kepentingan mendirikan dawlah islamiyyah ke arah ... · pada allah s.w.t. dia yang menentukan...

27
1 KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH PELAKSANAAN HUKUM ISLAM Oleh DR BHARUDDIN CHE PA Jabatan Siasah Syar‘iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur Pendahuluan Pembentukan Dawlah Islamiyyah adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara tuntutan Fardhu Kifayah. Kepentingan pembentukan Dawlah Islamiyyah ada kaitannya dengan pelaksanaan Syariah, kerana Syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya Negara atau kedaulatan politik. Tuntutan pelaksanaan Syariah adalah wajib ke atas orang- orang Islam, maka mendirikan Dawlah Islamiyyah juga adalah suatu yang wajib. Dawlah Islamiyyah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan amat berbeza dengan konsep Negara Bangsa (Nation-state) yang terdapat dalam dunia hari ini. Persoalannya ialah bagaimanakah bentuk Dawlah Islamiyyah yang ingin ditegakkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis sejarah pembentukan dan perkembangan Dawlah Islamiyyah yang bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada zaman para sahabat atau zaman khulafa’ al-Rasyidin. Kedua-dua zaman tersebut merupakan zaman awal Islam yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai contoh tauladan kepada seluruh umat Islam. Ia merupakan zaman yang paling ideal bagi sebuah pemerintahan yang berlandaskan Islam sepenuhnya. Selepas itu sistem pemerintahan Islam berkembang menelusuri zaman berzaman yang mencapai tahap perkembangan dan pengukuhannya. Contoh amalan Rasulullah dan para sahabat mendirikan Dawlah Islamiyyah sepatutnya menjadi ikutan umat Islam di seluruh dunia sepanjang zaman.

Upload: ngodieu

Post on 16-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

1

KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH

PELAKSANAAN HUKUM ISLAM

Oleh

DR BHARUDDIN CHE PA

Jabatan Siasah Syar‘iyyah

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Kuala Lumpur

Pendahuluan

Pembentukan Dawlah Islamiyyah adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam

perkara tuntutan Fardhu Kifayah. Kepentingan pembentukan Dawlah Islamiyyah ada

kaitannya dengan pelaksanaan Syariah, kerana Syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya

Negara atau kedaulatan politik. Tuntutan pelaksanaan Syariah adalah wajib ke atas orang-

orang Islam, maka mendirikan Dawlah Islamiyyah juga adalah suatu yang wajib. Dawlah

Islamiyyah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan amat berbeza dengan konsep

Negara Bangsa (Nation-state) yang terdapat dalam dunia hari ini. Persoalannya ialah

bagaimanakah bentuk Dawlah Islamiyyah yang ingin ditegakkan. Kertas kerja ini bertujuan

untuk menganalisis sejarah pembentukan dan perkembangan Dawlah Islamiyyah yang

bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada zaman para sahabat atau zaman

khulafa’ al-Rasyidin. Kedua-dua zaman tersebut merupakan zaman awal Islam yang paling

sesuai untuk dijadikan sebagai contoh tauladan kepada seluruh umat Islam. Ia merupakan

zaman yang paling ideal bagi sebuah pemerintahan yang berlandaskan Islam sepenuhnya.

Selepas itu sistem pemerintahan Islam berkembang menelusuri zaman berzaman yang

mencapai tahap perkembangan dan pengukuhannya. Contoh amalan Rasulullah dan para

sahabat mendirikan Dawlah Islamiyyah sepatutnya menjadi ikutan umat Islam di seluruh

dunia sepanjang zaman.

Page 2: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

2

Konsep Negara Menurut Politik Moden

Menurut istilah sains politik moden perkataan ‘negara’ atau state selalu diertikan

sebagai ‘bangsa’, ‘masyarakat’, ‘kerajaan’ dan lain-lain. Tetapi perkataan ini mempunyai

maksudnya tersendiri dalam sains politik dan haruslah dibezakan di antara satu dengan yang

lain. Dalam sains politik, istilah ‘negara’ bermaksud sekumpulan manusia yang menduduki

sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan dan tidak tertakluk kepada kuasa

luar. Semua negara mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam negara ada sekumpulan

manusia yang hidup dan menjalankan pengawalan disesebuah wilayah yang tetap. Mereka

merupakan kerajaan dan rakyat yang memerintah dan yang diperintah. Peraturan dan juga

undang-undang ditetapkan dan dipelihara, kewajipan-kewajipan dilaksanakan dan hak

kewajipan itu diiktiraf oleh kedua-dua ahli kumpulan dan juga negara luar.1

Para sarjana politik moden telah memberikan pelbagai pendapat dalam mendifinisikan

negara. Mereka mendefinisikan Negara sebagai organisasi penting dan berdiri untuk kesemua

ahli masyarakat. Ada yang beranggapan Negara adalah sistem kuasa dan yang lain pula

berpendapat Negara sebagai sistem kebajikan. Ada pula yang berpendapat bahawa negara itu

merupakan pembentukan yang sah sama ada perhubungan di antara yang memerintah dan

yang diperintah atau sebagai satu masyarakat di mana segala tindakannya tertakluk kepada

peraturan mengikut undang-undang yang sah. Terdapat beberapa aspek yang dipersetujui

oleh para sarjana politik iaitu; Negara patutlah merangkumi satu wilayah yang terdapat

penduduk, dan penduduk ini pula diperintah oleh satu badan politik. Kerajaan atau

pemerintahan pula mempunyai hak kuasa atau kewibawaan ke atas rakyat dalam hal

menjalankan kewajipan mereka terhadap negara.2

Dalam istilah bahasa Arab perkataan negara diterjemahkan sebagai dawlah atau al-

Dawlah. Negara Islam disebut sebagai al-Dawlah al-Islamiyyah atau sudah dijadikan

kelaziman dalam sebutan biasa sebagai Dawlah Islamiyyah. Istilah Dawlah Islamiyyah yang

digunakan dalam kertas kerja ini memberi maksud Negara Islam.

Dawlah Islamiyyah Menurut Pandangan Ulama

Dalam tulisan ulama tradisional tidak didapati takrif Dawlah Islamiyyah yang

diberikan, apa yang mereka berikan ialah ciri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang

ketua Negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang

ada kaitan dengan pentadbiran Negara.3 Tetapi di masa kebelakangan ini terdapat

Page 3: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

3

cendiakawan Islam yang cuba memberi definisi Dawlah Islamiyyah. Terdapat pelbagai takrif

Dawlah Islamiyyah diberikan oleh ulama sebagai asas perbincangan mereka di dalam

membentuk konsep Dawlah Islamiyyah. Ada di antara mereka mentakrifkan Dawlah

Islamiyyah sekadar melihat waqi’ (reality) di zamannya dan di antaranya pula dengan makna

yang mencakupi segala aspek rukun Dawlah Islamiyyah.4

Al-Sarkhasi mentakrifkan Dar Al-Islam (Dawlah Islamiyyah) dengan

menegaskan ianya tempat yang berada di bawah pemerintahan orang-orang Islam, tandanya

ialah apabila orang Islam aman di dalamnya. Manakala Muhamad bin Hassan as-Syaibani,5

seorang ulama terkemuka dari Mazhab Hanafi mentakrifkan Dawlah Islamiyyah sebagai

“negara yang dikuasai oleh umat Islam, di mana orang-orang Islam beroleh keamanan di

dalamnya”. Kedua-dua takrif ini hampir sama iaitu meletakkan asas Dawlah Islamiyyah

mestilah dikuasai oleh orang Islam.

Mengikut pandangan al-Baghdadi, Dawlah Islamiyyah adalah Negara di mana

masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, dan

dilaksanakan di dalamnya hukum-hukum ke atas orang kafir zimmi, manakala golongan ahli

bid’ah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah.6 Menurut Hassan al-Banna, sebuah

kerajaan Islam ialah kerajaan di mana para pemimpinnya menunaikan kewajipan Islam, tidak

melakukan maksiat dan mereka menjadi pelaksana hukum-hakam Islam dan pengajaran

dalam dirinya.7

Al-Mawdudi mentakrifkan Dawlah Islamiyyah ialah Negara yang kuasa mutlaknya

pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia

sebuah Negara bercorak theo-democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada

Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam pelaksanaan urusan

Negara yang diakui oleh Syarak. Al-Mawdudi juga menjelaskan Dawlah Islamiyyah

merupakan satu asas pembinaan Negara yang berlandaskan kepada Hakimiyyah Allah yang

Maha Esa. Arahan, keputusan dan perundangan adalah hak Allah semata-mata yang tidak

dimiliki oleh mana-mana individu atau dinasti atau puak atau bangsa bahkan tiada seorang

manusia pun yang berhak memegang kuasa pemerintahan dan perundangan ini.8 Manusia

hanya melaksanakan tugas-tugasnya sebagai khalifah dan hanya dianggap sah jika khalifah

yang memerintah adalah khalifah yang mengikut syariat dan undang-undang yang dibawa

oleh khalifah daripada Tuhannya. Mereka yang beriman dengan undang-undang ini dan

Page 4: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

4

menyatakan kesediaan untuk patuh dan mengamalkan undang-undang ini adalah orang yang

layak untuk melaksanakan tugas khalifah.

Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa Dawlah Islamiyyah tidak ada

sebarang persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan sedia ada. Dawlah Islamiyyah

bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga

membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang. Dawlah

Islamiyyah adalah negara berpelembagaan tetapi bukan dalam erti kata moden iaitu

perlembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Dawlah

Islamiyyah ialah Negara perlembagaan dalam ertikata bahawa sesiapa bertanggungjawab

mengendalikannya terikat kepada undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Al-

Quran dan al-Sunnah.

