kenyataan akhbar kementerian kesihatan...
TRANSCRIPT
-
1
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019
(COVID-19) DI MALAYSIA 18 NOVEMBER 2020
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari
ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 630 kes. Ini
menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19
adalah 37,254 kes (73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes pulih mengikut negeri adalah seperti berikut:
Sabah (237 kes);
Selangor (170 kes);
Negeri Sembilan (109 kes);
Pulau Pinang (31 kes);
Wilayah Persekutuan Labuan (25 kes);
Perak (22 kes);
Sarawak (13 kes);
Kedah (8 kes);
Terengganu (7 kes);
Melaka (4 kes);
Johor (3 kes); dan
Kelantan (1 kes).
-
2
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Secara keseluruhannya, sehingga 18 November 2020 pukul 12:00 tengah hari,
sebanyak 660 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif
COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50,390 kes. Manakala, jumlah kes
aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,814 kes.
Negeri Sabah mencatatkan sebanyak 387 kes (58.6 peratus) daripada
keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula
mencatatkan sebanyak 173 kes positif pada hari ini iaitu penurunan sebanyak
345 kes (66.6 peratus) daripada sejumlah 518 kes positif yang dilaporkan
semalam. Daripada 173 kes positif yang dilaporkan di ketiga-tiga negeri
Lembah Klang ini, sebanyak 77 kes (44.5 peratus) adalah kes daripada kluster-
kluster yang telah dikenal pasti.
Sebanyak 171 kes (25.9 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan
kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan
Kluster PTS Tawau (135 kes), Kluster GK Tawau (12 kes), Kluster Tembok (9
kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Rumah Merah (4 kes),
Kluster Matambai (4 kes) dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).
Ingin dimaklumkan daripada 660 kes baharu pada hari ini, terdapat empat (4)
kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut
melibatkan dua (2) warganegara dan dua (2) bukan warganegara yang tiba dari
negara:
Turki (2 kes);
India (1 kes); dan
-
3
Arab Saudi (1 kes).
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 387 kes
o 262 kes daripada kluster-kluster, termasuk 85 kes daripada kluster-
kluster baharu iaitu Kluster Sabaru, Kluster Tomher, dan Kluster
Garden;
o 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 139 kes
o 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada
kluster baharu iaitu Kluster Putra-18;
o 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 31 kes
o 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
dan
o Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 29 kes
o Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes
daripada kluster baharu iaitu Kluster Murni;
o Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
dan
o 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
-
4
Pulau Pinang: 16 kes
o 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada
kluster baharu iaitu Kluster Seri Pasir;
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
dan
o Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
Perak: 16 kes
o 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI);
dan
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: 13 kes
o Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
dan
o Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Melaka: Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.
Sarawak: Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Besi Demak.
Johor: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada
kluster baharu iaitu Kluster Parit Kassan.
-
5
Kelantan: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu
Kluster Putra-18.
Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit
Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and
Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa
terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru,
jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 322 kes
(0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No.
Kematian
Kes
No. Negeri
Jantina
(warganegara)
Umur
(tahun) Hospital
Latar
Belakang
319 25714 Perak Perempuan
(WN) 80
Hospital
Raja
Permaisuri
Bainun
Penyakit darah
tinggi,
dislipidemia
dan artritis
reumatoid
320 45075 Perak Perempuan
(WN) 76
Hospital
Raja
Permaisuri
Bainun
Strok
321 49018 Sabah Lelaki
(WN) 59
Hospital
Duchess of
Kent
-
322 49017 Sabah Perempuan
(BWN) 62
Hospital
Duchess of
Kent
Strok
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
-
6
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
KLUSTER-KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT
KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari
ini.
1. KLUSTER KENCANA
Kluster ini melibatkan negeri Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, dan Terengganu. Sehingga 18 November 2020, seramai 685 individu
telah disaring di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 manakala 659 individu
lagi adalah negatif. Tiada kes kematian dilaporkan bagi kluster ini.
2. KLUSTER BAH SINTOK
Kluster ini melibatkan negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor. Sehingga
18 November 2020, seramai 491 individu telah disaring di mana 50 kes dikesan
positif COVID-19 manakala 441 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian
dilaporkan bagi kluster ini.
3. KLUSTER SERI ANGGERIK
Kluster ini melibatkan negeri Selangor. Sehingga 18 November 2020, seramai
96 individu telah disaring di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 manakala
72 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.
