negara dinamis dalam Dunia Pertama. Beliau menyumbang sepenuh kehidupannya dalam menjaga kebajikan Singapura dan rakyatnya – sentiasa berusaha meningkatkan kehidupan mereka dan membangunkan sebuah masyarakat yang penyayang. Temasek Cartes terus didorong oleh visi dan semangatnya dalam membantu golongan rakyat Singapura yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Akhir kataSaya ingin merakamkan penghargaan kepada Temasek Holdings dan Temasek Trust atas komitmen mereka dan kepercayaan terhadap kerja-kerja yang kita lakukan. Saya juga berterima kasih kepada para Pengarah atas bimbingan dan nasihat mereka. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Goh Yong Siang, yang telah mengundur diri tahun lalu, atas sumbangannya kepada Lembaga. Kami berbangga Cheo Hock Kuan dan Koo Tsai Kee menyertai Lembaga Pengarah kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan program atas sokongan mereka. Akhir sekali, bagi pihak Temasek Cares, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penerima bantuan atas peluang yang diberikan untuk mendampingi mereka. Keperluan orang ramai adalah teras utama dalam apa jua yang kami lakukan.

Richard Magnus Pengerusi

05

Page 8: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

LEMBAGA PENGARAH

LEMBAGA PENGARAH

Richard Magnus Pengerusi

Cheo Hock Kuan Pengarah

Mohd Salleh Marican Bendahari

Vemala K Rajamanickam Pengarah

Pang Cheng Lian Pengarah

Zainul Abidin Rasheed Pengarah

Benedict Cheong Pengarah

Koo Tsai Kee Pengarah Pengganti

06

Page 9: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

PROGRAMMES FOR

FY 2014-2015

PROGRAM UNTUK TAHUN

KEWANGAN (FY) 2014-2015

07

Page 10: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Program seluruh negara ini merupakan kerjasama antara Temasek Cares dan Singapore Power, dan disokong oleh Singapore Post.

Kit Permulaan ‘Sentiasa Bersedia’ Temasek Cares ini setiap satu mengandungi tiga pelitup N95; arahan mengenai cara-cara untuk memakai pelitup; dan nombor telefon kecemasan yang

KIT PERMULAAN ‘SENTIASA BERSEDIA’ TEMASEK CARESMembangun daya tahan masyarakat dalam menghadapi kecemasan

—Rakan Kerja: Singapore Power, Singapore Post

PROGRAM KAMI

Sejumlah 1.2 juta isi rumah di Singapura menerima Kit Permulaan daripada Temaek Cares pada Mei 2014.

diedarkan kepada kesemua 1.2 juta isi rumah di Singapura pada Mei 2014. Sebanyak 400,000 kit tambahan telah diberikan kepada penduduk di rumah-rumah kebajikan, keluarga-keluarga yang memerlukan melalui Ahli Parlimen mereka dan pekerja asing yang terpaksa melibatkan diri dalam kerja-kerja luar dan menyumbang kepada masyarakat kita walaupun krisis berlaku.

MASYARAKAT

08

Page 11: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Tujuan mengedarkan pelitup lebih awal adalah untuk memastikan keluarga dan penduduk Singapura lebih bersedia apabila mereka menghadapi kecemasan atau risiko alam sekitar seperti jerebu yang buruk dan penularan selesema yang teruk. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk mula berfikir tentang, dan persediaan untuk, pelbagai kecemasan dan peristiwa yang tidak dapat diramalkan.

Daya usaha ‘Sentiasa Bersedia’ ini disokong oleh Dana Menghadapi Kecemasan Temasek (T-PREP) yang ditubuhkan oleh Temasek Holdings dengan endowmen sebanyak S$40 juta pada Mac 2014. Dana T-PREP telah ditubuhkan untuk membantu membina keupayaan dan kemampuan masyarakat Singapura dalam menghadapi kecemasan.

Kakitangan Singapore Post dan Singapore Power membantu mengedarkan Kit Permulaan kepada seluruh isi rumah di negara ini.

PROGRAM KAMI

MASYARAKAT

09

Page 12: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

paling kiri : Presiden Tony Tan Keng Yam dan Presiden Temasek, Lim Boon Heng, membantu dua sukarelawan muda dari ST Engineering menunjukkan cara-cara mengenakan Pelitup AIR+Smart.

kiri : Kakitangan ST Engineering yang tampil sebagai sukarela (Jerome Lee, kiri dan Gareth Tang, tengah) membantu menghantar Pelitup AIR+Smart dan Pengalih Udara Mikro kepada 21 Rumah Tumpangan Kanak-Kanak termasuk Rumah Kanak-Kanak Canossaville (atas).

PELITUP AIR+SMART DAN PENGALIH UDARA UNTUK KANAK-KANAK BERISIKO —Rakan Kerja: ST Engineering, Singapore Post

MASYARAKAT

Temasek Cares menyediakan AIR+Topeng Pintar dan AIR+Pengalih Udara Mikro kepada lebih 13,000 kanak-kanak berisiko sebagai sebahagian daripada daya usaha ‘Sentiasa Bersedia’ Temasek Cares untuk membantu membina daya tahan masyarakat Singapura dalam menghadapi kecemasan.

