kepentingan instrumen senarai semak
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

SITI ASMANI BINTI MUSTAPHASITI MASHITAH BINTI SHAARINOOR FADHILAH BINTI BAKRI
PISMP PEMULIHAN G7 / SEM 3

Takrifan disleksia mengikut Kementerian
Pendidikan adalah murid-murid
disleksi yang mempunyai kecerdasan
mental yang sama atau melebihi
murid normal tetapi mempunyai
kesukaran yang amat sangat dalam
kemahiran mengeja, membaca dan
menulis.


Guru penyelaras terlebih dahulu akan membuat
siasatan lanjut untuk memastikan masalah literasi yang
dihadapi tidak berpunca daripada masalah pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang diterima oleh murid serta
bukan juga berpunca daripada masalah sosial.
Setelah guru penyelaras berpuas hati maka mereka
akan menasihatkan ibu bapa supaya membawa anak-
anak mereka bersama-sama surat lampiran ISD ke
hospital atau mana-mana klinik untuk membuat
penilaian lanjut.

Penilaian lanjut oleh pakar perubatan ini
merangkumi pemeriksaan ke atas pendengaran,
penglihatan dan fizikal terhadap murid terbabit.
Setelah pemeriksaan dilakukan, pakar perubatan
akan membuat dua cadangan iaitu
mengesahkan murid berkenaan sebagai murid
pendidikan khas disleksia atau merujuk murid itu
kepada pakar yang lebih berkelayakan untuk
pemeriksaan intensif.

Keliru di antara huruf-huruf `b' dan `d', `u' dan `n' serta `m'
dan `w', ataupun nombor-nombor seperti `6' dan `9'.
Fenomena `mirror prints' iaitu teks bacaan kelihatan terbalik
sebagaimana dilihat apabila teks tersebut dibaca melalui
cermin.
Murid mengambil masa lama untuk menghabiskan
pembacaan, ada kala pembacaan tersekat-sekat disebabkan
mereka tercicir ayat atau melangkau baris perkataan
sehingga pada akhirnya menjejaskan pemahaman mereka.

ISD digunakan untuk menyaring murid tahun
satu yang berkemungkinan menghadapi
masalah pembelajaran spesifik disleksia
sahaja.
ISD dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan
dengan konsensus komuniti melibatkan
pensyarah-pensyarah universiti dan maktab
perguruan ilmu khas, doktor dan guru-guru
berpengalaman dalam disleksia, bermula pada
tahun 2001.

ISD terbahagi kepada tiga bahagian:
1.Bahagian A2.Bahagian B3.Bahagian pemarkahan


BAHAGIAN BBAHAGIAN B
Berkonsepkan senarai semak (jawab secara ya
atau tidak) .
Mengandungi tiga elemen yang menguji
murid menerusi kebolehan mengeja, membaca
dan menulis (3M)


Bahagian terakhir iaitu pemarkahan yang akan diisi
oleh penilai atau guru penyelaras setelah selesai
menjalankan ISD ke atas murid. Prosedur penilaian
dijalankan berdasarkan kepada pengetahuan
peribadi guru terhadap murid yang hendak dinilai.
Penilai ialah guru bahasa Melayu yang pernah
mengajar murid tahun satu sekurang-kurangnya
enam bulan sebelum ujian ISD dijalankan ke atas
murid yang berkemungkinan menghadapi masalah
pembelajaran spesifik disleksia.

1. telah melalui alam persekolahan dengan mendapat
pengajaran yang sesuai dan memuaskan untuk tempoh
tidak kurang daripada enam bulan,
2. menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M
3. murid ketinggalan secara umum dua tahun di belakang
rakan sebaya dalam kemahiran 3M.
4. murid mempunyai pencapaian prestasi yang rendah dalam
ujian bagi mata pelajaran akademik
5. murid telah menjalani langkah-langkah pemulihan melalui
Program Pemulihan dalam kelas atau Pemulihan Kelas.

ISD meletakkan `cut-off point' sebanyak 40
peratus bagi menyaring murid berkemungkinan
menghadapi masalah pembelajaran spesifik
disleksia.
Jika murid memenuhi lebih lapan ciri bagi
elemen satu dan dua manakala memenuhi
lebih empat ciri dalam elemen ketiga,
maka murid terbabit berkemungkinan
menghadapi masalah disleksia.

KEPENTINGAN INSTRUMEN PENILAIAN DISLEKSIA (ISD)
KEPENTINGAN
Menguji tahap penguasaan mengeja, membaca dan
menulis murid.
Sebagai bukti penilaian guru apabila menjalani
pemeriksaan doktor (ibu bapa).
Membantu guru utk mengenal pasti sama ada
murid berkeperluan khas atau tidak (disleksia).
Sebagai rujukan masa depan (mengukur tahap
kemajuan murid disleksia).
Membantu guru menyediakan P & P.
Mengenalpasti kelemahan spesifik murid.