-
7
LAPAN (8) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kluster baharu telah
dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1. KLUSTER SABARU
Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks
bagi kluster ini (iaitu kes ke-33940) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil
saringan individu bergejala pada 3 November 2020 dan telah dimasukkan ke
Hospital Lahad Datu. Saringan komuniti di kawasan setempat telah mengesan
sebanyak 87 lagi kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Kes-kes tersebut telah
dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah,
Sepagaya.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,627 individu telah
disaring, di mana:
88 kes dikesan positif COVID-19 (70 kes baharu);
22 individu dikesan negatif; dan
1,517 individu masih menunggu keputusan.
2. KLUSTER TOMHER
Kluster baharu ini melibatkan daerah Ranau di negeri Sabah. Kes-kes bagi
kluster ini merupakan pekerja buruh binaan yang telah dikenal pasti positif
COVID-19 hasil saringan kumpulan berisiko tinggi sejak 9 November 2020.
Kesemua kes tersebut telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan
COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Ranau.
-
8
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 276 individu telah
disaring, di mana:
20 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu);
Enam (6) individu dikesan negatif; dan
250 individu masih menunggu keputusan.
3. KLUSTER GARDEN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi
kluster ini (iaitu kes ke-38689) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil
saringan individu bergejala pada 7 November 2020. Saringan kontak rapat telah
mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua telah dimasukkan
ke Hospital Tawau.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 35 individu telah
disaring, di mana:
11 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
24 individu dikesan negatif.
4. KLUSTER PUTRA-18
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta daerah
Petaling dan Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes
ke-48520) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala
pada 14 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif
COVID-19.
-
9
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah
disaring, di mana:
Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
45 individu masih menunggu keputusan.
5. KLUSTER MURNI
Kluster baharu ini melibatkan daerah Cheras dan Kepong di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di negeri Selangor. Kes
indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-46773) telah dikenal pasti positif COVID-19
hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Saringan kontak
rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua
telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 17 individu telah
disaring, di mana:
Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
Lapan (8) individu dikesan negatif; dan
Dua (2) individu masih menunggu keputusan.
6. KLUSTER SERI PASIR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes
indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47348) telah dikenal pasti positif COVID-19
hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020. Saringan kontak
rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes
telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
-
10
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu telah
disaring, di mana:
11 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
13 individu masih menunggu keputusan.
7. KLUSTER BESI DEMAK
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks
bagi kluster ini (iaitu kes ke-47382) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil
saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Saringan kontak rapat
telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes
telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 237 individu telah
disaring, di mana:
Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
220 individu dikesan negatif; dan
12 individu masih menunggu keputusan.
8. KLUSTER PARIT KASSAN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Tangkak, Johor dan daerah Melaka
Tengah, Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47391) telah dikenal
pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November
2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 105 individu telah
disaring, di mana:
11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
-
11
70 individu dikesan negatif; dan
24 individu masih menunggu keputusan.
KESIAPSIAGAAN COVID-19 BAGI NEGERI-NEGERI LEMBAH KLANG DAN
PENUBUHAN PUSAT KAWALAN BERSEPADU COVID-19 WILAYAH
TENGAH
Pada peringkat awal gelombang ketiga pandemik COVID-19, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) hanya menggunakan Hospital Sungai Buloh (HSgB)
dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai hospital perawatan COVID-19.
Manakala Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dijadikan Pusat Kuarantin dan
Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah bagi pesakit kategori 1 dan 2 di Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya. Namun begitu,
peningkatan jumlah pesakit COVID-19 di kawasan ini telah mengakibatkan
hospital-hospital tersebut mencatatkan kadar penggunaan katil yang tinggi.
Justeru itu, sebagai langkah kesiapsiagaan lanjut bagi menampung kemasukan
pesakit susulan lonjakan kes positif COVID-19 di negeri-negeri Lembah Klang,
KKM telah mengambil langkah-langkah berikut:
1. Menambah jumlah katil rawatan COVID-19 sedia ada di HSgB
(ditingkatkan kepada 630 buah katil);
2. Menambah jumlah katil rawatan COVID-19 sedia ada di HKL (ditingkatkan
kepada 831 buah katil);
3. Menukar status Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) kepada hospital hibrid
COVID-19 dengan 230 buah katil COVID-19;
-
12
4. Membuka semula lapan (8) blok Institut Latihan KKM (ILKKM) Sg Buloh
sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah
dengan kapasiti 2,400 buah katil; dan
5. Meneruskan penggunaan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) sebagai
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dengan
kapasiti semasa 648 buah katil.
