kenyataan akhbar barisan ngo negeri perak daerah manjung

of 2 /2
KENYATAAN AKHBAR BARISAN NGO NEGERI PERAK DAERAH MANJUNG 4hb Jun 2013 SERUAN KEARAH MENJAGA KEHARMONIAN KAUM 1. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Daerah Manjung ingin menarik perhatian masyarakat Malaysia mengenai kenyataan beberapa individu warganegara ini, khususnya dari parti pembangkang mengenai aspek keharmonian kaum, yang ternyata boleh membawa pada ancaman keselamatan, kemurnian dan ketinggian nilai bangsa. 2. Walau apapun motifnya, kenyataan seperti itu boleh mengundang salah tanggapan serta reaksi negatif dari orang melayu khususnya dan warganegara Malaysia amnya. Ini boleh dilihat sebagai satu hasutan secara tidak langsung yang berisiko menimbulkan ketegangan antara kaum serta membantut usaha Kerajaan untuk mewujudkan suasana harmoni antara kaum. 3. Kenyataan itu juga melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan YDP Agong sebagai Ketua Negara dan rukun Negara yang mengkehendaki kita agar setia kepada raja dan Negara. Atas kenyataan-kenyataan yang dirasakan agak kurang cermat itu, maka KAMI: a. Menuntut agar individu terbabit menarik balik kenyataan serta memohon maaf kepada seluruh rakyat di Malaysia serta berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan jahat yang boleh dianggap sebagai cuba mempersenda dan memperlekehkan kedaulatan raja-raja yang telah wujud sejak berzaman dan, malah, sebelum wujudnya Perlembagaan itu sendiri. b. Memohon agar Raja-Raja Melayu menegaskan bahwa orang-orang bukan Islam tidak berhak membuat sebarang teguran/komen yang menyentuh soal kedaulatan raja-raja di Negara ini, yang bukan hak mereka memperkata atau menentukannya. c. Mendesak agar pihak berkuasa, khususnya PDRM, menyiasat dan mengambil tindakan yang setimpal atas kenyataan individu tersebut, yang boleh dianggap sebagai, bukan saja cuba menghina dan mencabar kewibawaan institusi raja-raja di Negara ini, bahkan juga bidangkuasa Raja-raja.

Upload: ayahanda-mie

Post on 22-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kenyataan Akhbar

TRANSCRIPT

KENYATAAN AKHBAR BARISAN NGO NEGERI PERAK DAERAH MANJUNG

4hb Jun 2013

SERUAN KEARAH MENJAGA KEHARMONIAN KAUM

1. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Daerah Manjung ingin menarik perhatian masyarakat Malaysia mengenai kenyataan beberapa individu warganegara ini, khususnya dari parti pembangkang mengenai aspek keharmonian kaum, yang ternyata boleh membawa pada ancaman keselamatan, kemurnian dan ketinggian nilai bangsa.

2. Walau apapun motifnya, kenyataan seperti itu boleh mengundang salah tanggapan serta reaksi negatif dari orang melayu khususnya dan warganegara Malaysia amnya. Ini boleh dilihat sebagai satu hasutan secara tidak langsung yang berisiko menimbulkan ketegangan antara kaum serta membantut usaha Kerajaan untuk mewujudkan suasana harmoni antara kaum.

3. Kenyataan itu juga melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan YDP Agong sebagai Ketua Negara dan rukun Negara yang mengkehendaki kita agar setia kepada raja dan Negara.

Atas kenyataan-kenyataan yang dirasakan agak kurang cermat itu, maka KAMI:

a. Menuntut agar individu terbabit menarik balik kenyataan serta memohon maaf kepada seluruh rakyat di Malaysia serta berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan jahat yang boleh dianggap sebagai cuba mempersenda dan memperlekehkan kedaulatan raja-raja yang telah wujud sejak berzaman dan, malah, sebelum wujudnya Perlembagaan itu sendiri.b. Memohon agar Raja-Raja Melayu menegaskan bahwa orang-orang bukan Islam tidak berhak membuat sebarang teguran/komen yang menyentuh soal kedaulatan raja-raja di Negara ini, yang bukan hak mereka memperkata atau menentukannya.c. Mendesak agar pihak berkuasa, khususnya PDRM, menyiasat dan mengambil tindakan yang setimpal atas kenyataan individu tersebut, yang boleh dianggap sebagai, bukan saja cuba menghina dan mencabar kewibawaan institusi raja-raja di Negara ini, bahkan juga bidangkuasa Raja-raja.d. Menyeru agar umat Islam terus mengukuhkan kesatuan hati dan menolak mana-mana individu yang jelas menghina serta menggugat kedudukan raja-raja Melayu.

Bagi pihak BARISAN NGO DAERAH MANJUNGAzmi Bin Murid @ (Ayahanda Mie)Pengerusi

Mewakili:1) PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA DAERAH MANJUNG) 2) PERTUBUHAN PERPADUAN DAN DAKWAH ISLAMIYAH (PEKIDA DAERAH MANJUNG)3) PERTUBUHAN BELIA WARISAN DAN INTEGRASI RAKYAT (PERWIRA DAERAH MANJUNG)4) MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA NEGERI PERAK (MAAP DAERAH MANJUNG)5) PERTUBUHAN PERPADUAN RAKYAT PERIHATIN MALAYSIA DAERAH MANJUNG (PRIHATIN)6) PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA DAERAH MANJUNG (MAYC)7) GERAKAN BELIA 4B DAERAH MANJUNG (BELIA 4B)