Mengikut takrifan Said Hawwa, Dawlah Islamiyyah ialah Negara yang meletakkan

undang-undang Syarak yang tunggal untuk mentadbir Negara. Ia dipimpin oleh orang Islam

yang komited dengan ajaran agamanya, segala sistem dan tujuan hidup Negara adalah untuk

menegakkan ajaran Islam yang murni. Abd. Qadim Zallum9 menyebut bahawa Dawlah

Islamiyyah ialah sebuah Negara yang ada padanya pelaksanaan hukum-hukum Islam secara

keseluruhan. Sepanjang kekuasaan Dawlah Islamiyyah, hukum-hukum dan aturan Islam

dilaksanakan di semua wilayahnya samada melibatkan muamalah pelaksanaan hukum,

akhlak, ibadah dan seluruh urusan rakyat. Dawlah Islamiyyah melaksanakan hukum-hukum

Islam kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam kekuasaannya, baik muslim atau non-

muslim dan menjadikan hukum Islam itu sebagai hukum Syara’, sebagaimana Islam

membentuk solusi untuk semua masalah.

Dr. Muhammad Abd. Qadir Abu Fariz10

menjelaskan Dawlah Islamiyyah itu sebagai

sekelompok besar manusia yang hidup secara berpanjangan di atas wilayah tertentu, diatur

oleh sistem kekuasaan yang mengatur kelompok masyarakat manusia ini, menyangkut urusan

dalam negeri mahupun luar negeri dalam perang atau dalam keadaan damai. Muhammad

Abd. Qadir menjelaskan lagi bahawa pembentukan Negara tersebut harus memenuhi tiga

unsur utama iaitu bangsa, wilayah dan kedaulatan menurut logik dan akal. Dan ketiga-tiga

aspek tersebut, haruslah bersandarkan kepada hukum yang ditetapkan oleh Al-Quran juga

melalui Rasul-Rasulnya. Beliau juga menjelaskan kerajaan Islam adalah terdiri daripada

orang-orang Islam yang melaksanakan kewajipan Islam dan tidak terang-terangan melakukan

maksiat. Ia melaksanakan hukum-hukum Islam serta ajaran-ajarannya. Oleh itu, kerajaan

Page 5: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

5

seperti inilah kerajaan Islam dari aspek keagamaan individu, berpegang dengan akhlak Islam

serta melaksanakan hukum-hukum Syarak. Berdasarkan ini, kerajaan yang tidak

melaksanakan hukum-hukum Syariat Islam bukanlah kerajaan atau Dawlah Islamiyyah.11

Lukman Thaib pula berpendapat bahawa Dawlah Islamiyyah ialah Negara yang

pemerintahnnya bersumberkan kepada al-Quran al-Karim sebagai sumber pertama undang-

undang Islam yang memberikan sebahagian prinsip-prinsip umum yang asas dalam bidang

politik dan perlembagaan yang tidak boleh ditinggalkan oleh mana-mana sistem politik atau

pemerintahan yang baik.12

Dr. Khalid Ibrahim Jindan menerangkan konsep Dawlah

Islamiyyah itu berdasarkan kepada definisi daripada Ibnu Taimiyyah iaitu pada sebuah

Negara Al-Quran haruslah berperanan sebagai rujukan akhir hukum Islam, tidak hanya

berperanan sebagai undang-undang perilaku keagamaan tetapi yang lebih khusus lagi, al-

Quran merupakan hukum dasar tertinggi di samping sumber-sumber lain seperti Sunnah,

Ijma’ dan Qias.13

Abu Abd. Fattah Ali Belhaj pula menegaskan bahawa Islam bukanlah semata-mata

agama. Islam adalah agama sekaligus Negara (din wa al-dawlah). Dan Negara haruslah

bersandarkan kepada nas-nas dan hukum yang diturunkan Allah. Tanpanya tidak akan wujud

Dawlah Islamiyyah. Maka tetap sahaja bahawa seluruh perkara yang ada di dalam al-Quran

dan al-Sunnah, penerapannya meniscayakan tegaknya pemerintahan dan Dawlah

Islamiyyah.14

Dr. Muhibbin, M.A menyatakan bahawa untuk melihat Negara itu sebuah

Dawlah Islamiyyah, maka lihatlah hukum dan undang-undangnya. Sendi dan rukun Dawlah

Islamiyyah ialah al-Quran sebagai asasnya.15

Dr. M. Dhiauddin Rays menyimpulkan bahawa

Dawlah Islamiyyah itu bukan hanya agama semata-mata tetapi ianya merupakan suatu

perundangan, sistem pemerintahan peradaban yang lengkap yang mencakupi agama dan

Negara secara bersamaan. Dengan kata lain, sistem Islam itulah sistem politik yang harus

dilalui.16

Mengikut pandangan Ali, Ali Mansur; Negara adalah sekumpulan manusia yang

menetap dalam suatu daerah tertentu. Mereka diperintahkan oleh satu badan pemerintahan

yang mengelolakan urusan-urusan dalam dan luar negara.17

Ertinya, untuk sesebuah negara

itu wujud, ia perlu kepada tiga rukun iaitu; Warganegara, daerah dan kedaulatan. Selain dari

tiga rukun utama yang membentuk negara, terdapat syarat keempat yang mesti ada pada

Dawlah Islamiyyah. Syarat tersebut ialah kepatuhan yang mutlak kepada hukum-hukum

Page 6: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

6

Islam yang menjadi landasan dan kawalan kepada kerajaan.Penjelasannya adalah seperti

berikut:

1. Warganegara

Warganegara ialah kumpulan individu lelaki dan perempuan yang menetap dalam

sesuatu negara. Warganegara juga disebut sebagai rakyat. Istilah rakyat atau warganegara

berbeza dengan istilah penduduk. Penduduk biasanya bermaksud orang yang duduk atau

tinggal dalam sesebuah negara termasuk juga warganegara dan bukan warganegara. Kadang-

kadang terdapat orang-orang asing yang tinggal dalam sesebuah negara tetapi mereka bukan

warganegara. Warganegara biasanya mendapat hak-hak mereka sebagai warganegara, seperti

mendapat hak-hak tabii, hak politik dan hak-hak sivil seperti hak kebebasan, keselamatan,

layanan sosial, kesihatan dan lain-lain. Orang asing biasanya tidak mendapat hak-hak politik

seperti hak mengundi dan hak menjadi wakil rakyat. Orang asing juga tidak mendapat hak-

hak sosial seperti hak memiliki harta tetap, hak melakukan kerja-kerja penting seperti

kedoktoran, guaman dan sebagainya.

Pengiktirafan sebagai rakyat dalam Dawlah Islamiyyah adalah dibuat berasaskan

kepada agama (Islam). Oleh itu orang-orang Islam yang tinggal dalam sesebuah Dawlah

Islamiyyah adalah dianggap sebagai rakyat Dawlah Islamiyyah. Hubungan persaudaraan atau

bangsa tertentu tidak boleh dijadikan ukuran utama untuk menilai kedudukan kerakyatan

dalam Dawlah Islamiyyah. Seseorang yang beragama Islam dengan sendiri dianggap sebagai

rakyat bagi Dawlah Islamiyyah. Hubungan sesama Islam adalah berasaskan akidah.

Akidahlah yang menjadi tali pengikat antara orang Islam dan umat Islam senegara. Kadang-

kadang rakyat Dawlah Islamiyyah digelar sebagai ummah. Ummah bererti rakyat Dawlah

Islamiyyah yang sama-sama berpegang kepada akidah yang sebenar tanpa mengira perbezaan

warna kulit, perbezaan keturunan, bahasa, tempat tinggal dan sebagainya. Orang-orang Islam

yang tinggal di luar Dawlah Islamiyyah masih lagi dianggap rakyat Dawlah Islamiyyah.

Orang-orang bukan Islam dalam Dawlah Islamiyyah pula terbahagi kepada dua golongan

iaitu; ahl al-Dhimmah (Kafir Zimmi) dan al-Musta'man:

a) Ahl al-Dhimmah (Kafir Zimmi)

Mereka adalah orang-orang bukan Islam yang tinggal dalam Dawlah Islamiyyah,

mematuhi undang-undang negara dan membayar jizyah. Jizyah yang dibayar adalah sebagai

bukti kepatuhan mereka kepada Dawlah Islamiyyah dan tidak lagi memusuhi dakwah

Islamiah. Ia juga sebagai bukti penyertaan mereka dalam perbelanjaan negara. Dawlah

Page 7: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

7

Islamiyyah wajib memberi perlindungan dan mempertahankan golongan kafir zimmi dari

ancaman musuh dari dalam dan luar negara. Walaupun terikat dengan undang-undang

Dawlah Islamiyyah mereka diberi kebebasan untuk menganut agama masing-masing. Mereka

bebas mengamalkan undang-undang dan peraturan agama mereka sesama mereka. Mereka

diberi kebebasan untuk bekerja dan berniaga. Mereka mempunyai hak-hak dan

tanggungjawab terhadap negara sama seperti rakyat yang beragama Islam.

b) Al- Musta'man

Al-Musta'man adalah orang yang dijamin keselamatan dalam Dawlah Islamiyyah.

Mereka juga dianggap golongan kafir zimmi yang tinggal untuk sementara waktu dalam

Dawlah Islamiyyah. Sekiranya orang-orang bukan Islam dari luar Dawlah Islamiyyah ingin

masuk ke Dawlah Islamiyyah untuk sesuatu urusan yang diharuskan seperti berniaga dan

belajar. Mereka hendaklah dibenarkan berbuat demikian dengan jaminan keselamatan

bermula dari kemasukannya hinggalah mereka keluar dari Dawlah Islamiyyah. Ini

berdasarkan Firman Allah:

“Dan jika seorang dari antara orang-orang musyrik itu meminta perlindungan

kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah.

Kemudian hantarkan dia ke tempat yang aman baginya. Demikianlah itu kerana

mereka kaum yang tidak mengetahui.”

