kenyataan media lembaga hasil dalam negeri … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada...

8
Kenyataan Media LHDNM, 22 Jun 2014 KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Kenyataan Media ini dikeluarkan sebagai maklum balas kepada isu yang dibangkitkan oleh Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 dan 22 Jun 2014 bertajuk Layanan Istimewa LHDNM?. Sebagai sebuah agensi yang diberikan tanggungjawab oleh pihak kerajaan untuk memungut hasil utama negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sentiasa memberikan penekanan terhadap amalan integriti serta tadbir urus korporat yang terbaik demi memastikan tiada ketirisan dalam kutipan cukai dan hasil kerajaan. LHDNM juga komited memberikan layanan yang saksama tanpa diskriminasi serta prejudis kepada semua pembayar cukai dan pelanggannya. Di sini LHDNM ingin menjelaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta siasatan cukai pula dilakukan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) seperti mana yang terkandung dalam Rangka Kerja Audit dan Rangka Kerja Siasatan Cukai yang boleh dicapai oleh orang ramai melalui Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my . Untuk Siaran Segera

Upload: lyhanh

Post on 23-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta

Kenyataan Media LHDNM, 22 Jun 2014

KENYATAAN MEDIA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Kenyataan Media ini dikeluarkan sebagai maklum balas kepada isu yang

dibangkitkan oleh Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 dan 22 Jun 2014

bertajuk “Layanan Istimewa LHDNM?”.

Sebagai sebuah agensi yang diberikan tanggungjawab oleh pihak kerajaan untuk

memungut hasil utama negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

sentiasa memberikan penekanan terhadap amalan integriti serta tadbir urus

korporat yang terbaik demi memastikan tiada ketirisan dalam kutipan cukai dan

hasil kerajaan. LHDNM juga komited memberikan layanan yang saksama tanpa

diskriminasi serta prejudis kepada semua pembayar cukai dan pelanggannya.

Di sini LHDNM ingin menjelaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap

setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang

di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta siasatan cukai pula

dilakukan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) seperti mana yang

terkandung dalam Rangka Kerja Audit dan Rangka Kerja Siasatan Cukai yang

boleh dicapai oleh orang ramai melalui Portal Rasmi LHDNM di

www.hasil.gov.my .

Untuk Siaran Segera

Page 2: KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta

Kenyataan Media LHDNM, 22 Jun 2014

Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan pembayar cukai mempunyai hak

untuk membuat rayuan terhadap sebarang taksiran yang dibangkitkan (sama

ada melalui aktiviti audit atau siasatan) serta aturan bayaran cukai yang hendak

mereka lakukan secara ansuran. Prosedur serta kaedah untuk membuat rayuan

tersebut juga boleh dicapai melalui portal rasmi LHDNM atau pautan berikut:

http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=9&unit=1&sequ=1

Harap maklum bahawa keputusan LHDNM dalam mempertimbangkan rayuan

setiap pembayar cukai ke atas sesuatu taksiran yang melibatkan amaun cukai,

penalti dan ansuran bayaran adalah berdasarkan kepada fakta setiap kes dan

bukti melalui dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pembayar cukai.

Sebagai contoh, pertimbangan yang diberikan oleh LHDNM terhadap rayuan

setiap pembayar cukai adalah berdasarkan rekod ketidakpatuhan dan kekerapan

kesalahan yang pernah dilakukan oleh mereka seperti lewat hantar borang nyata

dan tidak atau terkurang melaporkan pendapatan serta rekod bayaran cukai

mereka.

Di dalam mempertimbangkan bayaran ansuran, LHDNM akan meneliti

kedudukan kewangan dan aliran tunai pembayar cukai agar mereka mempunyai

kemampuan untuk melunaskan tunggakan cukai tersebut. Pertimbangan-

pertimbangan ini adalah terpakai kepada setiap pembayar cukai yang membuat

rayuan kepada LHDNM.

LHDNM juga tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat percukaian dan

tindakan yang telah diambil ke atas pembayar cukai. Ketetapan ini adalah

selaras dengan peruntukan kerahsiaan maklumat di bawah seksyen 138 Akta

Cukai Pendapatan 1967 yang menyatakan bahawa maklumat percukaian adalah

sulit dan tidak boleh didedah atau dibincangkan dengan mana-mana pihak.

