kepentingan jihad dalam hidup pelajar

3
1 KEPENTINGAN JIHAD DALAM HIDUP MAHASISWA Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) Papa nak pegi mana karang? tanya isteriku ketika aku menghantarnya ke Universiti Teknologi MARA di Shah Alam untuk kelas pengajian luar kampusnya. Ingat nak solat kat masjid baru UiTM la kataku memasang niat. Papa nak duduk kat masjid ke? tanya isteriku seperti berminat dan menggalakkan. Tengoklah, jawabku ringkas. Aku meneruskan perjalanan kusetelah menurunkan isteriku di hadapan fakultinya. Tiba di masjid baru UiTM aku merasakan sedikit perubahan dan terasa seronok untuk berada di masjid yang aman dan amat sesuai ra sanya untuk aku beritikaf sambil memikirkan mod ul yang perlu aku siapkan untuk dihantar kepada Ustazah Hanizah SAM Tanjong Karang untuk program asas kepimpinan. Entah mengapa agaknya, begitu mudah Allah isikan niat baik manusia ini. Betullah sebagaimana ya ng selalu kita dengari, ap abila kita ada niat yang baik , pasti Allah akan m elorong kita ke arah melakukannya. Berbanding sekiranya berniat tidak baik, Allah akan berikan pelbagai halangan seba gai peringatan k epada kita jik a kita ini adalah tergolong dari k alangan ora ng -orang Mukmin. Aku masuk ke masjid dan menunaikan solat Maghrib. Habis solat, aku berniat untuk tunaikan solat Isyak juga. Alhamdulillah niatku tercapai. Bahkan, aku juga diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk mendengar, sementara menunggu isteriku, satu forum yang disusun dan dirancangkan oleh Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam UiTM. Ia merupakan ruang yang cukup baik dan mengisi rasa kosong dalam jiwaku. Apabila kita turuti apa yang baik dalam hati kita nescaya ia pasti akan membawa kita lebih r apat kepada Al lah s.w.t. Tajuk yang dibentangkan a dalah Pengabaian Jihad dan Kesannya Kepada Ummat Islam Di Malaysia yang terdiri daripada ahli panel Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah (UM), Dr. Syed Muhamad Haleem Syed Hassan Al-Haddad (Haluan Palestin) dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rosdi Nik Ahmad. Wah, perbincangan yang sangat menarik. Tertarik aku mendengar apa yang dibincangkan sambil mataku merayau melihat kelibat anak-anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang belajar di UiTM ini. Terus hatiku berasa sayu. Mereka tidak pernah dengar mungkin apa itu j ihad dan mengapa  jihad itu penting. Kata Prof. Madya dari UM, jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkan kehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat juang yang tinggi serta dilakukan dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 10-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

8/8/2019 Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-jihad-dalam-hidup-pelajar 1/3

1

KEPENTINGAN JIHAD DALAM HIDUP MAHASISWA

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Papa nak pegi mana karang? tanya isteriku ketika aku menghantarnya ke Universiti

Teknologi MARA di Shah Alam untuk kelas pengajian luar kampusnya. Ingat nak solat kat masjid

baru UiTM la kataku memasang niat. Papa nak duduk kat masjid ke? tanya isteriku seperti

berminat dan menggalakkan. Tengoklah, jawabku ringkas. Aku meneruskan perjalanan kusetelah

menurunkan isteriku di hadapan fakultinya.

Tiba di masjid baru UiTM aku merasakan sedikit perubahan dan terasa seronok untuk berada

di masjid yang aman dan amat sesuai rasanya untuk aku beritikaf sambil memikirkan modul yang

perlu aku siapkan untuk dihantar kepada Ustazah Hanizah SAM Tanjong Karang untuk program asas

kepimpinan. Entah mengapa agaknya, begitu mudah Allah isikan niat baik manusia ini. Betullah

sebagaimana yang selalu kita dengari, apabila kita ada niat yang baik, pasti Allah akan melorong kita

ke arah melakukannya. Berbanding sekiranya berniat tidak baik, Allah akan berikan pelbagai

halangan sebagai peringatan kepada kita jika kita ini adalah tergolong dari kalangan orang-orang

Mukmin.

Aku masuk ke masjid dan menunaikan solat Maghrib. Habis solat, aku berniat untuk tunaikan

solat Isyak juga. Alhamdulillah niatku tercapai. Bahkan, aku juga diberikan kesempatan oleh Allah

s.w.t. untuk mendengar, sementara menunggu isteriku, satu forum yang disusun dan dirancangkanoleh Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam UiTM. Ia merupakan ruang yang cukup baik dan mengisi

rasa kosong dalam jiwaku. Apabila kita turuti apa yang baik dalam hati kita nescaya ia pasti akan

membawa kita lebih rapat kepada Allah s.w.t. Tajuk yang dibentangkan adalah Pengabaian Jihad

dan Kesannya Kepada Ummat Islam Di Malaysia yang terdiri daripada ahli panel Prof. Madya Dr.

Mustaffa Abdullah (UM), Dr. Syed Muhamad Haleem Syed Hassan Al-Haddad (Haluan Palestin) dan

dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rosdi Nik Ahmad.