(Surah al-Taubah 9:6)

2. Daerah

Maksud daerah bagi sesebuah negara ialah suatu kawasan bumi yang didiami oleh rakyat

negara itu tanpa mengira jenis pertalian yang menghubungkan di antara satu kawasan dengan

kawasan yang lain. Kadang-kadang daerah-daerah tersebut dihubungi dengan tanah-tanah

yang sama (jalan darat). Kadang-kadang berbentuk pulau-pulau yang dipisahkan oleh laut,

sungai dan sebagainya. Sesebuah negara tidak dihadkan dengan keluasan tertentu. Kabilah

yang berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidak dianggap bernegara.

Page 8: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

8

Sempadan antara negara-negara biasanya ditentukan dengan mengambil kira faktor alam

semula jadi seperti banjaran bukit, sungai, selat, laut dan sebagainya. Contohnya Malaysia

dan Singapura dipisahkan oleh Selat Tebrau. Malaysia Barat dan Sumatera dipisahkan oleh

Selat Melaka. Malaysia dan Thailand dipisahkan oleh Sungi Golok dan lain-lain.

Daerah Dawlah Islamiyyah ialah daerah-daerah yang tunduk di bawah kuasa kerajaan

Islam, melaksanakan syariat Islam. Para fuqaha' terdahulu menjelaskan bahawa Dawlah

Islamiyyah itu nama yang diberikan kepada daerah yang berada di bawah kekuasaan orang-

orang Islam. Ia juga kadang-kadang disebut dengan istilah Dar al-Islam. Mengikut

pandangan Dr. Abd al-Ghani Basyuni Abdullah, daerah yang dikira sebagai Dawlah

Islamiyyah ialah daerah yang didiami oleh majoriti umat Islam sahaja, tetapi yang lebih

penting pengamalan Syariah Islam dalam daerah tersebut18

.

3. Kedaulatan

Kedaulatan ialah kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan yang

memerintah. Mengikut pandangan ahli undang-undang, sesebuah negara yang berdaulat

mempunyai pelbagai kebebasan seperti:

i. Berhak untuk memilih tata politiknya sendiri.

ii. Negara tersebut berhak untuk mentadbir daerahnya sendiri.

iii. Negara mempunyai kuasa penuh untuk mengatur perhubungan dengan mana-mana

negara lain atau mana-mana individu. Syarat utama ialah tidak berlaku apa-apa

diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau agama.

iv. Negara berhak untuk menggubal undang-undang sendiri selagi tidak bertentangan

dengan undang-undang antarabangsa. Negara berhak memerintah rakyatnya dan

orang-orang yang tinggal dalam negara tersebut supaya patuh kepada undang-undang

yang digubal.

v. Pihak pemerintah negara tersebut berkuasa untuk menjalankan proses dan urusan

pengadilan ke atas rakyat dan penduduk negaranya tanpa campur tangan kuasa dari

negara luar.

Mengikut perspektif Islam kedaulatan adalah kuasa politik yang terdapat

dalam sesebuah negara. Adanya kekuasaan politik merupakan syarat utama kewujudan

Dawlah Islamiyyah. Kuasa politik dalam Dawlah Islamiyyah diperolehi melalui keredhaan

dan persetujuan dari rakyat. Ketua negara dan para pemerintah dilantik melalui pilihan dan

persetujuan rakyat bukannya secara rampasan kuasa atau menggunakan kekerasan. Para

Page 9: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

9

penguasa dianggap berkuasa apabila rakyat menyerahkan mandat tersebut kepada mereka

melalui bay'ah. Kuasa tersebut adalah milik sementara para pemimpin. Mereka diberi

tanggungjawab oleh rakyat untuk menjalankan kewajipan agama dan juga urusan keduniaan

berasaskan aturan agama. Apabila para pemimpin melakukan kesilapan, rakyat boleh

memberi teguran. Rakyat juga mempunyai kuasa untuk memecat atau menukar pemimpin

mereka apabila pemimpin tersebut gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

4. Kepatuhan Kepada Hukum-hukum Islam

Selain daripada tiga rukun utama yang membentuk negara, terdapat rukun keempat

yang mesti ada pada Dawlah Islamiyyah. Perkara yang keempat yang dimaksudkan ialah

kepatuhan yang mutlak kepada hukum-hukum Islam yang menjadi landasan dan kawalan

kepada kerajaan. Syarat ini akan menentukan skop dan bidang kuasa negara, matlamat dan

semua bentuk hubungan dalam dan luar negeri. Perkara utama yang menjadi syarat Dawlah

Islamiyyah ialah kepatuhan mutlak kepada kaedah-kaedah dan hukum-hukum yang

berhubungkait dengan akidah dan perundangan Islam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Tanpa syarat ini Dawlah Islamiyyah tidak dianggap wujud, sekalipun tiga rukun komponen

pertama telah wujud.

Jika syarat tersebut menjadi kriteria bagi terbentuk sebuah Dawlah Islamiyyah maka

masyarakat Islam yang diasaskan oleh Rasulullah di Madinah telah memenuhi keseluruhan

syarat tersebut dan layak untuk disebut sebagai Dawlah Islamiyyah. Di Madinah telahpun

wujud sekumpulan individu rakyat yang terdiri dari orang-orang Muhajirin dan Ansar.

Madinah juga mempunyai persempadanan pemerintahan yang terbatas di mana orang-orang

Makkah tidak menganggap Rasulullah itu pemimpin mereka. Masyarakat Islam Madinah

juga mempunyai sistem pemerintahan tersendiri yang berasaskan kepada undang-undang

syariah dan Rasulullah s.a.w diakui sebagai ketua negara. Perkara ini diakui di peringkat

dalam dan juga luar negara. Berdasarkan penjelasan di atas Dawlah Islamiah Madinah

bolehlah dianggap sebagai sebuah masyarakat politik yang telah membentuk sebuah negara

berdaulat yang tertua di dunia.

Sejarah Penubuhan Dawlah Islamiyyah

Kronologi sistem pemerintahan Islam telah bermula dengan penubuhan Dawlah

Islamiyyah pertama di Madinah oleh Rasulullah s.a.w. Baginda merupakan ketua kerajaan

Islam yang pertama. Selepas kewafatannya, teraju pemerintahan diteruskan oleh

Page 10: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

10

pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin (11-40 Hijrah / 632-661 Masehi). Zaman ini merupakan

zaman keemasan kepimpinan Islam tambahan pula para khulafa' terdiri di kalangan sahabat-

sahabat Rasulullah s.a.w. yang muktabar. Era ini dianggap cermin kepada idealisme

kepimpinan Islam di mana semangat kepimpinan Rasulullah s.a.w. masih dikekalkan.

Tempoh ini hanya berlanjutan selama tiga puluh tahun iaitu bermula dari Abu Bakar As-

Siddiq (11-13 Hijrah), Umar al-Khattab (13-23 Hijrah), Uthman Bin Affan (23-35 Hijrah)

dan Ali Bin Abu Talib (35-40 Hijrah). Zaman Khulafa’ al-Rasyidin juga merupakan zaman

ideal bagi sebuah pemerintahan yang berlandaskan Islam sepenuhnya.

Dawlah Islamiyyah Di Zaman Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. diutuskan ke dunia untuk menyelamatkan manusia dari kegelapan

jahiliyyah kepada cahaya Islam. Dari segi politik, sebelum kedatangan Islam (sebelum

dibangkitkan Rasulullah s.a.w.) orang-orang Arab tidak mempunyai kerajaan dan tidak

memiliki sesebuah negara. Yang ada hanya kesepakatan antara mereka untuk menentang

musuh-musuh luar apabila diancam atau diserang. Mereka tidak mempunyai kerajaan yang

mengamalkan sistem politik tertentu, tetapi mereka saling bermuafakat untuk membentuk

qabilah-qabilah, hidup secara berkumpulan atas kepentingan untuk mempertahankan diri

masing-masing dari ancaman musuh-musuh luar. Setiap qabilah biasanya hidup secara

berasingan di antara satu sama lain. Pemilihan ketua bagi bagi setiap qabilah tidak mengikut

sesuatu kaedah tetap. Kriteria pemilihan juga bergantung kepada kehendak orang ramai pada

masa tersebut. Contohnya; mereka akan memilih pemimpin berdasarkan beberapa faktor

seperti; memilih seseorang yang lebih tua, yang lebih kaya, individu yang memang terkenal

dan orang-orang yang dihormati dalam masyarakat.

Timbul suatu persoalan, bilakah Rasulullah s.a.w. telah merancang untuk

menubuhkan dawlah Islamiyyah ?. Para ulama berpendapat Baginda Rasulullah s.a.w. telah

merancang menubuhkan dawlah Islamiyyah semenjak Baginda menerima wahyu lagi.

Bermulanya Baginda dilantik menjadi Rasul begitulah bermulanya baginda bercita-cita untuk

menubuhkan dawlah Islamiyyah. Secara ringkasnya, kegiatan politik pada zaman Rasulullah

s.a.w. berlangsung dalam dua peringkat iaitu :

i- Peringkat Mekah iaitu peringkat perancangan penubuhan Dawlah Islamiyyah.

ii- Peringkat Madinah iaitu peringkat pelaksanaan Dawlah Islamiyyah.