Kanak-kanak berumur 7 hingga 14 tahun ini datangnya dari keluarga berpendapatan rendah atau yang tinggal di Rumah Tumpangan Kanak-Kanak. Topeng dan pengalih udara ini bertujuan menyediakan kanak-kanak ini dengan bekalan awal pelitup yang sesuai untuk digunakan semasa kecemasan seperti jerebu yang buruk atau penularan virus.

Seramai 13,000 kanak-kanak berisiko menjadi golongan pertama menerima pelitup N95 yang diperakui sesuai untuk kanak-kanak, untuk membantu mereka dalam menghadapi kecemasan

AIR+Mask Smart adalah pelitup N95 yang datang dalam pelbagai saiz yang sesuai digunakan oleh seisi keluarga dengan saiz yang paling kecil direka untuk disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas. AIR+Pengalih Udara Mikro adalah ciri tambahan dan boleh dilampirkan pada Air+Mask Smart untuk membantu pemakainya bernafas dengan lebih mudah dengan memastikan pelitup itu kering, sejuk dan segar.

Program ini melengkapi daya usaha Temasek Cares tahun lalu untuk mengedarkan pelitup N95 ke kesemua isi rumah di Singapura.

PROGRAM KAMI10

Page 13: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Temasek Cares bekerjasama dengan Yayasan Jantung Singapura dalam usaha meningkatkan ketangkasan anggota masyarakat dalam menghadapi kes-kes serangan jantung di luar hospital. Program ini bertujuan memahirkan masyarakat dengan kemahiran asas menyelamatkan nyawa, yakni, pengepaman jantung secara luaran dengan menggunakan tangan, di mana kajian menunjukkan ia amat berkesan sebagai satu kemahiran menyelamatkan nyawa.

Temasek Cares juga bekerjasama dengan Unit Penjagaan Hospital Pra-Kecemasan bagi memperkukuhkan pengajaran menyelamatkan nyawa menerusi pengepaman jantung sahaja dan penggunaan Defibrilator Luaran Automatik (AED) dalam keempat-empat bahasa rasmi di Singapura agar lebih ramai orang boleh memanfaatkannya dan mempelajari kemahiran ini.

Melengkapi usaha ini, Temasek Cares akan bekerjasama dengan Pertubuhan Palang Merah Singapura dalam membangunkan sebuah daftar pusat orang awam yang boleh dikerah segera ke tempat berlaku kejadian. Daftar pusat ini bertujuan menyertakan sekali tenaga awam yang dilatih dalam menyelamat nyawa, rawatan awal, terapi trauma dan kemahiran-kemahiran lain semasa kecemasan. Maklumat yang disatukan akan dapat memberi sokongan lebih baik semasa kecemasan.

PROGRAM KERAHAN KECEMASAN PERTAMAMembangunkan keupayaan masyarakat dalam kemahiran asas menyelamatkan nyawa dan sebuah daftar pusat bagi kerahan pertama kecemasan dalam masyarakat

—Rakan Kerja: Yayasan Jantung Singapura, Pertubuhan Palang Merah Singapura

MASYARAKAT

PROGRAM KAMI 11

Page 14: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Dengan meningkatnya jangka hayat di Singapura, bilangan warga tua yang uzur dengan pelbagai keadaan kronik dan memerlukan penjagaan yang rumit akan meningkat dengan ketara. Untuk mereka menjalani kehidupan yang selesa pada usia senja, warga emas memerlukan pelbagai perkhidmatan dalam masyarakat dan di rumah.

Temasek Cares – Penjagaan Berhampiran Rumah adalah program perintis yang memberi sokongan kepada warga emas untuk menjalani kehidupan dalam lingkungan masyarakat. Menerusi program ini, Pasukan Penjagaan yang terdiri daripada Pekerja Sosial dan Pembantu Penjagaan Kesihatan dari Pusat Kegiatan Warga Emas di

Ang Mo Kio dan Kreta Ayer menyelaraskan penjagaan dan perkhidmatan kepada warga emas berisiko yang tinggal di flat sewa 1- atau 2-bilik di kedua-dua kawasan.

Program berasaskan masyarakat ini menyediakan perkhidmatan harian dalam bentuk penjagaan peribadi untuk warga tua. Ini termasuk penjagaan fizikal dan kognitif (contohnya rawatan perubatan dan kejururawatan), penjagaan sosial (contohnya mendampingi mereka dan menghulurkan sokongan kewangan) dan penjagaan diri (seperti mandi dan membuang air). Pasukan Care juga akan membantu untuk menyelaraskan pelbagai janji temu perubatan warga tua dan mengiringi mereka menghadiri temujanji itu.

Program Temasek Cares – Penjagaan Berhampiran Rumah dijangka memberi manfaat kepada 1,020 warga tua dalam masa tiga tahun.

Pembantu Penjagaan Kesihatan, Nabilah Anuar, membantu penduduk Ang Mo Kio, Puan Loh Yoke Chun, 76 tahun, membeli keperluan dapur selain menemaninya menghadiri beberapa temujanji perubatan.