Maklumat tersebut hanya boleh didedahkan sekiranya pendakwaan telah

dimulakan di mana-mana mahkamah.

Page 3: KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta

Kenyataan Media LHDNM, 22 Jun 2014

Di kesempatan ini, LHDNM ingin menyeru sekiranya mana-mana pihak yang

mempunyai maklumat berkenaan “layanan istimewa” mahu pun salah tadbir urus

di LHDNM agar mengemukakan maklumat berserta bukti-bukti melalui e-mel

[email protected] untuk diberikan perhatian oleh Ketua Pegawai Eksekutif

LHDNM bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya diambil.

LHDNM sentiasa menekankan amalan integriti korporat yang terbaik selaras

dengan Ikrar Integriti Korporat yang ditandatangani dan disaksikan sendiri oleh

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13

November 2013 yang lalu.

Sekian, terima kasih.

###

Dikeluarkan oleh:

Tan Sri Dr. Mohd Shukor Bin Hj. Mahfar

Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

Aras 18 Menara Hasil Cyberjaya

Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya

Tel: 03-83138801 / Faks: 03-83137801

e-mel: [email protected] / [email protected]

Tarikh : 22 Jun 2014 / Ahad

Page 4: KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta

Didakwa mengakibatkan kerajaankehilangan beratus­ratus juta ringgit

'Layananistimewa'LHDN?• Ketika rakyat biasa dikatakan'diburu' habis­habisan oleh LembagaHasil Dalam Negeri (LHDN) bagimenuntut cukai yang tertunggak,lain pula syarikat korporat besar yangdidakwa diberikan 'layanan istimewa'oleh agensi itu.

• 'Layanan'itu termasuklahpembayaran secara ansuran dalamtempoh tidak munasabah danpemotongan melampau bagi penaltikerana mempunyai cukai tertunggak.• LHDN juga didakwa.membenarkan syarikat korporatmembayar cukai tertunggak

secara

ansuran

sehingga 24bulan tanpafaedah.

• Tindakan itu didakwamenyebabkan kerajaankehilangan ratusan juta ringgit.

Didakwa menyebabkan kerajaan hilang beratus juta ringgit

Headline Layanan istimewa LHDNMediaTitle Mingguan MalaysiaDate 22 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 366,469Page No 1,11 Readership 1,099,407Language Malay ArticleSize 509 cm²Journalist N/A AdValue RM 11,403Frequency Daily PR Value RM 34,208

Page 5: KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta

'Layanan istimewa' LHDN?KUALA LUMPUR 21 Jun ­Tindakan penguiusan Lembaga HasilDalam Negeri (LHDN) yang didakwamembeiikan 'layanan istimewa'kepada syarikat korporat besardalam uiusan pembayaran cukaimenyebabjcan kerajaan kehilanganberatus­ratus juta ringgit.Satu sumber mendakwa, 'laya­

nan' itu termasuklah pembayaransecara ansuran dalam tempoh yangdianggap tidak munasabah dan pe­motongan melampau bagi penaltiyang dikenakan kerana mempunyaicukai tertunggak."Apa yang lebih malang, ada

syarikat korporat ini yang dibe­narkan membayar cukai tertung­gak secara ansuran antara 18 bulanhingga 24 bulan tanpa dikenakanfaedah. Sepatutnya apabila merekameminta untuk membuat pemba­yaran cara demikian mereka harusdikenakan faedah. Lebih parahpenalti yang rendah dan bayaranansuran tanpa faedah dikenakanselepas siasatan dan serbuan di­lakukan," katanya.Difahamkan kehilangan besar

kepada pendapatan negara itu tu­rut berlaku kerana terdapat syarikatkorporat yang diberi diskaun pen­alti di bawah 20 peratus walaupunsepatutnya mereka dikenakan pen­alti lebih besar lagi.Berikutan sikap LHDN itu juga

dikatakan menyebabkan agensitersebut gagal mencapai sasarankutipan seperti mana berlaku padatahun lalu.