Oleh itu, sehingga 18 November 2020, jumlah katil bagi negeri Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutan Putrajaya telah
ditingkatkan hampir 14 kali ganda iaitu daripada 345 katil pada 1 Oktober 2020
kepada 4,739 buah katil.
Perancangan strategik bagi meningkatkan jumlah katil ini melibatkan enam (6)
buah fasiliti iaitu HKL, HSgB, HRC, PKKN, ILKKM dan Hospital Angkatan
Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di dua (2) buah negeri serta kerjasama
pelbagai agensi iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM). Usahasama ini memerlukan koordinasi dan komunikasi yang jitu di
antara semua agensi. KKM mengucapkan syabas dan terima kasih atas segala
bantuan dan kerjasama rapat yang diberikan mereka.
Bagi melancarkan tadbir urus dan pengoperasian kesemua hospital dan PKRC
di Selangor, WPKL & Putrajaya, KKM dengan bantuan MKN telah menubuhkan
PUSAT KAWALAN BERSEPADU COVID-19 WILAYAH TENGAH atau
CENTRAL REGION COVID-19 UNIFIED COMMAND CENTRE yang akan
-
13
diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Indera Dr.
Sha'ari bin Ngadiman dan dibantu oleh Dr. Sarah binti Shaikh Abdul Karim,
Pakar Perubatan Kecemasan dari HSgB sebagai timbalan beliau.
Diharap kerjasama padu KKM dan agensi-agensi lain serta penubuhan
CENTRAL REGION COVID-19 UNIFIED COMMAND CENTRE ini mampu
melancarkan pengurusan wabak COVID-19 di Selangor, WPKL & Putrajaya.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-
nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu
kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place),
elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau
bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash),
memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah
diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos
2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang
lebih berkonsep peringatan seperti:
o Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-
mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara
kebiasaan bersalam;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
-
14
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang
kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP);
: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan
orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan
bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter
diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara,
dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa
dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM
akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah
dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 November 2020 @ 5.30 petang.
-
15
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 18 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
BILANGAN KES
BAHARU *( )
BILANGAN
KES
KUMULATIF
SABAH 387 24,269
SELANGOR 141 (2) 8,187
W.P. KUALA LUMPUR 31 (2) 4,644
NEGERI SEMBILAN 31 3,609
KEDAH 11 2,292
PULAU PINANG 16 1,703
W.P. LABUAN 13 1,199
SARAWAK 3 1,045
JOHOR 3 1,019
PERAK 16 948
PAHANG 0 395
MELAKA 4 374
KELANTAN 3 240
TERENGGANU 0 230
W.P. PUTRAJAYA 1 195
PERLIS 0 41
JUMLAH KESELURUHAN 660 (4) 50,390
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
-
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif
(18 November 2020)
Bil. Kluster Negeri Daerah Kes
Baharu
Jumlah
Kes
Jumlah
Yang
Disaring
Kes Aktif
(Kes ICU)
Jumlah
Sembuh
Jumlah
Kematian
1 PTS Tawau
Sabah Tawau 135 747 2,613 202 (0) 543 2
2 Teratai
Selangor,
WP Kuala Lumpur
Klang, Kuala Selangor, Petaling,
Hulu Langat, Gombak, Kepong
18 388 602 344 (0) 44 0
3 Hentian
Selangor,
WP Kuala Lumpur & Putrajaya,
Negeri Sembilan
Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras,
Titiwangsa, Putrajaya, Seremban
16 831 7,919 415 (0) 416 0
4 Cergas Negeri Sembilan,