Wah, perbincangan yang sangat menarik. Tertarik aku mendengar apa yang dibincangkansambil mataku merayau melihat kelibat anak-anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang belajar di

UiTM ini. Terus hatiku berasa sayu. Mereka tidak pernah dengar mungkin apa itu jihad dan mengapa

  jihad itu penting. Kata Prof. Madya dari UM, jihad itu adalah satu perjuangan memartabatkan

kehidupan kita sebagai manusia. Ia memerlukan semangat juang yang tinggi serta dilakukan dengan

sepenuh hati, bersungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah. Kelemahan kita hari ini

Page 2: Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

8/8/2019 Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-jihad-dalam-hidup-pelajar 2/3

yang berada di Malaysia, adalah hilangnya rasa dan nilai jihad ini dalam kehidupan seharian. Anak

muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi merupakan generasi utama yang perlu ditanamkan

konsep jihad dengan lebih jelas. Sedang sibuk aku memasng telinga untuk mendengar kupasa tajuk

forum itu, terpandang aku kepada seorang pensyarah bersama seorang pelajar lelaki yang sedang

menyerahkan kertas kedatangan untuk ditandatangan oleh pelajar lain.

 

Ustazah, ada pen tak? tanya pelajar lelaki itu. Pen pun tak bawak datang belajar ni!

Pinjam dari kawan awak tegur pensyarah tersebut. Tersenyum aku melihat tingkahlaku siswa

tersebut. Ini ke siswa hari ini? Datang majlis ilmu dengan tangan kosong. Datang hanya dengan niat

dan sain kedatangan. Datang hanya dengan niat sebab kena datang. Kemajuan dan kejayaan ummat

di Malaysia ini amat bergantung dengan generasi mereka. Pada asalnya aku nak ketawa juga, tapi

bila mengenangkan mereka ini mahasiswa dan mahasiswi, hati ini berubah dan timbul rasa sayang

kerana mereka tidak diberikan pendedahan yang sebenar. Belajar itulah jihad buat diri mereka. Jihaduntuk agama dan bangsa mereka.

Jangan marah diorang, diorang muda lagi ungkapan yang sering kita dengar apabila

menegur anak-anak muda. Seolah-olah apa yang ditegur itu salah dan tindakan yang mereka buat itu

betul. Benar pada satu sudut, orang yang baru belajar memang akan buat silap. Tetapi kesilapan

yang berulang bukan bermakna dia belajar. Apa maknanya pula belajar jika tidak pernah dimarahi.

Suasana di dalam masjid itu menggamit aku berfikir panjang tentang masa depan kehidupan anak-

anakku kelak. Kasihan mereka dengan keadaan yang ada di depan mataku. Gadis-gadis jelita sebagaimahasiswi disebelah kiri aku pula ketika itu, sampai lambat dan masuk lambat. Bila dah berada di

dalam ruangan masjid, boleh pula minum air sambil borak-borak dan bersandar di dinding.

Sebahagiannya pula sibuk sedang sain kedatangan, buku nota? Langsung tidak kelihatan.

Si Ustaz sudah memulakan bicara hampir 30 minit, tetapi mereka yang dibelakang masih lagi

sibuk bercerita entah tentang apa. Sekali-sekala aku terdengar juga humor Prof. Madya ketika

mempengerusikan forum, tetapi bunyi ketawanya hanya dibahagian hadapan pelajar sahaja. Inilah

padahnya apabila mahasiswa dan mahasiswi tidak memahami konsep jihad. Sehinggakan jihad

dalam mereka belajar ini juga tidak menjadi keutamaan bahkan sekadar untuk bergelar pemegang

ijazah sarjana muda.

Toing... tiba-tiba mesej pesanan ringkas aku berbunyi. Isteriku memberitahu kelasnya

sudah selesai. Tidak sempat untuk mendengar pembentangan kedua yang juga merupakan salah

Page 3: Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

8/8/2019 Kepentingan Jihad Dalam Hidup Pelajar

http://slidepdf.com/reader/full/kepentingan-jihad-dalam-hidup-pelajar 3/3

3

seorang sukarelawan yang ada di atas kapal Mavimarmara yang lalu. Sayang sungguh. Namun, itu

bukanlah sebagai penamat dalam kehidupan, kadangkala, perkara yang seronok kita perlu

berhentikan seketika agar kita dapat merasai kemanisannya. Benak fikiranku terus berlegar-legar

berfikir tentang jihad dan mahasiswa, apa peranan yang aku boleh buat dan libatkan dan apa yang

sepatutnya kita semua buat? Jihad dalam diri pelajar semakin malap, tetapi pastinya bukan salah

mereka sahaja, bahkan para pendidik juga mungkin jihadnya tidak kuat dan tidak bersungguh-

sungguh. Cakap kuat, tapi buatnya, tepuk dada tanyalah iman. Kita TUNE diri kita sedikit demi

sedikit, mungkin akan dapat membuat sedikit perubahan daripada tiada.

 

1.20 pagi

14 Oktober 2010

Rumah PKNS, Kuala Selangor

Penulis juga adalah;

Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management ( http://iqclassmanagement.blogspot.com )

Bendahari Agung Briged Bakti Malaysia (BBM)

Setiausaha ABIM Cawangan Negeri Selangor (http://abimselangor.blogspot.com )

YDP ABIM Cawangan Kuala Selangor (http://abimdks.blogspot.com )