TEMASEK CARES – PENJAGAAN BERHAMPIRAN RUMAHProgram penjagaan kesihatan berteraskan masyarakat merangkumi penjagaan diri dan khidmat sosial bagi membantu warga tua berisiko untuk menjalani usia senja dengan tenang

—Rakan Kerja: Pusat Kegiatan Warga Tua AWWA, Pusat Kegiatan Warga Tua Kreta Ayer, Agensi bagi Penjagaan Bersepadu

WARGA TUA

PROGRAM KAMI12

Page 15: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Puan Theresa a/p Anthony, 54 tahun, mengalami pelbagai penyakit kronik, seperti penyakit jantung, lupus dan sendi. Beliau juga mengalami angin ahmar beberapa tahun yang lalu. Akibat daripada keadaan kesihatannya, Puan Theresa kerap berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Anak bongsunya, Hema, adalah penjaga utama, namun anak perempuannya itu terpaksa keluar bekerja untuk menyara keluarga.

Puan Theresa telah dirujuk kepada Temasek Cares – Penjagaan Berhampiran Rumah untuk mendapatkan bantuan. Di bawah program ini, Pembantu Kesihatan, Cik Nabilah Anuar, membantu dalam memastikan Puan Theresa makan mengikut jadual, dan adakalanya menyediakan hidangan mudah untuk dia di rumah. Dengan sokongan sedemikian, Puan Theresa mampu menguruskan keadaan kesihatannya dengan lebih baik dan kini mempunyai pandangan yang lebih optimis untuk hidup.

Temasek Cares – Penjagaan Berhampiran Rumah

WARGA TUA

PROGRAM KAMI 13

Page 16: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Projek Maruah adalah program pertama yang diperkenalkan Temasek Cares yang dikhususkan untuk memberi khidmat paliatif menyeluruh di rumah untuk pesakit nyanyuk demi memastikan kesejahteraan mereka terjamin dan dapat mengakhiri sisa-sisa kehidupan dengan bermaruah.

Orang yang mengidapi sakit nyanyuk yang teruk memerlukan sokongan perubatan khusus dan meluas kerana mereka sering tidak dapat menyatakan dengan jelas keperluan dan ketidakselesaan mereka. Keluarga dan penjaga sering hilang punca tentang bagaimana mereka dapat menjaga orang yang di sayang. Penjagaan paliatif bagi pesakit yang mengalami nyanyuk yang teruk adalah menerusi campur tangan yang boleh membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan ini di peringkat akhir hidup mereka.

Menerusi program perintis ini, terdapat Pasukan Penjagaan Paliatif Di Rumah Bagi Nyanyuk Teruk merangkumi doktor residen, doktor perunding geriatrik/doktor paliatif, jururawat klinikal dan seorang pekerja sosial perubatan. Pasukan ini menyokong pesakit nyanyuk dan penjaga mereka menerusi lawatan ke rumah berjadual. Para penjaga terus disokong menerusi panggilan telefon bagi membantu dalam aspek psikologi

TEMASEK CARES – PROJEK MARUAHMenyediakan penjagaan paliatif di rumah dan sokongan penjagaan pesakit untuk mereka yang nyanyuk teruk

— Rakan Kerja: Hospital Tan Tock Seng, Hospis Dover Park, Agensi bagi Penjagaan Bersepadu

kesejahteraan mereka, mengenal pasti gejala dan memberi kelegaan pada penyakit yang ditanggung oleh yang tersayang.

Lebih penting lagi, orang-orang yang menanggung penyakit nyanyuk dan penjaga mereka boleh berhubungan dengan Pasukan Penjagaan pada bila-bila masa, 24 jam sehari, jadi jika berlaku kecemasan, bantuan dapat diberikan dengan segera.

Program 3 tahun, satu perkongsian antara Temasek Cares, Hospital Tan Tock Seng, Hospis Dover Park dan Agensi Penjagaan Bersepadu, dijangka dapat dimanfaatkan 550 orang yang mengalami sakit nyanyuk dan penjaga mereka.

Dr Allyn Hum (kiri), doktor residen, dan jururawat Felicia Lam (tengah) memeriksa seorang pesakit semasa kunjungan ke rumahnya.

PROGRAM KAMI

WARGA TUA

14

Page 17: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Encik Jem*, berusia 88 tahun, adalah diantara orang pertama dirujuk kepada Temasek Cares di bawah program Projek Maruah apabila ia dimulakan pada Oktober 2014. Encik Jem sebelum ini jatuh dan ia mengakibatkan beliau hilang upaya kognitif yang disebabkan oleh nyanyuk Alzheimer. Sejak itu, terdapat penurunan fungsi dan kognitif yang berterusan, menyebabkan Encik Jem hanya terbaring di katil.

Seorang pesakit yang berulang-alik ke hospital, Encik Jem juga menghadapi kegagalan ginjal peringkat akhir yang menambahkan lagi keuzurannya. Melihat kepada keadaan Encik Jem itu, satu pelan penjagaan di rumah telah dibincangkan bersama anak-anaknya yang pasti bahawa dia akan lebih selesa di rumah.