Page 11: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

11

Peringkat Mekah

Sebelum RasululLah s.‘a.w berhijrah ke Madinah, negara Islam belum lagi

ditubuhkan. Pada masa itu belum ada lagi keperluan dan tuntutan supaya baginda berbuat

demikian.19

Aspek utama yang ditekankan oleh Baginda Rasulullah di peringkat awal

sebelum berhijrah ke Madinah ialah soal akidah dan keimanan kepada Allah. Baginda juga

menyeru manusia berfikir tentang kebesaran Allah, menolak kekufuran, mengajar beberapa

bentuk sifat-sifat mulia dan mengajak manusia mengatasi kejahilan.20

Sumber hukum yang

paling utama pada masa itu ialah al-Qur’an yang diturunkan hanya melalui RasululLah

s.‘a.w. sahaja.21

Banyak ayat-ayat al-Qur’an yang memerintahkan supaya umat Islam sentiasa

mematuhi segala perintah yang di bawa oleh RasululLah s.‘a.w. Terdapat ayat yang

menjelaskan bahawa tidak harus bagi orang yang beriman mengamalkan apa yang mereka

putuskan sendiri sekira ianya bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh RasululLah

s.‘a.w.22

Ada ayat yang mengarahkan manusia supaya melaksanakan arahan RasululLah dan

menjauhi larangannya.23

Al-Qur’an juga menganggap sesiapa yang taat kepada Rasul

bererti taat kepada Allah.24

Begitu juga sekiranya berlaku sesuatu perselisihan yang tidak

boleh diselesaikan maka manusia hendaklah kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.25

Semua penegasan tersebut menjadi bukti bahawa RasululLah s.‘a.w adalah seorang Rasul

yang mempunyai kuasa menentukan hukum.

Kebanyakan persoalan hukum yang dijelaskan Baginda di peringkat Mekah ada

hubungkaitnya dengan akidah. Contohnya di peringkat Mekah dijelaskan beberapa perkara

yang dilarang seperti larangan menyengutukan Allah, larangan derhaka kepada ibu bapa,

larangan membunuh anak, haram melakukan zina, haram membunuh orang yang tidak

berdosa dan lain-lain.26

Hukum-hukum pengharaman zina dan haramnya membunuh disebut

secara umum sahaja di peringkat Mekah.27

Perincian hukum bagi perbuatan zina dan

membunuh orang dijelaskan semula oleh RasululLah s.‘a.w. melalui beberapa ayat lain yang

diturunkan di Madinah.28

Di peringkat Mekah, Rasulullah s.a.w. berusaha membina aqidah, dengan ikatan

keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. Baginda mengutamakan pembentukan akidah

Islam yang sempurna di kalangan orang-orang Arab dan mendidik mereka dengan didikan

akhlak Islamiyyah. Baginda telah membuat pelbagai persiapan seperti menyusun strategi

Page 12: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

12

politik dalaman, mengatur hubungan dengan luar negara dan membangunkan persiapan

ketenteraan. Baginda berusaha menanam akidah Islamiyyah dalam diri orang-orang yang

baru memeluk agama Islam, memantapkan akidah mereka dan menyebarluaskan dakwah

kepada pengikut-pengikut baru supaya beriman dan menerima cara hidup Islam. Firman

Allah:

Maksudnya:

“Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) Dengan

membawa petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), untuk

dimenangkan dan ditinggikanNya atas Segala ugama Yang lain,

Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.

Surah al-Tawbah 9: 33

Matlamat utama perjuangan Rasulullah ialah untuk berdakwah dan menyeru umat

manusia kepada Islam dan menghapuskan amalan syirik yang tersebar luas di Semenanjung

Arab pada masa itu. Baginda berjuang menegakkan keadilan dan menentang kezaliman serta

penindasan. Dawlah Islamiyyah yang diperjuangkan oleh Rasulullah berjaya menghapuskan

amalan jahiliyyah yang diwarisi oleh umat Arab. Negara yang ditegakkan itu dapat menjamin

kemajuan dari segi ekonomi, politik, kemasyarakatan dan lain-lain.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa mencari jalan untuk menyebarkan dakwah dan

mencari sesuatu kedudukan yang selesa bagi umat Islam untuk mereka laksanakan ajaran

Islam dengan bebas. Dalam menghadapi tentangan dahsyat daripada musyrikin Mekah,

Rasulullah s.a.w. mengarahkan para sahabatnya supaya berhijrah ke Habsyah yang pada

waktu itu diperintah oleh raja bernama Najasyi yang adil. Dalam realiti semasa, ia boleh

disamakan dengan usaha mendapatkan perlindungan politik daripada mana-mana kerajaan.

Rasulullah s.a.w. juga memanfaatkan beberapa kebaikan sistem Mekah untuk

kepentingan dakwah Islamnya. Antara kebaikan tersebut ialah sistem sokongan

kekeluargaannya (Bani Hashim dan Bani Muttalib) terhadap keselamatan diri Baginda sendiri

dan sistem al-Ijar iaitu perlindungan sementara yang boleh diberikan oleh mana-mana pihak

yang berautoriti di Mekah sebagaimana yang dilakukan oleh Mat'am bin 'Ady sewaktu

Page 13: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

13

Rasulullah s.a.w. memasuki Mekah daripada Ta'if. Perlindungan bapa saudaranya iaitu Abu

Talib dan sehingga Baginda bertemu dengan kaum Aws dan Khazraj pada musim haji.

Kewujudan “Negara Madinah” yang disebut sebagai Dawlah Islamiyyah yang

pertama bukanlah berlaku secara kebetulan ataupun tanpa adanya persiapan terlebih dahulu.

Bahkan Rasulullah s.a.w. telah menjalankan beberapa usaha serta membuat beberapa

persiapan terlebih dahulu antara persiapan yang dilakukan ialah:

1. Bay‘ah ‘Aqabah Yang Pertama

Bay`ah Aqabah yang pertama telah berlaku satu tahun tiga bulan sebelum Baginda

Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Pada musim haji Rasulullah telah bertemu dengan

jemaah haji dari Yathrih yang terdiri dari suku kaum al-Aws dan al-Khazraj. Satu kumpulan

dari mereka telah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Mereka membuat perjanjian dengan

Rasulullah yang di sebut sebagai Bay`ah al-`Aqabah al-Ula (Bay`ah Aqabah yang pertama).

Mereka berjanji untuk menjaga iman mereka dan beriltizam dengan akhlak yang mulia.

Mereka berjanji tidak akan mensyirikkan Allah, tidak akan mencuri, tidak melakukan zina,

tidak akan membunuh anak, tidak membohongi (menipu) Rasulullah dan mematuhi

Rasulullah dalam melakukan perkara-perkara yang baik.29

Perkara utama dalam perjanjian ini

ialah mereka tetap berpegan kepada tauhid, berakhlak mulia dan sentiasa membantu

Rasulullah s.a.w.

2. Bay‘ah ‘Aqabah Yang Kedua

Bay‘ah ini berlaku setahun selepas Bay‘ah ‘Aqabah yang pertama, iaitu pada musim

haji tahun berikutnya iaitu lebih kurang tiga bulan sebelum Baginda berhijrah ke Madinah.

Rasulullah telah berjumpa dengan 73 orang yang terdiri dari golongan lelaki dan wanita.

Menurut perjanjian ini orang-orang Madinah menjemput Rasulullah untuk menetap di

Madinah dan menyebarkan ajaran Islam di Madinah serta melindungi baginda dari sebaran

ganguan dan ancaman musuh. Mereka telah berikrar untuk memberikan sokongan semasa

dalam keadaan aman dan juga semasa peperangan menentang musuh-musuh negara. Bay‘ah

ini juga termasuk memberikan kepatuhan sepenuhnya kepada kebenaran dan berani

mengisytiharkan kebenaran tersebut.

Kedua-dua bay‘ah ‘Aqabah di atas merupakan perjanjian yang terkandung di

dalamnya tujuan untuk mendirikan masyarakat Islam yang pertama dalam sejarah Islam.

Bay‘ah tersebut juga merupakan bukti kukuh bahawa masyarakat Islam Madinah telah

Page 14: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

14

menerima Rasulullah sebagai pemimpin mereka. Selepas berlangsung dua Bay’ah iaitu

Bay’ah pertama dan kedua (Bay'atul Aqabah), bermulalah episod sebenar penubuhan sebuah

kerajaan dan sistem pemerintahan Islam dalam maksudnya yang praktikal selepas Rasulullah

s.a.w. dan umat Islam berhijrah ke Madinah.

Peringkat Madinah

Ketika Rasulullah tiba di Madinah baginda bertindak menubuhkan dawlah Islamiyyah

berasaskan pegangan akidah yang dipimpin sendiri oleh Baginda dengan pertolongan dan

naungan dari Allah S.W.T. Terdapat beberapa aktiviti utama dalam penubuhan Dawlah

Islamiyyah. Antaranya ialah:

1. Membina masjid

Masjid merupakan pusat pelbagai kegiatan bagi masyarakat Islam. Ia merupakan

tempat pertemuan yang boleh mempereratkan hubungan sesama Islam. Masjid juga dijadikan

sebagai pusat politik dan pentadbiran Dawlah Islamiyyah pada masa itu. Masjid dijadikan

tempat bermesyuarat dan perbincangan tentang pemerintahan pada masa itu.

2. Mempersaudarakan antara orang-orang Muhajirin dan Ansar

Rasulullah telah mempersaudarakan secara effektif di antara orang-orang Muhajirin

dan orang-orang Ansar. Persaudaraan ini bukan diikat berasaskan qabilah atau bangsa, tetapi

persaudaraan yang diikat oleh dasar aqidah dan agama. Persaudaraan yang diikat oleh

baginda Rasulullah s.a.w. adalah merupakan langkah awal untuk membentuk sebuah dawlah

Islamiyyah

3. Menggubal Perlembagaan Madinah

Perlembagaan Madinah merupakan perjanjian yang berlaku di antar orang-orang

Muhajirin, Ansar dan golongan Yahudi di Madinah. Ia mengandungi prinsip-prinsip asas

yang menjamin kesejahteraan bersama dalam kehidupan mereka dalam negara Madinah. Dari

segi perundangan, Dawlah Islamiyyah Madinah merujuk kepada hukum yang yang

diturunkan oleh Allah melalui wahyu kepada Rasulullah s.a.w. Wahyu yang diturunkan Allah

itu dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan persoalan

hidup keduniaan. Hukum-hukum tersebut terdapat secara tersusun dalam mashaf yang

dihafal oleh kaum Muslimin. Apabila timbul masalah yang berkaitan, amat mudah bagi umat

Islam menyelesaikannya, iaitu dengan cara mereka merujuk kepada ayat-ayat al-Quran

Page 15: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

15

yang dihafal. Sekiranya permaslahan hukum itu tidak dapat diselesaikan berpandu kepada

ayat-ayat al-Quran, orang ramai akan merujuk terus permasalahan tersebut kepada Baginda

Rasulullah s.a.w. Biasanya selepas orang ramai bertanya, Baginda Rasulullah akan

menjelaskan hukum yang berkaitan dengan perkara yang ditanya.