Mingguan Malaysia dalam ruan­gan Bisik­Bisik Awang Selamat pada15 Jun lalu mempersoalkan tinda­kan LHDN yang lebih tunjuk taringkepada pembayar cukai individuberbanding hartawan dan syarikatbesar.Menurut Awang Selamat, ada

cakap­cakap berlegar bagaimanaseorang bilionair boleh menda­pat 'diskaun' lebih RM100 jutadan dibenarkan membuatbayaran cukai tertunggaksecara ansuran dalamtempoh yang panjang.Sumber itu

mendakwa, sepa­tutnya jika benarLHDN mahu mem­

Headline Layanan istimewa LHDNMediaTitle Mingguan MalaysiaDate 22 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 366,469Page No 1,11 Readership 1,099,407Language Malay ArticleSize 509 cm²Journalist N/A AdValue RM 11,403Frequency Daily PR Value RM 34,208

Page 6: KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta

beri pengajaran kepada golonganyang ingkar membawa cukai, merekatidak sepatutnya memberi diskaun.

"Maksudnya, apabila mereka di­dapati ingkar membayar cukai danhanya berbuat demikian selepasserbuan dilakukan mereka sepa­tutnya sama sekali tidak harus di­berikan diskaun."Begitu juga bagi pembayaran

secara ansuran, kadar faedah yangsepatutnya dikenakan perlu tetapdan spesifik mengikut tempoh yangdipohon," katanya.

Sumber itu seterusnya mendak­wa, ada kes pengurusan LHDN me­motong jumlah yang telah ditafsir­kan oleh pegawai­pegawai yang

menjalankan siasatan."Tindakan itu menjatuh­kan moral pegawai untukmelaksanakan taksiran didalam kes yang melibat­kan syarikat korporatbesar memandangkanjumlah yang merekataksirkan dipersoal

dan dikurangkan," katanya.Malah, kata sumber itu, soal ket­

elusan juga timbul apabila syari­kat­syaiikat korporat besar bolehmelantik ejen cukai yang kebetulanbekas pegawai LHDN dan mempu­nyai hubungan yang rapat denganpegawai atasan lembaga itu.

"Ada dakwaan yang menyatakanejen cukai itu dibayar berdasarkanperatusan daripada jumlah cukaiyang dapat dikurangkan," katanya.

Sehubungan itu, sumber terse­but mendesak kerajaan melihat apayang berlaku secara serius denganmengkaji semula kuasa budi bicarayang diberikan kepada pengurusanLHDN."Selain itu kerajaan juga perlu

mengkaji kaedah jumlah penaltiyang dikenakan dan pembayaransecara telus dan spesifik yang ter­pakai kepada semua golongantidak kira sama ada peniaga kecil,syarikat korporat, pegawai kerajaanataupun orang biasa," katanya.

Headline Layanan istimewa LHDNMediaTitle Mingguan MalaysiaDate 22 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 366,469Page No 1,11 Readership 1,099,407Language Malay ArticleSize 509 cm²Journalist N/A AdValue RM 11,403Frequency Daily PR Value RM 34,208

Page 7: KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta

Layananistimewa: LHDN

beri penjelasan .Lembaga Hasil DalamNegeri (LHDN) sentiasa

memberikan penekananterhadapamalan integriti

hasil kerajaan.LHDN juga komitedmemberikan layanan yangsaksama tanpa diskriminasiserta prejudis kepadasemua pembayar cukai danpelanggannya.

TAN SRI DR. MOHD. SHUKORMAHFARKetua Pegawai Eksekutif LHDN

LHDN jawab isulayanan istimewaKUALA LUMPUR 22 Jun­ Laporan eksklusif akhbar Ming­guan Malaysia hari ini mengenciidakwaan layanan istirtiewa yang di­berikan oleh Lembaga Hasil DalamNegeri (LHDN) kepada syarikat kor­porat dalam menuntut cukai ter­txinggak sehingga mengakibatkankerajaan kehilangan hasil beratusjuta ringgit, mengejutkan banyakpihak.Layanan tersebut termasuklah

pembayaran secara ansuran dalamtempoh tidak munasabah dan pe­motongan melampau bagi penaltikerana mempunyai cukai tertun­

Headline Layanan istimewa LHDN beri penjelasanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 23 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 178,211Page No 1,10 Readership 534,633Language Malay ArticleSize 433 cm²Journalist N/A AdValue RM 8,558Frequency Daily PR Value RM 25,674