Dalam lawatan sulung ke rumahnya oleh Temasek Cares – pasukan Projek Maruah mendapati Encik Jem mengalami gatal-gatal yang meluas kerana kegagalan buah pinggang yang membawa kepada kerengsaan dan menjejas tidurnya. Keluarganya telah diajar strategi mudah untuk penjagaan

kulit. Setelah rasa gatal dapat ditangani, Encik Jem berasa lebih selesa di rumah, dengan kesejahteraannya bertambah baik.

Pasukan Penjagaan Di Rumah memastikan bukan sahaja masalah yang mungkin berlaku ditangani awal, tetapi turut memastikan Encik Jem dijaga dengan baik dan penjaga beliau juga diberi sokongan yang diperlukan. Sejak disertakan dalam Projek Maruah, Encik Jem tidak lagi perlu dimasukkan ke hospital.

* Nama telah ditukar untuk melindungi identiti penerima bantuan. Status penerima bantuan sejak Julai 2015.

Temasek Cares – Projek Maruah

PROGRAM KAMI

WARGA TUA

15

Page 18: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Maimunah Mosli, Ahli Terapi Utama Keluarga, semasa satu sesi kaunseling bersama penerima manfaat Temasek Cares – PPIS Program Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan.

TEMASEK CARES – PPIS – PROGRAM KAUNSELING KELUARGA DAN PERKAHWINANMembantu keluarga Melayu/Islam untuk membina ikatan kekeluargaan yang lebih utuh dan juga untuk membina keupayaan organisasi masyarakat dalam kaunseling perkahwinan dan terapi keluarga.

—Rakan Kerja: Persatuan Pemudi Islam Singapura

Program kaunseling keluarga dan perkahwinan ini disediakan khusus untuk memenuhi keperluan masyarakat Melayu/Islam dengan mengambil kira bahasa, pengaruh budaya dan agama.

Program ini merangkumi:• Khidmat kaunseling perkahwinan yang

menyeluruh bagi kes-kes susulan yang dirujukkan dari Mahkamah Syariah

• Khidmat campur tangan awal untuk keluarga berisiko bagi memperbaiki hubungan mereka, dengan tujuan menggalak keluarga untuk kekal bersatu

• Membangunkan kepakaran khas dalam bidang-bidang khusus dalam masyarakat

• Melatih kaunselor dalam pertubuhan masyarakat dalam kaunseling perkahwinan dan kemahiran terapi keluarga untuk keluarga Melayu/Islam

Di bawah program perintis 3 tahun, 450 keluarga Melayu/Islam dijangka mendapat manfaat daripada perkhidmatan kaunseling dan 60 pengamal perkhidmatan akan dilatih dalam kaunseling perkahwinan dan terapi keluarga.

PROGRAM KAMI

KELUARGA

16

Page 19: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Grace Wong dari Temasek Cares – Program iTAP memberi kaunseling kepada salah seorang peserta program itu.

Temasek Cares bekerjasama dengan rakan kongsinya – iC@RE Hub dan Dana Reben Kuning, untuk membangunkan Temasek Cares – Program Jagaan Lanjut bagi Peralihan Individu (iTap). Program perintis ini menyediakan perkhidmatan jagaan lanjut tersusun dengan kediaman sementara disediakan dalam suasana yang sekular untuk bekas banduan wanita yang baru dibebaskan dan mereka yang mengalami ketagihan (bahan/atau tingkah laku).

Berdasarkan falsafah ‘perumahan pertama’, kemudahan penginapan peralihan memberikan tempat perlindungan yang selamat dan berpatutan untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kemasukan. Penginapan yang sementara ini dilengkapi dengan sokongan yang dipadankan dengan keperluan individu dalam bidang-bidang seperti emosi, psikologi, pekerjaan, perdamaian keluarga, bantuan kewangan, dan pengurusan ketagihan.

Dengan bantuan dan sokongan semasa perjalanan mereka dalam pemulihan ke arah kehidupan sediakala selepas dibebaskan, program ini akan memberi kuasa kepada mereka ke

TEMASEK CARES – PROGRAM JAGAAN LANJUT BAGI PERALIHAN INDIVIDU (iTAP)Satu program perintis jagaan lanjutan dengan penginapan sementara untuk membantu bekas banduan wanita yang baru dibebaskan untuk pulih daripada ketagihan dan kembali ke pangkuan masyarakat.

—Rakan Kerja: iC@RE Hub, Dana Reben Kuning

arah mendapat perumahan kekal, menjalani kehidupan yang produktif bebas daripada ketagihan dan berjaya menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat yang lebih luas.

PROGRAM KAMI

KELUARGA

17

Page 20: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Puan Marie Tan*, 33 tahun, ibu seorang anak, telah dirujuk ke program iTap – Temasek Cares setelah dibebaskan dari Penjara Wanita Changi. Beliau tidak mempunyai sokongan keluarga.

Apabila Puan Tan mula-mula menyertai program ini, emosinya tidak stabil dan beliau bertarung dengan masalah ketagihan arak.

Di bawah program iTap – Temasek Cares, Puan Tan telah disediakan tempat tinggal, kaunseling, dan diajar kemahiran menghadapi cabaran hidup dan dihubungkan dengan Pejabat Pusat Khidmat Sosial Sumber Keluarga untuk bantuan kewangan. Beliau juga meminta bantuan profesional untuk berhenti ketagihan arak.