Dawlah Islamiyyah di zaman Rasulullah bukan sahaja mengutamakan

persoalan yang berkaitan dengan keagamaan sahaja, sebaliknya ia juga mengutamakan

persoalan politik dan penyusunan negara. Perkara politik yang ditekankan ialah berkaitan

dengan:

1. Ketua Negara; Rasulullah merupakan ketua tertinggi Dawlah Islamiyyah. Baginda

memiliki kuasa dalam persoalan keagamaan dan keduniaan. Rasulullah dianggap sebagai

ketua tertinggi dalam bidang keagamaan dan bidang keduniaan.

2. Rasulullah bertindak sebagai ketua hakim yang boleh menyelesaikan persengketaan

dan perbalahan yang berlaku di kalangan rakyat. Baginda akan menyelesaikan pertikaian

yang berlaku berlandaskan hukum syariat dan keputusan yang dibuat tidak boleh

dipertikaikan oleh sesiapa pun. Dalam bidang keadilan dan kehakiman, Rasulullah

merupakan hakim tertinggi yang memutuskan segala keputusan dan hukuman. Pun

begitu, Baginda juga kadang-kadang melantik para sahabat menjadi hakim di dalam

beberapa kes tertentu. Contohnya, dilantik Ali sebagai qadi di Yaman. Selain itu,

terdapat enam orang sahabat yang terkenal dalam bidang kehakiman dan fatwa, mereka

ialah Umar, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan Ummul

Mukminin, Aishah sendiri.

3. Melaksanakan hukum hudud; Hukum hudud merupakan hukum yang wajib

dilaksanakan ke atas orang-orang yang melakukan kesalahan jenayah dalam masyarakat

Islam seperti kesalahan berzina, mencuri, minum arak, membuat tuduhan palsu dan lain-

lain.

4. Mengetuai pasukan tentera dan mengelakkan berlakunya permusuhan. Rasulullah

secara pribadi telah mengetuai tentera Islam untuk berhadapan dengan musuh-musuh

Islam. Baginda merancang dan mengatur strategi menentang musuh-musuh Islam.

Penentangan dari musuh termasuklah mengancam Dawlah Islamiyyah atau sekadar

menganggu salah seorang rakyat dalam Dawlah Islamiyyah. Sebagai ketua turus tentera

bagi pasukan perang Madinah, Baginda sendiri pernah mengetuai peperangan yang

Page 16: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

16

penting untuk menentang orang-orang kafir dalam perang Badar, Uhud, Hunayn dan

Fathu Makkah. Manakala dalam peperangan kecil, Baginda hanya melantik seorang

ketua yang memimpin pasukan tersebut.

Selepas RasululLah berhijrah ke Madinah Baginda telah memperkenalkan cara

membentuk masyarakat dan negara mengikut hukum Islam. Rasulullah s.a.w. menjalankan

kuasa pemerintahan mengikut bimbingan wahyu dari Allah s.w.t. Firman Allah dalam al-

Quran :

وما ينطق عن الهوى ان هو اال وحى يوحى

"Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya

sendiri, segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadith) tidak

lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya"

RasululLah pada masa ini bukan sahaja mengajar manusia berkaitan dengan soal

ibadat, tetapi baginda menjelaskan soal politik dan kemasyarakatan. Di sinilah baginda

menentukan hukum-hukum yang berkaitan dengan soal kehidupan yang ada hubungannya

dengan individu dan masyarakat dalam segenap segi seperti ibadat, mu‘amalat (pergaulan

sesama manusia), jihad, jenayah, pusaka, wasiat, nikah cerai, sumpah, kehakiman dan

pelbagai aspek perundangan yang lain.30

Baginda juga memperkenalkan hukum-hukum qisas,

hudud dan ta‘zir (hukuman yang tidak ditetapkan oleh nas). Terdapat juga hukum tentang

peperangan, harta rampasan perang, masalah orang tawanan dan lain-lain. Baginda adalah

seorang printis yang telah membina kerajaan Islam yang menjadi model kepada umat Islam

selepasnya. Penubuhan negara Islam adalah bermula di Yathrib yang kemudiannya dikenali

sebagai Madinah.31

Sebahagian besar hukum-hukum yang diajar oleh Baginda RasululLah s.a.w. adalah

berdasarkan wahyu al-Qur’an. Wahyu al-Qur’an diturunkan oleh Allah secara berperingkat-

peringkat dalam berbagai-bagai bentuk. Kadang-kadang ia menjelaskan hukum bagi

perkara yang belum berlaku,32

kadang-kadang ia diturunkan untuk memberi penjelasan

terhadap apa yang sedang berlaku33

dan kadang-kadang sebagai menjawab pelbagai persoalan

yang dikemukakan kepada RasululLah.34

Ada juga pada masa-masa tertentu RasululLah s.‘a.w. melakukan ijtihad dalam

menentukan hukum. Sebab itu sesetengah ulama berpendapat baginda adalah mujtahid yang

Page 17: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

17

pertama dalam Islam.35

Dalam catatan sejarah kadang-kadang didapati baginda berijtihad

bersendirian36

dan kadang-kadang baginda membuat keputusan setelah berbincang dahulu

dengan para sahabat.37

RasululLah juga pernah membenarkan para sahabat melakukan

ijtihad.38

Walaupun Rasulullah s.a.w. mempunyai kuasa dalam mengendalikan pemerintahan

namun Baginda sering melakukan syura dengan para sahabatnya untuk mendapatkan

pandangan mereka dalam sesuatu masalah. Rasulullah s.a.w. dibantu oleh para sahabat iaitu

Ali dan Uthman selaku penulis wahyu. Mereka berdua pula dibantu oleh Ubayy bin Ka'ab,

Zayd bin Thabit. Sementara itu, Zubayr dan al-Zuhaym bin al-Salat bertugas sebagai pegawai

pengurus zakat dan sedekah. Huzayfah al-Yamani pula membuat tafsiran pendapatan hasil

dari buah tamar. Al-Mughirah dan al-Hasan bin Numayr mencatatkan perjanjian perdagangan

yang dilakukan oleh orang ramai. Abdullah bin Arqam dan 'Ala bin Uqbah memelihara rekod

tentang kabilah-kabilah serta sumber air, mereka juga mengendalikan catatan rekod tentang

kaum Ansar. Selain itu, Zayd bin Thabit menjadi juru tulis yang membuat hubungan surat

menyurat dengan raja-raja dan ketua-ketua kabilah. Manakala Mu'ayyib bin Abi Fatimah

menjaga rekod mengenai pendapatan dari harta ghanimah (harta rampasan perang). Hanzalah

bin al-Rabi'ah pula dikatakan bertindak sebagai setiausaha kepada Rasulullah s.a.w. dan

beliau juga menyimpan cop mohor Baginda.39

Baginda juga melantik beberapa orang

sahabatnya sebagai gabenor, hakim, dan pegawai tadbir di beberapa jajahan Islam.

Dawlah Islamiyyah Di Zaman Al-Khulafa’ Al-Rasyidin

Selepas kewafatan Rasulullah timbullah permaslahan politik di kalangan umat

Islam di Madinah. Mereka berselisih pendapat dalam menentukan siapakah pengganti

Rasulullah s.a.w. yang akan menjadi ketua negara. Orang-orang Ansar merasakan wakil di

kalangan mereka lebih layak menjadi khlifah kerana golongan Ansar mempunyai kelebihan

mempertahankan Islam, membantu Rasulullah s.a.w. dan dakwah Islam. Mereka lebih

cenderung supaya khalifah disandang oleh tokoh suku Khazraj iaitu Sa'd bin Ubadah. Bani

Hashim merasakan bahawa jawatan ini mesti berada di kalangan mereka dan mereka percaya

bahawa Ali bin Abi Talib adalah yang paling berhak di antara para sahabat Nabi s.a.w. kerana

kedudukannya di sisi Rasulullah s.a.w. Orang-orang Muhajirin juga merasakan wakil mereka

lebih layak menjadi khalifah kerana mereka lebih awal memeluk agama Islam dan beriman

serta banyak membantu Rasulullah. Mereka mahukan Abu Bakar dilantik sebagai khalifah

Page 18: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

18

kerana beliau merupakan orang yang pertama sekali memeluk Islam dan menjadi teman Nabi

s.a.w. di dalam gua Thur.40

Perbincangan telah berlaku di antara orang-orang Muhajirin dan orang Ansar bagi

menentukan khalifah pertama selepas Rasulullah sehinggalah Abu Bakar tampil memberikan

penjelasan dan memuji peranan penting yang dimainkan oleh orang-orang Ansar membantu

golongan Muhajirin dan memberi perlindungan kepada Rasulullah dan agama Islam. Beliau

telah memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada orang-orang Ansar. Namun beliau secara

pribadi berpendapat jawatan khalifah selepas Rasulullah itu lebih sesuai diserahkan kepada

orang-orang Muhajirin kerana mereka lebih awal beriman dan menerima Islam serta sanggup

menanggung kesusahan menghadapi ancaman dari golongan kafir Musyrikin. Pemimpin dari

golongan Ansar seterusnya memuji kaum Ansar dan mencadangkan jawatan khalifah sesuai

diserahkan kepada golongan Muhajirin. Buktinya seorang pemimpin Ansar dari kaum

Khazraj iaitu Basyir Ibn Sa`ad telah bagun memberikan ucapan:41

“Wahai kaum Ansar demi Allah sekiranya kita merupakan orang

yang paling utama berjihad menentang golongan Musyrikin dan

merupakan orang yang awal memeluk agama Islam sudah tentu

kita memerlukan keredaan dari Tuhan dan mentaati nabi kita. Kita

berpenat lelah untuk diri kita, maka tidak harus bagi kita

memperpanjangkan lagi perkara ini… Sesungguhnya Nabi

Muhammad merupakan orang Qurasy, kaumnya lebih berhak

memegang jawatan ini (jawatan khalifah). Demi Allah, Allah tidak

membenarkan saya menentang mereka tentang perkara ini.