Page 8: KENYATAAN MEDIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI … · setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta

gak.Ekoran daripada laporan tersebut

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, TanSri Dr. Mohd. Shukor Mahfar tampilmemberi penjelasan. Berikut kenyat­aan penuh beliau:­Kenyataan Media ini dikeluar­

kan sebagai maklum balas kepadaisu yang dibangkitkan oleh akhbarMingguan Malaysia bertarikh 15dan 22 Jun 2014 bertajuk "LayananIstimewa LHDN ?".Sebagai sebuah agensi yang

diberikan tanggungjawab olehpihak kerajaan untuk memunguthasil utama negara, LHDN sentiasamemberikan penekanan terhadapamalan integriti serta tadbir uruskorporat yang terbaik demi memas­tikan tiada ketirisan dalam kutipan

cukai dan hasil kerajaan. LHDN jugakomited memberikan layanan yangsaksama tanpa diskriminasi sertaprejudis kepada semua pembayarcukai dan pelanggannya.Di sini LHDN ingin menjelas­

kan bahawa tindakan penguatkua­saan terhadap setiap pembayarcukai adalah berdasarkan kepadaperuntukan undang­undang dibawah Akta Cukai Pendapatan1967. Tindakan audit serta siasa­tan cukai pula dilakukan selarasdengan prosedur operasi standard

(SOP) seperti mana yang terkand­ung dalam Rangka Kerja Audit danRangka Kerja Siasatan Cukai yangboleh dicapai oleh orang ramaimelalui Portal Rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.

Akta Cukai Pendapatan 1967memperuntukkan pembayar cukaimempunyai hak untuk membuatrayuan terhadap sebarang taksiranyang dibangkitkan (sama ada mela­lui aktiviti audit atau siasatan) sertaaturan bayaran cukai yang hendakmereka lakukan secara ansuran.

Prosedur serta kaedah untuk mem­buat rayuan tersebut juga bolehdicapai melalui portal rasmi LHDNatau pautan berikut:

http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=i&posi=9&unit=l&sequ=l

Harap maklum bahawa keputusanLHDN dalam mempertimbangkanrayuan setiap pembayar cukai ke atassesuatu taksiran yang melibatkanamaun cukai, penalti dan ansuranbayaran adalah berdasarkan kepadafakta setiap kes dan bukti melalui do­kumen sokongan yang dikemukakanoleh pembayar cukai.Sebagai contoh, pertimbangan

yang diberikan oleh LHDN terhadaprayuan setiap pembayar cukai ada­lah berdasarkan rekod ketidakpatu­han dan kekerapan kesalahan yangpernah dilakukan oleh mereka sep­erti lewat hantar borang nyata dantidak atau terkurang melaporkanpendapatan serta rekod bayarancukai mereka.Dalam mempertimbangkan ba­

yaran ansuran, LHDN akan menel­iti kedudukan kewangan dan alirantimai pembayar cukai agar merekamempunyai kemampuan untukmelunaskan tunggakan cukai terse­

but. Pertimbangan­pertimbanganini adalah terpakai kepada setiappembayar cukai yang membuatrayuan kepada LHDN.

LHDN juga tidak boleh mende­dahkan sebarang maklumat per­cukaian dan tindakan yang telahdiambil ke atas pembayar cukai.Ketetapan ini adalah selaras denganperuntukan kerahsiaan maklumatdi bawah seksyen 138 Akta CukaiPendapatan 1967 yang menyatakanbahawa maklumat percukaian ada­lah sulit dan tidak boleh didedahatau dibincangkan dengan mana­mana pihak. Maklumat tersebuthanya boleh didedahkan sekiranyapendakwaan telah dimulakan dimana­mana mahkamah.

Di kesempatan ini, LHDN inginmenyeru sekiranya mana­manapihak yang mempunyai maklumatberkenaan "layanan istimewa"mahu pun salah tadbir urus diLHDN agar mengemukakan mak­lumat berserta bukti­bukti melaluie­mel [email protected] untukdiberikan perhatian oleh KetuaPegawai Eksekutif LHDN bagimembolehkan siasatan serta tinda­kan sewajamya diambil.LHDN sentiasa menekankan

amalan integriti korporat yang ter­baik selaras dengan Ikrar IntegritiKorporat yang ditandatangani dandisaksikan sendiri oleh Ketua Pesu­ruhjaya Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) pada 13November 2013 yang lalu.

Sekian, terima kasih.

Headline Layanan istimewa LHDN beri penjelasanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 23 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 178,211Page No 1,10 Readership 534,633Language Malay ArticleSize 433 cm²Journalist N/A AdValue RM 8,558Frequency Daily PR Value RM 25,674