Puan Tan kini lebih bersedia mencari kerja sambilan dan mencari huraian untuk mendapatkan rumah sendiri untuk dirinya dan anak lelakinya yang masih kecil.*Nama telah ditukar untuk melindungi identiti penerima bantuan.

Temasek Cares – Program Jagaan Lanjut bagi Peralihan Individu (iTap)

Dana Reben Kuning – Temasek Cares Anugerah Bintang menyediakan bantuan kewangan kepada bekas banduan yang memerlukan demi membolehkan mereka mempertingkatkan diri dan mampu berdikari setelah melanjutkan pelajaran dan akhirnya, beroleh pekerjaan.

Penerima Anugerah juga akan dibimbing dan dibantu dalam persediaan mereka untuk bekerja dengan majikan yang berpotensi. Melalui daya usaha ini, bekas pesalah diberi peluang baru dalam hidup mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Seramai 20 pelajar telah disokong melalui anugerah ini pada tahun kewangan yang lalu.

DANA REBEN KUNING – TEMASEK CARES ANUGERAH BINTANGMembantu bekas pesalah untuk meningkatkan peluang pekerjaan mereka dengan melanjutkan pelajaran

—Rakan Kerja: Dana Reben Kuning

KELUARGA

PROGRAM KAMI18

Page 21: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

KELUARGA

Projek Membangunkan Keupayaan Penjagaan Kesihatan – Balaji Sadasivan menawarkan anugerah pendidikan untuk membantu sektor penjagaan dalam Jangka Masa Terdekat dan Jangka Masa Panjang (ILTC) menggajikan tenaga kerja dan melatih karyawan penjagaan kesihatan yang berkemahiran. Selepas tamat pengajian, para penerima anugerah akan berkhidmat di institusi ILTC yang diluluskan dan menjadi pilihan mereka untuk satu tempoh waktu yang dipersetujui.

Sejak 2011, projek ini telah memberikan 31 anugerah untuk melatih ahli terapi, jururawat dan pentadbir penjagaan kesihatan. Projek ini ditadbir oleh Agensi bagi Penjagaan Bersepadu dan dibiayai dari dana Endowmen Balaji Sadasivan yang diuruskan oleh Temasek Cares.

PROJEK MEMBANGUNKAN KEUPAYAAN PENJAGAAN KESIHATAN – BALAJI SADASIVAN Membangunkan keupayaan Sektor Penjagaan dalam Jangka Masa Terdekat dan Jangka Masa Panjang

—Rakan kerja: Agensi untuk Penjagaan Bersepadu, Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Republik, Institut Pendidikan Teknikal

Cheng Li Ching Diploma dalam Kejururawatan, Politeknik Nanyang

Thirunavukkarsu S/O Ponnampalam Diploma dalam Kejururawatan, Politeknik Nanyang

Nur Amirul Bin Salim Diploma dalam Kejururawatan, Politeknik Nanyang

Khuzaimah Binte Zainal Diploma dalam Fizioterapi, Politeknik Nanyang

Low Qiu Ru Diploma dalam Fizioterapi, Politeknik Nanyang

Lim Shi Min Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Politeknik Nanyang

Joseph Chua Chiaw Beng Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Politeknik Nanyang

Jasmine Goh Jia Min Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Politeknik Nanyang

Jasreel Si Yan Ru Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Politeknik Nanyang

May Seow Tian Yuan Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Politeknik Nanyang

Shahidahtul Umirah Binti Rosli Diploma dalam Pengurusan Khidmat Kesihatan, Politeknik Republik

Nur Amalina Binti Hashim Hassan Diploma dalam Pengurusan Khidmat Kesihatan, Politeknik Republik

Sumiratna Binte Jumaat NITEC dalam Kejururawatan, ITE College East

Penerima Anugerah bagi Projek Membangunkan Keupayaan Penjagaan Kesihatan – Balaji Sadasivan bersama Dr Ma Swan Hoo, isteri mendiang Dr Balaji Sadasivan.

PENERIMA ANUGERAH UNTUK 2014

PROGRAM KAMI 19

Page 22: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Elvis Hoe, seorang pelajar Sekolah Assumption Pathway School, adalah penerima dermasiswa pendidikan dari Temasek Cares.

Program dermasiswa pendidikan menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar termasuk mereka yang datangnya dari keluarga bergaji kecil untuk menggalak pelajar-pelajar ini mengikuti persekolahan secara kerap. Pada Tahun Kewangan 2014-2015, seramai 84 pelajar mendapat manfaat dari dermasiswa ini yang membantu mereka menampung keperluan bagi perbelanjaan sejolah seperti kos buku teks, pakaian seragam dan tambang agar mereka dapat lebih sering ke sekolah.

Program ini menyokong pelajar, terutamanya yang memerlukan bantuan khas dalam meningkatkan kemahiran mereka menerusi sukatan pelajaran dan corak pengajaran yang dipertingkatkan dari pihak sekolah, dan dibantu oleh ahli psikologi pendidikan dan seorang pegawai sokongan.

Pelajar yang memerlukan bantuan dalam pelajaran akan diperiksa dan dinilai oleh ahli psikologi pendidikan demi memastikan sukatan pelajaran yang telah dipertingkatkan itu dapat dimanfaatkan mereka. Pada masa yang sama, para pelajar akan juga dibantu oleh pegawai sokongan menerima campur tangan kumpulan kecil atau diberi bimbingan secara peribadi.