Bertakwalah kepada Allah, jangan kamu menentang mereka

tentang perkara ini”.

Ucapan ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada diri orang-orang Islam pada

masa itu. Selepas itu tampillah Umar Ibn al-Khattab dan Abu Ubaydah memberi bay`ah

kepada Abu Bakar menjadi khalifah. Kemudian tampil pula golongan Aws dan Khazraj

memberi bay`ah. Dengan nikmat Islam maka Allah telah menyelamatkan umat Islam dari

perpecahan.

Pelaksanaan Hukum Islam Di Zaman Pemerintahan Abu Bakar

Penentuan dan penggubalan hukum Islam (undang-undang) di zaman al-khulafa’ al-

rasyidun42

dilakukan oleh "jama‘ah al-mujtahidin" yang diketuai oleh khalifah. Mereka

adalah golongan ‘ulama’ dari kalangan para sahabat yang mempunyai kelayakan untuk

berijtihad. Merekalah orang-orang yang ditugaskan untuk mentafsirkan hukum, khususnya

Page 19: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

19

bagi perkara-perkara yang baru timbul. Oleh itu di zaman al-khulafa’ al-rasyidun, apabila

timbul persoalan baru yang sukar diselesaikan, para sahabat berkumpul untuk menentukan

hukum terhadapnya.43

Kumpulan para sahabat inilah yang dinamakan oleh ‘ulama’ sebagai

"Jam‘iyyah Tasyri‘iyyah" yang boleh juga kita namakan badan yang menentukan hukum.

Mereka adalah terdiri dari para sahabat dan ‘ulama’ mujtahidin.44

Fungsi yang dijalankan oleh

mereka hampir sama dengan fungsi badan perundangan (badan lagislatif) yang ditubuhkan

dalam sesebuah negara hari ini.

Berdasarkan fakta sejarah, apabila ingin menentukan sesuatu hukum, langkah pertama

yang dilakukan oleh khalifah Abu Bakr ialah merujuk kepada al-Qur’an. Sekiranya

penyelesaian tersebut tidak ada di dalam al-Qur’an beliau akan merujuk kepada al-Sunnah.

Sekiranya tidak ada penyelasaian mengikut penjelasan al-Qur’an dan al-Sunnah barulah

beliau mengarahkan para sahabat berijtihad secara ijma‘. Keputusan yang dibuat oleh mereka

itu dinamakan ijma‘. Cara Abu Bakr menentukan hukum ini disebut oleh Ibn Qayyim dalam

bukunya A‘lam al-Muwaqqi‘in:

"Abu Bakr al-Siddiq apabila ditanya kepadanya sesuatu hukum

beliau melihat kepada Kitab Allah. Sekiranya hukum yang

dimaksudkan itu ada, beliau akan membuat keputusan

berdasarkan hukum tersebut. Sekiranya hukum tersebut tidak

terdapat dalam Kitab Allah beliau akan meneliti pula kepada

Sunnah Rasul s‘.a.w. Sekiranya hukum yang dimaksudkan itu ada,

beliau akan membuat keputusan berdasarkan hukum tersebut.

Jika beliau tidak mendapatinya di dalam al-Sunnah beliau akan

bertanya kepada orang ramai: “Adakah kamu mengetahui

bahawa RasululLah s.‘a.w. menghukum perkara itu dengan

sesuatu hukum ?” Seringkali terdapat sesuatu kaum tampil

menjelaskan bahawa RasululLah menghukumnya begitu dan

begini. Sekiranya tidak terdapat sebarang Sunnah dari

RasululLah beliau akan mengumpulkan para pemimpin dan

bermesyuarat dengan mereka. Apabila mereka menetapkan

sesuatu peraturan secara ijma‘,Abu Bakr akan menghukum

dengan ijma‘ tersebut."45

Selepas dipersetujui, keputusan ijma‘ ulama ini tidak boleh diubah-ubah lagi.

Hukum tersebut akan dipakai secara berterusan untuk masa-masa yang akan datang. Kadang-

kadang dalam mengemukakan pandangan terdapat juga percanggahan pendapat di antara satu

sama lain. Namun demikian biasanya perbezaan pandangan itu boleh diselesaikan dengan

mudah oleh khalifah dengan menggunakan kuasanya untuk memilih mana satukah hukum

yang patut diterima dan dikuatkuasakan. Di antara kuasa yang diberikan kepada khalifah ialah

Page 20: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

20

memilih pandangan-pandangan, iaitu dengan cara memilih satu pandangan yang terbaik

sahaja untuk diterima sebagai hukum.46

Sewaktu memegang amanah kepimpinan, Abu Bakar telah menghadapi gejala murtad

dan golongan yang enggan mengeluarkan zakat di kalangan beberapa kabilah Arab. Beliau

telah melancarkan jihad terhadap golongan ini sehingga mereka kembali semula ke pangkuan

Islam dan berjanji untuk menunaikan rukun Islam tersebut, manakala golongan yang berdegil

telah diperangi oleh kerajaan Islam. Khalifah Abu Bakar meninggal dunia pada 22 Jamadil

Akhir tahu ke 13 Hijrah sesudah berjaya menumpaskan golongan murtad dan selepas

mencapai kejayaan cemerlang dalam usaha meluaskan daerah pemerintahan Islam. Dengan

itu Abu Bakar merupakan pelopor kerajaan Islam yang teragung sesudah Rasulullah s.a.w.

Khalifah Umar Ibn al-Khattab

Selepas Abu Bakar, pemerintahan Islam diterajui oleh Sayyidina Umar bin al-

Khattab. Nama beliau dicalonkan oleh Abu Bakar di mana beliau mengadakan perbincangan

dengan para sahabat untuk melantik Umar selepasnya. Abu Bakar membuat surat perlantikan

dan menyerahkan tanggungjawab kerajaan kepada Umar.

Zaman pemerintahan Umar merupakan zaman kegemilangan Islam dan ia

menyempurnakan zaman pemerintahan Abu Bakar. Pada zamannya, khalifah Umar telah

membuat beberapa pembaharuan di dalam sektor pentadbiran dan kewangan. Beliau

merupakan orang pertama menubuhkan "Diwan" iaitu sistem jabatan. Beliau juga

memperuntukkan gaji tetap kepada para pejuang Islam dan tanggungan mereka sewaktu

mereka keluar perang.

Kebijaksanaan siasah Umar dan pandangan jauhnya, mendorong beliau mengambil

faedah dari pengalaman negara-negara luar seperti sistem pentadbiran yang digunakan oleh

kerajaan Rome dan Parsi. Di beberapa jajahan Islam pula, beliau membiarkan jabatan-jabatan

di situ menggunakan bahasa tempatan. Beliau juga mengekalkan penggunaan matawang

tempatan.

Pelaksanaan Hukum Islam Di Zaman Pemerintahan Umar Ibn al-Khattab

Amalan yang dilakukan oleh Abu Bakr itu diteruskan oleh khalifah ‘Umar dan

sahabat-sahabat yang sezaman dengannya. Khalifah ‘Umar pun begitu, apabila menghadapi

sesuatu masalah untuk menentukan hukum, mula-mula sekali ‘Umar akan merujuk kepada al-

Page 21: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

21

Qur’an dan al-hadith. Sekiranya tidak ada penjelasan dalam kedua-dua nas tersebut beliau

terlebih dahulu akan merujuk kepada keputusan ijma‘ dan ijtihad yang dibuat di zaman Abu

Bakr. Sekiranya hukum masih tidak ada maka beliau mengumpul para sahabat untuk

berbincang dan berijtihad secara ijma‘. Apabila para sahabat bersepakat menentukan hukum.

‘Umar akan menerima dan melaksanakannya di peringkat negara.47

Di peringkat permulaan

pemerintahan ‘Umar, ijma‘ berjalan lancar dan jarang berlaku perbezaan pandangan di

kalangan sahabat. ‘Umar Ibn al-Khattab pernah melarang sekumpulan sahabat yang

dianggap sebagai ‘ulama’ ijtihad supaya jangan keluar dari Madinah demi kepentingan untuk

membantu khalifah berijtihad.48

Sebab itu tidak ramai di kalangan mereka yang berhijrah ke

tempat-tempat yang berjauhan. Sebaliknya di peringkat pertengahan dan akhir zaman

pemerintahan ‘Umar Ibn al-Khattab, negara Islam semakin meluas. Banyak negara-negara

yang baru dibuka seperti ‘Iraq, Azarbayjan, Parsi, Syam, Mesir dan lain-lain. Oleh itu

banyaklah masalah-masalah yang baru timbul. Keadaan tersebut merupakan sebab utama

khalifah ‘Umar dan sahabat-sahabat yang sezaman dengannya dalam banyak perkara

terpaksa menggunakan kebijaksanaannya untuk berijtihad menentukan hukum.49

Pada zaman itu juga peranan menentukan hukum telah diambil alih oleh gabenor dan

para qadi yang berkuasa di seluruh pelusuk negara Islam. Dengan ini secara tidak langsung

beliau telah menyerahkan kuasa menentukan hukum kepada qadi-qadi tersebut, khususnya

bagi negeri-negeri yang jauh dari Madinah. Suasana ini akhirnya telah menimbulkan banyak

perselisihan pendapat dalam ijtihad. Ijtihad yang berbentuk ijma‘ yang boleh diadakan

sebelum itu semakin sukar untuk diteruskan lagi. Para sahabat menyelesaikan masalah

hukum di tempat masing-masing secara persendirian. Fatwa dan hukum yang dikemukakan

datang dari pandangan individu, dan mulalah berlaku perbezaan pendapat dalam menentukan

hukum. Perbezaan pendapat dalam menentukan hukum berkait rapat dengan perbezaan

suasana setempat serta berlainan kebudayaan hidup.50

Masalah percampuran di antara orang

Arab dengan bukan Arab juga memberi kesan kepada usaha menentukan hukum dan

timbullah perbezaan fahaman.51

Siasah pemerintahan Islam pada zaman Umar mencapai tahap kegemilangan apabila

berjaya melumpuhkan empayar Parsi yang menjadi kuasa besar dunia di sebelah Timur.