Seremban, Rembau, 15 1,251 4,739 909 (1) 342 0
LAMPIRAN 2
-
Kelantan, Selangor
Port Dickson, Pasir Puteh, Klang
5 Kaya
Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya,
Melaka, Selangor,
Johor, Kelantan
Seremban,
Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau,
Lembah Pantai, Cheras, Kepong,
Putrajaya,
Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala
Langat, Kuala Selangor, Petaling,
Hulu Langat, Kluang,
Kota Tinggi,
Kota Bharu
13 833 3,972 241 (3) 592 0
6 GK Tawau Sabah Tawau 12 76 168 31 (0) 45 0
7 Buntar
Kedah, Perak,
WP Kuala Lumpur &
Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang &
Selama, Batang Padang, Hilir Perak,
11 135 2,089 79 (6) 55 1
-
Putrajaya, Johor,
Selangor, Pulau
Pinang
Kampar, Kepong, Putrajaya,
Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling,
Sepang, Seberang Perai Selatan
8 Tembok Kedah, Perak
Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai
Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik,
Larut Matang & Selama, Hilir Perak,
Kinta
9 1,972 9,433 405 (1) 1,562 5
9 Perigi Selangor Klang,
Kuala Langat 9 285 867 245 (0) 40 0
10 Tapak Bina Damanlela
WP Kuala Lumpur, Selangor
Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai,
Cheras, Gombak, Kuala Selangor,
Petaling,
Hulu Langat,
8 1,346 3,128 1,311 (0) 35 0
-
Hulu Selangor
11 Ria-30 Sabah Tuaran
7 152 2,139 119 (0) 33 0
12
Penjara Seberang
Perai
Pulau Pinang
Seberang Perai Selatan
6 577 3,254 105 (1) 472 0
13 Lengkuk Selangor,
Negeri Sembilan
Sepang,
Hulu Langat, Petaling,
Kuala Langat, Seremban,
Port Dickson, Rembau, Jelebu,
Kuala Pilah
5 281 1,456 124 (0) 157 0
14 Mesra Sabah Sandakan 5 192 1,124 73 (0) 118 1
-
15 Rumah Merah
Sabah Kota Kinabalu 4 429 1,797 37 (2) 392 0
16 Berendam Melaka, Johor
Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak
4 41 2,404 39 (2) 2 0
17 Matambai Sabah
Kota Kinabalu, Penampang
4 28 333 24 (0) 4 0
18 Saguking WP Labuan Labuan 3 397 3,539 126 (0) 270 1
19 Usaha
Selangor, WP Kuala Lumpur,
Johor
Klang, Petaling, Kuala Langat, Kuala
Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah
Pantai, Segamat
3 286 651 138 (0) 148 0
20 Bayan
Pulau Pinang, Kedah, Perak
Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai
Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu,
Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian,
3 156 3,412 53 (1) 103 0
-
Larut Matang & Selama
21 Permatang
Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Perlis
Kulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang
Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta,
Arau
3 83 1,930 63 (2) 19 1
22 Bah Medan Selangor Sepang
3 52 504 14 (0) 38 0
23 Titian WP Labuan Labuan 2 67 530 24 (0) 43 0
24 Jambatan B Sabah
Sandakan
2 64 203 21 (0) 42 1
25 Taman Bunga Negeri
Sembilan Seremban, 2 61 1,452 20 (0) 41 0
-
Kuala Pilah, Jelebu, Jempol
26 Alila Sabah Tuaran,
Kota Kinabalu 2 42 317 31 (0) 11 0
27 Jeri Johor
Kota Tinggi, Mersing, Muar,Tangkak, Johor
Bahru
2 37 1,099 37 (0) 0 0
28 Mengketil Kelantan,
Terengganu
Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Besut
2 26 341 26 (0) 0 0
29 Penjara
Sandakan Sabah Sandakan 1 560 1,742 188 (0) 371 1
30 Intan Pulau
Pinang, Kedah
Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda,
Sik
1 167 1,906 107 (1) 60 0
-
31 Mampulut Sabah
Keningau
1 96 732 33 (0) 63 0
32 Tanamera Sabah
Tawau, Tuaran
1 84 160 42 (0) 42 0
33 Jernih Negeri
Sembilan, Selangor
Seremban, Port Dickson, Sepang
1 67 298 41 (0) 26 0
34 Keladi Selangor
Klang,
Kuala Langat
1 56 356 8 (0) 48 0
35 Sutera Sabah
Kota Kinabalu
1 51 276 17 (0) 34 0
-
36 Seri Terapi
WP Kuala Lumpur, Melaka,
Selangor
Kepong, Cheras, Lembah Pantai,
Alor Gajah, Gombak, Petaling
1 29 492 24 (0) 5 0
37 Plaza Sabah
Kota Kinabalu
1 15 63 15 (0) 0 0
38 Kejora Sabah Kota Kinabalu 1 10 103 10 (0) 0 0