PROGRAM DERMASISWA PENDIDIKANMenyokong pelajar dari keluarga bergaji kecil menampung perbelanjaan pendidikan

PROGRAM BAGI MENYOKONG PELAJAR YANG MEMERLUKAN BANTUANMembantu pelajar yang memerlukan bantuan bagi meningkatkan kemahiran mengira

PROGRAM UNTUK SEKOLAH ASSUMPTION PATHWAY

BELIA

PROGRAM KAMI

Program ini dijangka memberi sokongan kepada 264 pelajar yang memerlukan bantuan dalam pembelajaran mereka untuk dua tahun mendatang.

20

Page 23: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Temasek Cares KIDS 0-3 adalah program berasaskan masyarakat untuk mengurangkan jurang pembangunan kanak-kanak daripada keluarga yang berisiko yang berusia antara 0 hingga 3 tahun. Kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran yang tidak mengendahkan pembangunan kanak-kanak boleh membawa kepada peningkatan risiko kemerosotan dalam pembelajaran, tingkah laku dan sekaligus

KHIDMAT PEMBANGUNAN INTEGRASI KANAK-KANAK TEMASEK CARES KIDS 0-3 (KIDS 0-3) Khidmat kesihatan, sosial dan pendidikan yang berintegrasi untuk kanak-kanak berusia 0-3 dari keluarga berisiko

—Rakan Kerja: Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kandang Kerbau, Khidmat Masyarakat AMKFSC

menjejas kesihatan kanak-kanak itu apabila mereka membesar.

Melalui perkongsian diantara Temasek Cares, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan Khidmat Masyarakat AMKFSC, program perintis ini menyediakan perkhidmatan bersepadu dalam soal kesihatan, perkhidmatan sosial dan pendidikan, yang genting untuk perkembangan

Cik Pauline Wee, Penolong Pengarah Kejururawatan di KKH, (kiri) dan Grace La- Pelawat Kesihatan Masyarakat, menunjukkan kepada ibu bapa bayi itu tentang bagaimana berhubungan dengan anak mereka.

KANAK-KANAK

PROGRAM KAMI 21

Page 24: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

KANAK-KANAK

kanak-kanak sejak mereka lahir hingga berumur 3 tahun. Program ini menyediakan kemudahan berasaskan pusat dan perkhidmatan lawatan ke rumah dengan sokongan daripada masyarakat untuk kedua-dua ibu dan anak. Untuk memaksimakan potensi kanak-kanak, ibu-ibu akan dilatih tentang cara penjagaan pemakanan dan cara-cara untuk merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Program ini juga menyediakan si ibu dengan penjagaan sebelum bersalin dan selepas bersalin, serta sokongan untuk kesejahteraan sosial dan mental beliau.

Tahun pertama program ini menyaksikan penubuhan proses reka bentuk modaliti, praksis, penglibatan dan pelaksanaan, hasil yang dikehendaki dan rangka kerja penyelidikan. Pelawat Kesihatan Masyarakat, satu pekerjaan baru yang diwujudkan untuk program ini, memainkan peranan penting dalam menyokong ibu dan keluarga melalui lawatan biasa ke rumah. Seramai 50 ibu dan 31 kanak-kanak telah meraih manfaat daripada program ini dalam tahun pertama.

Pasukan itu juga melihat ke dalam usaha mewujudkan Temasek Cares KIDS 0-3 Centre, komponen penting dalam program ini, di Ang Mo Kio. Pusat ini akan melengkapkan perkhidmatan di rumah dengan sumber, kelas antenatal, penjagaan bayi dan kemahiran keibubapaan dan pendidikan lain yang perlu untuk kesejahteraan ibu dan anak.

Program ini dijangka menjangkau 600 ibu dan kanak-kanak dari pelbagai latar belakang di sekitar Ang Mo Kio dalam tempoh tiga tahun.

Rabiah, seorang ibu tunggal empat anak yang masih kecil, merupakan salah seorang yang memanfaatkan program Temasek Cares KIDS 0-3.

PROGRAM KAMI22

Page 25: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Dermasiswa Pendidikan – Temasek Cares menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar Serani daripada keluarga berpendapatan rendah yang tidak layak untuk memanfaatkan skim bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Persatuan Serani atau pemerintah.

Pada Tahun Kewangan 2014 -2015, 26 pelajar dari peringkat Sekolah Rendah hingga Maktab Rendah telah dianugerahkan dermasiswa. Dermasiswa ini membantu pelajar untuk membayar kos pendidikan mereka termasuk yuran sekolah, pembelian pakaian seragam serta buku teks. Sebahagian daripada penerima bantuan menyatakan bahawa dermasiswa yang diterima telah mendorong mereka untuk belajar dengan lebih gigih untuk meningkatkan gred mereka, untuk membuat ibu bapa mereka bangga, dan untuk memuaskan hati mencapai matlamat mereka.