Pembukaan kota-kota baru telah menambahkan lagi bilangan penganut agama Islam.

Keadaan ini telah mempengaruhi Sayyidina Umar untuk melakukan beberapa perubahan dan

reformasi yang turut sama melibatkan persoalan hukum dan undang-undang Islam.

Page 22: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

22

Khalifah Uthman Ibn Affan

Khalifah Umar meninggal dunia setelah ditikam oleh seorang Majusi bernama Abu

Lu'luah pada akhir tahun 23 Hijrah. Urusan pemilihan khalifah telah diserahkan oleh beliau

kepada majlis syura para sahabat yang terdiri daripada 6 orang iaitu ; Abdul Rahman bin Auf,

Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, Saad bin Abi al-Waqqas, Talhah bin Ubaydillah, dan

Zubayr bin al-Awwam. Umar menegaskan seorang khalifah mesti dipilih di antara enam

orang tersebut kerana beliau melihat kesemua calon tersebut merupakan ketua kaum masing-

masing.

Permesyuaratan tersebut telah menerima Uthman sebagai orang yang paling layak

untuk jawatan khalifah. Sebenarnya anggota syura telah menyerahkan pemilihan tersebut

kepada Abdul Rahman bin Awf. Abdul Rahman telah mengelilingi kota Madinah untuk

mengambil pendapat masyarakat dan akhirnya keputusan ramai memihak kepada Uthman

walaupun ada yang memihak kepada Ali bin Abi Talib yang turut menjadi calon kedua.

Uthman meneruskan pemerintahan Islam yang sedang tumbuh gagah pada waktu itu.

Beliau menyambung usaha pembukaan yang terhenti pada zaman Umar dan giat menghantar

tentera laut yang mencemaskan Byzantine di samping usaha agungnya di dalam menyalin

semula al-Quran menjadi naskhah rasmi kerajaan dan menghantar beberapa salinan ke

jajahan Islam bagi mengelak perbalahan umat Islam dan pertumpahan darah di kalangan

mereka.

Pelaksanaan Hukum Islam Di Zaman Pemerintahan Uthman Ibn Affan

Oleh kerana negara Islam semakin luas, amalan menentukan hukum yang dibuat

mengikut pandangan masing-masing makin menjadi-jadi. Institusi ijma‘ sebagai badan

ijtihad pula menjadi semakin lemah, dan akhirnya terlalu sukar untuk dilaksanakan

diperingkat negara. Seterusnya, di pertengahan zaman pemerintahan ‘Uthman pula telah

timbul berbagai-bagai fitnah yang menjejaskan institusi badan perundangan. Dalam soal

pemerintahan negara, ‘Uthman banyak menyerahkan tugas tersebut kepada pembantunya dari

kalangan keluarganya sendiri.52

Ini menyebabkan banyak golongan tidak suka kepadanya.

Kelemahan pentadbiran dan campurtangan golongan Bani Umayyah dalam pemerintahan

beliau telah menyebabkan penduduk Kufah, Basrah dan Mesir datang ke Madinah dan

melakukan pemberontakan. Akhirnya pada bulan Zulhijjah tahun 35 H. rumahnya dikepung

dan beliau dibunuh.53

Pembunuhan ‘Uthman ini telah menyebabkan berlaku perpecahan

Page 23: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

23

yang besar di kalangan umat Islam.54

Perpecahan tersebut memberi kesan yang besar dalam

penentuan hukum Islam Islam. Setiap kumpulan yang berpecah mempunyai kaedah yang

berlainan dalam menentukan hukum. Pada mulanya kaedah dan asas masing-masing adalah

untuk menguatkan kumpulan masing-masing, tetapi akhirnya ia telah menimbulkan

perbezaan pendapat dalam penentuan hukum.55

Terdapat beberapa kelemahan di akhir pemerintahnnya kerana sikap beliau yang agak

melebihkan kaum kerabat sehingga kebanyakan jawatan kerajaan dikuasai oleh Bani

Umayyah. Sikap ini dikritik oleh para sahabat yang khuatir melihat keadaan tersebut. Di

samping beberapa sebab lain, telah timbul kekacauan dan rasa tidak puas hati di kalangan

penduduk sehingga akhirnya membawa kepada pembunuhan Uthman yang penuh tragis.

Zaman Khalifah Ali Ibn Abu Talib

Selepas peristiwa pembunuhan Uthman oleh puak pemberontak, orang ramai melantik

Sayyidina Ali r.a menjadi khalifah. Perlantikan tersebut tidak direstui oleh Mua'wiyyah r.a.

yang memerintah jajahan Islam di Syam. Muawiyyah enggan memberikan bay’ah kepada Ali

kecuali jika Ali segera menangkap pembunuh Uthman dan menjatuhkan hukuman terlebih

dahulu. Pada zaman pemerintahan Ali telah berlaku peristiwa hitam yang meninggalkan

sejarah pahit perpecahan umat Islam dengan berlakunya dua siri perang saudara iaitu

berlakunya peperangan al-Jamal di antara ‘Ali dengan ‘A’isyah dan peperangan Siffin di

antara ‘Ali dengan Mu‘awiyah.

Selepas peperangan Siffin, telah berlaku peristiwa "Majlis al-Tahkim" antara pihak

Muawiyyah dan pihak Ali bin Abi Talib. Peristiwa "Majlis al-Tahkim" telah menimbulkan

rasa tidak puas hati sebahagian dari kalangan umat Islam pada masa itu.56

Selepas itu lahirlah

satu golongan yang dikenali sebagai Khawarij. Mereka itu pada asalnya berada di pihak Ali

tetapi telah mengambil keputusan meninggalkan pasukan Ali. Seterusnya golongan

Khawarij telah merancang untuk melakukan pembunuhan ke atas Ali dan Muawiyyah, Amr

bin al-As dan Abu Musa al-Ash'ari. Bagaimanapun mereka gagal membunuh Muawiyyah dan

berjaya membunuh Sayyidina Ali melalui pembunuh upahan yang bernama Abdul Rahman

bin Muljam pada bulan Ramadhan. Dengan kematian khalifah Ali r.a. tamatlah pemerintahan

Khulafa’ Ar-Rasyidin yang merupakan zaman keemasan sebuah kerajaan Islam yang ideal.

Perbezaan pendapat selepas "Majlis al-Tahkim" juga telah membawa kepada

percanggahan pendapat di antara puak Khawarij, Syi‘ah dan lain-lain menjadi semakin besar.

Page 24: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

24

Tiap-tiap puak itu masing-masing mempercayai dan menyokong fuqaha’ dari golongan

mereka sahaja sebaliknya tidak mempercayai fuqaha’ dari golongan yang lain. Selepas itu

persengketaan sesama Islam semakin bertambah dan perkara ini berterusan sehingga ke

zaman pemerintahan Bani Umayyah.

Kesimpulan

Berdasarkan seluruh perbincangan di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menegakkan

Dawlah Islamiyyah merupakan fardu kifayah yang diwajibkan ke atas diri semua umat Islam.

Tanpa Dawlah Islamiyyah sebahagian besar hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan

kenegaraan tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu menjadi kewajipan kepada semua umat Islam

hari ini melipatgandakan usaha ke arah penubuhan Dawlah Islamiyyah. Contoh Dawlah

Islamiyyah yang paling baik dan sempurna sebagai ikutan ialah Dawlah Islamiyyah pada

zaman Rasulullah s.a.w. Kemudian diikuti dengan contoh-contoh negara Islam yang

dipimpin oleh para khulafa’ al-Rasyidin. Penjelasan yang dibuat melalui kertas kerja ini

diharap dapat membantu segala usaha ke arah menegakkan dawlah Islamiyyah pada zaman

kini.

Page 25: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

25

NOTA HUJUNG

1 K. Ramanathan Kalimuthu (1987), Asas Sains Politik, Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn.

Bhd., h. 119. 2 Ibid., h. 121.

3 Dr. Abdul Halim El-Muahmmady (2001), Konsep Negara Islam. Laman web JAKIM 2001,

http://www.Islam.gov.my/e-rujukan 4 Haji Abdul Hadi Awang (1995), Sistem Pemerintahan Negara Islam, Petaling Jaya:

Dewan Muslimat Sdn. Bhd., h. 23. 5 Wan Zahidi Wan The (t.t.), Ciri-Ciri Sebuah Negara Islam, Pelaksanaan Hukum Syarak

di Malaysia, ed; Khairul ‘Azmi Mohamad, Abdul Munir Yaacob, Ketua Penerangan dan

Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor, h. 13. 6 Imam al-Baghdadi (1980), Usul al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-Imamiyyah, h. 270.