Azalea Tiara Oliverio, seorang murid dari Sekolah Rendah Anchor Green, begitu terdorong untuk belajar lebih gigih apabila menerima Temasek Cares – Dermasiswa Pendidikan. Dermasiswa pendidikan telah membantu Azalea membeli keperluan pendidikan seperti buku latihan, bahan keperluan sekolah serta elaun untuk tambang ke sekolah dan membeli makanan di sekolah.

Temasek Cares – Program Dermasiswa Pendidikan untuk Pelajar Serani

TEMASEK CARES – PROGRAM DERMASISWA PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR SERANIMembantu pelajar Serani dari keluarga bergaji rendah untuk berjaya di sekolah

—Rakan Kerja: Persatuan Serani (Eurasian Association)

KANAK-KANAK

PROGRAM KAMI 23

Page 26: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Projek Membangunkan Keupayaan Keperluan Khas – Ee Peng Liang menawarkan anugerah pendidikan untuk menarik lebih ramai sumber tenaga berkemahiran dalam sektor keperluan khas. Penerima anugerah mesti mempunyai semangat untuk sektor itu dan selepas tamat pengajian mereka, berkhidmat di pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela yang diluluskan bagi satu tempoh masa. Sejak 2011, sebanyak 41 anugerah pendidikan telah diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian pendidikan awal kanak-

PROJEK MEMBANGUNKAN KEUPAYAAN KEPERLUAN KHAS – EE PENG LIANG Membangunkan keupayaan sector keperluan khas di Singapura

—Rakan kerja: Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan, Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Temasek, Universiti Nasional Singapura

Nurfadilah Bte Icksan Diploma dalam Psikologi Kanak-Kanak dan Pendidikan Awal, Politeknik Ngee Ann

Tang Ser Yun Diploma dalam Psikologi Kanak-Kanak dan Pendidikan Awal, Politeknik Ngee Ann

Siti Nameera Zahara Binte Johan Diploma dalam Psikologi Kanak-Kanak dan Pendidikan Awal, Politeknik Ngee Ann

Sim Hui Qin Esther Diploma dalam Psikologi Kanak-Kanak dan Pendidikan Awal, Politeknik Ngee Ann

Nurul Atiqah Binte Mohamad Jumad Diploma dalam Psikologi Kanak-Kanak dan Pendidikan Awal, Politeknik Ngee Ann

Geena Lim Zhen Na Diploma dalam Psikologi Kanak-Kanak dan Pendidikan Awal, Politeknik Ngee Ann

Wong Chor Meei Amy Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Politeknik Ngee Ann

Tan Huilin Sheridyn Diploma dalam Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Politeknik Temasek

Yip Dawn Diploma dalam Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Politeknik Temasek

Lau Hui Ru Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Politeknik Nanyang

Tang Hui Min Sarjana Sains dalam Petuturan dan Patologi Bahasa, Universiti Nasional Singapura

Tan Han Lin Louisa Sarjana Sains dalam Petuturan dan Patologi Bahasa, Universiti Nasional Singapura

PENERIMA ANUGERAH UNTUK 2014

Nurul Atiqah (kiri), adalah penerima Ee Peng Liang - Anugerah Pendidikan Projek Membina Kemampuan Khas.

PROGRAM KAMI

KANAK-KANAK

24

Page 27: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Dawn Yip sentiasa bersemangat bila bekerja bersama kanak-kanak jadi beliau sedia bersabar untuk menamatkan pengajian dalam Pengajian Awal Kanak-Kanak di Politeknik Temasek walaupun mendapat bantahan kuat daripada ibu bapanya.

Dawn amat berminat dalam membantu kanak-kanak yang lambat membesar. Beliau berasa puas bila dapat menyaksikan tumbesaran mereka dan respons terhadap program campur tangan yang dilakukan.

“Untuk masa yang lama, saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan semangat saya kepada orang-orang di sekeliling saya. Satu-satunya perkara yang saya tahu adalah bahawa saya benar-benar suka berada dengan kanak-

Projek Membangunkan Keupayaan Keperluan Khas – Ee Peng Liang

kanak; mereka membuat saya gembira dan saya rasa bangga hanya melihat mereka membesar.”

“Saya sedar bahawa adalah lebih bermanfaat apabila anda mampu untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak yang sedang berjuang dalam tahun-tahun awal pembesaran mereka; masa itulah saya tahu bahawa bekerja dengan kanak-kanak yang luar biasa adalah panggilan yang lebih besar buat saya,” kata Dawn.

Minat Dawn Yip dalam bekerja bersama-sama kanak-kanak istimewa dirangsang apabila beliau menerima Anugerah Pendidikan Projek Membangunkan Keupayaan Keperluan Khas – Ee Peng Liang pada 2014 untuk mengikuti kursus itu.

kanak atau kursus berkaitan Terapi di politeknik dan universiti setempat.

Projek ini ditadbir oleh Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan dan dibiayai oleh dana Endowmen Ee Peng Liang yang diuruskan oleh Temasek Cares.

PROGRAM KAMI

KANAK-KANAK

25

Page 28: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

NOTA PENGURUSAN

NOTA PENGURUSAN

Dalam Tahun Kewangan 2014-2015, Temasek Cares menyumbang $ 12,203,677 dalam pemberian geran untuk membiayai 15 program yang membantu memperbaiki kehidupan rakyat Singapura yang kurang bernasib baik dan membina daya tahan masyarakat untuk kecemasan. Program-program ini, apabila dilaksanakan sepenuhnya, dijangka dapat memanfaatkan 4,900 penerima bantuan secara langsung. Di samping itu, program-program di bawah Dana T-PREP1 telah menyentuh kehidupan lebih daripada 1.2 juta isi rumah dan individu yang berisiko di Singapura.

Nisbah2 perbelanjaan kami pada tahun ini adalah 8% yang jauh lebih rendah daripada purata bagi tempoh lima tahun yang lepas. Ini adalah kerana geran program yang besar yang dikehendaki di bawah daya usaha Kit Permulaan ‘Sentiasa Bersedia’ yang diedarkan kepada orang ramai, setiap satu mengandungi tiga pelitup N95 dan maklumat serta talian perhubungan, kepada setiap isi rumah di Singapura. Tidak termasuk program ini, nisbah perbelanjaan akan menjadi 12%, sejajar dengan tahun-tahun sebelumnya.

1Dana T-Prep (Dana Kesiapsiagaan Kecemasan Temasek) adalah satu endowmen baru yang diuruskan oleh Temasek Cares dengan mandat untuk membantu masyarakat ‘Sentiasa Bersedia’ bagi menghadapi kecemasan.

2Nisbah perbelanjaan diertikan sebagai nisbah Perbelanjaan Modal dan Operasi menurut Jumlah Belanjawan Yang Ditetapkan untuk sesuatu tahun kewangan. Untuk Tahun Kewangan 2014-2015, nisbah perbelanjaan adalah 8 peratus (=$1,084,796/$13,288,473).

Pasukan Pengurusan

cik woon saet nyoon, pengurus besar encik kee kirk chuen, timbalan pengurus besar

Bagi menyokong pertumbuhan dalam pemberian geran untuk program, pihak pengurusan memperluaskan pasukan Temasek Cares, meningkatkan jumlah pekerja untuk menyediakan lebih banyak sokongan dalam bidang pembangunan program, pemantauan program dan komunikasi korporat. Pihak pengurusan juga melabur lebih banyak wang dalam teknologi untuk menguruskan dengan lebih baik proses-proses utama dalam pengesanan endowmen, pengagihan dana dan pemantauan program.

26

Page 29: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

belanjawan keseluruhan

2012–2013 ($5,086,007)

2013–2014 ($7,526,644)

2014–2015 ($13,288,473)

jumlah jaminan geran untuk program

2012–2013 ($4,550,000)

2013–2014 ($6,770,000)

2014–2015 ($12,203,677)

jumlah program

2012–2013 (14)

2013–2014 (18)

2014–2015 (15)

jumlah penerima bantuan

2012–2013 (4,700)

2013–2014 (4,750)

2014–2015 (4,900)

Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan untuk Tahun Kewangan 2014-2015 boleh didapati di www.temasekcares.org.sg

NOTA PENGURUSAN 27

Page 30: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Program Dermasiswa Sekolah Assumption Pathway dan Program Sokongan Pelajar yang Memerlukan Bantuan (Kira-Kira) Sekolah Assumption PathwayTel: 6879 3900 E-mel: [email protected]

Projek Membangunkan Keupayaan Penjagaan Kesihatan – Balaji Sadasivan Agensi Penjagaan Bersepadu Tel: 6632 1144 E-mel: [email protected]

Projek Membangunkan Keupayaan Keperluan Khas – Ee Peng Liang Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan Tel: 6589 5513 E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Penjagaan Berhampiran Rumah Agensi Penjagaan Bersepadu Tel: 6603 6859 E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Program Dermasiswa Pendidikan untuk Pelajar Serani Persatuan Serani Tel: 6447 1578 E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Jagaan Lanjut bagi Peralihan Individu (iTap) Urusetia Dana Reben Kuning Tel: 6513 3597 E-mel: [email protected]

Khidmat Pembangunan Kanak-Kanak Bersepadu Temasek Cares (KIDS 0-3) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kandang Kerbau (KKH) Tel: 62255 554 E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Projek Maruah Agensi Penjagaan Bersepadu Tel:6603 6978 E-mel: [email protected]

Temasek Cares – PPIS – Program Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Persatuan Pemudi Islam Singapura Tel: 6744 0258 E-mel: [email protected]

Dana Reben Kuning – Temasek Cares Anugerah BintangUrusetia Dana Reben Kuning Tel: 6513 3597 E-mel: [email protected]

SENARAI PROGRAM & TALIAN PERHUBUNGAN

SENARAI PROGRAM & TALIAN PERHUBUNGAN28

Page 31: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut
Page 32: KEPERLUAN ORANG TETAP di HATI - temasekcares.org.sg2.6mb).pdf · merentasi budaya dan bahasa untuk golongan ... Kami belajar daripada nahas feri Sewol di Korea Selatan pada ... Institut

Temasek Cares CLG Limited Co. Regn No. 200909154Z

60B Orchard Road #06-18 Tower 2 The Atrium@Orchard

Singapura 238891 Tel: (65) 6828 8752

Faks: (65) 6828 8652

www.temasekcares.org.sg