7 Muhammad Pisol Mat Isa (2001), Jihad Politik Dalam Politik dan Persoalan Negara

Islam Mengikut Pandangan Sa’id Hawwa, Negeri Sembilan: M. Khairi Enterprise, h. 138. 8 Sayyid Abu al-A’la Maududi (2000), Proses Pembinaan Negara Islam, Kuala Lumpur:

Pustaka Salam, h. 29. 9 Abd. Qadim Zallum (2001), Pemikiran Politik Islam Mengemukakan Ketinggian Politik

Islam, Bangil Jawa Timur: Al-Izzah, h. 17. 10

Muhammad Abd. Qadir Abu Fariz (1986), Dr., Sistem Politik Islam, Jakarta: Rabbani

Press, h. 89. 11

Muhammad Abd. Qadir Abu Fariz, Dr. (2000), Fiqh Siasah Menurut Imam As-Syahid

Hassan Al-Banna, Kuala Lumpur; Pustaka Syuhada, h. 37 12

Lukman Thaib (1998), Politik Menurut Perspektif Islam, Kajang: Synergymate Sdn. Bhd.

h. 32. 13

Khalid Ibrahim Jindan (1999), Teori Politik Islam, Telaah Kritis Ibnu Taymiyyah

Tentang Pemerintahan Islam, Surabaya; Risalah Gusti., h. 59. 14

Abu Abd. Fattah Ali Belhaj (2001), Menegakkan Kembali Negara Khilafah, Kewajipan

Terbesar Dalam Islam, Bogor, Pustaka Thariqul Izzah, h. 82 15

Muhibbin, M.A, Drs. (1996), Hadis-Hadis Politik; Yogyakarta: Pustaka Pelajar LESISKA,

h. 27. 16

M. Dhiauddin Rais, Drs. (2001), Teori Politik Islam, Jakarta: Gema Insani, h. 8 17

Ali Ali Mansur (1994), Islam Dalam Perhubungan Antarabangsa, Mahmood Zuhdi

Abdul Majid (terj.) Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd., h. 69. 18

Abd al-Ghani Basyuni Abdullah (1986), Nazariyyah al-Dawlah Fi al-Islam, Beirut: Al-

Dar al-Jami'ah, h.34. 19

Mutawalli, ‘Abd al-Hamid, Dr. (1975), Mabadi’ Nizam al-Hukm Fi al-Islam,

Iskandariyyah: Mansya’ah al-Ma‘arif, cet. ke 3, h. 196. 20

Badran Abu al-‘Ayn Badran (t.t.), al-Syari‘ah al-Islamiyyah, Tarikhuha Wa Nazariyyah

al-Milkiyyah Wa al-‘Uqud, Iskandariyyah: Mu’assasat Syabab al-Jami‘ah, h. 88. 21

Badran Abu al-‘Ayn Badran, al-Syari‘ah al-Islamiyyah, op. cit., h. 93. 22

Lihat al-Quran surah al-Ahzab (33):36. 23

Lihat al-Quran surah al-Hasyr (59): 7. 24

Lihat al-Quran surah al-Nisa’ (4):80. 25

Lihat al-Quran surah al-Nisa’ (4):59. 26

Lihat al-Quran surah al-An‘am (6):151. 27

Lihat al-Quran surah al-Isra’ (17):32 dan surah al-Isra’ (17):33. 28

Lihat al-Quran surah al-Nur (24):2-3 dan surah al-Baqarah (2):178.Yang dimaksudkan

dengan "Hukuman Qisas" ialah hukuman bunuh balas, iaitu nyawa dibalas dengan nyawa,

Page 26: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

26

kecuali jika pihak waris orang yang terbunuh mengampunkan, maka sipembunuh dikenakan

membayar "Diyah" (ganti nyawa yang berupa hartabenda atau wang darah) dengan

sepatutnya. Lihat Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Tafsir Pimpinan Ar-

Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia

Berhad, cet. keenam, 1995, h. 67. 29

Ibn Hisyam (t.t.), al-Sirah al-Nabawiyyah, Beirut: Dar al-Jayl, j. 2, h. 57. 30

Hassan Haji Salleh, Sejarah Perundangan Islam, Kelantan: Pustaka Aman Press, cet.

kedua, 1979, h. 26. 31

O.K. Rahmat, Dr., Republik Atau Monarki, Singapura: Pustaka Nasional Pte.Ltd., cet.

pertama 1989, h. 5. 32

Lihat al-Quran surah al-Baqarah (2):43. 33

Lihat al-Quran surah al-Baqarah (2):228. 34

Lihat al-Quran surah al-Isra’ (17):85. 35

Muhammad Faruq al-Nabhan, Nizam al-Hukmi Fi al-Islam, Beirut: Mu’assasah al-

Risalah, cet. kedua, 1988, h. 420. 36

Contoh ijtihad baginda secara persendirian ialah, baginda telah mengharamkan dirinya

meminum madu. Tetapi ijtihad baginda itu ditegur oleh Allah dengan menurunkan ayat 1

Surah al-Tahrim. Lihat al-Quran surah al-Tahrim (66):1. 37

Perbincangan di antara RasululLah dengan para sahabat adalah seperti menentukan

kedudukan orang tawanan perang Badar. RasululLah telah menerima cadangan Abu Bakr

supaya diambil fidyah dan membebaskan tawanan perang tersebut. Tetapi keputusan yang

dibuat oleh RasululLah tersebut ditegur oleh wahyu yang datang daripada Allah. Allah

menurunkan ayat 67 dan 68 Surah al-Anfal, memperbetulkan keputusan yang dibuat oleh

RasululLah. Wahyu tersebut bersesuaian dengan pandangan ‘Umar Ibn al-Khattab. Sebab itu

sesetengah ‘ulama’ berpendapat tidak harus bagi RasululLah s.‘a.w. berijtihad kerana ijtihad

baginda seperti yang disebut disini ditegur oleh wahyu. Lihat ‘Abd al-Karim Khatib, op. cit.,

h. 46. 38

Diantara contoh RasululLah membenarkan orang lain berijtihad ialah peristiwa dimana

baginda telah mengutuskan Mu‘adh Ibn Jabal ke Yaman. Tentang ini Ibn Qayyim menulis:

“Mengikut Mu‘adh Ibn Jabal RasululLah s.‘a.w. telah bertanya

kepada beliau apakah tindakannya apabila berhadapan dengan

sesuatu kes. Mu‘adh menjawab beliau akan menghukum dengan

Kitab Allah. RasululLah bertanya, sekiranya tidak ada padanya

hukum ? Mu‘adh menjawab, beliau akan menghukum berdasarkan

Sunnah RasululLah. RasululLah bertanya lagi, sekiranya tidak

ada juga penjelasan hukum ? Beliau menjawab, “aku akan

berijtihad dengan menggunakan pendapatku”. Maka RasululLah

menepuk dada Mu‘adh seraya bersabda, “Maha Suci Allah yang

telah memberikan pertunjuk kepada utusan Rasul-Nya”.

Lihat Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams al-Din Ibn Qayyim al-Jawziyyah, A‘lam

al-Muwaqqi‘in, Kaherah: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariyyah, j. I, 1968, h. 202. 39

Amir Hassan Siddiqi, The Origin and Development of Muslim Institution, 2nd

ed.,

Karachi: Jam'iyyat al-Falah Publication, 1969, hlm. 28. 40

Muhammad Faruq al-Nabhan, Nizam al-Hukm Fi al-Islam, Beirut: Mu’assasah al-

Risalah, cet. Kedua, 1988, h. 91. 41

Ibid. 42

Zaman al-khulafa’ al-rasyidun adalah bermula pada tahun 11 H. dan berakhir pada tahun

40 H.

Page 27: KEPENTINGAN MENDIRIKAN DAWLAH ISLAMIYYAH KE ARAH ... · pada Allah S.W.T. Dia yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia ... Negara adalah sekumpulan manusia

27

43

‘Abd al-Wahhab Khallaf (t.t.), Khulasah Tarikh Tasyri‘ al-Islami, Kuwait: al-Dar al-

Kuwaitiyyah, hh. 31-32. 44

‘Abd al-Hamid Mutawalli, Dr., Mabadi’ Nizam al-Hukm Fi al-Islami, op. cit., h. 198. 45

Lihat Ibn Qayyim al-Jawziyyah, A‘lam al-Muwaqqi‘in, j. I, op. cit., h. 62. 46

‘Isawi, ‘Isawi Ahmad (1967), al-Madkhal Li al-Fiqh al-Islami, Kaherah: Dar al-Kitab

al-‘Arabi, h. 49. 47

‘Abd Allah, ‘Abd al-Ghani Basyuni (1986), Dr., Nazariyyat al-Dawlah Fi al-Islam,

Beirut: al-Dar al-Jami‘ah, h. 61. 48

Badran Abu al-‘Ayn Badran (1965), Usul al-Fiqh, Kaherah: Dar al-Ma‘arif, h. 221. 49

Fathi ‘Abd al-Karim (1984), al-Dawlah Wa al-Siyadah Fi al-Fiqh al-Islami, Dirasah

Muqaranah, Kaherah: Maktabah Wahbah, cet. kedua, h.. 50. 50

Taha ‘Abd al-Baqi Surur, Dawlah al-Qur’an, Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi, t.t., h. 111. 51

Fathi ‘Abd al-Karim, op. cit., h. 222. 52

Ahmad Syalabi, Mawsu‘ah al-Tarikh al-Islami Wa al-Hadarah al-Islamiyyah,

Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, cet. kesembilan, 1980, h. 429. 53

Lihat Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, Kaherah: Dar al-Fikr

al-‘Arabi, t.t., hh. 178-179; Lihat juga Abdul Halim Hasan, Tarikh Kejadian Syarak,

Penang: Persama Press, t.t., h. 72. 54

Pada masa itu umat Islam berpecah kepada tiga puak iaitu; puak majoriti yang

menyokong Mu‘awiyah, puak Syi‘ah yang berpihak kepada ‘Ali dan keturunannya dan puak

Khawarij yang wujud secara berasingan dan mengakui dua orang khalifah sahaja iaitu Abu

Bakr dan ‘Umar sahaja. 55

Sulayman al-Asyqar, Dr., Tarikh al-Fiqh al-Islami, al-Kuwayt: Maktabah al-Falah, cet.

pertama, 1982, h. 77. 56

Hasan, Hasan Ibrahim (1964), Tarikh al-Islami al-Siyasi Wa al-Dini Wa al-Thaqafi Wa

al-Ijtima‘i, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, j. I, cet. ketujuh, h. 297.